bab 9.0 pengurusan pelaksanaan - ugisp.com awal rtdl lipis/bab 9.0 pengurusan... · dan pihak...
TRANSCRIPT
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 1
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
9.0 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN
9.1 Pendahuluan
Kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan
Rancangan Tempatan Daerah Lipis bergantung
kepada keupayaan agensi pelaksana dan sumber
kewangannya. Setiap agensi yang terlibat
terutamanya pihak Majlis Daerah Lipis (MD Lipis)
yang menjadi nadi utama dalam menjayakan usaha
memajukan Daerah Lipis perlu mempunyai struktur
organisasi yang mantap dan terurus di samping
pengurusan yang efisien, berkesan serta disokong
oleh sumber kewangan yang mencukupi untuk
memastikan segala dasar, perancangan dan
program dapat dilaksanakan dengan jayanya.
9.1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian bagi sektor pengurusan dan
pelaksanaan ialah;
“Meningkatkan sistem pencapaian serta keupayaan
MD Lipis sebagai institusi pelaksana”
9.1.2 Skop Kajian
i. Menganalisis peranan MD Lipis dan cadangan
memperkasakan MD Lipis sebagai pihak
berkuasa perancang tempatan.
ii. Mengkaji sistem organisasi dan perjawatan
semasa MD Lipis.
iii. Mengenalpasti sumber kewangan serta
meningkatkan pendapatan untuk menampung
keperluan pembangunan.
iv. Menyenaraikan projek-projek dan program
Rancangan Tempatan mengikut anggaran kos,
tempoh pelaksanaan, pihak pelaksana dan
kaedah pelaksanaan melalui peningkatan
kemahiran, latihan dan pendedahan.
v. Mengkaji satu mekanisme untuk mewujudkan
kerjasama yang kukuh dan erat antara
kerajaan tempatan dan swasta.
vi. Memperkukuhkan institusi dan jentera
pelaksanaan melalui peningkatan kemahiran,
latihan dan pendedahan.
vii. Membuat pemantauan secara berkala bagi tujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian
perkhidmatan untuk kepuasan pelanggan.
viii. Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan secara menyeluruh bagi memastikan pematuhan secara
berkesan.
ix. Menyediakan kaedah atau sistem “E-Submission” bagi mempercepatkan sistem penyampaian
kerajaaan.
x. Menggunakan indikator MURNInet sebagai sasaran kemampanan.
9.2 Keadaan Semasa dan Analisis
9.2.1 Latar Belakang Majlis Daerah Lipis
Majlis Daerah Lipis iaitu MD Lipis telah ditubuhkan pada 1 hb.Mac,1982 berikutan penyusunan semula
penguasa-penguasa tempatan oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah peruntukan Akta 171 (1976) yang
menggabungkan penguasa-penguasa tempatan sedia ada iaitu Majlis Bandaran Kuala Lipis, Majlis
Tempatan Benta, Jerkoh dan Penjom,serta beberapa pecan kecil iaitu Padang Tengku, Bukit Betong,
Mela dan Merapoh.
Sejarah penubuhan Majlis Daerah Lipis bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Kuala Lipis yang
pada mulanya beroperasi sebagai sebuah Lembaga Kesihatan atau “Sanitary Board” sehingga tamat
perang dunia kedua. Selepas itu ia bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959.
Pada tahun 1959 telah diadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir
Penguasa Tempatan sehinggalah pada 1 Mac 1982 tertubuhlah Majlis Daerah yang menggantikan Majlis
Bandaran tersebut.
Slogan BERSIH yang terdapat pada logo Majlis Daerah Lipis membawa maksud bersih dalam pengurusan
pentadbiran, perkhidmatan, perancangan dan pembangunan.
Dalam erti kata lain, Majlis Daerah Lipis merupakan organisasi yang bersih, Bandar dan persekitaran yang
bersih dan masyarakat yang bersih.
Perluasan kawasan Majlis Daerah Lipis adalah seluruh Daerah Lipis iaitu dengan keluasan 5,198 km persegi
dan telah diwartakan pada 22 November 2007. Nombor warta tersebut adalah 1279. Kawasan Majlis
Daerah Lipis ini telah dibahagikan kepada dua bahagian kawasan iaitu kawasan operasi seluas 19,679.84
hektar dan kawasan kawalan adalah seluas 160,096.16 hektar. Kawasan kawalan meliputi keseluruhan
Daerah Lipis kecuali kawasan hutan simpan. Keluasan kawasan hutan simpan adalah 361,002.00 hektar.
Pihak MD Lipis telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan
operasi. Kawasan selebihnya tidak diberi perkhidmatan tetapi dikawal dari segi pembangunan.
Pembahagian kawasan MD Lipis hanya meliputi beberapa kawasan tertentu sahaja seperti mana Jadual
9.1. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan jumlah keluasan yang telah diwartakan dengan jumlah di
Jadual 9.1 yang berkemungkinan jumlah tersebut adalah cadangan perluasan kawasan operasi dan
jumlah ini akan dimuktamadkan kelak.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 2
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
Jadual 9.1:Kawasan Operasi Majlis Daerah Lipis
Bil. Kawasan Operasi Keluasan
(Km Persegi)
1. Kuala Lipis 42.952
2. Kuala Lanar 9.507
3. Empang Jaleh 11.063
4. Penjom 7.011
5. Batu 10 6.457
6. Benta Estate 7.700
7. Benta 10.739
8. Jerkoh 6.351
9. Simpang Jerangsang 1.093
10. Kerambit 8.251
11. Mela 7.997
12. Padang Tengku 9.444
13. Berchang/Relong/Bapong 8.725
14. Bukit Betong/Kg. Keledek 5.711
15. Sungai Koyan 7.682
16. Kechau Tui 10.568
17. Pagar Sasak 2.783
18. Merapoh 1508.404
Jumlah 1,672.438 Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010
*Disuaikan oleh Kajian RT Daerah Lipis,2010
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 1
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
Rajah 9.1:Pelan Kawasan Operasi dan Kawalan
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 2
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
Daerah Lipis mempunyai 10 buah Mukim seperti ditunjukkan di jadual berikut;
Jadual 9.2: Maklumat Mukim Daerah Lipis
Bil. Mukim Keluasan
(Hektar)
1. Ulu Jelai 205,838.77
2. Batu Yon 122,786.19
3. Kechau 77,289.03
4. Gua 7,679.50
5. Cheka 44,549.00
6. Kuala Lipis 9,719.35
7. Penjom 17,315.50
8. Telang 30,923.89
9. Tg. Besar 17,634
10. Budu 7,042.29
Jumlah 540,778.00
Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang, 2010
Majlis Daerah Lipis merupakan Pihak Berkuasa Tempatan ke atas keseluruhan Daerah Lipis. Keluasan
Daerah Lipis yang telah diwartakan ialah 527,861 hektar. Walaubagaimanapun, maklumat terkini yang
diperolehi daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, keluasan terbaru Daerah Lipis termasuk hutan
simpan adalah 540,778 hektar. Keluasan terbaru ini telah menjadikan Daerah Lipis sebagai daerah kedua
terbesar di Negeri Pahang selepas Daerah Jerantut. Jumlah keluasan tersebut masih belum diwartakan
dan pihak pentadbiran daerah perlu mengambil langkah segera mewartakan keluasan terbaru tersebut.
Selain dari itu juga, pihak JUPEM telah membuat pengukuran semula titik tengah Semenanjung Malaysia
menggunakan ArcGIS Centroid dan mendapati titik tengah Semenanjung Malaysia terletak di Kampung
Kerambit, Mukim Cheka, Kuala Lipis, Pahang.
A. Visi
Visi Majlis Daerah Lipis ialah menjadikan KUALA LIPIS SEBUAH TAMAN BERSEJARAH YANG MAJU, BERSIH,
INDAH, BERCAHAYA DAN PUSAT PELANCONGAN YANG MENARIK.
B. Misi
Misi utama MD Lipis adalah BAGI MEWUJUDKAN BANDAR DAN PERSEKITARAN YANG BERSIH, INDAH DAN
BERCAHAYA SERTA PEMBANGUNAN YANG TERANCANG DI SAMPING MENGEKALKAN WARISAN SEJARAH.
C. Objektif MD Lipis
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 3
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
Majlis Daerah Lipis adalah merupakan sebuah Pihak
Berkuasa Tempatan utama yang mentadbir dan
menguruskan Daerah Lipis. Oleh itu, terdapat
beberapa objektif telah disediakan bagi
memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik.
