assignment pemulihan.docx

30
IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012 1.0 Pendahuluan Pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Dalam pembelajaran dan pengajaran terdapat murid tidak mencapai objektif yang telah ditentukan maka Program Pemulihan Khas diadakan. Program ini bertujuan mengawal masalah 3M supaya tidak sampai hingga ke tahap dua atau peringkat persekolahan menengah rendah. Murid-murid yang dapat menguasai (3M) atau objektif yang telah ditetapkan semasa pembelajaran dan pengajaran akan menjalani aktiviti pengayaan. Pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid- murid pintar cerdas. Murid-murid yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas. Aktiviti pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. BMM3106 1

Upload: linda-md-akhir

Post on 11-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

1.0 PendahuluanPendidikan bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Dalam pembelajaran dan pengajaran terdapat murid tidak mencapai objektif yang telah ditentukan maka Program Pemulihan Khas diadakan. Program ini bertujuan mengawal masalah 3M supaya tidak sampai hingga ke tahap dua atau peringkat persekolahan menengah rendah. Murid-murid yang dapat menguasai (3M) atau objektif yang telah ditetapkan semasa pembelajaran dan pengajaran akan menjalani aktiviti pengayaan. Pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Murid-murid yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.

Aktiviti pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.

1.1 Konsep Pemulihan

Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.Blair (1956) pula menyatakan pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhikeperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi.Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa

Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak- kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

Pringle (1966) Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984):...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986): ...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Albertwhite (1977), pula menyatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa; by remedial teaching is meant teaching which is based in a different diagnosis which forms the basis for scientific remedial procedures.

Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of educational system. Oleh itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan murid dan guru pula telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

1.2 Objektif Program Pemulihan

Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:

a. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka.b. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu.c. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru.d. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke peringkat yang lebih maju.e. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar kelas.f. Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari.g. Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

1.3 Rasional PemulihanMurid-murid mempunyai perbezaan daripada segi pengalaman, minat, dan kebolehan. Perbezaan-perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boleh menjadi punca masalah yang utama kepada kegagalan pencapaian objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.Rasional program pemulihan khas adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M seperti yang terdapat dalam buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada buku garis panduan tersebut, ia lebih menjurus kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam erti kata lain semua murid Tahap 1 harus dan mampu menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini bermakna murid-murid Tahap 1 mesti mencapai kompetensi yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setelah menguasai kemahiran asas tersebut, murid-murid yang lemah ini dapat meneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa. Mereka akan bersaing dengan rakan mereka bagi mencapai tahap kompetensi yang terbaik. Di dalam kelas biasa ini mereka perlu dibantu oleh guru-guru mata pelajaran dan rakan sebaya mereka bagi mengekalkan tahap pencapaian penguasaan kemahiran asas. Keupayaan mereka menguasai kemahiran asas 3 M akan mengurangkan kritikan masyarakat. Di dalam sebuah kelas yang mengandungi ramai murid ,perbezaan-pebezaan ini memang kurang mendapat perhatian dan layanan oleh guru. Lebih-lebih lagi, dalam kekalutan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam pembelajaran dan pengajaran mengikut arus perdana .Guru terpaksa mengguna kaedah kelasdalam aktiviti pengajaran mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang rendah kemampuannya tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas. Program pemulihan disediakan untuk murid-murid dengan segera agar masalah masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Rasional pemulihan mengikut:i. Sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiapmurid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua.ii. Sudut Teori, Pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic Teaching, Precision Teaching, dan Clinical Teaching telah terbukti berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan program ini.iii. Sudut Pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. Rumusan Pendidikan pemulihan ialah suatu program aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian antara murid dapat dikecilkan atau dihapuskan agar mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah. Pemulihan merupakan satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di di sekolah rendah yang menumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

2.0 PengayaanPara pendidik perlu sedar bahawa pembelajaran dan pengajaran yang baik adalah mengikut kemampuan dan kebolehan individu iaitu murid-murid yang berbeza. Pada umumnya dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, terdapat tiga kumpulan murid iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lembam. Kemampuan setiap kumpulan ini berbeza mengikut tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan kepada mereka. Maka para pendidik perlu tahu kesesuaian aktiviti kepada setiap kumpulan ini terutama yang cerdas. Sewajarnya, murid kumpulan cerdas akan berasa bosan jika aktiviti yang kurang mencabar kebolehan mereka. Jesteru, wajarlah satu program pengayaan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar disediakan sesuai dengan keupayaan murid tersebut.

