i
ii
PEMBINAAN MODUL CELIK MOL DALAM TOPIK KONSEP MOL
SITI EZAINORA BINTI KASIRAN
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2011
iii
iv
v
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya saya telah dapat
menyempurnakan penyelidikan tesis ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi (Matematik), di Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr
Johari bin Surif, selaku penyelia kajian projek ini, yang mana banyak berusaha
membimbing, menunjuk ajar serta memberi sokongan padu yang berterusan kepada saya
sehingga kajian ini dapat disipakan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada keluarga dan teman-teman yang
banyak membantu sepanjang proses menjalankan kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini,
saya merakamkan penghargaan dan terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul pembelajaran iaitu „Modul
Celik Mol‟ bagi tajuk konsep mol berasaskan kepada tiga kaedah pengajaran iaitu
kaedah analogi, kaedah kontekstual dan kaedah penyelesaian masalah. Modul ini juga
bertujuan membantu mengatasi masalah kerangka alternatif dan meningkatkan
kemahiran matematik dalam kalangan pelajar dalam topik konsep mol. Instrumen yang
digunakan untuk menilai modul ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik.
Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian isi kandungan dan strategi pengajaran
yang digunakan dalam modul. Manakala Bahagian B pula menyediakan ruang untuk
guru memberikan ulasan dan cadangan berkaitan modul. Bagi menguji keberkesanan
modul, tiga orang guru kimia di sebuah sekolah di Daerah Johor Bahru dipilih sebagai
responden kajian. Data yang diperoleh daripada jawapan responden diproses dengan
menggunakan peratusan. Daripada data yang dianalisis, didapati bahawa kesemua
responden memberi pandangan yang positif mengenai Modul Celik Mol. Oleh itu, ia
sesuai digunakan serta wajar digunakan di sekolah selain dapat memperkayakan lagi
bahan rujukan para pelajar dalam bidang kimia. Beberapa cadangan telah dikemukakan
untuk memperbaiki modul agar lebih menarik dan berkesan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to construct a teaching module called „Modul Celik
Mol‟ on topic of mole concept that based on three teaching methods that involve method
of analogy, method of contextual, and problem solving. This module also helps to
overcome the problems of alternative frameworks and lack of mathematical skill among
the students on the topic mole concept. A questionnaire is the instrument that
used to assess this module. A questionnaire is divided into two parts, part A and part B.
Part A is used to assess the suitability of content and the teaching strategy that had been
use in this module. Then, part B is provides a space for respondent to give comments
and suggestions to improve this module. Three chemistry teachers from one school in
Johor Bahru had been chosen as respondent to evaluate the effectiveness of the module.
The data obtained from the respondents was processed by using percentage. From the
data analyzed, it was found that all the respondent had give positive comment on the
module. Therefore, the module is suitable and should be used in a school in addition to
enrich the references for students in chemistry. Several suggestions have been made to
improve the module to be more interesting and effective.
viii
KANDUNGAN
SENARAI PERKARA MUKA SURAT
Pengakuan iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Kandungan I viii
Kandungan II ix
Senarai Jadual xiv
Senarai Rajah xv
Senarai Singkatan xvi
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.2.1 Permasalahan Dalam Kimia 4
1.2.2 Strategi Yang Berkesan Untuk Memahami Konsep Mol 6
1.2.2.1 Kaedah Analogi 7
1.2.2.2 Kaedah Kontekstual 7
1.2.2.3 Kaedah Penyelesaian Masalah 8
1.2.3 Modul Berdasarkan Strategi 9
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Kimia 13
1.8.2 Konsep 13
1.8.3 Mol 14
1.8.4 Nombor Avogadro 14
1.8.5 Kaedah 14
1.8.6 Kaedah Analogi 15
1.8.7 Kaedah Kontekstual 15
1.8.8 Kaedah Penyelesaian Masalah 15
1.9 Penutup 16
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Konsep 17
2.2.1 Konsep Sains 18
2.2.2 Konsep Mol 19
2.3 Kerangka Alternatif Bagi Konsep Mol 20
2.3.1 Definisi Dan Istilah 20
2.3.2 Kelemahan Memahami Sesuatu Hukum Atau Konsep 24
2.3.4 Kaitan Mol Dengan Jisim, Isipadu Dan Bilangan Zarah 26
2.4 Masalah Kemahiran Matematik Bagi Konsep Mol 27
2.4.1 Algorithma 28
2.4.2 Penaakulan Matematik 29
2.4.3 Nombor Bentuk Piawai 29
2.5 Strategi Pengajaran Berkesan Untuk Menguasai Konsep Mol 29
2.5.1 Kaedah Analogi 30
2.5.2 Kaedah Kontekstual 32
2.5.3 Kaedah Penyelesaian Masalah 36
2.6 Penutup 39
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 40
3.2.1 Proses Pembangunan Modul Celik Mol 41
3.2.2 Modul Celik Mol 41
3.2.2.1 Kaedah Analogi 43
3.2.2.2 Kaedah Kontekstual 44
3.2.2.3 Kaedah Penyelesaian Masalah 46
3.3 Subjek Kajian 47
3.4 Instrumen Kajian 47
3.5 Tatacara Kajian 49
3.5.1 Kajian Tahap Satu : Pembinaan Modul Celik Mol 52
3.5.3 Kajian Tahap Kedua : Penilaian Formatif 53
3.5.4 Kajian Tahap Ketiga : Analisis Data Dan Maklumat 53
3.5.4.1 Markat maksimum diperolehi apabila nilai
gerak balas tertinggi dijumlahkan 54
3.5.4.2 Markat minimum diperolehi apabila nilai
gerak balas terendah dijumlahkan 54
3.6 Andaian Kajian 55
3.7 Penutup 55
xii
BAB PERKARA MUKA SURAT
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 56
4.2 Dapatan Kajian 56
4.3 Analisis Data Bahagian A 57
4.3.1 Isi Kandungan 57
4.3.2 Strategi Pengajaran 59
4.3 Analisis Data Bahagian B 61
4.4 Penutup 64
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan 65
5.2.1 Isi Kandungan 66
5.2.2 Strategi Pengajaran 67
5.2.3 Penilaian Umum 69
5.3 Rumusan 71
5.4 Cadangan 71
5.4.1 Guru 73
5.4.2 Pelajar 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.6 Penutup 74
xiii
BAB PERKARA MUKA SURAT
6 RUJUKAN DAN LAMPIRAN
6.1 Rujukan 75
6.2 LAMPIRAN A: Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, KPM 82
6.3 LAMPIRAN B : Pengesahan Instrumen Kajian 85
6.4 LAMPIRAN C : Borang Soal Selidik 87
6.5 LAMPIRAN D : Borang Soal Selidik Yang Telah Dijawab 92
xiv
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Muka Surat
3.1 Skor Bagi Item 48
3.2 Skor Bagi Item Positif dan Negatif 49
4.1 Isi Kandungan Modul 57
4.2 Strategi Pengajaran 59
4.3 Penilaian Umum 61
xv
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk Muka Surat
2.1 Lima Langkah Pengajaran Kontekstual 34
3.1 Rangka kerja kajian keseluruhan 50
3.2 Rangka Kerja Pembinaan Modul Celik Mol 51
3.3 Rangka Kerja Kajian Tahap Satu 52
xvi
SENARAI SINGKATAN
Hlm – Halaman
KPM – Kementerian Pendidikan Malaysia
SPM – Sijil Pelajaran Malaysia
P&P – Pembelajaran dan Pengajaran
BBM – Bahan Bantu Mengajar
DBP – Dewan Bahasa dan Pustaka
17
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia sebagai satu negara yang sedang pesat membangun, telah menyasarkan
visinya untuk menjadi sebuah negara maju dan progresif menjelang tahun 2020. Bagi
mencapai matlamat wawasan tersebut bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato‟ Seri Dr.
Mahathir Mohamad (1991) telah menegaskan sembilan cabaran yang harus ditangani
secara menyeluruh oleh semua rakyat Malaysia. Cabaran keenam dalam Wawasan 2020
menjelaskan hasrat Malaysia yang bukan sahaja hanya mahu bergerak maju dengan
penggunaan sains dan teknologi malahan menjadi pemimpin dalam sektor tersebut (Abd
Rahim, 2003). Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyasarkan
target 60:40 iaitu 60 pelajar dalam aliran sains manakala 40 peratus lagi pelajar dalam
aliran sains sosial (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia,
2001). Bagi mencapai hasrat ini, negara berhadapan dengan dua isu kritikal yang perlu
ditangani iaitu meningkatkan jumlah penyertaan pelajar dalam aliran sains dan
meningkatkan kualiti dan peratusan pencapaian pelajar yang mengambil mata pelajaran
sains.
Bagi mencapai sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia itu sendiri, para
pelajar seharusnya diberi penekanan yang mendalam dalam mata pelajaran sains dan
matematik dari peringkat awal lagi bagi membolehkan visi negara dapat dicapai.
18
Menurut Swarna (2004) pelajar yang telah diberikan pendedahan asas kepada sains dan
matematik yang kukuh, lebih berupaya untuk menceburkan diri dalam sektor sains dan
matematik pada institusi yang lebih tinggi pada masa hadapan. Hal ini penting bagi
mengemudi generasi baru bagi menambah minat dan pengetahuan mereka dalam sains
dan matematik seterusnya membolehkan mereka memperoleh tapak yang kukuh dalam
asas ilmu sains dan matematik. Justeru itu, penekanan dan tindakan yang sewajarnya
telah diambil untuk mencapai hasrat kerajaan ini. Pengajaran sains telah bermula sejak
di Tahun 1 peringkat sekolah rendah lagi. Pembabitan awal dalam subjek ini
membolehkan pelajar lebih cenderung meminati subjek ini dan dapat memberi
pendedahan awal kepada mereka.
Salah satu mata pelajaran sains yang ditawarkan dalam institusi pendidikan
negara adalah mata pelajaran kimia. Kimia merupakan salah satu subjek sains yang
ditawarkan kepada semua pelajar aliran sains tulen bagi semua pelajar menengah atas di
sekolah di Malaysia. Kimia merupakan cabang sains yang berkenaan dengan komposisi,
struktur, dan ciri jirim, dan juga perubahan yang dialami oleh jirim tersebut apabila
didedahkan kepada jirim yang lain ataupun ketika berlaku perubahan keadaan fizikal di
sekeliling jirim tersebut. Kimia merupakan sains fizikal yang melibatkan kajian pelbagai
atom, molekul, hablur dan bentuk jirim lain baik diasingkan atau disebatikan, yang
membabitkan konsep tenaga dan entropi berkenaan dengan kespontanan proses kimia.
Kimia dikenali sebagai satu subjek yang sukar dan bidang kimia diajar menerusi aras
yang abstrak (Gabel, 1999; Yalcinalp et al., 1995). Pengetahuan abstrak dalam kimia
adalah dipengaruhi oleh tahap kesukaran pembelajarannya kepada pelajar (Yalcinalp et
al., 1995).
Memandangkan kimia begitu mempengaruhi kehidupan, maka bidang kimia
sudah pasti menjadi satu bidang kerjaya yang amat penting. Ahli kimia diperlukan dalam
bidang pemakanan, perubatan, pertanian serta dalam industri pembuatan. Tanpa disedari
atau sebaliknya, bahan kimia digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.
Pakaian sutera atau kapas mahupun jaket nilon semuanya dibuat daripada bahan kimia.
Bahan makanan juga terdiri daripada bahan kimia. Protein, sebagai contoh, terdiri dari
unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen serta sedikit fosforus dan sulfur.
19
Bahan kimia seperti glukosa dan sukrosa membekalkan tenaga kepada kita. Industri
kimia kian berkembang maju di Malaysia. Dalam pengeluaran minyak dan petrol,
Malaysia merupakan negara yang tersenarai sebagai negara yang menjadi pengeluar
utama di dunia. Kegunaan bahan kimia terus meningkat dan manusia akan sentiasa
memerlukan bahan baru. Di sinilah kimia memainkan peranan untuk menghasilkan
benda baru dan menjadi satu bidang yag penting kepada negara.
Oleh yang demikian, mata pelajaran kimia merupakan antara mata pelajaran
yang terpenting dalam institusi pendidikan negara. Di Malaysia, laporan pencapaian Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2003 dan 2004 menyatakan bahawa topik „formula kimia dan
persamaan‟, „struktur atom‟, „jadual berkala‟, dan „ikatan kimia‟ merupakan asas kimia
yang perlu ditekankan. Namun, di kalangan para pelajar, mereka rata-rata mempunyai
masalah dalam tajuk-tajuk kimia yang mengandungi asas-asas matematik. Sebagai
contoh, untuk tajuk „formula kimia dan persamaan‟. Tajuk ini memerlukan pelajar
mempunyai asas matematik yang kukuh bagi membolehkan para pelajar memahami
konsep matematik yang diguna pakai dalam subjek kimia.
Konsep mol merupakan satu konsep utama yang diajarkan dalam tajuk „formula
kimia dan persamaan‟. Konsep ini penting kerana menjadi teras utama yang diguna
pakai dalam tajuk kimia yang seterusnya. Pelajar kerapkali mempunyai masalah tentang
konsep mol kerana pelajar tidak memahami konsep mol dengan jelas. Jika pelajar tidak
dapat memahami konsep tersebut, maka pelajar akan mempunyai masalah dalam tajuk
yang berikutnya yang mempunyai kaitan dengan konsep ini. Hal ini banyak dikaitkan
dengan kewujudan kerangka alternatif dalam pembinaan konsep pelajar.
Justeru, kajian perlu dijalankan bagi mengenalpasti kewujudan kerangka
alternatif ini dan mencadangkan modul pengajaran yang sesuai berdasarkan strategi
pengajaran yang berkesan.
20
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab iatu „al-kimiya’. Seorang tokoh
sains yang berbangsa Inggeris iatu Robert Boyle (1627-1691) telah dianggap sebagai
peneraju kimia moden. Kimia merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang sains
yang mengkaji pelbagai bahan yang terdapat dalam alam semesta serta perubahan yang
berlaku terhadap bahan-bahan tersebut apabila saling berinteraksi antara satu dengan
yang lain. Justeru, ilmu kimia merangkumi suatu lapangan kajian yang amat luas,
daripada mengkaji zarah-zarah asas dalam suatu bahan sehinggalah kepada saling tindak
antara bahan-bahan tersebut untuk menghasilkan bahan yang baru. Mata pelajaran ini
diperkenalkan kepada pelajar-pelajar aliran sains peringkat menengah atas iaitu
tingkatan 4, 5 dan 6 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Malangnya, banyak kajian
yang dijalankan mendapati kimia mendatangkan pelbagai permasalahan kepada pelajar.
1.2.1 Permasalahan Dalam Kimia
Ramai pengkaji menyatakan bahawa kimia merupakan satu subjek yang
mengandungi pelbagai konsep abstrak yang sangat sukar untuk difahami (Gabel, 1999;
Yalcinalp et.al 1995). Laporan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003 dan
2004 menyatakan bahawa topik „formula kimia dan persamaan‟ adalah salah satu tajuk
penting yang perlu ditekankan kepada para pelajar kerana banyak masalah yang timbul
daripada topik tersebut.
Dalam tajuk tersebut, konsep mol adalah salah satu subtopik yang terpenting.
Perkataan „mol‟ merupakan suatu konsep kimia yang unik (Musa Uce, 2008). Perkataan
ini berasal daripada Latin iatu „moles‟ yang bermaksud longgokan atau timbunan. Dalam
konteks kimia, perkataan mol membawa maksud longgokan atau timbunan atom,
molekul, ion dan sebagainya. Menurut unit SI, 1 mol ditakrifkan sebagai kuantiti bahan
yang mengandungi bilangan zarah (atom, molekul, ion) yang sinonim dengan bilangan
atom yang terdapat dalam 12.000 g karbon-12, iatu 6.023x10²³ atom. Konsep mol
merupakan tiang utama kepada kebanyakan pengiraan asas dalam kimia kerana „mol‟
21
bersifat seakan-akan „orang tengah‟ yang menjadi penghubung kepada jisim bahan,
bilangan zarah dan isipadu gas.
