bertanya allah dahulu
TRANSCRIPT
-
1
-
2
Bismillah. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Apabila engkau meminta sesuatu,
mintalah kepada Allah, dan apabila
engkau meminta pertolongan,
mintalah pertolongan daripada Allah.
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) Disebut but (tetapi)
Allah dulu, Allah lagi, Allah terus Diinspirasikan oleh Ustaz Yusuf Mansur
Hashtag rasmi:
#TeknikBAD
#BertanyaAllahDahulu
#KisahSuksesBAD
-
3
PERCUMA! Ebook ini diberikan secara percuma sehingga saya didetikkan Allah untuk
meletakkan bayaran.
Seandainya anda mendapatkannya secara berbayar daripada pihak
lain, mohon laporkan kepada saya, Insyirah A. (pengasas
Writethrough) di emel [email protected]
atau PM FB Fanpage Writethrough di:
https://www.facebook.com/messages/wrthrough
Ebook ini saya halalkan untuk anda berikan secara percuma kepada
seramai mungkin orang kesayangan anda.
Syarat ketat: Jika ia memberi manfaat kepada anda.
Ini adalah kerana saya mementingkan high valuable content bagi
sebarang karya saya dan di bawah naungan Writethrough.
Produk ini adalah salah satu produk jenama
Segala urus niaga melalui jenama Writethrough adalah di bawah
syarikat Insyirah Creative Solution (SA0245969-X)
-
4
Isi Kandungan
Permulaan Memulakan Bisnes Secara Online .......................................................... 5 Kisah Bertemu Bakat Penulisan ............................................................................................ 8 Cara Saya Sedar Bakat Penulisan ......................................................................................... 9
Apa Yang Writethrough Lakukan? ............................................................................ 11 Kisah Pencetusan Writethrough ......................................................................................... 13 Rezeki Sudah Ditentukan ..................................................................................................... 15 Pertemuan Dengan Ustaz Yusuf Mansur ......................................................................... 17 Mengapa Pembinaan Keyakinan Penting? ....................................................................... 26
Asas #TeknikBAD .......................................................................................................... 28 Kisah Nabi Musa Berdialog Dengan Allah ........................................................................ 28 Mengapa Nama Teknik BAD? ............................................................................................. 32 Ikrar Tentang Pergantungan Hanya Kepada Allah ......................................................... 34
Doa Adalah Penyerahan Bukan Tuntutan ............................................................... 38 Beza Berdoa Dan Membaca Doa ........................................................................................ 40 Matlamat Mempraktikkan Teknik BAD ............................................................................ 51 Calon-Calon Yang Sesuai Untuk Praktikkan #TeknikBAD ........................................... 54 Hasil Berlaku Kerana Rahmat Allah Kisah Ahli Ibadah 500 Tahun ......................... 54 Jabariah vs. Qadariah ............................................................................................................. 60
#BADLessons .................................................................................................................. 61 Jangan Ikut Orang .................................................................................................................. 61 It Is Not About Being Perfect .............................................................................................. 62 Hidup Sekadar Mampu .......................................................................................................... 65
Cara Praktikkan #TeknikBAD ..................................................................................... 68 Q & A #TeknikBAD ....................................................................................................... 76
-
5
Permulaan Memulakan Bisnes Secara Online Saya memulakan bisnes secara online pada tahun 2009. Niat saya
untuk mulakan bisnes adalah,
Suatu hari nanti, aku mampu taja ibu aku pergi menunaikan haji.
Dengan niat itu, saya mula mengkaji bisnes secara online yang
boleh diusahakan dengan kadar wang yang minima. Saya mula
berkenalan dengan jenama Clickbank iaitu ibarat sebuah mall secara
maya untuk produk digital.
Saya teruskan kajian demi kajian dan bertemu dengan
Wangcyber.com (WC). Di situ, saya berkenalan dengan ramai
Internet Marketer (IM).
Walau ketika itu saya masih belajar, saya banyak membeli-belah di
sana. Cuma, banyak membeli, dan banyak buat pekasam. Saya
terhibur dengan testimoni-tesmoni yang dipaparkan.
Sehinggakan ada seorang sifu yang perasan saya selalu membeli
pada tiap thread di forum WC. Ia membuatkan beliau kutip saya
jadi menteenya dan handle sebuah projek digital.
Saya jadi ketua walau member lain adalah lelaki. Walaupun begitu,
sehingga saya menulis ebook ini, kami tidak berjumpa secara
berhadapan.
-
6
Segalanya dilakukan melalui maya tanpa tahu muka masing-masing
(ketika itu). Penglibatan usahawan wanita dalam bisnes secara
online ketika itu boleh dikatakan sebagai, boleh bilang dengan jari.
Walaupun begitu, saya tidak kenal rapat dengan usahawanita dalam
forum itu.
Saya banyak melabur namun lebur. Lebur kerana tidak bertindak.
Saya juga pernah laburkan RM4 angka untuk orang lain buatkan
projek digital untuk saya, namun RM4 angka itu disia-siakan oleh
individu tersebut.
Bukan salah beliau. Salah saya kerana percaya bulat-bulat dan tidak
bertanggungjawab dengan duit yang saya ada. #LessonLearned.
Boleh baca pengajaran yang lain dalam ebook karya saya 70
Lesons. Ia terkandung 70 pengajaran merangkumi aspek bisnes,
kehidupan dan seni (spiritual).
100% dalam bahasa Melayu. Tajuk dan cover je bahasa Inggeris.
Melalui cara berkuli dengan sifu itu, saya jana RM1,000 pertama.
Namun ia tidak berpanjangan. Lama-kelamaan, kami mula buat hal
masing-masing.
Saya kembali solo. Sehingga suatu masa, saya kembali dikutip oleh
seorang sifu yang lain. Saya uruskan projek dropship untuk pasaran
luar negara.
-
7
Mula rasa duit USD dan UK. Dapat seciput pun, andai diconvert
kepada duit Malaysia, darab 3 hingga 5. Walaupun begitu, sukar
untuk saya capai RM2,000. Terasa liat untuk cecah RM2,000.
Selama 3 tahun, semua perkara itu terjadi. Dalam tempoh 3 tahun
itu saya bertemu dengan pelbagai perkara. Pengetahuan walau
dalam bidang Information Technology (IT) iaitu bidang yang saya
ambil di universiti pun, saya banyak belajar sendiri, seperti
Wordpress, minisite. Ia tidak diajar di universiti.
Kadang-kadang saya rasa tak berbaloi masuk universiti, hadap RM5
angka hutang. Keluar gaji RM4 angka (budak tak suka akademik
memang macam ini) >.< Lebih baik saya guna RM5 angka itu masuk
coaching bisnes yang praktikal jana RM4 RM6 angka / bulan.
Itulah pengajaran terbesar dalam hidup saya. Andai ada anak pun,
saya berhajat memasukkan beliau ke dalam sekolah, seperti sekolah
tahfiz atau sekolah bisnes, supaya belajar hidup berdikari tanpa
bergantung kepada duit ibu bapa. Dunia kini akan semakin
menyempitkan. Terutamanya dalam aspek kewangan.
Andai kita masih malas, terus merungut, itulah sahaja kehidupan
kita pada masa akan datang.
"A man is what he thinks about all day long." - Ralph
Waldo Emerson
-
8
Lebih baik work out something, daripada menyalahkah Tuhan,
merungut kehidupan yang serba kekurangan. Jadi orang yang
bertanggungjawab dengan apa yang terjadi dalam hidup kita,
terutamanya part hutang.
Andai tak mampu hidup lebih daripada kemampuan, admit it
(akuinya) dan hiduplah setakat yang mampu. Jangan hidup skala
Ferrari, sedangkan pendapatan skala kereta Kancil.
Saya ingatkan diri saya sebenarnya yang masih muda, dan hanya
ada hutang pendidikan yang dalam proses selesai bayar.
Kisah Bertemu Bakat Penulisan Solo, berdua atau beramai. Itulah saya selama 3 tahun itu. Sehingga
saya menjadi solo semula dalam bisnes, saya bertemu dengan
sebuah jalan bernama Jalan Buntu.
Jalan Buntu adalah jalan mati yang buat saya tersangkut, tidak tahu
nak pergi ke mana-mana.
Saya tidak tahu nak buat apa, saya tidak fokus dengan bisnes sedia
ada, sedangkan sudah banyak perkara saya explore. Saya berkejar-
kejaran buat bisnes itu dan ini untuk menyeru duit, sehingga saya
rasa penat. Penat dengan hidup begitu.
-
9
Suatu hari, saya bertemu dengan seseorang yang pakar dalam
dropship. Saya berpeluang menemui beliau di dunia maya, apabila
beliau menawarkan peluang mentorship dalam projek dropship.
Saya mengkhabarkan kepada beliau, saya sedang mencari apa bakat
dan bisnes yang sesuai untuk saya. Setelah berbincang, beliau
berpesan,
Tunaikan solat Istikharah, tidur atas sejadah.
Kemudian, saya buat selama beberapa hari. Tanpa banyak soal dan
hanya mengikut apa yang beliau pesan.
Cara Saya Sedar Bakat Penulisan Suatu hari saya tersedar,
Kau bukan suka menulis ke?
Al kisah - sejak tahun 2008, saya telah mulakan sebuah blog yang
saya kumpul artikel-artikel tentang remaja. Ketika itu, saya
bangunkan sebuah blog yang saya khaskan untuk remaja.
Saya copy artikel daripada ILuvIslam tentang remaja, dan saya paste
dalam blog itu. Kemudian, saya upgrade sedikit, kepada tulis versi
diary.
-
10
Seterusnya barulah saya beralih arah kepada blog dot com sendiri.
Sekarang, saya fokus kepada pembinaan jenama Writethrough dan
Teknik Bertanya Allah Dahulu (B.A.D / BAD).
-
11
Apa Yang Writethrough Lakukan? Writethrough adalah transformasi semula sebuah jenama bawah
tanah (underground) yang saya bangunkan, khas untuk
memperkatakan soal keyakinan sama ada dunia dalaman atau
luaran.
Pada asalnya, saya mahu biarkan ia menjadi bawah tanah. Namun,
setelah berfikir semula, saya membuat ia jadi dikenali. Mendapat
inspirasi daripada program Breakthrough oleh Anthony Robbins.
Cuma itu dalam bentuk program realiti.
Saya kongsikan qute Will Smith dalam movie After Earth,
Fear is not real. The only place that fear can exist is in our
thoughts of the future.
It is a product of our imagination, causing us to fear things that
do not at present and may not ever exist.
That is near insanity. Do not misunderstand me, danger is very
real but fear is a choice.
Andai difikirkan semula, ketakutan adalah imaginasi yang kita cipta
tentang masa hadapan. Perkara itu belum berlaku pun, kita sudah
fikirkan yang negatif. Masa hadapan belum berlaku.
-
12
Takut adalah salah satu daripada isu dunia dalaman dalam tiap
manusia, yang akan membuat mereka risau dan tidak tenang pada
waktu sekarang.
Itulah antara peranan Writethrough. Suatu breakthrough melalui
penulisan yang fokus pada pembinaan keyakinan, kebahagiaan
daripada dunia dalaman. Contoh, keyakinan tentang rezeki, jodoh,
keyakinan untuk bercakap di depan orang ramai.
Sebuah medium untuk saya berkongsi cara saya membaiki soal
yakin, sama ada kepada Tuhan, pengucapan awam atau perkara
lain. Bahasa lainnya adalah pembinaan keyakinan diri.
Ia berpunca daripada dunia dalaman, yang boleh diubah sama ada
melalui dunia dalaman atau luaran. Contohnya, orang yang kurang
keyakinan diri sering mensabotaj diri dengan menggunakan
perkataan-perkataan negatif.