2.1 Konsep Pengayaan

Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Pengayaan adalah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Aktiviti pengayaan memberi peluang kepada murid mengembangkan minat , daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Program pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk semua murid sama ada cerdas, sederhana atau lemah. Mereka boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbaga-bagai berdasarkan aktiviti yang sesuai untuk mereka. Aktiviti- aktiviti ini dibentuk supaya menarik dan mencabar selaras dengan peringkat pembelajaran murid-murid.

Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti tambahan kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.Pengayaan membolehkan murid mendapat pengalaman dan pengetahuan yang pelbagai berdasarkan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti ini juga boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana program ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran mereka, sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai.Aktiviti pengayaan boleh berfungsi tanpa guru, aktiviti pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara kendiri dan aktif. Program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap individu daripada segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga merangsang pemikiran luas murid-murid.Dalam program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yanglebih menarik dan menyeronokkan malah dapat memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan daya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh sesuai dengan kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara dan perakuan 57(b) Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan(1983) yang menyatakan...Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula... bukan sahaja untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lemah bahkan juga membolehkan murid-murid cerdas terus maju kerana itu, seharusnya kita memahami dan melaksanakan program pengayaan KBSR.Dalam KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang boleh dijalankan sama ada dalam atau luar waktu persekolahan. Melalui aktiviti ini murid-murid akan berpeluang untuk mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan di samping melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

2.2 Objektif Pengayaan

Pengayaan mempunyai beberapa objektif antaranya: a) Murid dapat menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa agar dapat memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka.b) Murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka.c) Murid dapat menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat.d) Murid yang minat dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap berbagai-bagai bahan dan sumber untuk menambahkan lagi pengetahuan.e) Menimbulkan minat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.f) Melahirkan murid berdaya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta berkebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri.g) Memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid kumpulan cerdas dan sederhana melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.h) Memperkembangbakatmurid dalam bidang ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya.i) Mempunyai asas kepimpinan murid-murid agar dapat diperkembangkan kepada peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.

2.3Rasional Pengayaan

Pada peringkat permulaan pembelajaran dan pengajaran murid-murid biasanya melakukan aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh sebab setiap individu dalam satu kelas mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berbeza, maka kadar keupayaan untuk menguasai sesuatu kemahiran juga berbeza. Justeru itu , murid-murid yang mempunyai kebolehan yang berainan haruslah diajarkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental mereka. Kesilapan dalam memberikan perhatian dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan ciri-ciri murid dan tahap kemampuan mereka boleh menjadi punca masalah kerana ini berkemungkinan akan membantutkan minat belajar murid. Murid kumpulan cerdas dan sederhana akan berasa bosan kerana corak pembelajaran yang sama. Aktiviti yang dijalankan sama untuk keseluruhan kelas akan membantut minat untuk terus belajar. Maka, adalah wajar bagi para guru menyediakan program pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka juga harus diberi program pengukuhan dan pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Melalui program pengayaan, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati pengalaman baru , seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran.Adalah diharapkan setiap idividu bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan malah dapat juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat.

Rumusan

Pengayaan adalah program yang diharapkan oleh setiap orang murid tidak kira sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah. Sama ada murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman pengayaan bergantung pada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam menguasai sesuatu kemahiranyang ditetapkan. Dalam hubungan ini, tidak dapat dinafikan bahawa murid-murid cerdas akan mendapat lebih baanyak aktiviti pengayaan jika dibandingkan dengan murid-murid sederhana dan lemah. Pengayaan merupakan satu aktiviti yang banyak membantu untuk cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna.Jika aktiviti pengayaan ini di jalankan dengan cara yang berkesan,murid akan dapat banyak manfaatnya.Ini kerana mereka bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan pengetahuan sedia adamereka malah mereka juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baharu yang boleh meningkatkan rasa minat dan lebih bermotivasi untuk belajar mencari pengetahuan baru.

