bab1ctu211-120926014429-phpapp02

119
CTU 211 SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM Minggu ke 2,3,4 BAB :1 PENSY: USTZAH SHAHRINA BINTI ROMLI

Upload: nuna

Post on 23-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

njk

TRANSCRIPT

CTU 211 SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

CTU 211SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

Minggu ke 2,3,4

BAB :1

PENSY: USTZAH SHAHRINA BINTI ROMLI

ISI KANDUNGANBAB 1 : SAINS & TEKNOLOGI DALAM ISLAM1-pengertian sains2-pengertian teknologi3-persepsi islam terhadap sains &teknologi 4-Ciri2 sains & teknologi Islam-ciri2 agama &saintifik5-Peranan sains & teknologi Islam dalam masyarakat Islam 6-Kepentingan sains & teknologi dalam Islam

1-Pengertian sainsMenurut Charles T. Onions di dalam Dictionary of English Etymology, ( Oxford English Dictionary ), perkataan sains itu timbul dari perkataan Inggeris science,scians,scienc,sciens,science,scyens,scyense,siens,sienz,syence,syense,cience dan ciens.Manakala perkataan Inggeris itu pula berasal dari perkataan Latin scientia yang bermakna ilmu.Takrif sains Moden yang biasa terdapat dalam kamus ialahSuatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta-fakta yang ditinjau,dan disusun secara bersistem dan dihimpunkan dalam bentuk hukum-hukum umum,dan termasuklah kaedah-kaedah yang boleh dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru dalam lapangannya sendiri. ( The Oxford English Dictionary ).

Profesor Shaharir Mohamad Zain Sains berupa analisis fenomenon secara bersistem,mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.Antara huraian terpenting dari takrif tersebut ialah istilah-istilah seperti fenomenon,mantiq ( logik ) dan objektif.Fenomenon ialah telatah atau peristiwa yang mempunyai atribut atau ekoran yang terdemonstrasi secara objektif.

Terdapat perbezaan yg ketara di antara sains moden dengan sains Islam. Ini kerana sains moden hanya terbatas kpd sains tabii sedangkan sains dalam Islam amat luas meliputi 3 kategori umum ilmu pengetahuan sbgmana yg digariskan oleh Ikhwan al-Safa (Hairuddin, 1992:5) iaitu:isains propaedeutik membaca,menulis,perdagangan,timbangan, pertanian,biografi dan sejarah iisains syariah ilmu tajwid,hadith,syariah,tafsir al-Quran dan lain-lain ilmu yang dikategorikan sebagai ilmu agama iiisains falsafah yang terdiri daripada empat bidang iaitu matematik,logik,sains tabii dan metafizik tabiI,matematik,astronomi,musik,fizik,botani, zoologi,geologi,mineralogi,meteorologi,logik dllDalam konteks sains moden barat, sains didefinisikan sbg ilmu yg didapati melalui metodologi saintifik. Sains moden hanya mengiktiraf 4 proses kegiatan intelektual meliputi1-cerapan2-generalisasi3-huraian4-ramalan.Akan tetapi, tradisi sains Islam tidak membataskan metodologi sains kpd kaedah empirikal, logikal dan matematikal semata-mata. Sains Islam juga memperakui kaedah yg bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik (marifah dan al-kasyf/ kaedah tasawwuf /irfan)-kisah nabi khidirSains moden ini muncul dr peradaban barat justeru ianya dikenali dengan sains barat. Ia muncul ke persada dunia lenih kurang 400 tahun yang lalu iaitu disekitar 1600 masihi. Kelahirannya akibat drpd konflik yg tercetus diantara pendokong ilmu rasional dgn golongan gereja / agama yg memerintah. Ekoran drpd itulah munculnya revolusi sains sejak zaman renaisance yg mendokong sains moden yg bebas dri belenggu ajaran agama.

Sains moden vs sains zaman pertengahan/ zaman muslimPertama, dari perspektif falsafah.Sains Moden tidak memartabatkan keagamaan dan ketuhanan ditempat yang tertinggi sebagai sumber ilmu dan kebenaran yang mutlak.Meletakkan akal rasional manusia sebagai penentu segala-galanya dan segala fenomena alam dapat dijelaskan melalui akal semata-mata dan tidak memerlukan bantuan ilmu wahyu.

sains Moden menerusi kaedah saintifiknya menolak wahyu sebagai sumber ilmu dan membina sistem nilai tersendiri yang bertunjangkan humanisme dan rasionalisme yang diasaskan oleh Aristotle.

