cara menghapuskan nyamuk aedes

2
Fakta: Cara-cara membasmi pembiakan nyamuk Aedes Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk yang sangat be Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitan Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Ant cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air dibiarkan. Tempat-tempat tersebut adalah seperti di dalam tempayan, bunga, dan kolam mandi. Selain itu, tutup semua bekas simpanan air dengan rapat untuk menceg daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpu dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam. Saluran bumbung juga bolehmenakungkan air yang akan menjadi tempat pembiakan nyamuk. leh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu s untuk membersihkan dedaun yang menyekat air daripada mengalir. !kan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes ker seperti ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. leh itu, pel ikan-ikan ini dalam tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan nyam Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes. "usteru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat ya menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Upload: izzi-izhan

Post on 04-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Fakta: Cara-cara membasmi pembiakan nyamuk AedesDemam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Antara cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang dibiarkan. Tempat-tempat tersebut adalah seperti di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi.

Selain itu, tutup semua bekas simpanan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.

Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan dedaun yang menyekat air daripada mengalir.

Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana ikan seperti ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. Oleh itu, peliharalah ikan-ikan ini dalam tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes.

Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

KEJUTAN MAJLIS HARI LAHIRPada hari Sabtu yang lepas, keluarga saya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir saya yang ke-12 tahun. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang terletak di Taman Indah Putra. Ibu saya sibuk membuat persiapan di ruang tamu. Antaranya menggantung belon yangberwarna-warni dan juga menyusun kerusi dan meja. Saya pula membantu kakak menghidangkan pelbagai jenis makanan. Ramai tetamu yang telah diundang hadir untuk memeriahkan majlis hari lahir saya. Masanya telah pun tiba. Ahli keluarga saya dan rakan-rakan menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk saya. Saya pun memotong kek yang dibuat oleh ibu. Mereka turut memberikan hadiah kepada saya. Kemudian, kami pun menikmati pelbagai juadah yang terhidang di atas meja. Ketika saya sedang leka menjamu selera, saya telah dikejutkan dengan alunan muzik yang cukup indah. Tiba-tiba, penyanyi yang menjadi idola saya muncul sambil menyanyikan sebuah lagu yang sangat saya minati. Saya menitiskan air mata kerana begitu terharu dengan kejutan tersebut. Ibu bapa saya juga telah membuat kejutan dalam majlis hari jadi saya. Ibu bapa saya memberikan sebuah hadiah yang sangat saya idam-idamkan. Hadiah tersebut ialah sebuah telefon pintar jenama iphone 5. Saya sangat bersyukur kerana memperoleh hadiah istimewa itu. Walaupunkepenatanmelayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan berpuas hati dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Majlis ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya.