ctu en compile
DESCRIPTION
CTUTRANSCRIPT
KOD SUBJEK : CTU 151
SUBJEK : PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
TAJUK KURSUS : KEPENTINGAN SUMBER WAHYU AL-QURAN
DAN AL-HADIS DALAM PENDIDIKAN DAN KEILMUAN ISLAM
NAMA KUMPULAN : IBNU SINA
NAMA PENSYARAH : PUAN HABIBAH BINTI AYOB
SEMESTER : 2
NAMA AHLI NOMBOR PELAJAR
MUHAMAD ILLIAS BIN MOHAMAD 2013885334
MOHD REDZA BIN MOHD HANIF 2013276784
TAHA BIN KHAMIS 2013283312
IDI A’LAMIN BIN IDRIS 2013467578
ISI KANDUNGANNO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN 2 - 3
2.
KEPENTINGAN AL-QURAN & AL-HADIS DALAM
PENDIDIKAN DAN KEILMUAN ISLAM
1. Menjadi asas pencetus idea keilmuan Islam
2. Menjadi panduan bagi proses kajian ilmu
3. Mengajak manusia untuk menyeimbangkan urusan
dunia dan akhirat
4. Contoh-contoh tokoh keilmuan Islam
Al-Razi
Ibnu Khaldun
4 - 17
3. KESIMPULAN 18 – 19
4. RUJUKAN 20
5. LAMPIRAN 21
1
PENDAHULUANPengertian al-Quran
Menurut bahasa, Qur’an bererti “bacaan”, pengertian seperti ini dikemukakan dalam Al-
Qur’an sendiri yakni dalam surah Al-Qiyamah, ayat 17-18:
Maksudnya: “Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu)
dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami.
(Karena itu), jika kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti
bacaannya”.
(al-Qiyamah, 17-18)
Dari segi istilah, al-Quran bermaksud kalam Allah, berupa mukjizat yang diturunkan kepada
junjungan Nabi Muhammad S.A.W. melalui malaikat Jibril A.S., ditulis di dalam mushaf,
disampaikan secara mutawatir, dimulai dengan surah al-Fatihah, disudahi dengan surah an-
Nas, dan membacanya merupakan ibadah.1
Pengertian al-Hadis
Dalam takrif bahasa, al-hadith berasal daripada perkataan حدث يحدث حداثة : Ianya mempunyai beberapa makna antaranya . حدوثا
Baru
Percakapan dan berita
Manakala dari takrif istilah pula ialah Hadith ialah apa yang disandarkan kepada Rasulullah
SAW dari perkataan, perbuatan, perakuan dan akhlak sifat-sifat kejadian sama ada sebelum
diutuskan atau setelah diutuskan menjadi Rasul.2
Pengertian pendidikan dan keilmuan Islam
1 Zulkifli Hj. Mohd Yusoff, Kunci Mengenal Al-Qur’an, 1996, Kuala Lumpur; Berita Publishing Sdn. Bhd., hal. 2
2 Muhammad Abū al-Laīs al-Khaīr Ābādī.. Ulūm al-Hadīth Asīliha wa Muā`sirihā. 2005. Selangor, Dar al-Shakir. hal 21.
2
﴿ ١٧ ﴿ ﴾١٨﴾
Dalam ilmu tatabahasa Melayu, “pendidikan” ialah kata nama terbitan yang berakar kata dari
kata dasar “didik” yang membawa erti “jaga” atau “pelihara” atau “ajar” dengan berhati-hati
sejak kecil. Dengan kata-kata lain, pendidikan ialah menyerapkan ilmu pengetahuan ke dalam
bentuk teori serta melakukan latihan dalam bentuk praktis bagi membentuk peribadi dan
watak serta mencungkil bakat yang terpendam.
Dalam Bahasa Arab, ada beberapa istilah yang digunakan dalam pengertian pendidikan. Ada
kalanya ia disebut sebagai “ta’lim”. Kadang-kadang ia disebut “tarbiah” dan kadang-kadang
pula disebut sebagai “ta’dib”. Kalimah “ta’lim” ialah nama terbitan yang berasal daripada
kata dasar “allama” yang bererti “mengajar”.3 Sebutan itu bersesuaian dengan firman Allah:
Maksudnya: dan Dia mengajarkan Adam nama-nama -
kesemuanya. Dia seterusnya menunjukkannya kepada malaikat dan
berkata, "sebutkan nama-nama mereka, sekiranya kamu beriman."
(al-Baqarah, 31)
3 Ghazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, 2001, Selangor; Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
3
KEPENTINGAN SUMBER WAHYU AL-QURAN DAN AL-
HADIS DALAM PENDIDIKAN DAN KEILMUAN
ISLAM1.0 MENJADI ASAS PENCETUS IDEA KEILMUAN ISLAM
Pendidikan mempunyai matlamat yang menyeluruh dan sejajar dengan situasi universal.
