big 2013
TRANSCRIPT
Pada 29 Oktober yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar Bina Insan Guru(BIG) bertempat di Dewan Wawasan IPGM Kampus Kota Bharu. Seminar ini telah dihadiri oleh semua pelajar PISMP semester 2 dimana melibatkan hampir 200 orang pelajar. Seminar ini telah diberikan oleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu sendiri iaitu Tuan Haji Yajid bin Yaakob.Seminar ini sebenarnya dibahagikan kepada beberapa sesi iaitu sesi ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Yajid, sesi soal jawab, dan sesi bengkel dimana melibatkan para pelajar dan tutor masing-masing berbincang tentang tajuk dibawah tema yang diberikan.
Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan dengan ceramah yang bertajuk “Budaya Guru” begitu menarik perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah terutamanya, penceramah telah banyak menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai bakal guru dalam mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari sekarang lagi.Antara perkara yang begitu ditekankan oleh Tuan Haji Yajid selaku penceramah pada hari tersebut ialah budaya bakal-bakal pendidik sekarang yang begitu jauh menyimpang dari budaya guru yang sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh guru-gur pelatih. Mendengar “muqaddimah” yang begitu menarik dari penceramah membuatkan semua pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah dari beliau. Satu persatu penceramah memberi teguran kepada para guru pelatih bermula dengan gaya pemakaian segelintir guru pelatih sekarang yang langsung tidak mencerminkan seorang guru. Penceramah menegur segelintir guru pelatih yang suka memakai pakaian yang menjolok mata dan mereka yang berfesyen ala-ala artis. Melalui teguran dari beliau, saya dapat pelajari bahawa seorang guru itu perlulah mempunyai penampilan yang menarik tetapi bersesuaian dengan seorang guru.Selain itu, penceramah juga ada menyatakan bahawa sebagai seorang bakal guru, guru pelatih sepatutnya sudah pandai ataupun belajar untuk menyalurkan segala perkara yang ingin disampaikan kepada sesuatu organisasi atau individu melalui saluran yang betul. Teguran dan nasihat ini sebenarnya banyak menyedarkan saya dimana situasi sekarang amat bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini sudah timbul satu senario dimana mereka yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara lebih suka menyalurkan masalah itu melalui saluran yang tidak betul. Malahan, cara yang dipilih oleh segelintir mereka yang terlibat ini juga dilihat seperti tiada penyelesaian dan mungkin lebih memburukkan lagi keadaan. Disini saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan diri dan rakan-rakan bakal guru dimana cara menyalurkan sesuatu perkara adalah amat penting sekali bagi menjaga dan menjamin kelancaran mencari penyelesaian. Prosedur-prosedur yang telah ditetapkan perlulah diikuti dengan betul supaya meja rundingan dapat dibuka dan satu jalan penyelesaian dapat dibuat. Budaya ini sangat penting dalam kehidupan seorang guru kerana semua ini adalah perkara lumrah yang perlu dihadapi oleh insan bernama seorang guru. Jadi, persediaan dan ilmu bagi membaiki kembali budaya guru pelatih ini harus dilakukan supaya guru pelatih akan menjadi seorang guru yang profesional suatu hari nanti.Akuantabiliti seorang guru juga turut disentuh oleh penceramah dimana seorang guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka pada masa mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah begitu mudah untuk dikaitkan dengan budaya guru dimana guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan menepati masa. Disini, saya sedar bahawa penceramah mahu menegur dan mengajar guru pelatih tentang pentingnya menepati masa dan melaksanakan tanggungjwab yang telah diberikan. Isu ini jelas menekankan masalah segelintir guru pelatih yang selalu datang lewat ke kuliah dan memberi begitu banyak alasan untuk menyelamatkan diri dari dikenakan tindakan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru pelatih kerana perkara ini benar-benar bertentangan dengan budaya seorang guru. Oleh yang demikian, nasihat dan teguran dari penceramah pasti akan diambil serius oleh kami semua.Akhir sesi ceramah, penceramah sempat memberikan sedikit peringatan kepada kami semua sebagai bakal-bakal guru supaya membuat satu anjakan paradigma dalam mengamalkan buday guru dalam kehidupan kami bermula dari sekarang lagi. Sesi ceramah kemudian diakhiri dengan satu sesi soal jawab antara penceramah dengan guru pelatih.Seterusnya, kami semua telah dikehendaki berada dalam satu kumpulan kecil iaitu kumpulan mengikut kelas dan dipantau oleh tutor masing-masing bagi membincangkan beberapa tema keguruan yang telah diberikan. Setelah berbincang dalam kumpulan kami, kami semua telah memilih satu tajuk yang begitu sesuai bagi kami bincangkan iaitu “Guru Insan Mulia”. Walaupun diberikan pilihan dengan pelbagai tema dan tajuk-tajuk lain, kami sepakat memilih tajuk ini kerana ianya adalah satu tajuk yang menarik dan penting untuk dibincangkan bersama.Antara isi yang dapat kami cungkilkan semasa perbincangan kumpulan ialah guru memikul tanggungjawab besar dalam membentuk anak bangsa kita. ini menjelaskan bahawa tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.
Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah. Selain itu, tugas seorang guru ini merupakan satu tugas yang dipandang tinggi oleh agama. Setiap ilmu diajar kepada para pelajar dan tidak ada istilah malas dalam kamus seorang guru apabila menyentuh bab mendidik anak bangsa. Setiap tugas dan didikan terhadap murid-murid dibuat tanpa mengharapkan balasan kepadanya, tetapi Cuma mengharapkan agar murin-muridnya berjaya dalam hidup mereka dan itulah balasan yang paling berharga buat insan bergelar guru.Bagi kami, guru juga telah dijadikan “role model” kepada masyarakat di sekeliling kita. Kenapa guru yang dipilih untuk di contohi? Hal ini kerana seorang guru dipandang mulia oleh masyarakat dan perlu dicontohi mereka. Tatatertib, pergaulan, budi bicara, penampilan dan sebagainya pasti akan menjadi perhatian masyarakat seterusnya menjadi ikutan atau contoh buat masyarakat. Selepas sesi perbincangan, kami kemudia dikehendaki berkumpul semula dan perlu membentangkan semula semua hasil perbincangan kami pada rakan-rakan guru pelatih. Perkongsian ilmu ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi juga banyak memberi pengalaman kepada saya dalam membentangkan hasil perbincangan dan kebolehan untuk bercakap dihadapan audiens yang ramai. Pengalaman berharga seperti itu pasti sukar dicari dan kesempatan yang diberikan ketika menyertai seminar BIG ini amat dihargai.Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar yang bertemakan profesion keguruan, saya pasti akan menghadirinya dengan niat untuk belajar dan membuat persedian bagi menghadapi hari muka sebagai guru yang berjaya. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari Seminar BIG ini. Sekian, terima kasih.
Laporan ceramah BIG sem 3 2013
1.0 PENGENALAN
Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi
merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran, serta
memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat
pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang
tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan
kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan
sahsiah yang terpuji.
Program Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Penddikan Kebangsaan (
FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ). Program ini dijalankan berdasarkan Sukatan Wajib
Pro Forma (WAJ 3114) yang wajib ke atas setiap Guru Pelatih. Program ini melibatkan semua
pelajar Institut Pendidikan Guru. Melalui aktviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan.
Program Bina Insan Guru mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi
keperluan Latihan Perguruan Pra Perkhidmatan. Satu sukatan pelajaran yang standard telah
disediakan bagi program pra perkhidmatan di Institut Perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran yang
disediakan ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama
dalam proses pembinaan insan guru. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga tema utama iaitu
Konsep dan Ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan dan
tanggungjawab Insan Guru.
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG). Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru
Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu
juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu
mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan
keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu
selaras dengan hasrat negara. Program ini juga bagi melahirkan kesedaran diri akan peranan
sebagai seorang guru.
YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan
Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendidikan kepada pembangunan
modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh, Beliau menekankan pembangunan ilmu
pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral
yang tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh untuk
melahirkan modal insan yang bergelar guru. Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai
intinya contohnya perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang
serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek.
2.0 MATLAMAT
Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru yang mempunyai
kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura
keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Guru. Program Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan bertujuan memberi
pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul.
3.0 OBJEKTIF
Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru
yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Melalui program Bina Insan Guru ini pelajar dapat mencapai objektif berikut :-
3.1 Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama.
3.2 Memupuk nilai empati dan prihatin terhadap golongan kurang upaya dalam kalangan guru-guru
pelatih.
3.3 Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan
bertanggungjawab kepada pasukan.
3.4 Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan
masyarakat.