Aku tak boleh.
Aku tak cantik
Aku hodoh.
Perkataan-perkataan ini adalah perkataan negatif, yang kita boleh
ubah dan baiki kepada perkataan positif yang akan secara tidak
langsung mengubah dunia dalaman kita.
What goes in, comes out.
-
13
Botol kicap yang pecah akan mengeluarkan kicap. Bukan air soya,
sos cili atau tomato. Oleh sebab itu, maka benarlah - penting
menjaga apa yang kita fikir, rasa, dengar, dan cakap, kerana ia boleh
jadi salah satu percikan makbulnya doa kita.
Kisah Pencetusan Writethrough Saya adalah seorang penulis ebook. Antara ebook saya adalah, 9
Formula Pantas Seru Rezeki
(http://www.insyirahazhar.com/9formularezeki/).
Dengan izin Allah, tajuk ebook itu menjadi doa buat pembaca dan
pengamal ebook itu. Ebook itu terbukti memberi pengamalnya
rezeki terutamanya daripada aspek kewangan dengan cepat.
Adakalanya saya tertanya. Walau saya yang menulis, saya tidak
dapat antara rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka. Contoh,
ada yang dapat projek RM150k, projek jutaan ringgit, RM5 6
angka dalam masa yang singkat.
Saya ada menulis ebook tentang 2 Amalan Menjemput Rezeki
RM27,000. Jawapannya adalah Istighfar dan solat Hajat. Cuma
dalam ebook itu, saya membebel tentang Seni Istighfar
bagaimana Istighfar boleh membantu kita untuk bertemu dengan
jalan keluar seperti dalam hadis ini,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
-
14
"Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan
membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya
jalan keluar bagi kesempitannya, dan memberinya
rezeki dari arah yang tidak diduga-duga." (Hadis
Riwayat Abu Dawud)
Testimoni ebook 2 Amalan Menjemput Rezeki RM27,000
Ini adalah antara testimoni pembaca ebook tersebut:
(insya-Allah andai berminat mendapatkan, saya akan khabarkan di akhir mukasurat
ebook ini)
-
15
Jadi, hasil daripada tertanya, Mengapa saya tidak dapat seperti
mereka? telah membawa saya kepada mencari missing link.
Bukankah biasa berlaku, seperti kita sedekah. Kita nak capai
sesuatu amaun dengan bersedekah, namun hakikatnya tidak semua
sedekah kita, memberi apa yang kita nak.
Kadang-kadang kita kongsi, pembaca buat dan pembaca itu yang
dapat. Namun, apabila kita cuba,
Eh, eh! Tak dapat pula. Memilih ke apa rezeki ni? Dia tak suka aku kot
no. #nangestepibucumeja
Tiada siapa yang mampu memahami Allah dengan baik. Yang
penting, tugas kita adalah berusaha. Hasilnya Allah tentukan.
Rezeki Sudah Ditentukan
Hadis Riwayat Abdullah bin Masud RA, ia berkata:
Rasulullah SAW sebagai orang yang jujur dan
dipercaya bercerita kepada kami:
Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses
penciptaan dalam perut ibunya selama empat puluh
hari (sebagai nutfah).
-
16
Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga,
kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula.
Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan
roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis
empat perkara iaitu, menentukan rezekinya, ajalnya,
amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara,
ataukah orang yang bahagia.
Andai dibaca dalam hadis di atas, tiap daripada kita telah ditentukan
rezeki, sejak berumur 40++ hari lagi. Analoginya begini.
Andai bos kita kata atau kita sudah tahu gaji kita tetap ada di
hujung atau awal bulan, adakah kita masih ada perasaan ragu?
Adakah kita masih teragak-agak sama ada kita ada gaji atau tidak
pada bulan ini?
Pasti tidak kan? Pasti kita akan terus melakukan kerja harian
pejabat, dan pada hujung atau awal bulan, kita akan dapat gaji
seperti kita yakin kita dapat.
Namun, mengapa walau sudah ada hadis yang juga janji daripada
Allah, kita masih ada keraguan? Seolah-olah ia bermaksud, kita lebih
yakin kepada majikan yang beri gaji, berbanding Tuhan. Allahu
akbar.
-
17
Jawapan daripada missing link saya itu adalah tentang keyakinan
kepada Tuhan.
Pertemuan Dengan Ustaz Yusuf Mansur Dalam pencarian missing link saya iaitu keyakinan kepada Tuhan,
antara perkara yang saya buat adalah Google dengan menggunakan
keyword yakin.
Saya mencari sesuatu seperti artikel, atau video yang boleh
memberi saya cahaya keyakinan itu. Antara yang saya dapat adalah
video bagaimana sepasang suami isteri menjadi kaya dalam masa 7
hari. Ia dipaterikan dalam bentuk penulisan di blog,
http://www.wrthrough.com/kisah-mengharukan-bagaimana-
sepasang-suami-isteri-menjadi-kaya-dalam-masa-7-hari/
Selepas itu ada tajuk tentang menjemput jodoh dengan yakin dan
sebagainya. Di lewat pencarian, saya bertemu pula dengan buku
bertajuk, Undang Saja Allah, Belajar Syukur, Belajar Yakin oleh
Ustaz Yusuf Mansur.
Buku ini berkongsi tentang dalam apa-apa perkara, carilah Allah
dahulu. Tidak kira sama ada dengan menunaikan solat, bersedekah
atau apa sahaja.
Asalkan ia adalah tentang mencari di jalan Allah dahulu. Antara
quote dalam buku itu yang terkesan pada saya adalah,
-
18
Kemampuan seseorang (atau lembaga) displin di
konsep mencari Allah dulu atau bahkan mencari Allah
saja akan membuat dia mandiri dan mulia.
Bahkan tingkat keberhasilannya lebih accurate, dan
lebih cepat berbanding ikhtiar mencari bantuan orang
lain.
Ia membuat saya terfikir bagaimana dengan cara saya
beristikharah membuat saya dapat cecah lebih RM2,000 yang
selama ini 3 tahun pun susah.
Namun, setelah bertanya Allah dahulu dengan cara beristikharah,
saya dapat menjemput RM5 angka dalam masa 7 bulan sahaja.
Ternyata, dengan bertanya Allah dahulu membuatkan kita dapat
capai sesuatu dengan lebih tepat dan cepat, dengan izin-Nya.
Nah! Sekarang anda sudah faham kan? Mengapa bertanya Allah
dahulu itu penting. Dengan mencari Allah dahulu, akan membuat
kita capai solusi yang lebih tepat dan cepat, berbanding meminta
bantuan orang lain.
-
19
Dalam pencarian bisnes atau bakat yang sesuai itu, saya ada sahaja
pergi ke seminar atau kursus tentang potensi diri. Namun, kata
pepatah, masih blur-blur katak. Katak pun tak blur macam itu =.=
Impak Menggunakan Teknik BAD Dalam Penulisan
Alhamdulillah, penulisan yang saya gunakan teknik BAD telah
memberi hasil seperti di bawah:
Artikel Bestview
Salam. Good news, artikel cikpuan telah menjadi artikel paling popular
dengan 189,481 unit views setakat saat ini. Lebih kurang 189,481
manusia yang membaca artikel tersebut. Semoga mendapat ganjaran
yang setimpal ya! :D
Mungkin agak lewat untuk berkongsi bahawa Tazkirah.net telah
mendapat lebih kurang 357,000 pelawat dalam masa 30 hari.
Alhamdulillah, satu pencapaian yang sangat baik bagi laman web baru
seperti kita. Tahniah kepada semua Tim Penulis.
Cuma angka pelawat ini masih bukan kekuatan sebenar, kerana 70%
pelawat disumbangkan oleh artikel nukilan Cik Insyirah bertajuk "5
Petua Menyimpan Duit Bagi Orang Yang Susah Menyimpan" yang
telah viral diseluruh pelusuk sosial media.
Kini pelawat telah kembali kepada pace biasa sekitar 1000-2000
pelawat unik setiap hari. Jika ada mana-mana artikel yang viral maka
jumlah pelawat akan melonjak naik.
-
20
Boleh layari link di bawah untuk bacaan lanjut,
http://tazkirah.net/5-petua-menyimpan-duit-bagi-orang-yang-
susah-menyimpan/
Haza min fadhli Rabbi ini semua kurniaan Tuhanku. Isu writer
block, iaitu kebuntuan mencari idea adalah antara masalah biasa
pada tiap penulis.
Antara sebab saya praktikkan BAD dalam penulisan adalah kerana,
Allah sahaja yang lebih tahu apakah topik dan artikel yang mahu
dibaca oleh para pembaca.
Penulisan Dibaca Komuniti Punk Rock
4 Disember 2014: Ebook BAD 2.0 telah dibaca oleh komuniti Punk
Rock. Oleh Dhani Ahmad, https://www.facebook.com/thedhani
8.33 pagi
Assalamualaikum sis. Sekadar nak beritahu. BAD 2.0
dah masuk ke kelompok pembaca di komuniti punk
rocker.
Ya saya salah seorang penggiat komuniti punk rock dan
saya sedang membaca dan berkongsi BAD dengan
kawan-kawan. Terima kasih untuk perkongsian awal
dari sis. Sukses terus!
-
21
Www.alteraktif.blogspot.com.
8.59 malam
Salam sis, dalam tempoh 22 jam, ecover ebook BAD di
update ke wall saya, saya sudah pun menghantar link
(tak rasmi) ebook BAD ke 57 emel.
Satu angka di luar jangkaan saya sebenarnya, tak
sangka saya ramai dalam kalangan rakan-rakan saya
yang berminat dengan BAD. Terima kasih dan tahniah
sekali lagi untuk IA sebab hasilkan BAD.
Haza min fadhli Rabbi ini kurniaan Tuhanku. Oleh sebab itu, buat
para penulis, praktikkan BAD sebelum menulis, insya-Allah
berpotensi dikurniakan idea berlimpah ruah yang luar biasa.
Justeru, teknik BAD adalah teknik yang paling mudah, praktikal dan
insya-Allah berkesan untuk menyeru idea topik dan artikel yang
disukai pembaca dan Allah.
Walaupun begitu, terdapat X factor lain yang perlu dipertimbang
untuk capai 6 angka pembaca. Saya tidak meletakkan jaminan,
bahawa apabila para penulis mempraktikkan BAD, mereka mampu
capai 6 angka pembaca.
-
22
Oleh sebab hasil terletak kepada Allah seperti dalam surah Al
Anfaal ayat 10,
Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Saya hanya tukang tulis sahaja tentang BAD. Selebihnya adalah
kerja Allah untuk mengizinkan ia berlaku atau tidak.
Kekayaan Hati Antidot (Penawar) Terunggul Akhir
Zaman Ini Pada saat ini, terutamanya pada 2015, ekonomi akan jadi semakin
menyempitkan.
Duit yang dulu bukan duit yang sekarang (daripada segi nilainya).
Dulu, 10 sen pun boleh masih boleh digunakan untuk membeli
sebiji gula-gula. Namun sekarang, nilainya telah bernilai 20 sen,
hatta mungkin lebih.
Siapakah orang yang mampu bertahan dengan ujian dunia ini? Tidak
kisah sama ada daripada aspek kewangan, bencana alam atau apa
sahaja. Ia disebut dalam petikan hadis di bawah,
"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin.
Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan,
-
23
dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang
mukmin.
Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang
menggembirakan lalu dia bersyukur, maka kebaikan
baginya, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan
lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." (Hadis
Riwayat Muslim)
Saya katakan orang yang mampu bertahan adalah orang mukmin,
kerana orang mukmin ini walau macam mana teruk pun terjadi
kepada dia, dia akan tetap bersangka baik kepada Allah.