RANCANGAN PENGAJARAN KELAS PEMULIHAN KHASMata Pelajaran Bahasa Melayu

Tarikh4 April 2013

Hari Isnin

Kelas4 Cerdas

Bil. Murid 6 Orang

Umur10 Tahun

MasalahKeliru Perkataan Yang Terdapat Huruf ddan huruf b

KemahiranKemahiran 5-Perkataan Kv + Kvk

Objektif1)Menulis suku kata awalan atau akhiran yang tertinggal berdasarkan gambar.2)Membaca sekurang-kurangnya lima perkataan KVKVK dengan betul.

Isi Pelajaranbadak,darah,badan, darat, badam, balak,todak, lobak,buruh, gaduh,roboh,jubah ,hodoh, bedak

Pengetahuan Sedia AdaMurid telah mengenal dan dapat membunyikan suku kata KVK

Penerapan NilaiRajin dan Gigih

Bahan Bantu Mengajar

Alat Bantu Mengajar

Slaid power pointKad perkataanKad gambarKad suku kataPetikan Huruf daripada plat keretaLembaran kerjaLomputer Riba

Langkah /MasaIsi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Induksi Set

(5 minit) Teka-teki-Kenali Saya

(rujuk lampiran)

1 Guru mengedarkan sampul surat kepada setiap murid.Murid 2 murid dikehendaki membuka sampul dan menyatakan huruf tersebut secara idividu mengikut giliran.Teknik : bersoal jawab

BBM : kad huruf

Langkah 1

(10 minit )Menerangkan tentang huruf d dan b.

- menyebut huruf d dan b 1 Guru memanggil murid untuk memegang ,merasa dan mengikut bentuk huruf b dan d daripada plat kereta. Murid memegang dan merasa huruf tersebut. Guru memapar huruf (menggunakan slaid power point) dan memilih murid untuk menyebut huruf d dan b .3 Guru membimbing murid dengan membunyikan huruf ddan b.4 Nilai : yakin diri ,Huruf bdan d (plat kenderaan) yang dibeli.Kad huruf (power point)BBB : komputer riba LCD

Langkah 2

(15 minit )Memadankan suku kata awalan atau akhiran berdasarkan gambar.(rujuk lampiran)1Guru memaparkan slaid gambar dan perkataan. Guru meminta murid memadankan suku kata pada kad gambar secara individu. Murid mencatumkan kad suku kata pada kad gambar.

Teknik : soal jawabNilai : beraniBBB : kad suku kata. Kad gambar

Langkah 3

( 15 minit )Mengedarkan lembaran kerja(rujuk lampiran) Guru mengedarkan lembaran kerja. Murid menulis jawapan dalam lembaran kerja yang diberikan. Guru membimbing murid semasa aktiviti .Teknik : penilaian

Nilai : Usaha dan rajin.Pemulihan danPengayaan

Langkah 4

( 10 minit )Perbincangan jawapan lembaran kerja

Murid membaca jawapan mereka. Guru meneguhkan jawapan murid.Teknik : Penilaian

BBB : lembaran kerja

Penutup(5 minit)Bersoal jawab tentang pelajaran yang telah dipelajari oleh murid.Membuat rumusan tentang isi pelajaran

Guru memaparkan huruf b dan d seperti langkah pertama. Guru dan merumuskan isi pelajaran dan menerap nilai murni.BBB : LCD

