baca semula.docx

18
TEORI TINGKAHLAKU BF SKINNER (TEORI-TEORI KAUNSELING) 1.0 Pengenalan Terapi Tingkah Laku merupakan satu pendekatan terhadap pengujian, penilaian dan perubahan tingkah laku yang memfokuskan kepada perkembangan terhadap tingkah laku yang bersesuaian tingkah laku prososial dan mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai dalam kehidupan seharian (kazdin, 2011). Terapi Tingkah laku digunakan dan diaplikasikan oleh terapis serta pekerja professional untuk membantu individu meningkatkan beberapa aspek dalam kehidupan seharian mereka. Terapi Tingkah Laku telah bermula pada lewat tahun 1950-an dan terapi ini tidak seperti teori-teori psikoterapi yang lain kerana konsep asas yang ditekankan dalam terapi ini berlandaskan eksperimen psikologi dan mengkaji prosess pembelajaran manusia serta haiwan jika dibandingkan dengan beberapa terapi lain seperti psikoanalisis yang memberi penekanan terhadap falsafah. Pekembangan asas Teori Tingkah Laku diketengahkan oleh Ivan Sechonov Pavlov dari Russia dan B.F skinner dari Harvad Universiti serta Bandura yang menggunakan Teori Pembelajaran Sosial belandaskan pendekatan dan pengaruh sosial. Pendekatan-pendekatan yang diperkenalkan ini telah memperkembangkan lagi konsep-konsep sedia ada dalam terapi ini dan telah menjadikan terapi ini semakin berjaya mengatasi kesukaran yang dialami oleh individu di dunia. 2.0 Tokoh Teori Tingkahlaku. Pelopor terpenting Burrhus Frederic Skinner (B.F Skinner) yang telah memberi penekanan dalam konsep pelaziman operan. Beliau telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania di

Upload: md-azlan-shah-bustan

Post on 11-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: baca semula.docx

TEORI TINGKAHLAKU BF SKINNER (TEORI-TEORI KAUNSELING)

1.0 Pengenalan

Terapi Tingkah Laku merupakan satu pendekatan terhadap pengujian, penilaian

dan perubahan tingkah laku yang memfokuskan kepada perkembangan

terhadap tingkah laku yang bersesuaian tingkah laku prososial dan

mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai dalam kehidupan seharian

(kazdin, 2011). Terapi Tingkah laku digunakan dan diaplikasikan oleh terapis

serta pekerja professional untuk membantu individu meningkatkan beberapa

aspek dalam kehidupan seharian mereka.

Terapi Tingkah Laku telah bermula pada lewat tahun 1950-an dan terapi ini tidak

seperti teori-teori psikoterapi yang lain kerana konsep asas yang ditekankan

dalam terapi ini berlandaskan eksperimen psikologi dan mengkaji prosess

pembelajaran manusia serta haiwan jika dibandingkan dengan beberapa terapi

lain seperti psikoanalisis yang memberi penekanan terhadap falsafah.

Pekembangan asas Teori Tingkah Laku diketengahkan oleh Ivan Sechonov

Pavlov dari Russia dan B.F skinner dari Harvad Universiti serta Bandura yang

menggunakan Teori Pembelajaran Sosial belandaskan pendekatan dan

pengaruh sosial. Pendekatan-pendekatan yang diperkenalkan ini telah

memperkembangkan lagi konsep-konsep sedia ada dalam terapi ini dan telah

menjadikan terapi ini semakin berjaya mengatasi kesukaran yang dialami oleh

individu di dunia.

2.0 Tokoh Teori Tingkahlaku.

Pelopor terpenting Burrhus Frederic Skinner (B.F Skinner) yang telah memberi

penekanan dalam konsep pelaziman operan. Beliau telah dilahirkan pada 20 Mac

1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania di Susquehanna. Bapa beliau

merupakan seorang peguam dan ibunya pula merupakan seorang surirumah

yang bijak.

