Download - Assignment Padagogy
Bahagian A : Penulisan esei
STRATEGI PENDEKATAN INKUIRI-PENEMUAN
Definisi pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan
pembelajaran melalui pengalaman yang dialami. Secara amnya, perkataan inkuiri
bermaksud mencari maklumat, menyoal sesuatu perkara dan menyiasat sesuatu
fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Inkuiri juga boleh didefinisikan sebagai teknik
penyoalan mengenai sesuatu perkara dan mencari jawapan kepada penyoalan yang
diutarakan. Biasanya dalam proses inkuiri ini melibatkan beberapa langkah asas dan
penting untuk memperoleh maklumat yang tepat dan jelas. Antaranya ialah
pemerhatian dan pengukuran teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina
teori. Proses inkuiri ini juga memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan
mengambil kira kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Sebenarnya, proses
inkuiri ini menggunakan kaedah yang sama seperti mana digunakan oleh ahli-ahli sains
dalam membuat penemuan mereka yang mana melihat sains sebagai binaan teori dan
idea berasaskan alam fizikal. Singkat kata, inkuiri adalah proses yang kompleks, anjal
dan tidak terikat pada langkah-langkah yang dipanggil kaedah saintifik.
Menurut kajian kes dalam Jurnal Sistem Pembelajaran berasaskan Pendekatan
Inkuiri Penemuan oleh Carin dan Sund (1971), inkuiri juga boleh berlaku melalui
perkongsian media dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mereka mempunyai
pilihan untuk belajar mengikut kemampuan dan kemahuan mereka sendiri. Bagi mereka
yang cenderung kepada visual, kaedah ini membolehkan mereka mencerap dan
menerima maklumat dengan lebih baik dan pantas. Selain itu, dengan perkongsian
media ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai tahap penerimaan maklumat yang
agak lemah. Dalam Jurnal Sistem Pembelajaran berasaskan Pendekatan Inkuiri
Penemuan (Carin dan Sund, 1971) juga mendefinikan inkuiri sebagai pembelajaran
tidak langsung yang melibatkan aktiviti penerokaan dan penemuan yang berkaitan
dengan proses untuk mendapatkan maklumat. Ia berasaskan kepada penyoalan dan
penyelesaian masalah di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti
tersebut pelajar akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat mental untuk
mendapatkan kefahaman yang bermakna, dan melibatkan diri secara aktif di dalam
pembelajaran mereka. Ini menunjukkan bahawa inkuiri adalah berpusat kepada pelajar
bukan kepada guru, sebaliknya guru hanya bertindak sebagai pemandu arah dalam
memberikan peluang kepada peluang kepada pelajar menemui maklumat yang
sebenar.
Perkataan kedua yang kita akan bincangkan ialah ‘penemuan’. Penemuan
merupakan perkara yang paling asas dalam proses inkuiri. Pembelajaran melalui
penemuan berlaku apabila murid mencari, menstruktur, dan membina konsep mereka
dalam pembelajaran masing-masing. Menurut kajian dalam Jurnal Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan oleh Irfan Naufal Umar ( 2003), biasanya pembelajaran melalui penemuan
ini dilakukan melalui aktiviti ujikaji bagi menyiasat sesuatu fenomena dan memahami
konsep sebenar fenomena tersebut serta membuat kesimpulan sendiri. Menurut kajian
dalam Jurnal Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan oleh Irfan Naufal Umar, ( 2003)
penemuan boleh dikatakan kekuatan bagi jenis pembelajaran ini kerana murid sendiri
peka terhadap apa yang mereka hendak belajar dan membantu mereka membina
konsep pembelajaran yang lebih mudah difahami.
Menurut kajian kes yang diterangkan dalam Jurnal Amalan dan Masalah
Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan dalam pengajaran sains oleh Thangavelo
Marimuthu (2002), pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui
pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat
sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil inkuiri-
penemuan. Pembelajaran secara inkuiri penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip
sains disiasat dan ditemui oleh pelajar sendiri. Sains sebagai inkuiri-penemuan
mementingkan pelajar mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian,
membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan pelajar dalam
inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk menanya soalan,
menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari.