Matlamat utama pendidikan secara umum ialah menyediakan seseorang individu bagi
memainkan peranan yang positif dalam semua aspek yang matlamat akhirnya untuk
masyarakat. Bagi membangunkan daya usaha itu, pendidikan secara berkesan dapat bertindak
sebagai sebuah ejen untuk mengekalkan dan menyebarkan kebudayaan yang sesuai dengan
kemajuan serta pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden kini, pendidikan juga dapat
menyediakan ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan yang rencam di samping
membuat pembaharuan pembangunan serta menyelesaikan permasalahan yang berkaitan
dengan masyarakat.
Sesungguhnya matlamat pendidikan rabbani, yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah
yang sesuai dengan fitrah manusia, lebih mengimbangkan antara kemajuan, pembangunan
rohaniah dan jasmaniah sama ada bagi individu mahupun masyarakat untuk mencapai
kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.
Islam menangani pendidikan yang syumul dan lengkap, sama ada dari aspek fizikal, mental
mahupun moral. Matlamat pendidikan moral atau akhlak dalam Islam adalah melahirkan
manusia yang baik, berakhlak mulia serta bertakwa bagi melahirkan anggota masyarakat serta
warganegara yang baik. Plato, seorang ahli falsafah dan pendidikan tamadun Yunani juga
tidak mengabaikan prinsip–prinsip moral di samping pembentukan fizikal bagi mewujudkan
insan yang sempurna. Menurut Max Weber - seorang ahli falsafah Jerman; matlamat
pendidikan moral (bushido) bagi pembangunan Jepun atau istilah yang disebut sebagai Moral
Protestan (Protestant Ethics) bagi pembangunan negara–negara Barat, merupakan bibit–bibit
4
bagi kemunculan dan perkembangan sistem kapitalis.4 Namun demikian, matlamat pendidikan
Islam tidaklah semata–mata bermotifkan materialistik atau mencari rezeki, tetapi keperluan
itu merupakan alat bagi menempah kebahagiaan hidup dalam membantu untuk mencapai
kebahagiaan hakiki di akhirat nanti.
Dengan erti kata lain, keperluan kebendaan itu merupakan suatu jambatan yang boleh
menghubungkan di antara dunia dan akhirat. Justeru itu, al–Farabi , Ibnu Sina dan Ikhwan al
– Safa ada menyatakan bahawa kesempurnaan hakiki dalam pembentukan insan tidak tercapai
kecuali dengan mengimbangi serta menyerasikan di antara kehidupan beragama dengan
kehidupan keduniaan, dan kedua – dua situasi itu hendaklah bersumberkan ilmu pengetahuan.
1.1 Al-Quran dan al-Hadis sebagai pencetus idea Sains dan Teknologi
Maksudnya: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan
apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dari kuda – kuda yang
ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu
menggentarkan musuh”
(al-Anfal, 60)
Teknologi adalah alat yang dapat membantu kecemerlangan. Berhubung dengan ayat di atas,
Syeikh Said Hawa di dalam al-Asa fit Tafsir berkata, “ramai orang tersilap memahami tujuan
ayat ini. Mereka menyangka ayat ini menyuruh umat Islam mempersiapkan diri dengan
menggunakan panah dan busur semata–mata sedangkan kekuatan yang dituntut bukanlah
sekadar itu. Sebenarnya Allah menyuruh umat Islam bersiap sedia dengan pelbagai kekuatan
serta alat ketenteraan. Hal ini disebabkan ayat ini mengandungi kalimat “min quwwatin” dan
dalam bahasa Arab “min” melambangkan jenis yang pelbagai. Justeru ayat ini menyuruh
4 Kaori Okano & Motonori Tsuchiya, (Terjemahan Faridah Mohamad) Pendidikan Moden Jepun: Ketaksamaan dan Kepelbagaian, 2004, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
5
umat Islam mengukuhkan sistem pertahanan mereka dengan memperbanyakkan senjata–
senjata yang seumpama panah, kerana ia boleh digunakan dari jarak jauh seperti senapang,
roket dan peluru berpandu. Di samping itu, kenderaan yang canggih seperti kapal terbang dan
kapal perang perlu digunakan ( kerana ia adalah seperti kuda di zaman dahulu ).
1.1.1 Konsep teknologi
Definisi teknologi mengikut Merriam-Webster dictionary (Online ) ialah , “the practical
application of knowledge especially in a particular area” Mengikut The American Heritage
Dictionary of the English Language : Fourth Edition. 2000, teknologi ialah, “the application
of science, especially to industrial or commercial or objectives”
Berpandukan definisi–definisi ini, teknologi boleh diertikan sebagai pengaplikasian atau
penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam
bidang perdagangan dan industri untuk manfaat manusia. Justeru, ilmu sains adalah penting
bagi membina teknologi. Namun, ilmu sains bukanlah teknologi.
Sebagai contoh, ilmu sains berbicara berkenaan sifat–sifat besi dan tembaga. Kefahaman asas
ini disusuli dengan kajian–kajian tambahan bagi mengenal pasti produk yang dapat dihasilkan
daripada campuran besi dan tembaga. Apabila produk khusus dapat dihasilkan dan ia relevan
dengan keperluan masyarakat, ia akan berkembang menjadi industri yang memberi kesan
kepada pembangunan masyarakat. Inilah yang dimaksudkan dengan teknologi.
