bantuan bencana dan operasi at kuliah 1

Upload: james-lee

Post on 09-Jul-2015

1.326 views

Category:

Documents


34 download

TRANSCRIPT

1

BANTUAN BENCANA DAN OPERASI MENYELAMAT BSMM

Pengenalan Bantuan Bencana dan operasi menyelamat Definisi BencanaSatu situasi malapetaka(kecelakaan atau kesengsaraan) di mana corak hidup harian terganggu dengan serta merta dan akibatnya manusia perlu perlindungan, makanan, pakaian, tempat tinggal, jagaan perubatan & sosial dsbnya Jenis-Jenis Bencana 1. Bencana Alam Semulajadi berlaku serta merta 2. Bencana Buatan Manusia 1. Bencana Alam Semulajadi serta merta; Banjir Taufan, ribut, ombak pasang, kapal karam dsbnya Kebakaran besar Gempa bumi, tanah runtuh, bangunan besar runtuh dsbnya

Di Malaysia kategori di atas banyak berlaku. Bencana berlaku secara perlahan-lahan: I. Kemarau I. Kekurangan makanan II. Wabak penyakit berjangkit (cholera, small pox, dll 2. Bencana Buatan Manusia i. Peperangan bersenjata antarabangsa II. Peperangan saudara- pergaduhan dalam negeri III. Mogok besar negara melibatkan perkhidmatan penting IV. Kemalngan besar industri, keretapi kapal terbang, letupan, dll

2

Definisi Persediaan Bencana dan Operasi MenyelamatPersediaan bencana boleh dimaksudkan sebagai kebolehan mengurangkan kehilangan nyawa dan kerosakan, kebolehan mengurus dan memberi kemudahan pada masa yang diperlukan, menyelamat dengan berkesan, memberi bantuan dan pemulihan masa bencana ini bermakna aktiviti-aktiviti berbagai jenis yang :-\ kekal yg termasuk pengujudan jentera penyelamat bencana, persediaan (berterusan dan kemaskini) rancangan operasi serta memberi maklumat dan latihan utk kakitangan dan kumpulan ahli-ahli dengan tanggungjawab untuk menyel;amat dan membantu pentyimpanan bekalan dan cara-cara mendapatkan kewangan bagi tujuan operasi bantuan. Rancangan Persediaan Bencana hendaklah diuji dari masa ke semasa supaya dapat dikaji semula dan disesuaikan dengan keadaan sebenar.

OPERASI MENYELAMATBermakna mengambil tindakan perlu bagi menyelamat nyawa. Mangsa dipindahkan atau diselamatkan dari tempat berbahaya kepada tempat selamat. Mangsa diberikan berbagai kemudahan, keselesaan dan ketenteraman jiwa yang boleh. Keadaan bencana berlainan antara satu dgn lain tetapi akibatnya sama. Ia diputuskan berdasarkan manusia, masyarakat, system dan perkhidmatan dan keperluan asas semasa bencana adalah:I. Berkaitan mangsa sokongan social dan psikologi: a) Keperluan asas/utama (makanan, pakaian, tempat tinggal) b) Kaunseling c) Pertukaran berita, mengesan dan menyatukan keluarga terpisah: a. Jagaan perubatan dan rawatan b. Sokongan organisasi

3 c. Maklumat d. Komunikasi dan pengangkutan kecemasan e. Baikpulih rumah f. Membaikpulih pendapatan b.berkaitan penyelamat: Keperluan penting pembantu ialah kemahiran mengurus, penyediaan sumber dan sokongan logistik. Apabila membantu manusia dlm keadaan bencana, adalah mustahak dingati bahawa pembantu-pembantu- sepertui juga mangsa-mangsa terdedah keletihan dan tekanan dan pertukaran dari tingkah laku biasa. c. Berkaitan masyarakat, system dan perkhidmatan mengadakan semula semua kemudahan asas( letrik, air, buangan sampah dan najis, telefon, pos, kemudahan pengabngkutan dan perhubungan; Menggantikan atau membaiki bangunan awam (sekolah, hospital, pejabat dll) Mengadakan semula perkhidmatan kesihatan dan kebajikan Merancang membaiki ekonomi dan mengurangkan kelemahan masyarakat.

