Download - assig cabaran
-
8/3/2019 assig cabaran
1/24
Tugasan 1:
Mencari 2 artikel kajian dalam jurnel pendidikan ilmiah berkaitan isu guru dan
cabaran semasa. Anda dikehendaki mencari sekurang-kurangnya satu artikel
dalam Bahasa Inggeris. Kedua-dua artikel tersebut hendaklah berkaitan tajuk-
tajuk 1-6.
Pengenalan
Artikel Jurnel bertajuk Tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah
menengah ini dituliskan oleh kamaruzaman kamaruddin (2007). Beliau berpendapat
bahawa profesion guru adalah profesion yang mencabar. Ini kerana guru
mempunyai tugas yang begitu banyak dan tanggung jawabnya begitu berat. Kajian
ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap tekanan kerja yang dihadapi oleh
guruguru, mengenalpasti kedudukan faktor utama penyebab tekanan kerja dalam
kalangan guru, mengenalpasti perbezaan tahap tekanan kerja berdasarkan
demografi guru dan juga mengenalpasti kedudukan faktor utama tekanan kerja
berdasarkan demografi guru..
Pernyataan Masalah
Masalah utama yang dibincangkan dalam artikel ini adalah berkaitan dengan
tekanan kerja yang berlaku dalam kalangan guru sekolah menengah. Selain itu
pengkaji tersebut juga mengutarakan lima faktor utama yang mempengaruhi
tekanan kerja yang dialami oleh guru . Antara faktor-faktor yang diambil kira adalah
faktor penghargaan, faktor perhubungan, faktor kekangan masa dan sumber, faktor
beban tugas dan faktor salah laku pelajar.
Ulasan Artikel 1 : Tekanan Kerja Dalam kalangan Guru Sekolah Menengah.
Nama Penyelidik : Kamaruzaman Kamaruddin (2007)
-
8/3/2019 assig cabaran
2/24
Literatur kajian
Literatur kajian yang digunakan berkait rapat dengan masalah yang dikaji
dan ia menunjukkan penyelidik mempunyai pemikiran yang kritis. Beliau telah
menggunakan lima sorotan literatur dalam kajiannya. Faktor yang membawa
kepada tekanan kerja guru telah dibincangakan dalam soroton literatur tersebut.
Ianya disenaraikan dengan ringkasnya dalam jadual di bawah.
Jadual 1: faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja guru
Apabila meneliti jadual di atas, terdapat dua faktor yang mempunyai
kekerapan yang tinggi dalam sorotan literatur. Iannya adalah, bebanan kerja guru
yang keterlaluan dan juga karenah disiplin murid.
Pengkaji (Kamaruzaman Kamaruddin) dalam kajiannya juga telah mengenal
pasti faktor utama yang mempengaruhi tekanan kerja guru iaitu faktor salah laku
pelajar. Ini membuktikan bahawa masalah disiplin murid pada masa kini kian
meningkat. Manakala peluang kenaikan pangkat, kekangan masa, hubungan
interpersonal dan tekanan kerja mencatatkan kekerapan kedua terbanyak dalam
soroton literatur.
Populasi dan sampel kajian
Sampel ataupun responden kajian ini terdiri daripada 40 orang guru dari
negeri kelantan yang berkhidmat di Sekolah Menengah Rantau Panjang (Sekolah
Bil Pengkaji
Faktor-faktor
Basinun Muhamad Zubaidah Dunham Faridah&
Zubaidah
1 Masalah kenaikan gaji
2 Peluang kenaikan pangkat
3 Beban kerja keterlaluan
4 Disiplin murid
5 Bilangan murid ramai
6 Kerja perkeranian
7 Kekangan masa
8 Hubungan interpersonal
9 Tekanan kerja
-
8/3/2019 assig cabaran
3/24
Gred A) dan Sekolah Menengah Dual Periok (Sekolah Gred B). kedua-dua sekolah
ini terletak di sempadan Malaysia-Thailand.
Matodologi kajian
Pengkaji telah menjalankan kajian ini dalam bentuk kuantitatif. Maka beliau
telah menggunakan instrumen Teacher Stress Inventory yang diperkenalkan oleh
Boyle et al(1995) unyuk mengukur tahap tekanan kerja guru. Manakala beliau juga
menggunakan instrumen Self Report Teacher Stress oleh Dunham(1992) untuk
mengenalpasti kedudukan faktor-faktor utama yang menyebabkan tekanan kerja
guru. Kemudian beliau telah membuat analisis ujian- t dan analisis skor min secaraAnova sehala bagi melihat perbezaan tekanan kerja responden mengikut demografi.
Iaitu dari segi gred, sekolah, jantina, pengalaman mengajar dan mata pelajaran
utama yang diajar.
Dapatan kajian
Jadual 1:Analisis tahap tekanan kerja
Dalam kajiannya, beliau mendapati daripada jumlah 40 orang guru , sebanyak
16 orang guru menghadapi tekanan rendah. seramai 22 guru telah didapati
menghadapi tekanan sederhana dan hannya 2 orang guru yang menghadapi tahap
tekanan tinggi.
