contoh bahan jenis prosa
DESCRIPTION
prosaTRANSCRIPT
CONTOH BAHAN JENIS PROSA
BERUK TUNGGAL
Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai
tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.
Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan
setengah umur. Kerjanya bertani.
Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah
tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan
Beruk Tunggal.
Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi
diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya.
Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja
Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan.
“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus.
“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal.
“Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.
“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu
datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.
Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana.
Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga
permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.
“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri
Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.
Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk
cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya
menyediakannya.
Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu,
ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun
mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana.
Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak.
Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.
Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk
Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung
beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang
pemuda yang kacak.
“Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit
debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata putera Raja Kayangan.
BUNGA CENGKIH
Kononnya, disebuah negeri, raja dan sekalian rakyatnya malu untuk bercakap kerana
mulut mereka tetap berbau busuk.
“Apakah wabak yang menyerang negeri ini?” tanya raja.
Apabila raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya, semuanya diam membisu. Mereka
takut hendak bercakap kerana mulut mereka berbau busuk.
Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri raja bersama dayang-dayangnya keluar
bermain-main. Mereka juga diam tidak bercakap. Mulut mereka semuanya berbau busuk.
Tiba-tiba seekor burung murai terbang dan hinggap di sepohon bunga. Murai itu berkicau
dengan rancak. Ia seolah-olah sedang bercakap dengan tuan puteri. Puteri raja tetap
membisu.
Murai itu berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga yang ada di dahan tempat ia
berpijak.
Akhirnya puteri raja pergi ke pokok bunga itu. Bunga kecil itu diambil dan dimakannya.
Selang beberapa hari dia berbuat begitu, akhirnya bau busuk di mulutnya hilang.
Mulutnya berbau wangi pula. Sejak hari itu, puteri raja seorang sahajalah yang tidak
malu bercakap-cakap.
Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu. Perihal pokok bunga itu pun
diceritakan oleh puteri baginda. Sejak itu, baginda memerintahkan rakyatnya menanam
dan memakan bunga pokok itu.
Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang. Semua rakyat terlalu gembira. Mereka
boleh berkata-kata dan tidaklah diam lagi.
Raja memerintahkan rakyat menanam pokok itu. Akhirnya bunga itu menjadi hasil
negeri. Bunga itu dikenali dengan nama bunga cengkih.
MENGAPA BANGAU KURUS
Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang mengadap. Semua
jenis burung hadir.
“Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama beta
memerintah. Oleh itu beta ingin beri hadiah istimewa. Kamu boelh minta apa sahaja.
Beta akan tunaikan permintaan kamu,” titah Raja Sulaiman. Semua burung berasa
gembira. Ada yang bersorak-sorak. Ada yang melompat-lompat.
“Bolehkan patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung paling cantik
di dunia,” kata merak.
“Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu,” titah Raja Sulaiman sambil
tersenyum.
“Kamu pula hendak apa?” Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap.
“Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang,” kata kelicap.
“Kenapa minta paruh yang panjang?” Tanya Raja Sulaiman.
“Patik suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap madu
bunga,” jawab kelicap,” jawab kelicap.
“Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, itik. Beta akan beri kamu kaki yang
lebar,” jawab Raja Sulaiman.
“Patik ingin sarang yang cantik, tuanku,” kata tempua.
“Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang,” titah baginda.
“Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih. Dari
jauh lagi sudah dapat dilihat,” pinta pipit.
“Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan,” titah Raja Sulaiman lagi.
Semua burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran bangau yang
sombong.
“Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan,” titah Raja Sulaiman.
“Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau.
“Apa? Boleh kamu ulang?” soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut.
“Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau lagi.
Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja Sulaiman
juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya. Bangau tetap
berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda akan tunaikan
permintaan bangau itu.
Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia tidak
dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor.
Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan
daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat kembali kata-
katanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali
sehari.
“Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong betulkan
cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal,” kata bangau sendirian.
Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia rasa sedih. Kadang-
kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan nasibnya. Itulah sebabnya
badan bangau kurus.
HARIMAU GUNUNG LEDANG
Ada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau
gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.
Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang
dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau
itu sangat marah.
“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah
dibaham itu,” kata orang kaya itu dengan marah.
Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini
malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok.
“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,” kata
seorang tua yang menjelma tiba-tiba.
Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga
sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau
yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu.
“Kamu pencuri bedebah mesti diajar!” kata budak itu dengan berani. Harimau yang
besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.
Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau
tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat
mengeluarkan kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh
membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan
kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang
kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu.
Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, “Mulai malam
ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.”
Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar,
getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau
datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.
SUMPAHAN ULAT TANAH
Ada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau
gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.
Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang
dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau
itu sangat marah.
“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah
dibaham itu,” kata orang kaya itu dengan marah.
Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini
malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok.
“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,” kata
seorang tua yang menjelma tiba-tiba.
Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga
sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau
yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu.
“Kamu pencuri bedebah mesti diajar!” kata budak itu dengan berani. Harimau yang
besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.
Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau
tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat
mengeluarkan kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh
membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan
kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang
kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu.
Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, “Mulai malam
ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.”
Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar,
getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau
datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.
CONTOH BAHAN JENIS PUISI
PANTUN JENAKA
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery
Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang..
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .
PANTUN TEKA TEKI
Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
GURINDAM MARHAEN
Jikalau tuan malas ke kebun,
bagaimana tanaman akan
merimbun.
Ke sungai ke laut tuan tak mahu,
mustahil ikan melompat ke
perahu.
Hendak ke sawah kepala
pening, takkan padi tumbuh
menguning.
Jikalau pohonnya segan nak
toreh, susu getah tak akan
meleleh.
Kebun kelapa semak terabai,
habis buahnya kering dan
kotai.
Di dusun menjalar rumput dan
semak, di situ ular beranakpinak.
Berhari-hari tak jengok
bendang, bagaimana isteri tak
naik radang.
SAJAK KEMBOJA DI CELAH BULAN
Dia telah kembali
mengusung segala keriuhan dunia
ke pintu sunyi dengan jutaan mata bundar
memandang penuh kejap
saat dirinya pergi.
Jerit mereka - ini kemenangan untuk
keamanan, pengusiran kedangkalan fikiran
sayap ababil meluncur laju membelah
kedurjanaan insan tanpa kenal lelah
dan kemaafan yang sukar ditelan
menikam hati sendiri.
