Download - Kupasan dan kajian Teks Prosa traditional
Kezaliman membawa padah
Sinopsis
Ketika lalu berhampiran dengan kawasan istana, Tun Jana
Khatib yang mengamalkan ilmu khayal lilah lagi tauhid dua
belas alam, menguji ilmuny dengan menilik sebatang pokok
pinang. Sebagai akibatnya, pokok pinang tersebut terbelah
dua. Kebetulan, perbuatannya itu terlihat oleh raja
perempuan. Paduka Seri Maharaja yang turut melihat
perbuatan itu berasa marah kerana menganggap Tun Jana
Khatib sengaja menunjuk-nunjukkan kehebatannya. Oleh itu,
Paduka Seri Maharaja telah menjatuhkan hukuman bunuh
terhadap Tun Jana Khatid. Apabila Tun Jana Khatib ditikam,
darah menitik ke bumi tetapi tubuhnya ghaib secara tiba-
tiba. Kemudian, ada orang yang mengatakan bahawa tubuh
Tun Jana Khatib terlantar di Langkawi. Tidak beberapa
kemudian selepas pembunuhan Tun Jana Khatiib itu,
Singapura diserang todak yang luar biasa sehingga
menyebabkan orang-orang yang berada di pantai tersebut
mati di tikam. Paduka Seri Maharaja memerintahkan orang
ramai berkubuhkan betis untuk menghalang serangan todak
itu. Pada ketika itu muncul seorang budak yang memberi
cadangan supaya menjadikan batang pisang sebagai kubu.
Paduka Seri Maharaja akur dengan cadangan tersebut.
Setelah itu, semua todak terlekat di batang pisang lalu dapat
dibunuh dengan mudah dan Singapura kembali aman. Akibat
hasutan para pembesar, Paduka Seri Maharaja telah
membunuh budak tersebut. Apabila Paduka Seri Maharaja
mangkat, Singapura diambil ahli oleh anaknya, Raja Iskandar
Syah yang mempunyai banyak gundik dan salah seorang
daripadanya ialah anak Sang Rajuna Tapa. Beberapa orang
gundik berasa cemburu dengan anak Sang Rajuna Tapa
yang sangat disayangi oleh Raja Iskandar Syah. Mereka
membuat fitnah dan dipercayai oleh Raja Iskandar Syah
yang kemudiannya menjatuhkan hukuman sula terhadap
anak Sang Rajuna Tapa. Sang Rajuna Tapa yang sangat
malu atas fitnah tersebut dan marah akan perbuatan Raja
Iskandar Syah telah menulis surat kepada Betara Majapahit
supaya menyerang Singapura. Dalam serangan itu kelak, dia
akan membelot dari dalam kota. Sebagai hasil perancanag
berkenaan, Singapura akhirnya dapat dikalahkan oleh
Mahapahit. Raja Iskandar Syah terpaksa melarikan diri ke
Seletar lalu beralhi ke Muaar. Dengan takdir Allah, Sang
Rajuna Tapa dan isterinya pula menjadi batu.
Tema dan persoalan.
Tema yang diketengahkan ialah tindakan pemerintah yang
zalim akan mengakibatkan keruntuhan kerajaannya sendiri.
Raja yang zalim telah membunuh Tun Jana Khatib, seorang
budak dan anak Sang Rajuna Tapa. Sebagai akibatnya, raja
kehilangan taktha dan kerajaannya di Singapura dikalahkan
oleh Majapahit.
Persoalan-persoalannya pula ialah:
Fitnah membawa akibat yang buruk.
Kebijaksanaan fikiran dapat menyelesaikan sesuatu
masalah.
Pembelot kepada negara seharusnya menerima balasan
yang setimpal.
Hukuman yang memalukan akan menimbulkan perasaan
dendam.
Plot
1. Pada permulaan cerita, pembaca diperkenalkan pada
watak Tun Jana Khatib dan Paduka Seri Maharaja yang
bertindak zalim.
2. Cerita ini berkembang apadila ikan todak melanggar
Singapura. Banyak rakyat yang mati kerana kebodohan
raja dalam usaha mengakis serangan todak.