Tahap tekanan n Peratusan
Tahap tekanan rendah 16 37.2%
Tahap tekanan sederhana 22 51.2%
Tahap tekanan tinggi 2 4.7%
-
8/3/2019 assig cabaran
4/24
Jadual 2: Analisis skor min faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja
Pengkaji telah menjalankan penilaian kendiri guru terhadap lima faktor utama
yang mempengaruhi tekanan kerja guru. Iaitu faktor pengahargaan, faktor
perhubungan, faktor kekangan masa dan sumber, faktor beban tugas dan faktor
salah laku pelajar. Analisis penilaian terhadap faktor-faktor ini mendapati faktor
salahlaku pelajar mencatatkan skor min yang tinggi berbanding faktor-faktor yang
lain. Iaitu skor Min 3.54 diikuti dengan skor Min 2.97 bagi faktor kekangan masa dan
sumber. Skor min yang ketiga tertinggi ialah 2.81 iaitu faktor penghargaan. Bagi
faktor perhubungan pula mencatatkan skor min 2.66 manakala faktor bebanan
tugas mencatatkan skor min yang terendah iaitu 2.64 .
Beliau juga telah mengkaji tekanan kerja guru berdasarkan ciri demografi
guru. Beliau telah menganalisisnya dengan menggunakan ujian- t dan analisis skor
min secara Anova sehala untuk mengetahui tekanan kerja guru mengikut demografi.
Ia dianalisis berdasarkan aspek gred, sekolah, jantina. Umur, pengalaman dan mata
pelajaran utama yang diajar.
Jadual 3: Analisis ujian-t perbezaan tahap tekanan kerja dengan gred sekolah
Analisis keputusan ujian- t terhadap gred sekolah tercatat di jadual 3. Dalam
jadual di atas kita dapat lihat bahawa skor min sekolah Gred A adalah 2.36 (n=
24,SP= 0.82) Manakala Sekolah gred B mencatatkan skor min 2.54 (n=16,
faktor n Skor min SP
Faktor penghargaan 40 2.81 0.59
Faktor perhubungan 40 2.66 0.56
Faktor kekangan masa dan sumber 40 2.97 0.52
Faktor beban tugas 40 2.64 0.62
Faktor salah laku pelajar 40 3.54 0.67
Gred Sek n Min SP DK t Sig
Gred A 24 2.36 0.82 38 -0.69 0.495
Gred B 16 2.54 0.74 34 -0.70 0.486
-
8/3/2019 assig cabaran
5/24
SP=0.74). Perbezaan antara skor min kedua-dua gred sekolah ini adalah sangat
kecil iaitu 0.18. Keadaan yang sama juga berlaku dimana keputusan ujian-t bagi
sekolah Gred A mencatatkan -0.69 dan Sekolah gred B pula mencatatkan o.70.
Perbezaan keputusan ujian-t di antara kedua-dua sekolah ini adalah (sig P= 0.495
dan 0.486, P< 0.05). Maka pengkaji mendapati dalam aspek Gred sekolah tidak
terdapat perbezaan yang signifikasi di antara guru sekolah Gred A dan Gred B.
Jadual 4: ANOVA tahap tekanan kerja berdasarkan perbezaan umur guru.
Umur(Tahun) DK JKD MKD F Sig
Antara
kumpulan
3 1.286 0.429 1.669 0.576
Dalam
kumpulan
36 23.068 0.641
Jumlah 39 24.354
Dari aspek tahap tekanan kerja berdasarkan perbezaan umur guru pula
boleh dibuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikasi . ini
kerana keputusan ANOVA sehala pada jadual 4 menunjukkan tidak terdapat
perbezaan skor min yang signifikasi (F=0.669) (DK=3,36) dan sig.P=0.576) antara
tahap tekanan kerja dengan umur pada aras
-
8/3/2019 assig cabaran
6/24
perempuan. Skor min guru lelaki mencatkan 2.37 )n18,SP=0.75) manakala skor min
bagi guru perempuan pula mencatkan 2.48(n=22, SP=0.83). Perbezaan antara
kedua-dua skor ini adalah kecil iaitu 0.11. keadaan yang sama juga telah terjadi
dalam ujian-t dimana -0.43 dan -0.44 (sig.P=0.668 dan 0.664, P
-
8/3/2019 assig cabaran
7/24
kesimpulannya adalah terdapat perbezaan yang signifikasi terhadap faktor-faktor
tekanan kerja mengikut sekolah Gred A dengan sekolah Gred B kerana terdapatnya
perbezaan dari segi kedudukan faktor tekanan kerja antara kedua-dua gred sekolah
ini.
Analisis skor min faktor tekanan kerja mengikut gred sekolah pula
menunjukkan terdapat perbezaan skor min terhadap faktor tekanan kerja mengikut
kategori umur. Tempat teratas diduduki oleh faktor salah laku pelajar dimana faktor
ini menjadi faktor utama yang menyebabkan tekanan bagi semua peringkat umur
guru iaitu skor minnya masing-masing 3.31, 3.74, 3.33 dan 3.56
Bagi analisis skor min perbezaan faktor tekanan kerja mengikut jantina pula
faktor salah laku pelajar masih menduduki tempat teratas bagi kedua-dua golongan
ini. Iaitu guru lelaki (min 3.34) dan guru perempuan (min 3.69).