Hari ini dia telah kembali
bulan tetap bersinar
wangi kemboja bergelintangan
membelah sunyi malam tanpa
kerdip bintang dan pada malam ini
mereka mampu tidur dengan lena
setelah sekian lama.
Setiap saat ketika hari baru bermula
gema suara terus meluncur
bagai titis hujan membasahi
akal diri, mencelah kewajaran
kebinasaan akan terhenti saat dia kembali
laung mereka berulang kali.
SAJAK KITA ADALAH TANAH
Kata ayah,
"kita adalah tanah."
Kata ayah,
"kita adalah tanah;binalah
ladang atau bendang, bukannya
semak
atau lalang."
Kata ayah,
"kita adalah tanah,
tempatnya di bawah, dipijak
dan dilanyak
bukannya langit, disanjung
dan dijunjung."
Kata ayah lagi,
"kita adalah tanah
suatu hari nanti,kita
akan berteduh
di bawah pohon
kemboja
nan luruh."
BAHAN MORFOLOGI BAHASA MELAYU
PROSES PEMBENTUKAN KATA
1) Penggandaan
2) Pemajmukan
3) Pengimbuhan
4) Pengakroniman
PENGGANDAAN
Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar.
Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
penggandaan separa. Kata dasar boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan
rentak bunyi tertentu.
Tiga Jenis Penggandaan
a) penggandaan penuh
b) penggandaan separa
c) penggandaan berentak
Penggandaan Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, sama
ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Contohnya:
pulau-pulau suku-suku tinggi-tinggi
cantik-cantik buku-buku kura-kura
tiba-tiba mata-mata fail-fail
pemimpin-pemimpin kehendak-kehendak pelatih-pelatih
persatuan-persatuan petugas-petugas pelajar-pelajar
Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian daripada kata dasar
sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan
separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
Contohnya:
berlari-lari sepandai-pandai berturut-turut
kejar-mengejar tolong-menolong kasih-mengasihi
lelaki tetamu sesiku
Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Penggandaan ini dibahagikan kepada tiga jenis.
Contohnya:
Pengulangan vokal Pengulangan konsonan Bebas
sayur-mayur gunung-ganang anak-pinak
kuih-muih mundar-mandir saudara-mara
hina-dina bolak-balik titik-bengik
Kata ganda perlu diletakkan tanda sempang (-).
PEMAJMUKAN
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain.
Contohnya:
jalan raya tengah hari lebuh raya warga kota
bandar raya atur cara kereta api sari kata
ambil alih urus setia susun atur reka bentuk
maklum balas kemas kini kertas kerja gambar rajah
Kata yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya
perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu dieja bercantum juga
peribadi (kn)
peribahasa (kn)
dinihari (kn)
hulubalang (kn)
perikemanusiaan (kn)
sukacita (ka)
dukacita (ka)
kepada (ksn)
daripada (ksn)
apabila (kh)
manakala (kh)
padahal (kh)
darihal (kh)
barangkali (kh)
kadangkala (kh)
apakala (kh)
walhal (kh)
bagaimana (kt)
Pengimbuhan kata majmuk
Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan.
Contohnya:
diambil alih menerima pakai kenal pastikan
diguna semula bercampur aduk berurus niaga
Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan.
Contohnya:
pengambilalihan pengenalpastian mencampuradukkan
pengemaskinian diurusniagakan kedayaserapan
menggarispusatkan menyatupadukan persuratkhabaran
penguatkuasaan penambahbaikan menguatkuasakan
Penggandaan kata majmuk
Kata yang dieja bercantum hendaklah digandakan keseluruhan kata atau unsur.
Contohnya:
tandatangan-tandatangan setiausaha-setiausaha
pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara
jawatankuasa-jawatankuasa kakitangan-kakitangan
Kata yang ditulis terpisah digandakan pada unsur atau kata pertama sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis gambar-gambar rajah
balai-balai raya suku-suku kata
garis-garis pusat kapal-kapal terbang
Menteri-Menteri Besar Naib-Naib Canselor
Penolong-Penolong Pendaftar Ketua-Ketua Menteri
PENGIMBUHAN
Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan
dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
1) awalan
- awalan kata nama (pelari, pembawa, pendatang, penggali, pengebom, pelajar, perbara,
pesara, ketua, juruukur, mahasiswa, tatacara, prasejarah, subsistem, supranasional,
ekawarna, dwifungsi)
- awalan kata kerja (melawan, membawa, mendaki, menggali, mengecat,
memperhamba, berganti, berupa, belajar, terjebak, diatur, dipercepat)
- awalan kata adjektif (terbesar, terendah, sebaya)
2) akhiran
- akhiran kata nama (pakaian, sasterawan, seniman, olahragawati, nasionalisme, hadirin,
hadirat, ustazah)
- akhiran kata kerja (buatkan, turuti)
3) apitan
- apitan kata nama (pelaksanaan, pembuatan, pentakrifan, penggunaan, pengehadan,
pesisiran, persalinan, pelajaran, kelainan)
- apitan kata kerja (memainkan, mendermakan, membaharukan, menggunakan,
mengepinkan, beralaskan, berlanjutan, dibiarkan, melalui, mencurigai, membohongi,
menganggotai, didekati, diperdengarkan, diperingati, memperlihatkan, memperingati,
kehujanan)
- apitan kata adjektif (keinggerisan)
4) sisipan
- kata nama (kelengkeng, telunjuk, kelabut, keruping, seruling, serabut)
- kata adjektif (kelebak, selerak, gelembung, gerodak, gemilang, semerbak, gemerlap,
sinambung)
- kata kerja (jelajah, gelegak)
BEBERAPA PANDUAN MENENTUKAN IMBUHAN YANG BETUL
1. pelantikan atau perlantikan
kata dasar = lantik kata kerja transitif = melantik
rumus – meN-… akan berpadanan dengan peN-…
rumus – beR-…akan berpadanan dengan peR-…
= melantik – pelantikan
contoh lain = melucut (pelucutan), meletakkan (peletakan), melaksanakan (pelaksanaan)
melanggar (pelanggaran) berlanggar (perlanggaran)
2. memperbesar atau memperbesarkan
kata dasar = besar golongan kata = kata adjektif
rumus – apitan rangkap memper-…-kan digunakan bersama-sama dengan kata nama,
kata kerja
rumus – apitan rangkap memper-… digunakan bersama-sama dengan kata adjektif
= memperbesar ( / ) memperbesarkan ( X )
= mempertingkatkan ( / ) mempertingkat ( X )
= mempersembahkan ( / ) mempersembah ( X )
perbezaan antara “membesarkan” dengan memperbesarkan”
- meN-…-kan = menjadikan sesuatu bersifat dengan adjektif itu
- memper-…= menjadikan sesuatu bersifat lebih
= membesarkan – menjadikan sesuatu yang kecil lebih besar
= memperbesar – menjadikan sesuatu yang sedia besar lebih besar
3. p, t, k, dan s
- kata dasar yang bermula dengan konsonan p, t, k, dan s akan diluluhkan apabila
diimbuhkan dengan imbuhan meN-… dan peN-…
- pasti - memastikan mempastikan (X)
- tenteram - menenteramkan mententeramkan (X)
- kagum - mengagumkan mengkagumkan (X)
- sejahtera - menyejahterakan mensejahterakan (X)
4. awalan beR-…
- melalui rumus disimilasi, apabila suku kata pertama kata dasar mempunyai -er-, maka
imbuhan ber- akan menjadi be-, contohnya kerja akan menjadi bekerja.
