chai pik yee - faculty of education · tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA KONSEP KENDIRI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SAINS TAHUN LIMA DI FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
CHAI PIK YEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HUBUNGAN ANTARA KONSEP KENDIRI DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR SAINS TAHUN LIMA DI FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
CHAI PIK YEE
Laporan projek dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2006
iii
DEDIKASI
Untuk ibu dan ayah yang dihormati
yang telah banyak berkorban dan bersusah payah
demi kejayaan anak-anaknya.
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana laporan Projek
Sarjana Muda ini telah dapat disempurnakan akhirnya.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Puan Yeo Kee Jiar dan Dr. Tan Soo Yin selaku penyelia projek atas
segala bimbingan, bantuan dan teguran beliau yang bernas sepanjang tempoh
penyelidikan ini dijalankan.
Di sini, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Azizi
bin Hj. Yahya atas nasihat beliau mengenai instrumen yang digunakan dalam kajian
ini.
Penghargaan juga dituju kepada pelajar dari kursus 5 SPK, 5 SPC, 5 SPP, 5
SPF dan 5 SPN yang sudi menjadi responden saya dan memberi kerjasama bagi
membantu menjayakan kajian ini.
Terima kasih diucapkan khas kepada ibu bapa yang sentiasa memberi
sokongan, sama ada dalam bentuk kewangan atau emosi sepanjang tempoh saya
melakukan projek ini.
Akhir sekali, tidak dilupai rakan-rakan, seperti Kong Yean Fah, Theng Siew
Ling, Ellis Siaw dan lain-lain yang tidak disenaraikan di sini yang telah banyak
menyumbangkan buah fikiran, pendapat, bantuan, galakan dan kerjasama sama ada
secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek ini dilaksanakan. Sumbangan
anda semua akan saya hargai dan kenang sepanjang hayat.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap konsep kendiri dan hubungan
antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik pelajar sains tahun lima di
Fakulti Pendidikan UTM. Perbezaan tahap konsep kendiri dari segi jantina juga
mendapat perhatian penyelidik. Dalam konteks kajian ini, konsep kendiri bukan
akademik yang merangkumi dimensi konsep kendiri fizikal, moral etika, peribadi,
keluarga, sosial, tingkah laku, kepuasan diri dan identiti telah dikaji. Dengan
menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata berasaskan kursus, seramai 140
orang pelajar sains tahun lima daripada kursus SPK, SPC, SPP, SPF dan SPN telah
dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur
tahap konsep kendiri pelajar dinamakan skala konsep kendiri Tennessee. Skala ini
mengandungi 100 item berbentuk soalan objektif termasuk 10 item yang mengukur
kejujuran pelajar dalam menyatakan konsep kendiri mereka. Nilai kebolehpercayaan
alat kajian adalah α = 0.7498. Keputusan CPA dijadikan sebagai ukuran pencapaian
akademik pelajar. Analisis statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam
tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap konsep kendiri pelajar
berada pada tahap sederhana. Daripada analisis data, tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara konsep kendiri dan masing-masing lapan dimensi konsep kendiri
dengan pencapaian akademik pelajar. Dari segi jantina pula, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara tahap konsep kendiri pelajar lelaki dengan
perempuan.
vi
ABSTRACT
This research is aimed to survey the self-concept and the relationship between
the self-concept and the academic achievement among the fifth year science students
from Faculty of Education, University of Technology Malaysia. The researcher was
also interested in studying the difference of self-concept according to gender. In this
context, researcher focused only on the non-academic self-concept, which includes
the dimensions of physical, moral, personal, family, social, behavior, self-satisfaction
and identity. By using the stratified random sampling method based on course, 140
fifth year science students from SPK, SPC, SPP, SPF and SPN were selected to be
the samples. Meanwhile, Tennessee self-concept scale was chosen as the instrument
to measure the self-concept degree. This scale comprises of 100 objective items,
including 10 items to test students’ honesty in answering the questions. The
reliability of this instrument is 0.7498. CPA was used as the measurement of
academic achievement. In analyzing data, researcher used two kinds of analysis,
which are the descriptive statistic and the inference statistic. Overall, the majority of
students tend to own a moderate degree of self-concept. There was no significant
correlation between the self-concept and the academic achievement. For the eight
dimensions of self-concept, researcher obtained the same result, which means there
was no significant correlation between each dimension with the academic
achievement. From the gender aspect, there was no significant self-concept
difference between the male and the female.