3. Konflik bertambah rumit apabila Raja Iskandar menyula
isterinya kerana percaya akan fitnah.
4. Sang Rajuna Tapa tidak puas hati terhadap tindakan
Raja Iskandar dan mula menaruh perasaan dendam.
5. Kemudian, berlakulah peristiwa yang menjdai puncak
cerita, iaitu serangan Majapahit terhadap Singapura.
6. Pada pengakhiran cerita, Singapura kalah dalam
peperangan dengan Majapahit. Raja Iskandar lari ke
Muar dan Sang Rajuna Tapa serta isterinya menjadi
batu.
Watak dan perwatakan
Paduka seri Maharaja
1. Baginda pemerintah kerajaan Singapura yang zalim
kerana membunuh Tun Jana Khatib berpandukan
prasangka.
2. Fikiran baginda singkat keran menyurah rakyatnya
berkubuhkan betis ketika menghadapi serangan todak.
Sebagai akibatnya, banyak rakyatnya terkorban.
3. Baginda mudah dipengaruhi oleh orang lain, misalnya
menerima hasutan pembesar supaya membunuh
seorang budak ynag telah berjasa kepada negara.
4. Baginda mementingkan kedudukan baginda. Budak
yang bijaksana dibunuh baginda kerana bimbang
kedudukan baginda pada masa hadapan akan
terancam.
Raja Iskandar
1. Baginda ialah anak Paduka Seri Maharaja yang menaiki
taktha bagi mangantikan Paduka Seri maharaja.
2. Baginda bertindak terburu-buru dan mudah percaya
akan fitnah serta tidak adil atau kejam kerana
menjatuhkan hukuman terhadap gundiknya tanpa
menyiasat tuduhan yang dilemparkan lebih dahulu.
3. Kerajaan dikalahkan oleh kerajaan Majapahit dan
sebagai akibatnya, baginda terpaksa melarikan diri ke
Muar.
Sang Rajuna
1. Beliau bendahari kerajaan Singapura semasa
pemerintahan Raja Iskandar.
2. Anaknya berkahwin dengan Raja Iskandar.
3. Beliau berasa malu dan kecewa atas tindakan Raja
Iskandar yang mempercayai fitnah dan menyula
anaknya di pasar.
4. Beliau belot kepada negara kerana bertindak hendak
membalas dendam kepada Raja Iskandar.
5. Dengan takdir Tuhan , beliau dan isterinya kononnya
menjadi batu.
Latar
1. Latar masa kisah ini ialah pada zaman Majapahit dan
zaman sebelum kesultanan Melayu Melaka.
2. Latar tempatnya pula ialah di Singapura, Tanah Jawa,
dan Muar.
3. Latar masyarakatnya ialah masyarakat yang diperintah
oleh kerajaan Singapura semasa pemerintahan Paduka
Seri Maharaja dan Raja Iskandar.
4. Masyarakat tersebut hidup di bawah sistem feudal,
yakni sistem yang menghendaki rakyat sentiasa taat
kepada pemerintahnya.
5. Masyarakat pemerintahnya pula sering bertindak
terburu-buru dan zalim kepada rakyat.
6. Masyarakat yang diperintah pada umumnya tidak
berilmu dan bersikap dengki terhadap orang yang
bijaksana.
Nilai
1. Bijaksana. Contohnya budak mencadangkan orang
ramai berkubukan batang pisang untuk menghadapi
serangan ikan todak.
2. Taat. Contohnya, rakyat menurut apa-apa sahaja
perintah raja seperti berkubukan betis untuk menahan
seranagan ikan todak.
Pengajaran
1. Kita hendakalah berfikir dahulu sebelum melalukan
sesuatu tindakan.
2. Kita janganlah bertindak zalim dengan membunuh
rakyat tanpa melakukan siasatan lebih dahulu.
3. Kita janganlah menabur fitnah keran buruk akibatnya.
4. Kita janganlah membalas dendam dengan belot kepada
negara kerana akan mengakibatkan keruntuhan sebuah
kerajaan.
5. Kita janganlah mementingkan kedudukan hingga
sanggup membunuh orang yang tidak berdosa.