- tetapi, yang lain tidak sedemikian, seperti bercermin, berserta, berserban, dan
berterbangan
- begitu juga dengan tersergam dan terserlah.
5. “k” atau “kk”
- kata nama terbitan tidak ada yang berakhiran –kan.
- kata kerja terbitan tidak ada yang berakhiran – an.
= Galakan yang diterima daripada gurunya amat dihargai.
= Gurunya menggalakkan dia melibatkan diri dalam kegiatan sukan.
6. “g atau “gg”
- gali – menggali gembleng – menggembleng gembala – menggembala
CONTOH KESALAHAN IMBUHAN DAN PEMBETULANNYA BERDASARKAN RUMUS
TATABAHASA
SALAH BETUL
mengenengahkan mengetengahkan
mengenepikan mengetepikan
beserta berserta
memperolehi memperoleh
mempastikan memastikan
mengkagumkan mengagumkan
mengwujudkan mewujudkan
merbahaya berbahaya
mengswastakan menswastakan
nasionalisma nasionalisme
patriotisma patriotisme
pesaraan persaraan
perlaksanaan pelaksanaan
perlantikan pelantikan
perletakan peletakan
mekanisma mekanisme
menakrifkan mentakrifkan
memperuntukan memperuntukkan
peruntukkan peruntukan
perlabelan pelabelan
menakibatkan mengakibatkan
pengwartaan pewartaan
perlesenan pelesenan
pemerosesan pemprosesan
pengembala penggembala
pengemblengan penggemblengan
organisme organisma
berkerjasama bekerjasama
beserban berserban
memperindahkan memperindah
memperluaskan memperluas
memperlebarkan memperlebar
memperhebatkan memperhebat
mempertajamkan mempertajam
memperteguhkan memperteguh
memperjernihkan memperjernih
mempertingkat mempertingkatkan
mempersembah mempersembahkan
memperakui memperakukan
memperhalusi menghalusi
kesesakkan kesesakan
kebanyakkan kebanyakan
menggalakan menggalakkan
persisiran pesisiran
pengkebumian pengebumian
memperbaiki membaiki
memperkuasai menguasai
memperdalami mendalami
mempersetujui menyetujui
keburukkan keburukan
kebaikkan kebaikan
perlancaran pelancaran
mengsabotaj mensabotaj
mengalakkan menggalakkan
menyintai mencintai
memasukan memasukkan
PENGAKRONIMAN
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku
kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan
ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya:
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Gapena - Gabungan Penulis Nasional
Mara - Majlis Manah Rakyat
ubahsuai - ubah sesuai
kugiran - kumpulan gitar rancak
Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara.
1) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
Contohnya:
LUTH - Lembaga Urusan dan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
2) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya:
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
jentolak - jentera tolak
3) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu
menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya:
Pernas - Perbadanan Nasional
Intan - Institut Tadbiran Awam Negara
Petronas - Petroleum Nasional
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM
1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan
2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih
3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah
4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli
5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi
6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali
7 Menggandakan kata selepas saling
a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan
8 Pembentukan ayat pasif
a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)
9 Penggunaan –kan menggantikan akan
a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan
10 Menjarakkan imbuhan pinjaman
a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah
GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU
1) Kata nama
2) Kata kerja
3) Kata adjektif
4) Kata tugas
KATA NAMA
Subgolongan kata nama:
a) kata nama am
b) kata nama khas
c) kata ganti nama
Kata Nama Am
a) konkrit (konsep kebendaan – kambing, sungai, jambatan, pekerja)
b) abstrak (konsep mujarad – mimpi, idaman, perpaduan, kemerdekaan)
Kata Nama Khas
a) hidup (manusia – Azhar, Suria, P. Ramlee)
hidup (bukan manusia – Tompok, Sang Rangkak, Vanda Diana)
b) tak hidup (Johor Bahru, Kepala Batas, Gunung Tahan, Naza Citra)
Kata Ganti Nama
a) tunjuk (umum – ini, itu)
tunjuk (tempat – sini, situ, sana)
b) diri (tanya – siapa, apa, mana)
orang (pertama – aku, saya, beta, patik, kami, kita)
orang (kedua – saudara, kamu, engkau, tuanku, anda)
orang (ketiga – ia, dia, beliau, mereka, -nya)
KATA KERJA
Subgolongan kata kerja:
a) kata kerja tak transitif
b) kata kerja transitif
Kata Kerja Tak Transitif
a) tak berpelengkap (bangun, tersenyum, berjalan, melancong, meninggi)
b) berpelengkap (beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan)
Kata Kerja Transitif
a) aktif (membeli, melihat, memasukkan, mengabaikan, memperisteri)
b) pasif (dibeli, dilihat, dimasukkan, diabaikan, diperisteri)
KATA ADJEKTIF
Subgolongan kata adjektif:
a) sifatan (baik, sihat, segar, layu, tegap, sibuk, tenang)
b) warna (putih, biru, kuning, hijau, merah, ungu, perang)
c) ukuran (panjang, pendek, nipis, cetek, kecil, tohor)
d) bentuk (bulat, bundar, leper, bujur, lonjong)
e) pancaindera
(rasa – sedap, manis, masam, kelat, tawar)
(pandang – cantik, molek, hodoh, ayu, buruk)
(dengar – merdu, mersik, nyaring, bising)
(bau – harum, wangi, busuk, hapak)
(sentuh – halus, licin, keras, kasar, lembut)
f) waktu (cepat, spontan, lewat, lambat, awal)
g) cara (laju, deras, perlahan)
h) perasaan (rindu, geram, asyik, berahi, benci)
i) jarak (jauh, dekat, hampir, nyaris)
KATA TUGAS
Subgolongan kata tugas:
a) kata hubung (dan, atau, kerana)
b) kata seru (wah, amboi, aduh)
c) kata tanya (apa, siapa, bagaimana)
d) kata perintah (sila, tolong, harap)
e) kata pangkal ayat (hatta, maka, syahadan)
f) kata bantu (akan, sudah, pernah)
g) kata penguat (sangat, paling, nian)
h) kata penegas (juga, -lah, -tah, pun)
i) kata nafi (bukan, tidak)
j) kata pemeri (ialah, adalah)
k) kata sendi nama (dari, dengan, di, ke)
l) kata pembenar (ya, benar, betul)
m) kata bilangan (dua, segala, masing-masing)
n) kata arah (atas, bawah, dalam)
o) kata adverba (begini, selalu, diam-diam)
p) kata pembenda (-nya)
q) kata penekan (-nya)
Kata Adverba
Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama
dari segi cara, masa, dan tempat.
