berdasarkan hasil tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan

16
Berdasarkan hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health And Morbidity Survey) pada tahun 1995 prevalen perokok di kalangan remaja berumur 12-18 tahun pada tahun itu secara keseluruhan ialah 16.7 %. Secara berasingan prevalen perokok di kalangan 114 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling remaja lelaki ialah 30 % dan remaja perempuan ialah 5 %. Suatu kajian susulan yang dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000, menunjukkan prevalen perokok di kalangan remaja ini telah meningkat kepada 18 %. Peningkatan prevalen perokok di kalangan remaja daripada 16.7 % pada tahun 1995 kepada 18 % pada tahun 2000 adalah kerana peningkatan mendadak prevalen perokok di kalangan remaja perempuan daripada 5 % kepada 8 %. Tiga persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran. Faktor Rakan Sebaya Menurut Kamaruddin (1996) sekolah adalah di mana tempat anak-anak dan remaja mula mendapat kawan yang ramai. Pelbagai ragam dan tingkah laku boleh didapati apabila mereka sama-sama bergaul bersama. Ikatan remaja bukan lagi semata-mata dengan ibu bapa sahaja, malah mereka lebih condong kepada pengaruh rakan sebaya. Tingkah laku remaja ini adalah ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka. Remaja ini akan lebih mementingkan persetujuan daripada rakan sebaya dalam membuat sebarang keputusan.Pergaulan remaja ini 116 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

Upload: amrit-kaur

Post on 12-Aug-2015

65 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

tinjuan

TRANSCRIPT

Page 1: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

Berdasarkan hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health And Morbidity Survey) pada tahun 1995 prevalen perokok di kalangan remaja berumur 12-18 tahun pada tahun itu secara keseluruhan ialah 16.7 %. Secara berasingan prevalen perokok di kalangan 114 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

remaja lelaki ialah 30 % dan remaja perempuan ialah 5 %. Suatu kajian susulan yang dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000, menunjukkan prevalen perokok di kalangan remaja ini telah meningkat kepada 18 %. Peningkatan prevalen perokok di kalangan remaja daripada 16.7 % pada tahun 1995 kepada 18 % pada tahun 2000 adalah kerana peningkatan mendadak prevalen perokok di kalangan remaja perempuan daripada 5 % kepada 8 %.

Tiga persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran.

Faktor Rakan Sebaya Menurut Kamaruddin (1996) sekolah adalah di mana tempat anak-anak dan remaja mula mendapat kawan yang ramai. Pelbagai ragam dan tingkah laku boleh didapati apabila mereka sama-sama bergaul bersama. Ikatan remaja bukan lagi semata-mata dengan ibu bapa sahaja, malah mereka lebih condong kepada pengaruh rakan sebaya. Tingkah laku remaja ini adalah ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka. Remaja ini akan lebih mementingkan persetujuan daripada rakan sebaya dalam membuat sebarang keputusan.Pergaulan remaja ini 116 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

