citra sosial

8
LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN SEM 1 2014/2015 NAMA: NIK NUR NADIYA NERISSA BINTI MOHD ZAHIR NO. MATRIK:

Upload: nadiya-nerissa-mohd-zahir

Post on 09-Jul-2016

213 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mhfjytdytu

TRANSCRIPT

Page 1: Citra sosial

LMCK2811

SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

SEM 1 2014/2015

NAMA:

NIK NUR NADIYA NERISSA BINTI MOHD ZAHIR

NO. MATRIK:

A151987

Page 2: Citra sosial

PENDAHULUAN

Kursus LMCK2811 ini merupakan satu kursus wajib Fakulti Undang-undang dan

dikategorikan di bawah domain CITRA Kompetensi. Kursus ini menyentuh aspek

tanggungjawab para penuntut dan kemahiran bersosial dengan pihak luar fakulti.

Sesungguhnya kursus ini berperanan untuk meningkatkan rasa tanggungjawab dalam diri

para penuntut undang-undang agar lebih peka tentang kepentingan mengadakan hubungan

dengan masyarakat luar demi menjamin pembangunan diri yang lebih baik.

Page 3: Citra sosial

LATAR BELAKANG PROGRAM

Melalui kursus ini, para penuntut berpeluang mengadakan satu program bersama masyarakat

luar tidak kira bersama-sama pelajar sekolah mahupun warga emas dan anak-anak yatim.

Para pelajar Tahun Satu Fakulti Undang-undang telah dibahagikan kepada empat kumpulan

utama dan dilabel sebagai Kumpulan 1, Kumpulan 2, Kumpulan 3 dan Kumpulan 4.

Kumpulan 3 telah memilih untuk mengadakan satu program bercorak motivasi bersama-sama

para pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi.

Program tersebut merupakan hasil cetusan idea daripada semua ahli Kumpulan 3. Program

motivasi tersebut bertujuan untuk menyediakan mental para pelajar Tahun Enam dalam

meniti kehidupan selepas UPSR yang pastinya lebih mencabar. Di samping itu, program

tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pelajar dalam

melengkapkan diri masing-masing dengan sahsiah diri yang sempurna agar dapat menjadi

insan berguna pada masa hadapan.

Page 4: Citra sosial

PENGALAMAN

Pengalaman yang digarap amat bermakna semasa program itu dijalankan. Para pelajar dan

ahli kumpulan memaparkan tahap kerjasama yang utuh bagi menyempurnakan aturcara

program. Organisasi kumpulan bergerak senada dan seirama dalam menjalankan tugasan

masing-masing. Para pelajar Tahun Enam juga sangat bersopan santun dan mendengar kata

serta mempamerkan tahap kepemimpinan yang tinggi dalam menyempurnakan setiap tugasan

yang diamanahkan.

Seterusnya, pengalaman bekerja bersama-sama pelajar yang jauh lebih muda juga merupakan

yang pertama buat saya. Dan ianya merupakan pengalaman berharga kerana dapat melatih

diri saya agar sentiasa peka bahawa mereka hanyalah pelajar Tahun Enam sahaja yang baru

hendak mengenal dunia. Saya juga turut berpeluang menjatuhkan tahap intelek saya agar

setara dengan tahap pelajar. Dengan ini, saya lebih mudah merapatkan diri dengan mereka

untuk mengelak daripada suasana yang tidak selesa.

Di samping itu, saya juga dapat melupakan beban pelajaran buat sementara waktu dan hanya

fokus pada kegembiraan melengkapkan tugasan bersama pelajar. Perkara ini membuatkan

saya sedikit sedih kerana saya menyedari bahawa menjadi seorang penuntut universiti bukan

sahaja bermakna mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi hamba kepada buku

undang-undang. Setiap manusia memerlukan masa gembira buat diri sendiri.

Sesungguhnya, tanggungjawab kami sebagai kakak dan abang kepada adik-adik Tahun Enam

adalah sangat jelas untuk membantu mereka mempersiapkan diri masing-masing agar kebal

menepis anasir-anasir luar yang akan sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan mereka yang

masih berfikiran suci ini.

Page 5: Citra sosial

REFLEKSI

Melalui program ini, saya telah dapat menimba banyak pengajaran utama yang diperlukan

untuk terus hidup dalam dunia era globalisasi yang kian ganas ini. Pertama, saya belajar

tentang erti kesabaran dalam melaksanakan tugas. Tidak dapat disangkal lagi bahawa aspek

kesabaran adalah yang paling utama dalam memastikan kewarasan diri dan kematangan diri.

Perkara ini demikian kerana, dengan tahap kesabaran yang tinggi, seseorang individu itu

dapat berdiri teguh tanpa dihambat emosi yang melampau yang hanya akan menjatuhkan diri

sahaja kelak. Sebagai seorang penuntut undang-undang, kesabaran itu adalah amat perlu bagi

mempersiapkan diri untuk menghadapi alam pekerjaan yang semestinya sangat mencabar.

Kedua, melalui program ini juga saya dapat belajar tentang erti patuh terhadap masa. Selain

kesabaran, kepatuhan kepada masa juga adalah penting. Seperti yang disebut dalam Surah

Asr, “Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian,”. Sudah tentunya manusia yang rugi itu

adalah yang tidak menepati masa dan membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak

berfaedah. Masa itu juga diibaratkan seperti emas. Betapa besarnya nilai masa itu sebenarnya.

Sebagai bakal peguam, masa adalah segala-galanya. Sedia maklum bahawa tugasan seorang

peguam adalah sangat banyak. Jadi, terpulang kepada individu tersebut untuk membahagikan

masa dan patuh terhadap percaturan masa yang telah ditetapkan oleh pihak atasan agar

reputasi diri terpelihara.

Ketiga, saya belajar tentang kepentingan soal tanggungjawab. Sesungguhnya, tanggungjawab

itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Setiap individu tidak mengira usia sama ada

masih kecil atau sudah lanjut umur, bertanggungjawab terhadap sesuatu dalam kehidupan

mereka. Tanggungjawab saya pada masa ini adalah untuk menjadi insan berguna yang dapat

berbakti kepada ibu bapa saya serta agama dan bangsa. Saya perlu melaksanakan

tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar dengan sebaiknya agar peluang ini tidak

disiakan. Sungguh, negara Malaysia memerlukan lebih banyak insan berdedikasi dalam usaha

membangunkan negara dan saya amat berharap agar tergolong sebagai tunjang utama

pembangunan negara.

Page 6: Citra sosial

KESIMPULAN

Program ini telah membuka minda para penuntut Tahun Satu Fakulti Undang-undang tentang

kepentingan soal tanggungjawab dalam kehidupan seharian. Selain itu, para penuntut juga

didedahkan dengan kaedah bersosial dengan masyarakat luar yang pelbagai. Sesungguhnya,

melalui Kursus LMCK2811 ini, para penuntut menimba banyak pengajaran dalam usaha

memperbaiki diri untuk menempuh dunia akan datang. Elemen tanggungjawab yang

selalunya dipandang remeh kini diteguhkan dengan pendedahan kursus ini. Saya berharap

agar kursus sebegini dapat diteruskan untuk menjamin pembangunan modal insan para

penuntut.