3.5 Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
3.6 Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui amalan refleksi
dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
4.0 JADUAL PELAKSANAAN / AKTIVITI
Tarikh : 1 Februari 2013
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang.
5.0 TEMPAT
Dewan Kuliah B, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Jalan Kolej Kuching, Sarawak
6.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan Pengajian PISMP TESL 1, TESL 2, TESL 3, TESL 4, BC 1, BC 2, PRA dan BM JANUARI
2012.
7.0 JAWATANKUASA KELAS
Jawatankuasa kelas PISMP BM JAN 2012
Pengerusi : Mohamad Najib Bin Marasan
Naib Pengerusi : Pylissia Jannet anak Liap
Setiausaha : Calvin anak Brian
Bendahari : Nur Azizah Binti Dirmanto
Ahli Jawatankuasa Kecil :
(i) JK Peralatan
Aziz Bin Polai
Terence Galaw anak Balut
(ii) JK Pengangkutan
Mohd Fakhrullah Bin Mohd Sallehudin
Abdul Hanafi Bin Ibrahim
(iii) JK Kebajikan / Keselamatan / Kecemasan
Sumanti Binti Abdullah
Adibah Shakirah Binti Rehal
(iv) JK Kebersihan
Nur Haziqah Binti Norani
Lydia Saling
(v) JK Makanan
Sofianie Sulaiman
Syaza Izzati Binti Amir
(vi) JK Pertandingan dan Pengadilan ( Aktiviti)
Mathew Anak Nasem
Muhammad Alif Bin Mahmud
(vii) JK Kerohanian
Allan Bacelon Anak Guben
Khairul Aizat Bin Saini
(viii) JK Hadiah dan Cenderamata
Mayrone Ria
Hamzah Bin Masleh
(ix) Dokumentasi dan Fotografi
Allan Bacelon Anak Guben
Sumanti Binti Abdullah
8.0 SENARAI NAMA PESERTA
Senarai guru pelatih PISMP BM JAN 2012
9.0 KANDUNGAN
SEBELUM Ceramah yang bertajuk ‘Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar
Secara Efektif’ telah disampaikan oleh Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah dari
Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Batu Lintang. Ketika program ini dijalankan,
tutor kumpulan turut hadir sebagai pemantau.
SEMASA Sesi penyampaian ceramah diadakan pada pukul 2 petang. Penyampaian ceramah
berjalan dengan lancar walaupun sedikit lambat kerana ketiadaan LCD di dalam dewan
kuliah. Walau bagaimanapun, sesi penyampaian ceramah amat memuaskan dan
mendapat respons yang amat baik daripada peserta-peserta program. Penyampaian
ceramah pada petang itu amat baik kerana penceramah begitu bersungguh-sungguh
menyampaikan ceramah beliau. Para peserta program juga menunjukkan minat dalam
ceramah ini kerana tajuknya yang mempunyai perkaitan dengan kehidupan seharian para
peserta.
Dalam ceramah ini, Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah selaku
penceramah telah menyampaikan elemen-elemen penting dalam kesantunan berbahasa.
Terdapat tiga jenis kesantunan berbahasa dalam bahasa Melayu. Jenis-jenis kesantunan
berbahasa ini ialah bahasa lisan, bahasa tubuh dan bahasa tulisan. Setiap bahasa ini
mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh dalam
komunikasi harian dan dalam surat-surat rasmi dan tidak rasmi.
Selain itu, antara intipati dalam ceramah pada petang itu ialah ciri-ciri kesantunan
berbahasa. Antaranya ialah menegakkan nilai-nilai sosial ketika berbahasa,
memperlihatkan rasa hormat kepada orang lain, norma berkomunikasi yang
mencerminkan ‘jiwa’ masyarakat berkenaan, memperlihatkan timbang rasa yang
diberikan kepada orang lain ketika berbahasa, menyeimbangkan kemesraan dan
keramahan dan sebagainya. Perkara ini ditekankan kerana ianya merupakan perkara yang
amat penting dalam kesantunan berbahasa.
Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa kita tidak boleh menggunakan
bahasa yang tidak baik dalam pertuturan seharian seperti bahasa yang menunjukkan
kepura-puraan, bahasa sindiran dan bahasa yang menghina seseorang mahupun pihak-
pihak tertentu. Hal ini demikian kerana ianya boleh menjejaskan orang lain dan diri kita
sendiri. Jadi, bahasa yang sesuai haruslah digunakan untuk menjamin kesejahteraan dan
keamanan sejagat.
