Download - buku log koku.docx
BIODATA DIRI
NAMA : NABILAH BINTI AHMAD NIZAR
SEMESTER : DUA
TARIKH LAHIR : 22 JANUARI 1993
TEMPAT LAHIR : KEDAH
KAUM : MELAYU
AGAMA : ISLAM
NO MATRIK : D20131064269
PROGRAM : ISM PENDIDIKAN SEJARAH
FAKULTI : SAINS KEMANUSIAAN
PENSYARAH : EN. ANIZAN BIN MD NOOR
ALAMAT TETAP : KAMPUNG PADANG GELAM, MUKIM NAGA, 06200 KEPALA
BATAS, KEDAH DARUL AMAN
E-MEL : [email protected]
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan buku log pengurusan kokurikulum (CMP 2011) dengan jayanya. Terlebih dahulu,
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Anizan bin Md
Noor yang merupakan tenaga pengajar bagi kursus ini. Beliau telah banyak membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini serta memberikan input yang amat berguna sepanjang 14 minggu
pada semester ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
instruktor kumpulan 3 iaitu Azmeer bin Marmo yang mana beliau juga telah banyak membantu
dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sehingga berjalan dengan lancar.
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang selama ini banyak
memberikan kerjasama dan bantuan dalam menjalankan aktiviti bagi kursus ini. Bukan itu
sahaja, sokongan moral juga diberikan dalam menjayakan program yang telah dirancang. Tanpa
bantuan dan kerjasama semua, tidak mungkin program yang telah dirancang dapat dilaksanakan
dengan baik.
Sesungguhnya, bantuan dan kerjasama yang dihulurkan amatlah dihargai. Semoga hasil
tugasan ini dapat menyumbang sedikit sebanyak peningkatan ilmiah untuk manfaat bersama dan
ribuan kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang menyiapkan tugasan ini.
PENGURUSAN KOKURIKULUM
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran dalam kalangan
pemimpin negara dan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi mematuhi kehendak
negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak
1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman
Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran,1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan memperbaiki pelaksanaannya supaya
matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan
jawatankuasa ini telah diterbitkan pada tahun 1979.
Sistem pendidikan Malaysia adalah bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
OBJEKTIF DASAR PENDIDIKAN NEGARA KURIKULUM KEBANGSAAN
Objektif ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran,1961 iaitu:
“Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran,1957 ialah
untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.”
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian
Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960,
telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan
menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet
ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan
diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan
pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan telatih. Falsafah
Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara
bertulis baru-baru ini memberikan penekanan kepada usaha untuk melahirkan insan yang
berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmoni, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi
satu matlamat penting kepada sistem Pedidikan Kebangsaan.
Berikut merupakan antara srategi yang digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan:
1. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
2. Mengadakan kurikulum yang sama berorientasikan Malaysia bagi semua sekolah.
3. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
4. Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin, seperti badan beruniform.
Dalam mencapai matlamat Dasar Pendidikan, aktiviti kokurikulum juga diberikan perhatian.
Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah yang mana setiap murid
harus melibatkan diri dalam bidang kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum boleh
diadakan sama ada di dalam ataupun di luar kawasan sekolah mengikut kesesuaian aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Aktiviti kokurikulum ini sebenarnya penting dalam membentuk
dan memberi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang sukan selain bidang akademik yang
seterusnya dapat memperkembangkan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan
nilai-nilai estetika serta sosial yang positif dalam kalangan murid di sekolah.
Bidang ini juga adalah satu bidang pendidikan yang memerlukan penglibatan banyak pihak iaitu
dalam kalangan murid serta masyarakat berasaskan kepada anggapan bahawa:
1. Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik)
dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani).
2. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang sememangnya boleh diasuh dan
dikembangkan.
3. Semua murid boleh dididik di samping boleh mendidik diri sendiri dan rakan.
4. Sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan murid untuk keperluan masyarakat dan
negara pada masa akan datang.
5. Masyarakat juga turut bertanggungjawab dalam memainkan peranan.
OBJEKTIF KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum di sekolah sebenarnya adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu:
1. Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
2. Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan
emosi murid.
3. Mengukuhkan perhubungan dalam kalangan murid di sekolah dan antara sekolah.
4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi.
5. Membina dan meningkatkan disiplin.
6. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
7. Membina dan meningkatkan kerjasama dalam hubungan dua hala antara sekolah dan
masyarakat.
8. Mewujudkan sekolah berwatak.
PERUNTUKAN MASA AKTIVITI KOKURIKULUM
Waktu Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, jilid 11, no 5562 telah membuat ketetapan
pembahagian masa untuk kokurikulum seperti yang berikut:
Sekolah Menengah
Tingkatan Aliran Peruntukan Masa
Peralihan 1-3 180 minit
4 & 5 Sastera 180 minit
Sains 140 minit
Teknik 100 minit
Pertanian 140 minit
Perdagangan 180 minit
SRT 180 minit
6 10 minit
Sekolah Rendah
Tahun Peruntukan Masa
3 dan 4 60 minit
5 dan 6 120 minit
(nota: peruntukan masa minimum adalah seminggu)
PRINSIP PELAKSANAAN KOKURIKULUM
Antara prinsip-prinsip yang harus diambil kira dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum adalah
seperti berikut:
1. Menyediakan kemudahan asas dan peralatan agar dapat mewujudkan pembelajaran yang
merentasi kurikulum dan pembelajaran yang menyeronokkan.