Page 2: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

perlu diperhatikan. Jersild (1978) mendapati bahawa penerimaan rakan sebaya dalam kumpulan akan menunjukkan penghargaan ke atas diri pelajar tersebut. Oleh itu, jika individu pelajar bercampur dengan kumpulan pelajar yang merokok di sekolah, kemungkinan untuk pelajar itu turut terlibat dengan salah laku tersebut adalah tinggi. Rakan sebaya merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Contohnya, sekiranya pelajar bercampur gaul dengan sekumpulan rakan yang menekankan kerajinan untuk belajar, begitu juga pelajar yang berkenaan akan cuba mengamalkannya (Ee Ah Meng, 1992). Sebaliknya, jika kumpulan rakan sebaya itu merupakan kumpulan yang tidak mengutamakan pelajaran sekolah, ia akan mempengaruhi seseorang pelajar. Dengan itu, berkenaan akan bersikap malas dan tugasan-tugasan sekolah akan terganggu Menurut Bandura dalam Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2000) kebanyakan daripada perilaku kita adalah kesan daripada pengaruh model. Jadi yang dimaksudkan dengan model ialah rakan sebaya kita. Zurina (1998) yang menyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya ke atas remaja sangat dominan kerana menjadi kelaziman dalam kumpulan rakan sebaya, anggotanya sensitif dengan cita rasa kumpulannya. Mereka akan cepat bertindak balas untuk menjaga kewibawaan mereka agar diterima dalam sesuatu kumpulan rakan sebaya yang dapat memenuhi citarasa mereka. Dewan Siswa (November 1987) bahawa remaja menghadapi tekanan yang kuat untuk mengikut dan meniru tetapi dalam keadaan ini, peniruan mereka dalam hal-hal yang tertentu sahaja. Manakala, Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2000) berpendapat apabila seseorang individu memiliki ciri-ciri atau sifat-sifat yang menyebabkan dirinya mudah kita sukai, kita akan lebih mudah terpengaruh oleh kata-katanya. Seseorang pelajar biasanya tidak akan mudah untuk melakukan sesuatu aktiviti yang boleh menjejaskan disiplin tanpa dipengaruhi oleh rakan sekumpulan atau pelajar tidak terikat dengan aktiviti kumpulan. Menurut Ahmad Fauzi (Berita Harian 11 Julai 2001) sekumpulan pelajar yang datang lewat ke sekolah telah menyerang sekumpulan pelajar lain akibat terdapatnya perselisihan faham. Kejadian seumpama ini tidak akan berlaku sekiranya pelajar-pelajar tersebut tidak terpengaruh dan dipengaruhi oleh tindakan perlakuan rakan sebaya mereka dalam kumpulan yang sama. Menurut Atan (1980) yang menyatakan bahawa seseorang pelajar cenderung untuk memilih rakan yang mempunyai kecenderungan dan minat yang sama. Situasi ini menunjukkan bahawa seseorang itu hanya menurut kecenderungan yang samasebagaimana yang dilakukan rakan sebaya mereka. Sementara itu, Kamarudin (1996) mengatakan remaja lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka. Kajian Sufian (2004) juga menyatakan bahawa merokok boleh didorong oleh desakan rakan sebaya. Dalam perkumpulan rakan sebaya, seseorang remaja diterima dalam sesuatu perkumpulan sekiranya mereka berani merokok, jika tidak mereka dipulaukan oleh rakan sebaya. Hasil kajian ini juga selari dangan pernyataan Mohamad (1987) yang menyatakan bahawa remaja menghadapi tekanan yang kuat untuk mengikut dan meniru tetapi dalam keadaan ini peniruan mereka dalam hal-hal yang tertentu sahaja. Sehubungan dengan itu, dalam memilih rakan sebaya, Islam menentukan supaya seseorang itu berusaha dan membiasakan diri bertemankan orang yang baik tingkah laku kerana kawan boleh mempengaruhi seseorang sama ada ke arah kebaikan atau keburukan (Abdullah Nashih, 1988). Sebagaimana Sabda Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud : “Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda (agama) seseorang itu terletak pada kawannya, maka hati-hatilah kamu akan siapa yang akan kamu kawan” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Faktor Rakan Sebaya

Page 3: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

Dalam kajian ini faktor rakan sebaya adalah faktor yang pertama untuk dikaji bagi menentukan adakah faktor rakan sebaya yang mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar sekolah. Persoalan kajian ini merangkumi 12 item dalam soal selidik menyentuh tentang hal-hal yang berkaitan dengan rakan sebaya. Mengikut jadual 4.18, nilai min tertinggi adalah 3.43 pada item 10 di mana responden bersetuju bahawa saya akan merokok apabila dipelawa oleh rakan dalam kumpulan. Pada item ini, seramai 66.7 peratus responden bersetuju, 26.7 peratus tidak bersetuju manakala selebihnya 6.7 peratus tidak pasti. Manakala untuk nilai min yang terendah pula adalah pada item 5 iaitu 1.70 yang mana responden tidak bersetuju mengenai semangat setiakawan saya sangat tinggi dengan kawan-kawan yang merokok. Ini dilihat dari 3.3 peratus sahaja responden yang bersetuju akan item ini. Berdasarkan dapatan hasil kajian, responden bersetuju bahawa faktor rakan sebaya turut menyumbang dalam mempengaruhi tingkah laku merokok. Ini disebabkan mereka mudah terpengaruh dan ingin diterima dalam kumpulan. Hasil kajian selari dengan pendapat Sufian (2004) yang menyatakan bahawa merokok boleh didorong oleh desakan rakan sebaya. Dalam perkumpulan rakan sebaya, seseorang remaja diterima dalam sesuatu perkumpulan sekiranya mereka berani merokok, jika tidak mereka dipulaukan oleh rakan sebaya. 126 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