Antara-antara objektif tersebut adalah seperti
berikut:-
� Mentadbir dan membangunkan
kawasan Majlis Daerah Lipis bagi
membolehkan penduduk mendapat
perkhidmatan yang terbaik.
� Memastikan mencapai taraf hidup
yang sempurna, selesa dan aman
damai selaras dengan penyusunan
semula penguasa tempatan dengan
tujuan perpaduan nasional,
pentadbiran yang lebih cekap,
pembangunan ekonomi dan sosial,
berotonomi kewangan dan berbentuk
demokrasi.
D. Fungsi MD Lipis
Antara fungsi-fungsi utama MD Lipis pula adalah
seperti berikut:-
� Mewujudkan sistem pentadbiran dan
pengurusan yang cekap dan berkesan
selaras dengan kehendak kerajaan
untuk menerapkan etika kerja yang
terpuji.
� Meningkatkan dan memperluaskan
perkhidmatan kesihatan dan
pembersihan.
� Aktif dalam mencapai matlamat Dasar
Ekonomi Baru dalam menyusun
masyarakat dan membasmi kemiskinan.
� Menjamin perancangan dan
pembangunan fizikal, sosial dan mental
untuk kesejahteraan penduduk dan
kawasan persekitaran.
9.2.2 Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Daerah
Lipis
Majlis Daerah Lipis merupakan organisasi yang kecil tapi tersusun dari pembahagian jabatan dan unit-unit
di dalamnya. Pada masa kini, Majlis Daerah Lipis (MD Lipis) mempunyai seorang Yang DiPertua (M54),
dibantu oleh Setiausaha (N44) dan mempunyai dua puluh empat (24) orang Ahli Majlis yang membantu
pihak MD Lipis melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan perbandaran.
MD Lipis juga menerima seorang Pegawai Perancang Bandar Unit Pusat Setempat (OSC) dan seorang
Pegawai E-PBT yang dipinjamkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berdasarkan
kategori pihak berkuasa tempatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan, MD Lipis terletak di
dalam kategori empat.
Secara keseluruhannya, Majlis Daerah Lipis mempunyai enam jabatan iaitu Jabatan Khidmat Pengurusan,
Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan
Perancangan Pembangunan dan Landskap, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Perlesenan dan
satu Unit Undang-Undang. Unit Pusat Setempat (OSC) diletakkan dibawah Jabatan Kejuruteraan
berdasarkan kakitangan sokongan yang telah diserap secara tetap ke Majlis Daerah Lipis.
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
YANG DIPERTUA
SETIAUSAHA
Ahli Majli(24 Orang
JABATAN PERBENDAHARAAN
JABATAN KEJURUTERAAN PER
PEM&
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN
HARTA
UNIT OSC & E-PBT
� BHGN. PUNGUTAN
CUKAI � BHGN.
PENGURUSAN
HARTA
� BHGN.
AKAUN/BELANJAWAN
� BHGN. KEWANGAN AM
� BHGN. LETAK KERETA
� BHGN. PERNIAGAAN
RUMAH REHAT
� BHGN.
PENTADBIRAN &
SUMBER MANUSIA � BHGN. TEKNOLOGI
MAKLUMAT � BHGN.
PENGUATKUASAAN
� BHGN. KAWALAN
PEMBANGUNAN
� BHGN. PENGURUSAN/PROJE
PENYELENGGARAAN
� BHGN.
PEMBINAAN/PENYELENGGA
(KUMP 1)
� BHGN.
PEMBINAAN/PENYELENGGA
(KUMP 2)
� BGHN. ELEKTRIK/MEKANIKAL
(KUMP 111)
� 0SC
� BHGN.
PERANC
� LANDSK
TAMAN
SEMAIA
Rajah 9. 2: Carta Organisasi MD LIPIS
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 4
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
Pada masa kini Majlis Daerah Lipis mempunyai seratus tujuh puluh dua (172) perjawatan yang mana hanya
seratus enam puluh enam (166) sahaja telah diisi dan masih terdapat tujuh (7) kekosongan jawatan.
Kekosongan jawatan tersebut ialah tiga di Jabatan Kejuruteraan iaitu Pembantu Teknik J29, satu di
Jabatan Pengurusan (Pembantu Am Pejabat N1), Pemandu Kenderaan (R6), Tukang K2(R11) dan dua di
Jabatan khidmatan Perbandaran dan Perlesanan iaitu, untuk jawatan Pembantu Pegawai Kesihatan dan
Persekitaran (PPKP U32) dan U17.
Analisis mendapati kekosongan pejawatan tersebut tidak kritikal dan masih mempunyai ruang dan masa
untuk diisi. Sekiranya MD Lipis dapat mengisi keseluruhan kekosongan tersebut ditambah dengan enam
puluh lapan (68) orang kakitangan sambilan, kontrak dan khidmat singkat jumlah keseluruhan kakitangan
MD Lipis ialah seratus enam puluh enam (166) orang. Jumlah tersebut dilihat mampu memberikan
perkhidmatan perbandaran yang baik kepada penduduk Daerah Lipis.
Berdasarkan kepada organisasi sedia ada (Rajah 9.2), MD Lipis tidak mempunyai kakitangan profesional
kecuali seorang Pegawai Tadbir N44 (Setiausaha). Jawatan profesional yang seharusnya ada pada
sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Jurutera, Akauntan, Pegawai Perancang Bandar,
Pegawai Penilaian, Arkitek, Arkitek Landskap, Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Pegawai Undang-
Undang tidak diperuntukkan di MDL bagi melicinkan pentadbiran di jabatan masing-masing.
Bagi kakitangan separa profesional, MD Lipis hanya mempunyai Penolong Jurutera J36, Penolong Pegawai
Tadbir N27, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29, Penolong Pegawai Penilian W27, Penolong
Pegawai Perancang Bandar dan Desa J29, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 dan Penolong
Akauntan (W27 dan W17).
Keadaan ini menunjukkan MD Lipis mempunyai kakitangan separa profesional yang mencukupi bagi
menjalankan kerja-kerja berkaitan. Walau bagaimanapun bilangan ini perlu dikaji semula bagi
memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Satu kumpulan kakitangan yang
profesional dan separa profesional adalah penting untuk memastikan fungsi PBT dapat dilaksanakan
dengan baik.
Dari segi kumpulan sokongan, MD Lipis juga dilihat masih kekurangan kakitangan yang berkaitan
berdasarkan kekosongan jawatan yang meliputi Pembantu Teknik, Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran, Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan, Tukang dan Pembantu Kesihatan Awam.
Jumlah kekosongan jawatan adalah enam. Masalah pengisian kekosongan ini tidak dilihat kritikal tetapi
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 5
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
dua jawatan separa profesional di Jabatan
Kejuruteraan dan Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran dan Perlesenan dilihat perlu diisi segera
untuk memantapkan pengurusan dan pentadbiran
MD Lipis.
MD Lipis masih mempunyai sepuluh orang
kakitangan kontrak, lima puluh empat orang
kakitangan sambilan dan empat orang kakitangan
khidmat singkat. Jumlah keseluruhan untuk kategori
ini ialah enam puluh lapan orang. Kebanyakan
kakitangan sambilan adalah kakitangan sokongan.
Keadaan ini perlu diteliti semula bagi membolehkan
MD Lipis menjadi sebuah PBT yang mempunyai
organisasi mantap seterusnya dapat memberi
perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam.
Jadual 9.3: Ringkasan Bilangan Perjawatan, Pengisian
dan Kekosongan Di MD Lipis Mengikut Skim
Perkhidmatan Tahun 2010 BIL SKIM PERKHIDMATAN GRED PERJAWATAN PENGISIAN (S/K/
SINGKAT)
KOSONG
PENTADBIRAN & SOKONGAN
1. Setiausaha N44 1 1 - 0
JUMLAH P & P 1 1 - 0
2. Penolong Pegawai Tadbir N27 1 1 - 0
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N22 2 2 - 0
4. Pembantu Penguatkuasa N22 1 1 - 0
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N17 6 6 - 0
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi)-
HRMIS
N17 1 1 - 0
7. Pembantu Penguatkuasa N17 7 7 - 0
8. Pembantu Am Pejabat N4 1 1 - 0
9. Pembantu Am Pejabat
(Penghantar Notis)
N3 1 1 - 0
10. Pembantu Am Pejabat N1 3 2 2(S) 1
11. Pekerja Am & JAGA R4 1 1 - 0
12. Pekerja Am & JAGA R1 13 13 4 (S) 0
JUMLAH SOKONGAN 37 36 6 1
JUMLAH BESAR 38 37 6 1
KEJURUTERAAN
1. Pembantu Teknik J36 1 1 - 0
2. Pembantu Teknik J29 1 0 - 1
3. Pembantu Teknik OSC J29 1 1 - 0
MD Lipis juga mempunyai dua orang kakitangan OSC yang telah diserap menjadi kakitangan tetap di
bawah Jabatan Kejuruteraan. Terdapat sedikit isu perjawatan dan arahan kerja yang dapat diperhatikan
di sini kerana Unit OSC terletak di bawah Jabatan Kejuruteraan yang diketuai oleh Penolong Jurutera J36
manakala Pegawai Perancang Bandar OSC adalah pegawai J41 (Lantikan KPKT). Berkemungkinan akan
timbul beberapa isu, konflik dan pertindihan arahan kerja kerana Pegawai Perancang Bandar OSC dilihat
seperti entiti tersendiri dan tidak mempunyai kakitangan sokongan yang tetap dibawah penyeliaannya. Ini
kerana Pembantu Teknik Awam J29 dan Pembantu Tadbir N17 adalah kakitangan tetap MD Lipis di bawah
Jabatan Kejuruteraan. Isu tersebut perlu diberi perhatian oleh pentadbiran di semua peringkat iaitu
peringkat MD Lipis, Bahagian Kerajaan Tempatan (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang) dan
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) sendiri kerana
Unit OSC di bawah jabatan tersebut.
