ceilli sample questions - set 3 (bm)

13
Ceilli Sample Questions (BM) Set 3 Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013 Prepared by: Agency Training & Development Page 1 1. Sila pilih kombinasi yang menggambarkan ciri-ciri Bon Kerajaan. I. Bon Kerajaan adalah dijamin oleh kerajaan. II. Memberi perlindungan yang baik terhadap inflasi. III. Bon Kerajaan digunakan oleh kerajan untuk meminjam wang dari orang awam. IV. Bon Kerajaan digunakan oleh kerajan untuk meminjam wang dari sektor swasta. A. I & II sahaja B. I & III sahaja C. II & IV sahaja D. I & IV sahaja 2. Kesemua berikut adalah merupakan tugas-tugas pemegang amanah bagi pelabur-pelabur unit amanah, KECUALI A. Memastikan pengurus dana mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam surat ikatan amanah. B. Bertindak secara wajar demi melindungi kepentingan pemegang unit. C. Menyimpan secara amanah kesemua dana dan harta yang terkumpul bagi pihak pelabur. D. Mengurus dan mentadbir portfolio pelaburan, pembelian dan penjualan saham unit-unit amanah tersebut. 3. Selain daripada caj pengurusan pelaburan, apakah caj-caj lain yang dikenakan terhadap polisi berkait pelaburan premium tunggal? I. Bayaran Polisi II. Bayaran Pengurusan dan caj mortaliti III. Caj insurans A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. I, II dan III sahaja 4. Bayaran polisi yang dikenakan ke atas pemilik polisi insurans hayat berkait pelaburan adalah untuk menampung A. Kos mortaliti bagi polisi insurans hayat berkait pelaburan. B. Perbelanjaan mentadbir dan mengeluarkan polisi insurans hayat berkait pelaburan. C. Bayaran pengurusan yang dikenakan oleh pengurus dana profesional. D. Harga bagi setiap unit yang dibeli di bawah polisi insurans berkait pelaburan. SET 3: CONTOH-CONTOH SOALAN CEILLI

Upload: santeni-ram

Post on 30-Nov-2015

466 views

Category:

Documents


157 download

DESCRIPTION

sa

TRANSCRIPT

Page 1: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 1

1. Sila pilih kombinasi yang menggambarkan ciri-ciri Bon Kerajaan.

I. Bon Kerajaan adalah dijamin oleh kerajaan. II. Memberi perlindungan yang baik terhadap inflasi. III. Bon Kerajaan digunakan oleh kerajan untuk meminjam wang dari orang awam. IV. Bon Kerajaan digunakan oleh kerajan untuk meminjam wang dari sektor swasta. A. I & II sahaja B. I & III sahaja C. II & IV sahaja D. I & IV sahaja

2. Kesemua berikut adalah merupakan tugas-tugas pemegang amanah bagi pelabur-pelabur unit

amanah, KECUALI

A. Memastikan pengurus dana mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam surat ikatan

amanah.

B. Bertindak secara wajar demi melindungi kepentingan pemegang unit.

C. Menyimpan secara amanah kesemua dana dan harta yang terkumpul bagi pihak pelabur.

D. Mengurus dan mentadbir portfolio pelaburan, pembelian dan penjualan saham unit-unit

amanah tersebut.

3. Selain daripada caj pengurusan pelaburan, apakah caj-caj lain yang dikenakan terhadap polisi

berkait pelaburan premium tunggal?