1.1.2 Teknologi Era Raja Zulkarnain
Raja Zulkarnain menguasai teknologi pada zamannya. Beliau memanfaatkan besi dan
tembaga bagi memantapkan sistem pertahanan Negara. Al-Quran menceritakan kehebatan
teknologi yang dimiliki oleh Raja Zulkarnain. Beliau berjaya membina sebuah tembok dengan
mencampurkan besi dan tembaga panas. Tembok itu mampu menghalang gerakan Yakjuj dan
Makjuj.
Dalam surah al-Kahf ayat 96 dan 97, Allah menyatakan yang bermaksud, “(Berkata
Zulkarnain), ‘Berilah aku potongan–potongan besi’. Hingga apabila besi itu menjadi (merah
seperti) api, dia pun berkata, ‘Berikan aku tembaga yang mendidih agar aku tuangkannya ke
atas besi panas itu’. Maka mereka tidak mampu mendakinya (tembok itu) dan mereka juga
tidak mampu untuk melubanginya”
1.1.3 Teknologi Era Sultan Muhammad al-Fatih
6
Empayar Uthmaniyyah berjaya melahirkan beberapa orang pemimpin agung antaranya adalah
Sultan Muhammad al-Fatih (1432 – 1481 M). Dalam sejarah, beliau juga dikenali sebagai
Sultan Muhammad II, anak kepada Sultan Murad II. Pada tahun 1453 Masihi, semasa
berumur 21 tahun, beliau berjaya menakluki Kota Constantinople bersama–sama dengan
150,000 orang tentera. Mengikut para pengkaji sejarah, teknologi persenjataan berbentuk
meriam dan bom yang digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih pada masa itu begitu
canggih dan belum pernah digunakan oleh sesiapa pun. Dengan teknologi canggih itu, Kota
Constantinople akhirnya jatuh ke tangan orang Islam.
1.2 Menggalakkan manusia mengkaji dengan lebih mendalam
Orang–orang Arab pada zaman jahiliah adalah golongan yang tidak bertamadun. Namun,
selepas mereka memeluk agama Islam, cara hidup mereka berubah sehingga mereka berjaya
membina sebuah tamadun yang gemilang. Perubahan ini dirangsang dan disuluh oleh al-
Quran.
Maksudnya: “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu al-
Kitab (Quran) dan dirikanlah solat.”
(al-Ankabut, 45)
Sumber ilmu terpenting bagi umat Islam adalah al-Quran. Kecemerlangan tidak dapat
dipisahkan daripada al-Quran kerana al-Quran adalah petunjuk. Tanpa petunjuk, manusia
akan sesat dan terbabas. Allah menjelaskan dalam surah al-Isra’ ayat 9 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus (aqwam) dan
member khabar gembira kepada orang–orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa
mereka ada pahala yang besar”
Satu kajian dilakukan oleh Dr. Ahmed el-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida,
“Berhubung kesan mendengar bacaan Quran ke atas denyutan jantung, tekanan darah, tekanan
saraf dan otot, beliau mendapati mereka yang mendengar bacaan Quran, termasuk daripada
7
kalangan bukan Muslim dan bukan Arab,mengalami perubahan fisiologi positif di dalam
badan mereka.” Kajian ini dimuatkan dalam Islamic Perspectives In Medicine oleh Dr. Shahid
Athar.
8
2.0 MENJADI PANDUAN BAGI PROSES KAJIAN ILMU
Dalam memulakan proses kajian dan penerokaan ilmu, ia memerlukan disiplin serta panduan
yang sistematik dan efektif. Hal ini amat terbatas sebelum manusia didedahkan dengan
pelbagai teknologi serta penemuan saintifik seperti pada masa kini. Justeru itu, para ilmuwan
Islam pada masa dahulu hanya berpandukan ayat-ayat al-Quran bagi menerokai bidang-
bidang ilmu yang masih belum diketahui ilmuwan Barat. Ini kerana, ayat-ayat Allah banyak
menerangkan mengenai perkara-perkara ghaib dan samiyyat.
2.1 al-Quran mengatasi batas-batas ilmu manusia
Faktor lain yang menjadikan manusia putus asa dengan ilmu pengetahuan adalah keterbatasan
ilmu pengetahuan dan akal fikiran manusia itu sendiri, khususnya yang berkaitan dengan
perkara-perkara ghaib atau samiyyat, di mana hal ini dijelaskan dalam al-Quran:
Maksudnya: “Dan mereka bertanya kepada mu tentang roh.
Katakanlah, “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu
diberi pengetahuan melainkan sedikit”
(al-Isra’, 85)
Dengan penjelasan ini bagaimana ilmu pengetahuan yang terbatas dapat memberi jawapan
terhadap masalah-masalah yang tidak dapat dirungkai oleh manusia? Ini kerana,
ketidakmampuan ilmu manusia dalam memberikan jawapan terhadap banyak persoalan yang
muncul, masyarakat hari ini memahami bahawa ilmu pengetahuan yang ada hari ini tidak
dapat memberikan penyelesaian terhadap persoalan umat manusia yang ada hari ini.