Jadual 9.3 Ringkasan Bilangan Perjawatan, Pengisian dan Kekosongan Di MD Lipis Mengikut Skim Perkhidmatan 2010
(samb)
4. Pembantu Tadbir N22 1 1 - 0
5. Juruteknik (Ukur Bahan) J17 1 1 - 0
6. Juruteknik (Awam) J17 1 1 - 0
7. Juruteknik (Pelukis Pelan) J17 1 1 - 0
8. Juruteknik (Elektrik) J17 1 1 1(K) 0
9. Pembantu Tadbir OSC N17 1 1 - 0
10. Tukang R11 1 0 - 1
11. Pemandu Kenderaan R6 3 2 - 1
12. Pekerja Am R4 4 4 - 0
13. Pemandu Kenderaan R3 5 5 2(S) 0
14. Pekerja Am R1 10 10 5(S) 0
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 6
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
JUMLAH SOKONGAN 32 29 8 3
PERUBATAN DAN KESIHATAN
1. Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran
U32 1 0 - 1
2. Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran
U29 1 1 - 0
3. Pembantu Kesihatan Awam U17 5 4 4 (SINGKAT) 1
4. Pembantu Tadbir N22 1 1 -
5. Pembantu Tadbir N17 1 1 - 0
6. Pembantu Am Pejabat N1 1 1 1(S) 0
7. Pekerja Am R4 2 2 - 0
8. Pekerja Am R1 18 18 11(S) 0
JUMLAH SOKONGAN 30 28 16 2
TEKNOLOGI MAKLUMAT
1. Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat
F29 1 1 - 0
2. Juruteknik Komputer FT17 1 1 - 0
JUMLAH SOKONGAN 2 2 - 0
PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
1. Pembantu Undang-Undang L29 1 0 - 1
JUMLAH SOKONGAN 1 0 - 1
PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN LANDSKAP
1. Pen. Pegawai Perancang Bandar J29 1 1 - 0
2. Juruteknik Landskap J17 1 1 - 0
3. Pembantu Tadbir N17 1 1 - 0
4. Pekerja Am R4 1 1 - 0
5. Pekerja Am R1 16 16 8(S) 0
JUMLAH SOKONGAN 20 20 8 0
PERBENDAHARAAN
1. Penolong Akauntan W27 1 1 - 0
2. Pembantu Tadbir Kewangan W22 2 2 - 0
3. Pembantu Tadbir Kewangan W17 6 6 1(K) 0
4. Pembantu Am Pejabat N1 25 25 6(K)19(S) 0
Jadual 9.3: Ringkasan Bilangan Perjawatan, Pengisian dan Kekosongan Di MD Lipis Mengikut Skim
Perkhidmatan 2010 (samb) 5. Pekerja Am R1 6 6 2(S) 0
JUMLAH SOKONGAN 40 40 28 0
PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
1. Penolong Pegawai Penilai W27 1 1 - 0
2. Pembantu Penilai W17 3 3 1(K) 0
3. Pembantu Tadbir N17 2 2 - 0
4. Pembantu Am Pejabat N1 1 1 1(K) 0
JUMLAH SOKONGAN 7 7 1 0
LANTIKAN PERSEKUTUAN
1. Pegawai Perancang Bandar & Desa
(Unit OSC)
J41 1 1 - 0
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 7
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
2. Pegawai Teknologi Maklumat
(Unit e-PBT)
F41 1 1 - 0
JUMLAH 2 2 - 0
JUMLAH KESELURUHAN
172 166 68 7
Sumber: Majlis Daerah Lipis,2010
Jadual 9.4: Permohonan Kebenaran Merancang
Melalui Unit OSC Majlis Daerah Lipis Perkara 2007 2008 2009 2010
Permohonan Kebenaran Merancang
12
4
7
3
Kelulusan
9
4
6
2
Baki (Proses/Tolak/
Tangguh)
3
0
1
1 Sumber: Majlis Daerah Lipis,2010
Berdasarkan permohonan kebenaran merancang
yang diterima oleh MD Lipis dari tahun 2007 hingga
2010, hanya 26 permohonan sahaja diterima.
Daripada jumlah permohonan tersebut pula hanya 5
permohonan diletakkan dalam kategori
tolak/tangguh dan batal. Berdasarkan keadaan
tersebut, unit ini dilihat boleh beroperasi dengan baik
dan mendapat kerjasama daripada Jabatan
Kejuruteraan dan Jabatan Perancangan
Pembangunan dan Landskap yang berurusan
secara langsung dengan unit ini.
Secara amnya, unit ini diwujudkan bagi memastikan
pelaksanaan penambahbaikan sistem
penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih
efisyen dan komprehensif demi meningkatkan
kecekapan MD Lipis. Unit OSC akan memproses
permohonan kebenaran merancang dan pelan
pembangunan secara serentak untuk
memendekkan tempoh masa bagi permohonan
tersebut. Ianya dapat meningkatkan sistem
penyampaian prosedur dan proses cadangan
pembangunan di peringkat MD Lipis.
9.2.3 Kewangan MD Lipis
A. Kedudukan Kewangan MD Lipis
Perancangan dan pelaksanaan pembangunan di Daerah Lipis bukan sahaja tertumpu di bawah
tanggungjawab MD Lipis sepenuhnya. Pembangunan melibatkan pelbagai agensi pelaksana selain MD
Lipis yang bertindak sebagai agensi pelaksana utama. Walau bagaimanapun, asas kewangan yang kukuh
serta sumber kewangan yang mencukupi adalah penting bagi membolehkan MD Lipis melaksanakan
pelbagai projek dan program di dalam kawasan pentadbirannya. Analisis kewangan yang telah dilakukan
di dalam laporan penemuan ini bertujuan untuk mengetahui punca pendapatan dan jenis perbelanjaan
MD Lipis serta mengenalpasti isu yang menyumbang kepada lebihan atau kekurangan pendapatan
tersebut.
i. Pendapatan
Analisis mendapati kedudukan kewangan MD Lipis adalah kurang stabil kerana sepanjang tiga tahun dari
tahun 2005 hingga 2007, MD Lipis mengalami kadar peningkatan dan penurunan yang ketara. Tetapi
pada tahun 2007 hingga tahun 2009, MD Lipis telah memperolehi peningkatan yang memberansangkan
iaitu peningkatan 44.9% pada tahun 2008 dan meningkat ke 51.6% pada tahun 2009. Secara amnya, MD
Lipis memperoleh pendapatan daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.
Jadual 9.5: Pendapatan Sebenar MD Lipis Dari Tahun 2005-2009.