2. Merancang, menganjur, megelola dan menilai kegiatan kokurikulum yang berbentuk
aktiviti bagi melengkap dan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
3. Memberi penekanan kepada pemerolehan, peningkatan ilmu, kemahiran baru, sikap
positif, nilai murni dalam meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya
saing untuk kesejahteraan murid dan masyarakat.
4. Memberi penekanan kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat
patriotisme dan perpaduan kaum.
5. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum.
6. Memastikan perjalanan aktiviti kokurikulum berdasarkan kepada kurikulum badan induk,
gabungan atau yang berkaitan.
7. Menyediakan skema penilaian dan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan
tahap pencapaian yang berterusan.
8. Aktiviti yang dirancang dan dikelolakan dapat memberi peluang kepada murid untuk
mengembangkan minat, bakat dan kreativiti.
9. Mewujudkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, syarikat
swasta dan institusi pengajian tinggi.
10. Menerapkan elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum.
SKEMA PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Antara skema pelaksanaan kokurikulum di sekolah ialah:
1. Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
2. Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar sekolah (Rujuk SPI Bil.1/1985 bertarikh
24 Januari 1985)
3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum
yang terdiri daripada guru-guru penasihat.
4. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan
menghebahkan kepada guru dan murid (ditetapkan dalam mesyuarat bersama
Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan dengan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah).
5. Menubuhkan unit kokurikulum dengan melantik guru penasihat (Rujuk Peraturan
Pendidikan [Peraturan Sekolah] 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarukh 21hb Mei
1998, jilid 42, no. 11: PU(A)196).
6. Mengkaji dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti pada
tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru
pelaksanaan.
7. Mengenal pasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan aktiviti pada tahun-tahun
sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan.
8. Mengenal pasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan seperti sumber tenaga dan
kepakaran, kesesuaian persekitaran, sumber bantuan kewangan dan kecenderungan
murid.
9. Memperoleh dan mengemaskini inventori dan harta modal bidang kokurikulum.
10. Memberi taklimat kepada guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan
kokurikulum yang telah dirumuskan.
11. Menyediakan keperluan asas pentadbiran termasuk sistem fail, dokumen rujukan
berkaitan prosuder, undang-undang atau peraturan dan tatacara pelaksanaan, kurikulum
persatuan, borang-borang penilaian dan sijil-sijil.
12. Menyediakan atau memperoleh keperluan prasarana.
13. Menyediakan aktiviti kurikulum setiap persatuan atau kelab.
14. Meneroka dan mewujudkan peluang penyertaan dan penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
15. Menyelaraskan aktiviti persatuan/kelab dan badan beruniform berdasarkan matlamat dan
objektif.
16. Rangka perangcangan kokurikulum sekolah dan jadual akiviti peringkat daerah dan
negeri.
17. Menyediakan perangcangan dan takwim kegiatan kokurikulum di sekolah.
18. Melaksanakan kursus pengurusan kokurikulum kepada guru.
19. Merancang dan melaksanakan kursus kejurulatihan.
20. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum.
21. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap
persatuan/kelab, badan beruniform serta sukan dan permainan.
22. Melaksanakan skema penilaian kokurikulum untuk setiap murid.
23. Menyediakan laporan tahunan kokurikulum.
DASAR PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Di bawah Peraturan-peraturan (Kurukulum Kebangsaan) 1977 antara ciri-ciri penting
kokurikulum ialah:-
1. Dirancang
2. Lanjutan proses pengajaran dan pembelajaran
3. Memberi peluang untuk memantap dan memperkayakan pengetahuan, kemahiran dan
nilai-nilai.
Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan kerana ia membantu
perkembangan murid, menanam dan mempertingkatkan nilai moral dan menyampaikan ilmu
pengetahuan. Pelajar perlu menyertai badan beruniform, persatuan atau kelab dan sukan atau
permainan. Kokurikulum dilaksanakan berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tiada unsur
diskriminasi atau paksaan dan tidak bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Perlembagaan Negara.
Antara strategi pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut:
1. Tetapkan matlamat dan objektif.
2. Susun dan tetapkan kurikulum aktiviti kokurikulum.
3. Tetapkan aktiviti yang jelas dan menarik.
4. Sediakan sumber kepakaran yang sesuai dan mencukupi.
5. Sediakan prasarana atau lokasi yang sesuai.
6. Sediakan kemudahan asas dan perkakasan yang sesuai dan mencukupi.
7. Menyediakan pegawai yang cekap dan mencukupi.
8. Memilih dan menetapkan masa yang sesuai dan mencukupi.
9. Menyediakan skema dan melaksanakan penilaian.
10. Mewujudkan elemen-elemen penghargaan dan pengiktirafan.
11. Melibatkan masyarakat secara langsung.
12. Membina rangkaian kerjasama.
13. Membangunkan bahan sumber.
Dalam pemgurusan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum kita perlu merancang pelbagai
aktiviti yang relevan dengan objektif dan matlamat penubuhan sesebuah organisasi kokurikulum,
menentukan matlamat dan objektif organisasi, harapan dan inspirasi ahli-ahli, minat dan
kecenderungan ahli-ahli, tahap pengetahuan, pengalaman serta kemahiran ahli-ahli. Selain itu,
kita juga perlu menentukan infrastuktur, peralatan dan kemudahan asas yang ada, sumber
kewangan, sumber kepakaran dan profesional yang mencukupi, menyediakan dokumen-
dokumen pelaksanaan, dokumen teras serta dokumen teknikal.
