Download - Assignment Sejarah
SJH 3116 [ ]
1.0PENGENALAN
Pendidikan sering kali dianggap sebagai teras utama dalam pembangunan
nasional dan pemupukan kesetiaan dalam kalangan rakyatnya. Peristiwa 13 Mei
menjadi anjakan kepada system pendidikan yang lebih tertumpu kepada melahirkan
warganegara yang lebih patriotic, toleransi dan cintakan negara bertunjangkan
Rukunegara. Mengikut KPM 1979, kurikulum yang dirangka bertujuan menanamkan
kesedaran individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka di samping
menolak sentimen perkauman, warisan dan pembezaan yang sempit antara mereka.
Fokus diberikan kepada melahirkan negara bangsa yang bersatu padu dan
pengukuhan kesetiaan dan patriotism dalam kalangan generasi muda, khususnya
pelajar sekolah.
Pendidikan sejarah telah dijadikan wahana utama dalam system pendidikan di
Malaysia untuk mencapai agenda di atas. Awang Had Salleh (1983) telah menyifatkan
apa yang dicapai oleh pendidikan dalam hubungannya dengan nasionalisme ialah
dengan menyemaikan rasa patriotism ke dalam jiwa pelajar iaitu rasa kesediaan dan
kerelaan berkorban nyawa untuk mempertahankan negara. Selain itu , dapat menanam
ke dalam jiwa pelajar tentang penghayatan terhadap cita-cita unggul negara seperti
yang terdapat pada Rukunegara. Ia juga membimbing pelajar supaya menghayati
pusaka tradisi negara ini, serta membina penghayatan terhadap lambang-lambang,
perlembagaan dan negara serta negeri di Malaysia.
Gejala-gejala sosial dan masalah-masalah yang timbul di kalangan masyarakat
kita yang kurang mempunyai jati dari dan sifat-sifat kemanusiaan dan kecintaan di
dalam diri. Kurang kesedaran sivik, hilang jati diri, tidak ada semangat cintakan negara
adalah antara factor yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak mengenal asal usul
bangsa dan tidak ada semangat patriotism dalam diri mereka. Oleh sebab itu perlunya,
satu kurikulum khas bagi mengatasi masalah ini.
SJH 3116 [ ]
2.0 DEFINISI SEJARAH
Sejarah kebiasaannya difahami dalam dua pengertian. Secara objektif, sejarah
adalah satu peristiwa yang telah terjadi pada masa lalu. Sifatnya unik karana hanya
sekali terjadi dan biasanya tidak berulang lagi. Secara subjektif pula, sejarah
merupakan sebuah cerita tentang peristiwa itu. Melalui peranan para sejarawan atau
penulis sejarah, orang lain akan dapat memahami tentang sebuah peristiwa di masa
lalu.
Selain itu, sejarah juga dikatakan berasal dari beberapa perkataan dari bahasa
yang berbeza.
berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud
pohon, salasilah/keturuan, riwayat dan asal-usul.
berasal dari Bahasa Inggeris iaitu History yang bermaksud masa lampau
umat manusia.
berasal dari Bahasa Yunani iaitu Historia yang beerti ilmu / orang pandai
berasal dari Bahasa German iaitu Geischicte yang beerti sesuatu yang telah
terjadi
berasal dari Bahasa Belanda iaitu Geschiedenis yang bermaksud terjadi
Selain itu juga, para ahli sejarah tekemuka dunia turut mendefinisikan sejarah
dengan pelbagai pengertian walaupun ertinya hamper sama. Di antara tokoh-tokoh
sejarah yang terkenal adalah seperti Ibnu Khaldun, Herodotus, Aristotle, Henri Pirenne,
Mohd Yamin, Kuntowijoyo, Sartono Kartodirdjo.
IBNU KHALDUN
HERODOTUS
sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia, tentang peradaban serta perubahan-perubahan yang berlaku dalam sifat manusia
Kajian untuk penceritaan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh masyarakat dan peradaban
SJH 3116 [ ]
ARISTOTLE
SARTONO KARTODIRDJO
HENRI PIRENNE (PERANCIS)
ROESLAN ABDULGANI
MOHD YAMIN
Satu system yang mengira kejadian semula jadi yang tersusun dalam bentuk kronologi
Peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan, bukti atau rekod yang kukuh
Sejarah dapat didefinisikan sebagai berbagai bentuk pengambaran kolektif di masa lampau. Setiap pengungkapannya dapat dipandang sebagai suatu aktualisasi atau pementasan pengalaman masa lampau. Menceritakan suatu kejadian ialah cara membuat hadir kembali (dalam kesandaran) peristiwa tersebut dengan pengungkapan verbal
Sejarah sebagai satu cerita tentang peristiwa-peristiwa dan tindakan-tindakan manusia yang hidup dalam masyarakat
Ilmu sejarah adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan yang meneliti dan menyelidiki secara sistematis keseluruhan perkembangan masyarakat serta kemanusiaan di masa lampau beserta kejadian-kejadian dengan maksud untuk kemudian menilai secara kritis seluruh hasil penelitiannya tersebut, untuk selanjutnya dijadikan perbendaharaan pedoman bagi penilaian dan penentuan keadaan sekarang serta arah proses masa depan.
Sejarah adalah suatu ilmu pengetahuan yang disusun atas hasil penyelidikan beberapa peristiwa yang dapat dibuktikan dengan kenyataan
SJH 3116 [ ]
W.H WALSH
• Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau
terutamanya menggunakan catatan bertulis.
• Catatan mengenai masyarakat lampau
• asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku
pada waktu yang lampau
• Kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku
Sejarah itu menitikberatkan pada pencatatan yang beerti dan penting saja bagi manusia. Catatan itu meliputi tindakan-tindakan dan pengalaman-pengalaman manusia di masa lampau pada hal-hal yang penting sehingga merupakan cerita yang beerti
WIKIPEDIA
KAMUS
SJH 3116 [ ]
3.0CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG EFEKTIF SEKOLAH RENDAH
Matlamat utama pendidikan di Malaysia adalah untuk menampung keperluan tenaga
kerja dan mencapai perpaduan negara melaui perkembangan individu yang bersepadu
dan mneyeluruh dari segi jasmani,emosi, intelek, dan rohani selaras dengan apa yang
terkandung dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan. Sebagai menyempurnakan
matlamat ini para guru diamanahkan untuk memikul tanggungjawab ini sebagai
pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu malahan dalam membentuk sahsiah
anak didiknya. Selain itu, melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat
mewujudkan bangsa yang bertamadun.
Apabila FPK dihayati guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul
tanggungjawab yang amat besar. Guru perlu mencurah ilmu sama ada pelajarnya tidak
menunjukkan minat atau sebaliknya. Selain itu, peranan guru juga haruslah peka
dalam isu-isu semasa dan menyesuaikan diri dengan bijak bagi menangani masalah
pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutama sekali dalam pembentukan disiplin
pelajar. Untuk menjadi seorang guru yang profesinal, seseorang guru itu harus
menekankan tiga aspek penting dalam diri iaitu kepakaran, pengetahuan dan
pembentukan sahsiah (Robiah,1996). Menjadi seorang guru kita bukan sahaja
mempunyai kemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu tetapi sikap, tingkah laku
dan disiplin diri haruslah dibentuk kea rah profesionalisme. Guru merupakan model
bagi seseorang murid itu, menurut Albert Badura (1977) dalam teori sosialnya proses
mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai model merupakan
tindakan belajar.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari zaman selepas merdeka bagi
meningkatkan mutu pendidikan Negara begitu juga bagi memartabatkan profesion
pendidikan guru dengan menjadikan guru sebagai salah satu kerjaya yang professional.
Menurut Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia
Barat (Laporan Aziz, 1997) telah mencadangkan diadakan Etika Profesion Perguruan
(EPP) bagi pembentukan tatasusila guru. Semua guru yang telah memiliki sijil
perguruan hendaklah mematuhinya.
SJH 3116 [ ]
Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru
merupakan arkitek pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa
hadapan. Maka, adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan
dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina
murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik
dan semangat cintakan negara. Antara ciri-ciri guru yang berkesan ialah :
3.1 Profesional
Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia,
guru-guru perlu bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap
yang cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten.
Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya,
sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa
menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Ini semua
dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik
dan matang.
Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk
meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan
budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan
mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi
sesama rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Kemahiran ikhtisas ini sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru
menyampaikan pengajaran bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah
sedaya upaya meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar murid dapat
impak yang maksima. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti
kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran
Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru. Kursus-kursus
SJH 3116 [ ]
ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh
pihak sekolah.
Penyelidikan tindakan pula bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah
dalam amalan-amalan pendidikan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau
masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru.
Menurut Kurt Lewin ( 1952 ), penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu,
merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Contohnya guru membuat
kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui strategi, kaedah dan teknik yang paling
sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan, penggunaan
bahan-bahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun guru tidak
seharusnya lupa bahawa topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah
pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah.
Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran
dan pembelajaran, seterusnya guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula
kaedah mengajar supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah tercapai. Refleksi sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran agar guru dapat memikirkan kaedah terbaik dalam pengajaran.
Bagi meningkatkan budaya ilmu pula, terdapat enam bidang yang perlu diberi
perhatian. Enam jenis bidang itu ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya
belajar, budaya berkarya, bermusyawarah dan refleksi. Guru yang mempunyai konsep
kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri
yang baik akan membantu menjadikan mereka guru yang berkesan.
Bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai
atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara
pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi
am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang
SJH 3116 [ ]
pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah,
matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan.
Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap
perkembangan pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk
menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru,
belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan
pendidikan yang diaplikasikan di luar negara.
3.2 Kreatif dan inovatif.
Kreatif dan inovatif juga merupakan antara ciri-ciri guru yang berkesan.
3.2.1 Kreatif
Menurut kamus Webster’s ( 1976 ), pemikiran kreatif merupakan the ability to
bring something new existence. Ini bermakna kreativiti ialah kebolehan untuk
mewujudkan sesuatu yang baru.
Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran dan
pembelajaran dengan sesuatu cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak,
melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru,
menerbitkan idea besar kepada idea-idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan
membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Contohnya guru menggunakan daya
imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Guru boleh memulakan
pengajaran mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum. Ini dapat
membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu,media berbentuk
visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar.
Penggunaan media-media seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang
sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.
SJH 3116 [ ]
3.2.2 Inovatif
Inovatif berasal dari perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan. Inovatif
adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baru samada
dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran
agar dapat menjana minda murid-murid untuk menerima ilmu dan kemahiran yang
diajar. Inovatif seorang guru adalah merangkumi kebolehan mengubahsuai teknik atau
kaedah sedia ada kepada cara yang lebih baik lagi.
Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
guru-guru di Malaysia ialah mewujudkan Anugerah Guru Inovatif. Ini bertujuan untuk
mengenalpasti guru atau kumpulan guru yang telah melahirkan idea dan usaha kreatif
dan inovatif dalam pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Selain itu, kewujudan
anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru atau
kumpulan guru yang dikenal pasti sebagai kreatif. Guru juga digalakkan berusaha
mencari idea-idea baru dalam melaksanakan kurikulum dan berkongsi dengan guru-
guru lain bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan untuk melahirkan guru yang
kreatif dan inovatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan daya
imaginasi murid dapat membantu mencerna minda murid. Pemilihan dan
pengaplikasian media pengajaran membantu murid meneroka ke tempat yang tidak
dapat atau mustahil untuk diterokai. Contohnya, guru membawa murid meneroka ke
kawasan gurun, dasar lautan ataupun angkasa lepas untuk memberi gambaran visual
kepada murid. Dengan cara ini, murid dapat melihat perkaitan atau menyerap ilmu
pengetahuan dengan lebih baik.
Rumusannya, guru hendaklah mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat memahirkan guru dalam merancang cara
mengajar yang paling sesuai untuk murid-muridnya. Selain itu, daya kreatif dan inovatif
guru juga boleh mempengaruhi minat dan kebolehan murid. Penggunaan ICT dalam
SJH 3116 [ ]
pengajaran dan pembelajaran juga merupakan daya kreatif dan inovatif guru yang
dapat merangsang murid dalam proses menerima ilmu pengetahuan.
3.3 Integriti
Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada
individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika
dan piagam pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada
amalan terbaik. Kod etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota
organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksana amanah dan
kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan
awam.
Intergriti merupakan ciri-ciri positif yang wujud pada individu dan sesebuah
organisasi. Menurut kamus Oxford, intergriti bermaksud quality of being honest and
having strong moral principles, the state of being whole and undivided. Kamus Dewan,
Edisi ke-3 mentakrifkan intergriti sebagai keadaan sempurna dan utuh. Manakala Collin
English Dictionary ( 1994 ), pula mentakrifkan intergriti sebagai adherence to moral
principles, honesty, wholeness, soundness.
Antara perkara yang terkandung dalam integriti ialah melaksanakan amanah
mengikut kepentingan awam, mengutamakan kepentingan awam dan telus serta tulus.
Isu-isu seperti penyelewengan dan salah guna kuasa tidak patut berlaku. Dalam
konteks pengajaran guru di dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan
kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri. Contohnya, guru memilih tajuk dan
kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding kaedah yang disukai guru. Guru
hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pada 6 September 2007, YB. Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri
Pelajaran Malaysia pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja yang
bertajuk mewujudkan Masyarakat Malaysia Berintergriti Melalui Sistem Pendidikan
SJH 3116 [ ]
Berkesan. Menurutnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka sebuah pelan
induk yang dinamakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010.
Pelan ini merupakan sebuah pelan yang komprehensif dan holistik serta dilaksanakan
untuk memastikan modal insan yang dibangunkan dapat memenuhi hasrat dan cabaran
yang dinyatakan.
Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya
terhadap murid. Di antaranya tanggungjawab tersebut ialah seperti sentiasa memikirkan
masa depan murid, ada tahap kesabaran yang tinggi, bersifat pengasih dan penyayang,
pupuk suasana seronok belajar, beri pengharapan baru, bentuk roh dan sahsiah terpuji
dan ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik.
3.4 Semangat Berpasukan
Menurut kamus Websters New World, kerja berpasukan bermaksud perkara
yang dilakukan bersama sekumpulan orang di mana setiap orang yang berada di
bawahnya adalah individu yang berkepentingan dan memberi sumbangan kepada
kecekapan kumpulan tersebut. Oleh itu, kerja berpasukan yang berkesan akan terhasil
apabila semua ahli yang terlibat memberi sumbangan dan terlibat aktif dan bekerja
menuju tujuan yang sama. Semangat berpasukan menghasilkan kerja berpasukan yang
berkualiti tinggi. Sebagai guru, mereka tidak boleh bekerja secara individu terutamanya
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit. Semangat berpasukan dapat
mencetuskan pernyataan perasaan, inovasi dan percambahan idea yang lebih baik dan
kreatif.
Kerja berpasukan memerlukan semangat berpasukan yang tinggi. Terdapat
beberapa perbezaan antara kumpulan dan pasukan. Di sesebuah sekolah, guru
mungkin adalah sebagai kumpulan tetapi yang lebih penting, guru seharusnya bekerja
sebagai satu pasukan. Ahli dalam kumpulan bekerja secara bebas dan tidak bekerja
untuk tujuan yang sama. Pasukan pula bekerja saling bergantungan, mempunyai tujuan
peribadi dan pasukan, memahami matlamat dan saling menyokong antara satu sama
lain. Ahli kumpulan menumpukan kepada diri mereka sendiri kerana mereka tidak
SJH 3116 [ ]
terlibat dalam perancangan antara ahli. Ahli pasukan pula merasakan pemilikan
terhadap peranan mereka dalam kumpulan ini kerana mereka komited terhadap
matlamat mereka. Selain itu, ahli kumpulan sangat berhati-hati tentang apa yang
mereka katakan dan takut mengajukan soalan. Ini terjadi keraana mereka tidak
sepenuhnya memahami apa yang terjadi dalam kelompok mereka. Sementara itu,
matlamat yang ditentukan dalam pasukan akan menggalakkan semua ahli pasukan
mengekspresikan pendapat, pandangan dan pertanyaaan yang pelbagai.
Menurut Larson dan LaFasto dalam buku mereka berjudul Teamwork: What
Must Go Right/What Can Go Wrong (Sage Publications 1989), terdapat beberapa ciri-
ciri pasukan yang berkesan. Pasukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas. Setiap
ahli hendaklah memahami tujuan tersebut dan tahu peranan masing-masing. Pada
masa yang sama, pasukan perlu mempunyai struktur berasaskan keputusan. Pasukan
ini harus membuat tindakan yang akan menghasilkan sesuatu keputusan yang diingini.
Setiap ahli mestilah memberikan komitmen dan bersatu. Suasana dalam pasukan
hendaklah saling bekerjasama dan berkolaborasi dalam mencapai matlamat yang
sama. Tidak semestinya semua guru melakukan perkara yang sama tetapi mereka
saling melengkapi antara satu sama lain. Pasukan yang berkesan sentiasa menerima
sokongan luaran dan dorongan agar mereka sentiasa positif dalam mencapai matlamat
mereka.
3.5 Berorientasikan pelanggan
Sebagai seorang guru juga, kita perlu mengamalkan sikap berorientasikan
pelanggan. Siapakah pelanggan kita di sekolah? Pelanggan sekolah terdiri daripada
murid-murid dan ibu bapa mereka. Di Malaysia, ibu bapa terdiri daripada ahli Persatuan
Ibu Bapa dan Guru. Sebagai sebuah agensi perkhidmatan, guru juga tidak terlepas
daripada memberikan perkhidmatan terbaik yang berorientasikan pelanggan. Terdapat
empat perkara yang akan dibincangkan dalam perkhidmatan berorientasikan pelanggan
iaitu responsif, proaktif, mesra dan berkualiti. Kesemua perkara ini terkandung dalam
Lampiran Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2008 : Panduan
Pengurusan Perhubungan Pelanggan.
SJH 3116 [ ]
Dalam Pekeliling tersebut, kerajaan telah menyatakan beberapa ciri kualiti
Perkhidmatan Pelanggan yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu fizikal,
penyampaian dan emosi. Komponen fizikal mengandungi persekitaran yang kondusif
dan kemudahan sokongan. Dalam komponen penyampaian pula mengandungi
kebolehpercayaan, responsif, menepati masa, ketepatan, mudah diperoleh, mudah
difahami, kompeten, kredibiliti dan keselamatan. Terakhir, komponen emosi
mengandungi mesra dan adil, mendengar dan memahami dan menghormati.
Responsif bermaksud menyampaikan perkhidmatan yang responsif yang
memenuhi ciri-ciri seperti cepat memberi respons kepada semua urusan pelanggan dan
memaklumkan sehingga urusan selesai. Di sekolah, kita mempunyai beberapa
tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan segera seperti urusan biasiswa,
mencatat buku prestasi murid dan memaklumkan perkembangan murid kepada ibu
bapa. Guru hendaklah sentiasa responsif terhadap urusan-urusan sebegini.
Guru juga perlu sentiasa menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada
pelanggan dari segi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menepati piagam yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada masa kini, KPM
telah menggariskan NKRA sebagai piawai yang patut dipatuhi oleh pihak sekolah.
Biasanya, dalam setiap kelas terkandung Piagam Pelanggan yang menggariskan
amalan yang patut dilaksanakan oleh guru termasuk menepati masa.
Selain itu, penyediaan bahan seperti borang, arahan, panduan perkhidmatan dan
maklumat-maklumat yang diperlukan juga hendaklah disediakan dengan jelas.
Contohnya, bagi urusan pendaftaran dan pengesahan kanak-kanak masuk sekolah,
Borang Maklumat Murid dan sebagainya hendaklah diserahkan beserta arahan yang
jelas kepada ibu bapa. Guru-guru juga dminta lebih kompeten iaitu berpengetahuan
dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu
bapa dan berurusan dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Selain itu,
SJH 3116 [ ]
guru yang mempunyai sahsiah yang baik sentiasa mendengar dan memahami perkara
yang dibangkitkan oleh pelanggan dan mengambil tidakan yang sewajarnya.
Menghormati ibu bapa juga penting selain guru memberi layanan dengan penuh rasa
hormat.
Ciri-ciri utama yang perlu ada bagi seorang guru yang efektif adalah luas ruang
lingkupnya untuk diperbincangkan. Selain ciri-ciri yang telah dibincangkan di atas,
secara ringkasnya seorang guru yang benar-benar berkualiti dan berkesan adalah
seorang yang berilmu pengetahuan dan melaksanakan peranan-peranannya mengikut
etika Perguruan yang telah ditetapkan. Fokus utama seorang guru adalah di dalam
bidang pedogogi di samping menjadi agen perubahan dan role model kepada muridnya.