Oleh sebab itu, dalam hadis itu, dinyatakan Sesungguhnya setiap
urusannya baginya ada kebaikan walauapapun yang berlaku
walau buruk pun, baik belaka bagi dia.
Itulah the hidden mean dalam hadis tentang kaya hati,
Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW
bersabda: "Kaya itu bukan kerana banyak harta,
melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati
(cukup yang ada). (Hadis sahih Riwayat Muslim)
-
24
Apabila saya baca tentang ajaibnya orang mukmin, yang terfikir di
fikiran saya hanyalah orang yang bercinta. Orang yang bercinta ini
sungguh ajaib.
Panas, dia kata sejuk.
Andai tunggu lama, dia kata sekejap.
Andai dating lama, dia rasa sekejap.
Dia tidak berkira untuk mengorbankan apa-apa.
Seburuk-buruk akhlak pasangannya, dia tetap menerima.
Boleh juga digunakan pepatah, Cinta itu buta, kerana orang yang
bercinta tidak akan nampak cacat cela dengan sesuatu yang dia
cintai. Maka, tidak hairan mengapa orang mukmin sungguh ajaib.
Dia tetap positif, bersangka baik kepada Allah. Di saat dia diberikan
ujian walau seberat, seteruk mana pun, baginya, tetap ada kebaikan
dalam ujian itu yang diberi oleh Tuhan.
Namun, suatu hakikat, untuk mendapat cinta Allah, tidak semudah
kita dapatkan cinta manusia. Jalan cinta Allah itu penuh dengan
duri. Itu adalah jalan-jalan sufi, para Nabi dan Rasulullah SAW.
Kita boleh renung bagaimana beratnya mereka diuji, namun
martabat mereka diangkat oleh Allah. Antara quote yang saya dapat
daripada sahabat saya,
-
25
Orang yang ditimpa banyak musibah, itu tandanya
orang itu mendapat lebih banyak perhatian daripada
Allah.
Semakin kita redha dengan ujian-Nya, semakin
dekatlah kita dengan-Nya, dan semakin tinggilah
peluang kita untuk menjadi penghuni syurga-Nya.
Maka beruntunglah, ketika kita diuji, membuatkan kita sering ingat
Allah. Ujian yang membuat kita ingat kepada Allah, lebih baik
daripada nikmat yang membuat kita lupa kepada Allah.
Justeru, berbalik kepada topik Kekayaan Hati. Apa yang saya ingin
sampaikan adalah, hanya dengan mendapatkan cinta kepada Allah
sahaja, akan buat kita sentiasa bersangka baik kepada Allah.
Dengan itu, tidak akan timbul rasa ragu-ragu, bersangka buruk
kepada Allah. Baik belaka, walau Allah beri kita ujian seberat mana
pun. Ebook ini adalah salah satu tool untuk kita perbaiki semula
keyakinan kepada Allah, perbaiki perasaan bersangka baik kepada
Allah. Insya-Allah.
-
26
Mengapa Pembinaan Keyakinan Penting? Selepas saya menemui Ustaz Yusuf Mansur di Youtube, saya mula
mencari, Bagaimana aku boleh belajar tentang yakin kepada Allah?
Kerana jiwa saya tidak faham apabila orang berkata tentang,
Yakinlah dengan Allah.
Pasti ada sesuatu yang kita boleh praktikkan untuk belajar tentang
yakin. Pencarian diteruskan, saya bertemu dengan artikel 5
Pengajaran Berguna Nabi Musa Berdialog dengan Allah di
Tazkirah.net.
http://tazkirah.net/5-pengajaran-berguna-dari-kisah-nabi-musa-
berdialog-dengan-allah/
Saya teringat tentang kisah saya bagaimana saya boleh
membuka pintu walau tanpa kad akses, sebab saya selalu berdialog
dengan Allah, tiap kali pulang ke rumah,
Allah, Kau Maha Berkuasa. Tolonglah bukakan pintu untuk aku.
Berbicara dengan Allah jangan anggap macam ada mukjizat pula.
Lol!
Sebenarnya berdialog dengan Allah yang saya maksudkan adalah
konsep berdoa yang biasa kita ungkapkan, cuma saya komersialkan
untuk dilakukan secara santai.
-
27
Apatah lagi, alhamdulillah, ia turut berkesan kepada pengamal, iaitu
pembaca ebook BAD saya daripada tahun lepas. Boleh baca kisah
kejayaan mereka dengan menggunakan hashtag #KisahSuksesBAD
di Facebook.
-
28
Asas #TeknikBAD Asas Teknik Bertanya Allah Dahulu (BAD) disebut but
bermaksud, tetapi dalam bahasa Inggeris, adalah teknik berdoa di
luar solat secara santai.
Saya bukan pengasas teknik BAD, kerana konsep berdialog dengan
Allah sudah ada dalam Al Quran sejak sekian lama. Saya hanya
seseorang penama konsep dialog dengan Allah dengan nama
Teknik BAD, berkongsi pengalaman bagaimana aplikasi dan kisah
kejayaan setelah amalkannya.
Kisah Nabi Musa Berdialog Dengan Allah Bagi memudahkan kita faham tentang berdialog dengan Allah, kita
boleh rujuk surah ini. Petikan ini diambil daripada Surah Taha ayat
17 hingga 36:
Apakah itu yang di tangan kananmu, hai Musa?
Berkata Musa: Ini adalah tongkatku, aku bertelekan padanya,
dan aku pukul (daun) dengannya untuk kambingku, dan
bagiku ada lagi keperluan yang lain padanya.
Allah berfirman: Lemparkanlah ia, hai Musa!
-
29
Lalu dilemparkannyalah tongkat itu, maka tiba-tiba ia menjadi
seekor ular yang merayap dengan cepat.
Allah berfirman: Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan
mengembalikannya kepada keadaannya semula, dan
kepitkanlah tanganmu ke ketiakmu niscaya ia ke luar menjadi
putih cemerlang tanpa cacat, sebagai mukjizat yang lain (pula),
untuk Kami perlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda
kekuasaan Kami yang sangat besar.
Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya ia telah melampaui
batas.
Berkata Musa: Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku.
Berkata Musa: Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,
dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah
kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku
Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,
(iaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku,
dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak
bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau.
-
30
Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami.
Allah berfirman: Sesungguhnya telah diperkenankan
permintaanmu, hai Musa.
Apabila kita baca kisah di atas, kita akan mendapati cara Nabi Musa
berdialog dengan Allah, lebih kurang sama dengan konsep apabila
kita berdialog dengan manusia.
Teknik BAD hanyalah sebuah nama lain yang saya takrifkan untuk
berbicara, tentang berdialog dengan Allah di luar solat.
Saya adalah pelajar Information Technology (IT). Apabila ingin
membuat programming, kami perlu namakan coding. Maka, saya
namakan semula berdialog dengan Allah itu adalah refleksi Teknik
BAD.
Selama ini, kita sering mengehadkan pemikiran bahawa, berdoa
hanya ketika dalam solat. Sedangkan kita ada banyak doa harian
yang boleh diamalkan. Antaranya,
Doa keluar rumah
Doa masuk rumah
Doa masuk tandas
Doa makan
Doa sesudah makan
-
31
Cuma itu adalah doa versi formal. Ada skrip untuk membacanya.
Berbeza dengan berdialog dengan Allah - kita berbual dengan Allah
tentang apa yang kita ingin luahkan, seolah-olah berbual dengan
manusia.
Dengan berdialog dengan Allah, ia akan membuatkan kita jujur,
semakin santai, dan peramah untuk berbicara dan meluahkan
kepada Allah.
Apabila saya baca #KisahSuksesBAD, apa yang saya dapat belajar
adalah, sebenarnya ramai yang tidak tahu bagaimana untuk
berdialog dengan Allah.
Selain itu, saya rasa pasti antara anda yang sudah pun amalkan
perkara ini secara tidak langsung. Cuma, saya sahaja yang
meletakkan nama. Di samping mungkin saya orang yang
mengkomersialkan Berdoa secara berdialog dengan Allah di luar
solat.
Pada mulanya, saya sekadar kongsi secara suka-suka. Tidak sangka
pula, ramai yang amal dan dapat kesannya, sehingga alhamdulillah
ebook BAD 2.0 2.1 dapat capai 33,221 jumlah muatturun.
-
32
Mengapa Nama Teknik BAD? Faktor nama teknik ini adalah Bertanya Allah Dahulu (BAD) adalah
kerana, saya ingin merefleksikan bahawa berdialog dengan Allah itu
penting, untuk dilakukan di awal sebelum kita melakukan sesuatu
aktviti.
Berikut saya kongsikan #KisahSuksesBAD bagaimana saya
membuka pintu level tanpa perlu kad akses:
Ketika masih belajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS), saya berpindah ke rumah sewa yang memerlukan saya ada
kad akses untuk masuk pintu level rumah saya.
Pemilik rumah itu mengehadkan tiap rumah hanya pegang 6 kad
akses. Saya adalah orang ke-7 yang terpaksa berkorban untuk
saling berkongsi dengan mereka.
Adakalanya saya rasa segan untuk pinjam kad akses mereka, dan
perlu berhubung dengan mereka tiap kali nak pulang ke rumah.
Apatah lagi, jadual kelas kami tidak sama. Khuatir pula andai
menganggu mereka.
Saya juga adalah seorang introvert. Tidak begitu peramah untuk
minta bantuan daripada manusia. Lebih suka selesaikan sendiri.
Hasilnya, pada tiap hari, saya selalu membebel dengan Allah,
-
33
Allah, aku nak balik ni. Aku tiada kunci. Kau Maha Berkuasa, jadi
tolonglah bukakan pintu level untuk aku. Kunci rumah aku dah ada.
Kad akses tempat masuk tiap level je tiada.
Hasil daripada menjadi seorang penulis introvert yang suka
bermonolog sendirian, saya sering berdialog dengan Allah.
Dengan izin Allah, tiap kali saya pulang ke rumah dan meminta
daripada Allah, akan ada sahaja orang lain atau pak guard yang buka
pintu untuk saya.
Maksima waktu itu hanya kurang 30 minit tiap kali saya pulang ke
rumah. Selama 8 bulan, saya hidup seperti itu. Andai ikut fikiran
logik, mana mungkin saya mampu survive tanpa kad akses selama 8
bulan. Namun seperti Ustaz Yusuf Mansur kata,
Jangan bertanya kepada otak yang terbatas.
Oleh sebab itulah saya namakan ia sebagai Bertanya Allah Dahulu,
dengan mengenepikan logik akal, untuk meminta kepada Allah apa
yang kita mahu. Walau ketika itu logik akal berkata, Mana mungkin
Allah beri!.
Nak apa-apa? Bertanyalah Allah Dahulu!
Nak apa-apa? BAD la.
-
34
Ia bertujuan supaya kita tidak meminta kelulusan manusia dahulu,
sebelum kita ingin melakukan sesuatu. Sebaliknya, kita
mendapatkan kelulusan daripada Allah, tentang apa yang kita ingin
lakukan.
The Prophet had said:
Ask Allah for everything, even the lace of your shoes. If
Allah does not provide, it will never be available.
(Ibn al-Sunni, no. 349 hasan. Supported by at-
Tirmidhi 4/298 and others)
Ikrar Tentang Pergantungan Hanya Kepada Allah Saya bukan budak berlagak alim, sekadar seorang penulis yang suka
berbicara tentang rahmat Tuhan, walau adakalanya saya turut
sangsi dengan-Nya. Ebook ini ditulis supaya kita sama-sama
memperbaiki diri tentang pembinaan yakin kepada-Nya.