Teknik :Imbas kembali

3.0 Menganalisis Masalah Pengajaran Pemulihan dan PengayaanSetiap manusia dilahirkan berbeza bukan semuanya dilahirkan sempurna. Begitu juga dengan anak didik kita.Di dalam kelas pemulihan yang seramai enam orang dari Kelas 4 Cerdas saya dapati bukan mudah untuk guru arus perdana seperti saya mengajar Kelas Pemulihan Khas murid yang perlahan.Cara pembelajaran sistem pembelajaran arus perdana yang lebih pantas serta aras yang lebih tinggi berbanding aras pemulihan.Setelah selesai melaksanakan aktivit pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Kelas Pemulihan (4 Cerdas) pada hari Isnin bertarikh 4 April 2013 selama60 minit .Saya berpuas hati kerana pengajaran saya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Set induksi teki-teki huruf menarik perhatian murid. Ini disebabkan sampul surat bersaiz A4 yang mengisi huruf menimbulkan rasa ingin tahu murid apa yang terkandung dalam sampul surat tersebut.Bahan bantu belajar yang sesuai iaitu dengan huruf ,warna latar menarik dan gambar yang jelas telah menjadikan permulaan pembelajaran dan pengajaran berlangsung dengan sempurna. Dalam langkah pertama saya menggunakan huruf plat kenderaan b dan d sebagai bahan bantu mengajar agar murid merasa perbezaan antara kedua-dua huruf tersebut. Seterusnya tayangan slaid yang memaparkan huruf b dan ddalam langkah pengajaran pertama. Semasa tayangan slaid ini ada diselitkan irama muzik yang sesuai dalam slaid power point. Irama muzik ini telah memberi motivasi kepada murid untuk belajar. Langkah kedua saya membina bahan bantu mengajar iaitu slaid gambar dan perkataan serta kad suku kata. Slaid gambar dan perkataan yang dibina ini merangsang minda murid untuk mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan gambar rangsangan.Manakala kad suku kata bahan yang dibina dapat dilihat,dipegang dan dirasai oleh murid.Selain itu, kad suku kata yang dibina memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian secara aktif seterusnya membantu untuk mencapai objektif saya . Langkah ketiga aktiviti menulis dengan menggunakan lembaran kerja. Tujuannya untuk mengesan sejauh manakah murid telah mengenal huruf b dan d yang menjadi punca masalah. Semasa aktiviti ini sedang dilaksanakan bagi murid kelas pemulihan yang dapat menyiapkan dengan cepat, guru perlu memberikan pengayaan iaitu latihan yang lebih sukar daripada yang sedang dipelajari.Seterusnya, langkah keempat iaitu perbincangan jawapan. Minta murid baca jawapan.Betulkan kesalahan bacaan yang dilakukan murid sekiranya ada. Rangsang murid untuk membaca bersama-sama.Jika murid dapat membaca kelima-lima baris ayat yang mengandugi huru d dan b dengan betul , bermakna objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan telah tercapai.Aktiviti bacaan jawapan akan memberi keseronokan,keyakinan diri, dan murid berasa dihargai apabila jawapan mereka betul dengan pujian yang diberikan oleh guru.Akhir sekali, aktiviti penutup saya memapar semula slaid huruf b dan d sebagai langkah mengukuhkan ingatan murid dengan menyoal huruf yang dipaparkan. Sebelum mengakhiri pengajaran saya membatu murid-murid saya merumus isi pelajaran dan menerapkan nilai murni rajin dan berusaha akan membuahkan kejayaan. Selepas sesi pembelajaran dan pembelajaran tamat saya berasa cukup berpuas hati kerana semua aktiviti berlangsung dengan lancar.Namun begitu murid pemulihan bukan seperti murid biasa mereka mempunyai masalah masalah yang perlukan perhatian dan tidakan guru. Antara masalah lain murid pemulihan antaranya ialah masalah pendengaran. Sekiranya seseorang guru itu peka, semasa guru mengajar ada segelintir murid suka bercakap dengan nada suara yang kuat. Bukan menjerit atau terpaksa bercakap kuat kerana kelas bising, sebaliknya murid itu terpaksa bercakap kuat kerana dia tidak dapat mendengar apa yang dituturnya.Malah murid tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh gurunya. Sekiranya guru perihatin, murid ini perlu dirujuk kepada pakar dengan segera.Murid murid pemulihan ini tidak boleh memberikan tumpuan dalam masa yang lama. Mereka hanya dapat memberi tumpuan disekitar 20 minit awal interaksi sahaja. Mereka akan mudah bosan dan akan membuat bising di dalam kelas. Apabila keadaan ini terjadi secara tidak langsung akan mengganggu perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, murid-murid pemulihan ini lebih suka sesuatu aktiviti yang seronok, seperti menyanyi, permainan, dan sebagainya. masalah berat mulut itu bukan perkara biasa. Rata-rata murid pemulihan yang tidak berminat, tidak ada keyakinan, jemu atau tak suka dipaksa selalunya akan bersikap sedemikian.Jadi, mengajar bahasa kepada murid-murid pemulihan bukan dengan teori semata-mata. Murid-murid ini selalunya suka bermain. Ubah cara belajar anak murid kita daripada teori (cakap dan sebut) kepada permainan.Pegang tangan murid jika masalah tulisannya terlalu buruk.Jika kesalahan yang