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pra
pelaksanaan, pelaksanaan dan pasca pelaksanaan. Peringkat pelaksanaan logistik, kepegawaian,
kemudahan-kemudahan asas dan peralatan serta dokumen-dokumen pelaksanaan. Manakala
peringkat pelaksanaan pula mencakupi pendaftaran pegawai dan peserta, taklimat, melaksanakan
aktiviti mengikut program, pemantauan dan penyeliaan serta penilaian. Dalam peringat pasca
pelaksanaan pula ialah penilaian, pengemasan, penyemakan inventori, dokumen, penghargaan,
post-mortem serta pendokumentasian.
PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan format dan borang yang
sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum pelajar .Penilaian hendaklah dibuat pada
setiap hujung tahun atau selewat-lewatnya awal bulan Januari tahun yang berikutnya. Tempoh
ini diperlukan kerana masih ada kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan
pada bulan Disember.
Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di Tingkatan 1
hingga 6, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Kemajuan Kokurikulum yang telah
diseragamkan oleh KPM. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod kemajuan dan
pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke Matrikulasi /
IPT. Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru –
guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar.
Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan oleh
Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum. Penilaian ko-kurikulum murid dilakukan pada
setiap tahun sepanjang persekolahannya .Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam
bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan
(CGPA).
1) Kes-kes terpencil:
a. Murid-murid Pendidikan Khas
b. Murid-murid kurang upaya
c. Pesakit kronik / luar biasa
d. Sekolah di kawasan pedalaman
e. Sekolah kurang murid (SKM)
2) Kes-kes khas:
Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi hendaklah dinilai mengikut
kriteria seperti murid biasa.
i. Penilaian aktiviti kokurikulum bagi murid Tingkatan 6
Murid-murid yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN), mereka yang terlibat boleh memilih markah prestasi PLKN untuk
turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid mempunyai empat pilihan
dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya.
Jika prestasi murid didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam
bidang lain akan digugurkan. Markah Kokurikulum yang diperolehi calon ialah 60 markah @
60/100 x 10 = 6 (pengekalan cadangan sebelumnya yang dicadangkan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
PENILAIAN KOKURIKULUM 10% KPM
Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Beruniform, kelab dan
persatuan serta sukan dan permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini
juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai
penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
kegiatan kokurikulum boleh merangsang murid-murid untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan
kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah kerana
penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid-murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran
ke institusi pengajian tinggi penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh
dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
Penilaian kegiatan kokurikulum murid yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza-beza
antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan bahawa wujudnya unsur-unsur ketidaksama-
rataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah
yang berbeza walaupun pencapaiannya dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui
borang penilaian yang standard, unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh
dihindari. Penilaian aktiviti kokurikulum boleh merangsang murid untuk bergiat aktif dalam
aktiviti kokurikulum. Semua murid yang mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh
markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang cemerlang dalam aktiviti
boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
Aspek Penilaian Markah
Kehadiran 50
Jawatan disandang 10
Penglibatan 20
Pencapaian 20
Jumlah 100
Peringkat Penglibatan Markah
Sekolah 8
Zon/Daerah/Bahagian 11
Negeri 14
Kebangsaan 17
Antarabangsa 20
Peringkat Pencapaian Markah
Johan Naib Johan Ketiga
Sekolah 8 7 6
Zon/Daerah/Bahagian 11 10 9
Negeri 14 13 12
Kebangsaan 17 16 15
Antarabangsa 20 19 18
Markah aspek kehadiran ialah markah tertinggi (50%). Hal ini bertujuan untuk menggalakkan
murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan
kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun. Dengan mengambil kira bahawa setiap
jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa dua jam
(mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai
kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini
perlulah dilaporkan kepada pengetahuan pihak sekolah. Markah minimum bagi aktiviti
pasukan badan beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, persatuan/kelab serta kelab sukan
dan permainan 12 kali perjumpaan setahun. Pekiraan markah kehadiran adalah seperti berikut :
Jika jumlah kehadiran pelajar = a
Jumlah perjumpaan setahun = b
Ketidakhadiran diluluskan = c (cuti sakit, mewakili sekolah dan lain-lain)
Markah kehadiran = a ÷ (b-c) x 50
Markah aspek jawatan yang disandang ialah 10% dan diberikan kepada individu yang
memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Namun begitu, ahli
biasa dan jawatan yang lain diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang.
Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut
Pasukan badan beruniform pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) anjuran Kementerian
Pelajaran Malaysia/Jabatan Kerajaan
JAWATAN MARKAH
Pegawai Waran 1 & 11(KRS), Pegawai Waran 11 (PKBM), Pegawai
Kadet Kanan (PA), Pegawai Kadet (Bomba), Sub-Inspektor (Polis) 10
Staf Sarjan (KRS), Staf Sarjan/Bintara Kanan/Flight Sarjan (PKBM) 8
Sarjan, Bintara Muda dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba) 7
Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM) dan Laskar Udara 6
Ahli Aktif 4
Ahli Biasa 1
JAWATAN MARKAH
Ketua Trup, Ketua Pasukan/Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua Puteri, Ketua Kadet 10
Pen. Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua Pasukan (S/U) 8
Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan 7
Pen. Ketua Patrol, Bendahari, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK) 6
Quartermaster, Pen. Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan 5
Ahli Aktif, Pen. Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali Pinggang Hijau 1 dan 2 4
Tali Pinggang Kuning 1 dan 2 3
Ahli Biasa, Class 4 dan 5 1
Persatuan/Kelab/Sukan/Permainan.