Langkah-langkah untuk melaksanakan proses inkuiri penemuan
Strategi inkuiri penemuan ini biasanya melibatkan pelbagai aktiviti uji kaji dan
juga disediakan aktiviti ‘hands-on’ bagi memastikan murid faham konsep yang betul
dan mempunyai kefahaman yang kukuh terhadap apa yang mereka belajar. Menurut
jurnal sistem pembelajaran berasaskan pendekatan inkuiri penemuan, aktiviti
pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar dan
peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat
memotivasikan pelajar. Bukan sahaja itu, melalui inkuiri penemuan ini murid-murid
dapat membina ilmu pengetahuan baru berdasarkan pengalaman (Haury, 1993). Ada
juga pengkaji yang mengaitkan inkuiri dengan pendekatan penemuan atau dengan
perkembangan kemahiran proses yang berkaitan dengan “kaedah saintifik”. Oleh sebab
proses inkuiri-penemuan ini banyak melibatkan aktiviti uji kaji jadi ia banyak melibatkan
langkah-langkah saintifik untuk mendapat pengetahuan dan pengalaman yang teratur
dan efektif. Dalam kajian kes dalam Jurnal Sistem Pembelajaran Berasaskan
Pendekatan Inkuiri Penemuan oleh Carin dan Sund, (1971) kebanyakkan pelajar lebih
cenderung untuk menerima maklumat secara grafik, animasi dan video.
Merujuk Mok Soon Sang (2009), langkah-langkah pengajaran melalui kaedah
inkuiri penemuan adalah mengikut urutan yang tertentu. Pertama sekali, murid perlu
mengenal pasti topik kajian, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat
yang berkaitan, mengkaji dan menganalisis maklumat dikumpul serta yang terakhir iaitu
membuat generalisasi atau rumusan (Salleh, 2012).
Keduaanya, kaedah inkuiri penemuan ini dicipta oleh Richard Suchman dengan
membuat andaian berdasarkan strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains iaitu
sifat ingin tahu dengan memupuk dan membina rasa ingin tahu dalam diri seseorang.
Antara langkah-langkah yang beliau memperkenalkan ialah mengenal pasti masalah,
merancang cara penyelesaian, mengumpul maklumat, mengkaji maklumat terkumpul
dan membuat analisis atau membuat keputusan, dan merumuskan semua hasil
dapatan. Dalam proses mengenal pasti masalah, ia berkemungkinan adalah masalah
yang diberi oleh guru, murid atau sukatan pelajaran. Selepas mengenal pasti masalah,
murid harus merancang cara penyelesaian dengan bimbingan guru. Dalam proses ini,
murid akan meramal dan membuat hipotesis, berbincang, bersoal jawab dan bertemu
bual. maklumat-maklumat dapat dikumpul melalui memerhati, menyukat, berbincang,
bertemu bual, mencatat maklumat dan data serta membuat rujukan. Maklumat bukan
sahaja dikumpul, maka juga perlu dikaji bagi mengenal pasti ketepatan maklumat
tersebut. Kajian boleh dilakukan melalui cara membincang, mengelas, menginterpretasi
data dan melukis graf. Selepas mendapat maklumat yang mempunyai fakta dan
ketepatan, rumusan akan dilakukan. Menurut kajian kes yang dibincangkan dalam
Jurnal Amalan dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan dalam Pengajaran
Sains oleh Thangavelo Marimuthu (2002), pengajaran secara inkuiri-penemuan
menjadikan sains sebagai satu matapelajaran menyeronokkan kerana pelajar sendiri
terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat.
Segala langkah yang digariskan oleh tokoh-tokoh diatas adalah prosedur yang
diperlu diikuti semasa pelaksanaan proses inkuiri penemuan dalam kalangan murid.