Skinner telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di New

York. Beliau sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah

menghantar beberapa puisi serta cerpen kepada syarikat penerbitan untuk

disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah berhenti dalam

penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di Greenwich, New York

City sebagai “bohemian”.

Page 2: baca semula.docx

Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk

kembali ke sekolah di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang

psikologi pada tahun 1930 dan kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan

untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian sehingga tahun 1939.

Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Psychology Depertment

di Indiana University. Pada tahun 1948 beliau telah dijemput ke Harvad dan telah

menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di sana. Beliau merupakan seorang yang

aktif dalam pelbagai bidang antaranya ialah penulisan buku, sebagai

pembimbing bakal-bakal doktor dan juga melakukan kajian-kajian. Walaupun

tidak berjaya dalam penulisan puisi dan cerpen namun beliau terpilih sebagai

salah seorang penulis buku psikologi terbaik dan salah satu buku beliau ialah

Walden II. Beliau kemudiannya telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1990 akibat

leukemia.

Skinner juga mempunyai minat terhadap tingkah laku haiwan dan beliau

kemudiannya dapat membuktikan beberapa aspek dalam teorinya dengan

menggunakan burung merpati sebagai subjek eksperimen.

3.0 Konsep Utama Terapi Tingkah Laku

3.1 Pelaziman klasik

Pelaziman Klasik memfokuskan kepada anteseden dalam satu tingkah laku. Di

dalam kajian ataupun eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji proses

pencernaan terhadap anjing, Pavlov mendapati akhirnya anjing tersebut

akhirnya boleh mengeluarkan air liur walaupun tiada makanan diberikan dan

menyimpulkan bahawa proses pembelajaran boleh berlaku di dalam persekitaran

yang disediakan.

Apabila anjing diberikan makanan sebagai satu rangsangan sudah pasti anjing

tersebut akan mengeluarkan air liur iaitu sebagai tindak balas terhadap

rangsangan. Rangsangan yang neutral pula seperti loceng tidak berupaya untuk

memberi respon. Namun dalam eksperimennya, Pavlov telah menyediakan suatu

keadaan di mana setiap kali beliau membunyikan loceng, dengan segera akan

disertakan makanan. Prosedur ini telah diulang beberapa kali untuk memberikan

satu proses pembelajaran.

3.2 Pelaziman Operan

Page 3: baca semula.docx

Pelaziman Operan yang diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) turut

memfokuskan kepada sebab dan akibat daripada satu tingkah laku. Secara

asasnya pelaziman operan ini merupakan satu proses pembelajaran yang

melihat satu tingkah laku itu dapat mengubah kesan yang berlaku sebelum ini

secara sistematik.

Satu eksperimen yang dibuat oleh Skinner adalah dengan menggunakan burung

merpati sebagai satu objek yang diajar untuk menekan selak bagi mengeluarkan

makanan jagung. Makanan jagung adalah rangsangan tidak terlazim dan juga

berbentuk peneguhan. Apabila burung merpati menekan selak berkali-kali dan

makanan terkeluar, maka tindakan ini akan bertukar menjadi tindakan

peneguhan.

Seterusnya tindakan terlazim akan menyebabkan satu keupayaan memakan

makanan yang lazat dan rasa kenyang sebagai satu tindak balas terlazim.

3.3 Teori Kognitif Sosial

Kedua-dua pelaziman ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang nyata

dan tindakan yang dapat diterima secara terus. Teori ini lebih memfokuskan

kepada tingkah laku yang tidak nyata seperti pemikiran, perasaan, imaginasi

dan ingatan. Teori Kognitif Sosial yang juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran

Sosial mempunyai 2 aspek penting iaitu pemerhatian dan modelling yang

menekankan peranan pemikiran dan imej dalam kefungsian psikologi.

3.4 Personaliti

Anggapan asas daripada pendekatan teori pembelajaran menunjukan tingkah

laku individu itu adalah berkait rapat dengan persekitaran mereka. Menurut

Lockian, manusia secara semula jadinya dilahirkan sebagai neutral, tidak

mempunyai sifat yang baim atau pun buruk.

Personaliti manusia terbina dan berkembang bergantung kepada interaksi

mereka dalam persekitaran. Manusia bertindak balas melalui rangsangan. Dalam

proses ini corak tingkah laku dan personaliti seseorang akan terbina.

3.5 Peneguhan

Peneguhan positif bermaksud satu proses keadaan positif yang sekali gus

memberikan kesan yang positif. Apabila tingkah laku diikuti oleh keadaan positif,

Page 4: baca semula.docx

tingkah laku tersebut akan meningkat dan berulang apabila diberi peneguhan.

Manakala peneguhan negatif pula ialah satu proses penyingkiran dan

pengelakan yang akan menyebabkan tingkah laku negatif tersebut berulang

apabila menerima peneguhan yang negatif.

Sebagai contoh, seorang kawan mengucapkan terima kasih apabila wujud

tingkah laku menolong. Hal ini akan membuatkan tingkah laku ini berulang kerna

wujudnya peneguhan positif.

3.6 Penghapusan

Penghapusan merupakan satu proses yang tidak wujudnya peneguhan. Situasi

ini akan menyebabkan tingkah laku tersebut dihentikan.

Sebagai contoh, seorang ibu akan membiarkan anaknya merengek. Konsep ini

mendapati anak tersebut akan berhenti berbuat sedemikian kerana terasa

diabai. Namun tidak semua situasi adalah bersesuaian dengaan konsep ini

kerana sesetengah situasi akan mengundang bahaya seperti mengabaikan anak

yang aktif bermain.

3.7 Membuat kesimpulan

Apabila satu tingkah laku diberi peneguhan, ini akan menyebabkan wujudnya

kesimpulan ke atas tingkah laku lain dengan menggunakan rangsangan yang

sama.

3.8 Perbezaan

Keupayaan untuk bertindak balas tehadap situasi yang berbeza bergantung

epada ransangan atau keadaan yang disifatkan penting oleh individu.

Misalnya pemandu yang bias membezakan warna lampu isyarat iaitu lampu

bewarna hijau menandakan ‘jalan’ manakala lampu berwarna merah

menandakan ‘berhenti’

3.9 Pembentukan

Page 5: baca semula.docx

Apabila terapis membentuk tingkah laku klien, peneguhan, penghapusan,

membuat kesimpulan dan perbezaan akan wujud bersama. Dalam membentuk

tingkah laku, akan berlaku perubahan atau pergerakan secara beransur-ansur

daripada tingkah laku asal kepada tingkah laku yang diberi peneguhan.

3.10 Pembelajaran melalui Pemerhatian

Dalam proses pembelajaran sesuatu tingkah laku, deria adalah komponan

penting yang turut berperanan. Bandura mempercayai bahawa kebanyakan

proses pembelajaran adalah melalui pemerhatian dan modeling daripada orang

lain.

4.0 Ciri-ciri Terapi Tingkah Laku

Pemusatan perhatian pada tingkah laku yang tampak dan spesifik, kecermatan

dan penguraian tujuan-tujuan terapi, perumusan prosedur terapi yang khusus

yang sesuai dengan masalah, penilaian objektif atau hasil-hasil terapi.

5.0 Pandangan Terapi Tingkahlaku Terhadap Manusia

Tidak semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-naluri-naluri

tertentu, malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk

mencorakkan persekitarannya, mempunyai kebebasan untuk mengawal dan

menambahkan ruang kebebasan manusia, bukanlah model-model yang

berbentuk mekanistik dan deterministic semata-mata, mempunyai keupayaan

untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor

yang mempengaruhi tingkah laku mereka, boleh mencapai nilai-nilai hidupnya

dengan arahan kendiri.