Asal usul raja kecil
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan suka duka anak almarhum Sultan
Mangkat Dijulang yang dilahirkan oleh Encik Pung. Selepas
dilahirkan, Encik Pung tidak mahu menyusui anak itu.
Laksamana pun mencari orang yang sanggup menyusui
anak itu. Laksamana meminta Raja Negara selat
menghantar putera itu kepada Temenggung Muar. Sejak itu,
putera tersebut dipelihara oleh Temenggung seperti
anaknya sendiri. Apabila berumur tujuh tahun, Temenggung
Muar membawa anak itu ke Johor. Disana, kanak-kanak itu
suka bermain di makam ayahandanya di Kota Tinggi. Ketika
di makan itu, dia makan rumput. Perbuatannya diikuti oleh
kanak-kanak lain tetapi kanak-kanak lain muntah darah
apabila makan rumput tersebut. Cerita segara sampai ke
pengetahuan Yamtua Muda. Laksamana pun segera
mengarahkan Raja Negara selat menyerahkan kanak-kanak
itu kepada Nakoda Malim. Nakoda Malim menggelar kanak-
kanak itu Tuan Bujang. Tuan Bujang dibawa ke Jambi
sebelum ke Pagaruyung pula. Di Pagaruyung, Nakoda Malim
menghadap Yamtuan Sakti menceritakan kisah putera yang
sebenarnya. Tuan Bujang dibawa menghadap Puteri Jilan.
Puteri Jilan sangat gembira kerana dapat bertemu dengan
cucunya itu. Tuan Bujng kemudiannya dibenarkan bermain
di peterana bersama-sama dengan anak-anak Yamtuan sakti
yang lain. Apabila berumur 13 tahun, Tuan Bujang meminta
izin untuk ke Batanghari kerana hendak menuntut ilmu.
Puteri Jilan memberikan kebenaran kepadanya. Selepas itu,
Tuan Bujang pergi ke Palembang lalu menghadap Sultan
Lema Abang dengan tujuan memperhambakan diri. Sultan
Lema Abang gembira menerima kehadiran Tuan Bujang.
Namun, Sultan Lema Abnag berasa hairan kernan semenjak
Tuan Bujang membawa tiga puluh dua tepaknya, badannya
selalu sakit.
Tema dan persoalan
1. Keistimewaan keturunan raja yang berdaulat.
2. Daulat yang ada pada Tuan Bujang menyebabkan
sultan lebih rendah tarafnya tidak dapat duduk lebih
tinggi daripada Tuan Bujang.
3. Persoalan-persoalan yang diketangahkan ialah
Sifat luar biasa yang ada pada seorang putera raja
Kasih sayang kepada seorang putera raja
Semangat kerjasama dalam masyarakat
Plot
1. Cerita bermula dengan pengenalan watak Tuan Bujnag
semasa baru dilahirkan.
2. Cerita ini berkembang apabila Tuan Bujang kembali ke
Johor semula untuk menziarahi makam ayahandanya.
3. Konflik seterusnya berlaku, berpunca daripada daulat
yang dimiliki oleh Tuan Bujang hingga menyebabkan
Yamtuan Muda Johor ingin mencari Tuan Bujang.
4. Puncak ceritanya ialah Tuan Bujang mengembara
seorang diri ketika berusia tiga belas tahun.
5. Cerita berakhir apabila terbukti bahawa Tuan Bujang
seorang raja yang berdaulat kerana Sultan Lema Abang
tidak boleh duduk lebih tinggi dan berjalan mendahului
Tuan Bujang.
Watak dan perwatakan
Tuan Bujang
1. Tuan Bujang ialah watak utama dalam cerita ini.
2. Anak kepada Encik Pung dengan Duli Yang Dipertuan
Marhum Mangkat Dijulang.
3. Rupa parasnya kacak, wajahnya mirip wajah
ayahandanya.
4. Tuan Bujang tidak dapat tinggal di Johor, sebaliknya
berpindah ke Muar, Pagaruyung, dan Batanghari.
5. Baginda ialah anak raja yang berdaulat kerana tidak
terkena tulah semasa bermain di atas peterana.
6. Keistimewaan baginda ialah dapat memakan rumput
dan naik ke makam Marhum Mangkat Dijulang tanpa
muntah darah seperti yang dialami oleh anak-anak lain.
7. Darjat baginda lebih tinggi daripada darjat Sultan Lema
Abang kerana Sultan Lema Abang tidak boleh duduk
lebih tinggi daripada baginda dan tidak boleh berjalan
mendahului baginda.
Latar
1. Latar masa prosa ini ialah zaman kesultanan Melayu
Johor.
2. Latar tempatnya ialah di Johor dan di Sumatera.
3. Latar masyarakatnya pula masyarakat istana.
4. Masyarakat tersebut mementingkan keturunan diraja
kerana keturunan diraja dapat melakukan sesuatu yang
luar biasa,melebihi kebolehan orang biasa.
5. Masyarakat yang mementingkan keselamatan kanak-
kanak. Buktinya, Tuan Bujang terpaksa dipindahkan ke
beberapa tempat demi keselamatannya.
6. Masyarakat yang penyayang, terutama kepada kanak-
kanak.
7. Masyarakat yang bekerjasama dalam menyelesaikan
masalah.
8. Masyarakat yang taat kepada Lasksamana kerna
menjaga waris Paduka Marhum Mangkat Dijulang.
Nilai
1. Kasih sayang. Contohnya, Laksamana sangat sayang
kepada anak Encik Pung.
2. Belas kasihan. Contohnya, Nakoda Malim berasa
kasihan kepada anak Encik Pung dan sanggup
memeliharanya.
3. Jujur dan amanah. Contohnya, Temenggung Muar
memelihara anak-anak Encik Pung dengan baik.
4. Menghormati orang tua. Contohnya, Tuan Bujang
menyembah hormat kepada Yamtuan Sakti sebaik
sahaja sampai di Pagaruyung.
5. Bekerjasama. Contohnya, Raja Negara, Temenggunug
Muar, dan Nakhoda Malim bekerjasama
menyelamatkan anak Encik Pung.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bekerjasama dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
2. Kita hendaklah ada sifat penyayang, terutamanya
terhadap anak yatim.
3. Hormatilah orang yang lebih tua.
4. Kita hendaklah senantiasa amanah dan ikhlas dalam
melaksanakan sesuatu tanggunugjawab.
Kepahlawanan Tuan Beraim Bapa
Sinopsis
Tun Beraim Bapa menyuruh Dara Sirip memipis bedak dan
meramas limau kerana baginda hendak mandi bersama-
sama dengan semua mamak dan gurunya di sungai
sempang. Selepas mandi, dia menghadiahi mamak dan
gurunya sepersalinan pakaian. Tun Beraim Bapa memakai
pakaian yang cantik dan menyandang halilintar. Di bahu
kirinya pula tersangkut busar yang keemasan. Selepas itu,
Tun Beraim Bapa menyuruh Perman Isap dan Orang Tikar
supaya menemuai Dara Zulaikha Tingkap untuk memohon
kuda semberani. Walaupun Sultan mengetahui kuda
semberani itu gila dan tidak pernah ditunggangi orang tetapi
baginda membenarkan Dara Zulaikha Tingkap menyerahkan
kuda itu sepantas kilat ke Tukas dan tidak beberapa lama
kemudian dia kembali ke istana. Kemudian, Sultan
menitahkan supaya Tun Beraim Bapa menunjukkan
kepandaiannya bersilat di hadapan pendekar Keling. Tun
Beraim Bapa segera melaksanakan perintah sultan itu. Dia
memilih pedang dan perisai yang paling besar. Apabila
dilontarkan kelambir kotai maka diparang oleh Tun Beraim
Bapa sehingga terbelah dua. Kemudian dilontarkan pula
pinang kotai, diparangnya juga hingga terbelah dua. Selepas
itu, dihunjamkan sebatang pokok pisang lalu dipancung oleh
Tun Beraim Bapa dari atas hingga ke bawah. Apabila angin
bertiup rebahlah pokok pisang itu dalam keadaan terbelah
empat. Begitulah hebatnya Tun Beraim Bapa bermain
pedang. Selepas itu, Sultan Ahmad memperlawa pendekar
Keling sama ada mahu berlawan dengan Tun Beraim Bapa
maka pendekar Keling itu dengan berasa malu berundur lalu
balik ke kapal mereka. Tun Beraim Bapa pun membawa
semua orang hulu sungai bersama dengan mamak dan
gurunya ke Tukas untuk dijamu makan. Tidak beberapa
kemudian, pada suatu hari Jumaat, Tun Beraim Bapa balik ke
istana dan bertemu dengan gundik ayahnya, Tun Fatimah
Lempau.