SELEPAS Pada penghujung ceramah, kami amat berpuas hati dengan penyampaian ceramah
kerana beliau bukan sahaja memfokuskan tajuk yang disampaikan, malah beliau turut
memberi banyak contoh yang berkaitan dengan tajuk yang disampaikan. Malah, beliau
turut menyelitkan unsur-unsur kecindan dalam ceramah ini bagi menjadikan sesi
ceramah ini tidak membosankan. Sesi ceramah berakhir pada pukul 5 petang.
10.0 PENILAIAN KENDIRI
Pada 1 Februari 2013 yang lalu, satu program ceramah telah dilaksanakan oleh
pihak institut di bawah program Bina Insan Guru (Semester 3). Ceramah ini telah
disampaikan kepada pelajar PISMP ambilan Januari 2012. Ceramah yang bertajuk
‘Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar Secara Efektif’ telah disampaikan
oleh Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Batu Lintang. Ceramah ini diadakan di Dewan Kuliah B (DKB) pada pukul 2
petang dan turut dipantau oleh tutor kumpulan masing-masing.
Ceramah yang telah disampaikan pada kali ini mempunyai kekuatannya
tersendiri. Ceramah yang menggabungkan lapan kelas PISMP ambilan Januari 2012 ini
memberikan keseronokan bukan sahaja kepada penceramah malah kepada peserta
program itu sendiri. Hal ini demikian kerana penceramah boleh mendengar respons
yang pelbagai daripada para peserta. Sebagai contoh, apabila penceramah bertanya
tentang contoh-contoh kesantunan berbahasa, beliau dapat mendengar pendapat yang
berbeza daripada kelas-kelas yang berbeza ini. Secara tidak langsung, kepelbagaian
pendapat ini menjadi input kepada peserta-peserta program.
Selain itu, ceramah yang bertempat di DKB ini telah memudahkan lagi proses
penyampaian ceramah ini dengan berkesan. Hal ini demikian kerana kedudukan para
peserta yang berdekatan dengan kedudukan penceramah memudahkan kontak mata di
antara kedua-dua pihak. Dengan adanya kontak mata yang berkesan, para peserta
dapat memberikan fokus terhadap ceramah yang ingin disampaikan. Malah,
kedudukan tempat duduk ala-ala auditorium ini memudahkan penceramah untuk
meluaskan pandangan ke seluruh ruang dalam dewan.
Dalam setiap program yang dilaksanakan, sudah pastinya ada kelemahannya
yang tersendiri. Begitu juga dengan program ceramah ini yang mempunyai
kelemahannya tersendiri. Penglibatan kumpulan sasaran yang terdiri daripada lapan
buah kumpulan ini sudah semestinya membawa kepada kesesakan dan membawa
kepada bunyi bising. Hal ini demikian kerana ruang di dalam dewan yang tidak cukup
besar dan hanya boleh memuatkan 90 peratus daripada para peserta. Selebihnya
terpaksa berhimpit-himpit dan terdapat sebilangan para peserta yang duduk di
bahagian belakang. Perkara ini seterusnya menyukarkan mereka untuk mendengar
ceramah yang disampaikan.
Bunyi-bunyi bising pula terhasil kesan daripada para peserta itu sendiri yang
tidak menumpukan perhatian terhadap ceramah yang disampaikan. Bunyi bising ini
sedikit sebanyak mengganggu peserta lain yang ingin mendengar ceramah yang
disampaikan. Gangguan bunyi-bunyi bising ini telah menyukarkan penyampaian
ceramah ini dengan berkesan.
Walaupun terdapat pelbagai jenis gangguan ketika pelaksanaan ceramah ini,
namun di sini para peserta program telah sedaya upaya untuk memberikan fokus
terhadap sesi ceramah ini. Gangguan yang terdapat di sekitar telah kami gunakan
sebagai peluang untuk fokus dan mendengar dengan lebih baik setiap perkara yang
disampaikan dan dibincangkan.
Selain itu, penglibatan lapan buah kumpulan PISMP ambilan Januari 2012 juga
telah memberikan peserta-peserta program peluang untuk mendengar pendapat yang
pelbagai dan juga memberikan respons yang pelbagai kepada penyampai ceramah.
Melalui interaksi dua hala ini, kami dapat menerima banyak input yang berguna untuk
kegunaan pada masa akan datang.