3.6 Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Ciri guru yang berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif pengajaran
dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid.
Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh murid-murid sebelum pembejalaran
bermula. Penetapan sedemikian membolehkan mereka menyedia dan
mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran dan
perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Kelainan perolehan dan
pencapaian di dalam suatu pembelajaran adalah perkara biasa.
3.7 Menyediakan Rancangan Mengajar
Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran
dan pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru
pakar. Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang berbeza
mengikut pencapaian murid, kelas, bahan dan kearifan individu guru. Objektif dan isi
pelajaran disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid seperti bermula dari
aspek yang mudah kepada yang lebih sukar, aspek yang berada dalam
pengetahuan atau pengalaman murid kepada perkara yang belum berada dalam
pengetahuan dan pengalaman mereka. Setiap perkembangan pelajaran diikuti pula
oleh aktiviti murid secara terancang dan sebahagiannya secara spontan.
SJH 3116 [ ]
Pendekatan berasaskan spiritual curriculum membolehkan murid mengembangkan
ilmu sedia ada dan memantapkan pengalaman tersedia. Mereka akan mengikuti
pengajaran peringkat demi peringkat, langkah demi langkah, fakta demi fakta yang
secara keseluruhannya secara sistematik dan efektif. Penerangan disampaikan
secara sususnan tanpa terlampau memasukkan terlampau banyak isi pelajaran
dalam sesuatu masa.
3.8 Pengetahuan, Kemahiran dan Kecekapan Bidang
Seseorang guru yang efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam
dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang komprenhensif terhadap bidangnya. Ia
seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek
diajar agar sentiasa kemasini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Ada kalanya
murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulun dalam buku teks.
Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti
kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan murid untuk
mengikuti lanjutan epistemology disiplin tersebut. Lebih menarik dan efektif
sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam
kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelari adalah berguna
untuk dirinya pada masa ini akan datang.
3.9 Kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran
Penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan menjadikan
mereka lebih berminat dan mengikuti proses pembelajaran sehingga tamat.
Kepelbagaian dalam gaya penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami serta
tahu aplikasi akan menjadikan pembelajaran murid bertambah komited dan efektif.
Guru seharusnya tahu ahap kebolehn murid , pencapaian pengetahuan dan
kefahaman aplikasi sesuatu teori atau formula. Imam Al-Ghazali mengingatkan agar
guru menggunakan bahasa yang mudah, penerangan yang jelas dan perbincangan
isi pelajaran yang di dalam pengetahuan dan kemahiran murid yang diajar. Guru
perlu mengelakkan darpada menggunakan bahasa dan penerangan yang berliku2,
SJH 3116 [ ]
berbelit-belit, perkataan sukar dan boombastk. Kepelbagaian gaya bahasa dan
penerangan yang jelas akan memudahkan murid menerima dan memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat meningkatkan prestasi
pembelajaran. Penerangan haruslah menggunakan konsep abstrak kepada konkrit,
mudah kepada sukar, dan seterusnya. Guru juga boleh mempermudahkan
penyampaian melalui lakaran dalambentuk tulisan, gambar rajah atau carta.
3.10 Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid
Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid
dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai
hala guru-murid, murid-murid dan murid-guru menjadi teras keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya
diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain,
saling berinteraksi dan menggunakan panggilan baik-baik serta digemari yang
membuktikan saling communicate with interest and enthusiasm.
Semasa menyampaikan isi pelajaran, guru perlu menerapkan unsure-unsur
kecindan bagi mewujudkan keceriaan dan menarik perhatian murid untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.
3.11 Motivasi, Minat dan Mengcungkil Sikap Ingin Tahu
Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan
menunjuk cara perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan
minat yang tinggi dan berazam untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu
mencari factor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam pengajaran. Apabila
guru dapat mencetus minat murid-murid, mereka bukan saja akan terlibat secara
aktif, bahkan sentiasa menunggu-nunggu kedatangan guru berkenaan.
3.12 Ujian dan Penilaian
Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan
tujuan tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah
untuk mendapat maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik
SJH 3116 [ ]
perhatian, membayangkan jawapan dan mengukuhkan pemahaman. Soalan-soalan
berbentuk provokatif atau thought-provoking boleh mendatangkan rangsangan dan
motivasi untuk pelajar berfikir secara konstruktif dan inovatif. Soalan dibina dalam
bentuk ayat mudah, berstruktur atau terbuka. Persoalan boleh diajukan berdasarkan
pendekatan konsep Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.
3.8 Tindakan Susulan Melalui Pengayaan dan Pemulihan
Tindakan susulan merupakan langkah terpenting dalam menilai keberkesanan
sebenar pembelajaran murid. Ini dilakukan pada penghujung pengajaran atau
selepas membuat penilaian atau ujian formatif atau sumatif. Soalan yang
dikemukakan perlu dibincangkan semula jawapan sebenar dan rasional setiap
jawapan. Langkah ini diikuti pula oleh pemantauan prestasi, di antaranya dengan
cara murid-murid yang mendapat pencapaian tinggi dikelompokkan dalam satu
kumpulan untuk pemulihan dengan guru member perhatian dan tumpuan lebih
banyak.
3.9 Pengurusan Bilik Darjah
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan
pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang bersuasana
belajar, persekitaran harmoni keilmuan dan keceriaan wajah ilmuan. Justeru itu, ia
akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan
dan pencapaian pembelajaran yang maksimum.
Bilik Darjah merupakan medan peranan, tanggung jawab dan amanah seorang
guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan
sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif
kepada pelajar. Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan dengan tahap pencapaian
murid sama ada dalam perolehan pengaetahuan, kemahiran, pengalaman dan
apresiasi. Semua ini menjadi key performance index terhadap ketrampilan guru dan
guru efektif.
SJH 3116 [ ]
4.0PERANAN GURU, PANITIA DAN PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMUPUK
KESEDARAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA.
Pengamalan EPP dalam kalangan guru adalah penting bagi menjamin profesion
perguruan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Kejayaan dan pencapaian
matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru itu sendiri. Selain daripada
ciri-ciri di atas, guru juga mempunyai banyak peranan dalam pembentukkan modal
insan
Guru sebagai pembentuk modal Insan
Secara umumnya semua orang sudah mengetahui tempat awal untuk menghasilkan
modal insan yang diharapkan oleh sekolah mahupun negara adalah bermula dari
sekolah. Disebabkan itulah tugas seorang guru bukan sahaja mendidik malahan tugas
mereka lebih dari itu iaitu membentuk modal insan dalam kalangan pelajar-pelajarnya.
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh para guru ini bagi mencapai matlamat FPK agar
menjadi modal insan yang diharapkan. Peranan seorang guru di sesebuah sekolah itu
amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat negara dalam
konteks dunia sekarang salah satu aspirasi tersebut ialah melahirkan modal insan yang
berkualiti tinggi.