I. Bayaran Polisi

II. Bayaran Pengurusan dan caj mortaliti

III. Caj insurans

A. I dan II sahaja

B. I dan III sahaja

C. II dan III sahaja

D. I, II dan III sahaja

4. Bayaran polisi yang dikenakan ke atas pemilik polisi insurans hayat berkait pelaburan adalah

untuk menampung

A. Kos mortaliti bagi polisi insurans hayat berkait pelaburan.

B. Perbelanjaan mentadbir dan mengeluarkan polisi insurans hayat berkait pelaburan.

C. Bayaran pengurusan yang dikenakan oleh pengurus dana profesional.

D. Harga bagi setiap unit yang dibeli di bawah polisi insurans berkait pelaburan.

SET 3: CONTOH-CONTOH SOALAN CEILLI

Page 2: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 2

5. Pulangan ke atas keuntungan di bawah Polisi Insurans Hayat Berkait Pelaburan:

I. Tidak dijamin

II. Dijamin

III. Berkait-rapat dengan prestasi dana pelaburan yang dikendalikan oleh Syarikat Insurans

IV. Turun naik mengikut harga unit pelaburan di pasaran

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

6. Caj Serahan di bawah polisi insurans hayat berkait pelaburan

A. Akan ditolak daripada nilai-nilai unit pada masa serahan dibuat.

B. Akan ditolak daripada nilai-nilai unit pada masa polisi berkuat-kuasa.

C. Hanya digunakan terhadap polisi yang tiada peruntukan seragam.

D. Mewakili pebelanjaan awal yang ditanggung dan telah dikutip.

7. Di antara dana-dana pelaburan berikut, dana yang manakah kebiasaanya mempunyai

peruntukan membenarkan pengurus dana menangguhkan tarikh penebusan unit pelaburan,

sehingga 12 bulan kecuali berlakunya kematian.

A. Dana Hartanah C. Dana Ekuiti

B. Dana Terurus D. Dana Bon Kerajaan

8. Kesemua kenyataan di bawah adalah benar KECUALI:

A. Polisi Berkait Pelaburan berkait rapat dengan prestasi pelaburan.

B. Apabila polisi berkuat-kuasa, pelaburan pemilik polisi akan berkembang.

C. Pengurus Dana akan memastikan bahawa polisi berkait pelaburan dilindungi dari pasaran

yang tidak menentu.

D. Polisi Berkait Pelaburan hanya menyediakan perlindungan sahaja.

9. Di bawah Polisi Insurans Hayat Berkait Pelaburan, jika pemilik polisi membuat bayaran

premium secara tetap kepada Syarikat Insurans, ianya dipanggil:

A. Pelan Premium Tetap C. Pelan Tambah Nilai

B. Pelan Tahunan dengan Pembaharuan D. Pelan Premium Tunggal

10. Di bawah Polisi Insurans Hayat Berkait Pelaburan, pemilik polisi dibenarkan membuat

pengeluaran melalui

A. Bilangan unit melalui pembatalan unit-unit sahaja.

B. Amaun yang tetap sahaja melalui pengurangan nilai hayat yang diinsuranskan.

C. Bilangan unit atau amaun tetap melalui pengurangan nilai hayat yang diinsuranskan.

D. Bilangan unit atau amaun tetap melalui pembatalan unit-unit.

Page 3: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 3

11. Di antara berikut, yang manakah menggambarkan manfaat polisi berkait pelaburan?

A. Manfaat polisi adalah dijamin.

B. Manfaat polisi hanya dibayar apabila berlaku kematian atau hilang upaya.

C. Manfaat polisi bergantung kepada jangka masa hayat syarikat insurans.

D. Manfaat polisi berkait-rapat dengan prestasi pelaburan aset yang diperuntukkan.

12. Bayaran pentadbiran, caj insurans, yuran pengurusan dana dan yang sepertinya di bawah

polisi insurans hayat berkait pelaburan adalah

A. Dijamin.

B. Tidak tertakluk kepada pindaan.

C. Tertakluk kepada perubahan selepas mendapat notis bertulis dari syarikat insurans.

D. Merupakan bayaran dikenakan terdahulu.

13. Salah satu daripada kenyataan di bawah berkaitan Stok Debentur adalah SALAH:

A. Ianya adalah pinjaman tidak berjamin untuk syarikat. B. Jika tidak mampu bayar, pelabur boleh menjual harta milik syarikat untuk mendapatkan

balik modal pelaburan. C. Pemegang amanah dilantik untuk menerbitkan stok. D. Syarikat boleh memilih untuk membayar balik stok debentur lebih awal dari tempoh yang

ditetapkan.

14. Pada pendapat anda, mengapakah pelanggan masa kini tidak begitu berminat untuk melabur?

I. Keadaan ekonomi sejak 15 tahun kebelakangan ini menyebabkan mereka berbelah bahagi

untuk membuat pelaburan.

II. Menyaksikan banyak institusi kewangan terkemuka mengalami kerugian sejak beberapa

tahun kebelakangan ini.