Bentuk Kata Adverba
a) jati (semalam, kelmarin, sering kali, saling, sekali gus, sentiasa, nanti, serentak)
b) asalnya kata adjektif (laju, besar, lesu, panjang, tinggi, hampir, selalu)
c) asalnya kata kerja (berkilat, mengiring, meninggi, menyala, berseri)
d) bentuk gandaan
(gandaan penuh – betul-betul, pura-pura, sedikit-sedikit, cepat-cepat)
(gandaan separa – bermalam-malam, semahu-mahunya, sepandai-pandai)
(gandaan berentak – sedu-sedan, hingar-bingar, susup-sasap, mundar-mandir)
Ayat contoh:
1) Pelancong itu akan tiba esok dari England.
2) Dia hampir terjatuh ketika menyidai pakaian.
3) Ketam ialah haiwan yang berjalan mengiring.
4) Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya.
5) Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu.
6) Pahlawan itu akan dikenang selama-lamanya.
7) Hartawan itu berbelanja besar-besaran untuk majlis tersebut.
8) Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.
BAHAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat
tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian
(ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama
yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai
unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif
(FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas
menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan
predikat.
Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut
binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa
eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur
inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK
dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh
menjadi unsur inti setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti
contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah
dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana
pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
BIDANG PENDIDIKAN MORAL
MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: PUNCA DAN PENYELESAIAN
Pengenalan
Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial
yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi
menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk
devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat
untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-
nilai murni kemanusiaan serta agama.
Pengertian masalah sosial remaja
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem
dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja.
Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak
adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta
Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke
bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara
umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu
ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada
mereka masih dalam alam persekolahan.
Statistik Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh
kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga
banyak.
Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di
negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita
Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu
ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini,
seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas
pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta
benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja
adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri
basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).
Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau
bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai
contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991.
Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum,
seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum
India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan
1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991
dan 1487 kes pada tahun 1992.
Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada
tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).
Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun
1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang
(12.46%) adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata
masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri
Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3
Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988,
sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990
dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.
Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar
dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan
kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur
mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah,
sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum
Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan
remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai
sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan
dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada
keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka
berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau
penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam
aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau
kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada
yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup
sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin
remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap
memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka
mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan
terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi
keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan
pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal
terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa
bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan
akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan
kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit,
suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak
penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah
keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti
masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta
mengawal selia anak sepanjang masa.
2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku
para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan
yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan
mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini,
mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan
secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang
dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik
serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah
akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah
itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh
kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja.
Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini.
Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau
pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal
pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak
mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan
mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan
memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi
dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai
murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima
kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role
model kepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan
komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat
sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping
mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis
yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan
pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk
masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna
sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam
memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya
bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada
guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK
BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu
bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang
diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini
sukar diatasi.
BIDANG MATEMATIK
GUNA SEJARAH AJAR MATEMATIK
Pernah mempelajari Matematik? Tentu, dan pada sesetengah daripada kita mendapati
Matematik adalah subjek yang membosan dan merunsingkan. Apatah lagi kepada para
pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan.
Namun begitu, tanpa Matematik agak sukar pula bagi remaja kita untuk meloloskan diri
ke menara gading. Akibatnya, belajar matematik membebankan tetapi perlu pula
sekurang-kurangnya lulus di dalam peperiksaan untuk ke hadapan.
Umum mengetahui kepentingan Matematik kepada seseorang. Malah kepentingan
Matematik yang telah berakar umbi dalam tamadun manusia. Tetapi, usaha seorang
Profesor Matematik kelahiran Rio de Janeiro telah mengubah persepsi orang ramai
terhadap Matematik. Beliau telah memperkenalkan satu sistem pendidikan baru di dalam
menerangkan konsep-konsep dalam Matematik, iaitu dengan menggunakan pendekatan
sejarah melalui hikayat yang amat menarik. Maka lahirlah salah-satu karyanya yang
hebat bertajuk The Man Who Counted. Yang lebih menarik, penulisnya sendiri yang
melahirkan pengarang buku tersebut yang lebih terkenal daripada namanya sendiri,
yang dikenali sebagai Malba Tahan. Beliau tidak menggunakan nama sebenarnya, iaitu
Julio Cesar de Mello, seorang Profesor Matematik di Rio de Janeiro Education Institute,
sebaliknya nama Malba Tahan lebih menonjol.
PEMERINTAHAN
Hikayat ini berkisar pada zaman kegemilangan Islam iaitu pada zaman pemerintahan
khalifah Islam. Yang menariknya, si penulis, Julio Cesar, tidak pernah melangkah kakinya
ke negara-negara Arab. Namun begitu, hasil daripada tulisannya itu, umum akan
mengetahui betapa dalam cintanya kepada ilmu dan peradaban Islam zaman silam.
