bidang kegiatan membentuk dan membuat

15
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj, Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanak Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak- kanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada

Upload: muniza-hamzah-bachup

Post on 21-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan

perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,

struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat

memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu

model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan

murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini

memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,

semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan

membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj,

Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid

membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi

kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek

apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini

boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian

Kepentingan Seni Lukis kepada Kanak-kanak

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut

fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan berfungsi

sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak- kanak. Kepentingan

pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi kepada Aspek Kognitif,

Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta Aspek Sosial dan Emosi.

6.1. Aspek Kognitif

Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada

daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan

terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan

menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat

keputusan. Kanak-kanak melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman

kanak-kanak ditentukan oleh pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan

kesan konsep ini dilukis di atas kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh

Page 2: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

dilihat melalui contengan yang mereka lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan

terkawal. Contengan tidak terkawal yang dihasilkan secara spontan, sembarangan,

ringkas dan sekadar membuat garisan pada sebarang permukaan. Contengan

terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan tangan lebih terkawal,

boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi dengan

menunjukkan minat.

6.2. Aspek Fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni

memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan

koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil,

kemahiran tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan

perkembangan fizikal boleh dilihat dengan jelas.

6.3. Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan

seni lukis mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

Ekspresi Kreativiti Kanak-Kanak

Melalui seni ini, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan

pancaindera dan deria. Seni menambahkan pengetahuan mengenai konsep

pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni,

produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menghasilkan lukisan

berdasarkan kepada apa yang mereka fahami berbanding apa yang mereka lihat. Ini

menyebabkan lukisan mereka sukar ditafsir tetapi yang lebih penting ialah mereka

mampu melihat dunia menerusi kaca mata sendiri.

6.5. Aspek Sosial dan Emosi

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat

meningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan

yang dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak

juga ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak-

Page 3: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

kanak melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau

individu yang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak- kanak

diperelokkan melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan

menambah emosi kepada lukisan mereka. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh

dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak

juga tidak boleh dipisahkan secara entiti. Kurikulum kanak-kanak adalah saling

berkaitan. kanak-kanak tidak mudah "tukar saluran" atau "menukar gear" untuk

bergerak daripada matematik kepada pemikiran saintifik. pengetahuan dan

kemahiran-kemahiran ini tidak tersusun dengan rapi mengikut matapelajaran

tertentu. Disebabkan itu, matematik dan sains, komunikasi dan seni bahasa, dan seni

ekspresif adalah digambarkan dengan bulatan-bulatan yang bertindih. Pengalaman

seperti memasak dan bermain adalah sangat dicadangkan kerana mereka merentasi

dan melibatkan pengajian dalam banyak, daripada kawasan-kawasan kurikulum itu

walaupun tidak semua. Walaupun pemisahan kurikulum ini bagus secara analisis,

tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga secara holistik.

Misalnya, mereka menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah yang boleh

merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial

Pembelajaran kanak-kanak dalam Seni Lukis.

“Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”.

Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran

merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak

termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980)

dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan

dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau

sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Kurikulum merujuk

kepada semua pembelajaran yang diperolehi kanak-kanak di dalam program yang

ditetapkan. Hal ini merujuk kepada, pembelajaran kanak-kanak yang dirancang secara

khusus melalui pengalaman samada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh,

kanak-kanak belajar melalui konsep bermain. Kurikulum yang telah dibentuk adalah belajar

sambil bermain. Pembelajaran yang diperolehi kanak- kanak adalah pengalaman mereka

sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Kanak- kanak belajar mengenai haiwan

peliharaan dan diberi peluang melihat kucing, arnab dan hamster. Dalam pembelajaran ini

Page 4: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

kanak-kanak menerima pembelajaran melalui pengalaman mereka bermain dengan haiwan–

haiwan peliharaan itu.

7.1. Pendekatan bertema

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan

manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang berbagai, keunikan

ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk.

Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar

menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya Non-

objective Art, Minimal Art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar

dan sanggup menerima rintangan. Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun

atau dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi koleksi bahan,

aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian. Pendekatan bertema memberi peluang

kepada guru untuk menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran lain.

Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran ini memberi peluang

kepada murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan

sesuatu tema yang telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema, guru

haruslah mengambil kira beberapa aspek iaitu tema yang dipilih hendaklah berasaskan

kepada kemahiran, pengalaman, serta pengetahuan sedia ada murid, tema yang dipilih

berfokus kepada sesuatu isu. Sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah

didapati dalam tema yang dipilih, guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema

yang dipilih, dan guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai peningkatan

aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Pendekatan bertema juga dapat

memberi keyakinan kepada murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran

dengan adanya pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih

mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas

matematik, berfikir, menyanyi dan mengekspresi bakat (melukis).