Dalam surah Al Fatihah ayat 5, kita sering berikrar bahawa,
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya
kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Cuba kita hadam beberapa kali ayat itu.
-
35
Adakah kita benar-benar mempraktikkannya?
Adakah kita benar-benar mengakui, Hanya kepada Dia, kita
memohon pertolongan?
Adakah kita benar-benar menyembah Dia sahaja?
Renung pula saat kita nak pergi mengembara, apakah yang kita
akan kita fikirkan dahulu? Bagi yang dalam proses mampu, pasti
perkara pertama yang kita akan fikir adalah,
Berapa kos ke sana?
Berbanding fikir,
Insya-Allah.
Ia adalah refleksi bahawa kita lebih yakin dengan adanya duit, kita
akan dapat pergi ke mana-mana. Berbanding kita memikirkan dapat
ke sana dengan izin Allah, walau ketika tiada duit.
Astagfirullah. Itulah hitungan iman, hitungan tahap keyakinan kita
kepada Allah. Saya pasti, ada antara anda para pembaca yang ada
kisah tersendiri, ketika mahu pergi ke sesuatu tempat, walau tiada
duit, Allah izinkan pergi dengan jalan yang tidak disangka-sangka.
Izinkan saya kongsikan #KisahSuksesBAD yang kedua, iaitu Allah
Taja Pergi Kota Bharu, selepas kisah 8 Bulan Tanpa Kad Akses.
-
36
Pada tahun 2013, pada bulan Syawal, sahabat saya mengajak saya
pergi bermalam di rumah sahabat di Kota Bharu. Saya ada keluarga
angkat di sana.
Saya kenal sahabat dan keluarganya. Sehingga saya panggil maknya
dengan panggilan Mak berbanding panggilan Makcik.
Saya tak pernah pergi ke rumahnya ketika itu. Jadi, saya rasa sangat
teruja pergi ke Kota Bharu. Ketika itu, saya masih di kampung. Saya
sangat berhajat untuk pergi.
Saya meminta izin daripada ayah untuk pergi. Pada mulanya, cuak
juga ayah tak beri. Namun, setelah buat muka seposen,
alhamdulillah, setelah pulang ke rumah, ayah beri izin pergi.
Dalam pada itu, status kewangan saya tiada peruntukan untuk ke
Kota Bharu, saya meminta dengan Allah,
Allah, Kau pun tahu aku tiada duit yang banyak untuk pergi ke Kota
Bharu. Kau tolonglah taja aku.
Saya jujur dengan sahabat saya tentang saya tiada peruntukan
wang ke Kota Bharu. Walaupun begitu, tetap berdegil nak ikut.
Alhamdulillah, beliau sahabat yang memahami.
Banyak beliau sedekah saya makanan. Pada ketika itu, agak malu
kepada mereka. Saya pula bukan jenis mahu bercakap, diam sendiri
sudah.
-
37
Selama berada di sana, Allah taja saya melalui sahabat saya. Ada
daripada mereka yang bayarkan makanan dan minuman saya, juga
ada yang berkongsi apa-apa yang dibeli di sana. Rasa macam
terhutang budi pun ada.
Namun, apa yang saya ingin khabarkan di sini,
1. Allah boleh beri, bila Dia nak beri
2. Mintalah. Jangan mengehadkan doa walau kita rasa macam
mustahil Allah beri jangan bertanya kepada otak yang
terbatas.
3. Pertolongan Allah boleh datang daripada pelbagai bentuk,
justeru penting sentiasa peka dengan pertolongan Allah.
-
38
Doa Adalah Penyerahan Bukan Tuntutan Saya kurang ingat sinetron apa, tetapi dialognya berbunyi begini,
Ya Allah, tolongin Nabila ya Allah. Nabila enggak kuat dong!
Seringkali redha itu datang setelah kita jumpa jalan buntu. Setelah
berpenat lelah, baru ingat Allah. Baru ingat untuk kembali kepada
Allah.
Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Prof Wan
Maseri
Andai doa adalah tuntutan, ia ibarat apabila kita meminta kepada
Allah, Allah wajib menunaikannya. Namun, antara kita dan Tuhan,
siapakah yang lebih tahu tentang alam ini? Siapakah yang mencipta
alam ini?
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta
Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu. Surah Al Hadid: 3
Apabila kita berserah kepada Allah, ibarat kita memberi kuasa
penuh kepada Allah untuk memberikan yang terbaik. Seperti
seorang hawa memberi kuasa kepada ibu bapanya untuk
menetapkan calon suami buatnya. Eh eh!
-
39
Teknik BAD adalah tentang berserah kepada Allah dahulu sebelum
kita berusaha. Kita boleh adaptasi konsep penyerahan dahulu
kemudian diikuti dengan doa dalam surah Al Fatihah ayat 5 hingga
6,
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Selama ini, kita sering berusaha dahulu, kemudian baru berserah.
Seolah-olah kita yang tahu jalan terbaik untuk diusahakan
berbanding Allah =.=
Renung kisah saya selama 3 tahun, huru-hara buat bisnes tetapi
tak menjadi. Ya, saya akui salah satunya adalah kerana tidak fokus.
Yang lain adalah saya tidak jumpa dengan bakat dan bisnes yang
sesuai dengan saya.
Selama 3 tahun itu RM2,000 sangat susah untuk capai. Tak pernah
terfikir untuk bertanya Allah. Namun, setelah bertanya Allah dahulu
dengan cara solat Istikharah, saya capai RM5 angka dalam masa 7
bulan, yang membuktikan kata-kata Ustaz Yusuf Mansur,
-
40
Kemampuan seseorang (atau lembaga) displin di
konsep mencari Allah dulu atau bahkan mencari Allah
saja akan membuat dia mandiri dan mulia.
Bahkan tingkat keberhasilannya lebih accurate, dan
lebih cepat berbanding ikhtiar mencari bantuan orang
lain.
Walaupun begitu, lain orang lain mazhabnya. Jangan terlalu terikat
dengan apa yang saya kongsi tentang kepentingan bertanya Allah
dahulu, kemudian baru berusaha. Saya sekadar berkongsi
pengalaman mengenai keajaiban Bertanya Allah Dahulu (BAD).
Beza Berdoa Dan Membaca Doa Ketika kita berdoa, ada banyak syarat untuk doa dimakbulkan.
Antaranya adalah yakin doa kita dimakbulkan.
Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW
bersabda: "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan
yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah
tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai." (Hadis
Riwayat At-Tirmidzi)
-
41
Membaca Doa
Andai kita tidak faham dengan apa yang kita doakan, bagaimana
mungkin kita akan yakin dengan apa yang kita doa? Contoh
membaca doa.
Ketika kita solat secara berjemaah, kita berpotensi untuk tidak
faham apa yang imam doakan. Terutamanya bagi mereka yang tidak
faham bahasa Arab.
(Adakalanya saya rasa diri useless juga apabila tidak belajar dan
faham bahasa Arab, kerana kita berpotensi tidak faham apa yang
Tuhan kata pada kita. Seperti kita tidak faham apa orang Cina dan
orang India cakap, apabila mereka berbual dengan bahasa mereka
#nanges)
Jadi, adakah dengan mendengar doa itu sahaja akan buat kita yakin
doa itu dimakbulkan (tanpa memahaminya)? Pasti tidak kan? Kita
akan lebih yakin ia dimakbulkan, apabila kita faham dan hadam doa
itu.
Berdoa
Analogi mudah yang saya boleh beri, adalah ketika berbual. Adakah
ketika kita berbual kita akan membaca skrip? Adakah sama ketika
kita berbual dengan membaca skrip?
Kebiasaannya ketika kita berbual, kita akan bercakap secara
spontan. Tiada skrip. Ia adalah dialog daripada hati. Tanpa kita perlu
terlalu berhati-hati untuk menuturkannya.
-
42
Membaca doa adalah ibarat kita membaca skrip boleh jadi ia kaku
dan berhati kering (tanpa emosi). Berbanding ketika kita berdoa,
kita lebih jujur dengan dialog kita terhadap Allah.
Teknik BAD yang saya perkatakan ini adalah tentang cara kita
berdialog (berdoa) dengan Allah.
-
43
#KisahSuksesBAD Oleh Pembaca Ebook BAD Hashtag #KisahSuksesBAD adalah hashtag yang saya gunakan
untuk mengumpulkan kisah-kisah kejayaan mereka yang berjaya
dengan menggunakan Teknik BAD.
Bahagian ini saya akan kongsikan kisah kejayaan mereka yang telah
membaca ebook BAD dan mengamalkannya. Kebiasaannya tiap
produk akan beri testimoni. Jadi, saya beri orang lain punya. Andai
saya kongsikan saya punya, nanti orang kata syok sendiri. Oh!
-
44
-
45
-
46
Berikut saya kongsikan #KisahSuksesBAD yang terbaru iaitu pada 4
Februari 2015. Beliau adalah salah seorang ahli WRT Clan iaitu
salah seorang pembaca dan pengamal #TeknikBAD.
Bismillah.
#KisahSuksesBAD - 4.2.2015 - Dipermudahkan kelahiran
dengan 'kurang rasa sakit.'
Alhamdulillah. Saya sudah bergelar "ex-mak buyung" pada jam
8.47pm, 4.2.15. Kisah yang ingin saya kongsikan ini antara yang
akan saya kenang sepanjang hidup saya.
Semenjak mengandungkan anak ke-5 ini, antara perkara yang
paling saya 'geruni' adalah sakit contraction dan semasa mahu
'push' baby. Sakitnya terbayang-bayang di ruang mata!
Benar. Ia nikmat seorang Ibu tetapi, di situlah "kesakitan yang
amat sakit".
Untuk kelahiran kali ini, apabila sudah turun tanda, saya BAD.
"Ya Allah. Aku bakal melahirkan khalifah-Mu. Aku tahu antara
nikmat seorang Ibu adalah kesakitan melahirkan itu kerana ia
bisa menghapuskan semua dosa.
-
47
Dan aku akur, setiap proses kelahiran ada 'sakitnya.' Tapi Ya
Allah. Aku mohon dengan kuasa dan izin-Mu serta ehsan-Mu
kepadaku, hamba-Mu, mohon hilangkan rasa sakit itu.
Jangan datangkan rasa sakit itu. Meskipun ada, cukuplah cuma
sebentar. Aku benar-benar mohon belas ehsan-Mu Wahai
Tuhan yang baik.
Aku tahu, Kau mampu mengadakan sesuatu yang mustahil,
kerana Kau adalah Tuhan, dan aku adalah hamba. Izinkanlah
permohonanku ini Ya Rabb."
Berulang kali saya meminta kepada Allah sambil berzikir "La illa
ha illa anta subhanaka inni kuntu minadzaalimiiin."
Kronologi kisah ini:
Jam 6.45pm, ketika bersiap untuk mandi petang, sudah turun
sedikit tanda.
Oleh kerana Tuan Suami sedang berkursus, saya mengajak adik
lelaki dan ayah untuk temankan saya ke hospital. Saya telefon
Tuan Suami, memaklumkan perihal 'turun tanda.'
Dalam masa ini, saya BAD tentang kehadiran suami. Tidak
pernah anak-anak saya lahir tanpa suami menemani dan dia
yang azan / iqamahkan. Saya minta pada Allah.
-
48
"Ya Allah. Suamiku sedang berkursus. Untuk pulang waktu ini,
rasanya mustahil sempat sampai untuk bersama sambut bayi.