Jalan ceritanya yang bermula dengan pengembaraan Beremiz Samir, yang telah
menggunakan kepandaiannya di dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan
matematik. Sepanjang perjalanan beliau bersama seorang sahabat, Hanak Tade Maia,
telah menyelesaikan beberapa masalah yang menimpa penduduk setempat. Misalnya,
masalah perebutan unta sebanyak 35 ekor yang perlu dibahagikan kepada 3 orang adik-
beradik yang mengikut wasiat ayahnya, separuh daripada unta itu perlu diberikan
kepada abang yang sulung, 1/3 kepada adik keduanya dan 1/9 diberikan kepada yang
bongsu.
Jika diikutkan logik fikir, ia langsung tidak dapat dibahagikan secara adil. Jika separuh
daripada 35 ekor ialah 17 ½, maka apatah lagi jika dibahagikan kepada 1/3 dan 1/9 yang
mustahil untuk didapatkan nombor yang tunggal. Maka di sinilah kebijaksanaan
penulisnya. Si hero, Beremiz telah menambah seekor lagi unta, iaitu tunggangannya,
menjadikan jumlah 36 ekor.
HABUAN
Dan dari jumlah 36 ekor itu, ½ daripadanya diberikan kepada yang sulung iaitu sejumlah
18 ekor. Yang keduanya, 1/3 daripada 36 ekor, 12 ekor unta diberikan kepadanya, dan si
bongsu mendapat habuannya 1/9 daripada 36, iaitu 4 ekor. Apabila ditambahkan semua
jumlah itu (18 + 12 + 4) menjadikan ia sejumlah 34 ekor unta. Terlebih 2 ekor unta! Dan
si Beremiz mendapat habuan seekor lagi unta tunggangannya.
Di sinilah letaknya kehebatan penulis yang menyelesaikan masalah Matematik dengan
logik ‘benar’, dan bukan sekadar ‘logik Matematik’. Buku ini menarik untuk dibaca
sebagai salah satu kaedah menyelesaikan masalah masyarakat, yang rata-ratanya
berkisar kepada masalah wang, kepuasan hidup, keadilan dan sebagainya.
Tidak mustahil kepada seseorang ahli Matematik yang melihat situasi ini sebagai satu
cabaran bagi beliau untuk cuba menyelesaikan permasalahan itu dengan ‘logik benar’
Matematik. Matematik telah lama terbukti sebagai salah-satu penyelesai masalah
manusia. Komputer sendiri adalah hasil daripada keajaiban Matematik itu. Cuma,
masyarakat kita kurang ‘menggemari’ Matematik, mungkin disebabkan oleh kaedah
pengajaran yang kaku dan membosankan. Matematik perlu diajar dan dibaca
sepertimana seseorang gemar membaca novel cinta.
Julio Cesar telah membuktikan bahawa kaedahnya adalah antara yang terbaik dan
terbukti kepada tiga generasi selepasnya, bahawa Matematik juga adalah satu seni dan
perlu dibaca!
BIDANG SAINS
KESAN RUMAH HIJAU
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Kini, manusia
sedang berusaha untuk membangunkan alam sekitar ini bagi menjaminkan
kesejahteraan hidup. Alam sekitar dirujukkan kepada segala komponen yang hidup
(biosis) seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta yang bukan hidup (abiosis) seperti
tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Alam sekitar merupakan salah satu
keseimbangan yang wujud di antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan?
keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.
Pada zaman globlalisasi ini, populasi manusia kian meningkat pada penghujung kurun ini
telah? membawa kepada peningkatan pelbagai masalah kepada alam sekitar. Aktiviti-
aktiviti yang telah dijalankan seperti perindustrian dan pembalakan telah
mengancamkan alam sekitar. Masalah ini menjadi semakin serius dan telah diikitirafkan
sebagai? masalah sedunia dan telah dibincangkan di Sidang Puncak Bumi di Rio de
Janeiro pada 1992. Isu-isu yang dibincangkan termasuklah pencemaran.??Aktiviti-aktiviti
manusia kini bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi serta mementingkan
pembangunan ekonomi telah menjadi sebagai punca utama pencemaran. Pencemaran
akan mengubahkan persekitaran secara berterusan sehinggalah keseimbangan alam
terjejas.
Kesan rumah hijau merupakan salah satu fenomena yang menjadi suhu bumi meningkat
menjadi panas. Hal ini bermaksud sinaran ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke
bumi, sebahagiannya dipantul ke angkasa lepas manakala yang bakinya dipantul ke
dalam unyuk memanaskan bumi. Haba yang sampai ke bumi akan dipantul semula oleh
permukaan bumi ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah. Tenaga haba ini tidak
semestinya dapat ditembusi keluar atmosfera kerana kebanyakkan haba ini akan diserap
ole gas-gas yang terperangkap di atmosfera seperti karbon dioksida, karbon monoksida,
klorofluorokarbon dan metana. Haba yang terperangkap ini akan meningkatkan suhu
permukaan bumi dan memastikan bahawa bumi sentiasa panas. Pertambahan gas-gas
yang tercemar seperti oksida nitrogen dan sulfur dioksida juga menyumbang dalam
perningkatan suhu permukaan bumi. Pertambahan karbon dioksida disebabkan oleh
pembakaran bahan-bahan api fosil seperti arang batu, petrol dan gas asli.
Jikalau kesan rumah hijau ini meningkat secara berterusan dan tidak dikawal bumi graf
kesan rumah hijau ini akan mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. Air di
lautan dan sungai akan menjadi panas serta lebih mudah tersejat. Bukan itu sahaja,
tanah-tanah terutamanya di hemisfera utara dan latitud tengah akan menjadi lebih
kering. Arah angin pula akan berubah dan menyebabkan kejadian ribut akan kerap
berlaku. Taburan hujan yang tidak seragam akan berlaku sehingga mengakibatkan
kemarau dan akibat pemanasan bumi yang tidak sekata. Aras laut akan meningkat dan
banjir sedunia akan berlaku disebabkan bongkah-bongkah ais di kutub Utara dan kutub
Selatan cair. Kejadian-kejadian ini bukan saja mengancamkan kehipuan manusia malah
kehidupan haiwan juga terancam dan aktiviti-aktiviti seperti pertanian, perikanan dan
bekalan air akan terganggu. Pertambahan penduduk akan meningkatkan penggunaan
tenaga dan permintaan terhadap bahan api fosil dan bekalan tenaga elektrik akan
meningkat. Hal ini akan menyebabkan lebih banyak pokok akan detebang kawasan
perindustrian semakin banyak akan dibukakan. Semua aktiviti ini akan mengakibatkan
penambahan kuantiti gas rumah hijau di atmosfera dan seterusnya suhu bumi akan
meningkat.