Konsep mol adalah konsep asas dalam kimia kuantitatif yang memberikan
kesukaran kepada pelajar untuk memahami dan mengenalpasti kesukaran konsep dalam
kimia (Carvellati et al., 1982; Friedel & Maloney, 1992; Gabel, Sherwood & Enochs,
1984; Yalcinap et al., 1995). Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh ramai penyelidik
mendapati tajuk konsep mol merupakan salah satu tajuk kimia yang sukar dikuasai oleh
pelajar (Duncan & Johnstone, 1971; Larson, 1997; Johnsten, 2000, Furio et al., 2002).
Proses P&P kimia bagi tajuk konsep mol adalah satu cabaran besar kepada guru dan
pelajar kerana tajuk ini melibatkan banyak pengiraan matematik, istilah-istilah kimia
yang baru dan fakta-fakta yang abstrak yang sukar dikuasai oleh para pelajar
terutamanya pelajar yang lemah dalam kemahiran matematik (Gabel & Sherwood, 1984;
Niaz, 1996, Reid et al., 2002).
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan dalam tajuk ini. Sebagai contoh
kajian daripada Swarna (2004) mengenai pemahaman pelajar tingkatan 4 aliran sains
terhadap konsep mol dan aplikasinya. Hasil dapatan kajiannya menunjukkan bahawa
hanya 19.0 % responden yang menguasai bahagian konsep mol dan pemalar avogadro.
Beberapa kajian berhubung dengan pembelajaran konsep mol telah mendapati ramai
pelajar yang tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan dengan mol adalah kerana
mereka tidak dapat menguasai pengetahuan konsep, pengetahuan algorithma, dan
pengetahuan matematik (Abd. Rahman, 2005).
Suhaimi (1995) telah melakukan kajian tentang analisis kesukaran tugasan
konsep mol menggunakan analogi di kalangan pelajar berbeza kebolehan pada peringkat
tingkatan empat, telah mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak menguasai
pengetahuan asas matematik dalam penyelesaian masalah mol. Mastura (2004) telah
melakukan kajian tentang kefahaman pelajar mengenai tajuk konsep mol. Dapatan
kajian menunjukkan kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran dalam memahami
konsep mol, dan terdapat pelajar-pelajar yang mempunyai miskonsepsi dalam konsep
mol di mana konsep-konsep yang difahami oleh mereka adalah tidak koheran dengan
22
pandangan saintifik. Menurut Noraihan (2008), dalam kajiannya berkaitan masalah
pembelajaran konsep mol dalam konteks penyelesaian masalah, mendapati bahawa
pelajar mengalami masalah dalam menyelesaikan masalah konsep mol dan
menghubungkait dengan bilangan zarah, jisim bahan dan persamaan kimia. Pelajar yang
lemah dalam pengetahuan matematik juga menghadapi kesukaran menjawab soalan
berkaitan konsep mol berbanding pelajar yang mempunyai asas matematik yang kukuh.
1.2.2 Strategi Yang Berkesan Untuk Memahami Konsep Mol
Konsep mol yang terkandung dalam kurikulum kimia merupakan konsep asas
yang tergolong dalam kategori yang sukar difahami. Ini bermakna pelajar perlu berusaha
untuk menguasai pengetahuan konsep ini dengan tepat (Sa‟adah, 1991; Phelps, 1996).
Jika pelajar gagal memahami konsep ini, berkemungkinan besar mereka akan
menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan soalan dalam bentuk penyelesaian masalah
(Hein, 1986; Aziz, 1991; iaz, 1995).
Pada masa kini, dalam konteks kurikulum sedia ada yang berorientasikan
peperiksaan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) didapati masih lagi berpusat
pada guru (Abu Hassan 2003). Ramai guru berpandangan bahawa pelajar tidak
mempunyai sebarang idea mengenai sesuatu konsep kimia maka mereka cenderung
untuk mengamalkan P&P yang berpusatkan guru dengan menghadkan penglibatan aktif
pelajar (Abu Hassan, 2001; Bah et al., 2002; Mohammad Yusof et al., 2002).