4

PERSEDIAAN BENCANA DAN RANCANGAN BANTUAN KEBANGSAAN PERANAN URUSETIA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DI DALAM PENYELARASAN BANTUAN BANJIR. AM1. Penyelarasan aktiviti operasi banjir diselaraskan secara system Jawattankuasa oleh jawatankuasa bantuan bencana Alam Negara/Negeri/Daerah. Pengerusi Jawatankuasa ini ialah: 1.1 Peringkat Persekutuan JKBBA : Y.B.Menteri Penerangan Peringkat Negeri Kelantan : YAB Menteri Besar Sabah : YB Menteri Perkhidmatan Sosial Sabah

1.2

W.Persekutuan : Y.B. Dato Bandar 1.3 2. 3. Lain-lain : Setiausaha Kerajaan Negeri Peringkat daerah JKBBA Daerah : Pegawai daerah

Mesyuarat Jawatankjuasa ini diadakan sebelum kejadian banjir dijangka berlaku. Jentera penyelaras operasi bantuan banjir dikendalikan oleh Bilik Bilik Gerakan Bantuan Bencana Alam (banjir) seperti berikut: 3.1 3.2 Peringkat Persekutuan : Urusetia Majlis Keselamatan Negara. Peringkat Negeri : (i) Urusetia J/Kuasa Keselamatan Negeri; (ii) dewan bandaraya K.Lumpur.

5

(iii) Kem. Perkhidmatan Sosial sabah 3.3 Peringkat Daerah: Urusetia J/Kuasa Keselamatan Daerah

FUNGSI JAWATANKUASA4. Fungsi Utama J/Kuasa Bantuan Bencana Alam ialah: Memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa banjir Dengan tujuan untuk mengurangkan kesengsaraan mangsamangsa. Khidmat ini terbahagi 5 jenis: B. C. D. E. 1. Tugas menyelamat Penyediaan dan pengurusan pusat-pusat pemindahan Penyediaan sajian makanan Penyediaan bekalan air Penyediaan perubatan dan kesihatan

5.

FUNGSI AGENSI KERAJAANAktiviti operasi bantuan banjir melibatkan banyak agensi yang tertakluk di bawah bidang kuasa masing-masing.ensi ini mempunyai peranan yang penting di dalam kegiatan membantu ketika berlakunya banjir. Peranan agensi-agensi yang berkenaan adalah mengikut fungsi-fungsi berikut: a) Penyediaan dan Pengelolaan Pusat-pusat pemindahan Kementerian perpaduan negara dan pembangunan Masyarakat (dibantu oleh organisasi sukarela seperti PBSMM, St.John Ambulan, Pertubuhan Belia dll) b) Kementerian kebajikan masyarakat c) Tempat pendaratan helicopter (KKM) d) Pasukan menyelamat Angkatan tentera Polis Diraja Malaysia Jabatan Pertahanan Awam Kem.Belia dan Sukan (melalui pertubuhan belia)

6

e) Bekalan dan sajian makanan Kem. Perdagangan dan perindustrian Lembaga Padi & Beras (Bernas) Kem.Kebajikan Masyarakat f) Rawatan dan Perubatan Kementerian Kesihatan

g) Pengangkutan Jabatan Kerja Raya Polis diraja Malaysia Angkatan Tentera Malaysia

h) Komunikasi Agensi berurusan dengan syarikat Telekom Malaysia Bhd. Polis Diraja Malaysia Angkatan Tentera Malaysia i) Kawalan lalulintas Polis Diraja Malysia j) Pemeliharan keamanan Polis Diraja Malaysia k) Amaran banjir dan Kedudukan Paras air Jabatan Parit dan Taliair Polis Di Raja Malaysia Jabatan Kerja Raya l) Ramalan Cuaca Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca m) Penyebaran Maklumat RTM dan stesen telesyen berkaitan n) Pemulihan Kementerian Kebajikan Masyarakat Jabatan Pertanian Jabatan Haiwan 6. Persiapan Awal