Penipisan lapisan ozon dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ozon merupakan sejenis
gas? yang terdiri daripada tiga atom oksigen yang terletak di lapisan stratosfera bumi.
Lapisan ozon merupkan? satu perisai semula jadi bumi yang akan memantulkan sinar
ultraungu yang berbahaya. Ozon dibentuk apabila molekul oksigen terurai kepada atom
oksigen dengan kehadiran sinar ultraungu, atom oksigen bebas ini akan bertindak balas
dengan molekul oksigen dan membentuk molekul ozon dengan kehadiran gas nitrogen.
Walaupun begitu, ozon boleh terurai kepada molekul oksigen oleh oksida nitrogen yang
dibebaskan oleh kapal terbang supersonik atau atom klorin dari sebatian CFC
(kluorofluorokarbon). Kluorofluorokarbon atau juga dikenali sebagai freon ini merupakan
satu sebatian yang digunakan oleh pendingin hawa dan peti sejuk. Tindak balas antara
atom klorin dengan ozon akan mengembalikan? oksida nitrogen dan atom klorin ke
atmosfera setelah memusnahkan molekul ozon. Sebab itulah, lapisan ozon semakin
nipis.
Pada tahun 1985, kebocoran pada lapisan ozon dikesan di kawasan Antartika, di Artik
pada tahun 1987 dan sekarang di Australia pula. CFC bukan sahaja memusnahkan
lapisan ozon, malah molekul CFC berupaya menyerap haba 20000 kali ganda lebih baik
daripada satu molekul? karbon dioksida. Urbanisasi akan membawa kepada
pertambahan penduduk akibat imigrasi penduduk luar bandar ke bandar. Apabila
terdapat banyak penduduk, kegiatan-kegiatan ekonomi berkembang, banyak tanah
baru? akan dibuka untuk penempatan baru. Pencemaran air, bunyi dan udara boleh
nerlaku sekiranya pembinaan dijalankan secara berleluasa. Seterusnya, sekiranya
penduduk meningkat, perwujudan kesesakan dan kawasan setinggan berlaku. Hal ini
akan menyebabkan keseimbangan ekologi semula jadi akan terganggu apabila jalanraya
dan bangunan dibina di kawasan hutan yang dibukakan.
Kesimpulannya, alam semula jadi adalah penting dalam keseimbangan ekologi.
Sekiranya ekologi semula jadi terjejas, haiwan serta manusia akan mengalami
kepupusan pada masa yang akan datang nanti. Alam sekitar membekalkan keperluan
hidup kepada manusia dan haiwan. Ia juga merupakan asas kepada komponen-
komponen hidup di seluruh dunia.
BIDANG GEOGRAFI
KEJADIAN BANJIR KILAT
Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-
sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita dan
boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehingga boleh
membawa kematian.
Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat hujan yang
berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa jam akan
menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke
sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan
kawasan tanah rendah dipenuhi air.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermoden. Kawasan-
kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit.
Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-
aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir kilat kerana apabila
hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan
kemudian bertakung, maka lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan
berlaku.
Hakisan sungai yang kerap berlaku juga boleh mendatangkan banjir kilat. Faktor semula
jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis
tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu
mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan
aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-
sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran
air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai tersebut tidak dapat megalirkan air hujan
yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan
berlaku.
Hutan yang berperanan menyerap air hujan juga semakin berkurangan. Hal ini
menyebabkan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang
turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila
sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah
banjir kilat.
Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula adalah disebabkan kekurangan
sistem perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlalu kecil dan cetek serta sering
tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah
air yang banyak, maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secara semula jadi dan
membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil lankgah-langkah
untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan
dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan betrerusan.
BIDANG SEJARAH
MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk
membincangkan perkaraperkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil
masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari
1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu.Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh
kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk
menggubal perlembagaan.Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali
sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada
pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh
SuruhanjayaReid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan
Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul
Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahmanmengisytiharkan kemerdekaan
di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan
kemerdekaan.
Pilihanraya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS,
Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak,
Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum
tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan
raya, kabinet kerajaan telah
dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.
Pengistiharan Kemerdekaan Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah
mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan
dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di
sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan ‘Stadium
Merdeka’.Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato’
Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-
tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato’
Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku
sendiri adalah Pengerusinya. 7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato’ Razak menalifon Tunku
dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja
Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam. 9.00 pagi, langit
mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang daripandangan. Perabut dan
perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di
rumahnya.
Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang
serta bertengkolok songket,Tunku menantikan saat untuk bertolak. Di Stadium Merdeka,
Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian
istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. ‘God Save The
Queen’berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcikQueen Elizabeth
II masuk dan mengambil tempat.
Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-raja
Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula
duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke. Duke kemudiannya
menyerah ‘Instrumen Kemerdekaan’ yang mana merupakan suatu pengakuan British
bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini
dan seterusnya menarik balik ‘perlindungan’ yang diberikan kepada negeri-negeri
Melayu. Tunku kemudiannya
membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut “Dengan nama
Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan
Merdeka”.
Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat
sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.Seorang anak bangsa
yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan
renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium
Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri.
Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang
penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah
kita miliki Merdeka! Merdeka! Merdeka!
BIDANG KESIHATAN
PENYAKIT DEMAM DENGGI
Kes denggi naik secara mendadak sehingga kerajaan telah mengisytiharkan empat
negeri iaitu, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Selangor
memiliki jumlah pengidap denggi kritikal. Dari Januari sehingga 24 September 2005,
sebanyak 27,569 kes demam denggi dicatatkan di seluruh negara berbanding 21,786
kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Jumlah kematian telah meningkat
kepada 70 orang tahun ini berbanding 68 orang dalam tempoh yang sama sepanjang
tahun lalu. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan melancarkan Operasi Kawalan Denggi
secara besar-besaran di kesemua negeri terbabit bagi membendung dan mencegah
penyebaran penyakit yang boleh membawa maut.