sangat teruk perlulah diberi latih tubi ejaan. Pengajaran dan Pembelajaran atau kaedah dan pendekatan guru yang berbeza. Sesetengah kaedah sesuai bagi pelajar namun mungkin tidak sesuai bagi sebilangan kecil murid-murid . Maka guru perlu pelbagaikan kaedah dan teknik pembelajaran dan pengajaran.Masalah fizikal dan deria,keadaan fizikal yang buruk, kurang makanan, dan penyakit dikaitkan dengan masalah pembelajaran yang menyebabkan keadaan fizikal yang lemah akan menggangu penumpuan terhadap pembelajaran. Kawalan motor yang lemah serta penglihatan atau pendengaran yang kurang baik menambahkan lagi masalah pembelajaran. Kecacatan penglihatan berlaku dalam dua bentuk iaitu rabun dekat dan rabun jauh.Masalah pendengaran pula akan menjejaskan kebolehan pelajar untuk membaca.Pendengaran yang baik akan membantu pelajar untuk mendengar sebutan dan intonasi bacaan guru. Selain itu, masalah pertuturan ini akan menjejaskan perkembangan bahasa pelajar daripada segi lisan. Kebolehan bertutur dengan baik adalah disebabkan oleh alat artikulator yang sempurna.Kecacatan alat ini akan menyebabkan pelajar gagal menyebut sesuatu perkataan dengan tepat, sebutan bunyi tidak jelas, pic yang berubah serta tidak konsisten dan intonasi yang tidak jitu.Oleh itu, pelajar akan gagal membaca dengan sempurna.Kesihatan murid adalah sangat penting bagi menentukan keberkesanan pembelajaran.Seterusnya masalah seperti kekurangan makanan berzat akan menyebabkan pelajar keletihan dan tidak bermaya semasa di dalam kelas.Pelajar-pelajar yang letih tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Faktor mental sangat penting dan jika mental bermasalah maka keseluruhan pencapaian akademik seseorang pelajar akan terganggu.Masalah mental mungkin disebabkan oleh faktor- faktor seperti kelahiran awal bulan, kecederaan akal akibat kemalangan atau terjatuh dari tempat tinggi dan faktor penyakit yang menyebabkan bengkak pada sesuatu kawasan otak seperti demam yang menyebabkan seseorang individu mengalami suhu yang tinggi untuk tempoh yang lama. Masalah emosi selalunya berlaku di rumah yang berpunca dari keluarga yang tidak harmonis.Ibu bapa yang kerap bergaduh juga akan menggangu emosi pelajar.Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar mengalami kesukaran dalam pembelajaran adalah terlalu kompleks.Ini akan menjejaskan pembelajaran pelajar dan guru perlu berusaha untuk mengurangkan faktor-faktor penghalang itu demi kepentingan pelajar.Masalah kemahiran lisan dengan kosa kata yang terhad, menggunakan dialek,menggunakan bahasa ibunda dan lemah ingatan pendengaran.Masalah kemahiran membaca contohnya keliru pada huruf yang hampir sama : b-d, m- w.Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah : a-A, b-B. Masalah disleksia : (kail) (kali), (dada) (baba).Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup. Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata. Membaca secara berlagu.Lemah ingatan penglihatan. Tidak faham bahan yang dibaca. Sukar membuat hubung kait. Tidak dapat membuat urutan. Kemahiran menulis seperti kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal.Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk,salah ejaan,kosa kata yang terhad.Aliran pemikiran tidak lancar seperti lupa format penulisan. Lemah dalam penyampaian idea.danlemah dalam penggunaan tanda baca.Dalam pembelajaran dan pengajaran. Maka guru perlu bijak dalam memilih bahan pengajaran agar sesuai dengan masalah dan tahap murid-muridnya.Jika masalah yang serius guru perlukan merujuk doktor untuk memastikan tahap perkembangan konigtif murid yang bermasalah. Seiring pembangunan ICT yang semakin maju di negara kita, Abdul Rahim Razalli, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), memperlihatkan menerusi kajian mereka bahawa teknologi komputer mampu memudahkan pelajar-pelajar khas, terutamanya pelajar-pelajar bermasalah tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran, mempelajari kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Penggunaan multimedia dalam pendidikan banyak menarik minat pelajar dalam pembelajaran kerana ia menarik, senang digunakan, terdapat kepelbagaian seperti penambahan muzik, video, demonstrasi, malah pemahaman mereka menjadi lebih berkesan melalui penerangan melalui gambar-gambar dan tayangan secara langsungSebagai guru membuat bahan bantu mengajar yang menggunakan ICT untuk bahan yang baik dan cantik perlunya kemahiran yang tinggi dalam komputer. Saya guru yang bukan dilatih dalam era melineum ini, agak perlahan untuk memiliki kemahiran tersebut. Maka saya mengambil inisiatif untuk membina bahan-bahan pengajaran yang tidak seberapa berasaskan daripada maklumat yang ada daripada berbagai sumber. Matlamatnya supaya murid faham isi pelajaran yang disampaikan.Bahan bantu belajar haruslah menarik dan mudah difahami.Guru perlu bijak dalam memilih bahan pengajaran agar sesuai dengan masalah dan aras murid-muridnya.