Tetapi, Kau Maha Mengatur takdir. Izinkan suamiku sempat
sampai dan bersamaku semasa bersalin nanti."
Pada jam 7.30pm, sampai di hospital. Kira-kira jam 7.45pm, saya
dibawa ke labour room. Usai kerjakan solat maghrib, saya BAD
tentang kehadiran Tuan Suami.
Doktor datang periksa bukaan. Sudah 6cm. Sekitar jam 8.15pm,
doktor pecahkan air ketuban.
Sekitar jam 8.15pm juga, Tuan Suami sampai. Alhamdulillah.
Gembira hati apabila Allah makbulkan permohonan saya untuk
bersama Tuan Suami menyambut kelahiran bayi ke-5 ini. Dan
pastinya, beliau akan azankan bayi kami. Syukur Alhamdulillah.
Bidan masuk jam 8.30malam untuk siapkan kelengkapan doktor
dan peralatan bersalin.
Jam 8.40pm, contraction berlaku. Bidan terus panggil doktor
dan kelam-kabut menyediakan apron doktor, pancang kaki,
dan segala bagai lagi.
.
.
-
49
Jam 8.45pm, doktor masuk. Doktor juga kelam-kabut memakai
apron dan bersedia segala bagai kerana sudah nampak kepala
bayi (sempat bidan tu suruh saya 'tahan sekejap!'
Jangan PUSH katanya, sebab mereka belum bersedia - tapi saya
tidak endahkan. Saya PUSH juga... malas mahu tahan lagi!). Jam
8.47pm, Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang lagi
putera.
Maha Suci Allah yang Maha Agung. Allah makbulkan
permintaan saya! Sungguh benar! Allah 'hilangkan' rasa sakit
itu. Ajaibnya, rasa sakit itu tidak lama. Hanya SEBENTAR dan
saya LUPA sakit itu.
Yang saya INGAT adalah keadaan doktor dan bidan yang beriya
suruh saya tahan, jangan 'push!' Yang saya RASA adalah,
NIKMAT bayi yang sudah keluar (perut rasa lapang dan hati
rasa tenang - Subhanallah!)
Doktor dan bidan masing-masing berebut bertanya petua. Apa
yang buat kerana mudahnya kelahiran saya ini? Jawapan mudah
saya, "Atas izin Allah yang Maha Memakbulkan doa. Saya hanya
minta pada DIA."
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?"
-
50
Allah. Allah. Allah.
Benar janji Allah.
Apabila dikatanya 'Kun!', maka 'Fa ya kun' itu adalah HAK
MUTLAK-Nya. Tidak ada siapa yang mampu halang atau
teruskan. Hanya izinNya yang memungkinkan segalanya
berlaku.
Ya Allah. Betapa saya tidak putus mahu mengucapkan syukur
kepada Illahi.
Allah sangat dekat. Sangat dekat. Sangat dekat! Sangat berbelas
ehsan, meski pada hamba-Nya yang engkar dan melampaui
batas. Allahu Allah!
Nota: Sekarang fasa berpantang. Saya tidak lagi boleh 'melayur'
gambar makanan yang lazat di perut.
Salam takzim.
-KakTiny-
Tamat.
Insya-Allah pada akhir ebook ini, saya akan tunjukkan jalan untuk
bersama dengan pengamal Teknik BAD yang lain. Anda juga boleh
baca lebih banyak dalam grup itu. Insya-Allah.
-
51
Matlamat Mempraktikkan Teknik BAD Nanti, ketika anda telah mula praktikkan teknik BAD, apabila tidak
jadi, ingat perkara yang saya tulis dalam topik ini. Matlamat utama
saya memperkenalkan teknik BAD adalah untuk menepati
kewajipan seperti dalam firman Allah,
"Celakalah bagi orang yang hatinya keras dari berzikir
kepada Allah. Mereka itulah orang-orang yang berada
dalam kesesatan yang nyata." (Surah Az Zumar: 22)
Dengan teknik BAD, insya-Allah ia akan buat kita sentiasa bertanya
Allah, berkomunikasi dengan Allah, dan sandarkan Allah dalam
segala perkara.
Daripada ayat di atas, andai kita tukar kepada ayat yang positif, ia
akan jadi, Dengan sentiasa mengingati Allah, kita akan berada
dalam kebenaran yang nyata.
Jadi, seandainya anda amalkan teknik BAD, bermaksud insya-Allah
anda sentiasa berada dalam bimbingan Allah. Apabila anda berhenti
praktikkan, ingat semula surah itu.
Suka untuk saya kongsikan, artikel daripada Ustaz Pahrol Mohamad
Juoi tentang Apabila Digerakkan Hati Untuk Berdoa,
-
52
http://genta-rasa.com/2010/07/16/bila-digerakkan-hati-untuk-
berdoa/
Ustaz berkongsi tentang kepentingan doa kepada manusia. Faktor
ke-3 adalah faktor yang terkesan pada saya,
Didampingi oleh Malaikat dan Menghalau Syaitan
Dalam mengharungi kehidupan ini, sentiasa ada makhluk lain
yang mengiringi dan mendampingi kita. Apabila kita makan
tanpa berdoa misalnya, syaitan akan menumpang makan
bersama kita.
Akibatnya, makanan yang kita makan akan hilang
keberkatannya. Tenaga yang diperoleh daripada makanan itu
akan terarah kepada kejahatan dan menjadi sebab kita
terjerumus ke neraka.
Syaitan akan menghasut dengan menimbulkan berapa
keraguan, ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif
dalam hati. Inilah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan
dalam kehidupan seseorang.
Syaitan umpama virus pada hati manusia. Jadi, hanya dengan
mengingati Allah menerusi doa kita mampu menghalau syaitan
yang sentiasa ingin mendampingi kita.
-
53
Sebaliknya jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita
dan akan memberi sarana atau input yang baik-baik ke dalam
hati kita. Malaikat akan dekat kepada orang yang dekat dengan
Allah.
Kesannya, manusia yang sentiasa didampingi malaikat akan
lebih terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan
tindakan dalam hidupnya. Oleh sebab itu berdoalah, insya-
Allah malaikat akan hampir, syaitan pula akan meminggir!
Justeru teruskan praktikkan BAD. Konsep BAD adalah tentang
pembelajaran yakin. Jangan tergesa-gesa dengan mengatakan Allah
tidak memakbulkan doa kita.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda
bermaksud; "Allah sentiasa memperkenankan doa
seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi
(perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturahim
dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat
diperkenankan. "
Lalu Baginda ditanya oleh seseorang; "Apa maksudnya
meminta dicepatkan? "
-
54
Jawab Baginda: "Umpamanya seseorang itu berkata
dalam doanya : Aku berdoa, aku berdoa tetapi aku
belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus
asa dan berhenti berdoa." (Hadis Riwayat Muslim)
Calon-Calon Yang Sesuai Untuk Praktikkan
#TeknikBAD Orang yang sesuai praktikkan BAD adalah,
Orang yang mempunyai rasa ragu dengan Allah tentang
rezeki
Orang yang ingin belajar mengagungkan dan meletakkan
pergantungan hanya kepada Allah
Orang yang ingin belajar meletakkan keyakinan kepada Allah
Orang yang rasa berdosa kerana membuat dosa dan ingin
merasa rahmat Allah itu dekat
Orang yang ingin belajar untuk mencintai dan meyakini Allah
itu dekat
Hasil Berlaku Kerana Rahmat Allah Kisah Ahli
Ibadah 500 Tahun Firman Allah dalam surah Al Anfaal ayat 10,
Dan kemenangan hanyalah daripada sisi Allah.
-
55
Berbalik kepada topik di atas. Andai ada yang tanya saya, saya tak
mampu nak beri kuasa veto untuk buat teknik BAD saya menjadi.
Sekali lagi, saya tekankan, saya bukan pengasas Teknik BAD
melainkan hanya seorang penama Teknik BAD sahaja. Tukang beri
nama sahaja.
Sentiasa ingat - apa sahaja yang berlaku kepada kita adalah dengan
izin Allah. Doa adalah usaha kita terhadap Pencipta. Selepas itu
perlu ada usaha daripada aspek usaha sebagai manusia.
Kita baca kisah ahli ibadah 500 tahun seperti di bawah - tentang
bagaimana walau dia beribadah 500 tahun pun, belum jamin dia
masuk syurga.
Dari Jabir bin Abdullah radhiallahu anhu berkata, Rasulullah
SAW keluar menuju kami, lalu bersabda, Baru saja kekasihku
Malaikat Jibril keluar dariku dia memberitahu, Wahai
Muhammad, Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran.
Sesungguhnya Allah memiliki seorang hamba di antara sekian
banyak hamba-Nya yang melakukan ibadah kepadaNya selama
500 tahun, ia hidup di puncak gunung yang berada di tengah
laut. Lebarnya 30 hasta dan panjangnya 30 hasta juga.
Sedangkan jarak lautan tersebut dari masing-masing arah mata
angin sepanjang 4000 farsakh. Allah mengeluarkan mata air di
-
56
puncak gunung itu hanya seukuran jari, airnya sangat segar
mengalir sedikit demi sedikit, hingga menggenang di bawah
kaki gunung.
Allah juga menumbuhkan pohon delima, yang setiap malam
mengeluarkan satu buah delima matang untuk dimakan pada
siang hari. Jika hari menjelang petang, hamba itu turun ke
bawah mengambil air wudhu sambil memetik buah delima
untuk dimakan.
Kemudian mengerjakan shalat. Ia berdoa kepada Allah Taala
jika waktu ajal tiba agar ia diwafatkan dalam keadaan bersujud,
dan mohon agar jangan sampai jasadnya rusak dimakan tanah
atau lainnya sehingga ia dibangkitkan dalam keadaan bersujud
juga.
Demikianlah kami dapati, jika kami lewat dihadapannya ketika
kami menuruni dan mendaki gunung tersebut. Selanjutnya,
ketika dia dibangkitkan pada hari kiamat ia dihadapkan di
depan Allah Taala.
Lalu Allah berfirman, Masukkanlah hamba-Ku ini ke dalam
Surga karena rahmatKu. Hamba itu membantah, Ya Rabbi, aku
masuk Surga karena perbuatanku.
-
57
Allah Taala berfirman, Masukkanlah hambaKu ini ke dalam
Surga karena rahmatKu. Hamba tersebut membantah lagi, Ya
Rabbi, masukkan aku ke surga karena amalku.
Kemudian Allah Taala memerintah para malaikat, Cobalah
kalian timbang, lebih berat mana antara kenikmatan yang Aku
berikan kepadanya dengan amal perbuatannya.
Maka ia dapati bahwa kenikmatan penglihatan yang dimilikinya
lebih berat dibanding dengan ibadahnya selama 500 tahun,
belum lagi kenikmatan anggota tubuh yang lain. Allah Taala
berfirman, Sekarang masukkanlah hambaKu ini ke Neraka!
Kemudian ia diseret ke dalam api Neraka. Hamba itu lalu
berkata, Ya Rabbi, benar aku masuk Surga hanya karena
rahmat-Mu, masukkanlah aku ke dalam SurgaMu.
Allah Taala berfirman, Kembalikanlah ia.
Kemudian ia dihadapkan lagi di depan Allah Taala, Allah Taala
bertanya kepadanya, Wahai hambaKu, Siapakah yang
menciptakanmu ketika kamu belum menjadi apa-apa?
Hamba tersebut menjawab, Engkau, wahai Tuhanku.
-
58
Allah bertanya lagi, Yang demikian itu karena keinginanmu
sendiri atau berkat rahmatKu?
Dia menjawab, Semata-mata karena rahmatMu.
Allah bertanya, Siapakah yang memberi kekuatan kepadamu
sehingga kamu mampu mengerjakan ibadah selama 500 tahun?
Dia menjawab, Engkau Ya Rabbi.
Allah bertanya, Siapakah yang menempatkanmu berada di
gunung dikelilingi ombak laut, kemudian mengalirkan
untukmu air segar di tengah-tengah laut yang airnya asin, lalu
setiap malam memberimu buah delima yang seharusnya
berbuah hanya satu tahun sekali?
Di samping itu semua, kamu mohon kepadaKu agar Aku
mencabut nyawamu ketika kamu bersujud, dan aku telah
memenuhi permintaanmu!?
Hamba itu menjawab, Engkau ya Rabbi.
Allah Taala berfirman, Itu semua berkat rahmatKu. Dan hanya
dengan rahmatKu pula Aku memasukkanmu ke dalam Surga.
Sekarang masukkanlah hambaKu ini ke dalam Surga! HambaKu
yang paling banyak memperoleh kenikmatan adalah kamu
-
59
wahai hambaKu. Kemudian Allah Taala memasukkanya ke
dalam Surga.
Jibril Alaihis Salam melanjutkan, Wahai Muhammad,
sesungguhnya segala sesuatu itu terjadi hanya berkat Rahmat
Allah Taala. (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Daripada kisah di atas, maka jelas di sini, kita dapat masuk syurga
adalah kerana rahmat Allah, bukan kerana faktor luaran. Namun di
sini, jangan salah sangka. #ketukkarang
Saya bukan perkatakan kita tidak patut beramal, sebab nanti kita
masuk syurga pun sebab rahmat Allah. Teruskan bacaan ke bab
seterusnya.
-
60
Jabariah vs. Qadariah Saya menukar video Ustaz Azhar Idrus bertajuk Maksud Pegangan
Jabariah & Qadariah (http://youtu.be/NNq7QoRVRT8) kepada
penulisan. Mengikut kata Ustaz Azhar Idrus, puak Jabariah adalah
golongan yang mengatakan,
Tidak perlu berusaha, semua sudah Allah tetapkan.
Buat baik pun tak guna, sebab kalau kita sembahyang
masuk neraka, tak guna juga. Jadi, baik kita tidak perlu
sembahyang. Kalau kita tak sembahyang, Allah
tetapkan masuk syurga, kita masuk syurga juga.
Puak Qadariah pula adalah golongan yang mengatakan,
Manusia yang tetapkan untuk segala perkara berlaku.
Apabila kita buat sesuatu, pasti menjadi.
Yakni, mereka mengasingkan Allah dalam hidup mereka. Segala-
galanya berlaku kerana manusia semata. Kita buat dan hasilnya kita
serah kepada Allah ini adalah golongan yang patut kita ikuti iaitu
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
-
61
#BADLessons #BADLessons adalah sesi berkongsi pengajaran yang saya dapat
daripada melakukan BAD.
Jangan Ikut Orang Selama 3 tahun itu, apa yang saya dapat adalah kita jangan ikut
orang. Hatta kembar pun, lahir tak sama waktu walau sama tarikh.
Apatah lagi, kita.
Tiap daripada kita adalah unik. Tiada seorang pun yang sama
dengan kita. Kerana tiap daripada kita lahir pada waktu dan tarikh
berbeza. Andai dua orang jurujual berniaga pun, tidak semestinya
mereka akan dapat hasil yang sama.
Antara orang yang saya kagum adalah Encik Mimpi. Orang yang
pakai topeng dalam dunia ini tidak ramai. Walaupun begitu, dia
begitu kuat untuk pertahankan imej topeng dan melindungi
identitinya.
Bukan mudah, kalau nak jumpa kena pakai topeng dan sebagainya.
Itulah dipanggil integriti pegangan. Andai dalam term Islamik,
dipanggil Iman.
Contoh, di luar negara, kita boleh sahaja tak solat, tak puasa, tak
pakai tudung, sebab tiada orang akan tahu. Tetapi itulah hitungan
iman kita.
-
62
Manusia mungkin tak tahu, tetapi Allah tidak pernah lalai untuk
menilai kita. Justeru sebab itu BAD penting terutamanya andai kita
ingin tahu apa bisnes yang tepat untuk kita.
3 Tahun saya bertukar bisnes antaranya kerana ikut orang. Orang
buat itu berjaya, saya pun nak ikut. Orang buat ini berjaya, saya pun
nak ikut.
Hasilnya, buat macam-macam, satu pun tak jadi. Fokus.
It Is Not About Being Perfect Buat BAD bukan tentang selalu menjadi sempurna. Contoh, setelah
bertanya Allah dahulu, tiap jawapan yang kita dapat membuat kita
berjaya cepat, dapat jodoh cepat dan sebagainya.
Kadang-kadang, kita sudah bertanya Allah pun, apa yang kita buat
tak jadi. Namun, apa yang saya dapat adalah, ada antaranya Allah
beri apa yang kita nak.
Ada antaranya Allah tak beri sebab Allah nak ajar kita. Kadang-
kadang walau Allah beri, sesuatu berlaku tetapi tetap Allah nak ajar
kita sesuatu.
Contoh, saya telah BAD untuk membeli produk. Saya beli, tetapi
apabila beli rasa macam tak sesuai dengan saya. Saya dapat beli
produk tu. Namun, kerana produk itu tidak sesuai dengan saya,
-
63
saya dapat belajar sesuatu. Yang saya ingin kongsikan adalah, tiap
perkara pasti ada hikmahnya. Hanya masa yang boleh menentukan
bila kita akan sedar tentang hikmah itu.
Cuma yang menariknya apabila kita mulakan sesuatu dengan BAD,
kadang-kala walau Allah tak beri, kita akan lebih berasa tenang dan
relax. Berbanding sebelum ini kita ada perasaan tidak redha dan
terlalu sakit untuk menerima kenyataan Allah tak makbulkan doa
aku.
Bismillah | Apabila ditolak cinta
"Demi Allah, sakit." - dialog Isfahan dalam #SatuHari
"Apabila kita menyatakan cinta dan ditolak, sakitnya sampai di
sini [hati]. Tetapi lebih baik menyatakan cinta walaupun
ditolak, daripada tersingkir kerana terlambat menyatakan
cinta." - Mario Teguh
Begitu juga dengan doa. Apabila kita berdoa dan tidak
dikabulkan, sakitnya mungkin sampai di sini [hati]. Kita rasa
sakit bukan berbentuk sakit hati, barangkali sakit kerana
kecewa Allah tak beri apa yang kita nak.
-
64
Sakit itu pula buat kita tidak mengerti apa hikmah yang Allah
mahu beri. Kita cari, cari dan terus mencari. Namun, hikmahnya
tidak kita jumpai.
"Aturan Tuhan sudah sempurna. Tidak ada yang namanya
kebetulan. Kekecewaanmu adalah cerminan bahawa kamu
tidak mahu diatur oleh-Nya."
Bersabarlah duhai hati yang meragui. Menuju Allah bukan
suatu jalan mudah seperti ABC, sebaliknya penuh dengan onak
dan duri. Kita akan diuji untuk Allah menguji,
"Adakah kita masih akan datang kepada-Nya selepas ujian demi
ujian Dia lemparkan?"
Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa
mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman,
sedang mereka belum diuji?" (Surah Al-Ankabut: 2-3)
Apakah kita akan dibiarkan tanpa Allah uji, tentang kebenaran
ungkapan, 'Saya sayangkan Allah' tanpa Allah beri peperiksaan
Ujian Sayang ke atas kita? Andai tidak diadakan peperiksaan
berbentuk ujian, pasti tidak dapat dibezakan antara pendusta
dan yang bercakap benar.
-
65
Teruskan. Teruskan berdoa. Itulah hitungan iman, kita selalu
perlukan Allah dalam hidup kita. Itulah bukti ciri-ciri seorang
hamba yang selalu ingin dekat dengan Pencipta.
Doa adalah penyerahan bukan tuntutan." - Prof. Wan Maseri
Saat kita berdoa, Allah tidak wajib untuk menunaikannya. Satu
yang pasti, Allah akan kabulkan mengikut kebijaksanaan-Nya.
Dia akan beri pada masa yang tepat bagi-Nya, bukan pada masa
kita mahukan doa itu tertunai.
Cinta kepada manusia kebiasannya mengecewakan. Namun
apabila kita berikan hati dan cinta kepada yang selayaknya iaitu
Allah, pasti yang terpateri dalam hidup adalah kebahagiaan
tanpa batasan.
Walau adakalanya buat kita tersungkur di dunia, namun pasti,
ia lebih membahagiakan daripada kita halakan cinta kepada
manusia dan dunia.
Hidup Sekadar Mampu Perkara ini agak clich, namun saya mahu repharase. Tujuan kita
hidup di dunia dijawab dalam surah Adh Dhariyat: 56,
-
66
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepada-Ku.
Beribadat kepada Allah adalah sebenarnya perjuangan jiwa untuk
memerangi nafsu dan syaitan.
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud ........
menghalangi kamu dari mengingat Allah dan
sembahyang; maka berhentilah kamu (dari
mengerjakan pekerjaan itu)." (Surah Al Maidah: 91)
Kerja syaitan adalah membuat kita lupa daripada Tuhan.
Tenteranya adalah nafsu. Maka, tidak hairan mengapa ketika
bulan Ramadhan pun, kita masih berbelanja tak hengat dunia,
kerana mengikut nafsu.
Dengan mempraktikkan BAD, ia adalah tentang memerangi nafsu
dan syaitan. Ia akan membuat kita mengingati Tuhan di saat
nafsu dan syaitan cuba memperdaya kita.
Saya beri contoh. Antara sebab kewangan kita tidak cukup, adalah
kebiasaannya kita lebihkan membeli kehendak (beban yang
membuat kita mengeluarkan duit), berbanding keperluan. Saya
merujuk kepada kelas menengah dan rendah yang struggle
(berjuang untuk duit).
-
67
Jadi, dengan mempraktikkan BAD inilah akan membuat kita
sentiasa mendahulukan ingat Tuhan, sebelum kita membeli
dengan nafsu dan tindakan yang tergesa-gesa.
Saya tidak bother (terganggu) dengan tawaran yang memerlukan
saya beli dengan cepat, kerana itu memang strategi pemasaran.
Hatta, saya pernah berjumpa dengan suatu tawaran murah pada
sesuatu masa, apabila ia telah tamat, ia tetap ada lagi pada
keesokannya.
Sebab kadang-kadang tawaran itu kita tidak perlu pun. Cuma
kerana kerakusan nafsu dan impak sifat tergesa-gesa daripada
syaitan, kita bertindak untuk membolot semuanya.
Warrant Buffett berpesan, If you buy things you don't need, you
will soon sell things you need.
Justeru, hidup sekadar mampu. Sentiasa BAD dan fikirkan semula
adakah perkara itu kita betul-betul perlu beli atau sekadar ia
tawaran murah.
-
68
Cara Praktikkan #TeknikBAD 1. Mengakui kelemahan kita kuat kerana Allah
Penanda aras paling mudah, kita renung pada diri kita. Pernahkah
jantung kita bercuti walau 1 saat? Kalau jantung minta cuti
bagaimana? Begitulah kerdilnya kita tanpa Allah.
Andai kita menahan nafas untuk 24 jam boleh? Hatta 24 saat sudah
sesak nafas, apatah lagi 24 minit. Kecuali dibantu dengan alat
pernafasan.
Andai rasa diri hebat, buatlah dua perkara di atas, pasti tiada siapa
yang mampu melakukannya. Tiada apa yang kita boleh banggakan
tanpa Allah.