Tujuan pendekatan inkuiri penemuan
Di samping itu, terdapat beberapa tujuan bagi pelaksanaan proses inkuiri
penemuan dalam kalangan murid di sekolah Pertamanya menggalakkan penglibatan
murid. Hal ini kerana, biasanya murid-murid sekolah bersifat aktif dan selalu ingin
melakukan perkara yang menyeronokkan mereka. Keadaan seperti ini akan menarik
perhatian murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti secara langsung untuk melakukan
aktiviti uji kaji. Keduaanya, mencabar murid-murid untuk mencari jawapan kepada
masalah-masalah yang dihadapi. Bukan sahaja itu ia adalah satu langkah yang baik
untuk membantu murid-murid untu membina konsep mereka sendiri dalam
pembelajaran supaya mereka lebih faham apa yang mereka dikehendaki buat.
Seterusnya, proses ini juga menggalakkan pemikiran yang kritis, analitis dan rasional.
Semasa pelaksanaan proses ini murid akan mengaplikasikan kaedah saintifik bagi
mendapat konsep dan jawapan yang betul. Keadaan ini akan melatih murid-murid untuk
mempunyai fikiran yang rasional semasa melakukan setiap langkah untuk mendapat
hasil pembelajaran yang yang berkualiti dan juga meningkatkan kefahaman serta
ingatan murid satu-satu konsep. Menurut kajian kes dalam Jurnal Penyelidikan
Pendidikan oleh Choy Sau Kam (2003), proses inkuiri penemuan ini yang
mementingkan strategi pemusatan murid juga membantu murid membentuk sifat-sifat
sosial yang positif seperti bekerjasama, berkongsi idea dan tolong menolong antara
satu sama lain. Hal ini kerana, biasanya aktiviti uji dalam proses inkuiri akan dilakukan
dalam bentuk kumpulan dan di sini akan membentuk ruang koloborasi antara murid
bagi membincang tentang hasil pendapatan mereka. Proses ini juga akan
meningkatkan kebolehan murid untuk merancang, mengolah isi dan membuat rumusan.
Ini boleh dicapai melalui aktiviti uji kaji yang dilakukan dalam bentuk kumpulan. Murid
akan dillatih untuk menerapkan segala langkah-langkah saintifik dalam proses uji kaji
dan ini akan membentuk pelbagai ciri-ciri kepimpinan dalam diri setiap murid. Hal ini
kerana, disiplin yang tinggi juga diperlukan bagi menyelesaikan masalah dan jika
dijalankan secara kumpulan, dapat memupuk semangat kerjasama dan toleransi di
kalangan ahli kumpulan. Menurut kajian kes dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan
oleh Choy Sau Kam (2003), kaedah inkuiri penemuan ini juga dapat menimbulkan
minat dan meninggikan daya kreativiti pelajar kerana mereka dibiasakan supaya
mengemukakan soalan ‘apa’, ‘bagaimana’, ‘mengapa’ dan berbagai-bagai persoalan
yang memerlukan mereka mencari jawapan dalam bentuk kritis dan kreatif. Oleh itu,
teknik juga boleh melatih otak mereka berfikir secara bebas..Akhirnya proses ini akan
mendatangkan perasaan kejayaan kepada murid-murid apabila mereka memperolehi
jawapan kepada satu-satu masalah pada akhir aktiviti uji kaji mereka serta memupuk
kemahiran penyelesaian masalah bagi murid yang akan membawa kepada sifat
berdikari untuk bertindak secara individu.
Jenis-jenis model inkuiri penemuan
Seterusnya, terdapat juga beberapa model inkuiri yang terkenal yang boleh
diaplikasikan dalam proses pembalajaran dan pengajara di sekolah. Dalam
menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada
beberapa model pengajaran. Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan
kepada guru bagi menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid selain untuk mengukur sejauh mana
keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid. Antaranya ialah model-model inkuiri
yang utama ialah model inkuiri sosial, model inkuiri sains, model inkuiri juris prudential
dan model inkuiri suchman.