Page 4: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

Dapatan kajian ini turut disokong oleh Jersild (1978) yang menyatakan bahawa penerimaan rakan sebaya dalam kumpulan akan menunjukkan penghargaan ke atas diri pelajar tersebut. Oleh itu, jika individu pelajar bercampur dengan kumpulan pelajar yang merokok di sekolah, kemungkinan untuk pelajar itu turut terlibat dengan salah laku tersebut adalah tinggi. Kajian ini turut disokong oleh Zurina (1998) yang menyatakan bahawa pengaruh rakan sebaya ke atas remaja sangat dominan kerana menjadi kelaziman dalam kumpulan rakan sebaya, anggotanya akan amat sensitif dengan cita rasa kumpulannya. Mereka akan cepat bertindak balas untuk menjaga kewibawaan mereka agar diterima dalam sesuatu kumpulan rakan sebaya yang dapat memenuhi citarasa mereka. Dari kajian ini juga didapati pertentangan persetujuan oleh pelajar. Mereka tidak bersetuju bahawa semangat setiakawan mereka sangat tinggi dengan kawan-kawan yang merokok. Di sini menunjukkan bahawa mereka merokok bukan hanya disebabkan semangat setiakawan dengan kawan-kawan yang merokok tetapi adanya faktor lain yang lebih menarik. Keadaan ini tidak selari dengan pendapat Atan (1980) yang menyatakan bahawa seseorang pelajar cenderung untuk memilih rakan yang mempunyai kecenderungan dan minat yang sama. Situasi ini menunjukkan bahawa seseorang itu tidak hanya menurut kecenderungan yang sama sebagaimana yang dilakukan rakan sebaya mereka. Pendapat ini juga tidak sealiran dengan hasil kajian di mana kebanyakkan pelajar tidak bersetuju bahawa mereka hanya mempunyai rakan yang merokok sahaja.

    Rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor remaja terjebak dalam kegiatan merokok.Hal ini demikian kerana rakan sebaya merupakan orang kedua selepas ibu bapa.Remaja yang kurang mendapat perhatian ibu bapa akan meluangkan masa mereka bersama rakan-rakan.Oleh hal yang demikian,tidak hairanlah jika mereka turut terpengaruh dengan rakan-rakan yang merokok.Selain itu,mereka juga dicabar atau diajak oleh rakan-rakan agar turut merokok bersama.Remaja yang menghadapi masalah keluarga seperti perceraian ibu bapa,kematian orang yang disayangi dan sebagainya akan mudah terpengaruh kerana bagi mereka rakan-rakan merupakan tempat mereka meluahkan perasaan,bermain dan lain-lain lagi.Mereka mengambil rokok untuk menghilangkan rasa kebosanan dan menganggap rokok dapat melupakan masalah yang dihadapinya.Keadaan ini menyebabkan mereka mengambil rokok lebih daripada 5

Page 5: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

hingga 10 batang rokok dalam satu hari.Kesannya,mereka menjadi ketagih dan tabiat tersebut sukar untuk dikikis sehingga mereka sanggup melakukan jenayah seperti mencuri untuk mendapatkan rokok.