Kedua, kaedah sains Moden yang dianjurkan oleh Bacon dan Descartes adalah bersifat reductionism (turunisme).Kebanyakan saintis Moden mendakwa bahawa sains moden bebas daripada sebarang nilai,neutral dan objektif.Kaedah reductionism bermaksud menganjurkan supaya para saintis memisahkan suatu persoalan yg ingin ditangani dgn persoalan lain dgn menyelesaikan masalh pokok itu shj .iaitu ia menyelesaikan suatu masalah dlm keadaan yg ungggul .w/p keadaan yg unggul itu tidak wujud di dunia.

Ketiga,sebagai natijah daripada gerakan humanisme Renaisans,sains Moden telah bersifat kebendaan dan sekularDgn kata-kata lain mereka membataskan alam ini kpd alam nyata sahaja. Alam tersebut hanyalah yg boleh diuji, dipegang, disukat, dirasa dan disentuh dgn menolak kewujudan alam ghaib atau kuasa ghaib dan seumpamanya.Fenomena ini telah memunculkan gerakan atheis yg anti agama dan manusia terdedah kepada krisis jiwa yang tenat.

2-Pengertian teknologiIstilah teknologi berasal dari perkataan Yunani iaitu techne yang bermaksud seni atau kerja tanganperkataan logos yang bermaksud wacana atau kata-kata sistematikteknologi merujuk kepada ilmu yang bersifat praktikal,manakala sains pula merujuk kepada ilmu yang bersifat teoritikal

Dalam Glosari Islam, teknologi disamaertikan dengan sinaah yang bermaksud ilmu gunaan.

Armahedi Mahzar dalam Ahmad Y.al-Hassan dan Donald R.Hill dalam Teknologi Dalam Sejarah Islam (1993), merumuskan bhw:

1-Teknologi merupakan kumpulan kaedah yang dipakai manusia untuk mencapai tujuan yang dianggapnya berharga.2-Teknologi adalah keseluruhan teknik yang menghasilkan kepintaran mesin-mesin.

Wan Fuad Wan Hassan dalam Ringkasan Sejarah Sains (1990) menyimpulkan bahawa teknologi boleh ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem.Lazimnya ia dikaitkan dengan proses industri serta amat berkaitan rapat dengan sains kejuruteraan.Teknologi melibatkan peralatan,perkakasan dan teknik bagi menjalankan sesuatu perancangan

3-PERSEPSI ISLAM TERHADAP SAINS &TEKNOLOGIPersepsi Islam terhadap sains&teknologi ialah berhubung dengan gesaan Al-Quran dan al-Sunnah supaya umat Islam menggunakan akal ( rasional ) serta penggunaan dalil aqliyyah dan hukum akal dalam perbahasan akidah ( ilmu kalam / skolastik Islam,perbahasan fiqh atau perundangan Islam dan pelbagai bidang keilmuan Islam menayangkan keunikan perspektif Islam terhadap dimensi rasional yang menjadi asas pembentukan inovasi sains & teknologi dalam tradisi keilmuan Islam.

Justeru itu penggunaan metodologi sains dan falsafah telah diasimilasikan dalam berbagai bidang ilmu Islam seperti metod logik dengan kaedah analogi ( qiyas ) dan deduksi serta metod induksi dalam berbagai bidang sains amali.

Penelitian fenomena tabii amat sarat dlm Al-Quran & al-Sunnah.Terdapat 756 ayat al-Quran yang menekankan konsep ayatuLlah yang menjadi asas pengkajian tabii.

Justeru itu ayat al-Quran merupakan mikro-kosmos kepada fenomena tabii,manakala ayat al-kawniyyah ( alam semesta ) merupakan makro-kosmos fenomena tabii.

Profesor S.H.Nasr dalam An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines bahawa wahyu dalam aspek pernyataan sebagai bentuk ( form ),sedangkan struktur akal adalah jirim ( matter ).Sehubungan ini akal sebagai alat untuk manusia menerima kebenaran yang diwahyukan dan ia tidak berlawanan dengan hukum akal.

Perbahasan tentang kajian fenomena tabii disebut juga sebagai teologi tabii.Menurut Dictionary of the History of Science, teologi tabii merupakan ilmu atau huraian rasional mengenai kewujudan dan sifat Tuhan sebagai Khaliq melalui kajian ke atas fenomena alam tabii.Teologi tabii dalam konteks sejarah sains Islam meliputi dua tahap perkembangan,iaitu;

isebelum turunnya al-Quran,iaitu teologi tabii yang dibawa oleh para Anbiya` dan Hukama` terdahuluiisesudah turunnya al-Quran.Abu al-Hasan al-Asyari ( m.d. 935 M ) dengan teori atomnya telah membuka tirai hujah ontologikal dan polemik teologi tabii dalam historiografi sains Islam.al-Asyari merupakan pemimpin golongan mutakallimun ( skolastik Islam ) yang paling keras penentangannya terhadap hujah-hujah ontologikal kaum Mutazilah ( golongan ahli falsafah / rasionalisme Islam ).

Adalah jelas Islam memberatkan pertimbangan fikir dan zikir dalam beragama dan mengisi semua aspek kehidupan dan menekankan keharmonian wahyu dan akal dalam berilmu.Sehubungan ini kajian ke atas fenomena alam tabii melalui fakulti akal,menurut al-Quran,pasti akan membawa seseorang insan kepada kedudukan rohaniah yang tinggi.

Masyarakat Islam menurut al-Quran merupakan masyarakat yang merdeka dan berdaulat serta berkeupayaan untuk hidup berdikari.Ia bukanlah sebuah masyarakat yang bergantung kepada orang lain dan tunduk kepada kuasa-kuasa asing yang anti Islam.Dalam konteks untuk mencapai kemerdekaan yang hakiki umat Islam perlu memiliki kebebasan dan kedaulatan dalam ekonomi,politik dan kebudayaan.

Sehubungan ini Amir Syakib Arsalan dan Muhammad Abduh menegaskan kondisi umat Islam yang jumud ( beku ) dan terkebelakang dalam segala aspek kehidupan telah mengakibatkan lahirnya tohmahan dan penghinaan pihak musuh kepada Islam.

Antara jawapan yang tegas yang dikemukakan oleh para mujaddid dan pemikir Islam untuk mengatasi dan mengubati kelemahan dan kelumpuhan umat Islam ialah mereka semestinya menguasai sains dan teknologi di samping memiliki kekuatan iman dan penguasaan terhadap ilmu-ilmu tradisi Islam. Di sinilah letaknya signifikasi sains dan teknologi dari persepsi Islam.

4-Ciri2 sains & teknologi Islam1-ciri2 KeagamaanA.Tauhid ( The Divine Unity ) Dari gagasan keesaan ini dikembangkan gagasan kesatuan sistem alam ciptaan Allah atau diistilahkan sebagai sunnatuLlah. Sehubungan ini sains dan teknologi Islam merupakan ilmu yang dihasilkan melalui cerapan dan fahaman terhadap fenomena tabii yang berpaksikan gagasan tauhid kepada Allah

Menurut Islam- sesuatu ilmu boleh tercetus menerusi peringakt2 yg tertentu brdasarkn hubungn seseorang itu dgn Allah{Rasul & anbiya wahyu}Hukama & ahli sufi ilham @ institusi yg diistilahkn al-Quran sbg mujahadahDidalam buku Science and Civilization in Islam karya Profesor S.H.Nasr telah mengemukakan perbahasan tentang The Universal Figures of Islamic Science (Tokoh-tokoh Keilmuan Sejagat) dalam sejarah Sains Islam seperti Jabir bin Hayyan,Al-Kindi,Ibnu Sina,Ibn Haytham dan lain-lain yang menguasai ilmu-ilmu naqli dan aqliyyah.B.Kesatuan Ilmu ( The Unity of Knowledge ):Seluruh bidang ilmu baik ilmu naqli @ wahyu mahupun ilmu akal adalh dr Allah swt.Malah kesemuanya itu saling melengkapi dlm bidang keilmuan IslamKonsep tauhidkonsep kesatuan ilmu dlm falsafah & konsep kesatuan kebersebaban (unity of causalities) dlm proses kejadian alam.C.Kesatuan Kebersebaban ( The Unity of Causalities )Menggabungkan sebab metafizik ( The Vertical Cause ) yang diungkapkan sebagai qadha taqdir Allah SWT dengan sebab fizik (The Horizontal Cause). Allah SWT merupakan penyebab pertama atau penyebab awal (The First Cause) bagi segala sesuatu, manakala sebab-sebab lain adalah penyebab kedua.