Faktor salah laku pelajar (3.47, 3,76,3.38, 3,87) masih berada di tempat
teratas dalam analisis berdasarkan pengalaman mengajar guru. kekangan masa
dan sumber berada di Kedudukan kedua dalam faktor tekanan kerja guru
berdasarkan pengalaman mengajar mereka. Pengalaman guru 1-5 tahun(3.14), 11-
15 tahun (2.91) dan 16 tahun ke atas (3.10). manakala faktor tekanan kerja yangmenduduki tempat kedua bagi guru yang mengajar 6-10 tahun ialah faktor bebanan
tugas(3.02). manakala faktor yang menyebabkan tekanan dalam kalangan guru
yang berpengalaman mengajar selama 11-15 tahun ialah faktor perhubungan(
2.82). maka terdapat perbezaan signifikan terhadap faktor tekanan kerja mengikut
pengalaman mengajar guru kerana terdapatnya perbezaan dalam faktor tekanan
kerja dari segi kedudukan berdasarkan pengalaman mengajar guru.
Sumbangan dapatan kajian terhadap perkembangan diri dan profesionalisme
dalam menghadapi cabaran semasa dan pelan tindakan anda sebagai guru.
Dapatan kajian menunjukkan, daripada 40 orang guru sebahagian besar iaitu
22 orang guru mengalami tahap tekanan sederhana, 16 orang guru menghadapi
tahap tekanan rendah dan hanya sebahagian kecil guru yang menghadapi tekanan
tinggi. Walaupun tahap tekanan dalam kalangan guru memuaskan namun sebagaiseorang guru kita perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi tekanan ini dengan
-
8/3/2019 assig cabaran
8/24
cara yang betul. Ada kebanyakan guru yang melepaskan tekanan mereka ke atas
pelajar dengan cara yang salah. Perkara inilah yang menjadi penyebab utama
berlakunya kes-kes seperti guru memukul pelajar dengan kasut tumit tinggi (New
strait times, 2007 Februari 16 ) , merendam murid di kolam kotor (Utusan, 2007 Julai
22 ) dan sebagainya. Selain itu, adalah perlu satu usaha secara bersepadu perlu
dilaksanakan oleh pihak kementerian pelajaran Negeri, Pejabat Daerah dan Sekolah
serta guru cuba mengatasinya.
Dalam faktor yang menyebabkan tekanan pula didapati faktor salah laku
pelajar mencatatkan skor yang tinggi. Ini berikutan meningkatnya kes-kes salah laku
dalam kalangan pelajar sekolah. Buktinya dapat kita lihat dalam penyebaran
rakaman video pergaduhan antara pelajar sekolah di sebuah surau di ketengah
Jaya, Dungun 18 Jun 2009. Maka sebagai guru kita haruslah mendidik pelajar
dengan didikan moral dan agama. Manakala pihak Kementerian pelajaran pula perlu
melarang sama sekali penggunaan telifon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres guru dari aspek penghargaan,
perhubungan, kekangan masa dan sumber dan bebanan tugas berada tahap yang
sederhana. Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah
pencegahan seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus-kursus berhubungdengan masalah stres yang dihadapi oleh guru.
Apabila kita melihat ,faktor salah laku pelajar dan juga faktor beban tugas
guru saling berkaitan antara satu sama lain. Ia dapat dibuktikan melalui laporan-
laporan akhbar di bawah.
Berita Harian (5 Ogos 1999) telah melaporkan 30 peratus daripada jumlah
280, 000 pendidik terpaksa memikul tugas luar dan tidak dapat memberi tumpuan
sepenuhnya kepada tugas mengajar .
Utusan Malaysia (1 September 2003) telah melaporkan Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan mendakwa kesibukan guru dan pengetua
menghadiri perjumpaan dan pelbagai kursus di luar sekolah. Secara purata terdapat
15 peratus guru yang tidak berada di sekolah.
Keadaan yang disebutkan di kedua-dua laporan akhbar di atas merupakan salah
satu punca yang membawa kepada masalah disiplin pelajar. Seperti yang
-
8/3/2019 assig cabaran
9/24
dinyatakan dalam laporan akhbar di atas, selain mengajar para guru terpaksa
memikul bebanan tugasan yang lain. Adakalanya mereka terpaksa mengikuti kursus
di luar, membuat kerja perkeranian, menghadiri mesyuarat dan sebagainya. Maka ini
menyebabkan guru tersebut tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugas
utamanya iaitu pengajaran dan pembelajaran. selain itu, disebabkan guru-guru ini
kerap keluar untuk kerja luar maka, sekolah tersebut akan kekurangan guru dan
pelajar pula terpaksa dibiarkan membuat kerja sendiri. Maka situasi ini akan
menyebabkan meningkatnya masalah disiplin dalam kalangan pelajar seperti
laporan akhbar dibawah.
Utusan Malaysia (27 Februari 2010) telah melaporkan bahawa kira-kira 6000
pelajar sekolah menengah di negeri Terengganu dikenal pasti berisiko kerana
terbabit dalam pelbagai masalah disiplin.