Pendekatan P&P yang sedia ada memberikan perhatian dan penekanan dalam bidang
kognitif aras rendah iaitu penghafalan, ingatan kembali dan kefahaman (Gabel, 1983).
Penekanan ini gagal untuk mengenalpasti kelemahan pelajar dalam menguasai konsep
dengan tepat dan membimbing mereka membina kefahaman secara mendalam (Bowen
& Bunce, 1997).
Sehubungan itu, strategi pengajaran yang berteraskan kepada usaha untuk
membantu pelajar mengatasi masalah khususnya dalam konsep mol ini perlu
dilaksanakan. Untuk tujuan itu, dalam peyelidikan ini, tiga strategi pengajaran yang
23
berkesan iaitu kaedah analogi, kaedah penyelesaian masalah dan juga kaedah
kontekstual telah dipilih. Ketiga-tiga kaedah ini memberi peluang kepada para pelajar
untuk membentuk konsep mol itu sendiri melalui pemahaman dan pengetahuan mereka.
Mereka tidak hanya disuruh menghafal nombor avogadro, tetapi mereka perlu
membentuk sendiri pengetahuan mereka.
1.2.2.1 Kaedah Analogi
Kaedah analogi merupakan satu teknik pengajaran menggunakan 'perumpamaan'
dibuat untuk mewakili sesuatu konsep yang hendak diajar (Allan, 2008). Kaedah ini
membantu para pelajar meningkatkan pengetahuan mereka dalam konsep saintifik.
Kaedah ini penting bagi menerangkan tentang sesuatu objek atau proses terutamanya
pada sesuatu yang tidak dapat dilihat seperti atom dan molekul. Kaedah ini mendapat
perhatian kerana mampu menerangkan tentang idea-idea pembelajaran yag abstrak
kepada bentuk yang lebih mudah difahami. Tiga prinsip penggunaan analogi adalah
fokus, tindakan dan refleksi (Allan and Richard, 2008).
1.2.2.2 Kaedah Kontekstual
Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin
con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks.
Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umumnya,
kontekstual membawa pengertian yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan
langsung, mengikut konteks. Kontekstual juga boleh membawa pengertian yang
membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Oleh itu, kaedah kontekstual
iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya
mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau
releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.
Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti
24
kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran
kontekstual ialah pembelajaran „eksperential‟, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran
aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan
penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan
pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia mengajar murid
untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari
(Portal Pendidikan Utusan, 2001). Pengajaran kontekstual dapat dilaksanakan dengan
menggunakan lima strategi (REACT) iaitu strategi menghubungkait, strategi mengalami,
strategi menggunakan, strategi bekerjasama dan strategi memindahkan.
1.2.2.3 Kaedah Penyelesaian Masalah
Sifat kaedah penyelesaian masalah manusia telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi
sejak beratus-ratus tahun lagi. Terdapat banyak kaedah untuk mengkaji penyelesaian
masalah, termasuk renungan dan pemodelan komputer, serta juga uji kaji. Bermula
dengan uji kaji awal para ahli Gestalt di negara Jerman (umpamanya Duncker, 1935)
yang diteruskan pada dekad 1960-an dan awal 1970-an, penyelidikan tentang
penyelesaian masalah biasanya melibatkan tugas-tugas makmal yang agak mudah
(umpamanya, masalah "sinar-X" Duncker, dan masalah "cakera" Ewert & Lambert yang
kemudiannya dikenali sebagai Menara Hanoi) dan yang kelihatan baru kepada para
peserta (umpamanya Mayer, 1992). Gagne (1980) telah mendefinisikan penyelesaian
masalah secara formal dalam rangka kerja kemahiran kognitif. Beliau mencadangkan
sesuatu peristiwa atau fenomena perlu disusun secara hierarki dari mudah kepada yang
lebih kompleks. Beliau juga mencadangkan supaya seseorang itu dapat mengembangkan
peraturan atau prinsip dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Peraturan atau prinsip
akan terbentuk apabila dua atau lebih konsep dihubungkan ke dalam sesuatu kenyataan
yang mengaitkan konsep-konsep itu. Bagi model penyelesaian masalah Polya,
penyelesaian masalah terdiri daripada empat peringkat iaitu memahami soalan,
merancang strategi penyelesaian, menyemak jawapan dan penyelesaian semula
(Masingila dan Moellwald, 1993).