Para malaikat & Jin penyebab ke2Firman Allah {al-Radd :11 & surah ar-Rum: 48}telah merumuskan penggabungan ketentuan Allah swt ke atas usaha & ikhtiar manusia dlm konteks sebab & akibat yg berlaku dlm kehidupan insan & perjalanan hidup.{cth: hanya meyerah pada Allah shj tanpa berusaha..hanya berdoa shj}YaAllahh..bantulah aku..

Doa mesti bersungguh2..

baby pun nak doa

..aikk..doa ke aper nie

D.Sains sebagai alat atau mekanisme untuk mencapai pengabdian kepada Allah SWT dan keredaanNya.Keunikan sains Islam ialah meletakkan sains sebagai alat untuk memperolehi keredaan Allah SWT. Melalui sains manusia dapat mengabdikan diri kepada Allah SWT .Bentuk pengabdian itu yang mempunyai fungsi kerohanian dan sosialnya.

E.Sains Islam terikat dengan hukum-hukum dan akhlak ( etika ) yang mantap.Prinsip sains Islam ialah matlamat tidak menghalalkan cara. Meskipun sesuatu matlamat dan kaedah penyelidikan sains untuk kebaikan dan kepentingan manusia seperti projek pengklonan manusia,euthanasia,organ transplantation dan seumpamanya,namun sains Islam tidak mengenepikan batas-batas hukum dan etika sehingga menghalalkan projek-projek seperti di atas.

Pengklonan manusia yang x jadi

F.Sains Islam adalah suatu kaedah yang unggul untuk membuktikan kebenaran Allah SWT dan suatu jalan untuk mencapai marifah ( mengenal dan menghampirkan diri ) kepada Allah SWT

2-ciri2 saintifik1-objektif2-logik3-Empirikal4-Sintesis5-Analisi6-Universal1-objektifSains dan teknologi Islam juga melalui proses pembuktian kebenaran atau justifikasi.Al-Quran sendiri menegaskan sifat objektif keilmuan Islam didalam surah al-Isra ayat 36,Surah Al-Baqarah ayat 111. Sains Islam bersifat objektif kerana ia menyediakan serta mematuhi tatacara umum, dan kriteria tertentu bagi menentukan sama ada sesuatu dakwaan ilmiah itu dapat diterima atau tidak kebenaran atau kesahihannya oleh ahli dan pengamalnya.

2-LogikKaedah logik telah diaplikasikan secara meluas dalam tradisi intelektual Islam bukan sahaja dalam bidang sains intelelek tetapi juga dalam bidang sains transmisi seperti penggunaan analogi atau qiyas dalam kaedah perundangan Islam serta penggunaan logik atau mantiq dalam perbahasan ilmu kalam dan kaedah deduktif dalam falsafah Islam.

Cth : qiyas dalam perundangan Islam Pengharaman Arak sebb memabukkandiqiyaskan dgn haramnya tuak, dadah, pil estacy sebb ia memabukkan {berbalik pd illat haramnya Arak dgn sebb mabuk.gambar Arak mahal niee..

haram minumm

Arak membuka jalan2 maksiat..

Arak diqiyaskan dgn dadah

Jangan mencubaAwas!

3-empirikalUjikaji dan pemerhatian yang diimplementasikan secara meluas dalam bidang astronomi dengan pembinaan pusat-pusat observatori dan juga dalam bidang perubatan dengan terbinanya universiti hospital diseluruh dunia Islam sejak abad ke 9 Masihi.Malah kaedah empirikal ini digunakan dalam semua bidang sains Islam.

4-SintesisKaedah ini merupakan gabungan antara pemikiran dan penemuan yang berbeza sebagai suatu yang menyeluruh atau yang baru. Unsur-unsur sains dalam tamadun Yunani, Cina, India, Parsi dan lain-lain telah digabungkan dengan unsur sains yang terdapat dalam tamadun Islam.

Ia merupakan kriteria terpenting pembentukan sains dan teknologi Islam yang bermula dengan kegiatan perterjemahan dari tahun 705 900 M. Sintesis merupakan gabungan ajaran al-Quran dan al-Sunnah dengan penyerapan budaya ilmu asing khususnya Yunani ke dalam budaya ilmu Islam.

5-AnalisisPemecahan persoalan sains secara terperinci sehingga menghasilkan banyak maklumat dan data. Selanjutnya data2 dan maklumat2 ini dirumuskan utk menghasilkan suatu penemuan baru. Cthnya : pengkajian Ibn Sina dan al-Razi di dalam karya-karya mereka yang bersifat analisis dan ensiklopedia perubatan iaitu Al-Qanun fi Al-Tibb dan Al-Hawi. Dan juga kajian sarjana2 Muslim spt:1-Jahiz {Zoologi dan Sosiologi}, 2-al-Idrisi {Geografi}, 3-Ibn Khaldun {sosiologi sejarah},4-Al-Biruni fizik, sosiologi, kejuruteraan, IbnHaytham optik, fizik, kejuruteraan, 5-al-Khawarazmi {matematik dan astronomi}

6-universalMenurut Dr.Wan Fuad Wan Hasan didalam bukunya Ringkasan Sejarah Sains bahawa warga sains Islam terdiri dari empat kelompok terpenting :1 Saintis Muslim seperti Jabir bin Hayyan dan Musa al-Khawarazmi.2 Saintis Bukan Islam seperti Hunayn bin Ishaq dan Thabit bin Qurrah.3 Saintis Arab seperti al-Jahiz dan al-Kindi.4 Saintis bukan Arab seperti Ibn Sina dan Umar Khayyam.

Kesejagatan sains dan teknologi Islam bukan sahaja penyumbangnya terdiri dari berbagai kelompok yang berada dibawah polisi sains pemerintah Islam tetapi juga khalayak yang menerima sumbangan sains dan teknologi Islam terdiri dari berbagai komuniti dan tamadun.Persoalan ini boleh dijustifikasikan apabila kita memperkatakan tentang transformasi sains dan teknologi Islam ke Eropah sejak zaman Pertengahan dan renaisans.

5-PERANAN SAINS & TEKNOLOGI DALAM MASYARAKAT ISLAMi]Merealisasikan penghayatan tauhid :Sains dapat membantu manusia mencapai tauhid kerana hakikat keesaan Allah SWT dimanefestasikan kepada peringkat fenomena alam tabii. Doktrin kosmologi Islam;alam tabii wujud dalam kesatuan. Pengkajian fenomena tabii berupaya membawa manusia kepada penyatuan alam semesta ini dengan kekuasaan dan keesaan Allah SWT yang merupakan Pencipta dan Pengatur alam sejagat.

Cth : bila tgok alam semesta dengan adanya bulan, bintang, matahari { berputar pada paksi} msg2 =membuktikan mesti ada satu kuasa yg menggerakkanya=Kekuatan & pegangan kp akidah Islam semakin kuat.lukis matahari zmn knak2..

..terbit ke terbenam?

..cantik..menarikk.

bintang di langit..

animasi moon

2-Menegakkan kebenaran saintifikPenemuan sains merupakan pembuktian kebenaran secara ilmiah.Kegiatan saintis Islam adalah dalam rangka menegakkan kebenaran pegangan dan teori yang didokong oleh mereka.Setiap cabang sains bermatlamat untuk mencapai peringkat keyakinan tertinggi terhadap hakikat benda yang dikajinya.Hakikat bermakna kebenaran (reality).Kebenaran yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah kebenaran saintifik.Ringkasnya,tujuan setiap cabang sains diselidiki oleh para saintis Islam adalah untuk menegakkan kebenaran dalam bidang kajiannya.