Oleh itu kepentingan peranan guru di Malaysia ialah memastikan anak didik mereka
cemerlang dalam bidang akademik. Hal ini dapat dilihat menerusi langkah-langkah
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Oleh itu, segala pengajaran dan
pembelajaran guru hendaklah mencapai objektif yang dirancang, kemudian
penyusunan dan langkah ketika menyampaikan isi kandungan, pemilihan bahan bantu
mengajar, media pengajaran dan pemilihan tajuk hendaklah semuanya jelas dan
teratur. Selain itu, guru-guru juga haruslah memastikan selepas habis proses
pengajaran dan pembelajaran mereka haruslah peka dengan menerapkan nilai-nilai
murni. Secara tidak langsung murid-murid akan memantapkan kekuatan dan membela
kemuliaan maruah diri dan membentuk akhlak mereka dengan baik. Guru merupakan
super model untuk seorang murid-murid oleh itu seorang guru itu hendaklah sentiasa
SJH 3116 [ ]
memberi kata nasihat dan bimbingan serta motivasi kepada murid-murid. Dapat dilihat
disini kecemerlangan akademik memainkan peranan penting dalam pembentukan jati
diri yang dianggap penting dalam melahirkan modal insan. Melalui proses pengajaran
dan pembelajaran yang mereka ikuti mereka akan menjadi insan yang berdisiplin,
bermoral, berpegang kepada nilai-nilai murni yang diterapkan oleh guru. Menjadi
akauntabiliti guru untuk memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran guru
difahami oleh anak didik mereka. Guru juga haruslah memastikan tahap kecerdasan
murid-murid dan juga perbezaan individu dalam kalangan murid-murid mereka supaya
mereka dapat mengetahui bentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang akan
mereka laksanakan di dalam kelas. Supaya tidak berlaku ketidakadilan guru dalam
memberikan ilmu kepada anak murid mereka.
Guru juga mestilah membantu murid-murid cemerlang dalam kokurikulum bagi
menyediakan pendidikan yang holistic dari segi perkembangan kemahiran sosial murid
dan mempereratkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid-murid. Oleh itu,
peranan guru adalah menjadi satu tanggungjawab untuk menggalakan murid-murid
melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan disekolah.
Apabila murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum mereka akan dapat
banyak perkara yang akan dipelajari misalnya berkaitan dengan kepimpinan,
bekerjasama, berdaya saing, berfikiran kreatif, berfikiran kritis, berdaya tahan,
berdisiplin, menngkatkan jati diri, meningkatkan integriti dalam diri, bertanggungjawab,
amanah, ikhlas, menepati masa, bersatu padu dan sebagainya bagi melengkapkan diri
dalam meningkatkan modal insan yang diharapkan oleh negara.
Oleh itu dalam memainkan peranan penting seorang guru dalam melaksanakanya
ialah dengan menjadi penasihat kepada beberapa kelab dan persatuan di sekolah.
Guru tersebut hendaklah mengambil kesempatan ini untuk memastikan bahawa murid-
murid ini memperlajari sesuatu perkara yang baik dan bermanfaat apabila mereka
menceburi diri secara aktif dalam bidang kokurikulum dan menjadi modal insan yang
diharapkan. Peranan guru seterusnya ialah berusaha memperkembangkan lagi
keupayaan mereka dalam meningkatkan daya kreatif dan inovasi murid-murid supaya
SJH 3116 [ ]
menjadi lebih positif dan progresif. Misalnya guru kemahiran hidup di sekolah melalui
mata pelajaran reka cipta guru menubuhkan persatuan reka cipta dan mewujudkan
pertandingan reka cipta yang inovasi berasaskan bahan kitar semula. Guru sebagai
penasihat dan murid-murid menerahui persatuan dengan mengutamakan kerjasama
dalam kalangan ahli kumpulan. Secara tidak langsung mereka belajar tentang ciri-ciri
kepimpinan, nilai-nilai murni dan sebagainya. Semua ini akan membentuk mereka
menjadi modal insan yang diharapkan.
Selain kecemerlangan kokurikulum dan kurikulum menjadi tanggungjawab guru
dalam memartabatkan profesionalisme guru dengan menerapkan nilai-nilai keagamaan
dalam kalangan murid atau modal insan secara langsung. Nilai-nilai agama ini
mempunyai kepentingan dalam membentuk modal insan yang diharapkan. Hal ini
kerana jati diri dan maruah sesuatu bangsa tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud
kesepaduan dalam kalangan murid-murid. Penerapan keagamaan ini boleh diterapkan
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran terutama dalam
pembentukan akidah murid-murid. Dengan akidah yang kental, murid-murid akan
menjadi modal insan yang kuat dari segi rohani dan jasmani. Langkah-langkah
menyemai nilai-nilai keagamaan ini adalah menerusi mata pelajaran wajib seperti
pendidikan islam dan pendidikan moral.
Menjadi tanggungjawab guru untuk melengkapkan murid-murid dengan kemahiran
informasi dan teknologi maklumat di sekolah agar melahirkan masyarakat yang celik IT
serta mampu bersaing dengan dunia globalisasi dan dapat mengharungi wawasan
2020 sejajar dengan matlamat falsafah Pendidikan Kebangsaan. oleh itu, langkah
yang seharusnya dilakukan oleh guru ialah bergiat aktif dalam menyampaikan ilmu
kepada murid-murid dengan meningkatkan kefahaman dalam penyampaian
berpaksikan kemahiran dalam teknologi maklumat demi membentuk modal insan yang
diharapkan. Sebenarnya apabila suatu hari nanti berlaku kajian soal selidik mengenai
celik IT dalam kalangan guru-guru akan didapati adanya guru yang tidak tahu langsung
mengenai komputer. Mereka bukan sahaja tidak mahu belajar untuk membaiki diri
malahan mereka menganggap itu sesuatu yang tidak penting berdasarkan pengalaman
SJH 3116 [ ]
menjadi guru ganti ada sesetengah guru apabila diminta untuk mengemaskini data
murid dalam komputer mereka akan meminta guru-guru yang lebih muda dari mereka
untuk melakukannya. Oleh itu, sebagai seorang guru menjadi tanggungjawab guru
untuk meningkatkan martabat guru seiring dengan pembangunan negara.
a. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum
Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan
tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan
kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan
dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat
tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada
pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan
percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar
hidup bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari
segi ilmu dan akhlaknya.
b. Menyediakan Pendidikan Berkualiti
Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika
masyarakatnya mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga di
bidang pendidikan. Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan
pendidikan berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan
semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka dapat
memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang dari
segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar
telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam
bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi
SJH 3116 [ ]
dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah yang positif maka mereka
dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan
negara Malaysia.
c. Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam
mengembangkan lagi bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan
kepada pelajar dalam menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang. Disiplin
dalam organisasi, adab dalam bersukan dan berseni menjadi aset yang penting kepada
pelajar dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya, pembabitan
pelajar dalam organisasi merupakan suatu jambatan kepada membina keperibadian,
ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar
tersebut pada masa akan datang.
d. memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar.