Dapatan kajian ini mempunyai persamaan dengan dapatan kajian Woo Sew
Fun (2008) dimana sebahagian besar responden yang dikajinya mengalami tahap
tekanan kerja yang sederhana manakala sebahagian kecil sahaja yang mengalami
tekanan kerja sangat tinggi.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yangsungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka
dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan,
pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan .Justeru itu, dengan
pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan, sudah pasti menjadikan
peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Walaupun dapatan
kajian yang dijalankan menunjukkan tahap tekanan kerja yang sederhana, maka ia
harus ditangani dengan cara yang berkesan agar tidak wujud tekanan dalam diri
guru. Maka para guru perlu berusaha untuk menguruskan tekanan yang mereka
hadapi dengan kaedah yang berkesan. Sebagai seorang guru yang profesionalisme
kita perlulah menerima stress dengan tenang dan perlu tahu cara untuk
mengawalnya dan bukan dengan tindak balas yang negatif seperti keresahan,
gementar, marah tidak menentu dan sebagainya.
-
8/3/2019 assig cabaran
10/24
Penutup:
Maka, sebagai guru yang berkebolehan untuk menghadapi cabaran semasa,
kita seharusnya perlu mempunyai kemahiran pengurusan kendiri dalam diri kita.
Guru perlulah cekap dalam merancang dan mengurus masa. Disebabkan klien kita
adalah pelajar kita seharusnya perlu pandai dalam menguruskan emosi kita.
Langkah pertama yang harus dilakukan adalah memahami situasi dan kedua adalah
kenal pasti reaksi emosi terhadap tekanan dan akhirnya guru harus tahu cara untuk
melepaskan emosinya secara sihat seperti dengan cara meditasi, berbincang
dengan rakan, sembahyang, munajat , urut dan sebagainya.
-
8/3/2019 assig cabaran
11/24
Pengenalan:
Artikel kedua yang saya pilih pula bertajuk tahap tekanan dalam kalangan
pelajar sekolah menengah di bandar dan juga luar bandar . kajian ini dijalankan
oleh lima orang penyelidik iaitu Tajularipin Sulaiman, Aminuddin Hassan, Vizata
M.sapian dan Saifuddin Kumar Abdullah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengukur dan mengenal pasti peratusan tahap tekanan dalam kalangan para
pelajar sekolah menengah sama ada tahap tekanan tinggi, tahap tekanan sederhana
dan tahap tekanan rendah. Selain itu para pengakaji juga telah membandingkan
tahap tekanan di antara pelajar perempuan dan lelaki serta perbezaan tahap
tekanan dalam kalangan murid yang belajar di kawasan bandar dan juga luar
bandar.
Pernyataan masalah/isu:
Masalah utama yang dikaji dalam artikel ini adalah tahap tekanan yang
dihadapi oleh pelajar sekolah menengah. Ini kerana pengkaji mendapati tahap
tekanan pelajar saling berhubung rapat dengan prestasi pelajar.
Literatur kajian
Literatur kajian yang digunakan oleh para pengakaji amat sesuai dengan tajuk
yang dipilih untuk kajian ini . Terdapat beberapa pengkaji yang mengenal pasti
faktor-faktor yang menyebabkan tekanan dalam kalangan pelajar sekolah
menengah. Asri (2002),Newman(2005) dan Zulkifli(1988) menyatakan pendapat
yang sama mengenai faktor penyebab tekanan pelar , iaitu tekanan dalam kalangan
pelajar berlaku akibat kegagalan mereka dalam menyesuaikan diri denganperubahan-perubahan yang berlaku dalam diri dan persekitaran mereka. Mereka
Ulasan Artikel 2 : The Level of Stress Among Students in Urban and
Rural Secondary School in Malaysia.
Nama Penyelidik : Tajularipin Sulaiman, Aminuddin Hassan,
Vizata M.Sapian dan Saifuddin Kumar Abdullah.(2008)
-
8/3/2019 assig cabaran
12/24
berpendapat bahawa, golongan remaja terutamanya pelajar sentiasa menghadapi
masalah pelajaran, pengurusan kerjaya dan juga masalah-masalah dalam
menyelesaikan hal-hal sosial dan peribadi. Manakala Morris(1990),berpendapat
bahawa Remaja-remaja sentiasa menghadapi tekanan di sekolah dalam persaing
satu sama lain untuk mendapat keputusan yang terbaik.
Populasi dan sampel kajian:
Sampel kajian ini melibatkan seramai 155 orang pelajar tingkatan empat
yang terdiri daripada kawasan bandar dan juga luar bandar. Pengkaji akan akan
mengkaji peserta kajian ini dalam pelbagai aspek. Iaitu mengkaji tahap tekanan yang
dihadapi oleh pelajar sekolah menengah, membanding beza tahap tekanan yang
dihadapi mengikut gender, dan membanding beza tahap tekanan yang berlaku
dalam kalangan pelajar bandar dan juga luar bandar.
Metodologi kajian:
Pengkaji telah menggunakan beberapa alat atau instrumen untuk mengumpul
data kajian mereka. Antaranya adalah Students-life Stress dan juga T-test. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
of the Social Sciences (SPSS). Analisis dibuat dengan menggunakan kaedah
statistik deskriptif iaitu dalam konteks kekerapan, peratus dan min. Dalampenyelidikan ini, tanggapan pelajar-pelajar terhadap tekanan mereka dinilai sebagai
tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan soal selidik SSI. analisis dijalankan bagi
memastikan ketekalan soal selidik SSI dengan membilang setiap butiran untuk
setiap kategori.