Perkara Tahun
Pendapatan 2005 2006 2007 2008 2009
Hasil Cukai
Cukai Taksiran Am 1,545,188 1,712,947 1,616,754 1,709,663 1,740,469
Caruman Bantu Kadar 404,094 356,138 333,293 307,719 374,877
JUMLAH 1,949,282 2,069,085 1,950,047 2,017,382 2,115,346
Hasil Bukan Cukai
Lesen Dan Permit 443,574 473,844 565,109 483,072 569,710
Terimaan bagi Perkhidmatan 479,262 542,289 579,116 655,114 738,117
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 8
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
Perolehan daripada Jualan Barang 33,480 55,885 43,800 18,101 47,415
Sewaan 796,303 910,374 864,812 894,676 1,153,642
Faedah 20,093 21,579 24,665 21,352 27,752
Denda dan Hukuman 40,826 50,410 59,849 55,251 60,325
Pelbagai 69,109 132,534 148,096 395,349 3,547,617
JUMLAH 1,882,647 2,186,915 2,285,447 2,522,915 6,144,578
Terimaan Bukan Cukai
Pemberian Kerajaan 200,296 198,600 216,727 237,818 1,638,385
Geran Keseimbangan 645,000 540,320 1,692,195 2,642,630 1,538,093
Bantuan Kerajaan Tertunda
Direalisasikan 1,134,933 757,287 953,697 1,432,002 1,988,168
Pendapatan Pembangunan &
Kemudahan Awam 1,803,939 1,144,913 287,300 1,858,010 2,823,189
Keuntungan Daripada Pelupusan
Aset Tetap 0 0 6,298 0 0
JUMLAH 3,784,168 2,641,120 3,156,217 6,170,460 7,987,835
JUMLAH BESAR 7,616,097 6,897,120 7,391,711 10,710,757 16,247,759 Sumber; Majlis Daerah Lipis, 2010.
Rajah 9. 3: Sumber Pendapatan MD
Lipis Tahun 2005-2009
Analisis mendapati pendapatan MD Lipis yang terbesar adalah daripada Terimaan Bukan Hasil iaitu
sebanyak 48%. Jumlah tersebut diperolehi daripada pemberian kerajaan, geran keseimbangan, bantuan
kerajaan tertunda direalisasikan, pendapatan pembangunan dan kemudahan awam serta sedikit
keuntungan daripada pelupusan aset tetap.
Ini menunjukkan bahawa MD Lipis bergantung kepada bantuan kerajaan persekutuan dan negeri untuk
memperolehi pendapatan seterusnya digunakan untuk perbelanjaan pengurusan.
Pendapatan MD Lipis daripada Hasil Cukai dilihat hanya menyumbang kepada 21% daripada keseluruhan
pendapatan MD Lipis. Faktor ini dilihat adalah kerana Daerah Lipis tidak mempunyai jumlah hartanah yang
banyak dan berskala besar untuk dikenakan cukai taksiran. Berdasarkan kepada permohonan kebenaran
merancang pada tahun 2007 hingga tahun 2010 hanya 26 permohonan sahaja yang diterima oleh Unit
OSC dan ini membuktikan prospek pembangunan hartanah masih di tahap yang sederhana rendah.
Selain daripada itu, faktor kutipan cukai yang rendah dijangka berpunca daripada kekurangan
kakitangan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Aset yang berfungsi untuk menyerahkan notis cukai
taksiran dan menjalankan kerja-kerja kutipan cukai tersebut. Jika dilihat, jabatan tersebut hanya
mempunyai empat orang kakitangan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Penilai (W27) dan dibantu
oleh Pembantu Penilai, Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat sahaja. Jabatan ini perlu distruktur
semula dengan menambah kakitangan sokongan yang boleh digunakan untuk menghantar notis dan
membuat kutipan cukai.
Walau bagaimanapun, MD Lipis juga dilihat berusaha untuk menjana pendapatan daripada Hasil Bukan
Cukai dengan memperolehi sebanyak 31% yang menyumbang kepada jumlah pendapatannya. Hasil
Bukan Cukai yang dijana adalah daripada pengeluaran Lesen dan Permit, Terimaan bagi Perkhidmatan,
Perolehan Daripada Jualan Barang, Sewaan, Faedah, Denda dan Hukuman dan Pelbagai. Faktor
penguatkuasaan yang berkesan dilihat sebagai penyumbang kepada keadaan ini. Jika dilihat daripada
struktur organisasi, MD Lipis melaksanakan tindakan yang bijak dengan melantik Pembantu Undang-
Undang yang berfungsi untuk membolehkan penghantaran notis serta tindakan denda dan hukuman
yang menyumbang kepada pendapatan Hasil Bukan Cukai. MD Lipis juga mempunyai bilangan
penguatkuasa yang mencukupi untuk menjalankan tugasan kutipan denda tersebut. Selain itu, MD Lipis
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 9
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
juga memperolehi hasil yang agak tinggi daripada
pengeluaran Lesen dan Permit dan Terimaan Atas
Perkhidmatan.
MD Lipis telah mewartakan kutipan bagi tempat
letak kereta berbayar. Walaubagaimanapun kadar
kutipan tersebut adalah terlalu rendah iaitu sejam
pertama RM0.30 sahaja diikuti dengan RM0.20 bagi
jam berikut dan seterusnya. Kadar tersebut perlu
dinaikkan untuk membantu MD Lipis memperolehi
pendapatan yang sewajarnya.
Menyedari pendapatan yang diperolehi adalah
rendah, MD Lipis cuba meningkatkan pendapatan
melalui sewaan Rumah Rehat, dewan, peralatan
dan kemudahan awam. Usaha tersebut dilihat
berhasil kerana analisis mendapati pendapatan
yang diperolehi daripada sewaan meningkat
sekurang-kurangnya 10% setiap tahun dan pernah
mencapai sehingga 29% pada tahun 2009.
ii. Perbelanjaan
Secara umumnya, MD Lipis memperuntukkan
perbelanjaan yang tinggi untuk perbelanjaan
mengurus diikuti dengan pembangunan
kemudahan awam. Analisis mendapati, sebahagian
besar perbelanjaan MD Lipis adalah diperuntukkan
untuk membayar emolumen kakitangannya.
Rajah 9.4: Pecahan Perbelanjaan MD Lipis Bagi
Tahun 2005-2009
Sumber; Majlis Daerah Lipis, 2010.
Sebanyak 31% daripada jumlah pendapatan MD Lipis digunakan untuk membayar emolumen kakitangan
MD Lipis, diikuti dengan perbelanjaan pembangunan dan penyediaan kemudahan awam sebanyak 21%.
Selain daripada itu, MD Lipis terpaksa menanggung perbelanjaan ke atas susut nilai aset iaitu sebanyak
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 10
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
19%. Manakala 15% dibelanjakan untuk kerja-kerja
penyelenggaraan dan pembaikan seterusnya 13%
lagi perbelanjaan digunakan untuk bayaran
pengurusan Alam Flora.
B. Lebihan Atau Kekurangan
Seterusnya adalah perbandingan pendapatan dan
perbelanjaan MD Lipis untuk mengetahui prestasi
kewangan MD Lipis sepanjang tempoh lima tahun
kebelakangan ini. Jadual 9.7 menunjukkan
perbezaan tersebut.
Jadual 9.7: Lebihan Atau Kekurangan MD Lipis Dari Tahun 2005-2009
Perkara Tahun
Perbelanjaan 2005 2006 2007 2008 2009
Jumlah
Besar
Emolumen 1,611,220 1,920,267 2,165,944 2,784,729 2,659,203 11,141,363
Perjalanan dan
Pengangkutan 112,279 57,855 78,640 86,106 180,641 515,521
Perhubungan dan Utiliti 506,232 452,093 450,008 495,398 706,610 2,610,341
Sewaan 7,196 35,432 57,168 150,986 46,152 296,934
Bahan Makan dan Minum 61,062 79,787 0 0 253,468 394,317
Bekalan Bahan Mentah dan
Penyelenggaraan 283,489 232,237 427,391 544,036 407,682 1,894,835
Bekalan Pejabat dan Bahan-
bahan Lain 319,944 216,035 290,948 414,875 452,888 1,694,690
Penyelenggaraan dan
Pembaikan 464,836 239,787 1,241,430 871,643 2,502,596 5,320,292
Perkhidmatan Iktisas dan
Hospitaliti 722,264 655,264 813,910 826,425 1,023,072 4,040,935
Yuran Audit 4,193 7,000 7,000 7,000 8,800 33,993
Belanja Pengurusan Alam
Flora 865,899 866,907 951,272 1,046,590 1,064,415 4,795,083
Perbelanjaan
Pembangunan/Kemudahan
Awam 1,803,939 1,144,913 287,300 1,858,010 2,823,189 7,917,351
Pemberian dan Kenaan
Bayaran Tetap 23,254 104,157 0 0 333,177 460,588
Susutnilai 1,239,731 871,766 1,060,999 1,539,663 2,200,842 6,913,001
Hapuskira 44,106 163,667 94,111 20,923 6,153 328,960
Perbelanjaan Lain 141,720 23,837 319,169 235,813 478,181 1,198,720
JUMLAH 8,211,364 7,071,004 8,245,290 10,882,197 15,147,069 49,556,924
Jadual 9.6: Perbelanjaan Sebenar MD Lipis Dari Tahun 2005-2009.