Membina Negara Bangsa bermatlamat melahirkan murid yang memeiliki jati diri
yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup
sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur,
berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu. Keupayaan membina
Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia
menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan
pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia,
tetapi juga sistem nilai, buadaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
e. mendidik pelajar menghargai perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan.
Melalui pembelajaran sejarah murid akan didedahkan kepada tokoh-tokoh
pejuang kemerdekaan pada suatu masa dahulu. Di sebalik kenikmatan yang dirasai
sebagi rakyat yang bernaung di bawah negara yang bebas,sudah pasti terdapat tokoh2
SJH 3116 [ ]
yang berjuang di sebaliknya bagi mendapatkan kemerdekaan.Mereka inilah yang
digelar negarawan.Jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak mungkin bagi
kita untuk melupakannya. Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang
berlainan,mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu daripada
belenggu penjajah.Oleh itu,amat rugilah jika kita tidak meneruskan kesinambungan
yang terjalin ini sebagai tanda kenangan kita kepada pejuang tanah air.
f. memupuk perpaduan
Membina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah
lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari
latarbelakang sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh
sentimen warisan berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah
yang kompleks. Ibarat sebuah resepi masakan, negara bangsa bukanlah sekadar
pelengkap rasa tetapi merupakan bahan utama bagi menghasilkan satu masakan yang
bukan sekadar enak dan lazat malah menyihatkan.
g. memupuk nilai-nilai murni dalam pelajar
Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan daripada perjuangan nasionalis demi
memajukan Negara kita Malaysia adalah sikap kerjasama.Kerjasama ini penting dalam
membangunkan sesebuah Negara terutamanya Negara yang mempunyai rakyat yang
berbilang kaum. Di samping itu, semangat jati diri perlu ada dalam diri setiap individu
walau dimana sahaja kita berada.Seterusnya, sifat kasih sayang di antara satu sama
lain perlulah diterapkan dalam diri setiap insan. Nilai lain pula ialah bersyukur.Rakyat
Malaysia perlulah bersyukur dengan keamanan yang dikecapi oleh Malaysia dan
berharap agar berkekalan. Keadilan terutamanya dalam sistem pentadbiran tanpa
mengira kaum,bangsa mahupun agama. Nilai seterusnya ialah,sebagai rakyat
Malaysia,kita disarankan untuk memanfaatkan keamanan Negara agar kekal aman dan
harmoni tanpa berlaku pertelingkahan. Nilai berdikari pelu ada dalam diri individu untuk
memsatikan kita yakin dengan segala yang kita lakukan.
SJH 3116 [ ]
h. meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai peristiwa kemerdekaan.
Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita
yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah
warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada
hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan
budaya.di sinilah guru memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan
pengetahuan pelajar tentang peristiwa kemerdekaan.
Profesion perguruan di zaman serba moden ini haruslah mampu untuk bersaing,
menguasai dan mengabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan demi melahirkan
satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna untuk masa hadapan dan demi
menghadapi dunia globalisasi serta menuju wawasan 2020. Guru-guru juga haris sedar
bahawa perkhidmatan perguruan mempengaruhi negara dan rakyatnya, guru-guru
mesti berusaha untuk mengekalkan dan memperbaiki piawaian profesional dan
mencapai matlamat yang menarik orang lain ke kerjaya pendidikan. Guru-guru
hendaklah menerapkan akauntabiliti yang tinggi dalam diri masing-masing dan
mengetahui akan Kod Etika Profesion Perguruan dengan berpegang kepada prinsip-
prinsip kemuliaan kehormatan, integriti, mengambil berat perasaan orang lain dan
keadilan demi melahirkan seorang murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif serta
seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti mana yang terdapat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
SJH 3116 [ ]
5.0KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita
murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi
cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sejarah KSSR memberi penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor
serta menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan, kajian masa depan dan
pembelajaran sepanjang hayat. Kurikulum ini juga memberi penekanan kepada
penerapan nilai murni, semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik.
Semua elemen ini diharap dapat diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian.
Kurikulum Sejarah ini menyatupadukan pengetahuan, kemahiran, elemen
kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah
sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan.
Elemen tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan
sosial dan integrasi nasional.
Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik
murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat
kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat
Malaysia. Ia disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal
negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Ia merupakan kesinambungan ke
peringkat sekolah menengah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik.
SJH 3116 [ ]
5.1 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SEJARAH TAHUN 45.1.1 Matlamat pendidikan sejarah sekolah rendah.
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah
laku manusia,sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara
bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di
Malaysia.
5.1.2 Objektif pendidikan sejarah sekolah rendah.
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid:
i. memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu.
ii. mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah.
iii. memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah.
iv. menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar
daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana
keharmonian.
V. menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi
kajian sejarah.
vi. menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global.
vii. memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan
masyarakat.
viii. menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di
Malaysia.
ix. memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai
pengukuhan kepada persefahaman kaum.
x. memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara
bagi pembinaan jati diri.
SJH 3116 [ ]
6.0TOKOH-TOKOH PERJUANGAN KEMERDEKAAN NEGARA
Beliau merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri.
melalui kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum,
kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang
6.1 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
6.2 Tun Abdul Razak
Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah
diusahakan oleh para pemimpin yang berwibawa. Sikap
bekerjasama dan sentiasa mengutamakan perundingan dan kata
sepakat telah menjadi pendekatan terbaik mereka dimana
kemerdekaan negara yang dicapai tidak melibatkan pertumpahkan
darah. Antara tokoh-tokoh penting kemerdekaan negara
termasuklah:
Beliau merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan
dan Perdana Menteri. melalui kebijaksanaannya mengendalikan
pakatan murni antara kaum, kemerdekaan telah dapat dicapai
dengan penuh harmoni dan gemilang
SJH 3116 [ ]
6.3 Tun H. S. Lee
6.4Tun V. T. Sambathan
Beliau merupakan tokoh MCA yang telah memulakan
kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan
Parti Perikatan . Parti ini telah bekerjasama dengan UMNO dan
MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Bagaimanapun peranan Tan Cheng Lock sebagai Presiden MCA
tidak kurang pentingnya sebagai penyokong Tunku Abdul
Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan Negara.
Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan
Perdana Menteri. Beliau telah memainkan peranan sebagai
perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada
tahun1956 . Beliau juga menjadi perunding dalam tuntutan
kemerdekaan di London pada tahun 1956. Beliau itu juga menjadi
perunding dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Selain itu , beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata
Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan
negara. Laporan itu dikenal sebagai Penyata Razak pada tahun
1957. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang kedua pada tahun 1970.
SJH 3116 [ ]
7.0 PERANAN SEJARAH DALAM PEMBINAAN PROTISM DALAM DIRI
SESEORANG WARGANEGARA
Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama
Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara.
Beliau telah menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum
sebagai tonggak kemerdekaan negara yang kukuh dan menyeru
kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah
bagi kepada negara ini.
SJH 3116 [ ]
Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan
iktibar kepada kita untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita
mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan
kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja
merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan
negara mahupun bangsa.Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan
negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang
boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan,
pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan
Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.
Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang
mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan
rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia
kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara
negara membangun yang paling maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan
rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan dan mengulangi
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Pembinaan Negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan
bolehdianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara, pentadbiran
sertapenduduknya. Merujuk kepada Malaysia, proses awal pembinaan negara
bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik. Pembinaan negara bangsa Malaysia
berdasarkan acuan sendiri harus dilaksanakan melalui pelbagai saluran. Salah satu dari
saluran terpenting ialah pendidikan memandangkan bidang ini berperanan sebagai
wahana utama membentuk perpaduanmasyarakat dan seterusnya mencorakkan
pembentukan negara bangsa. Sehubungan itu, pendidikan sejarah (khususnya
matapelajaran sejarah) seharusnya memainkan peranan penting sebagai mekanisme
bagi mencapai matlamat tersebut.
SJH 3116 [ ]
Memang tidak dapat dinafikan, sejarah ibarat guru kepada seluruh manusia
untuk memahami, mempelajari dan mengambil iktibar dari kejadian masa lampau.
Tanpa sejarah, manusia akan hilang pedoman ibarat kapal tanpa nakhoda di tengah-
tengah lautan maha luas. Sejarah juga membolehkan kita bersifat yakin pada diri
sendiri serta berbangga terhadap bangsa dan negara. R.G Collingwood misalnya
mengangkat kepentingan sejarah sebagai hakikat kepada kesinambungan sesebuah
masyarakat dan ia diperlukan sebagai panduan bagi memastikan perjalanan masa
depan menjadi lebih terarah.
Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau
semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah
tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa
semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang
sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan
menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui
dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan
teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya
mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di
peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami
kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah
negara sendiri.
Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta
kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957
tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk
seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan
negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat
mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka
Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan
imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk
memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini
SJH 3116 [ ]
mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki
pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi
bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga untuk
membangun dan mengukuhkan negara.
Matlamat pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan
perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan
sejarah tanah air pelajar-pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan
negara dalam mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat
dan negara sebagai satu unit. Pendidikan sejarah juga berperanan sebagai alat penting
bagi memupuk perpaduan bangsa dan membina masyarakat yang bersatu
padu.Gagasan negarabangsa Malaysia merupakan usaha menjadikan diri sebagai
rakyat Malaysia yang berkongsi negara dan impian yang serupa.
Sejarah juga boleh dijadikan asas rujukan penting bagi membina aspirasi baru
untuk membangunkan maruah, martabat dan kewibawaan sesuatu bangsa. Pendidikan
sejarah juga dapat memainkan peranan dalam pembinaan negara bangsa apabila
dapat mencetuskan inspirasi melalui tema-tema yang terdapat dalam sukatan
kandungan matapelajaran tersebut. Melalui pendidikan sejarah juga, nilai kesetiaan
dapat dipupuk dan ditanamkan sebagai satu nilai hidup yang penting bagi membina dan
meningkatkan komitmen generasi muda kepada negara dan bangsa. Nilai kesetiaan ini
akan dapat mengukuhkan ketahanan negara dan mendorong semangat ingin berkorban
dan berbakti kepada bangsa dan negara. Pendidikan sejarah juga berfungsi
menerapkan nilai kewarganegaraan dan membentuk generasi muda menjadi
warganegara yang berguna kepada bangsa dan negara.Nilai kewarganegaraan ini
meliputi kebanggaan sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat
kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif. Ringkasnya, pendidikan sejarah
merupakan proses mendidik melalui kaedah dan proses pembinaan sejarah sebagai
satu disiplin ilmu melalui alat, prosedur dan kaedah tertentu.
SJH 3116 [ ]
Seterusnya ilmu ini akan meneliti, memahami, menghurai, menginterprestasi dan
seterusnya membina keseluruhan mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena
yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Membina sebuah negara-bangsa yang
sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia.
Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latarbelakang sejarah, bahasa dan budaya
yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang
kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi
masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi merupakan bahan
utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan lazat malah
menyihatkan.
Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan
mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Melalui
pengalaman sejarah yang disalurkan secara sistematik khususnya melalui sektor
pendidikan impian untuk membentuk negara bangsa yang selama ini berteraskan
kepada bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan. Sejarah dan pendidikan
berupaya menjadi alat bagi mencapai matlamat tersebut seterusnya membentuk
bangsa Malaysia yang mempunyai jatidiri dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi
kepada negara. Justeru, jika ia berjaya dikecapi maka benarlah pandangan sejarawan
terkenal Arthur Marwick yang ungkapkan “... masyarakat manusia memang
memerlukan sejarah, masyarakat kita yang canggih hari ini memerlukan banyak
sejarah.
Kita semua sentiasa memandang kepada sejarah, sentiasa memerlukan banyak
sejarah. Kita semua sentiasa memandang kepada sejarah, sentiasa membuat
pengadilan-pengadilan sejarah...”Pelajar-pelajar seharusnya didedahkan dengan asas
sejarah sejak diperingkat akar umbi walaupun pada tahap yang paling minima. Ibarat
kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jelas kepada kita betapa
pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah
terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu
dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak
SJH 3116 [ ]
menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak
bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir
rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa
mempedulikan halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak
sosial negara ketepi demi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita
kecapi hari ini. Presiden Amerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan
sulung sebagai presiden mengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang
kita bina dan bukan dengan apa yang kita runtuhkan.
Ringkasnya, sejarah merupakan matapelajaran yang bertujuan untuk memupuk
Dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara dan warga
dunia. Melalui penetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar
yang berkaiatan murid dapat memahami keadaan masyaraat dan negara serta
hubungannya dengan sejarah luar.
8.0PENUTUP
SJH 3116 [ ]
Kurikulum sekolah dianggap sebagai arah pandu dan propaganda kerajaan
sebagai kekuatan social dan ekonomi. Usaha penggubal kurikulum sekolah bagi
member penekanan usaha pemupukan patriotism jelas kelihatan dalam kajian ini.
Patriotisme patut diperluaskan pemahamannya mencakupi saying dunia khususnya
dalam era globalisasi ini. Cabaran global menuntut agar negara membangunkan
sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir ICT, mampu
bersaing pada peringkat tempatan dan global bahkan memiliki jati diri yang utuh dan
daya saing yang tinggi.
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah menuntut guru untuk
mempelbagaikan kaedah dan aktiviti pengajaran mereka. Usaha pemupukan
patriotism dalam kalangan pelajar memerlukan kerjasama semua pihak, kerajaan,
penggubal dasar, guru sebagai pelaksana, panitia, pentadbir sekolah serta pelajar
sendiri. Ini bagi merealisasikan hasrat KPM yang ingin melahirkan warganegara
yang berciri-ciri global, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung warisan
budaya dan kesenian bangsa.
Penggubalan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah memberi penekanan
kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyediakan murid untuk
memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Murid
dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan yang luas beretika tinggi, hidup dalam
semangat perpaduan dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan
bijaksana. Semoga matlamat penggubalan kurikulum ini akan dapat membentuk
peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatasi segala rintangan
dalam hidup.