Faktor Keluarga Menurut Amina Nor (2003:5) sejak kecil lagi anak yang bapanya menghisap rokok akan dipengaruhi oleh tabiat bapa mereka dan terus mengambil dadah apabila mereka dewasa. Tanpa disedari bapa tersebut telah menunjukkan kepada anak bahawa rokok boleh memberi ketenangan atau keseronokan. Anak-anak pula akan menganggap rokok berupaya mengatasi kerunsinganyang timbul daripada sesuatu konflik. Si anak akan membiasakan diri dengan bau asap yang dikeluarkan ayahnya dan akhirnya asap inilah yang mendorong anak menghisap rokok apabila mereka remaja, tingkah laku ayah juga akan menjadi ikutan anak-anak. Gambaran tingkah laku bapa mempunyai pengaruh untuk menentukan perbuatan dan perasaan anak. Manakala Lee Lam Thye (2000) berkata institusi keluarga khususnya ibu bapa mampu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi pelajar dan mengawasi pergerakan anak mereka bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam kegiatan salah laku. Menurutnya lagi ibu bapa juga adalah pendidik dalam mencorakkan keperibadian pelajar yang bakal mewarisi kepemimpinan negara masa depan. Hubungan interaksi, dan tunjuk ajar perlu dipupuk dan sentiasa dijaga supaya anak-anak tidak terbiar, sekali gus dapat membentuk anak supaya mempunyai keperibadian baik serta berdisiplin. Abdullah Nashih (1988) berpendapat hati seseorang anak adalah suci, jika mereka biasa diajarkan dengan kebaikan maka, mereka akan membesar dengan baik tetapi jika sebaliknya mereka akan menjadi jahat. Menurut Carwin (1988) masa yang diluangkan oleh ibu bapa dengan anak-anak mereka adalah sangat penting. Beliau mendapati dalam kajiannya di Amerika Syarikat bahawa di kalangan mereka yang bekerja. Oleh yang demikian, mereka tidak mempunyai masa untuk memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak mereka. Keadaan seperti ini mengikut beliau boleh membawa kepada masalah disiplin seperti ponteng sekolah, merokok, memeras ugut, memukul guru dan sebagainya. Menurut Khalijah (1996) ibu bapa adalah pendidik pertama bagi anak-anak, mereka memberi contoh tauladan kepada anak-anak dan juga pengasas emosi dan intelektual anak-anak. Ibu bapa yang berjaya menjadi pendidik yang baik kepada anak-anak akan terus didampingi dan dirujuk oleh anak-anak. Schafer dan Olexa (1963) dalam kajiannya di sebuah sekolah tinggi di Amerika yang mempunyai pelajar dari status sosio ekonomi yang berbeza, jelas menunjukkan bahawa kebanyakkan masalah disiplin yang wujud di sekolah tersebut adalah berpunca dari pelajar-pelajar dari status sosio ekonomi yang rendah. Menurut Bachman (1970) ibu bapa yang mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi menganggap tingkah laku anak-anak mereka yang buruk hanya akan menjejaskan dan menjatuhkan maruah dan martabat keluarga mereka. Oleh itu, mereka berusaha sedaya upaya mereka memastikan agar anak-anak mereka sentiasa berdisiplin dan mempunyai tingkah laku yang baik. Pelajar-pelajar dari golongan status sosio ekonomi yang tinggi didapati kurang melakukan masalah disiplin berbanding dengan pelajar-pelajar dari status sosio ekonomi yang rendah. Jaafar (1997) mendapati bahawa ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi rendah kurang