JAWATAN MARKAH
Pengerusi, Presiden/Kapten Pasukan/Ketua Pasukan/Permainan/Ketua Rumah 10
Timbalan Pengerusi/Naib Pengerusi 8
Setiausaha/Bendahari 7
Penolong Setiausaha/Bendahari 6
Ahli Jawatankuasa 5
Ahli Aktif 4
Ahli Biasa 1
Markah aspek penglibatan ahli 20%. Markah ini diberi kepada semua ahli berdasarkan
sumbangan dan komitmen mereka dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap
penglibatan yang disertai. Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan
adalah sama. Pemberian markah seperti berikut:
Jadual 3
PERINGKAT PENGLIBATAN MARKAH
Sekolah 8
Zon/Daerah/Bahagian 11
Negeri 14
Kebangsaan 17
Markah aspek pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam
pertandingan di peringkat sekolah, zon/bahagian/negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan johan, naib johan, dan ketiga. Dalam
aspek pencapaian pula, markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah
pencapaian adalah seperti berikut:
Jadual 4
PENC
APAIAN
MARKAH
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA
Sekolah 8 7 6
Zon/Daerah/
Bahagian 11 10 9
Negeri 14 13 12
Kebangsaan 17 16 15
Antarabangsa 20 19 18
Setiap pemberian markah dalam aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi
yang layak diperolehi oleh seseorang pelajar. Sebagai contoh, j ika seseorang murid
pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian
yang diambil hanyalah di peringkat antarabangsa.
Kegiatan kokurikulum yang dinilai:
- Setiap murid diwajibkan menganggotai pasukan badan beruniform di sekolah. Dalam hal ini setiap
murid memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap bidang kokurikulum tersebut.
Penilaian aktiviti adalah berdasarkan:
a. Aktiviti badan beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Pengakap dan
sebagainya
b. Aktiviti Persatuan/Kelab seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pencinta Alam dan
sebagainya
c. Aktiviti kelab sukan dan permainan seperti kelab Olahraga sekolah dan kelab Hoki.
- Setiap jenis aktiviti yang disertai akan dinilai berdasarkan aspek yang telah dinyatakan di atas dan
agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan. Sebagai contoh, berikut
adalah markah aktiviti kokurikulum yang diperolehi oleh pelajar X:
1. Aktiviti Badan Beruniform beruniform
BIL ASPEK
PENILAIANPRESTASI MARKAH
1 Kehadiran Penuh 50
2 Jawatan Disandang Ahli Aktif 3
3 Penglibatan Menghadiri Jambori Pengakap 14
Peringkat Negeri
4 Pencapaian Tempat Ketiga Pertandingan Kawad
Kaki Peringkat Negeri 12
JUMLAH 79
2. Aktiviti kelab persatuan
BIL ASPEK
PENILAIAN
PRESTASI MARKAH
1 Kehadiran 10 / 12 42
2 Jawatan Disandang AJK Persatuan Sejarah 5
3 Penglibatan Menyertai Seminar Penulisan Sajak 14
4 Pencapaian Naib Johan Bahas Peringkat Kelas 7
JUMLAH 68
3. Aktiviti sukan dan permainan
BIL ASPEK
PENILAIAN PRESTASI MARKAH
1 Kehadiran 10 / 12 42
2 Jawatan Disandang AJK Kelab Bola Sepak 5
3 Penglibatan Menyertai Kejohanan Bola Sepak 14
4 Pencapaian Naib Johan Bola Sepak Peringkat Negeri 7
JUMLAH 68
- Gred penilaian aktiviti kokurikulum. Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti
berikut:
GRED MARKAH
A Antara 80 hingga 100
B Antara 60 -100
C Antara 40- 59
D Antara 20-39
E 19 ke bawah
- Markah bonus
a. Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh pelajar
dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Jawatan
tersebut merangkumi:
i. Jawatan peringkat sekolah seperti pemgawas,pengawas perpustakaan, imam, dan
sebagainya
ii. Jawatan peringkat rumah seperti ketua ruamh, ketua bilik dan sebagainya
iii. Jawatan peringkat kelas seperti Ketua Kelas/Darjah dan sebagainya
b. Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid di
atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti
berikut:
BIL JAWATAN MARKAH
1 Ketua Murid 10
2 Timbalan/Penolong Ketua Murid 8
3 Ketua/Pengerusi Badan-badan Perkhidmatan/
Pengurusan Utama
7
4 Penolong Ketua Asrama/Pengawas Pusat Sumber 6
5 Ketua Biro Asrama/PRS/Penerima Sijil dan Lencana 5
6 Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan dan Sokongan 3
7 Penolong Ketua Kelas/Penolong Ketua Bilik 2
4. Anugerah khas
Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada pelajar di atas pencapaian dalam bidang
kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendir . Markah anugerah khas ini ditetapkan
seperti berikut:
JAWATAN KEDUDUKAN MARKAH
BONUS
Anugerah Remaja Perdana (ARP)
Emas 10
Perak 7
Gangsa 5
Pingat Hang Tuah Kebangsaan/
Tunas Jaya 10
Pencapaian Aktiviti Kokurikulum
Luar Negara
Johan 5
Naib Johan 3
Ketiga 2
NILAM 5
Lain-lain Anugerah Yang Setara 5
Setiap murid layak menerima markah bonus untuk jawatan tertinggi yang disandang pada setiap
tahun
Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes
disiplin, markah bonus tidak layak dimasuk kira
Gred Keseluruhan
Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang murid dalam dua daripada
tiga bidang kokurikulum yang dianggotai seseorang murid beserta markah bonus. Dua
daripada tiga bidang yang dipilih berdasarkan markah tertinggi.
Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua bidang
kokurikulum dan mendapatkan purata bagi kedua-dua bidang tersebut. Kemudian, nilai
tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi.