Model inkuiri sosial digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan
bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada
aktiviti pemerhatian, temubual atau soal selidik. Model inkuiri sosial menegaskan proses
interaksi sosial. Model ini merangkumi enam langkah iaitu, pembentukan masalah oleh
pengajar, pembentukan hipotesis oleh pelajar, menentukan definisi untuk hipotesis,
perbincangan kesalahan hipotesis, mencari sokongan untuk hipotesis dan membuat
rumusan atau kesimpulan. Banks (1985) menyatakan bahwa pembelajaran melalui
model inkuiri sosial ini dapat dilakukan sejak siswa berada pada jenjang sekolah dasar,
hanya penekanannya tidak pada langkah-langkah inkuiri melainkan lebih kepada
memperkenalkan fakta, konsep, dan generalisasi. Hal ini dikembangkan melalui strategi
bertanya, siswa dikondisikan untuk bertanya sehingga kemampuan berpikir kritis sudah
mulai dikembangkan sejak pendidikan dasar. Dengan demikian, melalui pembelajaran
inkuiri sosial ini, peserta didik sudah dilatih sejak dini untuk menjadi seorang ilmuwan.
Model inkuiri sains yang digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri
unsur sains. Proses penyelesaian masalah bagi model ini dihuraikan dalam Model
Dewey iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, menilai
dan membuat rumusan. Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami
dan mengenal pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah. Peringkat
mencari maklumat melibatkan aktiviti mengumpul bahan-bahan atau fakta-fakta yang
berkaitan dengan penyelesaian masalah. Peringkat membuat hipotesis pula merujuk
kepada cadangan strategi dan cara menyelesaikan masalah. Peringkat menguji
hipotesis pula merupakan proses perlaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian.
Peringkat menilai dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian.
Model inkuiri juris prudential digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan
isu-isu seperti belajar Sains lebih berguna daripada belajar Sastera. Proses ini adalah
berlandaskan kepada aktiviti perdebatan. Di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri membimbing dan inkuiri
terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid-murid menjalankan
segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah
dan juga sekolah menengah. Dalam inkuiri terbuka pula, murid-murid tidak diberi
sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri. Inkuiri jenis ini
sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat lebih tinggi.
Model yang keempat ialah model inkuiri suchman. Model ini diperkenalkan oleh
Richard Suchman berlandaskan andaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh
ahli sains untuk menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model
pengajaran dalam mata pelajaran khususnya sains.
Prinsip pendekatan inkuiri penemuan
Sekiranya guru merancang untuk menjalankan kaedah inkuiri penemuan ini
sebagai aktiviti pembelajaran, terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi.
Pertamanya ialah guru perlu memilih sesuatu topik yang bersesuaian bagi menarik
minat pelajar dan mencabar pelajar untuk menyelesaikannya. Kemudian, menyediakan
alatan yang diperlukan bagi menjayakan kajian ini dan juga perlu mengadakan
perbincangan awal mengenai objektif kajian yang baik. Seterusnya, guru perlu
menerangkan tugasan dan langkah-langkah kajian dengan terperinci supaya pelajar
tidak terpesong semasa menjalankan kajian atau uji kaji di dalam kelas atau makmal.
Semasa proses uji kaji sedang berlaku guru harus membimbing dan mangawasi
pelajar setiap peringkat. Pada ketika ini juga guru perlu elakkan dirinya daripada
membantu dan memberitahu pelajar jawapan dan biarkan semua aktiviti dijalankan
sendiri oleh pelajar supaya mereka dapat melakukan yang terbaik, dapat memahami
dengan terperinci dan boleh menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah dan
berdikari. Selepas murid-murid melaksanakan segala aktiviti yang dirancangkan dan
mencari konsep mereka sendiri, guru perlu mengadakan perbincangan dijalankan bagi
tujuan peneguhan dan pada masa yang sama boleh memperbetulkan jika terdapat
miskonsepsi dalam kalangan murid. Ini adalah suatu cara pelaksanaan proses inkuiri
penemuan yang efektif dan berkualiti.
Kebaikan pendekatan inkuiri penemuan (Implikasi)
Kaedah inkuiri dapat mewujudkan proses kognitif yang tinggi dalam kalangan
murid. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini dapat
melahirkan individu yang berfikiran secara logik dan berani menyoal kesahihan sesuatu
pandangan atau pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara atau kejadian. Kaedah
ini juga dapat mematangkan buah fikiran murid kerana mereka digilap dengan
pemikiran kritikal. Murid juga dilatih membuat penilaian sendiri mengenai sesuatu
peristiwa atau kejadian berasaskan bukti dan maklumat yang mereka peroleh daripada
sumber rujukan yang sahih.