4.0 Memilih dan Menganalisis Bahan Bantu Belajar Pemulihan Setiap individu mempunyai keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan belajar yang berbeza.Untuk mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran bukanlah satu perkara mudah kerana memerlukan kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahankeduabelah pihak iaituguru dan murid itu sendiri.Keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokongan dan bantuan bahan bantu mengajar yang menarik dan kreatif . Bahan bantu belajar ialah bahan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantu guru dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-bukuteks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa,hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran,alat-alat pandangandanalat pandang-dengar. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai information from which a (written) work is to be produced. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan. Alat bantu mengajar berbeza dengan bahan bantu mengajar. Menurut Abd Ghafar Md Din, alat bantu mengajar merupakan kelengkapan atau perkakasan untuk menyampaikan maklumat manakala bahan bantu mengajar bermaksud bermaksud perisian atau isi kandungan maklumat yang disampaikan.Contohnya : OHP ialah alat bantu mengajar (ABM) untuk menyampaikan isi .Maklumat yang ditulis di atas transparensi ialah bahan bantu mengajar (BBM) .

Kepentingan bahan bantu mengajar menurut Kamarudin Hj. Hussin seperti berikut: memberi rangsangan dan minat murid-muird. menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran danmengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripadamurid-murid. membekalkandasarperkembanganpembelajaran menjadikanpembelajaran lebih kekal menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. dapatmenguatkankefahamandanmempercepatkanperkembanganperbendaharaankata. mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkanlagi bacaan murid-murid.

4.1 Bahan Bantu Belajar Aktiviti LisanDalam memilih dan menganalisis bahan bantu belajar pemulihan dan pengayaan untuk aktiviti lisan. Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang- ulang. Sebagai guru kelas pemulihan yang akan mengelolakan kelas pemulihan bahan bantu belajar yang hendak dibina atau dibeli mestilah suara daripada DVD atau CD menyebut dengan jelas,tepat sebutannya,betul jeda,intonasi suara dan boleh diulang-ulang. Suara yang menarik pendengar. Murid-murid ialah pendengar.Suara yang merdu dan jelas tentulah menarik minat murid untuk mendengar.Dalam CD atau DVD yang dibeli atau slaid power point perlu dimasukkan muzik latar agar murid lebih terangsang untuk belajar. Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengar, konsep dan kefahamandanpengetahuan yangdiperolehi lehmanusia,75%adalahdiperolehimelalui deriapandang,13% daripada deriadengar,6%daripada deria sentuh,3% daripada deria rasa,3%daripada deria bau.