Berdasarkan markah pelajar X, contoh kiraan gred keseluruhan seperti berikut:
Jumlah markah badan beruniform = 80
Jumlah markah persatuan/kelab = 68
Jumlah markah kelab sukan dan permainan = 85
Markah purata bagi dua terbaik = (80 + 85) ÷ 2
= 82.5
Markah bonus = 10 (Ketua Murid)
Markah keseluruhan = 82.5 + 10
= 92.5
Gred keseluruhan = A
Pelaksanaan
- Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan format dan borang yang
sama untuk membuat penilaian murid (lihat lampiran 10, 11, 12 )
- Penilaian hendaklah dibuat setiap hujung atau selewat-lewatnya awal bulan Januari tahun
yang berikutnya. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada aktiviti kokurikulum peringkat
kebangsaan yang dijalankan pada bulan Disember
- Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di tingkatan satu
hingga enam, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Penilaian Kokurikulum yang
diseragamkan di peringkat pusat. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod penilaian
dan pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan semasa kemasukan ke
Matrikulasi/Institusi Pengajian Tinggi.
- Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru-guru
dan dipengerusikan oleh pengetua/guru besar
- Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan oleh
pengetua/guru besar dan Penolong Kanan Kokurikulum.
- Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya.
Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan
himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya, prestasi GPA dan
CGPA murid X dalam bidang kokurikulum sepanjang tempoh persekolahannya sehingga
tingkatan lima.
TINGKATAN MARKAH KOKURIKULUM GPA CGPA
I
II
III
IV
V
69
82
83
89
80
69
82
83
89
80
69.0
75.5
78.0
80.8
80.6
- Contoh pengiraan CGPA:
Tingkatan II = (69 +82)= 75.5
2
Tingkatan IV = (69 +82 +83 + 89) = 80.8
4
- Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan
dengan 100 dan didarabkan dengan 10. Contohnya:
Tingkatan V = 80.6 x 10= 8.06
100
- Bagi murid tahun enam, penilaian kokurikulum adalah berdasarkan pencapaian terbaik
dari tahun empat hingga tahun enam, dan ia diambil kira sebagai kelayakan untuk
kemasukan ke sekolah berasrama penuh/ Maktab Rendah Sains Mara.
- Kes-kes terpencil
a. Murid Pendidikan Khas
b. Murid kurang upaya
c. Pesakit kronik/luar biasa
d. Sekolah Kurang Murid (SKM)
e. Kes-kes Khas
- Murid yang terlibat dalam aktiviti sukan prestasi tinggi hendaklah dinilai mengikut
kriteria seperti murid biasa
Penilaian Aktiviti Kokurikulum Bagi Murid Tingkatan Enam
Murid tingkatan enam yang telah tamat pengajian dan mengikuti Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) boleh memilih markah prestasi PLKN yang diperolehi untuk
dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid tersebut mempunyai empat
pilihan daripada tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika
prestasi murid didapati tinggi dalam PLKN, markah terendah dalam bidang lain akan
digugurkan.
OBJEKTIF PENILAIAN KOKURIKULUM
1. Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh
semua sekolah.
2. Membantu Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian
kemasukan pelajar-pelajar ke institusi pengajian tinggi.
3. Menggalak dan meningkatkan penglibatan murid secara menyeluruh dalam aktiviti
kokurikulum.
SENARAI BIDANG TUGAS KOKURIKULUM
Senarai tugas Penolong Kanan Ko-kurikulum.
Pendahuluan.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar
untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.Dengan itu, Guru Penolong
KananKokurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi
penglibatan dan penyertaan murid serta guru dalam aktiviti kokurikulum bagi mencapai
Wawasan2020.
Bidang Tugas.
-Menjalankan tugas-tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaan Pengetua/Guru Besar, Guru
Penolong Kanan I dan Guru Penolong Kanan II.
-Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua/Guru Besar.
-Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan
kokurikulum termasuk sidang petang.
-Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
-Membantu Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk sidang petang.
Senarai Tugas.
I. Kokurikulum
a. Persatuan dan Kelab
Merancang kegiatan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.
Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.
Menyelia kegiatan persatuan dan kelab.
Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah.
b. Pasukan Pakaian Seragam
Merancang kegiatan pasukan pakaian seragam.
Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pasukan pakaian seragam.
Menyelia kegiatan pasukan pakaian seragam.
Menyelaras aktiviti-aktiviti pasukan pakaian seragam di dalam dan di luar
sekolah.
c. Kelab Sukan dan Permainan
Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan.
Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan.
Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan.
II. Pentadbiran
a) Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut
Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21,
Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.
b) Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum sekolah.
c) Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
d) Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah
diambil.
e) Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.
f) Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan
mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.
g) Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti Hari Kokurikulum
Sekolah).
h) Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta
meningkatkan tahap pencapaian.
i) Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
j) Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan dan dihantar salinan ke
Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan Johor.
k) Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung
dengan kokurikulum.
l) Mengenal pasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan
kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.
m) Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad.
n) Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid selepas peperiksaan dan
semasa cuti sekolah.
III. Tugas-tugas lain.
Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua / Guru Besar
dari masa ke masa.
Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua /
Guru Besar dar masa ke masa.
IV. Senarai tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum.
a) Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang /Pendek).
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
daerah/negeri/kebangsaan.
Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari
Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di
sekolah.
Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang
akan digunakan.
Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.
b) Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum.
Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai.
Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerak kerja kokurikulum sekolah.
Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerak kerja
kokurikulum. Memastikan supaya setiap unit gerak kerja kokurikulum berjalan
dengan lancar, berterusan dan berkesan.
Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti ko
kurikulum. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada
pelajar.
Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada
setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-
penyelaras unit.
Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf
kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum.
c) Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum.
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan,
pelaksanaan dan penilaian pelajar.
Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan
mencukupi.
Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan
mengadakan latihan dengan mereka.
d) Tanggungjawab Setiausaha Sukan.
Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD/MSSN/MSSM.
Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar
sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk
kepentingan sukan sekolah.
Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku
Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
diri.
e) Tanggungjawab Penyelaras Persatuan / Kelab / Pasukan Badan Beruniform.
Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun
padatarikh yang ditetapkan.
Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum- Mengagihkan kad kokurikulum kepada
guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan
dan rekod bilik kokurikulum.
Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:- Borang penyertaan
persatuan- Borang senarai AJK dan Buku Laporan Aktiviti.
Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan
danrekod.
Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan
pencapaiankokurikulum sekolah.
f) Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin.
Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan
BadanBeruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan.
Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan,Permainan.
Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-
ahli.
Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat
sekolah/zon/daerahdalam lawatan atau projek yang dijalankan.
Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.n. Menandatangani
Buku Kehadiran Ahli.
Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
g) Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan
Membentuk jawatankuasa.
Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
permainan.
Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah.
Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/ Sekolah.
Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar
sekolah.
Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi untuk digunakan.
Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkan.
Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan
daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara).
Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, kebudayaan
&Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas semua mesyuarat.
Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diambil.
Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.
Naib Pengerusi
Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.
Setiausaha
Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
Mencatat kehadiran ahli.
Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.
Naib Setiausaha
Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab.
Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.
Bendahari
Bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan kelab/persatuan.
Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan.
Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
Melapor kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat.
Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa.
PROSEDUR PENYEDIAAN KERTAS KERJA DAN SURAT-MENYURAT
Penyediaan Kertas Kerja
Kertas kerja merupakan cadangan/perancangan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.
Kandungan Kertas Kerja
1.1 Tujuan
1.2 Penganalan/Mukadimah
1.3 Objektif
1.4 Justifikasi
1.5 Tarikh dan Hari
1.6 Tempat
1.7 Tetamu Kehormat/perasmi
1.8 Penceramah
1.9 Bilangan Peserta
1.10 Maklumat Peserta
1.11 Tentatif Program
1.12 Struktur Organisasi
1.13 Anggaran Belanjawan (termasuk kos langsung dan tidak langsung)
1.14 Keperluan Peralatan
1.15 Penutup
Panduan Permohonan Menjalankan Aktitivi
Tujuan
Dikemukakan untuk mendapat pertimbangan, kelulusan dan sumbangan daripada Pusat
Kokurikulum, UPSI.
Pengenalan/Mukadimah
Melibatkan penyataan latar belakang program yang dijalankan serta menghurai kepentingan
pihak yang terlibat.
Objektif
Melibatkan penyataan matlamat yang hendak dicapai.
Justifikasi
Memberi penjelasan mengenai keperluan menjalankan program.
Tarikh dan Hari
Menyatakan justifikasi aktiviti yang dijalankan berdasarkan ketetapan tarikh dan hari.
Tempat
Menyatakan justifikasi aktiviti yang dijalankan berdasarkan ketetapan tempat yang dipilih.
Tetamu Kehormat/Perasmi
Senaraikan nama tetamu kehormat dan perasmi (sekiranya melibatkan individu yang berbeza).
Penceramah
Melibatkan maklumat lengkap yang berkaitan dengan penceramah yang terlibat.
Bilangan Peserta
Memaklumkan jumlah peserta yang terlibat.
Maklumat Peserta
Menyatakan status peserta (pelajar/kakitangan/agensi luar).
Tentatif Program
Cadangan aktiviti yang dijalankan dari awal hingga akhir program.
Struktur Organisasi
Melibatkan kewujudan AJK yang berperanan dalam melicinkan pelaksanaan aktiviti.
Anggaran Perbelanjaan
Melibatkan penyataan secara terperinci dan logik berkaitan pendapatan dan perbelanjaan
keseluruhan.
Keperluan Peralatan
Senaraikan keperluan peralatan (sekiranya perlu).
Penutup
Penyataan ucapan terima kasih dan memohon pertimbangan serta kelulusan.
Kertas Kerja hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan font Arial
bersaiz 12. Kertas Kerja juga hendaklah dijilid kemas dan disediakan sebanyak TIGA salinan
bagi aktiviti dalam kampus dan TUJUH salinan bagi aktiviti luar kampus.
Surat-menyurat
Pentadbiran pejabat diuruskan melalui rekod bertulis dan surat-menyurat merupakan
aspek yang penting. Ketika penerimaan surat, kita perlu melayani surat-surat yang diterima,
memeriksa surat-surat masuk dan memasukkan surat ke dalam fail. Ketika merekodkan surat,
surat-surat yang diterima perlu didaftarkan. Semasa mendaftar rekod, tarikh, tandatangan
pengirim surat dan nombor fail dimasukkan. Surat yang ditulis perlulah dalam bentuk surat
rasmi. Surat perlu jelas serta merangkumi perkara-perkara berikut:
Kepala Surat
Salaman
No. rujukan fail
Tajuk
No. perenggan dan lampiran
Satu perkara sahaja
Lampiran ditandakan
Tanda nama ringkas penulis
Kiriman surat dilakukan sama ada ke jabatan lain, orang lain atau perseorangan, firma/badan
berkanun/pertubuhan dan peguam. Dalam merekod surat keluar, kita perlu memastikan bahawa
ianya dihantar dengan tangan dan secara berdaftar.