3-Pembudayaan sifat tafakkur/Tafkir -makrifahSeluruh kegiatan saintifik saintis Muslim ditunjangi oleh gagasan menghampirkan diri kepada Allah SWT.Para Saintis failasuf isyraqi / teosofi dan aliran urafa seperti Sadruddin Shirazi,Mulla Sadra dan Ikhwan al-Safa banyak mengupas perbahasan tentang marifah atau gnostik dalam rangka usaha inovasi sains mereka.

Penguasaan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang fenomena alam tabii merupakan satu kaedah yang berkesan untuk membawa manusia mengenali sifat-sifat Allah SWT dan beriman kepadaNya.

4-Memenuhi keperluan kebendaan manusiaDalam sejarah sains & teknologi Islam,para saintis Islam menghasilkan penemuan sains demi mencapai berbagai tujuan sejajar dengan keperluan manusia.Apabila kita memerhatikan inovasi sains dan teknologi Islam kita dapati bahawa produk2 sains mereka memberi manfaat yang besar kepada masyarakat. seperti usaha Ibn Haytham membina empangan di sepanjang Sungai Nil untuk menghindari banjir.Inovasi pembedahan yang diasaskan oleh Abul Qasim al-Zahrawi memberi faedah kemanusiaan sejagat terutama dalam bidang ilmu pembedahan dan perubatan klinikal.

5-Pelaksanaan SyariahPencapaian sains & teknologi dalam lapangan kejuruteraan dan arkitek telah menghasilkan pembinaan masjid,universiti,perpustakaan dan monumen2 yang menayangkan pelaksanaan syariah Islam dalam masyarakat Islam Abbasiyah,Andalus,Mesir dan India.

Contohnya apabila berlakunya pembukaan kawasan penempatan baru,antara projek terawal dilaksanakan ialah pembinaan masjid dan parasarananya yang memerlukan kepada kepakaran dalam bidang teknologi berkaitan.

..cantik

masjidil haram..

..kubah masjid dri emasmsjid bandar seri begawan.

6-Mengukuhkan keseimbangan AlamContohnya keseimbangan sistem ekologi adalah berasaskan plan dan dasar pembangunan yang bercirikan masyarakat madani (Civil Society / al-Madinah al-Fadilah) seperti yang diteorikan oleh al-Farabi (md 950 M).Apabila negara dipimpin oleh Nabi , nescaya tercapainya keseimbangan diantara anasir jasmani,aqliah dan kerohanian.

787-Warisan silam sains & teknologiTelah dipelihara dengan saksama oleh pemerintah Islam Abbasiyah,Fatimiyyah dan Andalus.Umpamanya Perubatan Parsi dan India telah disintesiskan dengan perubatan Islam oleh tokoh2 ahli perubatan Islam melalui pusat perubatan Parsi Jundisabur yang telah ditakluk oleh Kerajaan Abbasiyah.Demikian juga pusat sains Iskandariah,Harran,Antioch dan Konstantinopel di Turki.

6-Kepentingan s& tSains Islam telah merangkul kejayaan yang gemilang dalam berbagai lapangan sains,dari ilmu bintang,sains hayat hinggalah kepada ilmu senibina pada zaman keemasan intelektual Islam sepanjang jangkamasa dari abad ke 7 M hingga abad ke 16 M.

William Draper ,1979 ,History of the Intellectual Development of Europe Hampir lapan ratus tahun di bawah pemerintahan umat Islam,Islam Sepanyol menjadi suatu teladan kepada Eropah.Sebagai sebuah negara yang bertamadun tertinggi dan berilmu,kemajuan dalam bidang seni,sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tolok bandingannya di seluruh Eropah.Penuntut-penuntut datang dari negeri Perancis,Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar orang Islam Sepanyol.Matematik,ilmu falak,sains hayat,sejarah,falsafah dan undang-undang hanya boleh dikuasai oleh Sepanyol sahaja.

Imej Sains IslamSains yang lahir di dunia Islam dalam tempoh tersebut mempunyai identiti Islam yang tersendiri.Identiti ini dapat ditinjau melalui epistemologinya yang memberikan gambaran dan matlamat2 sains. Identiti ini juga dapat diperhatikan dalam bentuk kaedah-kaedah yang mempengaruhi cara2 pengamalan dan juga isi kandungan sains itu.

Epistemologi IslamMenekankan pengalaman dan realiti secara keseluruhannya dan menganjurkan pelbagai cara dan kaedah untuk mempelajari dan mengkaji alam tabii.

Justeru itu Islam menjadikan wahyu & akal ,pencerapan & intuisi,tradisi & spekulasi teori sebagai punca ilmu pengetahuan.Meskipun terdapat pelbagai medium untuk mempelajari alam tabii,tetapi kebenaran wahyu tetap menjadi tonggak utama tamadun intelektual Islam.

cth sains dlm alquran..NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air maniDaripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.Firman Allah yang bermaksud " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"al-Mukminun : 14

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14Firman Allah yang bermaksud "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.Firman Allah yang bermaksud :"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Slps 4 mngu..

..slps 8 mngu..

..slps 12 mngu..

..slps 16 mngu..

..slps 36 mngu..

..inilah kamu

Pelbagai Kaedah Epistemologi IslamSifat kepelbagaian kaedah pencarian &pencapaian ilmu,epistemologi Islam menekankan interaksi antara pelbagai cabang ilmu itu.Segala bentuk ilmu adalah saling berkaitan dan bertautan dengan wahyu.Islam bukan sekadar mewajibkan pencarian ilmu malah menjadikannya sebagai suatu urusan ibadah yang tertinggi.

Urusan ilmu amat akrab dengan nilai Islam yang lain seperti kepimpinan ( khilafah dan imamah ),amanah,adil dan kepentingan umum ( istislah ).

Sehubungan ini kita boleh meninjau keunikan epistemologi Islam yang meletakkan sains intelek ( sains,falsafah dan teknologi ) sejajar dengan sains transmisi / wahyu / naqli sebagai kefarduan dan menjadi tanggungjawab secara kolektif ( fardu kifayah ) kepada umat Islam untuk menguasai berbagai bidang sains dan teknologi.

Sedangkan ilmu wahyu atau naqli pula menjadi tanggungjawab kepada setiap individu Muslim untuk mempelajarinya atau disebut fardu ain.( Rujuk kupasan Imam Al-Ghazzali dalam Ihya `Ulum al-Din jilid 1 dan Ibnu Khaldun di dalam Al-Muqaddimahnya ). Dengan kata-kata lain urusan ilmu menjadi ibadah,amanah dan perjuangan umat Islam seluruhnya.

Hubungkait antara ilmu & ibadah tidak mengizinkan penimbaan ilmu untuk tujuan2 melanggari perintah Allah.Manakala hubungkait ilmu & kepimpinan pula bermatlamat untuk merubah alam tabii kepada alam yang tunduk kepada sistem Ilahi.Manusia sebagai khalifah Allah tidak dibenarkan menuntut ilmu untuk memusnahkan alam tabii dan mengabaikan tanggungjawab untuk memakmurkannya.

Cth ilmu & ibadah: Mengusai ilmu astronomi untuk menentukan waktu solat, dan arah kiblat.

Untuk tujuan perdagangan, cthnya dgn mengetahui ilmu astronomi mereka dapat mengembara dan mengharungi lautan luas dengan panduan bintang di langit.

3. Untuk tujuan dakwah, cthnya dengan mengetahui ilmu sains dan teknologi umat Islam dapat menyebarkan mesej dakwah dgn lebih mudah, jika dulu dgn terhasilnya perjilidan al-Quran, dan sebagainya.

TENTUKAN ARAH KIBLAT..

..KAWASAN LAPANG..

..KOMPAS..

..PENUNJUK ARAH..

Manusia perlu menerima bahawa alam tabii ini bukan untuk dikuasai tetapi untuk dikagumi & disyukuri segala anugerah dan nimat kurniaan Ilahi.Justeru itulah pengkajian alam tabii wajar sekali untuk menghasilkan dua natijah :iKefahaman tentang alam kebendaan.iiRefleksi kepada realiti kerohanian.

Selanjutnya hubung kait di antara ilmu dan istislah ( kepentingan umum ) dilakukan demi memastikan bahawa ilmu dituntut untuk menegakkan kesamaan,keadilan sosial dan nilai-nilai yang memperelok perjalanan masyarakat dan kebudayaan Islam.