Masalah-masalah yang timbul ketika sesi ceramah ini berlangsung haruslah
diatasi dengan segera. Banyak alternatif lain yang boleh digunakan bagi menangani
masalah ini. Sebagai contoh, ceramah pada masa akan datang boleh diadakan di
Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA). Hal ini demikian kerana runag dan
tempat duduk yang besar boleh memuatkan lapan buah kumpulan PISMP ambilan
Januari 2012 ini. Ruang yang besar dan tempat duduk yang mencukupi mampu
memberikan keselesaan kepada para peserta program itu sendiri.
Alternatif seterusnya ialah dalam pelaksanaan program seperti ceramah,
haruslah kiranya ada pemantau yang boleh memantau pergerakan para peserta. Hal
ini demikian supaya pemantau dapat memantau dan menegur perlakuan para peserta
yang tidak memberikan fokus terhadap sesi ceramah ini. Sebagai contoh, sekiranya
ada dalam kalangan para peserta yang bermain komputer dan telefon bimbit, perkara
ini haruslah ditegur oleh pemantau. Para peserta program yang membuat bising juga
perlu ditegur supaya peserta-peserta lain lebih selesa dan seterusnya dapat
mendengar ceramah dengan baik.
Secara kesimpulannya, pelaksanaan program ceramah ini mempunyai kekuatan
dan kelemahannya yang tersendiri. Walaupun terdapat kekangan-kekangan dalam
penyampaian ceramah ini, hal itu bukan menjadi penghalang kepada peserta-peserta
program untuk menerima ilmu dan input-input baharu. Malah, ia telah menjadi satu
cabaran bagi para peserta untuk menjadi lebih fokus dan lebih peka ketika ceramah
ini dilaksanakan.
11.0 REFLEKSI KENDIRI
Pada 1 Februari 2013 yang lalu, satu program ceramah telah dilaksanakan oleh
pihak institut di bawah program Bina Insan Guru (Semester 3). Ceramah ini telah
disampaikan kepada pelajar PISMP ambilan Januari 2012. Ceramah yang bertajuk
‘Kesantunan Berbahasa dan Kemahiran Mendengar Secara Efektif’ telah disampaikan
oleh Puan Lydia Zulaifa Sullang Binti Abdullah dari Jabatan Ilmu Pendidikan IPG
Kampus Batu Lintang. Ceramah ini diadakan di Dewan Kuliah B (DKB) pada pukul 2
petang dan turut dipantau oleh tutor kumpulan masing-masing. Pelaksanaan program
ceramah ini telah memberikan banyak manfaat kepada saya terutamanya sebagai
seorang bakal guru pada masa akan datang.
Ceramah pada hari itu adalah berkaitan dengan kesantunan berbahasa dan
kemahiran mendengar secara efektif. Melalui ceramah ini, kami telah belajar tentang
beberapa perkara asas dalam kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa
mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri yang melibatkan
penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Sebagai contoh, gelaran
warisan (Raja, Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda, Tengku), dan gelaran
kurniaan (Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka) hendaklah
sesuai dan betul mengikut gelaran yang telah diberikan. Sebagai seorang bakal guru
pada masa akan datang, penggunaan gelaran kepada individu-individu ini haruslah
dikenalpasti dan tidak boleh dipandang remeh kerana ianya melibatkan pangkat dan
gelaran seseorang.
Melalui ceramah ini, kami turut mengetahui elemen-elemen penting dalam
kesantunan berbahasa. Antaranya ialah, menegakkan nilai-nilai sosial ketika
berbahasa, memperlihatkan rasa hormat kepada orang lain, norma berkomunikasi
yang mencerminkan ‘jiwa’ masyarakat berkenaan, memperlihatkan timbang rasa yang
diberikan kepada orang lain ketika berbahasa, menyeimbangkan kemesraan dan
keramahan dan sebagainya. Di sini, apabila kita telah mengetahui elemen-elemen
penting dalam kesantunan berbahasa, kita dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian terutamanya apabila telah bergelar seorang guru kelak. Sebagai
contoh, ketika kita sedang berbual dengan orang yang lebih tua, bahasa yang
digunakan dalam perbualan seharusnya bahasa yang memperlihatkan rasa hormat kita
kepada mereka. Malah bahasa yang digunakan haruslah mudah difahami oleh
golongan ini. Contoh kedua ialah, sekiranya kita ingin menolak permintaan seseorang,
bahasa yang digunakan haruslah bahasa yang tidak mengecilkan hatinya. Hal ini
demikian supaya beliau tidak ambil hati dan tidak terguris hatinya apabila
permintaannya ditolak.