Sumber; Majlis Daerah Lipis, 2010.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 11
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010
Rajah 9.5: Perbandingan Hasil Dengan
Perbelanjaan MD Lipis Dari 2005-2009.
Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010
Berdasarkan Jadual 9.7 dan Rajah 9.5 di atas, analisis
mendapati pendapatan MD Lipis pada tahun 2006
telah menurun sebanyak -10.2% dari tahun 2005.
Manakala pada tahun 2007 pula pendapatan
sedikit meningkat 7.17% dari tahun sebelumnya dan
terus meningkat lagi sebanyak 44.9% pada tahun
2008. Manakala pada tahun 2009 pendapatan MD
Lipis telah meningkat sebanyak 51.7% lagi.
Peningkatan tersebut dilihat positif walaupun masih
mengalami defisit dari tahun 2005 hingga ke tahun
2008. Pendapatan MD Lipis yang mengembang
dianggarkan berpunca daripada penambahan
perunt
ukan
geran
tahun
an,
pening
katan
sewaa
n dan
penambahan punca pendapatan Majlis seperti pembukaan Kafe Warisan dan suntikan pembangunan
untuk kemudahan awam.
Pihak pentadbiran MD Lipis perlu lebih kreatif berusaha untuk menambah hasil cukai dan hasil bukan cukai
bagi meningkatkan sumber pendapatan. Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh MD Lipis ialah
dengan menguatkuasakan kadar penilaian semula cukai bagi meningkatkan hasil cukai, meluaskan
sempadan pentadbiran bagi meningkatkan jumlah cukai, mempertingkatkan sewaan dan
menguatkuasakan kompaun melalui penguatkuasaan akta tertentu yang berkaitan. Manakala purata
pendapatan MD Lipis dalam tempoh lima tahun tersebut ialah RM 9.7 juta.
C. Aset Tetap Dan Penghutang
Jadual 9.8 menunjukkan aset tetap yang menjadi pegangan MD Lipis sehingga tahun berakhir 2009.
Jumlah aset tetap tersebut ialah RM 34.98 juta dengan merujuk kepada jumlah kos. Jumlah pegangan
tersebut adalah agak kukuh dan dijangka bertambah lagi sebanyak RM 3.4 juta pada tahun 2010
berdasarkan kepada kerja dalam proses.
Perkara Tahun
2005 2006 2007 2008 2009
Pendapatan 7,616,097 6,897,120 7,391,711 10,710,757 16,247,759
Perbelanjaan 8,211,364 7,071,004 8,245,290 10,882,197 15,147,071
Lebihan/(Kurangan) (595,267) (173,884) (853,579) (171,441) 1,100,688
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 12
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
Jadual 9.8: Aset Tetap Dan Penghutang MD Lipis
Sehingga Tahun Berakhir 2009.
Harta Tetap Kos Susutnilai
Nilai Buku
Bersih
Aset Tetap
Tanah 215,068.00 0 215,068.00
Bangunan 18,552,967.33 3,434,365.71 15,118,601.62
Kenderaan/Jentera 1,693,201.76 1,671,760.20 21,441.56
Mesin dan Alatan 705,946.72 669,735.72 36,211.00
Perabot dan Lengkapan 1,252,297.49 1,149,109.39 103,188.10
Kemudahan Awam 12,561,614,.05 7,434,536.07 5,127,077.98
Jumlah 34,981,095.35 14,359,507.09 20,621,588.26
Kerja Dalam Proses Kos Susutnilai
1. Pembinaan Terminal Bas dan
Teksi Sg. Koyan 492,673.01
Pindah Ke Aset
Tetap 0
2. Menaiktaraf Pelancongan
Dalam Daerah Lipis 1,999,205.00
Pindah Ke Aset
Tetap 0
3. Membina dan Menyiapkan Pasar
Sg. Koyan 262,100.00
Pindah Ke Aset
Tetap 0
4. Membina dan Menyiapkan Gerai
Di Kg. Binjai 268,630.47
Pindah Ke Aset
Tetap 0
5. Menaiktaraf Jalan Lipis Benta Ke
Pusat Bandar 400,000.00 0.00 400,000.00
Jumlah 3,422,608.48 3,022,608.48 400,000.00
Penghutang
Cukai Taksiran 1,202,890.00 0 0
Sewaan 312,336.00 0 0
Pinjaman Komputer 12,077 0 0
Rumah Rehat 2,970.00 0 0
Jumlah 1,530,273.00 0 0
Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010.
Purata pendapatan MD Lipis adalah sebanyak RM 9.7 juta. Pegangan aset sehingga tahun berakhir 2009
ialah RM34.98 juta dan jumlah ini dilihat agak kukuh kerana walaupun jumlah pendapatan daripada hasil
cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil agak rendah namun MD Lipis mempunyai senarai aset
tetap yang akan membantu menjana pendapatan kepadanya. Jumlah penghutang juga tidak terlalu
kritikal kerana berdasarkan semakan yang dibuat, penghutang daripada cukai taksiran adalah yang
tertinggi diikuti dengan penghutang sewaan. Manakala tunggakan hutang daripada Rumah Rehat juga
adalah pada kadar yang sama dari tahun 2006. Analisis dan penerangan terperinci berkenaan cukai
taksiran di bahagian seterusnya.
D. Cukai Taksiran
i. Kadar Cukai Taksiran
Kadar Cukai Taksiran bagi Daerah Lipis adalah mengikut kadar baru yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Pahang yang berkuatkuasa pada pertengahan tahun 2010. Kadar tersebut diluluskan mengikut seksyen
127,129 dan 163 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu untuk membolehkan MD Lipis menjalankan
kutipan cukai ke atas semua bangunan dan pegangan mengikut kadar tahunan yang disatukan.
Berikut merupakan kadar cukai taksiran tersebut.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 13
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
Jadual 9.9: Kadar Cukai Taksiran Ke Atas
Nilaian Tahunan Bagi Kawasan Operasi MD Lipis,
2010.
Kawasan Bangunan
Kediaman
(%)
Bangunan
Perniagaan
(%)
Industri
(%)
Tanah
Bangunan
(%)
Tanah
Pertanian
(%)
Lipis 8.5 9.5 11.5 5.5 3.5
Benta 6.5 8.5 0 3.5 3.5
Jerkoh 6.5 8.5 0 3.5 3.5
Penjom 6.5 8.5 0 3.5 0
Mela 6.5 7.5 0 3.5 0
Kechau Tui 0 8.5 9.5 3.5 0
Padang
Tengku
6.5 8.5 9.5 3.5 0
Merapoh 5.5 7.5 0 3.5 0
Kerambit 6.5 7.5 0 3.5 0
Sungai
Koyan
6.5 7.5 0 3.5 0
Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010.
ii. Kadar Kutipan Cukai
Manakala berikut ditunjukkan kadar kutipan MD Lipis
dari tahun 2005 hingga tahun 2009.
Jadual 9.10: Jumlah Kutipan MD Lipis Dari Tahun
2005 Hingga Tahun 2009
Tahun Perlu Kutip (RM) Kutipan (RM) Baki (RM) Peratus Kutipan (%)
2005 1,404,653.70 1,139,108.59 265,545.11 81.10
2006 1,692,663.30 1,176,961.75 515,701.55 69.53
2007 1,616,986.13 1,387,345.16 229,640.97 85.80
2008 1,709,930.64 1,336,541.81 373,388.83 78.16
2009 1,737,836.94 1,646,249.67 91,587.27 94.73 Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010.
Berdasarkan jadual tersebut, kadar kutipan cukai MD
Lipis untuk tempoh 2005 hingga 2009 adalah
sederhana di mana purata kutipan untuk tempoh lima tahun tersebut adalah 81.86% sahaja yang berjaya
dipungut bagi setiap tahun. Keadaan ini memerlukan penelitian semula dan menubuhkan satu task force
yang lebih bersepadu dan berkesan bagi membolehkan kadar kutipan cukai ditingkatkan semaksimum
mungkin kerana ia merupakan antara punca pendapatan utama bagi MD Lipis.
E. Bantuan Kerajaan Tertunda
Sungguhpun begitu, peranan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sememangnya banyak
membantu pihak pentadbiran MD Lipis menggerakkan aktiviti pembangunan di samping menjalankan
tanggungjawab sosial kepada penduduk di Daerah Lipis ini.
Jadual 9.11 di bawah menerangkan sumbangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri Pahang amnya di
dalam pembangunan Daerah Lipis.
Jadual 9.11: Bantuan Kerajaan Tertunda Kepada MD Lipis Pada Tahun 2009.