Dapatan kajian
Jadual 1: Frekuensi dan peratusan tahap tekanan pelajar-pelajar
kategori skor f %
Tahap tinggi
Tahap sederhana
Tahap rendah
121-180
61-120
0-60
0
45
110
0
29
71
-
8/3/2019 assig cabaran
13/24
Jadual 1 menunjukkan frekuensi dan peratusan tahap tekanan pelajar-pelajar.
Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan murid menghadapi tahap tekanan yang
rendah iaitu 71%. Manakala selain daripadanya pula menghadapi tahap tekanan
sederhana iaitu 29%. Tiada pelajar yang menghadapi tahap tekanan yang tinggi.
Pengkaji juga telah menjalankan kajian tahap tekanan dalam kalangan murid
berasarkan jantina murid iaitu lelaki dan perempuan. Dapatan kajiannya dapat kita
lihat dalam jadual 2 .
Jadual 2: Skor min dan Ujian T bagi tahap tekanan pelajar mengikut jantina
Dari segi jantina, tahap tekanan pelajar perempuan dan lelaki menunjukkan
perbezaan yang signifikan. Perbezaan di antara kedua-dua skor ini dapat dilihat
berdasarkan kedua-dua skor min tersebut. Skor min bagi pelajar lelaki adalah
(Min=1.123) berbanding bagi pelajar perempuan adalah (Min=1.345). perbezaan
skor Min bagi kedua-dua kategori ini adalah 0.05 . walaupun begitu terdapat
perbezaan yang signifikan antara kedua-dua golongan ini.
Kajian juga telah dijalankan mengenai tahap tekanan dari aspek pelajar yang
tinggal di luar bandar dan juga bandar . Analisisnya telah dinyatakan dalam jadual 3.
Jadual 3: skor min dan ujian
t terhadap murid yang tinggal di bandar dan juga
luar bandar.
Categori N mean SD t P
Bandar
Luar bandar
92
63
1.100
1.455
.500
.538
4.19 .00
Jantina n min SD t P
Lelaki
Perempuan
72
83
1.123
1.1345
.541
.528
2.55 0.01
-
8/3/2019 assig cabaran
14/24
Dalam jadual 3, didapati tahap tekanan pelajar dari kawasan bandar dan luar
bandar telah mencatatkan perbezaan yang signifikan. Ianya adalah t(153)=4.19,
p
-
8/3/2019 assig cabaran
15/24
sentiasa peka terhadap pelajar-pelajar ini. kebanyakan ibubapa di luar bandar
mempunyai kebun mereka sendiri. Maka biasannya pelajar di kawasan tersebut
akan ke kebun ayah mereka untuk menolong. Ini secara tidak langsung akan
memberikan tekanan kepada pelajar tersebut kerana mereka mungkin tidak
mempunyai masa yang secukupnya untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat
kerja rumah sekolah. Ada juga pelajar yang mempunyai adik kecil yang perlu dijaga
ketika ibubapa mereka pergi bekerja. keadaan ini biasanya berlaku terutamanya
kepada pelajar perempuan. Ibu yang mempunyai anak perempuan akan
mengharapkan anaknya dapat membantunya untuk membuat kerja rumah. Pelajar
ini akan menghadapi tekanan kerana kerja rumah sekolah juga berlambak. Jika kerja
rumah sekolah tidak disiapkan pelajar ini akan dimarahi oleh guru,jika tidak
membuat kerja rumah dan tidak menjaga adik pula akan dimarahi atau dipukul
ibubapa. Inilah antara beberapa faktor yang membawa tekanan kepada pelajar luar
bandar. Maka kita sebagai guru ( golongan yang berpendidikan) seharusnya perlu
mengambil tahu latar belakang setiap murid dan cuba memahami keadaan mereka.
Pelan tindakan anda sebagai guru
Kosmo (31 Julai 2008) melaporkan seorang pelajar lelaki memanjat
bumbung bangunan dan ugut untuk terjun kerana menghadapi masalah tekanan
perasaan. Ini bermakna apabila tekanan ini mencapai tahap maksimum pelajar
tidak akan takut untuk membunuh diri sekalipun. Maka kita sebagai guru perlulah
bersedia untuk menghadapi cabaran ini dan paling eloknya mencegah sebelum
berlaku sesuatu yang buruk.
Oleh kerana tekanan yang dihadapi pelajar perempuan adalah tinggi maka
sebagai seorang guru yang berprofesional kita perlulah mengenalpasti masalah-
masalah yang sering dihadapi oleh golongan ini dan harus membantu mereka dari
segi sokongan moral. Sebagai guru kita seharusnya perlu menyedarkan pelajar
bahawa apa yang mereka hadapi adalah masalah biasa yang dialami oleh semua
orang yang digelar pelajar perempuan.
Maka guru yang ditempatkan di kawasan bandar ataupun luar bandar perlupeka terhadap faktor-faktor ini. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
-
8/3/2019 assig cabaran
16/24
menyediakan fail peribadi pelajar agar mereka dapat mengenali pelajar dengan lebih
mendalam lagi.