6.0 Tingkahlaku Semulajadi Manusia

Tingkahlaku Semulajadi Manusia merupakan rahsia sifat yang tinggi nilai

hikmahnya. Selain fungsi akal yang membezakan manusia dengan makhluk yang

lain, setiap kekurangan dan kelebihan insan diciptakan cukup sempurna dan

seimbang sekali. Berikut ialah beberapa sifat dan tingkahlaku semulajadi

manusia.

Page 6: baca semula.docx

6.1 Paling Lemah Sewaktu Dilahirkan

Manusia adalah antara makhluk yang paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia

ini. Manusia dilahirkan tanpa mempunyai sikap dan Tingkah laku Genetik dari

lahir (Genetically Imprinted). Oleh itu manusia tidak mampu untuk hidup sendiri

atau berdikari sewaktu dilahirkan. Kehidupan manusia pada peringkat ini,

melalui proses pembelajaran dan perlu bergantung kepada manusia lain.

6.2 Perbezaan Individu

Manusia menunjukkan Perbezaan Individu yang lebih luas dibandingkan dengan

hidupan lain. Perbezaan ini dengan jelas membeza bezakan antara seorang

dengan seorang yang lain. Sifat Perbezaan Individu inilah yang mengandakan

lagi potensi seseorang manusia dalam sesebuah komuniti dan masyarakat.

Persaingan ini merupakan peransang kemajuan peradaban.

6.3 Perkembangan Potensi

Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika

dibandingkan dengan hidupan lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa saiz

otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda, begitu juga dari

segi kapasitinya.

6.4 Merakam Memori dan Masa

Manusia ialah satu-satunya organism hidup yang mampu menangkap dan

merakam memori dan arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah

berlaku di masa lalu dan bertindak di masa kini serta merancang untuk masa

hadapan.

Page 7: baca semula.docx

6.5 Komunikasi dan Perincian

Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan mampu

menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang

lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain,

merekod, mengklasifikasi, menghantar dan menerima perkataan.

6.6 Memanipulasi dan Dimanipulasi

Selain itu, manusia berpotensi untuk memanipulasi atau dimanipulasi oleh

persekitaran mereka. Sifat ini menyebabkan tingkahlaku manusia tidak dapat

difahami dengan lengkap jika diasingkan daripada konteks persekitaran dalam

lingkungan situasi semasa. Apa yang pasti, persekitaran mempengaruhi tingkah

laku manusia.

6.7 Pena'akulan dan Akal

Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik akal. Kedua-dua

faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang rasional berasaskan

alternatif yang ada untuk perubahan yang lebih baik.

7.0 Matlamat Terapi Tingkah Laku

Dalam teori ini matlamat perlu dijelaskan melalui tingkah laku dan boleh

diperincikan secara spesifik sebagai perkara yang dapat dilakukan oleh klien

selepas melalui proses kauseling. Kehendak klien juga dapat membantu

kaunselor menggunakan prosedur serta teknik yang sesuai bagi menggunakan

Page 8: baca semula.docx

prosedur serta teknik yang sesuai bagi mengubah secara spesifik tingkah laku

klien. Kaunselor dan klien akan menentukan apakah tingkah laku yang baik dan

tingkah laku tidak baik dan wajar menegakkan tingkah laku bersopan serta

menghindar tingkah laku kurang sopan berdasarkan budaya masyarakat.

Dalam proses pembelajaran mengikut pendekatan Terapi Tingkah Laku ini,

pembelajaran lampau adalah berkait dengan keadaan yang serupa dan pernah

dialami oleh klien. Pengalaman dan juga ransangan serta tindak balas

memainkan peranan penting dalam pembelajara. Selanjutnya tingkah laku yang

terhasil juga di pengaruhi oleh motivasi semas serta kesannya terhadap

kepekaan alam sekeliling. Oleh yang demikian cara dan teknik digunakan wajar

disesuaikan mengikut keadaan klien.

Selain itu perubahan, pengubahsuaian dan peyingkiran tingkah laku diberi focus.