Page 6: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

berupaya dalam memastikan pencapaian anak-anak mereka cemerlang. Ibu bapa hanya menghantar anak-anak mereka ke sekolah atas dasar seruan kerajaan dan amalan masyarakat tempatan. Sebuah hadis Rasullullah (S.A.W) yang bermaksud, “ Tiap-tiap anak dilahirkan di atas fitrahnya dan sesungguhnya ibu dan bapanya yang akan menjadikan sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani ”. Pengertian daripada hadis ini ialah betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan dan memberi pendidikan kepada anak-anak supaya mereka membesar dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Faktor Persekitaran Para remaja yang suka meniru dan mengikut tingkah laku seseorang individu begitu mudah untuk terlibat dalam masalah rokok ini. Begitu juga dengan kanak-kanak yang bapanya merokok dan pernah disuruh untuk membeli rokok akan mudah mengikut bapanya. Perbuatan tersebut merupakan asas kepada pembelajaran yang boleh menyebabkan seseorang itu menggunakan rokok menjadi satu ketagihan. Mereka boleh sahaja terpengaruh dengan agenda seperti merokok oleh watak-watak utama dalam filem yang mereka tonton melalui kaca televisven atau baca melalui media- media cetak. Mereka juga boleh terpengaruh dengan rakan-rakan pelajar yang nakal. Kita tidak dapat mengelak berhadapan dengan pengaruh-pengaruh negatif di zaman dunia tanpa sempadan dan era serba canggih ini (Dewan Masyarakat, Mei 2000). Selain itu, faktor ingin menjadi dewasa dan mendapat keistimewaan menjadi orang dewasa yang boleh memikul pelbagai bebanan dalam masyarakat turut menyumbang kepada aktiviti merokok. Dapatan ini disokong oleh Sufian (2004) yang menyatakan remaja merokok disebabkan oleh ketidaksabaran mereka untuk menjadi dewasa. Menurut Dewan Siswa (November 1987) pengaruh persekitaran sosial agar diterima rakan sebaya menyebabkan remaja akan melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka. Cara mereka bertutur, bergaya, berfikir dan berpakaian seperti mana yang digayakan oleh rakan sebaya mereka. Inilah yang menyebabkan remaja pada ketika ini sering berada atau sentiasa mendampingi kumpulan mereka masing-masing. Segala cadangan yang dikemukakan kepada rakan sekumpulan akan dituruti sahaja tanpa memikirkan implikasi yang akan timbul selepas melakukannya. Keadaan ini amat membahayakan kerana remaja akan mencuba tingkah laku walaupun diketahui ianya salah dan melanggar disiplin sekolah. Remaja akan merasa tercabar dan mungkin ditertawakan apabila menolak cadangan yang diutarakan oleh rakan kumpulan. Oleh kerana itulah kita dapati remaja terutama yang berkumpulan akan melakukan apa sahaja yang dimulakan oleh rakan kumpulan kerana bimbang akan disisihkan dari rakan kumpulan. Dewan Budaya (September 1999) yang mengatakan bahawa pertumbuhan pusat-pusat hiburan yang banyak yang hanya mementingkan keuntungan turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja. Pada masa sekarang terdapat banyak kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan kediaman kita. Keadaan ini amatlah baik kerana memudahkan orang ramai dalam mendapatkan barangan. Tetapi agak malang apabila terdapatnya pekedai juga turut menjualkan rokok kepada orang ramai termasuklah pelajar tanpa larangan. Dakwah (November 1999) yang menyatakan generasi kita telah dilanda gejala sosial kerana semakin terdedahnya masyarakat kepada kebudayaan asing yang di impot. Di dapati pengaruh dari barat ini semakin serius, di mana pelajar kita mula terpengaruh terutamanya mengenai cara merokok yang ditunjukkan dalam filem. Kamarudin (1996) yang mendedahkan budaya pelajar yang bekerja pada musim cuti sekolah. Mereka mula menjinakkan diri dengan rokok yang disogokkan oleh rakan sekerja yang lebih dewasa. Kegiatan yang tidak sihat ini berlaku adalah kerana adanya orang yang lebih dewasa tidak bertanggungjawab terhadap tingkah laku dan perlakuan pelajar. Budaya menyogokkan pelajar dengan barangan percuma tanpa memikirkan kesan dari tindakan tersebut boleh mengubah perlakuan pelajar dari seorang yang tidak merokok kepada seorang yang perokok. Di samping itu, Awang Had

Page 7: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

(1980) menyatakan bahawa kadang kala keadaan dan suasana sekolah juga boleh menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan akan menyebabkan masalah disiplin di kalangan pelajar. 119 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