7 Persiapan awal perlu untuk mengelakkan kwemungkinan timbul sekiranya berlakunya banjir. Persiapan-persiapan adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 7. Peristiharan Operasi Banjir Peristiharan dibuat jika terdapat perubahan perlakuan dan corak cuaca ke arah yang lebih buruk. Lazimnya musim tengkujuh. Hebahan peristiharan dibuat olehj Urusetia Majlis Keselamatan Negara dan dihebahkan dengan semua agensi persekutuan dan ajensi penyelaras negeri. Tujuan peristiharan supaya semua ajensi yang berkenaan bersiap sedia. Penyediaan Pusat-pusat pemindahan penyediaan pengkalan hadapan penyediaan tanda pendaratan helikopter preposition bot-bot penyelamat Menmgenalpasti dan membuat peraturan awal mendapatkan bekalan makanan dan lain-lain keperluan pembersihan system saliran. Dan penyediaan papan tanda amaran banjir.

BILIK GERAKAN BANTUAN BENCANA ALAM (BANJIR) BGBBA (B)1. Fungsi Utama: Menerima, menimbang dan mengambil tindakan segera ke atas semua permohonan bantuan: dan, Menerima, mengawas dan mengemaskini data mengenai banjir untuk maklumat orang ramai yang disebarkan melalui media massa. 2. BGBBA (B) digerakkan berdasarkan keadaan berikut: Banjir berlaku di satu atau lebih kawasan dalam satusatu daerah, maka usaha bantuan akan diselaraskan oleh BGBBA (B) Negeri akan diletakkan keadaan siap sedia.

8 Banjir berlaku dua atau lebih daerah usaha diselaraskan oleh BGBBA(B) Negeri. BGBBA Negara akan digerakkan dan dianggotai oleh skeletal staff utk mengikuti perkembangan semasa. BGBBA (B) Negara siap sedia membantu jika perlu. Banjir berlaku satu negeri atau lebih , tertakluk besarnya banjir maka BGBBA (B) Negara digerakkan sepenuhnya untuk menyelaraskan usaha bantuan.. Bila BGBBA (B) Negara digerakkan agensi juga digerakkan mengikut peringkat masing-masing. 2. Taraf keadaan tidak semestinya sama antara semua peringkat, ia adalah bergantung kepada besarnya banjir yang melanda. Terdapat 3 jenis taraf keadaan berikut:-

KEADAAN HIJAU suatu keadaan di mana aktiviti/keadaan cuaca berubah dari biasa, hujan yang menyebabkan perubahan air. Pada masa ini persiapan akhir BGBBA (B) perlu diselesaikan tetapi pada amnya tidak mengganggu tugas-tugas biasa. Memastikan bilik gerakan ajensi lain digerakkan. Memaklumkan kepada kakitangan atau pegawai bertugas.

KEADAAN MERAH Bilik Gerakan digerakkan sepenuhnya Meminta bilik gerakan ajensi lain digerakkan sepenuhnya. Meminta ajensi awam menempatkan pegawai perhubungan di bilik BGBBA (B) dan, Menmarik balik cuti kepada mana-mana pegawai atau kakitangan dipanggil bertugas.

3. Pegawai perhubungan ajensi awam yang ditempatkan di BGBBA(B) adalah yang terkanan untuk membuat sebarang keputusan dan nasihat kepada pegawai.

9

4. Csatu senarai yang mengandungi nama-nama pegawai Perhubungan Ajensi Awam, alamat, telefon, hendaklah disediakan ajensi berkenaan dan dikemukakan kepaga Pegawai penyelaras Bilik Gerakan Bantuan Bencana Alam di peringkat masing-masing dalam masa tidak lewat dari 1 hari selepas operasi banjir diistiharkan. 5. Jalinan perhubungan anatara bilik gerakan dengan ajensi yang berkenaan di semua peringkat adalah seperti berikut:

Peringkat Persekutuan BGBBA (B) Negara (MKN) Peringkat Negeri BGBBA (B) Negeri (JKKKN)