Setiap matlamat dalam terapi perlu ditetapkan bersama oleh oleh kedua-dua

pihak iaitu kauselor dan klien. Dalam mencapai matlamat tersebut terdapat

langkah-langkah yang perlu diikuti agar matlamat yang ingin dicapai dapat

mengubah tingkah laku klien seperti yang dikehendaki. Antara langkah-langkah

yang disarankan ialah :

7.1 Mendefinisikan masalah

Sekiranya masalah tersebut adalah untuk diselesaikan, ia haruslah dinyatakan

dengan jelas seperti bila, siapa, dimana, dengan siapa, dan bagaimana masalah

terjadi.

7.2 Mendapatkan sejarah perkembangan

Ia sangat berguna untuk kedua-dua pihak sma ada kaunselor ataupun klien bagi

mengetahui punca dan bagaimana ia cuba diatasi sebelum ini.

7.3 Mengukuhkan matlamat yang spesifik

Kaunselor akan membantu klien untuk menetapkan matlamat-matlamat jangka

pendek dan kaunselor perlu menetapkan pengalaman pembelajaran untuk klien

membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan.

Page 9: baca semula.docx

7.4 Menentukan kaedah yang sesuai untuk berubah

Selalunya beberapa kaedah tingkah laku boleh mebantu klien untuk mencapai

matlamat. Sekiranya tidak, satu kaedah itu akan diubah suai untuk dilihat

keberkesanannya.

8.0 Tatacara Terapi Tingkah Laku (Proses dan Teknik)

Proses kaunseling merupakan salah satu proses pembelajaran yang mana

kedua-dua pihak klien dan kauselor harus mengakui dan membenarkan proses

atau situasi tersebut berlaku. Sebarang perubahan tingkah laku yang diperolehi

melalui proses kauseling sebenarnya mempunyai hukum pembelajaran sama

yang diaplikasikan walaupun bukan melalui proses kauseling. Wolpe (1958)

menekankan yang kaunselor perlu menerima, memahami klien dan

berkomunikasi dengannya serta tidak membuat andaian awal terhadap klien.

Kaunselor juga mestilah mempamerkan satu hubungan mesra dan empati serta

menganggap setiap individu adalah baik. Dengan penerimaan tanpa syarat

terdapat klien, adalah tidak mustahil untuk kaunselor mengatasi kesukaran yang

dihadapi oleh klien sekaligus meningkatkan kerjasama dan nilai yang sepatutnya

perlu ada dalam diri klien bagi mengatasi kesukaran dan ermasalahan tersebut.

Beberapa teknik telah diperkenalkan oleh Terapi Tingkah Laku.

Antaranya ialah :

8.1 Systematic desensitization (Pelupusan)

Salah satu teknik yang diperkenalkan oleh Wolpe (1958). Teknik ini digunakan

kepada klien yang mempunyai kebimbangan melampau terhadap satu keadaan,

individu atau objek yang disifatkan oleh klien sebagai perkara yang ditakuti.

Pendekatan asas yang diberikan kepada klien ialah relaksasi, iaitu

langkah pertama. Relaksasi perlu diajar kepada klien untuk bertindak balas

terhadap kebimbangan tadi.

Page 10: baca semula.docx

Langkah kedua iaitu anxiety hierachies iaitu menilai dan meneroka

peristiwa yang menyebabkan kebimbangan tersebut dan disusun mengikut

tahap kebimbangan.

Langkah ketiga iaitu desensitization berlaku dimana klien dikehendaki

berimaginasi dan membangkitkan situasi yang menjadi kebimbangan dalam

keadaan tenang. Perkara ini diulang dan dipraktikkan dengan beransur-ansur

supaya relaksasi dapat diseiringkan dengan ketaakutan atau kebimbangan

tersebut sehingga klien merasakan semakin selesa.

8.2 Imaginal flooding

Tidak seperti systematic desensitization, teknik imaginal flooding bukan

dilakukan secara beransur-ansur. Klien didedahkan dengan imej mental

berkaitan dengan ketakutan atau kebimbangan tersebut sehingga ketakutan

atau kebimbangan akan berkurangan sedikit demi sedikit. Keadaan atau

peristiwa yang didedahkan kepada klien bukanlah keadaan yang sebenar, ia

adalah berbentuk imaginasi sahaja yang mana klien hanya perlu bayangkan

didalam minda.

8.3 In Vivo

Teknik ini merujuk kepada situasi sebenar. Dua jenis pendekatan yang

digunakan untuk meransang ketakutan secara berperingkat ialah dengan

menggunakan dua teknik diawal tadi iaitu systematic desensitization dan

imaginal flooding. Dalam pendekatan ini klien juga mempraktikkan teknik

relaksasi yang mana klien akan berusaha mengubah ketakutan dalam bentuk

imej kepada situasi yang sebenar dalam mengatasi rasa bimbang dan takut yng

dialami.

8.4 Modeling

Page 11: baca semula.docx

Modeling adalah satu teknik terapeutik yang berlaku apabila klien memerhatikan

tingkah laku orrang lain dh meniru tingkah laku tersebut. Dalam teknik ini

terdapat lima fungsi asas modeling iaitu mengajar, mentangkas, motivasi,

mengurangkan kebimbangan dan akhir sekali menawarka. Jadi proses modeling

boleh berlaku berdasarkan lima fungsi asas tadi dan dikombinasikan unuk

membentuk lima jenis modeling iaitu live, symbolic, participant dan covert

modeling.

8.5 Cognitive Behavioral (Tingkah Laku Kognitif)

Teknik ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu kaedah self-instructional dan

inokulasi tekanan. Self-instructional merupakan satu pendekatan untuk

pengurusan kendiri yang diperkenalkan Donald Meichenbaum. Pendekatan ini

merupakan satu cara untuk individu mengajar diri mereka bagaimana

berhadapan dengan tekanan secara berkesan. Manakala dalam inklusi tekanan

pula, klien disuntik atau dicampakkan dengan ransangan dan diberi sedikit

tekanan sistem biological individu. Dengan itu individuatau klien akan berjaya

mengatasi ketakutanmereka yang mana tekanan tersebut dapat kepercayaan

atau cara pemikiran.

8.6 Perancangan persekitaran

Prosedur melibatkan mengubah keadaan sekeliling klien untuk menghadkan

beberapa tingkahlaku. Contohnya, jika seseorang klien mempunyai pengalaman

pahit dengan sesuatu tempat, dia akan cuba merancang mengelak kejadian

tersebut. Begitu juga dengan mengawal situasi seterusnya menggalakkan

keinginan berinteraksi. Klien mungkin dibiarkan mengubah tempat dan

kedudukan ia selesa.

Page 12: baca semula.docx

8.7 Relaxation Training

Latihan yang digunakan untuk menenangkan otot dan mental. Selepas klien

belajar asas relaksasi mereka akan membuat latihan ini setiap hari, latihan ini

memerlukan masa dari 4 jam sehingga 8 jam, klien akan diberikan arahan untuk

menenangkan diri mereka. Mengurus pernafasan boleh membantu relaksasi.

Klien akan diajar untuk melepaskan tekanan dengan memfokus kepada

perasaan dan imej. Biasanya teknik ini digunakan untuk mengurus stress dan

kerisauan.