Dalam ceramah ini juga kami telah belajar mengenai bahasa tubuh. Bahasa
tubuh merupakan satu cara untuk berkomunikasi tanpa menggunakan alat pertuturan
secara lisan. Bahasa tubuh menggunakan bahagian tubuh badan seperti gerakan mata,
mimik muka dan gerakan anggota badan untuk berkomunikasi. Penggunaan bahasa
tubuh ini amat penting terutamanya ketika kita berhadapan dengan orang-orang
kurang upaya. Malah, penggunaan bahasa tubuh juga sesuai digunakan apabila
seseorang guru mengajar murid-muridnya. Hal ini demikian kerana penggunaan
bahasa tubuh mampu menarik minat murid-murid untuk mendengar ajaran guru.
Sebagai contoh, ketika mengajar kata kerja bahasa Melayu, guru boleh menggunakan
bahasa tubuh agar murid-murid lebih mudah untuk memahami dan seterusnya dapat
menarik minat mereka untuk belajar.
Di samping itu, pelaksanaan program ceramah ini juga telah membuka minda
kami tentang kepentingan kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian
terutamanya apabila bergelar seorang pendidik pada masa akan datang. Sebagai
seorang guru, amat penting untuk kita memahami dan mengaplikasi kesantunan
berbahasa dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana bukan rakan sejawatan
dan murid-murid sahaja yang bergaul dengan kita, malah ibu bapa turut bergaul
dengan kita terutamanya pada hari permuafakatan ibu bapa dan guru. Jadi amat
penting untuk kita menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila apabila
berkomunikasi dengan mereka. Di sini, ibu bapa akan melihat kita sebagai rol model
yang harus diteladani oleh anak-anak mereka. Tetapi sekiranya kita tidak
menggunakan bahasa yang sopan, ibu bapa akan mempunyai persepsi yang lain
terhadap kita sebagai seorang guru.
Secara kesimpulannya, ceramah ini memberi banyak input yang berguna kepada
kita dalam kehidupan seharian terutamanya apabila kita berkomunikasi dengan
banyak pihak dalam urusan harian kita.
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
12.0 KESIMPULAN
Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta senantiasa bersedia dan mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan
Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah
dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasa ilmu, kemahiran, daya
intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar. Di samping program
dan aktiviti yang dirancangsecara khusus , usaha pembinaan insan guru
yang unggul in i juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut
Pendidikan Guru (IPG).
Sesungguhnya Program Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang
berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa
bersedia untuk Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.
Pada 29 Oktober yang lepas, saya telah menghadiri satu seminar Bina Insan Guru(BIG) bertempat di Dewan Wawasan IPGM Kampus Kota Bharu. Seminar ini telah dihadiri oleh semua pelajar PISMP semester 2 dimana melibatkan hampir 200 orang pelajar. Seminar ini telah diberikan oleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Kota Bharu sendiri iaitu Tuan Haji Yajid bin Yaakob.Seminar ini sebenarnya dibahagikan kepada beberapa sesi iaitu sesi ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Yajid, sesi soal jawab, dan sesi bengkel dimana melibatkan para pelajar dan tutor masing-masing berbincang tentang tajuk dibawah tema yang diberikan.
Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Seminar yang dimulakan dengan ceramah yang bertajuk “Budaya Guru” begitu menarik perhatian saya dari awal lagi. Semasa sesi ceramah terutamanya, penceramah telah banyak menyedarkan saya tentang kesediaan kami sebagai bakal guru dalam mengamalkan budaya-budaya profesional sejak dari sekarang lagi.Antara perkara yang begitu ditekankan oleh Tuan Haji Yajid selaku penceramah pada hari tersebut ialah budaya bakal-bakal pendidik sekarang yang begitu jauh menyimpang dari budaya guru yang sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh guru-gur pelatih. Mendengar “muqaddimah” yang begitu menarik dari penceramah membuatkan semua pelajar begitu khusyuk mendengar ceramah dari beliau. Satu persatu penceramah memberi teguran kepada para guru pelatih bermula dengan gaya pemakaian segelintir guru pelatih sekarang yang langsung tidak mencerminkan seorang guru. Penceramah menegur segelintir guru pelatih yang suka memakai pakaian yang menjolok mata dan mereka yang berfesyen ala-ala artis. Melalui teguran dari beliau, saya dapat pelajari bahawa seorang guru itu perlulah mempunyai penampilan yang menarik tetapi bersesuaian dengan seorang guru.Selain itu, penceramah juga ada menyatakan bahawa sebagai seorang bakal guru, guru pelatih sepatutnya sudah pandai ataupun belajar untuk menyalurkan segala perkara yang ingin disampaikan kepada sesuatu organisasi atau individu melalui saluran yang betul. Teguran dan nasihat ini sebenarnya banyak menyedarkan saya dimana situasi sekarang amat bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut. Hal ini kerana, sejak kebelakangan ini sudah timbul satu senario dimana mereka yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara lebih suka menyalurkan masalah itu melalui saluran yang tidak betul. Malahan, cara yang dipilih oleh segelintir mereka yang terlibat ini juga dilihat seperti tiada penyelesaian dan mungkin lebih memburukkan lagi keadaan. Disini saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan diri dan rakan-rakan bakal guru dimana cara menyalurkan sesuatu perkara adalah amat penting sekali bagi menjaga dan menjamin kelancaran mencari penyelesaian. Prosedur-prosedur yang telah ditetapkan perlulah diikuti dengan betul supaya meja rundingan dapat dibuka dan satu jalan penyelesaian dapat dibuat. Budaya ini sangat penting dalam kehidupan seorang guru kerana semua ini adalah perkara lumrah yang perlu dihadapi oleh insan bernama seorang guru. Jadi, persediaan dan ilmu bagi membaiki kembali budaya guru pelatih ini harus dilakukan supaya guru pelatih akan menjadi seorang guru yang profesional suatu hari nanti.Akuantabiliti seorang guru juga turut disentuh oleh penceramah dimana seorang guru ini bertanggungjwab datang ke kelas dan mengajar murid mereka pada masa mengikut jadual yang ditetapkan. Contoh yang diberikan penceramah begitu mudah untuk dikaitkan dengan budaya guru dimana guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan menepati masa. Disini, saya sedar bahawa penceramah mahu menegur dan mengajar guru pelatih tentang pentingnya menepati masa dan melaksanakan tanggungjwab yang telah diberikan. Isu ini jelas menekankan masalah segelintir guru
pelatih yang selalu datang lewat ke kuliah dan memberi begitu banyak alasan untuk menyelamatkan diri dari dikenakan tindakan. Isu-isu ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku dikalangan guru pelatih kerana perkara ini benar-benar bertentangan dengan budaya seorang guru. Oleh yang demikian, nasihat dan teguran dari penceramah pasti akan diambil serius oleh kami semua.Akhir sesi ceramah, penceramah sempat memberikan sedikit peringatan kepada kami semua sebagai bakal-bakal guru supaya membuat satu anjakan paradigma dalam mengamalkan buday guru dalam kehidupan kami bermula dari sekarang lagi. Sesi ceramah kemudian diakhiri dengan satu sesi soal jawab antara penceramah dengan guru pelatih.Seterusnya, kami semua telah dikehendaki berada dalam satu kumpulan kecil iaitu kumpulan mengikut kelas dan dipantau oleh tutor masing-masing bagi membincangkan beberapa tema keguruan yang telah diberikan. Setelah berbincang dalam kumpulan kami, kami semua telah memilih satu tajuk yang begitu sesuai bagi kami bincangkan iaitu “Guru Insan Mulia”. Walaupun diberikan pilihan dengan pelbagai tema dan tajuk-tajuk lain, kami sepakat memilih tajuk ini kerana ianya adalah satu tajuk yang menarik dan penting untuk dibincangkan bersama.Antara isi yang dapat kami cungkilkan semasa perbincangan kumpulan ialah guru memikul tanggungjawab besar dalam membentuk anak bangsa kita. ini menjelaskan bahawa tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.
Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah. Selain itu, tugas seorang guru ini merupakan satu tugas yang dipandang tinggi oleh agama. Setiap ilmu diajar kepada para pelajar dan tidak ada istilah malas dalam kamus seorang guru apabila menyentuh bab mendidik anak bangsa. Setiap tugas dan didikan terhadap murid-murid dibuat tanpa mengharapkan balasan kepadanya, tetapi Cuma mengharapkan agar murin-muridnya berjaya dalam hidup mereka dan itulah balasan yang paling berharga buat insan bergelar guru.Bagi kami, guru juga telah dijadikan “role model” kepada masyarakat di sekeliling kita. Kenapa guru yang dipilih untuk di contohi? Hal ini kerana seorang guru dipandang mulia oleh masyarakat dan perlu dicontohi mereka. Tatatertib, pergaulan, budi bicara, penampilan dan sebagainya pasti akan menjadi perhatian masyarakat seterusnya menjadi ikutan atau contoh buat masyarakat. Selepas sesi perbincangan, kami kemudia dikehendaki berkumpul semula dan perlu membentangkan semula semua hasil perbincangan kami pada rakan-rakan guru pelatih. Perkongsian ilmu ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi juga banyak memberi pengalaman kepada saya dalam membentangkan hasil perbincangan dan kebolehan untuk bercakap dihadapan audiens yang ramai. Pengalaman berharga seperti itu pasti sukar dicari dan kesempatan yang diberikan ketika menyertai seminar BIG ini amat dihargai.Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar BIG yang telah saya ikuti itu begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar yang bertemakan profesion keguruan, saya pasti akan menghadirinya dengan niat untuk belajar dan membuat persedian bagi menghadapi hari muka sebagai guru yang berjaya. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan segala yang telah saya pelajari dari Seminar BIG ini. Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
Murid-murid, hari ini kita akan mempelajari bagaimana sesuatu sepsis itu berkembang atau
membiak. Dalam topic kita hari ini, kita akan mempelajari tentang kitaran hidup rama-rama.
Rama-rama adalah sejenis serangga.Bagaimanakah ia mengekalkan kemandirian nya
agar ia tidak pupus.
SLIDE 1
Rama-rama adalah sejenis serangga yang bersayap dan boleh terbang.Bila ia dewasa ia akan
terbang mencari pasangannya. Setelah ia menemui pasangan nya ia akan mengawan dan
melakukan persenyawaan. Maka akan terhasillah telur. Telur adalah baka kepada rama-rama
ini.
SLIDE 2
Rama-rama meninggalkan telurnya pada daun-daun di tempat yang tersembunyi.Ini bagi
mengelakkannya daripada dimusnahkan oleh serangga lain. Bila cukup masanya telur ini akan
menetas menghasilkan anak rama-rama iaitu ulat beluncas. Beluncas hanya makan daun-daun
dan tidak boleh terbang.
SLIDE 3
Ulat beluncas mempunyai tubuh badan yang lembab dan lembut.Ia perlu menyembunyikan diri
dari musuh. Ulat beluncas akan membaluti dirinya dengan benang sutera untuk menjadi
kepompong. Di dalam kepompong inilah ia akan berubah untuk menjadi anak rama-rama
bersayap.
SLIDE 4
Setelah beberapa ketika di dalam kepompong beluncas ini akan keluar daripada kepompong
tersebut. Ia seperti dilahirkan semula tetapi pada ketika ini ia telah berubah rupa kerana ia telah
pun mempunyai sayap yang cantik dan boleh terbang.
Jangka hayat bagi rama-rama tidak panjang dan ia perlu mengulangi rutin seperti
induknya bagi mengekalkan kemandirian spesisnya sendiri.
NALISIS SWOTPERSEKITARANDALAMANSTENGTHS(KEKUATAN)WEAKNESS(KELEMAHAN)>Dapat menjadi seorangberetika tinggi.>Lebih berkeyakinan bercakapdi hadapan khalayak ramai.>Dapat mempelajari caraberbahasa dengan lebihsopan.>Mengaplikasikan kemahiranmendengar dengan baik.>Mendapat pendedahantentang etika semasa beradadi meja makan yang betul.>Berupaya mengendalikanmajlis rasmi dengan lebih tertibdan sistematik.>Dapat mengaplikasikan caraberpakaian mengikutpersonaliti sebagai seorangguru.>Tidak mendapat gambaransebenar sesuatu protokol.>Demontrasi tidak jelas.PERSEKITARANLUARANOPPORTUNITY(PELUANG)THREAT(ANCAMAN)>Kesedaran kepada gurumengenai etiket sosial danprotokol sangat penting.>Pengaplikasian di sekolahatau sesuatu organisasi.>Sangat berkait rapat dengankehidupan.>Penyebaran budaya barat semakinluas.>Kurangnya kesedaran kepentinganberetika dalam hidup.>Tidak semua orang mahuberkongsi ilmu ini.>Kadang kala, sesetengah orangmenganggap etiket sosial danprotokol sesuatu yang remeh.