vii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.7.1 Pelajar Sains Tahun Lima Di Fakulti Pendidikan UTM
9
1.7.2 Pelajar Dari Fakulti atau Institusi Lain 10
1.7.3 Penyelidik Lain 10
1.7.4 Ahli Pendidik 11
viii
BAB TAJUK MUKA SURAT
1.7.5 Masyarakat 11
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 13
1.9.1 Hubungan 13
1.9.2 Konsep Kendiri 13
1.9.3 Pencapaian Akademik 14
1.9.4 Pelajar Sains 15
1.10 Penutup 15
2 TINJAUAN PENULISAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kerangka Teori Kajian 16
2.2.1 Teori Berpusatkan Individu Carl Roger 16
2.2.2 Teori Allport 18
2.2.3 Teori Maslow 22
2.2.4 Rumusan Teori 25
2.3 Kajian Lepas 27
2.3.1 Kajian Lepas Tempatan 28
2.3.2 Kajian Lepas Luar Negara 30
2.4 Penutup 37
3 METODOLOGI KAJIAN 38
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Populasi Dan Sampel 40
3.4 Prosedur Kajian 41
3.5 Instrumen Kajian 42
3.6 Analisis Data 44
3.7 Penutup 46
ix
BAB TAJUK MUKA SURAT
4 DAPATAN KAJIAN 47
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Deskriptif 48
4.2.1 Taburan Pelajar Dari Segi Tahap Konsep Kendiri
48
4.2.2 Taburan Pelajar Dari Segi Jantina 48
4.2.3 Taburan Tahap Konsep Kendiri Pelajar Dari Segi Jantina
49
4.2.4 Taburan Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik
50
4.2.5 Taburan Tahap Konsep Kendiri Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik
50
4.2.6 Taburan Tahap Konsep Kendiri Fizikal Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik
51
4.2.7 Taburan Tahap Konsep Kendiri Keluarga Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik
52
4.2.8 Taburan Tahap Konsep Kendiri Moral Etika Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik
53
4.2.9 Taburan Tahap Konsep Kendiri Sosial Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik
54
4.2.10 Taburan Tahap Konsep Kendiri Peribadi Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik
55
4.2.11 Taburan Tahap Konsep Kendiri Tingkah Laku Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik
56
4.2.12 Taburan Tahap Konsep Kendiri Identiti Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik
57
4.2.13 Taburan Tahap Konsep Kendiri Kepuasan Diri Pelajar Dari Segi Pencapaian Akademik
58
4.3 Analisis Inferens 59
4.3.1 Pengujian Hipotesis Nol 1 60
4.3.2 Pengujian Hipotesis Nol 2 61
4.3.3 Pengujian Hipotesis Nol 3 62
4.3.4 Pengujian Hipotesis Nol 4 63
4.3.5 Pengujian Hipotesis Nol 5 64
4.3.6 Pengujian Hipotesis Nol 6 65
4.3.7 Pengujian Hipotesis Nol 7 66
x
BAB TAJUK MUKA SURAT
4.3.8 Pengujian Hipotesis Nol 8 67
4.3.9 Pengujian Hipotesis Nol 9 68
4.3.10 Pengujian Hipotesis Nol 10 69
4.4 Penutup 70
5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 72
5.1 Pengenalan 72
5.2 Kesimpulan 72
5.2.1 Taburan Tahap Konsep Kendiri Pelajar 73
5.2.2 Perbezaan Tahap Konsep Kendiri Dari Segi Jantina
75
5.2.3 Hubungan Antara Konsep Kendiri Dan Lapan Dimensi Konsep Kendiri Dengan Pencapaian Akademik Pelajar
77
5.3 Implikasi Kajian 80
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.5 Penutup 85
RUJUKAN 87
Lampiran A 91
Lampiran B 92 - 98
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8
Kekerapan sampel daripada lima kursus Pembahagian dimensi konsep kendiri Tennessee Penentuan markah bagi pilihan jawapan Klasifikasi pencapaian akademik Klasifikasi tahap konsep kendiri Klasifikasi tahap dimensi konsep kendiri Klasifikasi kekuatan korelasi (Rowntree, 1981, dalam Mohamad Najib,1999) Taburan pelajar dari segi tahap konsep kendiri Taburan pelajar dari segi jantina Taburan tahap konsep kendiri pelajar dari segi jantina Taburan pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri fizikal pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri keluarga pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri moral etika pelajar dari segi pencapaian akademik