PKM BGP BGBBA (B) Negeri BGAA ( Persekutuan) BGBBA (B) Negeri PKK BGB/PP atau BGB/R (utk Sabah & Serawak) BGAA (Negeri) Bilik Gerakan lain jika ada. BGBBA (B) Negeri PKD/ BGM/B/K dan BGAA (D)

Peringkat Bahagian/ Daerah BGBBA (B) Bahagian Daerah (JKKKB/D)

6. Laporan keadaan bertujuan untuk mengawasi keadaan berlaku. Penagawasan kaedaan juga dapat membantu ajensi yang berkaitan membuat langkah awal bagi mengelakkan akibat yang lebih buruk lagi. Laporan ini dikemukan di peringkat Daerah seterusnya Negeri dan ke peringkat Persekutuan. 7. sebarang permohonan hendaklah dipanjangkan oleh BGBBA (B) Daerah kepada BGBBA (B) Negeri dan seterusnya Negara. 8. Permohonan perkhidmatan pesawat udara hendaklah dikemukakan oleh BGBBA (B) Negeri ke BGBBA (B) Negara. BGBBA (B) Negara melanjutkan permohonan bilik gerakan pertahanan untuk tindakan seterusnya. Tindakan susulan juga diteruskan. Tindakan susulan juga diperlukan Pusat O[perasi Teknikal Udara (POTU-TUDM). Bagi Sabah & Serawak , permohonan diteruskan kepada MAWILUD II..

10 9. Bilik Gerakan ajensi Awam peringkat Persekutuan/Negeri/Daerah hendaklah dibuka apabila diminta berbuat demikian oleh Pegawai Penyelaras/ Pegawai Bilik. 10. Penugasan penyelarasan BGBBA (B) pada dasarnya meliputi 2 aspek utama iaitu Menyelaras permohonan bantuan Mengikuti perkembangan keadaan banjir 11. setelah selesai opearsi banjir Pegawai Penyelaras Bilik Gerakan dan bilik gerakan ajensi dikehendaki mengadakan post mortem untuk mendapatkan gambaran sebenar operasi banjir dan memperbaiki kelemahan jika ada.

Bantuan Bencana dan Operasi Menyelamat Tajuk: Persediaan Bencana dan Rancangan Bantuan Bulan sabit Merah Malaysia1. Jawatankuasa Perkhidmatan Kecemasan Kebangsaan (JPKK) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1.0 Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi mengendalikan program, rancangan, aktiviti dan latihan dalam bidang yg ditetapkan oleh M ajlis Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. 2.0 Dianggotai oleh para profesional, doktor, pegawai tentera, bomba dan wakil kementerian Kebajikan Masyarakat dan disokong oleh Pengarah Perkhidmatan Kecemasan dan Kakitangan Ibu Pejabat Kebangsaan PBSMM. 3.0 Tanggungjawab 2 tugas penting: I. Perkhidmatan Kecemasan Ambulan 999 24 jam di Kawasan K.Lumpur dan P.Jaya II. Perkhidmatan Persediaan dan Bantuan Bencana. 4.0 Bidang Tugas lain ialah: a) Membuat dasar Perkhidmatan Kecemasan Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah malaysia yang berterusan