Secara kesimpulannya, sebagai guru yang berprofesional kita perlulah
bertimbang rasa terhadap pelajar kita. ini kerana, kesan tekanan yang tidak sihat
adalah seperti meniup angin ke dalam belon. Jika angin ditiub masuk tanpa henti
sedangkan belon tidak ada saluran keluar angin maka lama kelamaan belon akan
melutup dengan tidak disangka dan dengan cara yang merosakkan (Asmawati desa
1998). Keadaan yang sama juga akan berlaku kepada pelajar yang menghadapi
tekanan. Kesan tekanan yang tidak sihat ini akan membawa mereka terlibat dengan
gejala yang tidak sihat seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah masalah
tingkah laku dan sebagainya.
-
8/3/2019 assig cabaran
17/24
Tugasan 2:
Kumpulkan sekurang-kurangnya 5 keratan akhbar sama ada dalam Bahasa
Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu dalam bentuk
buku skrap.
Sejak kebelakangan ini buli siber di Malaysia menjadi salah satu masalah
yang kritikal terutama dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini amat
membimbangkan semua pihak kerana terlalu banyak maklumat peribadi mangsa
didedahkan. Antara contoh buli siber ialah sebarang bentuk ancaman atau serangan
yang boleh dikenakan terhadap seseorang pengguna internet melalui pesanan teks,gambar menerusi e-mel, blog, telefon bimbit serta rangkaian web bagi mengganggu,
memalukan dan mengugut mangsa. Terdapat Pelbagai kes buli siber yang berlaku
dalam kalangan pelajar sekolah,antaranya dalah penghantaran khidmat pesanan
ringkas (SMS), e-mel,blog atau laman eweb untuk mengganggu, mengancam dan
memalukan seseorang. Cara pembulian pula dibuat seperti membuat fitnah,
mencaci, menyebarkan gambar yang memalukan termasuk gangguan seksual.
Mangsa buli siber boleh terganggu dari segi emosi sehingga sanggup membunuhdiri. Situasi ini perlu ditangani segera supaya tidak menjatuhkan maruah dan
mengganggu emosi mangsa lantas akan mengakibatkan prestasi pelajaran mereka
berkurangan akibat tertekan. Terdapat beberapa kes buli siber yang berlaku dalam
kalangan pelajar sekolah. contohnya :
Kes penyebaran rakaman video pergaduhan antara pelajar sekolah di
sebuah surau di ketengah Jaya, Dungun 18 Jun 2009. Mangsa Azani Jusharmiela
Mohd Jaafar berusia 13 tahun mendakwa selain dibelasah, dia dipaksa bertumbuk
dengan rakan karibnya. Punca pergaduhan berlaku apabila pelajar senior tingkatan
2 yang berlainan sekolah memukul mangsa kerana tidak berpuas hati dengannya.
Mangsa telah membuat laporan polis dengan bantuan kakaknya, kerana tarauma
dan yang lebih teruk lagi apabila pelajar senior itu menyebarkan rakaman video
tersebut ke dalam Youtube.
-
8/3/2019 assig cabaran
18/24
Selain itu kes penyebaran gambar-gambar lucah terutamanya dalam
kalangan pelajar perempuan di dalam laman web dan blog semakin meningkat. Kes
buli siber yang semakin menular ini merupakan satu cabaran baru bagi warga
pendidik dan ibubapa untuk bekerjasama dalam menangani masalah disiplin dalam
kalangan pelajar. Guru perlu memantau aktiviti pelajar dan lebih mendekati mereka
yang mungkin merasa resah dan terancam dalam diam. Maka guru perlu menerima
cabaran ini dengan memainkan peranan mengajar dan mendidik para pelajar cara
sebenar menggunakan talian siber kerana mereka perlu mengetahui mengenai
bahaya, risiko apa yang mereka lakukan.
Keratan akhbar kedua yang saya pilih adalah bertajuk Cabaran guru bandar
yang disiarkan dalam utusan Malaysia (12 April 2010). Antara isu yang dibincangkan
dalam artikel ini adalah perbezaan di antara cabaran yang dihadapi oleh guru yang
ditempatkan di kawasan pedalaman dan juga bandar. Antara masalah-masalah yang
sering dihadapi oleh guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman adalah masalah
infrastruktur, bekalan elektrik dan bekalan air. Selain itu bangunan sekolah dan
tempat tinggal yang daif memang menjadi cabaran bagi guru-guru yang ditempatkandi kawasan pedalaman.
-
8/3/2019 assig cabaran
19/24
Berlainan pula bagi guru yang ditempatkan di kawasan bandar. Walaupun
mereka bernasib baik kerana ditempatkan di tempat yang mempunyai kemudahan
namun mereka masih mempunyai cabaran yang perlu diharungi. Antara cabaran
yang sering terdapat di kawasan bandar adalah mengharungi kesesasakan jalan
raya setiap kali pergi dan balik sekolah yang membazirkan wang dan masa. Malah
yang lebih membahayakan adalah risiko kemungkinan berlaku kemalangan jalan
raya di kawasan bandar adalah sangat tinggi. Selain itu di bandar barang keperluan
harian dan upah pengasuh sememangnya tinggi . Selain itu cabaran utama guru di
bandar adalah memenuhi harapan ibu bapa yang mahukan prestasi akademik anak
mereka yang terbaik.