III. Orang ramai tidak boleh memasuki pasaran saham.

IV. Ramai pelabur mengalami kerugian sebab berlakunya krisis kewangan.

A. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja

15. Salah nyata yang membawa kepada pemilik polisi dipujuk untuk memberhentikan polisi sedia

ada atau menjadikan suatu polisi itu jelas dibayar dan kemudiannya membeli satu polisi baru

dari syarikat insurans lain atau dari syarikat yang sama untuk mendapatkan pendapatan yang

lebih dikenali sebagai

A. Pemindahan. C. Pembelitan.

B. Pembatalan. D. Pertukaran

Page 4: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 4

16. Harga tawaran di bawah Polisi Insurans Hayat Berkait Pelaburan adalah

A. Harga unit pelaburan yang ditawarkan untuk jualan oleh syarikat insurans

B. Harga unit pelaburan yang dibeli oleh syarikat insurans.

C. Juga dikenali sebagai harga bida

D. Jumlah yang ditetapkan di sepanjang tempoh polisi.

17. Undang-undang yang mengawal perniagaan insurans hayat berkait pelaburan yang juga

mengawal lain-lain bentuk perniagaan insurans hayat ialah:

I. Akta Insurans, 1996 dan peraturannya

II. Akta Syarikat, 1965

III. Akta Kontrak, 1950

IV. Akta Pengangkutan, 1985

A. I dan II sahaja C. I, II dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja

18. Kemudahan “pemindahan” di bawah polisi insurans hayat berkait pelaburan adalah amat

berguna bagi:

A. Perancangan kewangan bagi pemilik polisi.

B. Perancangan keuntungan bagi syarikat insurans.

C. Perancangan jualan bagi pengurus dana.

D. Pengurusan aset bagi pemegang amanah.

19. Di bawah Kaedah Dua Harga, jika polisi premium tunggal:

A. Hanya satu harga dinyatakan, samada pemilik polisi membeli atau menjual unit-unit

pelaburan.

B. Harga bida lebih tinggi dari harga tawaran.

C. Pemilik polisi membeli unit pada harga tawaran dan menjual pada harga bida.

D. Pemilik polisi membeli unit pada harga syarikat insurans dan menjual pada harga syarikat

insurans.

20. Undang-undang utama yang mengawalselia cukai pendapatan di Malaysia ialah:

A. Akta Cukai Pendapatan, 1967 C. Akta Kontrak, 1950

B. Akta Syarikat, 1965 D. Akta Insuranst, 1996

21. Memandangkan banyak perubahan di dalam persekitaran pasaran, kebanyakan syarikat

insurans menjual produk-produk mereka berasaskan:

A. Orientasi Jualan C. Orientasi Pasaran

B. Jualan Paksa D. Produk yang pelbagai

Page 5: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 5

22. Apabila pengguna telah menyedari tentang kewujudan dan ancaman risiko, peluang serta

keperluan memiliki produk yang boleh memenuhi keperluannya, terma ini digunakan dalam proses

membuat keputusan belian pelanggan, dikenali sebagai:

A. Mencari dan mengumpul maklumat C. Pengesanan masalah

B. Mengenalpasti masalah D. Penilaian masalah

23. Terma yang digunakan di dalam pemasaran di mana keputusan dan penilaian dibuat melalui

pelan dan membuat apa-apa perubahan yang difikirkan wajar adalah:

A. Pelan C. Kawalan

B. Matlamat Jualan D. Strategi Jualan

24. Borang Carian Maklumat Pelanggan oleh konsultan insurans hayat berkait pelaburan

sepatutnya membekalkan jawapan kepada persoalan yang manakah di antara berikut?

A. Apakah tabiat pelanggan?

B. Apakah keterangan diri peribadi pelanggan dan tanggungannya?

C. Apakah reputasi pelanggan?

D. Apakah hartanah yang dimiliki oleh pelanggan?

25. Ejen mempunyai tanggungjawab moral terhadap pelanggan untuk:

A. Mendidik pelanggan menjadi pakar dalam pelaburan.

B. Mencadangkan pelanggan membuat pelaburan dalam dana tertentu.

C. Mendidik pelanggan tentang prinsip-prinsip asas yang penting dalam pelaburan.

D. Membuat keputusan bagi pihak pelanggan.

26. Apakah yang perlu dilakukan oleh ejen demi memastikan pelanggan menerima nasihat

pelaburan yang bersesuaian?