Page 8: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

Oleh itu, persekitaran sekolah yang menarik dan sesuai dengan tempoh perkembangan mereka akan menjadi tempat terbaik kepada pelajar untuk melarikan diri daripada tekanan-tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ini sekurang-kurangnya mengelakkan pelajar memilih tempat-tempat yang salah sebagai tempat mereka melepaskan tekanan yang dihadapi (Dewan Masyarakat, Jun 2000). Manakala, Mustafa (1991) menyatakan memiliki jiran yang mulia adalah pilihan tempat tinggal yang terbaik bagi pembentukkan akhlak anak-anak dan remaja kerana mereka amat mudah dipengaruhi oleh kehidupan dan persekitaran, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud : “Manusia itu dilahirkan dengan fitrah (tabiat atau potensi yang baik). Hanya ibu bapanyalah (alam sekitar) menyebabkan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau menjadi Majusi.” Di samping itu, terdapat juga pandangan lumrah bahawa rokok mudah dibeli dan ini menyebabkan remaja memula dan meneruskan kegiatan merokok setiap hari. Ini jelas menunjukkan adanya pekedai tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan keuntungan sahaja tanpa melihat kesan risiko yang dihadapi oleh remaja turut menyumbang kepada kegiatan merokok ini. Kajian yang dibuat dikebanyakan Negara membangun termasuk Malaysia mendapati penggunaan rokok bermula sebaik sahaja kanak-kanak memasuki alam remaja (M.Hussain Habil, 1994). Sungguhpun baru-baru ini negara kita telah membuat polisi untuk mencegah penjualan rokok di kalangan mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun, tetapi perlaksanaannya tidak berkesan. Ramai remaja dapat membeli rokok dengan mudah tanpa banyak sekatan. Oleh yang demikian, penggunaan rokok di kalangan remaja di negara ini masih tidak berkurangan.

8.2 Faktor Keluarga Dalam kajian ini, faktor keluarga menjadi persoalan kajian yang kedua dikaji bagi menentukan adakah faktor ini mempengaruhi tingkah laku responden untuk merokok. Persoalan kajian ini merangkumi 10 item dalam soal selidik yang menyentuh tentang hal-hal yang berkaitan dengan faktor keluarga. Dari jadual 4.28, nilai min tertinggi adalah pada item 19 iaitu 3.60 di mana responden bersetuju bahawa keluarga tidak pernah menasihati saya tentang bahayanya merokok. Dalam item ini, seramai 76.7 peratus responden bersetuju, 23.3 peratus tidak bersetuju. Manakala nilai min yang terendah pula adalah pada item 22 iaitu 1.93 yang mana responden tidak bersetuju bahawa ibu atau bapa saya akan merokok apabila bersama-sama kawan-kawannya. Ini dilihat dari 83.3 peratus responden tidak bersetuju akan item ini manakala selebihnya tidak pasti dan setuju. Hasil kajian ini menunjukkan peranan ibu bapa dalam keluarga bukan untuk mencari nafkah semata-mata demi untuk membesarkan anak-anak, bahkan ibu bapa perlu memberi segala aspek keperluan termasuk memberi nasihat yang berguna dan contohnya mengenai merokok. Kenyataan ini disokong oleh Lee Lam Thye (2000) yang berkata institusi keluarga khususnya ibu bapa mampu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi pelajar dan mengawasi pergerakan anak mereka bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam kegiatan salah laku. Menurutnya lagi ibu bapa juga adalah pendidik dalam mencorakkan keperibadian pelajar yang bakal mewarisi kepemimpinan negara masa depan. Hubungan interaksi, kaunseling dan tunjuk ajar perlu dipupuk dan sentiasa dijaga supaya anak-anak tidak terbiar, sekaligus dapat membentuk anak supaya mempunyai keperibadian baik serta berdisiplin. Dapatan kajian ini selari dengan Carwin (1988) yang menyatakan masa yang diluangkan oleh ibu bapa dengan anak-anak mereka adalah sangat penting. Beliau mendapati dalam 127 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

Page 9: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

kajiannya di Amerika Syarikat bahawa di kalangan mereka yang bekerja. Oleh yang demikian, mereka tidak mempunyai masa untuk memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak mereka. Keadaan seperti ini mengikut beliau boleh membawa kepada masalah disiplin seperti ponteng sekolah, merokok, memeras ugut, memukul guru dan sebagainya. Dapatan ini juga turut disokong oleh Khalijah (1996) yang menyatakan ibu bapa adalah pendidik pertama bagi anak-anak, mereka memberi contoh tauladan kepada anak-anak dan juga pengasas emosi dan intelektual anak-anak. Ibu bapa yang berjaya menjadi pendidik yang baikkepada anak-anak akan terus didampingi dan dirujuk oleh anak-anak. Dapatan ini adalah selari sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Nashih (1988) iaitu hati seseorang anak adalah suci, jika mereka biasa diajarkan dengan kebaikan maka mereka akan membesar dengan baik tetapi jika sebaliknya mereka akan menjadi jahat. Sebuah hadis Rasullullah (s.a.w.) yang bermaksud, “ Tiap-tiap anak dilahirkan di atas fitrahnya dan sesungguhnya ibu dan bapanya yang akan menjadikan sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani ”. Pengertian daripada hadis ini ialah betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan dan memberi pendidikan kepada anak-anak supaya mereka membesar dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara. 8.3 Faktor Persekitaran Faktor persekitaran menjadi persoalan kajian yang ketiga dikaji bagi mengetahui sama ada faktor ini turut mempengaruhi tingkah laku responden untuk merokok. Dalam soal selidik yang dibina, terdapat 11 item yang disoal berkaitan dengan hal-hal persekitaran. Mengikut jadual 4.37, item 27 mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu 3.63 di mana responden bersetuju bahawa saya mudah membeli rokok. Pada item ini, seramai 70 peratus responden bersetuju, 26.6 peratus tidak bersetuju manakala selebihnya 3.3 peratus tidak pasti. Bagi nilai min yang terendah adalah pada item 26 iaitu 1.86 di mana responden tidak bersetuju bahawa iklan rokok sangat menarik perhatian saya. Dari item ini, seramai 80 peratus responden tidak bersetuju, 13.3 peratus tidak pasti dan hanya 6.7 peratus sahaja yang bersetuju. Dari hasil kajian ini, jelas menunjukkan bahawa rokok memang mudah dibeli dengan sebab itu pelajar bebas merokok tanpa sekatan. Tambahan pula para pekedai yang menjual rokok tidak pernah melarang atau menegur remaja yang membelinya. Para pekedai yang menjual rokok hanya mementingkan keuntungan sahaja menyebabkan remaja memula dan meneruskan kegiatan merokok setiap hari. Ini selari dengan kajian yang dibuat dikebanyakkan negara membangun termasuk Malaysia mendapati penggunaan rokok bermula sebaik sahaja kanak-kanak memasukialam remaja. Sungguhpun negara kita telah membuat polisi untuk mencegah penjualan rokok di kalangan mereka yang berumur kurang dari 18 tahun, tetapi perlaksanaannya tidak berkesan. Ramai remaja dapat membeli rokok dengan mudah tanpa banyak sekatan. Oleh yang demikian, penggunaan rokok di kalangan remaja di negara ini masih tidak berkurangan (M. Hussain Habil, 1994). Pernyataan ini selari dengan Majalah Dewan Budaya (September 1999) yang menyatakan bahawa pertumbuhan pusat-pusat hiburan yang banyak hanya mementingkan keuntungan turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja. Pada masa sekarang terdapat banyak kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan kediaman kita. Keadaan ini amatlah baik kerana memudahkan orang ramai dalam mendapatkan barangan. Tetapi agak malang apabila terdapatnya pekedai juga turut menjualkan rokok kepada orang ramai termasuklah pelajar tanpa larangan. 128 Zainudin Abu Bakar & Ahmad Hafizi Saad / Journal of Educational Psychology & Counseling

Dari kajian ini juga didapati pertentangan persetujuan oleh pelajar. Mereka tidak bersetuju bahawa iklan rokok sangat menarik perhatian mereka. Di sini menunjukkan bahawa mereka merokok bukan disebabkan iklan rokok yang menarik tetapi adanya faktor lain yang lebih menarik. Keadaan ini tidak selari dengan Majalah Dakwah (November 1999) yang menyatakan generasi kita telah dilanda gejala sosial kerana semakin terdedahnya masyarakat kepada kebudayaan asing yang diimpot.

