bmk

14
TEORI BEHAVIORIS

Upload: carlyn-bong

Post on 04-Oct-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

  • TEORIBEHAVIORIS

  • Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

  • PROSES Apabila menjalankan proses kaunseling, seperti yang terdapat dalam sistem kaunseling yang lain, kaunselor behaviorisme mesti juga menunjukkan kemahirannya dalam perkara-perkara berikut, iaitu :mendengar dengan tepatmenghargai kliennyasikap menerimamemahami bahawa klien seorang yang uniktidak membuat andaian awal terhadap klienMempamerkan satu hubungan yang mesra dan empati dengan klienMenganggap setiap individu adalah baik

  • Klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang, memproses dan menilai program pengurusan tingkah laku dirinya. Kaunselor behaviorisme akan cuba melupuskan bermacam-macam tingkah laku yang selama ini dianggap maladaptif, dan di samping itu, klien pula mempelajari tingkah laku yang adaptif yang akan berterusan sebagaimana yang telah dirancang.Tugas kaunselor ialah menggalak dan membantu kliennya membuat perubahan.

  • Untuk melaksanakan proses kaunseling behaviorisme ini, kaunselor mestilah mendapat latihan dan pengalaman dalam modifikasi tingkah laku manusia, dan sanggup menjadi konsultan, guru, penasihat, pemberi peneguhan dan menjadi fasilitator.Dari segi sahsiah, kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri mesra, ingin memahami, sedia menolong dan ikhlas.

  • TEKNIKSystematic desensitizationTeknik yang diperkenalkan oleh Wolpe(1958).Digunakan untuk klien yang mempunyai kebimbangan melampau terhadap satu keadaan, individu atau objek yang disifatkan oleh klien sebagai satu yang ditakuti.Langkah pertama Relaksasi. Relaksasi perlu diajar kepada klien untuk bertindak balas terhadap kebimbangan.

  • Langkah kedua anxiety hierachies. Menilai dan meneroka peristiwa yang menyebabkan kebimbangan dan disusun mengikut tahap kebimbangan.Langkah ketiga desensitization. Klien dikehendaki berimaginasi dan membangkitkan situasi yang menjadi kebimbangan dalam keadaan tenang.Perkara ini diulang dan dipraktikkan dengan beransur-ansur supaya relaksasi dapat diseiringkan dengan ketakutan atau kebimbangan tersebut sehingga klien merasakan semakin selesa.

  • Imaginal floodingTidak dilakukan secara beransur-ansur.Klien didedahkan dengan imej mental berkaitan dengan ketakutan atau kebimbangan tersebut sehingga ketakutan atau kebimbangan akan berkurangan sedikit demi sedikit.Keadaan atau peristiwa yang didedahkan kepada klien bukanlah keadaan sebenar, ia adalah berbentuk imaginasi sahaja yang mana klien hanya perlu membayangkannya di dalam minda.

  • 3) In VivoMerujuk kepada situasi sebenar.Dua jenis pendekatan yang digunakan untuk merangsang ketakutan secara berperingkat ialah dengan menggunakan dua teknik di awal tadi iaitu systematical desensitization dan imaginal flooding.Klien juga mempraktikkan teknik relaksasi yang mana klien akan berusaha mengubah ketakutan dalam bentuk imej kepada situasi sebenar dalam mengatasi rasa bimbang dan takut yang dialami.

  • 4) ModelingSatu teknik terapeutik yang berlaku apabila klien memerhatikan tingkah laku orang lain dan meniru tingkah laku tersebut.Terdapat lima fungsi asas modeling iaitu mengajar, mentangkas, motivasi, mengurangkan kebimbangan dan menawarkan.Proses modeling boleh berlaku berdasarkan lima fungsi asas dan dikombinasikan untuk membentuk lima jenis modeling iaitu live, symbolic, role-playing, participant dan covert modeling.

  • 5) Cognitive Behavioral (Tingkah Laku Kognitif)Dapat dibahagikan kepada dua.Self-instructionalMerupakan satu pendekatan untuk pengurusan kendiri yang diperkenalkan oleh Donald Meichenbaum. Pendekatan ini merupakan satu cara untuk individu mengajar diri mereka bagaimana berhadapan dengan tekanan secara berkesan.

  • ii) Inokulasi tekananKlien disuntik atau dicampakkan dengan rangsangan dan diberi sedikit tekanan sistem biologikal individu.Dengan itu, individu atau klien akan berjaya mengatasi ketakutan meraka yang mana tekanan tersebut dapat mengubah kepercayaan atau cara pemikiran.

  • KelebihanTerapi tingkah laku memberi perhatian terhadap perkara yang spesifik. Kaunselor membantu klien dalam merangka pelan tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, bukan sekadar bercakap mengenainya. Terapi tingkah laku menitikberatkan kajian dan uijian terhadap keputusan diagonis yang dijalankan bersama klien.

  • Kekurangan Terapi tingkah laku merupakan satu pendekatan klinikal yang digunakan untuk melihat kepelbagaian gangguan dalam pelbagai keadaan. Gangguan kebimbangan, tekanan, gangguan pemakanan, gangguan seksual dan gangguan-gangguan lain yang berkaitan berjaya menggunakan pendekatan ini. Prosedur tingkah laku juga merangkumi perkembangan ketidakupayaan, gangguan mental, pendidikan dan pendidikan khas, psikologi komuniti, psikologi klinikal, penagihan, perniagaan, pengurusan diri, psikologi sukan dan gerontologi.