A. Memastikan kombinasi objektif yang tepat dan analisa risiko dibuat dengan teliti dan

menyeluruh.

B. Menerangkan kepada pelanggan tentang kepelbagaian pelaburan yang boleh dipilih.

C. Menggalakkan pelanggan membuat pinjaman modal supaya boleh dilaburkan dalam dana

yang terjamin.

D. Memastikan nasihat yang diberi akan memberi kebaikan kepada ejen dan syarikat

insurans.

27. Opsyen Panggilan memberi hak kepada pemilik unit untuk:

A. Membeli C. Tidak Membeli

B. Menjual D. Tidak Menjual

Page 6: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 6

28. Unit Amanah adalah:

A. Urusan dua hala di antara pelabur dan pengurus dana

B. Urusan dua hala di antara pelabur dan pemegang amanah

C. Urusan tiga hala di antara pelabur, pemegang amanah dan pengurus dana

D. Urusan tiga hala di antara pelabur, pemegang amanah dan penyelia penguasaan

29. Dana berkait pelaburan boleh disusun mengikut dua cara iaitu

A. Unit-unit Warrant dan unit-unit hak

B. Unit-unit pelaburan dan Pengagihan unit-unit

C. Pengumpulan unit-unit dan Pengagihan unit-unit

D. Unit-unit Terma dan unit-unit Anuiti

30. Adam menetap di UK dan beliau tertarik dengan polisi insurans hayat berkait pelaburan yang

anda beli ketika beliau datang bercuti di Malaysia. Adam kini berada di London dan dia

bercadang untuk membeli pelan yang serupa dengan polisi anda. Apakah pelan yang perlu

disebut beliau apabila bertemu ejen?

A. Pelan Insurans Hayat Berkait Pelaburan C. Pelan Insurans Hayat Variabel

B. Pelan Insurans Hayat Berkait Variabel D. Pelan Insurans Hayat Berkait Unit

31. Pelan Kesihatan Kekal Berkait Pelaburan:

I. Menyediakan pendapatan hilang upaya.

II. Mempunyai nilai tunai.

III. Tiada nilai tunai.

IV. Harga lebih kompetetif berbanding dengan produk tradisional insurans hayat dengan

keuntungan.

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

32. Peringkat kedua di dalam proses menawarkan khidmat kepada pelanggan adalah:

A. Melaksanakan pencarian fakta.

B. Menilai dan memenuhi keperluan pelanggan.

C. Mengumpulkan semua maklumat penting kewangan

D. Cadangan pasaran kepada pelanggan.

Page 7: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 7

33. Pelan Takaful Keluarga Berkait Pelaburan diperkenalkan kepada orang ramai kerana:

A. Memenuhi permintaan pasaran dan kewangan.

B. Jawapan balas bagi memenuhi tuntutan pematuhan amalan dan prinsip-prinsip Islam.

C. Sebelum ini tiada produk yang sesuai untuk orang-orang Islam di Malaysia

D. Ingin meneroka pasaran insurans yang luas dan menguntungkan

34. Apakah yang didefinasikan sebagai “Proses pengurusan yang bertanggungjawap untuk

mengenalpasti, mengambil bahagian dan memenuhi keperluan untung pelanggan”?

A. Pelaburan C. Pemasaran

B. Berkait Pelaburan D. Pemasaran Pelaburan

35. Harga bida adalah:

A. Harga jualan oleh ejen bagi unit polisi berkait. B. Harga jualan oleh pelabur berdasrkan unit-unit yang dipegang dalam dana. C. Harga dana pelaburan yang di beli oleh syarikat hayat. D. Harga unit yang dibeli oleh ejen pada dana pelaburan.

36. Apabila unit-unit pelaburan ditunaikan pada saat kematian, tarikh matang atau serahan awal, nilainya adalah bergantung kepada ______.

A. Harga tawaran B. Harga bida C. Perbezaan bida-tawaran D. Tiada satu pun di atas

37. Kerajaan membenarkan bayaran premium insurans layak mendapat potongan cukai sehingga

suatu tahap tertentu kerana?

A. Kerajaan berpendapat, melalui relif tersebut, semua rakyat Malaysia tidak teragak-agak

untuk membeli insurans hayat.

B. Kerajaan memberikan relif cukai ini untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan

kebebasan kewangan individu.

C. Kerajaan berpendapat, jumlah cukai yang dikutip, sekiranya tidak diberi relif, tidaklah begitu

besar dan tidak membantu kerajaan.

D. Kerajaan membenarkan relif cukai demi memastikan kepimpinannya terus popular

dikalangan rakyat Malaysia.

38. Tiga jenis asas Stok Korporat adalah:

A. Stok Debentur, stok pinjaman & stok boleh tukar.

B. Stok pendapatan tetap, bil perbendaharaan & deposit masa.

C. Stok Utama, unit amanah & derivatif.

D. Niaga hadapan, pelaburan amanah & opsyen.

Page 8: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 8

39. Insurans Hayat Tradisional Berserta Keuntungan ialah:

A. Insurans Hayat Seumur Hidup Tanpa Penyertaan

B. Insurans Sementara

C. Polisi Endowmen dengan Penyertaan

D. Polisi Endowmen tanpa Penyertaan

40. Dana Bon adalah __________.

I. Juga dikenali sebagai Dana Pendapatan. II. Juga dikenali sebagai Dana Pendapatan Tetap. III. Boleh didapati di sektor swasta. IV. Boleh didapati di sektor awam.

A. I sahaja C. I, II & III sahaja B. I & II sahaja D. Kesemua di atas

41. Pelanggan yang membeli polisi dari organisasi yang berorientasikan jualan, akhirnya membeli

polisi yang:

I. Mereka tidak fahami

II. Tidak memenuhi keperluan mereka

III. Tidak mampu membayar premium

IV. Penyerahan polisi nilai tunai

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

42. Bagi kaedah dua harga, bilangan unit yang bolehh dibeli adalah _______.

A. Bersamaan dengan premium yang dibayar dibahagi dengan harga tawaran. B. Bersamaan dengan premium yang dibayar dibahagi dengan harga bida-tawaran. C. Bersamaan dengan premium yang dibayar dibahagi dengan harga bida. D. Bersamaan dengan premium yang dibayar dibahagi dengan keuntungan pelaburan.

43. Biasanya, syarikat insurans yang berorientasikan pasaran akan melaksanakan fungsi tugas berikut :- I. Perancangan dan pengawalan II. Mengenalpasti pasaran III. Pembangunan produk IV. Memberhentikan perkhidmatan ejen tidak produktif dan digantikan dengan ejen produktif. A. I, II dan IV sahaja. B. I, II dan III sahaja. C. I, III dan IV sahaja. D. II,III dan IV sahaja.

Page 9: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 9

44. Siva merupakan seorang pelanggan insurans yang sangat berpuashati dengan pelan insurans

yang ditawarkan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh ejen. Ejennya telah banyak

membantu dan Siva pastinya akan melakukan perkara berikut :

I. Menyanjung tinggi kesungguhan dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh ejennya.

II. Mencadangkan agar ejennya diberi surat penghargaan dan anugerah oleh pihak Syarikat.

III. Membantu ejen dalam memprospek dan merujuk rakan-rakan beliau kepada ejen

berkenaan.

IV. Memastikan ejennya menyimpan rahsia dengan sebaik munngkin.

A. I dan III sahaja B. I, II, III. C. I, III, IV. D. II,III,IV

45. Di dalam peringkat manakah proses melibatkan memberi nasihat yang efektif kepada

pelanggan insurans berkait pelaburan?

I. Mewujudkan hubungan dengan pelanggan.

II. Membincangkan cadangan yang difikirkan wajar.

III. Mengumpul semua maklumat penting kewangan.

IV. Penetapan posisi kewangan semasa dan matlamat.

A. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. I, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja

46. Ianya merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk meminjam wang dari

orang awam. Merupakan instrumen pembiayaan jangka-pendek yang diterbitkan oleh Bank

Negara Malaysia dan dianggap jenis pelaburan yang paling selamat, tiada atau kurang berisiko

melainkan Negara tersebut mengalami pergolakan dari segi politik.