Page 10: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

Walaupun pengaruh dari barat ini semakin serius namun dari kajian yang dijalankan, didapati pelajar tidak terpengaruh terutamanya cara merokok yang ditunjukkan dalam filem. Mereka juga tidak terpengaruh untuk mendapatkan barang-barang dari jenama rokok seperti mana yang diiklankan.

Antara faktor remaja merokok adalah disebabkan oleh kesibukan ibu bapa mengejar kebendaan dan kemewahan.Pada zaman berteknologi ini,ibu bapa terlalu taksub mencari rezeki sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak.Bagi mereka dengan membekalkan wang ringgit yang banyak kepada anak-anak,mereka sudah menjalankan tugas dengan baik.Walhal,cara mereka mendidik anak-anak adalah tidak betul.Hal ini demikian kerana anak-anak mereka menyalahgunakan wang yang diberikan oleh ibubapa mereka dengan membeli rokok dan membelanjakan wang tersebut ke arah aktiviti yang tidak berfaedah.Ibu bapa yang sibuk bekerja kebiasaannya kurang meluangkan masa bersama anak-anak.Keadaan ini dapat dilihat ibu bapa pada masa kini akan keluar mencari rezeki pada waktu pagi dan pulang pada waktu malam.Mereka tidak berpeluang bersama anak-anak dan bertanyakan tentang pelajaran anak-anak mereka.kesannya anak-anak kurang mendapat kasih

Page 11: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

sayang  daripada ibu bapa mereka dan perhatian yang secukupnya.

Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor utama yang menjadi pemangkin gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana pihak berwajib dikatakan tidak serius melaksanakan undang-undang yang digubal. Oleh sebab pihak berkuasa bersikap melepaskan batuk di tangga, remaja menjadi tidak takut waima tidak gentar untuk melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam. Lama-kelamaan, fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai bisul menjadi nanah yang sukar diubati lagi.

Selain kelemahan penguatkuasaan, pengaruh media massa yang bebas menyiarkan iklan juga merupakan penyumbang kepada masalah merokok dalam kalangan remaja. Remaja yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang sudah pasti mudah terpengaruh dengan ledakan iklan daripada media massa. Kajian juga mendapati remaja dan golongan muda-mudi merupakan penonton tertinggi siaran media. Oleh sebab itu, iklan rokok dan poster konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok mudah meresap dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja memang mudah mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka. Oleh hal yang demikian, kebanyakan remaja memberanikan diri membeli dan memegang rokok kerana

Page 12: Berdasarkan Hasil Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan

pengaruh media massa.

Di samping itu, kawan merupakan insan yang paling istimewa dan memainkan peranan yang penting dalam pergaulan remaja. Walau bagaimanapun, ada antara remaja yang cuba merokok selepas dicabar atau diajak oleh kawan-kawan. Hal ini tidak mustahil kerana hubungan antara kawan yang rapat bagai isi dengan kuku sedikit sebanyak merangsang kepercayaan remaja terhadap kata-kata kawan mereka. Oleh sebab menjadi pak turut kawan, majoriti mereka sama-sama ponteng sekolah, sama-sama membeli rokok lalu merasai asap rokok tanpa menyedari kebahayaan rokok. Selepas terjebak dan ketagihan rokok, remaja tidak dapat mengelakkan diri daripada tabiat buruk ini lagi.

Ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang dan tidak prihatin akan perubahan sikap anak-anak juga merupakan faktor remaja merokok. Hal ini demikian kerana ibu bapa pada zaman berteknologi ini terlalu sibuk mengejar kebendaan dan kemewahan sehingga mengabaikan tanggungjawab keibubapaan mereka. Sikap ibu bapa ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka sanggup mengabaikan kasih sayang dengan memberi wang kepada anak-anak mereka sebagai gantian kasih sayang. Anak-anak yang belum berfikiran matang pula menyalahgunakan wang tersebut tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan remaja dapat membeli rokok dengan mudah kerana harganya masih murah.