Apa itu Denggi?
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh
membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat
dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-
kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
Jenis-jenis penyakit denggi
Demam denggi klasikal
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot.
Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian.
Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone
fever'
Demam denggi berdarah
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2
hingga 13 tahun. Pada tahap awal (selama 2 hingga 4 hari) gejala yang dihidapi
adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih
teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah
di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan
sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak
diberikan dengan segera
Agen Penyebab Penyakit Denggi
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus
ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak
dalam serangga. Terdapat empat jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den
1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan
antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan
badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi
individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah
manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat
sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit.
Pembawa Agen Penyakit Denggi
Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk
merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain.
Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 mg darah iaitu 1.5
kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan
putih di kaki. Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu :
Aedes Aegypti
Ciri-ciri : Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala. Nyamuk Aedes Aegypti
berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam
rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di
luar rumah.
Aedes Albopictus
Ciri-ciri: Garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk
Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di
hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit
manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit
manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam
berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh,
ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air
bertakung.
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
Cara Jangkitan
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup
dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman
selama 8 hingga 10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk.
Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.
Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan
sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia.
Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi
ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang
menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan
segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam
belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa
memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.
Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan
transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada
serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi
berikutnya.
Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan
virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan
sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen
penyakit.
Tanda Serangan Denggi
Demam kuat secara mengejut dan berterusan
Ruam pada kulit
Sakit tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit Perut
Pendarahan pada badan, hidung dan mulut
Rawatan
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada
keadaan pesakit iaitu, mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari
perdarahan berlaku
Rawatan Demam Denggi Berdarah
o Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah
menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih
banyak.
o Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu
demam patut dikawal dengan antipiretik.
o Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan
awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.
o Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit
meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Tempat Pembiakan
Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
Di dalam rumah
Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
Perangkap semut
Di luar rumah
Di dalam tayar buruk.
Saluran air hujan.
Tin-tin kosong atau botol.
Bata bangunan atau kawasan pembinaan
Cawan getah
Lubang pokok
Tunggul buluh
Ketiak daun seperti -pandan dan nenas
Langkah Kawalan Denggi
Sistem pemantauan
Semburan asap
Pemeriksaan premis untuk mencari dan memusnahkan jentik-jentik
Menggalakkan penggunaan abate
Mengedarkan risalah dan pemberitahuan mengenai langkah pengawalan
pembiakan nyamuk aedes
Meminta kerjasama pengetua dan guru besar bagi menggerakkan pelajar
bersama memeriksa halaman dan dalam rumah.
BIDANG SUKAN
ISU RASUAH: AIDIL SEDIA KERJASAMA (UTUSAN ONLINE 01/06/2011)
SHAH ALAM - Pemain Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak sedia
membantu pihak berkuasa jika betul dakwaan rasuah berlaku dalam pasukannya.
Aidil, 23, mengakui dia amat malu jika perkara ini berlaku dalam pasukanya, malah
dakwaan bahawa skuad Piala Presiden Negeri Sembilan terlibat mengatur perlawanan
sudah cukup untuk mengguris hatinya.
"Saya tidak tahu keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
saya tidak berani campur, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada pihak atasan
tetapi jika betul ia amat memalukan saya," katanya ketika ditemui media di Majlis
Pelancaran Liga Komuniti MiziSports di sini, semalam.
Jelasnya, sebagai pemain yang lahir di Negeri Sembilan dia berasa amat malu jika rasuah
berlaku dalam negerinya terutama sekali dalam sukan bola sepak, sedangkan Menteri
Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri
Sembilan (PBNS) banyak membantu dari pelbagai aspek menaikkan bola sepak negeri.
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, saya bukan hendak menuduh rakan
sepasukan ataupun mana-mana pemain, setakat ini biarlah pihak berkuasa melakukan
siasatan lanjut, jika ada yang terlibat ia perlu diselesaikan.
"Apa yang mampu saya lakukan ialah memberi kerjasama sebaik mungkin, tetapi saya
rasa ia tidak wujud dalam skuad Liga Super, prestasi kami yang tidak konsisten pula
berlaku tatkala gejala rasuah kembal diuar-uarkan berlaku," katanya.
Aidil juga bersedia untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada pihak yang cuba
untuk melibatkannya dalam gejala tersebut, malah dia juga tidak mahu duit haram
menjadi darah daging kepada anak-anaknya.
"Prestasi skuad Negeri Sembilan yang kurang konsisten adalah disebabkan masalah
kecederaan pemain utama, malah kami terpaksa mengguna khidmat pemain Piala
Presiden untuk memantapkan pasukan.
"Kami akan bangkit semula pada saingan Piala Malaysia nanti dengan kebanyakan
pemain yang cedera sudah sembuh, termasuk Zaquan Adha Abdul Radzak," kata Aidil
yang sekarang ini menjalani latihan bersama skuad kebangsaan menjelang perlawanan
persahabatan menentang Hong Kong Jumaat ini.
Kelmarin, SPRM telah menyatakan bahawa siasatan terhadap pemain skuad Piala
Presiden Negeri Sembilan yang didakwa mengatur keputusan perlawanan kini telah
hampir siap.
Menurut sumber, SPRM telah selesai mengambil keterangan daripada semua pihak yang
diperlukan termasuk di peringkat pengurusan pasukan itu.
BIDANG PENDIDIKAN
ISU PEMANSUHAN PPSMI 2012
Keputusan profesional penuh justifikasi
KEPUTUSAN yang ditunggu-tunggu penuh debaran oleh rakyat Malaysia tiba juga Rabu
lepas. Akhirnya, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran, Tan
Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan muktamad kerajaan memansuhkan
dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Ada yang gembira, ada yang tak puas hati dan ada juga yang masih mengambil sikap
tunggu dan lihat. Paling menarik barangkali, di sebalik gambaran 'penolakan seratus
peratus rakyat terhadap dasar PPSMI' sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh
pihak pembangkang, ada juga beberapa bancian bebas yang dilaksanakan oleh
beberapa blog popular membuktikan sebaliknya.
Hakikatnya, jika keputusan bancian anjuran blog bebas masih memihak kepada
cadangan supaya PPSMI diteruskan sekali pun, keputusan tersebut masih boleh
dipersoalkan.
Menurut perangkaan 2008 yang dikumpulkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC), pengguna Internet berdaftar di rumah adalah 85 peratus
tertumpu di kawasan bandar dan hanya 15 peratus di kawasan luar bandar.