A. Akaun Bank. C. Bon Kerajaan

B. Saham-saham. D. Saham Debentur

47. Di antara Seksyen Akta Insurans 1996 berikut, yang manakah menerangkan terma berkaitan dengan “perniagaan insurans berkait pelaburan”?

A. 7(1)(b) B. 71(b) C. 70(1)(b) D. 7(2)(b)

48. Yang manakah di antara berikut BUKAN jenis Sekuriti Pendapatan Tetap?

A. Instrumen pasaran wang C. Bon Kerajaan

B. Saham Utama D. Tiada satu pun di atas

Page 10: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 10

49. Orang awam melabur wang mereka terutamanya untuk:

I. Dana bagi syarikat

II. Taraf kehidupan yang selesa

III. Pendapatan persaraan

IV. Dana bagi pendidikan & pembesaran anak-anak

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

50. Antara KEBURUKAN Waran atau Hak Langganan Boleh Pindah (TSR) ialah:

A. Pelabur terpaksa meletakkan modal awal yang besar untuk melibatkan diri dalam pasaran.

B. Ketika tarikh luput, waran yang tidak digunakan akan kehilangan nilai keseluruhannya.

C. Seperti saham biasa,tiada kemungkinan untuk pemulihan harga.

D. Dengan menjual waran yang dibeli, pelabur tidak mendapat sebarang manfaat dari

keuntungan modal.

51. Salah satu faktor yang menyumbang kepada perkembangan perniagaan insurans hayat

berkait pelaburan di Singapura adalah:

A. Kelayakan dari Akta Pertukaran Sekuriti, 1934 di mana semua ejen insurans dan pejabat

agensi yang berurusan dengan Insurans Hayat Variabel, perlu lulus peperiksaan dalam

perniagaan sekuriti.

B. Polisi pengurusan syarikat pelaburan dan operasi, termasuklah bagaimana premium akan

dilaburkan, informasi berkaitan kewangan syarikat insurans, yuran & caj yang dikenakan,

perbelanjaan dan hak-hak pemilik polisi.

C. Kumpulan Wang Pusat (CPF) memperkenalkan Skim Pelaburan Dipertingkatkan (EIS)

pada tahun 1993.

D. Pengenalan produk insurans hayat berkait pelaburan generasi baru, Hamro Whole Life

pada tahun 1997.

52. Merujuk kepada dana insurans hayat berkait pelaburan, perbezaan di antara harga tawaran

dan harga bida pada situasi pasaran yang normal adalah:

A. 10% - 20% daripada harga tawaran C. 5% - 6% daripada harga tawaran

B. 10% - 20% daripada harga bida D. 5% - 6% daripada harga bida

Page 11: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 11

53. Dana Berkait Pelaburan boleh dilaburkan di pelbagai instrumen kewangan termasuklah dana

tunai, dana bon, dana hartanah, dana khas & dana terimbang. Manakala Dana Ekuiti adalah:

A. Dilaburkan dalam aset ekuiti seperti stok & saham dan darjah perubahan harga unit adalah

bergantung hanya kepada jumlah ekuiti yang dipegang.

B. Dilaburkan dalam aset ekuiti seperti stok & saham dan secara semulajadi berisiko rendah

dan harga stok & saham adalah stabil.

C. Dilaburkan dalam aset ekuiti seperti stok & saham dan pelabur yang membeli aset tersebut

mengharapkan peningkatan modal.

D. Dilaburkan dalam aset ekuiti seperti stok & saham dan semasa kemelesetan ekonomi, aset

tersebut adalah yang terakhir sekali menurun nilainya.

54. Dana berkait pelaburan boleh disusun mengikut dua cara, iaitu pengumpulan unit-unit &

pengagihan unit-unit. Di dalam pengumpulan unit, pendapatan daripada dana pelaburan

adalah

A. Dimasukkan semula ke dalam dana yang sama, oleh itu harga unit akan meningkat dalam

jangka masa panjang.

B. Dimasukkan semula ke dalam dana yang sama, oleh itu harga unit akan menurun dalam

jangka masa panjang.

C. Digunakan untuk membeli unit-unit tambahan dan diagihkan kepada pemilik polisi, oleh itu

harga tidak berubah tetapi pemilik polisi mendapat lebih unit.