Bantuan Kerajaan Tertunda Jumlah
Kerja Dalam Kemajuan 400,000.00
Geran Pelancaran 93,483.64
Bantuan Kerajaan
Persekutuan
11,924,646.86
Bantuan Kerajaan Negeri 6,255,725.33
Jumlah 18,273,855.83 Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010.
9.2.4 Projek-projek Pembangunan Daerah Lipis
MD Lipis masih belum melaksanakan beberapa cadangan yang dicadangkan oleh RT Lipis 2007-2010 dan
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Lipis. Antara projek yang dirancangkan adalah pembangunan
semula Medan Stesen, Pembangunan Jalan Silang, Pembinaan Replika Jongkong Emas dan Cadangan
Jambatan Gantung ke Bandar Baru Seberang Jelai khusus untuk pejalan kaki. Sekiranya dilaksanakan
projek tersebut akan memberikan imej baru kepada Daerah Lipis dan membawa kesejahteraan kepada
kemudahsampaian penduduk Daerah Lipis.
Jadual 9.12 menunjukkan senarai projek pembangunan baru bagi RMKe 10 di Daerah Lipis. Projek-projek
yang dikendalikan oleh Majlis Daerah Lipis adalah terdiri daripada projek pembangunan untuk Daerah
Lipis dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe 10). Ianya terdiri dari projek-projek pembangunan
yang melibatkan kerja-kerja pembinaan baru, naik taraf, pengindahan dan penyelenggaraan di dalam
kawasan pentadbiran MD Lipis di mana kos keseluruhan berjumlah RM 37.7 juta. Kemudahan yang dibina
tersebut bakal mempertingkatkan pendapatan kepada MD Lipis. Apabila projek ini siap kelak, MD Lipis
dijangka akan dapat memperolehi hasil dari sewaan ke atas kemudahan tersebut.
Jadual 9.12 Senarai Projek Pembangunan RMKe 10 Bagi Majlis Daerah Lipis.
Bil. Nama Projek Siling Projek (RM)
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 14
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
1. Membina Bangunan Pejabat Majlis Daerah Lipis 10,500,000.00
2. Membina Papan Tanda Sempadan Pahang/Kelantan di Merapoh dan
Sempadan Daerah Lipis.
200,000.00
3. Membina Terminal Bas Benta 2,000,000.00
4. Membina Terminal Bas Padang Tengku 800,000.00
5. Membina Pasar Merapoh 200,000.00
6. Membina R&R Sg. Koyan 2,000,000.00
7. Membina R&R Tempoyang 1,500,000.00
8. Membina Gerai Di Jerkoh 200,000.00
9. Menaiktaraf Sistem Komputer Pejabat Majlis Daerah Lipis 300,000.00
10. Membina Dewan Dan Padang Benta 1,500,000.00
11. Membina Kompleks Sukan Di Bandar Baru Kuala Lipis 7,000,000.00
12. Menaiktaraf Sistem Perparitan Di Padang Tengku 1,000,000.00
13. Menaiktaraf Sistem Perparitan Bandar Kuala Lipis 2,000,000.00
14. Pembesaran Kawasan Perindustrian Ringan Kuala Lipis 5,000,000.00
15. Menaiktaraf Kawasan Rekreasi Pahang Club 500,000.00
16. Menaiktaraf Sistem Perparitan Benta. 1,000,000.00
17. Membina Pusat Pembangunan Kesenian Dan Warisan Lipis 2,000,000.00
JUMLAH 37,700,00.00
Sumber: Majlis Daerah Lipis, 2010
Projek-projek yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah Lipis (PDL) pula terdiri dari projek pembangunan
dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10 yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan berkaitan dan projek
pembangunan luar bandar terutamanya yang berkaitan dengan pembangunan serta infrastruktur awam
dan asas di Daerah Lipis. Secara umumnya, kebanyakan dari projek-projek tersebut diperuntukkan untuk
tujuan pembangunan bagi memastikan penduduk memperoleh perkhidmatan yang terbaik. Daerah Lipis
telah menerima sebanyak 21 projek yang mana kos keseluruhan projek adalah RM270,605,624.00. Tempoh
untuk melaksanakan projek tersebut adalah semasa peringkat Rolling Plan (2010-2012). Perincian projek
tersebut adalah seperti di Jadual 9.13 berikut.
Jadual 9.13: Senarai Projek Pembangunan RMKe 10
(Rolling Plan 2011-2012) Daerah Lipis
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 15
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
..sambungan
Bil. Nama Projek/Kategori Agensi Pelaksana/Kementerian Siling Projek(RM)
1. Pembinaan Baru Sek. Men. Keb. (A) Kuala
Lipis. (B)
Bahagian Pelajaran Islam/Kem.
Pelajaran Malaysia(KPM)
41,407,683.00
2. Mengubahsuai Dan Menaiktaraf Serta
Perolehan Peralatan Bagi Makmal Bahasa
IPGK Tengku Ampuan Afzan. (B)
Bahagian Pendidikan Teknikal
Dan Vokasional/KPM
439,253.00
3. Membina Sebuah Kelas Pra Sekolah Di
Sekolah Kebangsaan Kerambit. (B)
Jabatan Pelajaran Negeri
Pahang/KPM
200,000.00
4. Membina Sebuah Kelas Pra Sekolah Di
Sekolah Kebangsaan Benta. (B)
Jabatan Pelajaran Negeri
Pahang/KPM
200,000.00
5. Pembinaan SK Tanjung Gahai (S) Bahagian Pembangunan 4,579,210.00
6. Pembinaan Sebuah Blok Baru 3 Tingkat Dan
PPD Lipis Dan Dewan SMK Setiawangsa. (S)
Jabatan Pelajaran Negeri
Pahang/KPM
2,831,417.00
7. Membina Dan Menyiapkan Dua Blok
Gantian Sekolah Kebangsaan Relong.(S)
2,712,917.00
JUMLAH 52,370,480.00
8. Central Spine Road Pakej 3: Gua Musang
Ke Kg. Relong. (B)
Kementerian Kerja Raya 100,000,000.00
9. Naiktaraf Jalan Benta-Jerantut-Maran Fasa
3 Segmen 1,2 &3. (S)
Kementerian Kerja Raya 10,000,000.00
JUMLAH 110,000,000.00
10. Naiktaraf Hospital Lipis (S) Jabatan Kesihatan Negeri
Pahang
30,000,000.00
11. Klinik Desa Dengan Kuarters Jeransang. (S) Jabatan Kesihatan Negeri
Pahang
10,000.00
JUMLAH 30,010,000.00
12. Jalan Dari Aur Gading Ke Kg. Chegar
Perah(B)
Bahagian Infrastruktur 35,000,000.00
13. Jalan Kg. Selingkong (B) Bahagian Infrastruktur 1,500,000.00
14. Jalan Kg Pantos (B) Bahagian Infrastruktur 1,200,000.00
15. Projek Agropolitan Gahai (S) Bahagian Kemajuan Tanah &
Wilayah
2,189.700.00
16. Jalan Dari Bkt. Betong ke Kg. Aur Gading
(S)
Bahagian Infrastruktur 15,140,444.00
17. Jambatan Kg. Rengai (S) Bahagian Infrastruktur 8,245,000.00
JUMLAH 63,275,144.00
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 16
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
Sumber: Pejabat Daerah Lipis, 2010.
(B): Baru, (S): Sambungan
9.2.5 Undang-Undang Digunapakai Majlis Daerah Lipis
Bil. Nama Projek/Kategori Agensi Pelaksana/Kementerian Siling Projek(RM)
18. ECER-Taman Herba dan Bioteknologi,
Chegar Perah(B)
Unit Kerjasama Awam Swasta
(UKAS)/Jabatan Perdana
Menteri
12,000,000.00
JUMLAH 12,000,000.00
19. Perintis Central Forest Spine (s) Jabatan Perhutanan sem.
Malaysia/Kem. Sumber Asli dan
Alam Sekitar.
300,000.00
JUMLAH 300,000.00
20. Gelanggang Futsal 1 Malaysia di Lipis (B) Bahagian Kewangan dan
Pembangunan/Kem. Belia dan
Sukan
150,000.00
JUMLAH 150,000.00
21. Bekalan Air Jeransang. Jabatan Bekalan Air
Pahang/Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air
2,500,000.00
JUMLAH 2,500,000.00
JUMLAH BESAR 270.605,624.00
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 17
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
MD Lipis telah mengguna pakai beberapa undang-
undang utama yang menjadi tunggak dan teras
kepada MD Lipis untuk menjalankan sebarang
pemajuan, kawalan pembangunan, perancangan
pembangunan, penguatkuasaan dan pungutan
cukai berdasarkan kuasa yang telah diberi. Walau
bagaimanapun, sesetengah akta masih lagi berada
pada tahap agak lemah penguatkuasaannya
berdasarkan hanya sebahagian akta diguna pakai
yang telah menyebabkan MD Lipis tidak dapat
menambahkan pendapatannya dalam hasil
pungutan cukai, kompaun (melalui Undang-Undang
Kecil) dan sebagainya. Antara akta, enakmen,
undang-undang kecil dan panduan yang diguna
pakai di MD Lipis adalah seperti di jadual berikut.
Jadual 9.14: Akta, Enakmen, Undang-undang Kecil dan
Panduan Yang Diguna Pakai MD Lipis
AKTA PANDUAN
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Garis Panduan Kementerian Perumahan
Dan Kerajaan Tempatan.
Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) Garis Panduan Jabatan Lanskap Negara
Siri Jln/GP001/2001.
Akta Perancang Bandar dan Desa 1976
( Akta 172)
Garis Panduan dan Piawaian
Perancangan, Jabatan Perancangan
Bandar Dan Desa.
Akta Makanan 1983 (Akta 281) Panduan Perbendaharaan dan Tatacara
Pengurusan Stor
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 ( Akta 341) Penentuan Kerja Dalam Projek
[Spesifikasi] Kerajaan Malaysia.
Akta Pengangkutan Jalan 1987 Peruntukan Mengenai Tempat Letak
Kereta MD Lipis
ENAKMEN
Enakmen Hiburan 1993 dan (Pindaan 2006) Kaedah-Kaedah Hiburan 1996.
Enakmen Kawalan Kerbau-Lembu 2001 Arahan Keselamatan.
UNDANG-UNDANG KECIL
Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan
Pelupusan Sampah,
MD Lipis 1984
Undang-Undang Kecil Mengkompaun kesalahan-kesalahan
Kerajaan Tempatan, MD Lipis 1983
Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan, MD Lipis 1984
Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing, MD Lipis 1984
Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Tempat-
Tempat Makan, MD Lipis 1986
Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut Dan
Pendandanan Rambut, MD Lipis 1987
Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian, MD
Lipis 1987
Undang-Undang Kecil Penjaja, MD Lipis 1988
Undang-Undang Kecil Iklan Pilihan Raya, MD Lipis 1990
Undang-Undang Kecil Tandas Awam, MD Lipis 1992
Undang-Undang Kecil Bayaran Pelan dan Permit, MD Lipis 1983
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-kesalahan
Jalan, Parit dan Bangunan, MD Lipis 1987
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, MD Lipis 1984
Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Daerah Lipis, Kelakuan dan
Tatatertib 2002
Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1983 Sumber : Majlis Daerah Lipis,2010
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 18
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
MD Lipis mempunyai Pembantu Undang-Undang
dan dibantu oleh setiap ketua jabatan yang akan
bertanggungjawab di dalam melaksanakan
sebarang perkara yang berkaitan dengan undang-
undang di jabatan masing-masing. Oleh kerana itu,
MD Lipis dapat melaksanakan kompaun
sepenuhnya kerana mempunyai Pembantu Undang-
Undang yang akan menandatangani kompaun
yang dikeluarkan. Keadaan ini dapat membantu MD
Lipis meningkatkan hasil melalui kompaun tersebut.
9.3 Isu Dan Masalah
a. Urus tadbir bandar , pengurusan organisasi dan imej MD Lipis sebagai sebuah organisasi pihak
berkuasa tempatan masih di tahap sederhana
kerana masih belum mempunyai sebuah
bangunan pentadbiran sendiri yang terletak di
dalam kompleks perniagaan.
b. Keperluan untuk mengkaji projek yang berpotensi dan melaksanakan cadangan projek yang telah
dicadangkan oleh kajian terdahulu iaitu
Rancangan Tempatan Lipis 2007-2010 dan
Rancangan Kawasan Khas Bandar Lipis 2009-2020
bagi menambahkan kesinambungan
perancangan disamping menambahkan sumber
pendapatan Majlis Daerah Lipis (MD Lipis).
c. Struktur organisasi sediada masih kekurangan pengkhususan dan kekurangan jawatan
profesional untuk mengurus tadbir daerah dan
melaksanakan perancangan pembangunan di
kawasan perkhidmatan.
d. Keupayaan organisasi MD Lipis agak terhad bagi membolehkan ia menangani isu-isu
pembangunan secara berkesan di samping
memberikan perkhidmatan yang sewajarnya.
e. Jumlah kutipan cukai harta adalah sederhana. MD Lipis perlu meningkatkan lagi kadar peratusan
ini melalui pelbagai cara untuk menambah
pendapatan sedia ada.
f. Daerah Lipis merupakan daerah yang masih aktif di Negeri Pahang di dalam aktiviti perlombongan
emas iaitu di Penjom dan Selinsing. Tetapi kesan pembangunan masih belum dinikmati sepenuhnya
oleh penduduk Daerah Lipis dari aspek pembangunan fizikal dan sosial.
g. Daerah Lipis telah mempunyai kesediaan tanah untuk pembangunan institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di Terenggun namun masih tiada tindakan susulan oleh kementerian yang terlibat untuk
menyegerakan pembangunan tersebut. Adalah wajar disegerakan pembangunan tersebut bagi
membolehkan serakan pembangunan di kawasan Terenggun menghala ke Padang Tengku dan
pinggiran Lipis/Tempoyang yang mana akan merancakkan lagi aktiviti pembangunan hartanah di
kawasan tersebut. secara tidak langsung MD Lipis akan memperolehi pendapatan ke atas
pembangunan hartanah tersebut.
h. MD Lipis dilihat membelanjakan jumlah yang agak besar iaitu 13% daripada pendapatannya untuk perbelanjaan pengurusan Alam Flora. Namun, tahap kepuasan dan mutu perkhidmatannya masih di
tahap yang sederhana rendah dan masih terdapat aduan oleh orang awam berkaitan
ketidakcekapan perkhidmatan mengutip sampah oleh pihak Alam Flora. Pandangan dan persepsi
negatif orang awam akan menjejaskan imej MD Lipis dan pihak berkaitan perlu mengambil tindakan
sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut.
i. Perluasan kawasan operasi memerlukan sebuah organisasi yang mantap dari aspek sumber manusia,
kelengkapan, peralatan dan sumber kewangan untuk memberikan perkhidmatan kepada pembayar
cukai. Terdapat kawasan kawalan yang masih belum mempunyai pejabat cawangan MD Lipis dan ini
menjarakkan kerjasama erat antara pengurusan daerah dengan orang awam.
j. Kekurangan kakitangan terutamanya kakitangan bertaraf profesional selain kakitangan sokongan.
Keadaan ini akan menyebabkan sesebuah organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan
mengurangkan keberkesanan penyampaian di dalam sesebuah PBT.
9.4 Potensi
a. Daerah Lipis mempunyai pintu ketiga ke Taman Negara iaitu di Hutan Simpan Relau, Merapoh.
Dengan kelebihan tersebut, Daerah Lipis berpotensi untuk mempromosi aktiviti pelancongan dan
MD Lipis perlu mengambil kesempatan tersebut dengan memperkemaskan kemudahan awam dan
menyediakan ruang perniagaan yang akan memberikan imbuhan ekonomi kepada MD Lipis.
b. Daerah Lipis juga terlibat di dalam cadangan Central Spine Road yang melalui Jerkoh hingga ke
Merapoh. Pelebaran jalan tersebut juga memberi impak kepada kemasukan lebih ramai pengguna
jalanraya tersebut untuk ke Kelantan dan ke Cameron Highlands. MD Lipis perlu memanfaatkan
cadangan tersebut dengan penambahan aktiviti ekonomi seperti pembinaan Kawasan Rehat dan
Rawat, Gerai dan kawasan perniagaan baru untuk menambahkan pendapatan MD Lipis.
c. MD Lipis memperolehi Star Rating 3 iaitu berpotensi untuk ditingkatkan melalui pemberian
perkhidmatan perbandaran yang lebih baik. MD Lipis perlu mempertingkatkan anugerah tersebut
dengan mengekalkan amalan murni dan mempunyai kerjasama yang erat dengan orang awam di
kawasan pentadbirannya dan menambahkan kualiti di dalam perkhidmatannya.
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 19
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
d. Mempelbagaikan sumber pendapatan MD
Lipis dengan cadangan kreatif menubuhkan
Muzium Tokoh, pembukaan Zoo di waktu
siang dan malam, pembukaan galeri dan
mempergiatkan promosi lawatan ke
Bangunan Warisan disamping menjalinkan
kerjasama yang erat dengan Jabatan
Perhilitan untuk mempromosi Daerah Lipis
sebagai pintu masuk ketiga ke Taman
Negara.
e. Mengenakan caj pemajuan kepada pemaju
yang tidak dapat menyediakan kemudahan
yang ditetapkan seperti kawasan lapang dan
rizab tertentu di dalam pembangunannya.
9.5 CADANGAN AWAL
a. Memperkasakan Urus Tadbir MD Lipis
MD Lipis perlu mempunyai pengurusan dan
pentadbiran yang baik serta cekap bagi
memastikan semua urus tadbir yang dilaksanakan
adalah berkesan dan efisyen serta dapat
meningkatkan taraf perkhidmatan MD Lipis kepada
orang ramai. Antaranya ialah melalui penstrukturan
semula organisasi dan penambahan kakitangan
profesional dan sokongan di sesetengah bahagian
selain menyerap kakitangan kontrak dan sambilan
ke jawatan tetap.
b. Penambahan Bahagian / Unit Baru
Jabatan Pelancongan, Alam Sekitar dan Warisan
dicadangkan diwujudkan di MD Lipis bagi
memantau persekitaran dan kelestarian
terutamanya bagi pengurusan Hutan Simpan dan
Taman Negara yang terdapat di Daerah Lipis
dengan penekanan kepada aspek pembangunan
pelancongan dan persekitaran. Sebarang aktiviti
yang berkaitan dengan pelancongan dan alam
sekitar akan diuruskan oleh jabatan baru ini dengan
kerjasama Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan
dan Penguasa Taman Negara. Jabatan ini juga
berperanan menguruskan 14 buah bangunan
warisan dan Muzium/Galeri Tokoh yang akan dilaksanakan kelak.
Selain itu, Jabatan Korporat dan Audit Dalaman juga dicadangkan untuk mengurusakan hal-hal yang
berkaitan dengan projek penswastaan, usahasama, pembangunan projek impak besar dan peluang-
peluang pelaburan baru di kawasan MD Lipis serta memastikan kewangan serta aset-aset MD Lipis diurus
dengan sebaik-baiknya.
c. Meningkatkan Sumber Kewangan
MD Lipis perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh serta tidak mempunyai masalah kewangan dan
berusaha untuk menambah sumber kewangan sediaada dengan meningkatkan pungutan cukai serta
menjalankan aktiviti, projek dan program yang mampu menjana sumber kewangan.
Contohnya MD Lipis terlibat dalam aktiviti ekonomi pemangkin dalam pelaburan dan aktiviti yang berdaya
maju dan memberi pulangan ekonomi dengan risiko sederhana melalui :-
� Pembangunan Pertanian
� Pembangunan Perniagaan, terutama dalam sektor pelancongan
� Pembangunan Sektor Perindustrian berasaskan perkayuan dan kilang minyak kelapa sawit.
� Pembangunan Hartanah
� Memperbanyakkan pembinaan rumah rehat, gerai, caj parking dan sebagainya kepada
pelancong yang datang ke Daerah Lipis melalui projek-projek penswastaan atau
menguruskannya sendiri sebagai alternatif menambah sumber pendapatan.
� Memanfaatkan perluasan kawasan pentadbiran bagi meningkatkan hasil cukai melalui
perluasan kawasan operasi MD Lipis.
� Menggunapakai peruntukkan MARRIS, yang merupakan salah satu sumber kewangan bagi
penyelenggaran jalan raya yang efektif.
� Mengenakan development charge kepada pemaju yang tidak dapat menyediakan
kemudahan tertentu dalam pembangunannya.
� Projek usahasama atau projek khas dengan pelabur lombong emas untuk penyediaan
kemudahan awam kepada penduduk Daerah Lipis.
d. Rebat Bagi OKU & Warga Emas
Langkah ini adalah sebagai insentif bagi strategi kesejahteraan sosial.
e. Meningkatkan Kutipan Cukai
Sasaran kutipan cukai harta yang dicadangkan adalah sehingga 90% melalui insentif tertentu seperti
pemberian hadiah kepada pembayar cukai terawal. Cara ini sudah banyak dipraktikkan dan hasilnya
sungguh memberangsangkan dalam menggalak penduduk untuk membayar cukai tersebut. Penilaian
semula dan pelarasan cukai harta dijalankan setiap 5 tahun.
f. Cadangan Projek Penswastaan Bagi Menjana Pendapatan MD Lipis
i. Kelab Golf Lipis Valley
ii. Penswastaaan Jalan Baru Dengan Kerjasama JKR
iii. Pembangunan Galeri dan Muzium Tokoh
iv. Pembangunan Homestay
D R A F R A N C A N G A N T E M P A T A N D A E R A H T A M P I N
9 - 20
LAPORAN PENEMUAN RTD LIPIS 2010-2020
S E K T O R P E N G U R U S A N D A N P E L A K S A N A A N
v. Projek Rehat dan Rawat Di Sempadan
Daerah Lipis dengan Negeri Kelantan
dan Daerah Bersempadan.
g. Memperbaiki Mutu Perkhidmatan
Prestasi MD Lipis perlu ditingkatkan bagi
meninggikan mutu kerja supaya amalan budaya
kerja yang berorientasikan piagam perkhidmatan
kepada pelanggan dan persaingan sentiasa
diamalkan.
Antara langkah yang boleh dibuat adalah :
i. Perjalanan tugas mengikut prosedur
kerja yang ditetapkan oleh MS ISO
9001: 2008
ii. Menjalankan sistem penswastaan
kepada beberapa perkhidmatan PBT
supaya perjalanan kerja yang lebih
efektif dan berkesan.
iii. Pengawalan dan pelaksanaan
penguatkuasaan undang-undang
sepenuhnya.
iv. Kursus intensif berkaitan bidang kerja
dan pembinaan insan berterusan
sentiasa dijalankan kepada semua
peringkat kakitangan bagi memberikan
lebih banyak informasi terkini.
h. MD Lipis Sebagai Agensi Teras dan
Penyelaras Kesepaduan Pengurusan
Agensi
Majlis Daerah Lipis (MD Lipis) perlu bertindak sebagai
agensi teras dan badan koordinasi bagi pengurusan
pelbagai agensi yang terlibat di dalam
pembangunan di Daerah Lipis seperti cadangan
Kajian Daerah Lipis Sebagai Pintu Masuk Ketiga Ke
Taman Negara Pahang (aspek pembangunan
pelancongan, kawalan & penguatkuasaan) dan
sebagainya.
MD Lipis juga perlu menyelaras projek-projek yang dicadangkan dalam RTD dan projek yang dilaksanakan
sendiri atau jabatan yang berkaitan selain menyelaras projek-projek mengikut keutamaan dan mengikut
fasa-fasa perancangan yang sesuai bagi membolehkan projek yang penting dan memberi lebih manfaat
diutamakan.
9.6 Rumusan
MD Lipis mempunyai sumber yang belum diteroka sepenuhnya bagi membolehkannya menambah
sumber kewangan. Purata pendapatan MD Lipis dari tahun 2005 hingga 2009 ialah sebanyak RM 9.7 juta,
manakala purata perbelanjaannya ialah sebanyak RM 9.91 juta. Jelas di sini prestasi kewangan MD Lipis
adalah defisit. Purata peratusan kutipan cukai untuk tempoh tersebut juga hanya 81.86% dan meletakkan
MD Lipis sebagai sebuah PBT yang masih rendah prestasi kewangannya.
Usaha yang berterusan untuk menambahkan aset dan pegangan bagi meningkatkan pendapatan
perlulah dilaksanakan secara berterusan. Selain sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri,
pentadbiran MD Lipis juga perlu lebih proaktif dan kreatif dalam menggalak penduduk supaya mematuhi
bayaran cukai yang tertunggak memandangkan hasil cukai memberikan sumbangan besar kepada
pendapatan Majlis.
Selain itu, MD Lipis juga memerlukan susunan organisasi yang lebih mantap dan tersusun dengan
menubuhkan Jabatan atau Unit Pelancongan yang dapat mempertingkatkan imej Majlis Daerah Lipis
sebagai sebuah PBT yang mendapat manafaat daripada hub pelancongan di Taman Negara (Merapoh).
MD Lipis juga perlu mendapat kesan langsung daripada aktiviti perlombongan emas dan bijih besi supaya
sumbangannya kepada Negeri Pahang mendatangkan kesejahteraan kepada penduduk di Daerah Lipis
secara khususnya.