PENUTUP
Secara kesimpulannya, kokurikulum merupakan pelengkap kepada kehendak dan
kepentingan kurikulum formal sekolah. Aktiviti kokurikulum menyediakan pelbagai peluang
kepada pelajar menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai
yang telah dipelajari di dalam kelas. Pada asalnya, kurikulum sekolah dan kokurikulum
merupakan dua komponen yang mempunyai hubungan yang rapat dan saling memberi
peneguhan antara satu sama lain dalam sistem pendidikan.
Selain itu, sumbangan kokurikulum bukan sahaja untuk mengisi kepentingan
perseorangan semata-mata, tetapi yang nyata kecemerlangan tersebut sekiranya digembleng akan
memberi satu sumbangan yang bererti dalam pembinaan masyarakat seimbang dan untuk
kemakmuran negara. Oleh itu, aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada bidang
pendidikan dan kurikulum asas dan setiap sekolah adalah bertanggungjawab untuk merancang
dan melaksanakan program kokurikulum yang bersesuaian dan selaras dengan visi dan misi
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Di samping itu, kokurikulum merupakan satu gerak kerja yang dapat menyihatkan minda
dan tubuh semua pelajar. Segala yang telah dipelajari di dalam kelas Pengurusan Kokurikulum
ini adalah amat berguna untuk saya gunakan apabila bergelar pendidik kelak.
MINGGU PERTAMA PENSYARAH EN.ANIZAN B. MD NOOR
TARIKH 17 FEBRUARI 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Pertemuan pertama bersama pensyarah Pengurusan Kokurikulum (CMP 2011) bagi
kumpulan D dan beliau memperkenalkan dirinya iaitu En. Anizan bin Md Noor dan
sedikit latar belakang dirinya. Seterusnya, En. Anizan memperkenalkan lima orang
instruktor yang akan membantu kami sepanjang semester ini.
En. Anizan memulakan pembelajaran dengan menerangkan skop pembahagian markah
dan tugasan. Yang pertama ialah buku log sebagai tugasan individu, kuiz yang akan
dijalankan, aktiviti atau program setiap kumpulan dan akhir sekali karnival kokurikulum
sebagai tugasan kumpulan.
Selain itu, En. Anizan menerangkan cara dan skema penyediaan buku log seperti yang
beliau inginkan. Dan kelas bersurai.
REFLEKSI
Saya dapat mengetahui betapa pentingnya subjek Pengurusan Kokurikulum ini kepada
bakal guru.
Selain itu, saya juga mengetahui cara-cara penyediaan buku log dan skema pemarkahan
yang telah digariskan.
Saya akan menyiapkan diri dari aspek fizikal dan mental untuk menghadiri semua kelas
dan program yang bakal dijalankan.
MINGGU KEDUA PENSYARAH PN.ARNE SUZILA BT NASAM
TARIKH 24 FEBRUARI 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Kelas dimulakan oleh pensyarah gantian iaitu Pn. Arne Suzila binti Nasam.
Pn. Arne memulakan pembelajaran minggu ini dengan menerangkan matlamat, dasar dan
pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah yang melibatkan murid dalam aktiviti
kokurikulum.
Kemudian semua pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan mini untuk pengurusan dan
pengelolaan kokurikulum sendiri dan setiap kumpulan mini ini telah diberikan unit
masing-masing seperti persatuan, permainan dan unit beruniform serta akan dibantu oleh
seorang instruktor.
Seterusnya setiap kumpulan diminta untuk mengadakan mesyuarat agung untuk memilih
ahli jawatankuasa dan kelas bersurai.
REFLEKSI
Saya dapat memahami tentang kokurikulum dan kepentingannya kepada guru, pelajar,
masyarakat dan negara.
Seterusnya saya dapat mengenali rakan sekumpulan dengan saya dan kami berbincang
untuk menamakan kumpulan kami serta melantik ahli jawatankuasa serta merancang
program yang bakal kami jalankan.
MINGGU KETIGA PENSYARAH EN.ANIZAN B MD NOOR
TARIKH 03 MAC 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Pembelajaran minggu ini dimulakan dengan penerangan mengenai tatacara pengurusan
aktiviti atau program dan bentuk aktiviti-aktivitinya.
Selain itu, En. Anizan menerangkan setiap aktiviti yang dirancang perlulah memenuhi
pengisian pembangunan JERIS pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan panduan
permohonan bagi menjalankan sesuatu aktiviti atau program.
Selepas kuliah, kami diberikan masa untuk berbincang dengan kumpulan mini untuk
membuat Perlembagaan kelab kami.
REFLEKSI
Pada minggu ini saya dapat memahami cara untuk melaksanakan sesuatu aktiviti atau
program
Saya juga dapat mengetahui cara menyediakan Kertas Kerja dan Perlembagaan dan
mempelajari tentang prosedur permohonan untuk menjalankan aktiviti.
Perlembagaan Persatuan merupakan perkara pertama yang perlu dibuat selepas
menubuhkan jawatankuasa.
MINGGU KEEMPAT PENSYARAH EN.ANIZAN B MD NOOR
TARIKH 10 MAC 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Kuliah pada minggu ini dijalankan dengan pembentangan Perlembagaan setiap
kumpulan.
En. Anizan memanggil ahli setiap kumpulan secara rawak untuk membentangkan
Perlembagaan kumpulan.
Selepas setiap kumpulan membuat pembentangan Perlembagaan, En. Anizan
memberikan komen dan sedikit nasihat. Selain itu, terdapat satu kumpulan yang perlu
membentangkan semula perlembagaannya kerana pembentangan yang kurang
memuaskan. Dan kelas bersurai.