D. Digunakan untuk membeli unit-unit tambahan dan diagihkan kepada pemilik polisi, oleh itu

harga menurun berubah tetapi pemilik polisi mendapat lebih unit.

55. Apakah pertimbangan utama yang perlu diambil kira dalam pelaburan?

I. Kemudahan dana

II. Penyediaan dana

III. Jangka masa pelaburan

IV. Objektif pelaburan

A. I sahaja C. I, II dan III sahaja

B. I dan II sahaja D. Semua di atas

56. Faedah melabur di dalam polisi berkait pelaburan yang dinyatakan di bawah adalah tidak

benar, KECUALI:

A. Pelanggan diharap boleh mengawasi pergerakan dana pelaburan dan membuat pertukaran

dana atas inisiatif sendiri pada bila bila masa selagi polisi masih berkuatkuasa.

B. Beban tugas menguruskan dana ditanggung oleh kumpulan pengurusan profesional

syarikat insurans dan bukannya oleh pelanggan.

C. Pelanggan mempunyai pilihan untuk mengarahkan pengurus dana mematuhi strategi dan

hala tuju pelaburan yang dibuat oleh pelanggan sendiri.

D. Pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat keputusan bagaimana syarikat sepatutnya

melabur kesemua modal milik pelanggan.

Page 12: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 12

57. Kenapa Bank Negara memerlukan syarikat insurans menghantar cadangan berkaitan bisnes berkait pelaburan sebelum membenarkan sebarang operasi berkaitan bermula.

I. Kerana Seksyen 7(1)(b) membuatkan ianya adalah wajib. II. Bagi memastikan tiada persaingan dengan syarikat insurans lain yang menjalankan bisnes

yang sama. III. Untuk mengurangkan persaingan di antara bisnes berkait pelaburan dan unit amanah. IV. Bagi memastikan syarikat insurans mempunyai kepakaran dan pengetahuan teknikal untuk

memasarkan dan menguruskan bisnes dengan wajar.

A. I & II sahaja B. II & III sahaja C. I, III & IV sahaja D. I & IV sahaja

58. Sistem penetapan premium yang digunakan dalam pengiraan kadar premium polisi insurans

berkait pelaburan adalah:

A. Kombinasi premium paras dan system premium natural

B. Sistem premium paras

C. Sistem premium paras berganda

D. Sistem premium natural

59. Formula terhadap Pulangan Atas Premium Kasar (RGP) adalah:

A. Nilai Akhir Pelaburan C. Harga Tawaran

Nilai Awal Pelaburan Harga Bida

B. Nilai Awal Pelaburan D. Kaedah Dua Harga

Nilai Akhir Pelaburan Kaedah Harga Tunggal

60. Garis panduan LIAM mengenai kod perlakuan, Bahagian II menetapkan di mana, perantara

adalah dilarang daripada:

I. Menjual polisi yang berpremium tinggi dan menguntungkan diri sendiri

II. Membuat kritikan yang tidak benar terhadap syarikat insurans lain.

III. Berurusan dengan sumber-sumber lain apabila ragu-ragu, kecuali penyelia beliau sendiri.

IV. Cubaan memujuk prospek untuk membatalkan polisi sedia ada melainkan ianya dengan

jelas tidak menepati keperluan mereka

A. I dan II sahaja C. II dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. III dan IV sahaja

Page 13: CEILLI Sample Questions - Set 3 (BM)

Ceilli Sample Questions (BM) – Set 3

Zurich confidential or proprietary information Version: Jan 2013

Prepared by: Agency Training & Development Page 13

JAWAPAN 1. B 2. D 3. A 4. B 5. C 6. A 7. A 8. D 9. A 10. D 11. D 12. C 13. A 14. B 15. C 16. A 17. B 18. A 19. C 20. A

21. C 22. C 23. C 24. B 25. C 26. A 27. A 28. C 29. C 30. D 31. B 32. C 33. B 34. C 35. D 36. B 37. B 38. A 39. C 40. D

41. A 42. A 43. B 44. C 45. B 46. C 47. B 48. D 49. D 50. B 51. C 52. C 53. C 54. A 55. D 56. B 57. D 58. D 59. A 60. C