41 43 43 44 44 45 46 48 49 49 50 51 52 53 54
xii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19 4.20 4.21
Taburan tahap konsep kendiri sosial pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri peribadi pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri tingkah laku pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri identiti pelajar dari segi pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri kepuasan diri pelajar dari segi pencapaian akademik Prosedur Independent-Samples T Test menguji perbezaan tahap konsep kendiri antara lelaki dengan perempuan Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri fizikal dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri keluarga dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri moral etika dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri sosial dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri peribadi dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri tingkah laku dengan pencapaian akademik
55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67
xiii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.22 4.23 5.1 5.2 5.3
Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri identiti dengan pencapaian akademik Analisis korelasi Pearson mengkaji hubungan antara dimensi konsep kendiri kepuasan diri dengan pencapaian akademik Taburan tahap konsep kendiri pelajar Perbandingan tahap konsep kendiri antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan Hubungan antara konsep kendiri dan lapan dimensi konsep kendiri dengan pencapaian akademik pelajar
68 69 73 76 78
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1
Hierarki keperluan Maslow
22
xv
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences (Sejenis perisian berkomputer untuk menganalisis data) CPA - Purata himpunan mata nilai SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Kimia) SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Fizik) SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Sains)
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat pengesahan status pelajar
91
B Skala konsep kendiri Tennessee
92
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mengikut Jersild (1952, dalam Burns, 1979), kendiri seseorang merupakan
suatu perjumlahan tentang dirinya yang merangkumi idea bersistem, sikap, nilai dan
komitmen. Kendiri ialah persekitaran subjektif seseorang; ia merupakan pusat
pengalaman dan signifikan yang secara ketaranya berbeza dengan orang lain.
Mengikut Burns (1979), pembangunan konsep kendiri tidak berlaku dalam
fesyen ya-atau-tidak, yang membenarkan kita menyatakan bahawa dalam suatu
jangka masa tertentu, seorang kanak-kanak tidak membentuk konsep kendiri dan
secara tiba-tiba dalam saat seterusnya menyatakan dengan gembiranya bahawa
kanak-kanak itu telah mulai membentuk konsep kendirinya. Seperti yang dinyatakan
oleh beliau, proses pembangunan konsep kendiri tidak betul-betul tamat. Ia terus
berlaku sejak lahir hingga mati, di mana seseorang itu menemui potensi barunya
secara berterusan dalam proses ‘membentuk’. Misalnya, Allport (1955, dalam
Ryckman, 2004) menyatakan bahawa kendiri seseorang membangun secara
berterusan daripada zaman bayi hingga mati dan bergerak melalui beberapa tahap
tertentu yang merangkumi pembentukan kendiri tubuh badan, identiti kendiri,
penghargaan diri, perluasan kendiri, imej kendiri, kendiri sebagai agen rasional,
perjuangan kendiri dan kendiri sebagai pemaklum pada tahap hayat manusia yang
berlainan.
2
Konsep kendiri sebagai satu komponen pembangunan personaliti manusia
terdiri daripada tujuh aspek fundamental, iaitu konsep kendiri membentuk dimensi
psikologi; ia adalah bersifat multidimensi; konsep kendiri mempunyai organisasi
berhierarki (konsep kendiri umum dan konsep kendiri spesifik); konsep kendiri
adalah stabil, tetapi apabila semakin menurun hierarki, konsep kendiri menjadi
semakin spesifik dan lebih cenderung untuk diubah; perbezaan konsep kendiri
menjadi semakin ketara menurut peredaran umur dan pengalaman; konsep kendiri
merangkumi aspek deskriptif dan penilaian; konsep kendiri boleh dibezakan daripada
konstruk lain yang berkaitan, misalnya pencapaian akademik (Shavelson et al, 1976;
dipetik oleh Garma dan Elexpuru, 1999).
Mengikut Burns (1979), lima punca yang mempengaruhi pembentukan
konsep kendiri seseorang ialah imej tubuh badan, bahasa, maklum balas daripada
orang lain, identifikasi model peranan jantina dan stereotaip serta amalan penjagaan
anak. Secara semula jadi, kelima-lima punca ini tidak berfungsi secara terpisah.
Selain itu, pembangunan konsep kendiri juga banyak dipengaruhi oleh faktor luaran
lain seperti kesihatan, pembangunan intelektual, keadaan ekonomi, pengaruh budaya,
interaksi sosial, tahap pendidikan dan orang-orang yang signifikan dalam hidup
seseorang individu. Mengikut Roger (1959, dalam Ryckman, 2004), orang yang
signifikan termasuk ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan sebaya dan mereka yang
dianggap penting dalam persekitaran kita. Walaupun konsep kendiri seseorang
dipengaruhi oleh faktor eksternal ketika zaman awal pertumbuhan manusia (misalnya
zaman kanak-kanak), namunnya dapat meramal tingkah laku pasca hidup kita.
Konsep kendiri seseorang boleh berbentuk positif atau negatif. Menurut Hu,
Seepan dan Yang (1999), konsep kendiri positif mengimplikasikan penerimaan diri
seseorang sebagai manusia yang mempunyai kekuatan dan kelemahan manakala
konsep kendiri negatif merefleksikan perasaan tidak bernilai dan kekurangan
penghormatan dirinya. Arah konsep kendiri seseorang adalah penting bagi remaja
kerana ia mempengaruhi pencapaian peribadi seseorang, terutamanya dalam bidang
pencapaian akademik (Marsh & Yeung, 1997) dan juga berkaitan dengan hubungan
interpersonal, keupayaan fizikal, pemilihan kerjaya dan kejayaan (Hattie, 1992).
3
Pencapaian tersebut biasanya dilihat bersesuaian dengan nilai masyarakat individu
(Markus & Kitayama, 1991).
1.2 Latar Belakang Kajian
Dari dahulu hingga sekarang, saintis sosial banyak mengkaji tentang peranan
konsep kendiri dalam pelbagai bidang yang penting. Nyatanya, pemboleh ubah ini
menjadi perantara yang sentiasa mempengaruhi tingkah laku yang pelbagai di
kalangan manusia. Dalam kehidupan seharian, konsep kendiri berhubung dengan
pelbagai perkara seperti penerimaan orang lain, perasaan cemas (anxiety), pemilihan
kerjaya, penggunaan dadah dan rokok di kalangan remaja, masalah disiplin,
penyakit, daya tarikan fizikal dan sebagainya (Burns, 1979). Tidak kurang penting
juga bagi hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik.
Wattenberg dan Clifford (1964, dalam Burns, 1979) mendapati pandangan
kendiri yang tidak diingini dan pencapaian yang rendah sudah awal terbentuk dalam
sanubari kanak-kanak sebelum mereka memasuki tahun pertama. Menurut
Hamachek (1971), konsep kendiri yang rendah atau negatif menimbulkan kesan yang
buruk terhadap pencapaian akademik kanak-kanak walaupun pada usia yang muda.
Lipsitt (1958) pula menyatakan bahawa pelajar lelaki dan perempuan yang
mempunyai konsep kendiri rendah lebih mudah cemas berbanding dengan mereka
yang mempunyai konsep kendiri tinggi. Kanak-kanak yang lebih mudah cemas
adalah kurang popular dan menghadapi masalah dengan kerja pembelajaran konsep
yang kompleks. Sebagai tambahan, Coopersmith (1959) menyatakan bahawa kanak-
kanak yang mempunyai penghargaan diri yang tinggi kurang mudah cemas
berbanding dengan mereka yang mempunyai penghargaan diri yang rendah. Apabila
seseorang itu rasa terlalu cemas, dia tidak mampu mengendali rangsangan yang
memimpinnya kepada aktiviti pembelajaran disebabkan perasaan takut terhadap
kegagalan. Justeru, pencapaian akademik seseorang terjejas.
4
Pelajar yang mempunyai konsep kendiri positif cenderung mengingati dan
membetulkan kegagalan mereka berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai
konsep kendiri negatif yang cenderung melupai dan menafikan pencapaian lemah
mereka.
Menurut Rosenberg (1965), bagi mereka yang mempunyai penghargaan diri
yang rendah, imej kendirinya kurang stabil dan perasaan cemas dilahirkan. Individu
yang mempunyai penghargaan diri yang rendah sentiasa mempamerkan perasaan
palsu terhadap dunia. Ketegangan ini menimbulkan kebimbangan dan seterusnya
melahirkan perasaan cemas. Penghargaan diri yang rendah juga menjadikan
seseorang itu sensitif terhadap fakta kegagalannya. Kelemahan ini merangsang
perasaan kecemasan dan menimbulkan pengasingan peribadi sama ada secara fizikal
atau emosi daripada orang lain. Mereka yang berpenghargaan diri rendah tidak
mudah mendedahkan dirinya kepada orang lain. Jadi, mereka sentiasa menempuhi
kehidupan secara bersendirian.
Dengan malangnya, beribu-ribuan pelajar keluar daripada sekolah dengan
membawanya bersama perasaan ‘saya tidak boleh’ terhadap dirinya. Ketika tahun
1960, 7.5 juta remaja di Amerika tidak pernah menamatkan pembelajaran sekolah
menengah disebabkan sikap ‘saya memang tidak boleh; kenapa saya perlu cuba?’
(Hamachek, 1971). Dengan ini, kita dapat perhatikan bahawa begitu hebat kesan
konsep kendiri seseorang terhadap pencapaian akademik. Masalahnya, adakah
perkara yang sama turut berlaku bagi pelajar di Fakulti Pendidikan UTM?
Dembo (1994) mencadangkan impak konsep kendiri terhadap pencapaian
akademik, di mananya mempengaruhi kepercayaan dan tingkah laku seseorang
individu terhadap akademik. Individu yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi
cenderung memilih kerja yang lebih sukar, sanggup mengorbankan tenaga, lebih
tahan lasak dan mudah mencadangkan kaedah penyelesaian masalah yang sesuai.
Bandura (1990, dalam Ryckman, 2004) pula mencadangkan bahawa jika seseorang
individu percaya bahawa mereka mampu melakukan sesuatu tugasan, maka mereka
lebih mudah untuk bermula, bekerja bersungguh-sungguh dan lebih berkeyakinan
untuk melengkapkan kerja.
5
Dalam aspek yang lain, Schmale (1958) dan Canter (1960) mencadangkan
bahawa sikap terhadap kehidupan dan kendiri merupakan dua faktor pemulaan
penyakit dan sembuh pulih. Apabila kita ingin mencari faktor psikologi yang
menyebabkan penurunan daya rintangan seseorang terhadap penyakit, kita perlu
memberi perhatian kepada perkara dalam kehidupan harian yang mungkin
menimbulkan perasaan kekecewaan, seperti kehilangan identiti dan penghargaan diri.
Menurut Burns (1979), perkara yang menimbulkan perasaan diri tidak penting, tidak
bernilai dan kemerosotan penghargaan diri menyebabkan seseorang lemah dan jatuh
sakit. Atau lain perkataan, penurunan konsep kendiri menyebabkan seseorang tidak
sihat, sama ada dari segi fisiologi atau psikologi. Penyakit, sama ada secara mental
atau fizikal merupakan satu cara seseorang individu menunjukkan perasaan
kekecewaan terhadap cara kehidupan yang sedia ada.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang kajian, nyatanya konsep kendiri merupakan suatu
elemen penting yang amat perlu dipertekankan dalam jiwa seseorang. Kajian lepas
banyak mengkaji tentang hubungan antara konsep kendiri dengan pelbagai bidang
seperti kerjaya, kesihatan, pencapaian akademik, masa yang diluangkan dalam kerja,
tingkah laku diet dan sebagainya. Ini secara tidak langsung menampakkan begitu
kuatnya pengaruh konsep kendiri terhadap tingkah laku manusia. Sebagai warga
pendidikan, penyelidik ingin mengkaji sama ada konsep kendiri mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti Pendidikan UTM. Tidak
ketinggalan juga, penyelidik ingin mengkaji hubungan antara lapan dimensi konsep
kendiri (fizikal, keluarga, moral etika, sosial, peribadi, tingkah laku, identiti dan
kepuasan diri) dengan pencapaian akademik pelajar sasaran. Mengikut Dolores dan
María (2001), banyak kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
antara konsep kendiri lelaki dan perempuan. Justeru, ini menimbulkan minat
penyelidik untuk mengkaji sama ada perkara yang sama juga berlaku bagi pelajar
sasaran.
6
1.4 Objektif Kajian Apabila melakukan sesuatu kajian, tentu terdapat objektifnya sendiri. Bagi
kajian ini, objektifnya adalah tertera seperti berikut.
1. Meninjau tahap konsep kendiri pelajar Sains tahun lima di Fakulti
Pendidikan UTM.
2. Membandingkan konsep kendiri pelajar Sains tahun lima di Fakulti
Pendidikan UTM berdasarkan jantina.
3. Mengkaji hubungan antara konsep kendiri dan lapan dimensi konsep
kendiri (fizikal, keluarga, moral etika, sosial, peribadi, identiti, tingkah
laku dan kepuasan diri) dengan pencapaian akademik pelajar Sains
tahun lima di Fakulti Pendidikan UTM.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi kajian ini, beberapa persoalan telah ditimbulkan seperti berikut.
1. Apakah tahap konsep kendiri (tinggi, sederhana atau rendah) pelajar
Sains tahun lima di Fakulti Pendidikan UTM?
2. Adakah terdapat perbezaan antara tahap konsep kendiri pelajar lelaki
dengan tahap konsep kendiri pelajar perempuan Sains tahun lima di
Fakulti Pendidikan UTM?
3. Adakah terdapat hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian
akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti Pendidikan UTM?
7
4. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri fizikal dengan
pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti Pendidikan
UTM?
5. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri keluarga
dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti
Pendidikan UTM?
6. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri moral etika
dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti
Pendidikan UTM?
7. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri sosial dengan
pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti Pendidikan
UTM?
8. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri peribadi
dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti
Pendidikan UTM?
9. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri tingkah laku
dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti
Pendidikan UTM?
10. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri identiti
dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti
Pendidikan UTM?
11. Adakah terdapat hubungan antara dimensi konsep kendiri kepuasan diri
dengan pencapaian akademik pelajar Sains tahun lima di Fakulti
Pendidikan UTM?