Selain itu, kaedah ini dapat membantu murid meningkatkan keupayaan membuat
penaakulan aktif. Apabila murid berhadapan dengan sesuatu masalah, mereka akan
berupaya mencari jalan penyelesaian. Murid dilatih supaya menentukan sesuatu
masalah, membuktikan hipotesis dengan mencari sumber dan maklumat, kemudian
menilai proses yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dan seterusnya
membuat kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan.
Kaedah inkuiri dalam subjek Sejarah memerlukan proses penyiasatan. Murid
akan diminta menyiasat dan mencari maklumat bagi mendapatkan penyelesaian atau
jawapan mengenai sesuatu persoalan yang dikemukakan. Melalui pengalaman murid
dalam proses tersebut, murid akan lebih mudah mengingat sesuatu maklumat dan
murid juga mendapat kepuasan intrinsik hasil daripada usaha kendiri mereka
melakukan proses pencarian dan pembuktian mengenai sesuatu perkara atau peristiwa
sejarah. Pengalaman pembelajaran melalui kaedah inkuiri ini akan membantu murid
melalui suatu proses penemuan dan kesimpulan mengenai sesuatu perkara dengan
berdasarkan bukti dan pemikiran rasional.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini juga dapat
mengembangkan bakat dan kebolehan murid untuk merancang dan mengelolakan
sesuatu kerja projek atau kajian luar. Murid digalakkan bersikap berani,
bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam proses mendapatkan maklumat dan
membuktikan pendapat atau hipotesis yang mereka kemukakan.
Kelemahan pendekatan inkuiri penemuan (Implikasi)
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa halangan dan kekangan yang
menyebabkan kaedah inkuiri-penemuan ini dikatakan gagal atau tidak sesuai diguna
pakai dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Hal ini
timbul apabila subjek Sejarah hanya dijadikan subjek “tulis dan ingat” oleh guru-guru
dalam pengajaran Sejarah semata-mata tanpa membabitkan pelajar berfikir secara
berfikrah. Oleh itu, proses pengajaran hanya tertumpu kepada penulisan nota-nota dan
menghafal segala nota yang diberi. Murid-murid tidak digalakkan untuk mencetuskan
persoalan-persoaln yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan ini memungkinkan
kaedah inkuiri digunakan dalam pengajaran. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah inkuiri-penemuan juga memerlukan persiapan mental untuk cara
belajar. Dengan percaya diri yang kuat, barulah pelajar mampu menghilangkan tekanan
untuk menghadapi cabaran atau rintangan dengan berani. Kalau kaedah inkuiri-
penemuan diterapkan dalam kelas dengan jumlah pelajar yang besar, kemungkinan
besar tidak terhasil. Guru akan menghadapi kesusahan untuk mengawal kelas kerana
kaedah ini banyak melibatkan aktiviti-aktiviti di luar atau di dalam kelas. Kaedah inkuiri-
penemuan ini juga mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah
tunjuk cara. Kaedah ini juga berkemungkinan menimbulkan kesulitan kepada murid-
murid yang kurang pengalaman atau lemah.
Kesimpulan
Kesimpulannya, model pengajaran inkuiri-penemuan ini merupakan suatu proses
pengajaran yang cukup menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah rendah khususnya
memerlukan satu kaedah dan cara yang paling berkesan bagi menarik minat mereka
untuk terus belajar. Banyak faedah dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar
sewaktu menjalankan aktiviti. Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah
penting bagi memastikan objektif dan matlamat yang ditetapkan akan tercapai.
Kesungguhan dan kecekapan guru dalam melaksanakan proses pengajaran amat perlu
agar pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru, proses
pengajaran menggunakan model inkuiri-penemuan merupakan satu bentuk pengajaran
yang boleh dijayakan oleh setiap guru dalam menyampaikan pengajaran mereka sama
ada da dalam atau di luar bilik darjah.