Statistik ini jelas menunjukkan bahawa taburan pengguna Internet yang diambil sebagai
'sampel' bancian tersebut hanya tertumpu kepada kelompok rakyat di dalam bandar
yang aktif berinternet, manakala pandangan dan undian keseluruhan rakyat luar bandar
belum diambil kira dan pasti dipinggirkan.
Secara kesimpulannya, tidak kira sama ada undi pelbagai bancian di atas benar-benar
boleh dipercayai atau tidak, keputusan akhir ke atas dasar PPSMI ternyata ada 'peminat'
yang tersendiri!
Kerajaan bukanlah tidak mencuba untuk meneruskan dasar PPSMI. Bagaimanapun, hasil
pelbagai kajian ilmiah bebas seawal 2004 yang dianjurkan oleh pelbagai institusi dan
organisasi berkaitan serta data statistik yang dikumpulkan oleh Kementerian Pelajaran
mengenai keputusan pelajar dan kemampuan guru terhadap PPSMI tidak condong
kepada penerusan dasar PPSMI. Ini sekali gus 'memaksa' kerajaan bertekad kepada
keputusan pemansuhan.
Menyedari hasrat dan falsafah dasar PPSMI, kerajaan di peringkat awal tidak pernah
putus asa untuk meneruskan dasar tersebut. Buktinya adalah melalui pelaburan ratusan
juta ringgit ke atas usaha memperkasakan pengetahuan serta kebolehan guru dalam
kedua-dua subjek berkenaan melalui pelbagai kursus dan latihan. Penggunaan teknik-
teknik pengajaran yang terbaik juga telah diguna pakai. Namun, tiada perubahan ketara
dapat dilihat.
Pelajar Melayu akan terus kecundang, keyakinan diri terbantut dan terus
menganggur
Statistik Kementerian Pelajaran juga menunjukkan bahawa guru-guru PPSMI tidak
mampu mengajar Sains dan Matematik seratus peratus dalam bahasa Inggeris malah
dicampuradukkan dengan bahasa Melayu semasa mengajar dua subjek tersebut. Senario
ini tidak berlaku di sekolah-sekolah kebangsaan Cina dan Tamil kerana kedua-dua subjek
tersebut diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Yang menjadi mangsa adalah para
pelajar Melayu yang semakin keliru, memperolehi keputusan peperiksaan yang terus
menjunam sehingga mengakibatkan keyakinan diri terbantut. Kurang keyakinan diri
inilah punca sebenar mengapa pelajar Melayu terus menganggur.
Untuk dikatakan dasar PPSMI telah gagal rasanya tidak juga. Lebih tepat barang kali
kalau dikatakan ia kurang berjaya mencapai sasaran yang diingini. Bagi saya sendiri,
PPSMI bukanlah tidak baik. Hasratnya, murni.
Namun demikian, menurut statistik sahih kajian Kementerian Pelajaran jelas
membuktikan guru-guru belum bersedia sepenuhnya dan sebilangan pelajar luar bandar
ada kekangan. Jika PPSMI diteruskan juga, kita menghadapi kekesalan berpanjangan
kerana sejumlah besar anak-anak kampung yang cerdik tetapi ada kekangan
pemahaman bahasa Inggeris akan menjadi korban nanti. Sanggupkah kita?
Syukurlah hikmah di sebalik pelaksanaan dasar kontroversi ini sekurang-kurangnya telah
meningkatkan kesedaran akan pentingnya penguasaan bahasa Inggeris. Inilah natijah
dan nawaitu asal PPSMI sewaktu perencanaannya diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad dahulu.
Melalui transformasi sistem pendidikan Malaysia yang dirancang oleh Kementerian
Pelajaran ketika ini, ia akan tetap dapat memurnikan hasrat Tun Dr. Mahathir itu dengan
kaedah memperkasakan pembelajaran bahasa Inggeris melalui 12 langkah yang
diutarakan oleh Muhyiddin. Saya amat setuju agar bahasa Inggeris sepatutnya
diperkasakan dahulu sebelum subjek Matematik dan Sains diajar dalam bahasa tersebut.
Saya berharap sangat jika silibus baru disusun supaya pelbagai jargon teknologi dan
sains dapat diterapkan dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Begitu juga dengan subjek
Geografi hari ini yang hanya fokus terhadap ilmu alam Malaysia sahaja.
Saya yakin para pelajar akan lebih tertarik jika mereka dihidangkan dengan Geografi
dunia sebagai salah satu silibus dalam subjek bahasa Inggeris. Dengan silibus tersebut,
ia bukan sahaja seiring dengan pendekatan saluran National
Geographic dan Discovery tetapi juga memupuk pemikiran generasi muda Malaysia
untuk berbahasa Inggeris apabila mereka menjelajahi dunia suatu hari nanti.
Dalam perihal memartabatkan bahasa Melayu, iltizam Kementerian Pelajaran
memperkasakan pembelajaran bahasa Melayu seharusnya telah menjawab tuduhan
beberapa pihak yang mendakwa kerajaan tidak sensitif dengan nasib bahasa
kebangsaan. Apatah lagi sekarang, dalam modul transformasi pendidikan ini, Muhyiddin
telah mengangkat semula martabat bahasa Melayu menjadi bahasa ilmiah untuk
memacu kemajuan ketamadunan Melayu masa hadapan.
Suka saya katakan, keputusan kerajaan sudah pun win-win (menang-menang) bagi
semua pihak. Objektif murni PPSMI bakal diusahakan secara terbaik sementara bahasa
Melayu pula akan terus dimartabatkan.
Sekalipun usaha menjurus kepada keputusan terhadap PPSMI telah dibuat, usaha untuk
memperjelaskan falsafah di belakang transformasi pelajaran perlu dibuat secara crystal
clear (sejelas mungkin).
Rakyat hari ini semakin peka terhadap hal ehwal semasa dan sentiasa mahukan
penjelasan konkrit. Ingatlah, pihak pembangkang pula tidak pernah lelah mencari
'peluru' untuk mengelirukan rakyat daripada fakta sebenar.
Setiap keputusan perlukan penilaian profesional, penjelasan dan justifikasi rasional.
Kalau ia demi kebaikan, rakyat tentu boleh menerimanya biarpun mungkin mengambil
sedikit masa.