11 dalam memberi bantuan operasi bencana di peringkat daerah, Cawangan dan Kebangsaan. b) Dalam kejadian Bencana, menyelaras dan memberi sokongan dan bantuan kepada cawangan-cawangan yang diperlukan, atau dalam keadaan di mana cawangan, Daerah atau Daerah Kecil tidak aktif, menjalankan terus tindakantindakan membantu. c) Mempastikan bahawa bekalan makanan dan wang digunakan dengan betul, mengikut Prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Liga Persatuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia d) Menyokong dan jika diluluskan, memberi atau menerima bantuan/pertolongan dari peringkat Anatabangsa. Jika mustahak e) Membangunkan dan menyelaraskan keseluruhan perkhidmatan-perkhidmatan ambulan di cawangancawangan f) Menubuhkan serta menyelenggara perkhidmatan kecemasan ambulan 24 jam kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya PBSMM sentiasa pertama sampai sampai di kawasan bencana di mana ahli-ahli kita diperlukan membuat keputusan-keputusan di tempat kejadian dan mengelolakan prosedur pemindahan dan juga memberi pertolongan cemas. Dalam banyak hal, aktiviti dengan PBSMM memberi pertolongan dan sokongan perlu. Apabila Pusat- pusat Bantuan telah didirikan dan beroperasi, ahliahli Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak cergas dengan menggun akanalatan dan sumber, unit kawalan bergerak/unit penerangan, unit masak, tangki-tangki air, bekalan bahan mentah, selimut, pakaian terpakai dan keperluan lain dihantar segera. 2. LATIHAN Program latihan dan latihan bencana alam di kendalikan diperingkat Kebangsaan, kawasan, cawangan dan daerah untuk menyesuaikan ahli-ahli dewasa, Belia dan prosedur baru PC, pengurusan dapur bergerak,

12 pengelolaan dan pentadbiran Pusat-Pusat Bantuan, Penyelamat dan opearsi bantuan bencana. Kewangan yang diberikan oleh Palang Merah Sweden telah membolehkan Ibu Pejabat Kebangsaan mengendalikan kursus Persediaan dan bantuan Bencana di peringkat Kawalan dalam tahun 1987 yang menghasilkan tambahan ahli terlatih 329. PBSMM mempunyai kewajipan meneruskan dan menjaga Perlaksanaan Program latihan Bencana yang difikirkan penting kepada keseluruhan Rancangan Persediaan Bencana dan Tindakan bantuan.

3.

SUMBER- SUMBER TENAGA MANUSIA DAN ALATAN

a) Kolom bergerak Bantuan bencana Kolom bergerak bantuan Bencana terdiri kenderaan bencana, unit dapur bergerak, pasukan memasak dll. Semuanya dalam keadaan bersedia untuk bencana di mana-mana tempat dan masa. Ia memberi sokonga n logisrtik dalam mendirikan, mentadbir dan mengoperasi Pusat_pusat Bantuan, penyelamatan dan pengangkutan

Organisasi Kolom Untuk kecekapan dan penyelarasan maksima kepada 3 bahagian besar:

Unit bantuan Ringan Unit bantuan Berat Unit Penyelamatan

4. Rancangan Bencana dan rancangan Bantuan Kebangsaan, Cawangan dan daerah: Malaysia bernasib baik kerana keadaan geografinya baik. Hanya banjir secara tetap ini membolehkan PBSMM dan ajensi bencana dapat membuat persediaan secukupnya.

13 Walaubagaimanapun kebakaran dan banjir kilat kadang-kadang membebankan sumber-sumber PBSMM A. Rancangan Bantuan Sebelum Bencana Rancangan Tindakan bantuan Bencana Persatuan telah digubah untuk mempertautkan rancangan keseluruhan kerajaan dalam mengendalikan kes dharurat seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh, kemalangan udara, dan kekacauan awam. Tujuan penting rancangan ini dalah untuk memastikan kemudahan penyelarasan, pergerakan cepat, dan penggunaan maksima sumber teanaga manusia kecekapan dalam mengedarkan bekalan ubatan dan makanan Rancangan Operasi Kerajaan Malaysia utk sebelum bencana dan operasi, dikelolakan beroperasi dengan cara Jawatankuasa 3 peringkat seperti berikut: I. Peringkat daerah di selaraskan di daerah oleh Pegawai daerah II. Peringkat Negeri di selaraskan Setiausaha Kerajaan Negeri III. Peringkat Persekutuan di selaraskan oleh Majlis Keselamatn Negara di ketuai Menteri Penerangan Rancangan ini menetapkan tugas dan tanggungjawwab khas kepada kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan, ajensi-ajensi Bukan kerajaan, organisasi sukarela dll. Dalam kontek rancangan ini, kementerian Kebajikan Masyarakat adalah bertanggung jawab atas keadaan dan kebaikan mangsamangsa, juga menyelaraskan keseluruhannya berbagai ajensi berkenaan.