4.2 Bahan Bantu Belajar Aktiviti Bacaan

Seterusnya dalam aktiviti bacaan, tulisannya mestilah sain yang besar dan jenis tulisan Century Gothic yang hurufnya tidak mengelirukan dan mudah dibaca. Kad bacaan juga salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid.Apa yang penting dalam kad bacaan itu adalah pengisian yang tidak terlalu sarat dengan ayat, huruf, gambar atau corak serta warna yang melampau. Membina kad bacaan yang cantik memang satu daya tarikan belajar kepada kanak-kanak. Tetapi ramai yang kerap membuat kesilapan dengan meletakkan terlalu banyak ayat atau perkataan dalam kad bacaan, dihiasi dengan corak serta warna yang terlalu ekstrim menjadikan bahan bacaan itu tidak kepada matlamat asalnya. Warna latar belakang bagi kad bacaan mesti menarik warna huruf pula terang dan jelas. Bagi kad gambar dan perkataan gambar mesti jelas latar belakang gambar tidak berserabut dan mengganggu penglihatan murid-murid.Bahan yang dibina perlulah mengikutut kesesuaian dan pelbagai guna. Melihat situasi kad itu sahaja, kanak-kanak sekadar berminat untuk memegang dan membelek sahaja. Jadi, berhati-hatilah apabila membina kad bacaan. Sebaiknya bahan yang dihasilkan kekal dan mesra serta tidak membahayakan murid.

4.3 Bahan Bantu Belajar Aktiviti TulisanBahan bantu belajar pemulihan dan pengayaan untuk aktiviti tulisan mesti jelas arahannya.Aktiviti penulisan pemulihan dan pengayaan memerlukan arahan jelas, menarik dan aras yang boleh dikuasai murid.Sebagai bahan yang menarik minat untuk aktiviti menulis guru boleh memasukkan gambar yang perlu diwarnakan oleh murid setelah mereka menyiapkan aktiviti yang telah diberikan.Murid bukan sahaja boleh menggunakan lembaran kerja untuk aktiviti tulisan. Malah boleh menaip menggunakan komputer. Ini akan menjadikan murid pemulihan rasa seronok dengan peluang yang diberikan. Jika kita perhatikan murid yang bijak selalunya menguasai komputer semasa pembelajaran di dalam kelas arus perdana.

4.4 MutuBahanBantuBelajar Mutu bahanbantu mengajar bergantungkepadapembinaan danpemilihannyasebagai bahan pengajaran. Bahan bantu belajar harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan sesuai juga dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut kategori yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk hurufatau cartadan keteguhannya.Bahan itu juga harus mudah dibuat,diperbuat dari bahan-bahanyang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, dan sebagainya.4.5KosKosbahan jugasemakin meningkat dan mahalpada hal penggunaannya cuma digunakan beberapa kali sahaja.Guru perlu kreatif seperti menggunakan bahan terbuang sebagai bahan bantu belajar. RumusanPemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan objektif pembelajaran murid pada hari tersebut. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid lebih memahami pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan falsafah pendidikan.Seterusnya,bahan bantu mengajar yang di pilih haruslah yang boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Bahan-bahan yang digunakan mesti mempunyai unsur intelek (pengetahuan) dan juga mewujudkan nilai-nilai murni. Pembelajaran yang efektif adalah kunci kejayaan pendidikan bagi generasi baru akan datang mempunyai daya kreativiti yang kukuh. Guru sebagai tulang belakang modal insan negara, perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelaksaan sesuatu usaha pemantapan stratergi pengajaran dan pembelajarannya setiap hari.

BMM3106 9