bm sem 2

Upload: ayisy-hariz

Post on 19-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    1/28

    3.0 Petikan Artikel

    Nur, sudikah Nur menjadi isteri saya sedangkan kasih sayang dan cinta saya bukan untuk Nurlagi?,

    Soalan itu ditanya lagi ketika Fahrin bertandang ke rumah untuk mengambil dia ke butikpengantin. Apakah perlunya Fahrin bertanya soalan yang melukakan hatinya lagi? Dia memang

    sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi. Kesudiannya itulah yang

    meneguhkan tekadnya sehingga kini untuk meneruskan majlis pernikahan itu.

    Nur sentiasa sahaja sudi. Tetapi Nur rasa selayaknya soalan itu ditujukan untuk Fahrin. Sudikah

    Fahrin menjadi suami Nur?. Yang akan mengetuai hati ini melayari hidup. Sedangkan kasih dan

    cinta Fahrin tiada setitis pun untuk Nur.

    Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata Fahrin. Wajahnya berkerut

    menahan malu. Mungkin Fahrin tidak menyangka dalam diam dia mampu menyusun kata yang

    begitu indah.

    Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis mematikan persoalan Fahrin. Bukan main

    suka Aisya apabila diminta turut serta.

    Semasa di dalam kereta, mulut Aisya sahaja yang sibuk berceloteh dan Fahrin dengan senang

    hati melayan Aisya. Dia pula sekadar membuang pandangan di luar kereta.

    Semasa mereka di butik, dia memandang baju lace ungu muda itu dengan pandangan yang sayu.

    Baju yang khas ditempah untuk upacara membatalkan air sembahyang itu mengundang rawan

    sahaja.

    Sewaktu Fahrin membayar harga baju pengantin yang mahal itu, Nur dapat mencuri pandang

    sesuatu. Dan sesuatu itu yang telah mencacarmarbakan hatinya. Menambahkan racun di dalamkolam hatinya yang setiap hari bertambah kuat gelombang dan geloranya.

    Lalu hatinya yang dahulu tekad mulai kendur. Dia tidak setekad itu untuk menghancurlumatkanmana-mana hati demi kebahagian sendiri.

    Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini. Akhirnya ayat itu terluahjuga kepada Umi selepasdia sampai di rumah. Ayat yang tidak ternilai harganya.

    Mata Umi terbelalak besar.

    Nur demamkah?. Agaknya takut nak bernikah dengan Fahrin ya. Biasalah tu.

    Tidak umi.. Nur memotong kata umi dan saat itu air matanya mengucur turun. Mutiara jernih

    itu mengiringi ceritanya. Cerita duka hatinya.

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    2/28

    3.1 Bentuk Kata (Analisis)

    Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Proses

    pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk seperti berikut:

    1. Bentuk kata tunggal.

    2. Bentuk kata terbitan.

    3. Bentuk kata majmuk.

    4. Bentuk kata ganda.

    3.1.1 Bentuk Kata Tunggal

    Kata tunggal, jika dilihat dari segi persukuan kata, boleh mengandungi satu suku kata

    atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu

    vokal (V) atau beberapa konsonan. Konsonan demikian hadir sama ada di hadapan

    vokal atau di belakangnya atau di hadapan vokal dan dibelakangnya secara serentak.

    Contok kata tunggal dengan suku kata yang mempunyai berbagai-bagai bentuk

    susunan Kdan Vdalam petikan. (Bahasa Melayu)

    1) butik bu - tik

    KV KVK

    2) sudi su - di

    KV KV

    3) majlis maj - lis

    KVK KVK

    4) khas khas

    KKVK

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    3/28

    5) pandang pan - dang

    KVK KVKK

    Contoh perkataan dengan tiga suku kata:

    1) pengantin pe - ngan - tin

    2) gelombang ge - lom - bang

    3) dahulu da - hu - lu

    4) cerita ce - ri - ta

    5) sembahyang sem - bah - yang

    Contoh perkataan dengan empat suku kata:

    1) pernikahan per - ni - ka - han

    2) upacara u - pa - ca - ra

    3.1.2 Bentuk Kata Terbitan

    Kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses yang menambahkan

    atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata

    terbitan.

    Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas sementara

    imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyai kata dasar

    daripada jenis morfem bebas adalah seperti yang berikut: ber- + tandangdan soal+ -an.