Ini adalah sebuah kenyataan di mana majoriti ilmuwan yang ada di dunia hari ini mengakui
dan membenarkan hal ini. Kebanyakan cendekiawan berpendapat bahawa ilmu pengetahuan
memiliki sebuah batasan yang jelas dan sama sekali tidak dapat menjadi panduan perkara
yang akan muncul. Ilmu sains pada kenyataannya mengatakan kepada kita bagaimana bumi
berputar mengelilingi matahari, bagaimana manusia di lahirkan dan bagaimana akhirnya
manusia akan mati. Akan tetapi ilmu manusia pada mulanya belum dapat mengetahui akan
hal tersebut melainkan dijelaskan di dalam al-Quran.
9
Manusia sejak 26 abad yang lalu dengan kemajuan ilmu pengetahuan yang ada dari sisi fizik
dan astrofizik sebagai asas astrologi, manusia hingga hari ini belum dapat mengetahui sumber
dunia yang sebenar-benarnya. Dari batasan teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah
abad ke-6 sebelum Masihi di Rom, manusia yang ada pada hari ini belum jauh menerokai
ilmu pengetahuan.
Kesalahan yang dilakukan oleh para ilmuwan dan penyalahgunaan yang dilakukan oleh
orang-orang yang menzalimi ilmu pengetahuan begitu juga dengan batasan yang dimiliki oleh
ilmu pengetahuan tersebut menjadi penghalang ilmu untuk mengubah dunia menjadi
masyarakat yang maju.
3.0 MENGAJAK MANUSIA UNTUK MENYEIMBANGKAN URUSAN
DUNIA DAN AKHIRAT
Allah menciptakan manusia sebagai makhluk yang bersosial. Oleh kerana itu, manusia tidak
dapat untuk hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Manusia antara satu dengan satu sama
lain harus selalu berinteraksi. Maka, sebagai Muslim, kita tidak boleh hanya mementingkan
kepentingan akhirat, dengan meninggalkan kepentingan duniawi. Keduanya harus
diseimbangkan antara satu sama lain. Seterusnya, akan dijelaskan secara terperinci tentang
hubungan dan keseimbangan kehidupan di dunia dan akhirat.
Maksudnya: Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah
kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan
bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang
lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berbuat kerosakan.
(al-Qasas, 77)
10
Pada ayat ini Allah memerintahkan orang-orang beriman agar dapat menyeimbangkan antara
usaha untuk memperoleh keperluan duniawi dan ukhrawi. Tidak mengejar salah satunya
dengan cara meninggalkan yang lainnya. Nabi SAW sangat mencela orang-orang yang hanya
mengejar akhirat dengan meninggalkan duniawi. Apalagi kalau menjadi beban orang lain
dalam masalah nafkah. Nabi SAW pernah mencela seorang pemuda yang membebani
ayahnya dalam nafkah.
Kehidupan duniawi dan ukhrawi merupakan fitrah yang harus dilalui oleh manusia, sehingga
menjalani kehidupan ini dengan memenuhi keperluan keduanya tidak dapat dipisahkan.
Membuat keseimbangan antara dunia dan akhirat merupakan bahagian dalam ajaran Islam
yang harus dilaksanakan oleh umatnya.
Hal ini dapat diaplikasikan pada kajian ilmu Islam, di mana jika terdapat sesuatu kebuntuan
atau permasalahan, maka kembalilah kepada Allah. Hal ini dapat dilihat dalam ayat al-Quran:
Maksudnya: Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya
kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu
dikembalikan.
(Yasin, 83)
Rasulullah juga telah bersabda, “Kerjakanlah urusan duniamu seakan-akan kamu hidup
selama-lamanya. Dan laksanakan akhiratmu seakan-akan kami akan mati besok”
(H.R. Ibnu Asakir).
Pada saat kita sedang beribadah menghadap Allah, maka beribadahlah dengan bersungguh
dengan penuh pengabdian. Misalnya ketika sedang solat, lupakanlah semua urusan duniawi,
dan hanya kepada Allah sajalah kita mengingat dan menumpukan perhatian, seolah-olah tidak
ada kesempatan lagi untuk mengabdi kepada Allah karena akan mati esok. Demikian pula
sebaliknya, setelah kita selesai menunaikan kewajipan kita kepada Allah, lalu kita hadapi
urusan duniawi dengan bersungguh-sungguh. Kita berusaha dan bekerja keras untuk
memperoleh keuntungan duniawi dengan cara yang baik dan benar seolah-olah kita akan
hidup untuk selama-lamanya.
11
Dalam ayat ini Allah SWT. Kemudian memerintahkan agar berbuat baik kepada sesama
manusia sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kita. Kebaikan Allah yang Maha
Pemurah dan Maha Mengasihani kepada seluruh makhluk-Nya, tidak terhitung jumlahnya.
Oleh kerana itu, Allah menganjurkan kepada semua, misalnya membantu orang yang
memerlukan pertolongan, membantu anak-anak yatim, melibatkan diri dalam membangunkan
masjid, madrasah, dan lain-lain.
Berbuat baik boleh diertikan sebagai berbuat baik kepada diri sendiri, iaitu memelihara dan
menjaga diri dari bahaya. Memelihara dan menjaga diri dari bahaya. Memelihara diri supaya
sihat dari segi jasmani dan rohani dengan memakan makanan yang baik dan halal adalah
bentuk berbuat baik kepada diri sendiri. Demikian pula mentaati perintah Allah dengan jalan
ibadah dan menjauhi larangan-Nya, hakikatnya berbuat baik kepada diri sendiri. Apabila
seseorang berbuat yang sebaliknya bererti telah menjerumuskan dirinya menjadi manusia
yang zalim.
Manusia dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi ternyata telah banyak mensia-siakan
amanah-Nya. Manusia telah menjadi makhluk perosak terbesar yang ada di permukaan bumi
ini. Akibat kerosakan ini tidak hanya menimpa makhluk-makhluk hidup lainnya, tapi manusia
banyak yang tidak menyedarinya. Oleh karena itu, Allah berulang kali memperingatkan
manusia dalam al-Quran agar tidak melakukan kerosakan di muka bumi dan memerintah
dengan adil.
Allah SWT menganjurkan kepada orang-orang yang beriman agar bekerja untuk memperoleh
kebahagiaan di dunia dan di akhirat, berbuat baik kepada sesama serta melarang berbuat
kerosakan di muka bumi. Kembali kepada Allah bagi memohon pertolongan dan petunjuk
atas tiap sesuatu serta tidak lalai terhadap duniawi semata-mata seperti yang disebut sebagai
penyakit wahan.
12
4.0 CONTOH-CONTOH TOKOH DALAM KEILMUAN ISLAM
4.1 PENGENALAN
Semua ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan di barat banyak
dipengaruhi oleh ilmu perubatan Islam. Sebelum abad ke-14, tidak ada ilmu yang bernilai
dipraktikkan di Eropah melainkan sesudah kedatangan ilmu perubatan ke sana, kemudian
apabila ilmu perubatan Islam sampai ke sana, ilmu perubatan Islam telah dikaji dengan
bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut di Eropah.
Tanpa kita sedari, seabad yang lalu iaitu dalam abad ke-19 Masihi, ilmu perubatan Islam mula
dihapuskan di dalam kurikulum ilmu perubatan di Eropah. Mereka mula menyatakan bahawa
tokoh-tokoh ilmuwan mereka adalah yang pertama membuat penemuan-penemuan baru
seperti Corpernicus (meninggal dunia 1543) adalah tokoh pertama dalam bidang Astronomi
dan Paracelsus (meninggal dunia 1541) adalah tokoh dalam bidang perubatan dan kimia.
Ilmu perubatan Islam bermula pada zaman Bani Umayyah (661-720 Masihi) dan berkembang
pesat dalam zaman Abbasiyyah (750-1258 Masihi). Islam sangat menitikberatkan kesihatan
umatnya. Kehebatan para ilmuwan Islam ketika itu adalah mereka yang pakar dalam bidang
sains falsafah dan dalam bidang perubatan adalah orang yang sama dan mereka ini dipanggil
“Hakim”.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan ilmu perubatan Islam diambil daripada ilmu perubatan
di Parsi, Yunani, India, dan Mesir. Oleh itu, ilmu perubatan Islam mula terpancar sebagai
integrasi antara teori-teori perubatan Yunani, warisan Hippocrates selain daripada
pengalaman bangsa Parsi dan India kerana para doktor Parsi dan India berkepakaran khusus
dalam bidang farmakologi.
Dalam bidang perubatan, begitu ramai ahli dan sarjana perubatan wujud bagi
mengembangkan ilmu perubatan di pelosok dunia. Antara sarjana perubatan Islam yang
terawal ialah al-Harith Ibn Kaladah (634M) yang berasal dari Thaif dan mula mempelajari
ilmu perubatan di Yaman dan mempelajari ilmu ubat-ubatan di Parsi.
13
AR-RAZI PAKAR FARMASEUTIKAL
Latar Belakang
Al-Razi merupakan seorang tokoh perubatan Arab yang
terkenal pada Zaman Pertengahan. Nama sebenar beliau
ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya tetapi di kalangan
masyarakat Eropah, beliau lebih dikenali dengan nama
Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi dilahirkan di Rayy
berhampiran Tehran, Iran pada tahun 864M bersamaan
251H..
Memandangkan minatnya yang tinggi dalam bidang
tersebut, beliau telah dilantik sebagai ketua di sebuah hospital di Rayy setelah kembali dari
Baghdad. Seterusnya beliau dilantik sebagai Pengarah di sebuah hospital utama di Baghdad
semasa pemerintahan Adhud Daulah. Sebaik sahaja bersara, beliau kembali ke kampungnya
di Rayy di mana beliau telah mengajar kesihatan di hospital tempatan dan menyambung
minatnya dalam bidang penulisan. Al-Razi akhirnya meninggal dunia pada tahun 930 M.
Sumbangan
Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau menjadi perintis
dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu perbidanan) dan oftalmologi
(berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau dalam bidang perubatan memang tidak
dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang
bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang yang pertama
mengenal pasti penyakit 'hay fever' dan penyebabnya.
Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl)
untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan orang yang
pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga menekankan kaitan
antara makanan dan kesihatan. Dalam pada itu, beliau juga mengaitkan ini sebagai hasil
pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.
Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis
penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan
cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai
14
pembesaran dan pengecilan pupil mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku
kerana tindak balas terhadap keamatan cahaya.
Tambahan pula, Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana
beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-
pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran pundi
kencing. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha
mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan
kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut. Ini
dicatatkan dalam buku beliau yang bertajuk al-Judari wa al Hasabah.
Al-Razi juga telah memperkenalkan perkara-perkara berikut dalam ilmu farmasi:
Penggunaan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembut.
Penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melarat.
Penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka.
Al-Razi juga menekankan hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau menyarankan agar
wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini: "Komen yang positif daripada
doktor akan menguatkan semangat pesakit, membuatkan mereka rasa lebih selesa serta
membantu proses pemulihan". Beliau juga mengingatkan kepada para pesakit: "Bertukar-
tukar doktor pula akan hanya membazirkan kesihatan, masa dan wang pesakit itu sendiri".
Hasil Karya
Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan
bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah beliau hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab
al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-Judari wa al-Hasabah.
Kitab al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya beliau yang termasyhur. Kitab ini juga dikenali
sebagai 'Comprehensive Book' yang merangkumi ilmu perubatan patologi dan terapi dari
sumber-sumber Yunani, India dan Arab. Sepanjang hidupnya, beliau telah membuat pelbagai
kajian mengenai ilmu perubatan. Beliau akhirnya telah menghimpunkan kesemua pengalaman
perubatan tersebut ke dalam Ensiklopedia Perubatan yang berjumlah 20 jilid. Kitab al-Hawi
merupakan pecahan terbesar di mana ia meliputi 9 jilid. Ia telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin dengan nama 'Liber Continens' oleh doktor perubatan Yahudi berbangsa Sicily,
15
Faraj Ibn Sallim (Farragut) pada 1279M dan diulang cetak beberapa kali pada 1509M di
Venice dan juga 1528M, 1578M dan 1745M di Paris.
Kitab al-Mansuri pula merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis oleh beliau. Ia
dinamakan sempena nama pemerintah Rayy pada masa itu iaitu Mansur Ibn Ishaq. Ia telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1480M di Milan dan dikenali dengan nama 'Liber
Al Mansoris'. Ia mengandungi 10 jilid dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke dalam
bahasa Jerman dan Perancis. Terjemahan jilid ke-9 yang telah ditulis oleh Gerard Cremona
dengan nama 'Nonus Al-Mansuri' adalah teks terkenal di Eropah sehingga kurun ke-16.
Kitab al-Judari wa al-Hasabah pula adalah kajian menyeluruh yang pertama berkenaan
penyakit cacar dan campak. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin buat kali pertama pada
1565M dan kemudian ke dalam bahasa-bahasa lain dan diulang cetak sehingga 40 edisi di
antara 1498-1866M. Ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh William A.
Greenhill di London pada 1848M. Tesis berkenaan kedua-dua penyakit ini diiktiraf sebagai
kajian sistematik yang sulung dalam sejarah perubatan. Pada masa yang sama juga, beliau
telah menyarankan beberapa petua untuk merawat kedua-dua penyakit tersebut.
IBNU KHALDUN
Latar Belakang
Ibn Khaldun secara umumnya diiktiraf sebagai pengasas
dan bapa sosiologi dan sains sejarah. Beliau paling
dikenali kerana Muqaddimah Ibn Khaldun (Pendahuluan
Ibn Khaldun) beliau yang masyhur itu. ‘Abd al-Rahman
ibn Muhammad, umumnya dikenali sebagai Ibn Khaldun
sempena seorang leluhur yang jauh, dilahirkan di Tunis
pada tahun 732H (1332M) dalam sebuah keluarga kelas
atasan yang berhijrah dari Seville, Andalus (Sepanyol
semasa dalam pemerintahan orang Islam).
Semasa tahun-tahun permulaan beliau, Ibn Khaldun menyaksikan penglibatan aktif keluarga
beliau dalam kehidupan intelektual bandar, dan dalam skala yang lebih kecil, kehidupan
politiknya. Beliau biasa dengan kunjungan kerap terhadap keluarga beliau daripada
pemimpin-pemimpin politik dan intelek negara-negara Islam Barat (contohnya Afrika Utara
16
dan Sepanyol), ramai antara mereka mencari perlindungan di sana. Ibn Khaldun menerima
pendidikan di Tunis dan Fez, dan mempelajari al-Quran, hadith dan cabang-cabang pengajian
Islam yang lain seperti ilmu kalam, syariah (fiqh undang-undang Islam menurut mazhab
Maliki). Beliau juga mempelajari kesusasteraan Arab, falsafah, matematik dan astronomi.