Di mana sekalipun guru-guru ditempatkan pasti ada cabaran yang mereka
lalui . Para guru seharusnya perlu membuka mata dan berusaha untuk melihat
sesuatu perkara secara positif dan cuba menyesuaikan diri mereka dengan
keadaan di sekeliling mereka. Para guru tidak seharusnya mempunyai sikap memilih
tetapi perlu menerima sesuatu situasi sebagai cabaran dan menimba pengalaman
dan iktibar daripadanya. Ini kerana warga pendidik dianggap lilin yang membakar
diri demi menerangi orang lain. Maka guru perlulah sentiasa bersedia menghadapi
apa saja cabaran dan rintangan demi mendidik anak bangsa.
Artikel surat khabar yang ketiga yang saya pilih pula bertajuk 6000 pelajar
dikenal pasti masalah disiplin. Artikal ini merupakan artikel yang disiarkan di akhbar
terkemuka negara kita iaitu utusan malaysia (27 Februari 2010). Masalah disiplin
pelajar merupakan salah satu masalah serius yang menular dalam kalangan pelajar
sekolah pada hari ini. Artikel ini membincangkan masalah-masalah disipin yang kian
meningkat di negeri Terengganu. Antara masalah disiplin yang dikaitkan dengan
pelajar di negeri itu ialah ponteng sekolah, merempit, bergaduh dan sebagainya.
Dalam artikel ini ditekankan bahawa masalah disiplin ini perlu ditangani segera bagi
memendung gejala tersebut daripada menjadi lebih serius pada masa akan datang.
Sebagai seorang guru masalah ini merupakan masalah paling serius yang sering
membuatkan guru di sekolah tercabar. Maka para guru haruslah mengenal pasti
pelajar yang bermasalah ataupun berisiko agar ia tidak memberikan kesan kepada
pelajar yang lain. Dalam mendisiplinkan pelajar tersebut guru yang berprofesional
tidak seharusnya menyalah gunakan kuasa dengan mendenda pelajar-pelajar
-
8/3/2019 assig cabaran
20/24
bermasalah ini sebaliknya perlu membimbing pelajar tersebut untuk menjadi seorang
insan yang berguna.
Artikel seterusnya membincangakan tentang cabaran yang pasti dilalui oleh
guru pada masa kini iaitu Revolusi ICT dalam sistem pendidikan negara. Artikel ini
telah diterbitkan dalam utusan Malaysia pada 21 Ogos 2009. Dalam artikel ini
revolusi menerusi penggunaan teknologi telah ditekankan. Ini kerana Tan Sri
Muhyiddin Yassin berpendapat kemajuan teknologi terkini mampu meningkatkatkan
lagi keberkesanan proses pengajaran dan Pembelajaran. Dengan ini sekolah luar
bandar akan tidak ketinggalan dan ia dapat dimajukan setanding dengan sekolah
bandar. Selain itu beliau berpendapat penggunaan teknologi ini mampu melahirkan
pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran. Usaha menteri pendidikan kita
tidak akan tercapai jika guru-guru sekolah sendiri tidak bersedia untuk menerima
perubahan. Justeru itu guru perlu mempunyai kepakaran dalam bidang ICT serta
mengikuti arus perubahan agar dapat membentuk pelajar-pelajar yang mampu
bersaing dengan negara-negara lain di taraf dunia.
Artikel saya yang terakhir pula berkaitan isu guru yang kini hangat
diperkatakan, iaitu isu bebanan kerja guru. Tajuk artikel daripada akhbar Utusan
Malaysia( 1 April 2010) ini adalah Seksa jadi cikgu. Cabaran ini harus dilalui oleh
semua orang yang digelar guru kerana nama guru hari ini lebih sinonim dengan
kerja-kerja fail. Disamping mendidik guru juga harus melakukan kerja tambahan
termasuk pentadbiran dan perkeranian, mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik
darjah, hal ehwal murid sehingga ia mengganggu tanggungjawab mendidik murid.
Walaupun hal ini dikatakan dikaji dan jalan penyelesaian untuk masalah ini akan
dikenal pasti namun guru tidak akan terlepas daripada bebanan tugas tambahan
yang mereka hadapi. Maka sebagai seorang guru yang berprofesional mereka
haruslah menerima hakikat ini dengan positif. Perkara ini mungkin membebankan
guru sekiranya guru tersebut mempunyai sikap sentiasa menangguhkan kerja.
Ekoran daripada itu mereka akan cuba menyiapkan kerja-kerja mereka apabila
masa-masa terakhir sedangkan kerja yang perlu disiapkan berlonggok kerana sikap
mereka sendiri. Ini secara langsung akan memberikan tekanan kepada mereka.
Maka sebagai guru yang berprofesional kita perlulah berusaha dengan gigih untuk
menghadapi cabaran ini agar kita dapat membentuk kualiti guru dalam diri kitasendiri.
-
8/3/2019 assig cabaran
21/24
Refleksi
Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
saya Dr.Siti Hajar Bt Man yang memberikan banyak bimbingan dan tunjuk ajar
untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sempurna.
