bigsem6guruinovatif 150203073059 conversion gate01

5
BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4 SEM 6 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN KERTAS KERJA BENGKEL GURU INOVATIF BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4 SEMESTER 6 WAJ 3114 TARIKH : 22 NOVEMBER 2014 TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SENTA 35500 BIDOR PERAK DARUL RIDZUAN 1

Upload: thivakar-mahendran

Post on 08-Nov-2015

7 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

paper work

TRANSCRIPT

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4 SEM 6

BINA INSAN GURU (BIG) FASA 4 SEM 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

BENGKEL GURU INOVATIFBINA INSAN GURU (BIG) FASA 4SEMESTER 6WAJ 3114

TARIKH :22 NOVEMBER 2014

TEMPAT :SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SENTA 35500 BIDOR PERAK DARUL RIDZUAN

1.0 PENGENALANProgram Bina Insan Guru merupakan program wajib dilaksanakan oleh semua guru yang menjalani program siswazah PJJ ambilan 1 2011 .Program ini merangkumi 7 jam lawatan ke sekolah yang mempunyai guru cemerlang serta melaksanakan 3 jam bengkel (LADAP) yang bertajuk Guru Inovatif. Bengkel guru Invovatif perlu dilaksanakan dan membantu para guru untuk meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan guru sekolah.

2.0 TUJUANKursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak , nilai-nilai kerohanian dan keguruan , daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru . Pembinaan insan guru merupakan usaha yang berterusan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara

3.0 LATAR BELAKANG

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Pensiswazahan Guru KPelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat . Oleh itu , guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi . Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian . Melalui aktiviti yang dirancang , pelajar dapat mengenal diri yang sebenar (real-self) dan mampu mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia menangani pelbagai cabaran pendidikan arus globalisasi . Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan , ...... pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir , membina , membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

4.0 OBJEKTIF: Pengisian kurikulum BIG semester 6 ialah Bengkel Guru Inovatif yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri insan guru yang unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan khidmat dan bakti kepada masyarakat . Fokus utama bengkel ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar : Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan . Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

5.0 PERLAKSANAAN PROGRAM Program ini akan diadakan pada hari Sabtu bertarikh 22 November 2014 bermula jam 8.00 pagi.hingga 11 pagi.(3 jam)

6.0 TEMPAT PERLAKSANAAN Bilik Gerakan SK Kampung Senta 35500 Bidor Perak.

7.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru SK Kampung Senta seramai 13 orang8.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUKPengerusi: En. Othman bin Md AliTimb. Pengerusi 1: En. Shuhaili bin SallehTimb. Pengerusi 2:En. Mohd Mahadir bin ShafieeSetiausaha :Pn Noor a/p DollahPen. Setiausaha :Pn. Noordiana a/p HalaluddinBendahari:Pn Intan Zuliyati bt Bahari9.0 JAWATANKUASA PELAKSANABuku Program: En Mohd Azwan bin AnuarPA Sistem:En Moses a/l JSJ WilliamPersiapan Tempat: Cik Fazliyati bt Ibrahim Bahan bengkel :Cik Intan a/p Din DoiPenyediaan alatan ICT:Cik Shahalina bt Mohd ShaharJamuan:Pn Nur Alina Syuhada bt Abd Rahim :Cik Fadzleen Nur bt MyeorJurukamera: Pn Intan Zuliyati bt Bahari10. TENTATIF PROGRAM MasaAktivitiTindakan

8.00 pg-8.10 pg PendaftaranSemua guru

8.10 pg-8.20 pgSarapan pagi Semua guru

8.20 pg -11.20 pgBengkel Guru InovatifSemua guru

11.20 pagi Majlis penutup

11 SUMBER KEWANGAN

Kelab persatuan Guru dan Staf

12. PERBELANJAAN

BIL.PERKARAKUANTITIJUMLAH

1.Sarapan pagi

RM 2.50 x 13 orang guruRM 32.50

2.Kos bahan bengkel RM 2.00 x 13 orang guru

RM 26.00

JUMLAHRM 58.50

13. PENUTUP

Program bina insan guru ini merupakan salah satu komponen yang sangat penting. Ianya perlu didedahkan kepada semua insan yang bergelar guru. Diharapkan program sebegini mampu memberikan ketahanan fizikal dan mental serta jati diri guru dalam usaha melahirkan para pendidik yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada sistem pendidikan negara . Disahkan Oleh :

..................................................(Othman bin Md Ali)Guru Besar,SK Kg Senta35500 Bidor PerakDisediakan Oleh :

..................................................(Noor a/p Dollah)Setiausaha Bengkel,SK Kg Senta35500 Bidor Perak

5