Ketika beliau masih remaja, beliau berkhidmat dengan pemerintah Mesir, Sultan Barquq.
Di samping itu, Ibn Khaldun menjalani kehidupan politik yang aktif sebelum beliau akhirnya
berhenti untuk menulis karya besar beliau mengenai sejarah yang terkenal itu. Beliau bekerja
untuk pemerintah-pemerintah di Tunis dan Fez (Morocco), Granada (Andalus) dan Biaja
(Afrika Utara). Pada tahun 1375, Ibn Khaldun merentas ke Andalus (Granada) sebagai
seorang yang letih dan kecewa hanya kerana mahu melepaskan diri daripada kekacauan di
Afrika Utara. Malangnya, disebabkan sejarah politik beliau yang lalu, pemerintah Granada
mengusir beliau. Beliau kemudian kembali ke Algeria dan menghabiskan empat tahun dalam
pengasingan di Qalat Ibn Salamah, sebuah kampung kecil. Semasa di Qalat lah beliau menulis
Muqaddimah, jilid pertama sejarah dunia beliau yang meletakkan beliau di tempat abadi di
kalangan sejarawan, sosiologis dan ahli falsafah. Ketidaktentuan karier berterusan disebabkan
rusuhan di Afrika Utara. Akhirnya, beliau menetap di Mesir yang beliau habiskan 24 tahun
yang terakhir. Di sini, beliau hidup dalam keadaan terkenal dan dihormati, ditandai dengan
pelantikan beliau sebagai Ketua Hakim mazhab Maliki. Beliau juga memberi syarahan di
Universiti al-Azhar.
Ibn Khaldun berpindah dari satu istana ke satu istana yang lain, kadang-kala atas kehendak
beliau sendiri, tetapi selalunya dipaksa berbuat demikian oleh saingan-saingan yang
merancangnya atau pemerintah-pemerintah yang zalim. Beliau mempelajari banyak daripada
pertemuan beliau dengan para pemerintah, duta-duta, ahli-ahli politik dan para sarjana dari
Afrika Utara, Andalus, Mesir dan bahagian-bahagian dunia Islam yang lain.
Ibn Khaldun paling masyhur dengan buku beliau Muqaddimah (Pendahuluan). Ia adalah
karya teragung dalam kesusasteraan mengenai falsafah sejarah dan sosiologi. Tema utama
dalam karya besar ini adalah untuk mengenali fakta-fakta psikologi, ekonomi, persekitaran
dan sosial yang menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia dan peristiwa-peristiwa
semasa dalam sejarah. Beliau menganalisis daya gerak hubungan perkauman dan
menunjukkan bagaimana rasa perkauman (syu’b al-‘asabiyyah) dapat menghasilkan kenaikan
tamadun dan kuasa politik baru. Beliau mengenal pasti ulangan hampir berirama bagi
17
kebangkitan dan kejatuhan dalam tamadun manusia, dan menganalisis faktor-faktor yang
menyumbang kepadanya.
Pandangan-pandangan revolusi Ibn Khaldun telah menarik perhatian sarjana-sarjana Muslim
dan juga ramai pemikir Barat. Dalam kajian sejarah beliau, Ibn Khaldun adalah peneroka
dalam mengklasifikasikan laporan-laporan sejarah kepada dua kategori asas iaitu akal, dan
undang-undang sosial dan fizikal. Beliau mengetengahkan empat perkara penting dalam
kajian dan analisis laporan sejarah seperti berikut:
mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat.
membuat analogi antara masa lalu dan masa sekarang.
mengambil kira kesan persekitaran.
mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi.
Ibn Khaldun menerokai kajian kritis terhadap sejarah. Beliau menyediakan kajian analisis
mengenai tamadun manusia, permulaannya, faktor-faktor yang menyumbang kepada
kemajuannya dan sebab-sebab kejatuhannya. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu sains
baru: sains kemajuan sosial atau sosiologi, seperti mana yang kita panggil sekarang. Ibn
Khaldun menulis: “Saya telah menulis sebuah buku mengenai sejarah yang dalamnya saya
bincangkan sebab-sebab dan akibat-akibat kemajuan negara-negara dan tamadun-tamadun,
dan saya mengikuti satu kaedah yang tidak lazim dalam menyusun material buku tersebut,
dan saya mengikuti satu kaedah baru dan inovatif dalam menulisnya.” Dengan memilih
kaedah analisis tertentu beliau itu, beliau telah mencipta dua sains baru: historiologi dan
sosiologi serentak.
Ibn Khaldun berhujah bahawa sejarah tertakluk kepada undang-undang semesta dan
menyatakan kriteria bagi fakta sejarah: “Peraturan bagi membezakan apa yang benar dan apa
yang palsu dalam sejarah adalah berdasarkan kebolehjadian atau ketidakbolehjadiannya: iaitu
saya katakan, kita mesti memeriksa masyarakat manusia dan membezakan antara sifat-sifat
yang penting dan semula jadi dalam tabiinya dan apa yang secara kebetulan dan tidak perlu
dilaporkan, mengenal pasti dengan lebih lanjut apa yang tidak mungkin dimilikinya. Jika kita
melakukan ini, kita mempunyai satu peraturan untuk memisahkan fakta sejarah dari kesilapan
dengan menggunakan kaedah-kaedah demonstratif yang tiada keraguan. Ia adalah kayu ukur
sejati yang dengannya para sejarawan dapat mengesahkan apa sahaja yang mereka
riwayatkan.”
18
KESIMPULANSudah terang lagi bersuluh, masyarakat Melayu terutamanya di Malaysia semakin hari
semakin menggemari hiburan di mana mereka akan menjejakkan kaki ke lembah kemaksiatan
tanpa disedari. Dalam pada itu, sesuatu majlis akan dilihat pincang jika tiada hiburan dan
nyanyian. Sebagai contoh dalam majlis hari jadi, pada akhir majlis pula kanak-kanak seawal
usia dua atau tiga tahun sudah pandai menyanyi di atas pentas dan menerima tepukan
gemuruh. Secara amnya, ia seolah-olah memberi galakan kepada kanak-kanak itu untuk
berbuat demikian.
Satu ketika dahulu, umat Islam adalah pelopor ilmu pengetahuan. Mereka berlumba-lumba
untuk menimba ilmu atas dasar keimanan kepada Allah. Namun, hari ini budaya ilmu kurang
menjadi budaya umat Islam dan akibatnya mereka ketinggalan ke belakang dari segi ilmu
pengetahuan.
Di kaca televisyen pun kita mendapati terdapat pelbagai rancangan hiburan yang
membabitkan kanak-kanak dalam pertandingan menyanyi. Jika keadaan ini berterusan, kita
khuatir umat Islam di negara ini akan sentiasa terkebelakang dan sukar untuk berjaya serta
bersaing dengan negara lain.
Tambahan pula, kita mempunyai ramai tokoh ilmuwan pada zaman kegemilangan Islam dulu,
mengapa kita tidak dedahkan anak-anak dengan kejayaan mereka? Tepuk dada tanya diri.
Sekurang-kurangnya ia dapat dijadikan sumber inspirasi untuk anak kita cemerlang seperti
ilmuwan Islam terdahulu.
Ceritakan kepada anak kita kehebatan tokoh Islam dulu yang mampu menguasai beberapa
ilmu sekali gus. Berikan mereka galakan dan dorongan untuk mencontohi ilmuwan Islam
berkenaan dan bukannya mencontohi penyanyi.
19
Contohnya, Abu Bakar Muhammad bin Zakaria ar-Razi atau dikenali sebagai Rhazes di dunia
Barat, seorang daripada pakar sains Iran yang hidup antara 864 dan 930 masihi. Ar-Razi juga
diketahui sebagai ilmuwan serba boleh dan dianggap ilmuwan terbesar dalam Islam.
Ramai lagi tokoh ilmuwan Islam yang boleh dijadikan contoh kepada anak. Jika kita
perhatikan kebanyakan ilmuwan Islam adalah penghafaz al-Quran. Sayangnya tokoh sains
Islam ini semakin dilupakan dunia.
Satu ciri yang dapat diperhatikan tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat
menguasai ilmu pada usia muda, tetapi juga menguasainya dalam masa singkat serta beberapa
lagi bidang ilmu lain.
Satu ketika dulu umat Islam adalah pelopor ilmu pengetahuan. Mereka berlumba-lumba
menimba ilmu atas dasar keimanan kepada Allah. Namun, hari ini budaya ilmu kurang
menjadi budaya umat Islam dan akibatnya mereka ketinggalan ke belakang dari segi ilmu
pengetahuan.
Negara memerlukan modal insan berkemahiran dan berakhlak mulia. Pembangunan modal
insan adalah dengan membudayakan semula ilmu pengetahuan berdasarkan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah.
Ibu bapa harus menekankan kepentingan agama kepada anak mereka dan bukan hanya
memberi ilmu akademik semata-mata. Yang pasti, di belakang setiap ilmuwan Islam
terdahulu tentulah ibu bapa yang tidak pernah meminggirkan agama dan mendidik mereka
sehingga berjaya.
20
RUJUKANGhazali Darusalam, Pedagogi Pendidikan Islam, 2001, Selangor: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Hassan Langgulung, Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma, 1995, Selangor: Penerbit
HIZBI
Kaori Okano & Motonori Tsuchiya, (Terjemahan Faridah Mohamad) Pendidikan Moden
Jepun: Ketaksamaan dan Kepelbagaian, 2004, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad
Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains dan
Teknologi, 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,.
Muhammad Abu al-Lais al-Khair Abadi, Ulum al-Hadith Asiliha wa Mua`siriha, 2005,
Selangor: Dar al-Shakir. hal 21
Zulkifli Hj. Mohd Yusoff, Kunci Mengenal Al-Qur’an, 1996, Kuala Lumpur; Berita
Publishing Sdn. Bhd., hal. 2
21
LAMPIRAN
22