25
Jelaslah bahawa tiga strategi pelajaran ini mempunyai pelbagai kekuatan yang
boleh digunakan untuk membantu mengatasi permasalahan pelajar terhadap konsep mol.
Strategi ini perlu disokong oleh modul yang boleh diaplikasikan guru dalam proses
pengajaran mereka. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan membina modul berdasarkan
ketiga-tiga strategi pengajaran ini untuk mengatasi masalah mol pelajar.
1.2.3 Modul Berdasarkan Strategi
Dalam peyelidikan ini, satu modul telah dibentuk bertujuan membantu para
pelajar memahami konsep mol ini dengan lebih mudah. Modul merupakan satu set
pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapai
objektif pembelajaran. Ia merupakan satu komponen yang tersendiri dalam satu sistem
pengajaran dan pembelajaran. Ia direkabentuk untuk pelajar belajar secara sendiri dan
dibentuk untuk penggunaan satu-satu golongan pengguna (Zurida, 2003). Ciri-ciri
penting untuk membina sesuatu modul adalah :
i. Ia mengandungi satu atau beberapa konsep sahaja
ii. Modul mengandungi objektif-objektif tingkah laku
iii. Ia boleh menggunakan pelbagai media
iv. Ia mengandungi berbagai strategi atau aktiviti
v. Setiap panduan belajar mempunyai pengenalan, objektif pengajaran, siri,
tugasan dan soalan-soalan untuk menguji kefahaman pelajar
vi. Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang
digubal dan disusun secara sistematik
Modul yang dibina menggunakan tiga pendekatan berbeza iaitu melalui
penggunaan kaedah analogi, penyelesaian masalah, dan juga kaedah kontekstual.
Penggunaan ketiga-tiga kaedah ini diharap dapat membantu proses pengajaran yang
mana pelajar perlu menguasai konsep mol itu sendiri. Pemahaman konsep tersebut akan
membolehkan para pelajar memperoleh penguasaan yang jitu terhadap konsep mol
26
seterusnya membolehkan mereka lebih berilmu pengetahuan dalam tajuk formula kimia
dan persamaan.
1.3 Pernyataan Masalah
Konsep mol merupakan asas untuk menyelesaikan permasalahan dalam pelbagai
tajuk dalam mata pelajaran kimia. Asas yang kukuh dalam konsep mol amat penting
untuk membantu mereka menguasai konsep-konsep yang selanjutnya. Tajuk konsep mol
mendatangkan masalah kepada kebanyakan para pelajar. Ini kerana mereka tidak dapat
menguasai konsep, lemah dalam matematik, dan lemah dalam strategi penyelesaian
algorithma. Kelemahan perkara-perkara ini menyebabkan mereka gagal menguasai
konsep mol dengan baik. Tambahan pula, ia akan menyebabkan pelajar gagal menguasai
konsep-konsep sains yang lebih kompleks. Justeru itu, strategi pengajaran berkesan amat
diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Antara strategi pengajaran yang berpotensi untuk
mengatasi masalah ini adalah melalui kaedah analogi, kaedah penyelesaian masalah, dan
juga kaedah kontekstual. Di samping itu, BBM yang berdasarkan kaedah-kaedah di atas
perlu dibangunkan dalam usaha menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan itu, kajian ini akan membina “Modul Celik Mol” bagi meningkatkan
penguasaan konsep mol pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk membina “Modul Celik Mol” dalam tajuk
konsep mol dalam usaha untuk membantu pelajar menguasai konsep dan penggunaan
mol dengan berkesan. Modul ini dibina berdasarkan tiga kaedah pembelajaran iaitu:
i) Kaedah Penyelesaian Masalah
ii) Kaedah Analogi
iii) Kaedah Kontekstual