Keutamaan terhadap kepelbagaian dan saling berinteraksi ini memberikan satu ciri yang sangat unik kepada epistemologi Islam.Ia menunjukkan satu jalan tengah untuk menuntut ilmu.Ini adalah untuk :i memastikan agar tiada satu pun bentuk ilmu atau kaedah ke arah pengetahuan dijadikan sebagai satu-satunya kriteria mencapai kebenaran.iimemastikan supaya dalam menuntut sesuatu ilmu menerusi sesuatu kaedah itu tidak pula menafikan kesahihan menggunakan kaedah lain.

Iklim pembudayaan ilmu Islam yang sehat ini telah mencetuskan kesuburan usaha membuat klasifikasi ilmu secara sistematik di kalangan ilmuan Muslim yang dimulai oleh al-Kindi pada abad ke 3 Hijrah = 9 Masihi sehinggalah kegiatan ini didedikasikan dengan sempurnanya oleh Syah WaliyuLlah al-Dahlawi dari India pada abad ke 12 Hijrah = 18 Masihi.

Usaha-usaha mereka yang melelahkan dalam memproduksikan klasifikasi ilmu-ilmu ini telah menampilkan kesarjanaan masing-masing.Tujuan utama disebalik usaha-usaha gigih mereka dalam hal ini adalah untuk memelihara gagasan hierarki ilmu Islam yang kudus serta untuk meletakkan sesuatu bidang dan disiplin keilmuan pada posisinya yang sahih di bawah suatu paradigma keintelektualan Islam yang tulen.

Para cendekiawan Islam telah merangkumkan semua bidang ilmu pengetahuan dalam satu susunan matrik nilai yang telah menunjukkan bahawa mereka berupaya untuk menerima dan mensintesiskan ilmu sains yang wujud daripada pelbagai tamadun yang telah mereka pusakai.Sebaik sahaja ia menjadi sebahagian daripada kerangka nilai-nilai Islam yang abadi,sains asing itu diubah dan diasimilasikan kepada suatu identiti yang baru.

Sains Islam walaupun seperti sains Greek dan Cina yang mempunyai identiti yang unik,tetapi ia sama sekali berbeza dengan kedua-duanya itu lantaran sains Islam lebih bersifat antarabangsa atau sejagat disebabkan oleh penyebaran secara geografinya dan sifat kosmopolitan peradaban Islam itu sendiri.

Klasifikasi ilmu yang diusahakan oleh para cendekiawan Islam merupakan permulaan proses sintesis yang kompleks yang mencerminkan tasawwur Islam.Meskipun al-Kindi,al-Farabi,al-Khawarazmi dan Ibn Sina dilihat terpengaruh dengan klasifikasi Aristotle pendahulu mereka dari Greek,namun usaha-usaha klasifikasi mereka menyerlahkan identiti Islam.

Al-Khawarazmi ( md 976 M ) telah mengemukakan klasifikasi ilmu yang lebih sempurna atau satu bentuk struktur hierarki yang mengutamakan ilmu pengetahuan agama yang memberikan satu struktur nilai yang mengambil kira kesemua bentuk ilmu yang lain.

Maratib al-UlumEnsiklopedia Rasa`il Ikhwan al-Safa yang disusun pada abad ke 10 M telah meletakkan metafizik sejajar dengan matematik,logik dan sains tabii.Berikutnya Ibn Hazm di dalam karyanya Maratib al-Ulum telah mengemukakan klasifikasi ilmu yang menggambarkan kesepaduan yang sempurna di antara ilmu pengetahuan dengan nilai-nilai.

Di samping membentuk hierarki ilmu sains,Ibn Hazm juga menekankan tentang saling berkaitan dan berinteraksi di antara kelas-kelas ilmu itu.Beliau menghubungkan ilmu dengan empat nilai kebaikan ( fadilah ) yang utama :

Hierarki SainsDi samping membentuk hierarki ilmu sains,Ibn Hazm juga menekankan tentang saling berkaitan dan berinteraksi di antara kelas-kelas ilmu itu.Beliau menghubungkan ilmu dengan empat nilai kebaikan ( fadilah ) yang utama :

ikeadilan ( adl )iikefahaman ( fahm )iiikeberanian ( najdah )ivkemurahan hati ( jud

SEKIAN TERIMA KASEH