bh pilih l13 21 [emel] 50 tahun ... · pada awal abad ke20 melalui media akhbar dan majalah. usaha...
TRANSCRIPT
Setengah Abad Memperkasakan Sastera Kebangsaan Oleh Hamzah Hamdani
PADA 22 Jun 1956, kerajaan telah menubuhkan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelajaran
untuk membina dan mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan.
Untuk memastikan bahasa Melayu mampu memenuhi fungsi tersebut, maka Dewan Bahasa dan Pustaka, yang asalnya bernama Balai Pustaka, telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun pada tahun 1959, yang mendukung empat matlamat seperti termaktub dalam Ordinan DBP 1959.
Matlamat kedua fungsi DBP adalah untuk memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan. Walaupun bakat kesusasteraan dalam bahasa Melayu telah lama berkembang, iaitu sejak tertulisnya hasil persuratan Melayu pada abad ke15, namun hasil kesusasteraan moden hanya muncul pada pertengahan abad ke19, yang dipelopori oleh Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir melalui Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Hikayat Abdullah. Kelahiran genre sastera seperti puisi, cerpen dan novel baharu bermula pada awal abad ke20 melalui media akhbar dan majalah.
Usaha mencungkil bakat para penulis dalam pelbagai genre dan tahap telah diadakan sejak tahun 1957. Hasil peraduan mengarang cerpen tahun 1957, diterbitkan dalam buku Cerita-cerita Pendek DBP (1958). Melalui peraduan mengarang novel tahun 1958, dua buah novel yang menyerlah ialah Musafir (1959) karya Hasan Ali dan Salina (1961) karya A. Samad Said, dan hasil peraduan mengarang novel tahun 1963, lahir novel Desa Pingitan (1964) karya Ibrahim Omar dan Lingkaran (1965) karya Arena Wati. Ada beberapa buah buku yang terhasil daripada peraduan mengarang cerita pendek dan drama pentas untuk kanakkanak. Di samping penerbitan buku dan majalah, beberapa orang pengarang terkenal seperti Keris Mas, Usman Awang, Wijaya Mala, Awam il Sarkam dan Abdullah Hussain, telah menyerlahkan peranan DBP dalam mengembangkan sastera kebangsaan.
DBP telah memberikan tumpuan pada bidang sastera melalui penubuhan Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera pada tahun 1971 di bawah pimpinan Keris Mas. Bahagian ini menjalankan kerjakerja penyelidikan sastera (tradisional dan moden), penerbitan buku dan
majalah, dan kegiatan sastera. Usaha yang cukup penting ialah penerbitan majalah khusus untuk sastera iaitu, Dewan Sastera mulai Januari 1971, dengan moto “Peneroka Sastera Kreatif”.
DBP telah menjalankan kegiatan sastera yang bersifat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Antaranya, menjayakan Seminar Sastera Nusantara (1973), Pertemuan Penulis Novel (1976) dan Persidangan Penulis ASEAN (1977), di samping pelbagai majlis diskusi buku, forum, ceramah, pementasan teater dan sebagainya.
Untuk memperkukuh pembinaan sastera kebangsaan, DBP telah menumpukan perhatian pada penyelidikan sastera bagi menghasilkan kajian sejarah sastera tradisional dan moden, biografi penulis, glosari istilah, bibliografi karya dan antologi kajian sastera pelbagai genre. Di samping itu, usaha terjemahan karya sastera Melayu ke pelbagai bahasa antarabangsa, terutamanya bahasa Inggeris, telah dilakukan, di samping terjemahan karya sastera antarabangsa ke dalam bahasa Melayu.
Usaha mengiktiraf bakat penulis melalui pemberian hadiah sastera yang bukan melalui peraduan dijalankan sejak tahun 1971, iaitu dengan adanya Hadiah Karya Sastera, yang kemudian melalui perubahan beberapa nama seperti Hadiah Sastera Malaysia dan kini menjadi Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Pada tahun 1981, diwujudkan Anugerah Sastera Negara, yang mengiktiraf bakat tertinggi dalam kalangan sasterawan Malaysia. Untuk peringkat serantau, DBP menjadi wakil pemilih untuk Anugerah Penulis Asia Tenggara yang diberikan oleh pihak Thailand, dan Anugerah Penulis ASEAN oleh Urus Setia ASEAN, Anugerah MASTERA oleh Brunei Darussalam, dan DBP juga pernah membuat pencalonan sasterawan Malaysia untuk Hadiah Nobel.
Dalam tempoh setengah abad (1956–2006), di bawah pimpinan lapan orang Ketua Pengarah, iaitu Ungku Aziz, Syed Nasir Ismail, Ali Haji Ahmad, Sujak Rahiman, Hassan Ahmad, Jumaat Mohd. Nor, A. Aziz Deraman dan Firdaus Abdullah, banyak usaha telah dibuat oleh DBP untuk memperkasakan sastera kebangsaan. Di dalam negara, DBP telah meluaskan pejabat operasinya. Pada tahun 1977, ke Sabah dan Sarawak, dan pada tahun 1999 ke Kelantan dan Pulau Pinang, dan pada tahun 2001 ke Johor Bahru.
Untuk peringkat antarabangsa, DBP memanfaatkan rangkaian kerjasama melalui Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dan Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera).
Di samping memanfaatkan tokoh sastera di dalam negara dan di luar negara untuk menghasilkan buku dalam bentuk memoir dan autobiografi, serta kajian sastera melalui projek Karyawan Tamu. DBP menempa nama dalam acara membaca puisi di peringkat antarabangsa melalui program Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL) sejak 1986. Melalui kesempatan ini tokoh penyair antarabangsa diundang untuk membaca puisi dan dialog mengenai puisi dan kemanusiaan sejagat.
DBP juga menjalankan usaha untuk mencungkil bakat penulis dalam kalangan bukan Melayu , dan usaha ini mula berhasil pada dekad 1980an. Mereka telah menghasilkan kumpulan cerpen dan novel yang membanggakan. Antaranya Lim Swee Tin, Seroja Devi dan SM Shankar.
DBP sentiasa berubah mengikut tuntutan zaman. Untuk menghadapi cabaran zaman, struktur pentadbirannya turut berkembang. Perubahan besarbesaran telah berlaku pada tahun 1995 apabila diwujudkan beberapa jabatan untuk menangani projekprojek pembinaan bahasa, sastera dan penerbitan. Pada awalnya ada dua jabatan untuk menguruskan bidang sastera, namun kemudian disatukan, dan di dalamnya ada tujuh bahagian yang menangani kerjakerja penyelidikan, pemasyarakatan (kebangsaan dan antarabangsa) serta penerbitan. Kini, ada bahagian khusus untuk sastera kanakkanak dan remaja, iaitu Purnama (Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanakkanak dan Remaja). Dengan prasarana yang ada, DBP mampu meningkatkan usaha memperkasakan sastera kebangsaan.
Setengah abad telah berlalu. Kita harus berbangga dengan pencapaian DBP kerana ia merupakan sebuah organisasi kerajaan yang unik, yang tiada duanya di dunia ini. Namun yang penting adalah untuk menghadapi masa depan. Cabaran globalisasi memerlukan hala tuju yang strategik. Hasil sastera kebangsaan harus diperkenalkan di peringkat antarabangsa melalui terjemahan dan kegiatan memperkatakannya dalam jurnal dan majalah antarabangsa.
http://www.dbp.gov.my
Dewan Bahasa dan PustakaDewan Bahasa dan PustakaJubli EmasJubli EmasBERITA HARIAN Rabu, 21 Jun 2006 Halaman Tiga Belas
50 TAHUN MEMARTABATKAN SASTERA KEBANGSAAN
BH PILIH L13 21 [emel]
21SH013A.indd 2 6/21/06 12:16:01 AM