7.2. Penghubungjalinan

Dengan adanya penghubungjalinan murid-murid akan belajar beberapa kemahiran dalam

sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan

perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti yang

Page 5: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan kognitif, psikomotor dan

afektif mereka. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penggabungjalinan ini lebih

berkesan, guru-guru memainkan peranan yang paling penting selain kesedian murid- murid

sendiri. Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni lukis, murid-murid membuat model

kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan daya

imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat

berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan

memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat permainan mereka.

Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam

proses pembelajaran meraka. Dalam aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid

kemahiran lisan mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan berlandaskan

pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal samada berbentuk pergerakan, imej

visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih

berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Matematik boleh di gunakan di

dalam seni. Kanak-kanak selalunya menjumlahkan bahan-bahan seni yang di gunakan.

Mereka akan membandingkan alatan antara satu sama lain. Misalnya mereka membeza saiz

krayon, kuantiti warna, bilangan berus dan banyak lagi. Kanak-kanak juga selalu

menjumlahkan sesuatu yang mereka cipta atau lukis. Misalnya mereka melukis lukisan

potret orang. Mereka akan memastikan bilangan mata, jari dan bahagian anggota lain. Selain

itu mereka juga boleh mengenalpasti bentuk-bentuk geometri di dalam seni. Sains boleh

digunakan dalam seni apabila kanak-kanak melakukan eksperimen dengan alatan atau bahan

seni mereka. Misalnya tanah liat yang keras bila di jemur di tengah panas, krayon yang cair

bila di tempat panas dan pemcampuran dua warna asaa yang menghasilkan warna kedua

yang lain. Selain itu, kanak-kanak juga belajar tentang kepekatan cecair dan daya tekanan.

Seni memberi peluang kepada kanak-kanak memberitahu sesuatu samada secara nonverbal

atau grafik. Dengan galakan juga, kanak-kanak akan menceritakan kepada kita apa yang

telah dicipta atau reka. Kanak-kanak membaca kerja seni mereka, sepertimana orang

dewasa membaca buku. Dalam masa yang sama, kanak-kanak menikmati jalan cerita dan

tajuk gambar mereka. Kanak- kanak digalakkan membacanya bersama-sama guru. Kanak-

kanak yang lebih besar akan cenderung untuk mencetak perkataan sendiri sebagai jalan

cerita. Mereka akan mencipta dan mengeja dengan salah. Ini yang sepatutnya terjadi kerana

ia adalah peringkat terpenting untuk kanak- kanakbermula untuk menulis dan membaca.

Page 6: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

Menconteng, membuat tanda, dan mengecat adalah peringkat terpenting dalam

perkembangan mewarna dan menulis. Disebabkan seni adalah luahan tanpa suara, ia tidak

melibatkan bahasa dan tidak melibatkan kefahaman arahan pertuturan. Kanak-kanak boleh

menyelesaikannya sendiri dan membuat pemerhatian antara satu sama lain. Seni adalah

masa terbaik untuk kanak-kanak mempertingkatkan penggunaan bahasa mereka. Seni juga

memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperbanyakkan kosa kata mereka. Mereka

dapat berbincang dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Guru dapat membantu kanak-

kanak menggunakan perkatan dengan betul.

1.0 Pengenalan Kreativiti

 Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.

 Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang kala tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu prosedur atau kaedah yang perlu digunakan apabila melihat, berfikir atau belajar bagi mewujudkan idea.

 Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung tentang apa yang di lihat atau di alaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan anologi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru.

 Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan keupayaan membuatmetafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang merupakan fungsi pemikiran kreatif. Bagi mempertingkatkan daya kreativiti seseorang, pembelajaran dan pengalaman aktiviti pendidikan seni adalah diperlukan.

1.1 Definisi Kreativiti Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring

something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara

Page 7: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya.

 Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowengfeld (1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

 Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994). Manakala, Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994).

 Bagi June King McFee pula, beliau berpendapat bahawa kreativiti adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru bagi memperkemaskini idea yang ada. Aktiviti menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru dianggap sesuatu kreativiti.

 Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli, satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.

 Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan

Page 8: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dandimensi lain (analogi). 

 Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui. 

 Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskanperkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapatmemahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatumodel. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkanmurid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Inimemberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk danmembuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj,Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami.Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada muridmembuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberikesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini

boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian

Page 9: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

RPH (1 MINGGU)

Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas : 4 Rajin

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan – Diorama

Masa : 60 minit

Tema dan Tajuk : Objek Buatan Manusia – Akuarium

Standard Pembelajaran

3.1 Persepsi Estetik

3.1.1 Unsur Seni

3.1.1.1, 3.1.1.2

3.1.2 Prinsip Rekaan

3.1.2.1, 3.1.2.2

3.2 Aplikasi Seni

3.2.1

3.2.1.1, 3.2.1.2

3.2.2

3.2.2.1,

3.3 Ekspresi Kreatif

3.3.1

3.3.2

3.3.3

3.4 Apresiasi Seni

3.4.1

3.4.2

3.4.3

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :

1. Mengenal, memahami dan menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat diorama.

2. Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari.

Aktiviti P&P 1. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab mengenai bahasa seni visual (EK1)

2. Guru menunjuk cara menghasilkan diorama dengan penggunaan pelbagai media

3. Guru mengaplikasikan kepelbagaian teknik ( stabail, mobail, lukisan, catan ) (EK2)

4. Murid menghasilkan diorama menggunakan kepelbagaian teknik yang telah dipelajari. (EK3) (EK4)

Page 10: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

5. Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang telah dihasilkan (EK5).

EMK Keusahawanan, kreativiti dan inovasi, TMK dan nilai murni

Media Gunting, kotak, gam, pencungkil gigi, gambar-gambar daripada majalah, cat poster, plastik pembalut buku, polisterin, plastesin dan bahan lain yang sesuai

Bahan Bantu Belajar

Contoh Diorama

Penilaian P&P

1. Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat diorama berdasarkan 4 Standard Kandungan

Refleksi Pada akhir pengajaran :

38 orang murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 2 murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembentangan pada masa akan datang.

RPH (2 MINGGU) – MINGGU 1

Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas : 4 Rajin

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan – Diorama

Masa : 60 minit

Tema dan Tajuk : Objek Buatan Manusia – Akuarium

Standard Pembelajaran

3.1 Persepsi Estetik

3.1.1 Unsur Seni

3.1.1.1, 3.1.1.2

3.1.2 Prinsip Rekaan

3.1.2.1, 3.1.2.2

3.2 Aplikasi Seni

3.2.1

3.2.1.1, 3.2.1.2

3.2.2

3.2.2.1,

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :

1. Mengenal,memahami dan menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat diorama.

2. Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari.

Aktiviti P&P 1. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab mengenai bahasa seni visual. ( EK1)

2. Guru menunjuk cara menghasilkan diorama dengan mengaplikasikan kepelbagaian teknik dan penggunaan media. (EK4)

3. Murid memulakan aktiviti dengan membuat proses diorama (EK2,EK3)

EMK Keusahawanan, kreativiti dan inovasi, TMK dan nilai murni

Page 11: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

Media Gunting, kotak, gam, pencungkil gigi, gambar-gambar daripada majalah, cat poster, plastik pembalut buku, polisterin, plastesin dan bahan lain yang sesuai

Bahan Bantu Belajar

Contoh Diorama

Penilaian P&P

1. Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat diorama berdasarkan dua Standard Kandungan.

Refleksi Pada akhir pengajaran :

35 murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 5 murid yang tidak mencapai Objekitif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembentangan pada masa akan datang.

RPH (2 MINGGU) – MINGGU 2

Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas : 4 Rajin

Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan – Diorama

Masa : 60 minit

Tema dan Tajuk : Objek Buatan Manusia – Akuarium

Standard Pembelajaran

3.3 Ekspresi Kreatif

3.3.1

3.3.2

3.3.3

3.4 Apresiasi Seni

3.4.1

3.4.2

3.4.3

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :

1. Mengenal, memahami dan menyatakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat diorama.

2. Menghasilkan diorama dengan menggunakan kepelbagaian teknik.

Aktiviti P&P 1. Guru mengulangkaji pelajaran minggu lepas (EK1)2. Murid memanipulasikan bahan secara kreatif dengan bimbingan

guru (EK2)3. Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang telah

dihasilkan oleh mereka sendiri (EK5)

EMK Keusahawanan, kreativiti dan inovasi, TMK dan nilai murni

Page 12: Bidang Kegiatan Membentuk Dan Membuat

Media Gunting, kotak, gam, pencungkil gigi, gambar-gambar daripada majalah, cat poster, plastik pembalut buku, polisterin, plastesin dan bahan lain yang sesuai

Bahan Bantu Belajar

Contoh Diorama

Penilaian P&P

1. Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat diorama berdasarkan 4 Standard Kandungan

Refleksi Pada akhir pengajaran :

38 murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 2 murid yang tidak mencapai Objekitif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembentangan pada masa akan datang