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    4/28

    Ada beberapa bentuk kata seperti: men- +jadi, dan soal- + an yang terdiri

    daripada satu akar kata dan satu imbuhan. Perkataan-perkataan demikian telah sebati

    sehingga dianggap sebagai satu perkataan tersendiri.

    Proses pengimbuhan boleh juga berlaku pada kata dasar dariapda jenis kata

    terbitan, dan juga kata majmuk. Contoh perkataan yang mengandungi kata dasar

    daripada jenis kata terbitan dan kata majmuk ialah:

    a) Imbuhan dengan kata dasar terbitan:

    meN- + ambil mengambil

    meN- + susun menyusun

    meN- + pandang memandang

    meN- + undang mengundang

    b) Imbuhan dengan kata dasar majmuk:

    meN- + cacarmarba + -kan mencacarmarbakan

    meN- + hancur lumat + -kan menghancurlumatkan

    3.1.3 Bentuk Kata Majmuk

    Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata

    dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu

    unit dan lazimnya dieja terpisah.

    Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarangunsur antara unit-unitnya. Dalam bahasa Melayu kata majmuk dieja terpisah, tetapi

    terdapat beberapa kekecualian oleh sebab kelaziman penggunaan. Berikut ialah

    beberapa contoh kata majmuk yang lazim dan yang terkecuali:

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    5/28

    Bentuk lazim Bentuk kecual ian

    Kasih sayang Cacarmarba

    Butik pengantin Hancurlumat

    Senyum manis

    Air sembahyang

    3.1.4 Bentuk Kata Ganda

    Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses

    pengulangan ini sama ada melibatkan sekuruh kata dasar yang disebut penggandaaan

    penuh, atau melibatkan sebahagian kata dasar sahaja yang disebut penggandaan

    separa. Contoh penggandaan penuh di dalam petikan adalah seperti berikut:

    Bentuk Kata Ganda Penuh

    kata-kata

    mana-mana

    Bagaimanapun, contoh untuk kata ganda separa tidak terdapat dalam petikan ini.

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    6/28

    3.2 Golongan Kata

    3.2.1 Pendahuluan

    Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu

    berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria

    struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.

    Perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik

    kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan

    sebagao satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa,

    klausa, dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi yang dibentuk oleh perkataan

    yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa

    dan frasa.

    Dengan hal yang demikian, perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk

    bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstriuksi sintaksis, iaitu

    ayat, klausa, dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa

    subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Frasa predikat pula

    dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif

    (FA) dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasa utama.

    Frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif ialah frasa endosentrik; tiap-tiap frasa

    ini boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. Frasa

    nama, misalnya, mempunyau kata nama sebagai unsur intinya. Frasa sendi nama,

    sebaliknya, bukan frasa endosentrik tetapi frasa eksosentrikkerana tidak terdapat satu

    unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya; malah frasa sendi nama

    mengandungi dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama dan frasa nama. Perkataan yang

    menjadi unsur inti bagi frasa kerja pula ialah kata kerja (KK), dan perkataan yangmenjadi unsur inti bagi frasa adjektif (KA). Ini dapat dilambangkan melalui rajah-rajah

    berikut:

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    7/28

    a) FN

    KN

    kedai

    b) FK

    KK

    berjalan

    c) FA

    KA

    awal

    Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif, terdapat

    juga insur pilihan, iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahului ataupun mengikuti

    unsur-unsur inti itu. Contohnya seperti sebuahdan runcit dalam rajah 1), sedangdan

    cepat, dalam rajah 2), dan masihdan sangatdalam rajah 3) berikut:

    1) FN

    KN

    sebuah kedai runcit

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    8/28

    2) FK

    KK

    sedang berjalan cepat

    3) FA

    KA

    masih awal sangat

    Kata nama, kata kerja, dan kata adjektif bolehlah disebut golongan kata utama

    kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa

    adjektif. Selain tiga golongan kata utama ini, todak terdapt lagi perkataan-perkataan

    yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Bahkan perkataan-perkataan

    yang lain masuk ke dalam binaan frasa, klausa, dan ayat melalui perhubungannyadengan perkataan-perkataan dalam tiga golongan ini, ataupun berhubung dengan

    binaan frasa dan klausa secara langsung. Oleh itu, perkataan-perkataan, selain tiga

    golongan kata nama itu, boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata kolektif,

    disebut kata tugas, yang bersifat heterogen.

    Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat,

    iaitu:

    i. Kata nama.

    ii. Kata kerja.

    iii. Kata adjektif.

    iv. Kata tugas.

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    9/28

    3.2.2 Golongan Kata Nama

    Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan

    yang boleh menjadi unsur inti dalam binaanfrasa nama dan lazimnya kata ini

    menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.

    Golongan kata nama pula dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri

    semantik perkataannya, iaitu seperti yang berikut:

    Maksu ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang didukung oleh setiap

    perkataan yang tergolong dalam kata nama. Dengan berdasarkan makna demikian

    seluruh kata nama dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama khas,

    kata nama am, dan kata ganti nama.

    3.2.2.1 Kata Nama Khas

    Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan

    ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan,iaitu kaya nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula

    terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas

    hidup bukan manusia. Pembahagian kata nama khas boleh dijelaskan melalui rajah

    yang berikut:

    kata

    nama

    kata namakhas

    kata nama

    am

    kata gantinama

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    10/28

    Contoh di dalam petikan:

    1) Kata nama khas hidup

    a) Manusia

    a. Nur

    b. Fahrin

    c. Aisyah

    d. Umi

    b) Bukan manusia

    a. (tidak ada)

    2) Kata nama khas tak hidup

    a. (tidak ada)

    3.2.2.2 Kata Nama Am

    Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya.

    Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan

    kata nama am abstrak, seperti rajah berikut:

    kata nama

    khas

    hidup

    manusia

    bukan

    manusia

    tak hidup

    Kata nama

    am

    konkrit

    abstrak

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    11/28

    Contoh di dalam petikan:

    i) Kata nam am konkrit

    Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan.

    Contohnya:

    isteri kereta

    rumah baju

    majlis butik

    suami

    ii) Kata nama am abstrak

    Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau

    bukan kebendaan. Contohnya:

    cinta soalan

    hati kasih

    indah rawan

    harga

    3.2.2.3 Kata Ganti Nama

    Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama

    tunjuk dan kata ganti nama umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama

    diri pula boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama

    diri orang. Kata ganti nama orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama,

    kata ganti nama diri orang kedua , dan kata ganti nama orang ketiga. Penggolongan

    kecil kata ganti nama diperincikan seperti yang berikut:

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    12/28

    (i) Kata ganti nama tunjuk

    Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi mengarah kepada sesuatu

    perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama yang menunjuk kepada perkara atau

    benda disebut kata ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunuk pada tempat

    disebut kata ganti nama tunjuk tempat. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum,

    iaitu ini( menunjuk pada yang dekat ) dan itu( menunjuk pada yang jauh).

    Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini ( menunjuk pada arah

    dekat), situ( arah agak jauh ) dan sana( arah jauh ).

    (ii) Kata ganti nama diri

    Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara,

    atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:

    a) Kata ganti nama diri tanya.

    b) Kata ganti nama diri orang.

    Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal

    benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu

    siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang

    merujuk benda dan orang.

    kata ganti

    nama

    kata gantinama tunjuk

    kata gantinama diri

    kata ganti

    nama diri tanya

    kata gantinama diri

    orang

    pertama

    kedua

    ketiga

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    13/28

    Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia dan

    terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga.

    Contoh di dalam petikan adalah seperti berikut:

    Kata ganti nama diri orang pertama : saya

    Kata ganti nama diri orang kedua : tiada dalam petikan

    Kata ganti nama diri orang ketiga : dia, -nya

    3.2.3 Golongan Kata Kerja

    Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapt menjadi unsur inti

    dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapt dibahagikan kepada dua kumpulan,

    iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi

    kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

    Kata kerja transitif pula dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam

    ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif. Penggolongan ini dapat

    digambarkan melalui rajah berikut:

    kata kerja

    kata kerja taktransitif

    takberpelengkap

    berpelengkap

    kata kerjatransitif

    aktif

    pasif

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    14/28

    3.2.3.1 Kata Kerja Tak Transitif

    Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek

    sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh

    pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu, kata

    kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak

    transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

    Contoh kata kerja tak transitif dalam petikan:

    i) kata kerja tak transitif tak berpelengkap

    bertanya mengetuai

    melayari menyusun

    berceloteh memandang

    ii) kata kerja tak transitif berpelengkap

    bertanya (soalan)

    mengetuai (hati)

    melayari (hidup)

    membuang (pandangan)

    memandang (baju)

    3.2.3.2 Kata Kerja Transitif

    Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang

    disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja

    dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif.

    Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima

    awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan ataui. Kata kerja transitif yang wujud

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    15/28

    dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau

    perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

    Contoh ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif:

    Apakah perlunya Fahrin bertanya soalan yang melukakan hatinya lagi?

    Contoh ayat pasif yang mengandungi kata kerja transitif

    Baju yang khas ditempah untuk upacara membatalkan air sembahyang itu

    mengundang rawan sahaja.

    3.2.4 Golongan Kata Adjektif

    Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dala binaan frasa

    adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Namun kata

    adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan

    berdasarkan makna perkataan-perkataanya, iaitu:

    Kata adjektif sifatan

    Kata adjektif warna

    Kata adjektif ukuran

    Kata adjektif bentuk

    Kata adjektif pancaindera

    o Rasa

    o Pandang

    o Dengar

    o Bau

    o Sentuh

    Kata adjektif waktu Kata adjektif cara

    Kata adjektif perasaan

    Kata adjektif jarak

    .............................................................................................................................................

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    16/28

    3.2.5 Golongan Kata Tugas

    Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersidat pelbagai jenis atau heterogen,

    iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-beza tetapi

    mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa

    endosentrik, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

    Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas ini masuk ke dalam binaan ayat

    sama ada melalui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata

    nama dan kata adjektif, ataupun melalui perhubungan secara langsung dengan binaan

    frasa atau klausa tertentu

    Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung

    sesuatu tugas sintaksis tertentu, iaitu sama ada sebagai penghubung, penerang,

    penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atupun tugas-

    tugas yang lain lagi. Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, maka kata tugas boleh

    dikenal pasti sebagai yang berikut: (contoh di dalam petikan)

    a) kata hubung : dan

    b) kata seru : (tiada)

    c) kata tanya : apakah, sudikah

    d) kata perintah : mahu

    e) kata pangkal ayat: (tiada)

    f) kata bantu : (tiada)

    g) kata penguat : (tiada)

    h) kata penegas : juga

    i) kata nafi : tidak, bukan

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    17/28

    j) kata pemeri : (tiada)

    k) kata sendi nama : di, ke, dengan

    l) kata pembenar : (tiada)

    m) kata bilangan : mana-mana

    n) kata arah : dalam

    o) kata adverba : (tiada)

    p) kata pembenda : -nya

    q) kata penekan :-nya

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    18/28

    4.0 Lima ayat yang dipilih bagi tujuan analisa frasa, bentuk dan rajah pohon struktur

    ayat tersebut:

    4.1 Analisa aspek frasa dan bentuk kata

    > Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?

    Subjek

    Frasa Nama,

    FN

    Predikat Frasa Kerja

    Kata kerja Frasa NamaKata tanya (Kata nama)

    Sudikah Fahrin menjadi suami Nur

    Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?

    Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar olehkeluarga Fahrin lagi.

    Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata Fahrin.

    Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manismematikan persoalan Fahrin.

    Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini.

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    19/28

    > Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi.

    Subjek Penerang Predikat Penerang

    Kata kerja Frasa namaKata

    ganti

    nama

    Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga

    Fahrin lagi

    > Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata Fahrin.

    Subjek

    Frasa Nama

    FN

    (Kata nama)

    Predikat

    Frasa kerja

    FK

    Penerang

    Kata kerja Kata

    hubung

    Kata kerja

    Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-

    kata Fahrin

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    20/28

    > Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis mematikan persoalan

    Fahrin.

    Subjek

    Frasa nama

    FN

    Predikat

    Frasa kerja

    FK

    Penyambut

    Keterangan

    waktu

    Kata

    nama

    Kata

    penegas

    Kata

    kerja

    Kata

    sendi

    nama

    Kata

    nama

    Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum

    manis

    mematikan

    persoalan Fahrin.

    > Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini.

    Subjek

    Frasa nama

    FN

    Predikat

    Frasa kerja

    FK

    Kata nama Kata kerja Kata nama

    Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini.

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    21/28

    4.2 Rajah Pohon

    1.> Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?

    Ayat

    Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?

    Subjek,FN Predikat, FK

    Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?

    Kata Tanya Kata Nama Kata Kerja Kata Nama

    Sudikah Fahrin menjadi suami Nur?