REFLEKSI
Saya mempelajari cara untuk membuat perlembagaan dengan cara yang betul dan
membuat penambahbaikan terhadap perlembagaan yang telah dibuat.
Selain itu, saya juga mengetahui cara untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti yang
akan dijalankan mengikut perlembagaan yang telah kami siapkan.
Terdapat satu kumpulan yang perlu membentangkan semula perlembagaan kumpulannya
kerana pembentangan mereka pada minggu ini kurang memuaskan. Dengan itu, saya
mempelajari betapa pentingnya membuat persediaan sebelum masuk ke dalam kelas.
MINGGU KELIMA PENSYARAH EN.ANIZAN B MD NOOR
TARIKH 17 MAC 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Kuliah pada minggu ini diteruskan dengan pembentangan perlembagaan daripada
kumpulan yang masih belum membentangkannya pada minggu lepas dan diikuti dengan
kumpulan yang perlu membentangkan semula perlembagaan kumpulannya.
Kemudian, kelas diteruskan dengan pembentangan kertas kerja.
En. Anizan memberikan komen dan nasihat terhadap pembentangan yang telah dibuat
dan semua kumpulan diminta untuk membuat penambahbaikan kertas kerja yang telah
dibuat dan perlu mendapatkan tandatangannya sebelum diserahkan kepada Pusat
Kokurikulum. Dan kelas bersurai.
REFLEKSI
Pada minggu ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang cara penyediaan
kertas kerja.
Saya juga mengetahui tentang aktiviti dan masa aktiviti yang akan dijalankan oleh
kumpulan saya dan beberapa kumpulan lain.
Bagi kumpulan yang belum sempat membentangkan kertas kerja, pembentangan akan
disambung pada minggu seterusnya.
MINGGU KEENAM PENSYARAH EN.ANIZAN B. MD NOOR
TARIKH 24 MAC 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Kuliah pada minggu ini terpaksa dibatalkan.
REFLEKSI
Kuliah dibatalkan kerana En. Anizan mempunyai urusan di luar.
MINGGU KETUJUH PENSYARAH EN.ANIZAN B. MD NOOR
TARIKH 31 MAC 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Kelas pada hari ini dimulakan dengan pembentangan kertas kerja bagi kumpulan yang
belum membuat pembentangan.
Setelah pembentangan, seperti biasa, En. Anizan memberikan komen dan nasihat. Kelas
bersurai
REFLEKSI
Saya dapat mengetahui tarikh dan masa program yang bakal berlangsung daripada
kumpulan lain.
MINGGU KELAPAN PENSYARAH EN.ANIZAN B.MD NOOR
TARIKH 14 APRIL 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Kelas pada minggu ini berjalan seperti biasa. En Anizan menerangkan tentang surat-
menyurat dan sistem fail.
Selain itu, pelajar didedahkan dengan bab-bab seperti sistem fail, format surat rasmi,
kiriman surat, nombor rujukan surat, rekod keluar dan masuk surat, minit fail dan yang
berkaitan dengan sistem fail.
Kelas kemudiannya tamat dan pelajar bersurai.
REFLEKSI
Saya dapat mempelajari cara menguruskan sistem fail yang sebelum ini saya tidak tahu.
Penjelasan yang diberikan sangat berguna kepada semua pelajar yang bakal bergelar
pendidik.
MINGGU KESEMBILAN PENSYARAH EN.ANIZAN B. MD NOOR
TARIKH 21 APRIL 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Pada minggu ini kuiz Pengurusan Kokurikulum dijalankan.
Kuiz ini dijalankan selama sejam untuk menjawab 30 soalan aneka pilihan.
Kuiz bermula pada pukul 5.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Selepas menjawab soalan, kertas jawapan dikumpul oleh instruktor masing-masing dan
kelas bersurai.
REFLEKSI
Hari ini semua pelajar termasuk saya tekun menjawab soalan kuiz yang telah diberikan.
Saya amat berharap akan mendapat keputusan yang cemerlang.
MINGGU KESEPULUH PENSYARAH EN.ANIZAN B. MD NOOR
TARIKH 28 APRIL 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Kuliah pada minggu ini, En. Anizan memberikan penerangan mengenai pengurusan
aktivti atau program.
En. Anizan memberikan tunjuk ajar tentang langkah-langkah yang perlu diambil semasa
menguruskan sesuatu aktiviti atau program
REFLEKSI
Saya mempelajari dan mengetahui tentang langkah-langkah serta prosuder untuk
mengurus dan mengelolakan sesuatu aktiviti atau program.
MINGGU KESEBELAS PENSYARAH EN.ANIZAN B. MD NOOR
TARIKH 05 MEI 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Kuliah pada minggu ini terpaksa dibatalkan.
REFLEKSI
Kuliah dibatalkan kerana Hari Mengundi 5 Mei 2014
MINGGU KEDUA BELAS PENSYARAH EN.ANIZAN B. MD NOOR
TARIKH 12 MEI 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Kuliah pada hari ini dimulakan dengan penerangan mengenai buku log individu yang
perlu dihantar.
En. Anizan ,menerangkan prosedur penghantaran buku log.
Selain itu, En. Anizan bertanyakan perkembangan program yang bakal dijalankan oleh
tiga kumpulan mini yang masih belum menjalankan program mereka.
REFLEKSI
Saya mengetahui tarikh penghantaran buku log.
MINGGU KETIGA BELAS PENSYARAH EN.ANIZAN B. MD NOOR
TARIKH 19 MEI 2014 HARI ISNIN
MASA 5.00-7.00 PETANG TEMPAT DKP 11
AKTIVITI
Penghantaran buku log individu.
REFLEKSI
Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.