Selepas sahaja tajuk kerja kursus diberikan ,saya bersama kawan-kawan
telah mencari jurnel-jurnel dan keratan akhbar yang berkaitan dengan cabaran
cabaran guru. Dengan ini saya berpeluang berkongsi idea dengan rakan-rakan lain
tentang isu-isu yang mereka perolehi. Selain itu isu-isu yang berkaitan guru yang
terdapat di akbar telah membantu kami untuk memahami dunia perguruan dan
masalah-masalah yang dihadapi oleh guru alaf baru ini.
Melalui analisis artikel jurnel pula, saya dapat mempelajari cara-cara untuk
menganalisis data-data kajian. Selain itu , ia telah mendorong saya untuk mencari
arikel-artikel jurnel yang berkaitan dengan isu utama saya. Dengan ini saya dapat
membanding bezakan data kajian ini dengan kajian-kajian yang lain. Ini secara tidak
langsung telah memberikan peluang kepada saya untuk mempelajari perkara-
perkara yang perlu diambil kira dalam membuat kajian. Melalui analisis jurnel
bahasa inggeris pula saya telah dapat memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa
Inggeris saya.
Kesimpulannya, kerja kursus ini telah banyak mendedahkan saya dengan
ilmu-ilmu yang baru. Ini secara tidak langsung telah membantu saya untuk
menyediakan diri sebelum menjejakkan kaki di dunia perguruan . saya pasti ilmu
yang saya perolehi ini akan banyak membantu saya pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
-
8/3/2019 assig cabaran
22/24
Bibliografi:
Jurnal Artikel
Azizi bin Hj Yahaya dan Mazeni Binti Ismail .( 2008 ) . Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Stress Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah di malaysia.
Azizi bin Hj.Yahaya dan Nik Diana Hartika .( 2007 ). Stress Level and Influencing
Factors Among Secondary School Teachers in Johor, Melaka, Negeri
Sembilan and Selangor. Journal Faculty of Education.
Kamaruzaman Kamaruddin . (2007). Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru Sekolah
Menengah . Jurnal Kemanusiaan, bil 10.
Tajularipin Sulaiman , Aminuddin Hassan, Vizata Sapian.M, Saifuddin Kumar
Abdullah .(2009). The Level of Stress Among Students in Urban and Rural
Secondary School in Malaysia . European Journal of Social Sciences
Volume 2, Number 2.
Artikel dari surat khabar bercetak
Rahana. (2008, Mei 05). Buli Siber Cabaran Baru di sekolah. Utusan malaysia.
Artikel dari surat khabar elektronik
. .(2010, Februari 27). 6000 Pelajar Dikenal Pasti Masalah Disiplin.
http://www.utusan.com.my.
. .(2009, Ogos 21). Revolusu ICT Dalam Sistem Pendidikan Negara.
http://www.utusan.com.
Azmy Mohamed . (2010, April 12). Cabaran Guru Bandar. http://www.utusan.com.
Khairul Azran Hussin .(2010, April 01) . Seksa Jadi Cikgu.
www.bharian.com.my.
Mohamad Farid.(2007, November 29). Menangani Tekanan Kegagalan Peperiksaan.http://www.utusan.com.my.
http://www.utusan.com.my/http://www.utusan.com.my/http://www.utusan.com/http://www.utusan.com/http://www.utusan.com/http://www.utusan.com/http://www.bharian/http://www.bharian/http://www.utusan.com.my/http://www.utusan.com.my/http://www.utusan.com.my/http://www.bharian/http://www.utusan.com/http://www.utusan.com/http://www.utusan.com.my/ -
8/3/2019 assig cabaran
23/24
Rizam Zakariya .(2008, Julai 31). Sekolah Gempar Pelajar Cuba Terjun Bangunan.
http://www.kosmo.com.my.
Siti Nor Afzan Kasiman .(2009, March 03). Profesion Perguruan Terdedah Kepada
Risiko Tinggi Untuk Mengalami Tekanan mental.http://Kosmo.com.my.
Zalina Yahaya .(2003, Oktober 09). Pelajar Masalah Berjaga-jaga Dengan Empat
Petanda Awal.http://www.tutor.com.my.
Laman Web
. .( 2009, Mac 31). Tubuh Jawatankuasa Khas kaji Beban Tugas Guru
Muhyiddin.http://www.nutp.org. dilayari pada 10 september 2010.
.( 2009, Ogos 14). Beri Kuasa Polis Bebanan Guru-NUTP .
http://www.nutp.org. dilayari pada 10 september 2010.
http://www.kosmo.com.my/http://www.kosmo.com.my/http://kosmo.com.my/http://kosmo.com.my/http://kosmo.com.my/http://www.tutor.com.my/http://www.tutor.com.my/http://www.tutor.com.my/http://www.nutp.org/http://www.nutp.org/http://www.nutp.org/http://www.nutp.org/http://www.nutp.org/http://www.nutp.org/http://www.nutp.org/http://www.tutor.com.my/http://kosmo.com.my/http://www.kosmo.com.my/ -
8/3/2019 assig cabaran
24/24
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA M/S
1 Isi kandungan i
2 Soalan Tugasan ii
3 Tugasan 1:
Ulasan artikel 1
Ulasan artikel 2
1
11
4 Tugasan 2:
Ulasan Keratan akhbar 17
5 Refleksi 21
6 Bibliografi 22
7 Lampiran iii