Akta Pendidikan 1961 di Malaysia telah menetapkan polisi-polisi pendidikan
yang digunakan hampir 3 dekad lamanya sebelum dipinda pada tahun 1996 dan buat
pertama kalinya menetapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebelumnya dikenali
sebagai Falsafah Pendidikan Negara.
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
SJH 3116 [ ]
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.”
Falsafah Pendidikan adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghasilkan
warganegara yang berpengetahuan dan berkebolehan. Seterusnya mempunyai nilai
moral yang tinggi dan boleh mencapai kejayaan kepada diri sendiri dan masyarakat.
Bagi mencapai aspirasi ini karajaan telah berusahan bersungguh-sungguh agar
perlaksaannya berjalan dengan lancar.
Selain itu, Falsafah Pendidikan Guru adalah berfungsi untuk membina guru-guru
yang mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meninginkan insan
yang seimbang dan harmoni. Kedua-dua falsafah ini bertanggungjawab terhadap
perkembangan pendidikan di Malaysia. Sebagai seorang guru menjadi satu
tanggungjawab agar merealisasikan pendidikan negara agar dapat menghadapi
wawasan 2020.
Menerusi Falsafah pendidikan yang ia sebenarnya diambil kira melalui pelbagai
aspek untuk menghasilkan masyarakat yang maju, bertamadun, berdaya saing dan
tahan dengan ujian tidak kiralah ujian dari segi emosi dan jasmani. Kita tidak mahu
kelak dimasa hadapan negara melahirkan masyarakat yang tidak mempunyai akhlak
yang baik biarpun memperolehi kejayaan tetapi sekiranya tidak memiliki akhlak yang
baik maka sesuatu tamadun itu akan hancur seperi mana yang berlaku pada zaman
kegelapan di Tanah Arab ketika dahulu. Kejayaan dan juga akhlak kedua-duanya
adalah sama penting bagi melahirkan generasi baru yang berkemahiran, berilmu,
bersepadu dari segi amalan dan dihormati oleh semua orang sekalipun masyarakat
dunia.
9.0REFLEKSI
SJH 3116 [ ]
SJH 3116 merupakan mata pelajaran baru yang digubal khas sejajar
dengan transformasi pendidikan yang memeperkenalkan mata pelajaran sejaran di
sekolah rendah. Oleh yang demikian tugasan ini adalah sangat mencabar kerana
kekurangan bahan rujukan. Walau bagaimanapun, syukur Alhamdulillah kerana
dengan bimbingan pensyarah kami, En Wan Hasni Wan Ahmad, maka tugasan ini
dapat disempurna tepat pada waktu ang telah ditetapkan.
Kerja kursus ini ternyata telah memberikan banyak manfaat yang berguna
yang dapat saya gunakan pada suatu masa kelak. Input – input yang sebelum ini
kurang saya fahami kini saya telah dapat memahaminya dengan lebih yakin.
Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat perbincangan secara
berkumpulan dan mengagihkan sub tajuk bagi setiap ahli kumpulan bagi
meringankan bebanan tugas. Pada permulaan mengumpul maklumat tentang
tugasa ini, saya agak keliru kerana ruang lingkupnya yang sangat luas tetapi setelah
membuat penyelidikan dan mencari bahan-bahan dari internet dan juga buku-buku
serta jurnal-jurnal ilmiah barulah saya dapat merungkaikan tugasan ini satu persatu
dan alhamdulillah akhirnya dapat juga disiapkan dalam tempoh yang telah
ditetapkan.
Setelah menyiapkankan tugasan ini, saya dapat memahami betapa
pentingnya menyemain nilai-nilai murni dan menanam jati diri di dalam diri setiap
murid yang merupakan modal insan pemangkinan kemajuan dan kedaulatan
negara. Segala-galanya ini adalah tergala di bahu seorang guru kerana guru
pmerupakan agen penyebaran ilmu dan juga perubahan. Tanggunjawab dab
peranan guru bukanlah mengajar semata-mata tetapi juga lebih kepada bersifat
virtual iaitu secara tidak langsung menunjuk contoh dan memahamkan murid apa
yang tersirat dan tersurat tentang asal usul peradaban sejarah bangsa Malaysia. Ini
adalah sangat menarik dan memberi impak yang besar kepada saya kerana telah
dapat menambah pengetahuan tentang aspek ini yang sebelum ini saya tidak
pernah terpikir untuk mengetahuinya secara terperinci.
SJH 3116 [ ]
Selain itu, saya juga menjadi lebih peka dan arif tentang ciri-ciri seorang guru
yang professional dan effektif. Sebelum ini, saya telah mengetahui tenang perkara
ini tetapi tidak terlalu mengambil berat kerana tidak mengetahui dengan terperinci
bahawa sekiranya seorang guru gagal menyemai nilai jati diri dalam diri muridnya
maka ia kan member impak yang besar kepada keruntuhan moral masyarakat dan
seterusnya member impak kepada peradaban bangsa. Hal tersebut di anggap
remeh kerana tidak pernah terlintas bahawa ia sebenarnya sangat penting kerana ia
adalah permulaan kepada gapaian kecemerlangan seseorang individu. Tanpa jati
diri yang utuh maka runtuhlah juga sebuah peradaban bangsa di mana murid yang
kita didik inilah bakal peneraju kecemerlangan dan kemakmuran negara kita.
"Kejayaan bangsa tidak terhasil dengan sendirinya. Kejayaan terhasil kerana tekad, perpaduan, dan kepintaran dalam menghadapi pelbagai cabaran perjuangan..."
(Dipetikdaripada "500 Tahun Menghadap iCabaran" - KamaruddinM.Said, 2004)
……………………………
(NORAZILAWATI MUSTAPA)770521-03-6342RBT 2PPG KOHORT 1, AMBILAN JUN 2011
SJH 3116 [ ]
10.0 BIBLIOGRAFI
http://simplehanugra.blogspot.com/2012/07/defenisipengertian-sejarah-menurut.html
Awang Had Salleh (1983), Pendidikan dan Nasionalisme: Penentuan Konsep dan
Pencerobohan Strategi. Konvenkesyen Pendidikan ke 8 : Tanjung Malim.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) Amalan-amalan Ke Arah Perpaduan Kaum di
Enam Buah Sekolah Kes, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan : Kuala
Lumpur.
Mohamad Johari Salleh (2004) Pengurusan Standard Guru Efektif, Kertas Kerja
Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru, Tajung Malim :
Universititi Pendidikan Sultan Idris.
Omardin Ashaari (2001) Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah, Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abd Rahim Abd Rashid. 1997. Model dan pendekatan pengajaran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdul Rahman Embong. 2000. NegaraBangsa : Proses dan Perbahasan. Bangi :Penerbit UKM Khoo Kay Kim.1992. Perkembangan Pendidikan Sejarah di Malaysia, dalam Sejarah Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
11.0 LAMPIRAN
SJH 3116 [ ]
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH4