ciri-ciri yang ada pada seorang kaunselor

9
2.0 Ciri-ciri yang perlu ada seseorang kaunselor. The Association of Counselor Education and Supervision (1964) mengenal pasti kaunselor seharusnya mempunyai enam kualiti asas iaitu kepercayaan kepada setiap individu, komitmen kepada nilai kemanusiaan, sikap terbuka, memahami diri-sendiri, peka kepada dunia dan komitmen kepada profesion. Combs et.al. (1969) membuat kesimpulan daripada beberapa siri kajian tentang ciri-ciri kaunselor berkesan. Dapatan kajian beliau menunjukkan kaunselor berkesan menganggap orang lain berkebolehan menyelesaikan masalahnya dan boleh menangani hidupnya. Mereka juga suka bersama orang daripada bersama alat- alat serta boleh membuat pendedahan kendiri daripada terlalu berahsia dengan diri-sendiri Rogers (1961) berpendapat persepsi klien terhadap sikap kaunselor lebih penting daripada teori atau kaedah yang dipunyai oleh kaunselor. Rogers seterusnya menegaskan kaunselor berkesan mestilah menarik, mudah, mesra, menunjukka keyakinan dan boleh dipercayai. Allen (1967) menyenaraikan kualiti-kulaiti yang ada pada kaunselor berkesan: 1. Bersikap terbuka dan menerima pengalaman dan perasaanyya. Individu begini tidak cuba mengawal reaksi emosinya tetapi boleh menerima perasaannya dengan seadanya.

Upload: hashini-sri

Post on 02-Jul-2015

1.394 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

2.0 Ciri-ciri yang perlu ada seseorang kaunselor. The Association of Counselor Education and Supervision (1964) mengenal pasti kaunselor seharusnya mempunyai enam kualiti asas iaitu kepercayaan kepada setiap individu, komitmen kepada nilai kemanusiaan, sikap terbuka, memahami diri-sendiri, peka kepada dunia dan komitmen kepada profesion. Combs et.al. (1969) membuat kesimpulan daripada beberapa siri kajian tentang ciri-ciri kaunselor berkesan. Dapatan kajian beliau menunjukkan kaunselor berkesan menganggap orang lain berkebolehan menyelesaikan masalahnya dan boleh menangani hidupnya. Mereka juga suka bersama orang daripada bersama alat-alat serta boleh membuat pendedahan kendiri daripada terlalu berahsia dengan diri-sendiri Rogers (1961) berpendapat persepsi klien terhadap sikap kaunselor lebih penting daripada teori atau kaedah yang dipunyai oleh kaunselor. Rogers seterusnya menegaskan kaunselor berkesan mestilah menarik, mudah, mesra, menunjukka keyakinan dan boleh dipercayai. Allen (1967) menyenaraikan kualiti-kulaiti yang ada pada kaunselor berkesan: 1. Bersikap terbuka dan menerima pengalaman dan perasaanyya. Individu begini tidak cuba mengawal reaksi emosinya tetapi boleh menerima perasaannya dengan seadanya. 2. Mempunyai kesedaran kendiri. Mereka sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri serta menerimanya. 3. Sedar tentang nilai dan kepercayaannya. Dia tahu apa yang penting untuk mereka dan menentukan standard yang diikuti untuk hidup. 4. Berfikiran terbuka. Sedar tentang nilai peribadi sendiri dan pada masa yang sama boleh menahan diri daripada cuba mengenakan nilai kepada klien. 5. Berupaya mengambil risiko. Kaunselor adalah orang yang boleh memberi pendedahan kendiri dan bersikap telus. Bersedia bersikap jujur dan bebas mencabar klien apabila perlu. Mereka bersikap kongruen secara lisan dan bukan lisan. Mereka bebas menyatakan kemesraan dan sokongan. 6. Berupaya membina sikap mesra dan membina hubungan dengan orang lain.

7. Kaunselor berkesan membenarkan diri mereka dilihat seperti mereka yang sebenarnya. 8. Menerima tanggungjawab peribadi di atas tingkah lakunya. Boleh menangani kegagalan dan kelemahannya. 9. Membina tahap aspirasi yang realistik. Kaunselor berkesan boleh menetapkan matlamat yang boleh dicapai. Ini adalah kerana mereka sedar tentang kemahiran dan kebolehan dan mereka dapat mengagak secara tepat apa yang akan mereka capai. Penerimaan pengalaman sama ada positif dan negatif membolehkan mereka menilai matlamat lalu secara realistic dan menggunakannya untuk membina, matlamat akan dating. 10. Mengambil berat tentang personaliti dan tingkah laku manusia. 11. Mempunyai unsur-unsur kecindan. 12. Mempunyai unsur-unsur intuisi. Islam juga menekankan betapa pentingnya peranan kaunselor dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri kaunselor yang baik antaranya:

1. Hikmah (bijaksana) Kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam ia menerima pelanggan (klien) dengan hati terbuka, menggunakan tutur kata yang baik dan menyenangkan atau cara kasar mengikut rentak yang sesuai dengan pelanggan yang ganas sekiranya cara itu boleh menawan hati pelanggan dan melemahkannya sebelum diajak berbincang dalam suasana penuh kemesraan.

2. Mauizah (pengajaran yang baik) Apabila kaunselor bertindak memberi nasihat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati dengan mengemukakan buruk baiknya sesuatu itu agar pelanggan dapat membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan Rasulullah sendiri pun diutuskan untuk menyatakan khabar berita yang menggembirakan dan khabar berita yang menakutkan

3. Mujadalah (dialog) Berdialog dengan kliennya dengan memberikan hujjah-hujjah yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, oleh itu, kaunselor juga harus ada ilmu dan pengalaman supaya ia boleh dijadikan garis panduan ketika membantu klien.

4. Ilmu Allah Qada dan Qadar itu rahsia Allah dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya, maka hal ini boleh diambil pakai untuk kaunseling klien yang bermasalah bagi mencari ketenteraman jiwa. Empat ciri-ciri yang dibincangkan ini juga menjadi pegangan kaunselor/terapis barat melalui teori yang dikemukakan oleh Carl Roger (Person Centered Therapy). Selain itu, dalam Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kerian disenaraikan cirri-ciri seorang kaunselor. Satu hakikat yang harus diterima ialah personaliti atau sahsiah seorang kaunselor adalah faktor yang dapat menolong untuk menjayakan perkhidmatan ini. Holden (1969) dan Hamblin (1980) menyatakan, tidak semua guru boleh menjadi guru kaunseling yang berjaya. Personaliti guru akan mempengaruhi hubungan yang terbina antara guru dan pelajar.

Hamblin (1980) mencadangkan tiga faktor penting yang berhubung dengan personaliti guru.

1. Kebolehan merasai dengan tepat (accurate empathy) apa yang dirasai oleh mereka yang ingin ditolong. Kesilapan dalam perkara ini akan merumitkan kerja guru bimbingan dan mungkin mendatangkan bahaya di luar dugaan. Terdapat guru-guru yang menekankan perasaannya sendiri kepada pelajar dan ini menyebabkan berlakunya kekeliruan.

2. Guru juga perlu berkebolehan berlaku jujur dalam hubungannya dengan pelajar. Pelajar tersebut mestilah diterima sebagai seorang manusia yang bermaruah dan mempunyai harga diri.

3. Mewujudkan rasa mesra serta suasana tenteram pada masa pelajar menghubungi juga perlu bagi seorang guru. Kebolehan begini menimbulkan rasa selamat dan rasa percaya pada para pelajar, bahawa guru itu dapat menolong mereka.

Holden (1969) serta Hamblin (1980) sememangnya yakin setiap guru memang layak menjalankan peranannya ini. Holden (1971) percaya guru mempunyai beberapa kelebihan dalam memainkan peranannya kerana mereka mempunyai pengetahuan yang kemaskini tentang pelajar-pelajar. Ini boleh menolong mereka untuk membentuk hubungan yang rapat antara pelajar dan gurunya. Pelajar berasa lebih senang berbincang dengan guru yang mereka kenal berbanding dengan orang lain. Mengikut Combs dan rakan-rakan (1969), kaunselor yang berkesan dan berjaya menganggap seseorang individu sebagai boleh diharap atau dipercayai, bersahabat ramai dan bersikap wajar. Nur Aini (1989) menjelaskan pada asasnya seseorang kaunselor yang berkesan adalah seorang manusia yang berkesan yang peka kepada ciri-ciri kemanusiaan yang berbagai-bagai ragam serta menyedari sifat-sifat kemanusiaannya sendiri, tabah, berani dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Laporan National Vocational Guidance Association (1949) menyatakan sepatutnya kaunselor mestilah sentiasa memberi pendapat yang benar dalam khidmatnya supaya dia mudah diterima sebagai seorang yang jujur dan ikhlas. Menurut Carl Rogers, ciri-ciri kaunselor ialah : 1. Penerimaan dan kemesraan 2. Tidak menghukum 3. Ketulenan 4. Ketepatan

Penerimaan dan Kemesraan Sebagai seorang kaunselor, dia mestilah memberitahu kliennya tentang sikapnya yang sentiasa menerima klien dengan kerelaan dan menghormatinya. Penerimaannya digambarkan dengan air muka dan tutur kata yang baik semasa menyambut dan melayani percakapan klien

Tidak Menghukum Seseorang kaunselor tidak boleh menghukum atau menilai sesuatu terhadap kelakuan klien. Sekiranya kaunselor ingin mendapatkan maklumat tentang klien, dia hendaklah mengelakkan daripada menetap atau menilai sesuatu ke atas klien. Kata-kata yang tidak menyenangkan akan menyebabkan klien memandang serong kepada kaunselor.

Ketulenan Semasa sesi kaunseling, kaunselor hendaklah tenang, sabar dan berterus terang kepada kliennya. Kaunselor yang tidak jujur dan berpura-pura menyebabkan klien berasa tidak selesa dan sukar mempercayai pendapat kaunselor. Sebaliknya, kaunselor yang sentiasa mengambil berat tentang klien, memudahkan lagi interaksi dan perkongsian pendapat di antara kaunselor dengan klien.

Ketepatan Kaunselor seharusnya sentiasa menggunakan bahasa yang ringkas, mudah dan tepat semasa sesi kaunseling diadakan. Jika perlu kaunselor perlu mencelah dan membantu klien menyatakan apa yang tersembunyi di hati klien. Kadangkala sesetengah perkataan yang klien sampaikan susah difahami oleh kaunselor. Oleh itu seseorang kaunselor perlu peka dan cepat memahami penggunaan bahasa atau perkataan dalam konteks sesi perbincangan yang hendak disampaikan oleh seseorang klien.

Berdasarkan perbincangan-perbincangan tersebut, bolehlah dirumuskan bahawa ciriciri penting seseorang kaunselor adalah seperti berikut : 1. Seseorang kaunselor yang berkualiti ialah yang pernah menjalani praktikum. 2. Mempunyai ilmu dan kepakaran yang tertentu dalam bidang kaunseling. 3. Mempunyai pengetahuan dalam bidang perkembangan psikologi kanak-kanak dan remaja. 4. Mempunyai keyakinan diri dan percaya kepada kebolehan orang lain. 5. Mempunyai kredibiliti tinggi, iaitu boleh dipercayai. 6. Mampu mengurangkan risiko semasa prosese kaunseling. 7. Mempunyai sifat terbuka dalam menghadapi sesuatu isu. 8. Sanggup melibatkan diri dalam masalah klien. 9. Amanah, jujur dan ikhlas. 10. Bersikap terus-terang, tegas dan tidak menyembunyikan sesuatu. 11. Tidak mempunyai syak wasangka terhadap klien. 12. Mempunyai sifat sejati seperti ketepatan dalam pernyataan dan dalam tingkah lakunya. 13. Bijak melayani klien dan boleh mewujudkan suasana mesra, iaitu dengan menggunakan perkataan yang lembut dan menarik hati. 14. Berprihatin, bersimpati dan peka kepada perasaan kliennya. 15. Persepsi kaunselor terhadap hubungan dengan klien mestilah positif. 16. Mempunyai beberapa kemahiran seperti mendengar, memimpin, mentafsir, merumus dan menyampaikan maklumat. 17. Kebolehan berfikir lebih jauh daripada klien. 18. Kebolehan menentukan objektif jangka pendek dalam sesuatu perkara dan berupaya menjalankan sesuatu tumuduga. 19. Kebolehan menyampaikan idea dan menganalisis perasaan klien. 20. Sabar dan tidak jemu dengan sesi kaunseling. 21. Peramah dan tidak sombong. 22. Mengutamakan kebajikan klien. 23. Mempunyai fikiran yang waras, sihat dan emosi yang stabil