bahasa arab (aida)

Upload: pisces-aida

Post on 03-Jun-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Bahasa Arab (Aida)

    1/4

    . . .

    . : 381

    " " " : "

    :

    :

    . : "

    : : .

    . . " :

    .

  • 8/12/2019 Bahasa Arab (Aida)

    2/4

    Terjemahan maksud

    Berpuasa adalah satu rukun dari rukun-rukun Islam. Berpuasa dari sudut bahasa bermakna

    menahan . Berpuasa ( Soum ) diambil dari kata dasar ( soma .... syiam ) Dari sudut syara' pula

    iaitu menahan kedua syahwat kemaluan dan perut dari fajar hingga ke terbenam mataharibeserta niat

    Dalil atau bukti kewajipan berpuasa telah sabit di dalam kitab Al Quran , hadis nabi dan

    Ijmak . Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 183 yang bermaksud " wahai orang yang

    beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa seprtimana telah diwajibkan keatas mereka

    sebelum kamu moga kamu menjadi orang yang bertakwa "

    Di dalam hadis pula sabda nabi SAW " Telah didirikan Islam atas 5 (rukun) iaitubersyahadah (bersaksi) sesungguhnya tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan

    sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan mendirikan solat, mengeluarkan

    zakat, haji dan puasa dalam bulan Ramadhan riwayat bukhari muslim

    Sesungguhnya Allah telaj mewajibkan (puasa) pada tahun ke tiga hijrah dan ia adalah satu

    ibadah untuk membersihkan jiwa, menguatkan ruh dan kesihatan badan. Sesiapa

    melaksanakannya kerana mematuhi perintah Allah dan mencari keredhaanNya , maka ia

    menghapuskan keburukan dan menjadi sebab untuk memasuki syurga. Bersabda Rasulullah

    Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kepatuhan

    diampunkan baginya apa-apa dosa yang terdahulu

    Berpuasa mempunyai kesan yang besar dan penting dalam kehidupan manusia

    Pertama ; Berpuasa membawa kepada mujahadah dan menyucian jiwa dari sifat tercela dan

    buruk dalam diri muslim seperti riak, bangga diri dan takabbur. Ini akan membawa kepada

    kejayaan dalam kehidupan mereka sepertimana firman Allah Sesungguhnya berjayalah

    sesiapa memberishkannya (jiwa/hati)

    Kedua ; Berpuasa juga menunjukkan pengabdian manusia kepada penciptannya iaitu dengan

    mengikuti suruhan Allah dan sunnah Rasulnya.

    Ketiga ; Berpuasa membawa kepada kesihatan iaitu dengan merehatkan tubuh badan dari

    makan dan minum. Perutmemerlukan kepada rehat (dari bekerja) samada mingguan atau

    bulanan. Jadi berpuasa adalah jalan atau cara khusus dan penting untuk mencapai kepadamatlamat ini. Benarlah seperti sabda Nabu SAW berpuasalah kamu, kamu akan sihat

    Keempat ; Dengan berpuasa manusia mampu menjauhkan diri dari penyakit iaitu dengan cara

    mengurangkan makan dan perut mendapat rehat yang cukup dan mengambil makanan

    seimbang.

    Dengan kehadiran ramadhan kaum musliman menggandakan ibadah keada Allah .

    Sebahagian mereka menunaikan solat terawih di masjid, mentadarus al Quran, duduk dalam

    majlis ilmu dan berbuka puasa secara berjemaah.

    Rumusan bicara berpuasa itu berfaedah dan bermanfaat dalam kehidupan seorang Islamuntuk menjadi seorang lalaki yang beriman, sejahtera dan kuat .

  • 8/12/2019 Bahasa Arab (Aida)

    3/4

    . . ,

    . . . . : . ,

    , . . , . ,

    . . ,

  • 8/12/2019 Bahasa Arab (Aida)

    4/4

    SOLAT DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

    Tidak dapat dinafikan bahawa solat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia

    memainkan peranan penting dalam kehidupan muslim. Solat itu tiang agama, sesiapa yang

    mendirikan solat, dia telah mendirikan agamanya.

    Patut dinyatakan bahawa solat adalah lambing penghambaan hamba terhadap Tuhannya. Ia

    juga adalah jalan kea rah mendekatkan diri kepada Allah. Orang Islam yang mendirikan solat

    akan meletakkan wajahnya yang mulia di atas bumi kerana mentaati-Nya. Hati yang sentiasa

    mentaati Allah dan mengingati-Nya akan sentiasa hidup, tidak mati dan tidak lupa. Ia juga

    membersihkan jiwa manusia dan menyucikannya daripada dosa dan maksiat. Allah berfirman

    maksudnya, Sesungguhnya solat itu mencegah dari kejahatan dan kemungkaran.

    Kita sedia maklum bahawa solat mendidik kita agar menghormati masa, peraturan dan syarat-

    syarat tertentu. Solat lima waktu mempunyai masa-masa tertentu, sebagai contohnya solat

    subuh, waktunya dari terbit fajar hingga syuruq matahari, maka tidak sah solat subuh pada

    waktu zohor.

    Di samping itu, solat mendidik orang Islam agar mengambil berat tentang kebersihan.

    Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Solat juga mempunyai hikmat-hikmat dan rahsia-

    rahsia yang tidak terhitung dan tidak terkira, contohnya solat berjemaah. Semangat kerjasama

    akan tumbuh di dalam jiwa orang-orang Islam kerana kerap bertemu sesame mereka.

    Sebenarnya, solat juga mendidik orang Islam agar menanam sifat-sifat mulia di dalam jiwamereka. Di antara sifat-sifat terpuji adalah ikhlas, amanah dan sabar dan sebagainya. Ibadat

    solat mengajar kita semua sifat itu.

    Kesimpulannya, tidak keterlaluan kalau kita katakan bahawa solat memainkan peranan

    penting dalam kehidupan kita dan ia merupakan satu kewajipan ke atas setiap orang muslim.