    Kata Nama Am Kata Nama Khas

    Suami Nur

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    22/28

    2.> Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga Fahrin

    lagi.

    Ayat

    Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga Fahrin lagi.

    Subjek, FN Predikat, FK Penerang

    Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin sejak dilamar oleh keluarga

    Fahrin lagi

    Kata Ganti Nama Penerang Kata Kerja Kata Nama

    Dia memang sudi menjadi isteri Fahrin

    Kata Penegas Kata Perintah Kata Nama Am Kata Nama Khas

    memang sudi isteri Fahrin

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    23/28

    3.> Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata Fahrin.

    Ayat

    Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata Fahrin

    Subjek,FN Predikat, FK Penerang

    Fahrin terkulat-kulat dan terdiam apabila dia membalas kata-kata

    Fahrin

    Kata Adverba Kata hubung Kata Kerja

    terkulat-kulat dan terdiam

    Kata Hubung Kata Ganti Nama Kata Kerja Kata Ganda Kata Nama Khas

    apabila dia membalas kata-kata Fahrin

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    24/28

    4.> Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis mematikan persoalan Fahrin.

    Ayat

    Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis mematikan persoalan Fahrin.

    Subjek, FN Predikat, FK Penyambut

    Waktu itu, Aisya pula muncul dengan senyum manis mematikan persoalan

    Fahrin

    Keterangan Waktu Kata Nama Khas

    Waktu itu, Aisya

    Kata Kata Kata Kata Kata

    Penegas Kerja Sendi Kerja AdjektifNama

    pula muncul dengan senyum manis

    Kata Kerja Kata Nama Am Kata Nama Khas

    mematikan persoalan Fahrin

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    25/28

    5.> Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini.

    Ayat

    Umi, Nur mahu batalkan pernikahan ini.

    Kata Nama Khas Subjek, FN Predikat, FK

    Umi Nur mahu batalkan pernikahan ini

    Kata Bantu Ragam Kata Kerja Kata Nama Am Kata Penegasmahu batalkan pernikahan ini

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    26/28

    Refleksi

    Nama : Ayisy Hariz bin Sukiman.

    No. K/P : 921027-01-6069

    Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah

    kurniaNya, dapatlah saya dan rakan sekumpulan saya, Tan Guo Liang menyiapkan

    satu tugasan di bawah subjek Bahasa Melayu 1 yang diberi tajuk mengenai morfologi,

    sintaksis, dan analisis bentuk dan golongan kata pada satu petikan. Dalam tugasan ini,

    saya dan rakan seperjuangan saya perlu menghasilkan dan mengumpul maklumat

    yang berkaitan definisi morfologi dan sintaksis, jenis-jenis frasa dan klausa serta

    menganalisis bentuk kata serta golongan kata yang terdapat pada satu petikan yang

    dipilih. Dalam usaha untuk mendapatkan maklumat yang terbaik daripada yang baik

    untuk digunapakai dalam tugasan ini, saya telah menghadapi berbagai-bagai masalah

    yang sedikit sebanyak mengganggu gugat kelancaran penghasilan tugasan ini.

    Pada hari pertama dimana saya dan rakan saya menerima tugasan ini, saya

    telah pun menerima cubaan yang pertama kerana saya menghadapai kesukaran untuk

    memahami kehendak soalan yang ditujukan meskipun telah diberi penerangan yang

    insentif oleh pensyarah pembimbing, Encik Aminuddin bin Mamat. Namun demikian,setelah dikaji dengan lebih mendalam dan mendapatkan keterangan lanjut daripada

    pensyarah pembimbing serta berdiskusi dengan rakan-rakan sekelas, saya mula

    memahami apa yang dikehendaki oleh soalan tersebut dan mula membuat senarai

    semak kerja berjadual bagi memudahkan pengurusan masa saya untuk mencari bahan

    bagi menyiapkan tugasan ini. Saban hari saya pergi ke Jabatan Bahasa Melayu dan

    bertanyakan pensyarah-pensyarah untuk mendapatkan bimbingan daripada mereka.

    Alhamdulillah, mereka tidak banyak soal dan lokek ilmu untuk dikongsi serta

    memberikan maklumat-maklumat yang berharga buat saya.