Some other ailments for which relaxation training is helpful include asthma,

headache, hypertension, insomnia, irritable bowel syndrome and panic disorder

8.8 Latihan Assertif

Latihan asertif atau tegas diri pada umumnya digunakan bagi perasaan

kebimbangan yang dibangkitkan di dalam perhubungan antara perseorangan,

iaitu melibatkan percubaan klien melahirkan perasaan-perasaan semasa

berinteraksi, Klien cuba melatih tegas diri dalam temubual kaunseling dengan

menyatakan perasaan-perasaannya kepada kaunselor, kaunselor menggunakan

prinsip-prinsip peneguhan, penghapusan dan membentuk operan untuk

mengembangkan gerakbalas tegas diri. Setelah segalanya disempurnakan klien

dikehendaki cuba melakukan gerakbalas yang sama di luar daripada sesi

kaunseling. Latihan ini sesuai untuk klien yang : Sukar melepaskan perasaan

marah, Sukar mengatakan ‘TIDAK’, merendah diri dan membiarkan diri

dimanipulasi orang lain, bias kepada sosial. Latihan untuk meningkatkan kendiri

untuk membuat pilihan bertingkahlaku assertif dalam situasi tertentu. Juga

mengajar individu melahirkan perasaan mereka terhadap perasaan dan hak

sendiri.

8.9 Implosion dan Flooding

Page 13: baca semula.docx

Membuat klien peka dengan mengambarkan keadaan yang menimbulkan

kebimbangan serta mempunyai kesan yang dahsyat, klien tidak diajar untuk

releks lebih dahulu, teknik ini tidak sesuai digunakan untuk klien baru.

8.10 Token Ekonomi

Satu prosedur teratur dimana token atau hadiah diberi sebagai peneguhan untuk

tingkahlaku yang sesuai. Kaunselor boleh melaksana strategi ini sebagai

peneguhan kepada pelajar yang telah melakukan tingkahlaku positif.

Persoalan: Adakah tingkahlaku ini akan berterusan?

Diyakini memang berkesan tetapi perlukan kepada beberapa penstukturan.

Minta bantuan rakan-rakan dan ibubapa membuat komitmen membantu

memahami konsep dan matlamat ekonomi token. Memilih tingkahlaku yang

mudah mendapat peneguhan, Mematuhi prinsip modifikasi tingkahlaku :

pengagihan, adil, konsisten

9.0 Peranan Kaunselor dan Klien

9.1 Peranan kaunselor

Kauselor akan memberi perhatian tehadap proses tingkah laku di mana proses

ini dilihat sebgai tingkah laku yang nyata. Kaunselor yang mengambil

pendekatan untuk membantu kien mempelajari sesuatu yang baru, membuat

penyesuaian terhadap tindakan, mengubah suai atau menyingkirkan satu

tingkah laku yang melampau atau tidak wajar serta menggantikan ingkah laku

yang adaptif dengan maladaptive. Secara umumnya, adalah bergantung kepada

kauselor sama ada akan menjalankan sesi secara aktif dan menyediakan

pembelajaran yang tertentu. Dalam proses sebegini kaunselor berperanan

sebagai perundingcara, guru, penasihat, peransang dan fasilitator.

Page 14: baca semula.docx

Proses kaunseling dalam Terapi Tingkah Laku ini memerlukan kerjasama

yang erat antara klien dan kaunselor. Kaunselor mesti memahami diri klien dan

mempunyai kepercayaan klien boleh berubah perlakuannya. Perkara yang

penting adalah kehendak klien yang mahukan perubahan tingkah laku.

9.2 Peranan Klien

Klien berperanan aktif dalam terapi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan

oleh kaunselor diantara sesi kaunseling. Klien dapat merasai pengalaman

melakukan aktiviti semasa sesi kaunseling berlansung dan dibantu oleh

kaunselor untuk mengaplikasikan teknik tersebut dalam kehidupan seharian.

11.0 Penutup

Terapi tingkah laku merupakan satu teori, teknik atau kaedah sistematik yang

digunakan oleh ahli terapi dalam mengkaji dan meniliti bagaimana satu tingkah

laku itu dapat dipelajari. Dalam mengubah atau menyesuaikan tingkah laku yang

tidak patut kepada tingkah laku yang sesuai dan sepatutnya, terapi ini

mempunyai falsafah dan pendekatan tersendiri yang telah berjaya

meenjadikanya satu langkah yang berkesan.

Terapi Tingkahh Laku merupakan satu pendekata klinikal yang digunakan

dalam melihat kepelbagaian terhadap gangguan-gangguan dalam pelbagai

keadaan.

Page 15: baca semula.docx