2. Sedari kuasa Tuhan
Renung apa yang terjadi kepada Pantai Timur suatu ketika dahulu
pada akhir tahun 2014 hingga awal tahun 2015. Hujan lebat
beberapa hari sahaja, Pantai Timur sudah banjir.
Dalam sekelip mata sahaja, Allah boleh buat Pantai Timur yang
besar dilanda banjir.
-
69
Tsunami yang berlaku di Indonesia. Itu semua adalah kebesaran
Allah. Petik jari sahaja, hancur seluruh bumi. Andai rasa masalah
kita besar, renung bencana-bencana alam yang pernah terjadi.
Contoh, kita ada hutang RM5 angka. Andai dibandingkan dengan
bencana alam itu, adakah kekuasan Allah itu tidak boleh selesaikan
hutang RM5 angka kita?
Mustahil. Apalah sangat hutang RM5 angka dengan kebesaran Allah
yang mampu membuat seluruh negeri di Pantai Timur banjir dan
tsunami di Acheh. Semudahnya petik jari sahaja, hutang kita boleh
diselesaikan Allah.
Tonton video ini untuk menikmati dan merasai kebesaran-Nya,
How Big Is Universe? http://youtu.be/JvdL3R7fDL4
Andai rasa masalah kita besar, tonton video itu dan memintalah
kepada Allah dengan penuh rasa ingin meminta dan khusyuk.
3. Jangan guna otak
Teladani perang Badar bagaimana tentera Islam yang hanya 313
berlawan dengan 1,000 tentera musuh. Kalau ikut logik, pasti
tentera Islam kalah.
Namun begitu, dengan bantuan Allah, tentera Islam menang dalam
peperangan itu.
-
70
Dan kemenangan hanyalah daripada sisi Allah. Surah Al
Anfaal: 10
Jangan guna otak yang saya maksudkan adalah jangan terlalu
menghadkan diri untuk meminta dengan Allah. Andai kita hadkan, ia
adalah refleksi kita meragui kekuasaan Allah.
Tonton dan hadam video yang saya beri di atas tentang betapa
besarnya alam ini. Mustahil, Allah tidak mampu beri apa yang kita
nak. Cuma penting untuk sedar, doa adalah penyerahan bukan
tuntutan.
Allah tidak wajib tunaikan doa kita. Dia akan tunaikan mengikut
kebijaksanaan-Nya. #TeknikBAD adalah refleksi istikharah seperti
dalam doa solat Istikharah,
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmu-Mu dan
aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaan-Mu dan aku
memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa
dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan
Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.
Seperti yang saya nyatakan, doa adalah penyerahan bukan tuntuan.
Minta sahaja yang tidak logik, seperti dapat rumah percuma. Saya
-
71
merujuk kepada quote dalam buku Undang Saja Allah: Belajar
Syukur, Belajar Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur,
Jangan pernah bertanya kepada otak yang terbatas.
Meh saya belanja satu #KisahSuksesBAD tentang bagaimana beliau
dapat makanan tengah hari percuma,
# KisahSuksesBAD - 11 11 14: Lunch Free
Selepas sahaja baca ebook, saya paling tertarik bab dapat makan free.
Masa itu terdetik dalam hari untuk nak juga makan free. Saya cakap
dalam hati - Ya Allah, boleh tak nak makan free tengahari nanti?
Saya ada dalam bilik, rumah bujang. Bukak pintu bilik, ada bau
makanan. Dalam kepala saya - budak rumah makan maggi la ni,
seganlah nak mintak mintak.
Tiba-tiba salah seorang cakap - "Eh, pergi makan bihun, banyak lagi
dalam kuali tu."
Pernah tak anda rasa nak menangis apabila Allah jawab permintaan
kita, walau kita tahu perangai kita hodoh macam mana. Nikmat apa
lagi yang kita dustakan?
4. Allah suka kita minta kepada Dia
-
72
Berikut saya sertakan beberapa rujukan yang boleh anda tonton,
yang berbicara tentang Meminta Kepada Allah, yang akan
membuat kita suka meminta kepada-Nya berbanding kepada
manusia. Insya-Allah.
Mintalah Kepada Allah, Walaupun Garam Habib Ali Zainal Abidin
https://www.youtube.com/watch?v=431AUOYpGds
Mintalah Kepada Allah Kebutuhanmu Ustaz Yusuf Mansur
https://www.youtube.com/watch?v=21FppfqDJ9w
Mintalah Kepada Allah Ustaz Iqbal Zain
https://www.youtube.com/watch?v=xFupr0URmbA
Mintalah Kepada Allah UFB
https://www.youtube.com/watch?v=U69zy7MKcY4
Video ini adalah video yang terkesan di hati saya yang
membicarakan, Doa dalam bahasa Arab adalah iman. Dengan
berdoalah, ia akan membina keyakinan kita kepada Allah.
Bertanya Allah Dahulu (BAD) adalah tentang kita berdoa kepada
Allah secara santai di luar solat, tidak terlalu skrip, malah lebih
ramah untuk meluahkan kepada Allah.
5. Jangan terlalu fikirkan skrip
-
73
Fikirkan daripada konsep berbual dengan manusia dan gunakan
cara yang sama untuk berdialog dengan Allah. Spesifik. Saya
berikan contoh berdoa secara spesifik,
Ketika kita keluar pergi kerja, bicara di awal pagi,
Ya Allah, hari ini aku nak pergi kerja. Selalu aku pergi kerja mesti
jem, aku mohon, sesatkanlah aku di jalan yang lancar yang
memudahkan aku sampai ke pejabat awal, mudah dan tenang.
Ketika kita nak buat kerja yang kita tidak suka,
Ya Allah, aku tertekan buat kerja ini. Aku tak rasa termotivasi nak
buat. Kadang-kadang aku rasa nak berhenti kerja je, tetapi aku tak
tahu apa nak buat. Kau tolonglah berikan aku cara untuk aku suka
kerja ini, dan berikanlah aku kerja yang aku suka buat, yang aku
dapat jana duit yang banyak melaluinya dengan cara yang halal
berkat, lumayan dan diredhai oleh-Mu.
Ketika kita sukar nak bangun Subuh,
Ya Allah, aku selalu tidur lambat, dan kadang-kadang Subuh
terlajak laris, terlajak sampai Subuh dinosaur, sebab terlalu lewat
pukul 9 pagi. Jadi, aku mohon, beritahulah aku dan bimbinglah aku
buat sesuatu yang boleh memudahkan aku bangun Subuh di awal
waktu. Bonus, aku dapat solat Tahajud dua rakaat.
6. Buat secara senyap-senyap
-
74
Bagi mengelakkan kita dikatakan gila atau seangakatan dengannya,
memadai cakap secara berbisik kepada diri sendiri atau dalam hati.
7. Teliti dengan anugerah Allah
Baca kisah dongeng ini.
Kisah Dongeng Mangsa Banjir Dan Tuhan
Teringat satu kisah dogeng mangsa banjir yang berdoa kepada
Tuhannya, agar menyelamatkannya. Maka datanglah perahu
yang pertama untuk menyelamatkan mangsa tadi, tetapi ditolak
atas alasan menunggu pertolongan daripada Tuhan.
Ketika banjir makin teruk, datang bot penyelamat ingin
menghulurkan bantuan, mangsa tadi tetap menolak jua kerana
dia yakin Tuhan akan menolongnya.
Dikala banjir semakin teruk, datanglah helikopter mahu
menyelamatkannya namun dia tetap berkeras dan menolak
pertolongan penyelamat, akhirnya mangsa itu mati lemas.
Di alam kematian, si mangsa itu bertanya kepada Tuhannya,
-
75
"Wahai Tuhan kenapa kamu tidak menyelamatkan diriku, aku
berdoa dan menyembahmu setiap hari tanpa jemu," tanya
mangsa itu dengan penuh kegeraman.
"Aku telah mengirimkan pertolongan kepadamu tapi kamu
menolak, balas Tuhannya.
"Bila?" tanya mangsa itu.
"Bukankah Aku telah mengirimkan perahu, bot penyelamat dan
helikopter kepadamu, tetapi kamu menolak untuk
diselamatkan," balas Tuhannya lalu tercenganglah mangsa itu
atas kebodohannya sendiri.
Tiada kena mengena dengan isu banjir, kisah di atas adalah sekadar
untuk memahamkan, Pertolongan Allah boleh datang daripada
pelbagai bentuk. Yang penting, kita peka dengan pertolongan-Nya.
Jangan jadi macam individu di atas =.=
-
76
Q & A #TeknikBAD Soalan-soalan di bawah adalah soalan yang ditanya daripada
pembaca dan pengamal #TeknikBAD.
1. Macam mana nak terapkan rasa yakin yang tinggi, apabila
Allah belum makbulkan lagi?
Soalan in saya sudah jawab di artikel di Wrthrough.com,
http://www.wrthrough.com/?p=107
Namun saya paste di sini,
Soal yakin adalah antara makanan saya. Saya suka mengkaji (walau
tidak secara rasmi) tentang soal yakin. Berbual dengan seseorang
yang saya anggap seperti adik membuat saya dapat persoalan ini,
"Bagaimana saya boleh buat BAD andai saya tak yakin?"
Teknik B.A.D adalah tentang berdoa kepada Allah, hampir setiap
masa. Apa-apa, 'Allah dulu, Allah lagi, Allah terus'. 24 Jam ke Allah
terus dalam tiap perkara dan kehidupan seharian.
Doa Adalah Gim Membina Keyakinan Kepada Tuhan
-
77
Saya berikan analogi. Andai dalam bisnes, untuk kita bina kredibiliti
dan kepercayaan, penting untuk kita selalu ada engagement dengan
pelanggan.
Seperti ada profile Instagram, kita sentiasa update profile kita
dengan info-info produk yang bagus, feedback daripada pelanggan
yang lalu supaya pelanggan percaya dengan kita.
"Oh, peniaga ini 'hidup'. Selalu update."
Bayangkan andai kita selaku pelanggan, tengok Facebook fanpage
mereka,
Lebih setahun sudah tidak update
Tiada feedback pelanggan
Tiada info tentang cara menghubungi (no. telefon, alamat
kedai, emel)
Agak-agak, kalau kita sebagai pelanggan, adakah kita sangka kedai
atau bisnes itu masih hidup? Pasti tak kan? Adakah dengan itu, kita
akan rasa yakin untuk membeli? Pasti 100% kita tidak akan terdetik
untuk membeli dengan mereka.
Sebaliknya kita akan cari peniaga yang aktif mengupdate status,
layan Private Message (PM) di Facebook dan ada info untuk
menghubungi mereka.
-
78
Begitu juga dengan doa. Andai selama ini kita jarang berdoa, adakah
perasaan yakin itu boleh ada dalam sekelip mata? Mustahil. Untuk
menuju Allah, untuk ada perasaan cinta kepada Allah, bukan
semudah kita ada perasaan cinta kepada manusia. Ada pepatah,
"It takes less than a second to fall in love with someone but might takes
whole life to forget."
Kadangkala jatuh cinta dengan manusia itu boleh jadi dalam masa
kurang satu saat, tetapi ia mungkin mengambil masa seumur hidup
untuk melupakannya.
Ibarat kita bersihkan hati. Adakah seorang penzina itu akan mudah
untuk berubah menjadi seorang yang soleh? Pasti tidak. Ia
memerlukan masa dan proses yang panjang untuk berubah ke arah
soleh. Hatta, orang yang berubah ke arah soleh pun, masih perlu
untuk sentiasa bersihkan hati.
Menuju Allah tidak mudah. Menuju Allah, ada ujiannya.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan
mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(Surah Al-Ankabut: 2-3)
Kita pula sangka, berasa yakin untuk berdoa itu semudah ABC?
Tidak. Untuk membina keyakinan, dan bersangka baik dengan Allah
memerlukan latihan dan masa yang panjang. Ia adalah suatu proses
menuju Allah.
-
79
Andai kita selalu pergi gim, buat latihan, pasti otot kita akan mula
semakin tegap. Begitu juga dengan soal yakin. Apabila kita selalu
berdoa, secara tidak langsung, ia akan membina keyakinan dan
bersangka baik dengan Allah.
Doa adalah gim untuk membina keyakinan kepada Allah. Insya-
Allah apabila kita semakin kerap berdoa, keyakinan kita kepada
Allah akan semakin meningkat sehingga kita akan semakin positif
(bersangka baik) dengan Allah, walaupun adakalanya Allah tak
makbulkan apa yang kita doa.
Doa Adalah Komunikasi
Katakan kita seorang hawa. Dilamar oleh seorang lelaki yang kita
tiada perasaan terhadapnya. Namun, kita melihat lelaki itu ada
usaha ke atas kita, bersungguh untuk menikah dan menjaga kita.
Dia seorang yang penyabar. Tidak memaksa walaupun dia tahu, kita
tiada perasaan terhadapnya. Namun begitu, dia tidak putus asa
untuk mengambil hati kita.
Andai sudah duduk serumah selama beberapa tahun, dia pula
begitu sabar untuk memikat hati kita, mana mungkin kita tidak akan
berlembut hati betul? Sedangkan kerak nasi pun boleh jadi lembut.
Eh eh!
-
80
Begitu juga apabila kita selalu berdoa dengan BAD (berdialog
dengan Allah). Saya kongsikan puisi yang saya dapat daripada Tuan
Fuad Latip, penulis di blog Jiwa Positif Hidup BerTuhan,
Komunikasi adalah segala-galanya di dalam cinta.
Tanpa komunikasi, cinta tidak akan dapat termeterai.
Tanpa komunikasi, rindu tidak akan dapat diubati.
Tanpa komunikasi kasih sayang tidak dapat diberi dan dirasa.
Tanpa komunikasi jiwa sentiasa resah gelisah.
Tanpa komunikasi jiwa menjadi sepi.
Tanpa komunikasi tidak akan wujud rasa cinta.
Tanpa komunikasi, tidak akan ada perkongsian suka dan duka.
Tanpa komunikasi, cinta bertepuk sebelah tangan.
Dengan Komunikasi datangnya Cinta.
Dengan cinta datangnya keasyikan.
Dengan keasyikan datangnya keikhlasan.
Dengan keikhlasan datangnya keyakinan.
Dengan keyakinan datangnya kekuatan.
Dengan kekuatan datangnya semangat.
Komunikasilah dengan Allah apa yang difikirkan.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilihat.
Komunikasilah dengan Allah apa yang didengar.
Komunikasilah dengan Allah apa yang dilakukan.
Komunikasi itu cinta.
Cintakan Allah adalah cinta paling Agung.
-
81
Ya Allah, aku ingin sentiasa berkomunikasi dengan diri-Mu ya Allah.
Aku ingin ceritakan segala-galanya dengan dirimu ya Allah.
Agar wujud rasa cinta kepada-Mu dalam jiwaku ya Allah.
Insya-Allah apabila kita terbiasa berkomunikasi dengan-Nya, akan
terbit rasa cinta. Bersangka baik terhadap-Nya.
Doa Adalah Usaha Hamba Mendekati Allah
Andai ibadah kita adalah apabila kita ikhlas, apa yang akan jadi
kepada dunia?
Solat apabila ikhlas
Pakai tudung apabila ikhlas
Puasa apabila ikhlas
Sedekah apabila ikhlas
Membaca Al Quran apabila ikhlas
Ikhlas adalah ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang
hitam, di dalam gua yang kelam dan di malam yang gelap gelita.
Satu persoalan yang saya mahu tanya,
"Adakah ikhlas itu sesuatu yang kita boleh kawal?"
Jawapannya adalah tidak. Ikhlas adalah termasuk dalam hasil. Hasil
adalah sesuatu yang kita tidak boleh kawal. Yang kita boleh kawal
hanya usaha.
Contoh, perancangan saya pada bulan ini adalah jana RM10,000.
Saya ada tindakan (to do list) dan perancangan untuk mencapainya.
-
82
Namun, adakah saya boleh jamin ke atas diri sendiri, yang saya pasti
akan dapat, walaupun sudah ada plan yang mantap?
Tidak. Sebab hasil bukan dalam kawalan saya. Hasil adalah dalam
kawalan Allah.
Dialah yang mempunyai dan menguasai segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi; dan Dialah Yang Tertinggi keadaanNya, lagi Maha
Besar (kekuasaanNya)." (Surah Ash Shura: 4)
Cuma kita digalakkan berusaha. Berusaha sebagai kudrat seorang
hamba yang tidak mampu mengawal hasil, sebaliknya hanya boleh
menguasahakan sesuatu tindakan. Seterusnya diserahkan kepada
Tuhan untuk memakbulkan.
Seperti, kalau saya tidak suap makanan di mulut, saya tidak akan
dapat makan. Itu contoh usaha.
Suap makanan ke mulut (usaha)
Kenyang (hasil)
Tiada usaha, tiada hasil. Hasil tidak tertakluk kepada usaha fizikal.
Doa juga adalah salah satu usaha. Usaha untuk mendekati Tuhan.
Jawapan kepada soalan 'Bagaimana Kalau Kita Berdoa Tetapi Tidak
Yakin?' adalah kerapkan berdoa supaya tahap keyakinan kita
semakin bertambah. Insya-Allah. Sentiasa ingat, doa adalah gim
untuk melatih keyakinan dan bersangka baik kepada Allah.
-
83
2. Bolehkah BAD sahaja tanpa diiringi usaha?
Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah hasil daripada Allah dan
manusia perlu berusaha. Maksudnya, bukan doa semata-mata atau
usaha semata-mata. Perlu ada gandingan antara kedua-duanya.
Sebelum itu, izinkan saya berkongsi another #KisahSuksesBAD.
# KisahSuksesBAD : 04 01 2015 - Hikmah BAD
Buat pertama kalinya saya menulis disini. Jika ada salah silap
teguran membina amatlah diharapkan.
Alhamdulillah, sejak seminggu yang lepas saya amalkan teknik
BAD ni banyak perubahan yang baik telah berlaku. Sebelum ini
tak pernah terfikir nak BAD sebelum buat apa-apa. Tapi
sekarang tidak lagi.
BAD : Dapat Makan Free
Sungguh, sebelum ini saya tak pernah terlintas difikiran nak
minta makan free dengan Allah. Tapi lepas baca ebook BAD
haritu saya cuba amalkan yang paling simple 'makan free'.
Sebelum tu saya ada terfikir, "Di musim akhir semester begini
ramai yang dah kemerosotan ekonomi, siapalah yang mahu
belanja aku?"
-
84
Seolah meragui dengan BAD. Dalam pada itu, saya sedar saya
tidak patut berasa begitu. Saya mesti yakin dengan Allah.
Jadi semalam sebelum tidur, saya BAD "Ya Allah, esok saya
mahu makan free."
Lebih kurang begitulah ayatnya. Hari ini, abang saya dari
Gombak tiba-tiba saja mahu melawat saya di asrama. Jarang
sebenarnya dapat berjumpa walaupun dekat sebab masing-
masing sibuk dengan hal sendiri.
Dia belanja makan tengah hari. Biasa saja fenomena ini, tapi
bagi saya ia satu perkara yang buat saya percaya. Tiada yang
mustahil bagi Allah. Alhamdulillah dan Terima kasih kepada
admin. IA atas ilmu yang dikongsi :')
Tamat.
Andai lihat pada perkara di atas, beliau macam tak berusaha apa-
apa. Namun, izinkan saya berkongsi sesuatu.
4 Jenis Rezeki
Ada 4 jenis rezeki yang penting untuk kita ketahui.
i. Kita usaha, kita dapat
Contoh mudah, kita bekerja, hujung bulan dapat duit.
ii. Kita usaha, kita tak dapat
-
85
Kadang-kadang kalau kita buat jualan dengan 101 cara pemasaran,
kita tak dapat hasilnya. Tak tahu mana silapnya.
iii. Kita tak usaha, kita dapat
Jenis ini adalah seperti kes di atas. Beliau minta dengan berdoa
kepada Allah. kemudian, tiba-tiba abangnya datang dari Gombak
melawat beliau di asrama.
iv. Kita tak usaha, kita tak dapat
Ini normal. Contoh, kita berdoa dapat RM1 juta. Tanpa kita ikuti
dengan usaha seorang manusia seperti cari bisnes > jana duit > buat
jualan dan sebagainya. Mana mungkin RM1 juta jatuh atas sejadah.
Andai ada pun, itu kes rare.
Justeru, andai ditanya, bolehkah BAD sahaja tanpa diiring usaha,
jawapannya adalah tidak.
Baca semula tentang Jabariah dan Qadariah. Seandainya kita
sekadar berdoa tanpa mengusahakan apa-apa, ia bermakna kita
termasuk dalam golongan Jabariah segala-galanya dengan izin
Allah sahaja. Tiada kaitan dengan usaha manusia.
Perkara ini dikongsi oleh Ustaz Dr. Muhammad Lukman Al-Hafiz
Kaedah paling mudah :
Kurung orang ini dalam bilik selama 4-5 jam. Pastikan bilik itu
bertingkap. Selepas 5 jam makan nasi paling sedap dengan aroma yang
mencengkam jiwa di hadapannya.
-
86
Apabila dia minta makanan kerana lapar, jawab begini :
Jangan risau, kamu akan makan dengan izin Allah.
-
87
3. Bagaimana kita nak tahu jawapan setelah kita lakukan
BAD? Bahasa lainnya, adalah bagaimana kita nak tahu itu
jawapan daripada istikharah kita secara berdialog dengan
Allah.
The rule is simple,
Tenang daripada Allah. tergesa-gesa daripada syaitan.
Saya tiada jawapan berdasarkan jawapan daripada kitab atau
seangkatan dengannya, namun begitu saya kongsikan cara saya.
Kebiasaannya, apabila saya nampak sesuatu produk, yang buat saya
teruja nak beli, saya akan relax dahulu.
Saya BAD,
Ya Allah, perlu ke aku beli benda ni?
Saya takkan beli, selagi saya dalam keadaan tergesa-gesa, kerana
tergesa-gesa itu sifat syaitan. Saya ambil masa beberapa hari,
apabila dalam keadaan tenang, saya rasa tak perlu beli, saya takkan
beli.
Begitu juga apabila saya nak pergi seminar. Saya kongsikan sesuatu
petikan daripada artikel myilham.com,
http://www.myilham.com/blog/2011/08/istikharah-petunjuk-
yang-bagaimana/
-
88
Seorang guru saya di Pondok pernah berpesan kepada saya
tentang Istikharah. Katanya, ketika fikiran dan hati kita
terbeban mahu memilih antara A dan B ( atau lain-lain ) maka
hendaklah kita melazimi solat Istikharah.
Dalam masa yang sama kita jangan tinggalkan Istisyarah. Antara
petanda yang mungkin hadir adalah, ketika kita bangun
daripada tidur dan teringatkan tentang perkara yang
membebani kita itu ( membuat pilihan ), maka salah satu
pilihan tersebut menjadi tenang di hati kita berbanding pilihan
yang lagi satu.
Ini salah satu petunjuk bahawa pilihan itu adalah yang terbaik
untuk kita ikut. Mudahnya, petunjuk i