    Masalah kedua yang terpaksa ditempuhi adalah tempoh masa yang terlalu

    singkat turut menjadi igauan. Walaupun tempoh yang diberikan adalah selama satu

    bulan, namun terdapat banyak lagi tugasan lain yang datangnya daripada pensyarah-

    pensayarah pelbagai jabatan, yang mana tugasan-tugasan tersebut turut perlu

  • 5/28/2018 BM Sem 2

    27/28

    disiapkan dalam tempoh ataupun masa yang hampir sama dengan tugasan Bahasa

    Melayu 1 ini. Namun demikian, dengan adanya jadual kerja yang tersusun, masalah

    kekurangan masa ini dapat saya atasi dengan sebaik mungkin.

    Antara buku yang menjadi rujukan utama saya ialah buku Dewan Tatabahasa

    edisi baharu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah dikarang oleh Prof.

    Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof. Dr. Farid M. Onn, Prof. Hasyim Haji Musa

    dan Prof. Abdul Hamid Mahmood. Buku ini saya rujuk di perpustakaan Institut

    Perguruan Kampus Kota Bharu disamping meminjamnya dari seorang pelajar senior

    institut ini. Buku ini merupaka sumber utama rujukan kepada sesiapa yag ingin

    mendalami bahasa Melayu di Malaysia mahupun seantero dunia.

    Selain itu, terdapat juga buku rujukan lain yang saya gunakan dalam

    menghasilkan kerja kursus ini. Antara buku-buku tersebut ialah buku Bahasa Melayu 1

    yang dikarang oleh Dr. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. Buku ini menjadi pilihan saya kerana

    sukatan yang ada didalamnya mengikut bab-bab yang saya pelajari semasa mengikuti

    kursus program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bahagian Pendidkan Guru,

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Tambahan pula saya turut mengambil sumber

    maklumat dari internet menerusi laman-laman web berkaitan bahasa Melayu seperti

    laman webhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Golongan_kata_(bahasa_Melayu) .

    Dalam penyedian maklumat pula, saya tidak banyak banyak menghadapi

    masalah yang ketara kerana proses pencarian bahan rujukan dilakukan bersama-sama

    dengan rakan sekumpulan seperti maklumat bertulis. Cuma yang menjadi

    permasalahan adalah ketika menganalisis dan mengkaji petikan serta bentuk-bentuk

    dan golongan-golongan kata yang terdapat di dalam petikan yang dipilih. Akhirnya saya

    mendapatkan maklumat daripada pensyarah pembimbing saya untuk mendalami dan

    mentafsir perkara-perkara berikut. Tidak lupa juga saya mendapatkan sumbang sarandaripada pelajar-pelajar senior. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada

    mereka.

    Secara jujurnya, saya mendapat banyak ilmu dan input berkaitan bentuk kata

    dan golongan kata dan analisis terhadap petikan yang dipilih. Ilmu-ilmu ini sangat

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Golongan_kata_(bahasa_Melayu)http://ms.wikipedia.org/wiki/Golongan_kata_(bahasa_Melayu)http://ms.wikipedia.org/wiki/Golongan_kata_(bahasa_Melayu)http://ms.wikipedia.org/wiki/Golongan_kata_(bahasa_Melayu)
  • 5/28/2018 BM Sem 2

    28/28

    bernilai dan sayang sekiranya tidak dimanfaatkan pada masa yang akan datang. Oleh

    yang demikian, saya berharap dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari sepanjang

    proses menghasilkan tugasan ini dalam kehidupan sehari-hari saya di masa hadapan.

    Saya juga berharap alangkah indahnya sekiranya ilmu yang diperolehi ini dapat

    dikongsi bersama-sama dengan anak-anak murid saya ketika bergelar seorang guru

    suatu hari nanti disamping berkongsi dengan masyarakat.

    Tugasan ini saya dapat siapkan adalah hasil dorongan daripada dorongan ibu

    bapa, para pensyarah serta bantuan daripada rakan-rakan seperjuangan. Saya amat

    berharap agar apa yang saya dan rakan sekumpulan saya hasilkan ini dapat menjawab

    dan menepati kehendak soalan dan dapat menghasilkan skrip amali berdasarkan kertas

    kerja dengan jayanya. Di akhir coretan refleksi ini, saya menyusun sepuluh jari

    memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap saya, kekurangan dan

    sebarang kelemahan dalam tugasan ini. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang

    terlibat secara langsung mahupun tidak ketika proses menghasilkan tugasan ini.