Tema dan persoalan
1. Tema sifat kepahlawanan Tun Beraim Bapa yang luar
biasa hingga dapat mengalahkan musuh tanpa perlu
mengadakan pertarungan. Sifat ini menjadikannya wira
bangsa dan tanah airnya.
2. Persoalan-persoalan yang diketengahkan pula ialah :
Keberanian melakukan sesuatu yany tidak dapat
dilakukan oleh orang lain.
Kehandalan bermain senjata dapat menggerunkan
pihak lawan.
Sifat mengenang jasa guru yang telah
mengajarkan pelbagai ilmu
Sifat taat dalam usaha menjaga maruah sultan
serta kerajaan.
Plot
1. Pada permulaan cerita, pembaca diperkenalkan pada
watak Tun Beraim Bapa yang bersiap-siap sebagai
pendekar.
2. Cerita mula berkembang apabila Tun Beraim Bapa mula
menunjukkan kepakarnya menunggang kuda.
3. Seterusnya, bermulalah konflik yang berlaku anatara
Tun Beraim Bapa dengan pendekar Keling.
4. Namun begitu, konflik ini tidak sampai ke peringkat
pertarungan kerana pendekar Keling takut apabila
melihat kehebatan Tun Beraim Bapa.
5. Cerita sampai ke puncaknya apabila pendekar Keling
berundur ke kapal lalu pulang.
6. Cerita sampai ke peringkat pengakhiran apabila Tun
Beraim Bapa pergi ke Pasai.
Watak dan perwatakan
Tun Beraim Bapa
1. Tun Beraim Bapa ialah watak uama dalam prosa ini.
2. Baginda ialah anak Raja Ahmad yang gagah perkasa.
3. Tun Beraim Bapa berkebolehan menunggang kuda,
biarpun kuda itu liar dan tidak pernah ditunggang oleh
manusia.
4. Baginda berani kerana sanggup menunggang kuda
semberani.
5. Selain itu, baginda mahir dan pantas bermain pedang
kerana dapat memerang kelambir kotai, pinang kotai,
dan batang pisang yang dilontar ke arahnya.
6. Baginda turut menghormati sultan. Buktinya, baginda
tunduk sujud di hadapan Raja Ahmad.
7. Baginda tidak lupa dalam mengenang jasa guru-
gurunya. Buktinya, baginda menjamu mereka makan
minum selepas pertunjukan di hadapan sultan dan
pendekar Keling.
8. Tun Beraim Bapa merupakan penyelamat maruah
sultan kerana dapat menewaskan pendekar Keling
tanpa menentang merekan.
Latar
1. Latar masa dan tempat prosa ini agak sukar ditentukan
kerana tidak begitu nyata.
2. Latar masyarakatnya ialah masyarakat pada zaman
pemerintahan feudal atau sistam pemerintahan beraja.
3. Masyarakatnya suka beradu kekuatan fizikal seperti
pendekar Keling yang hendak bertarung dangen
pahlawan Melayu.
4. Masyarakat tersebut mementingkan kekuatan fizikal
dan kepantasan bermain senjata.
5. Masyarakat berkenaan taat kepada pemerintah.
6. Masyarakat tersebut pandai mengenang jasa guru.
Nilai
1. Berani. Contohnya, Tun Beraim Bapa berani
menunggang kuda semberani yang gila.
2. Yakin diri. Contohnya, Tun Beraim Bapa yakin akan
dapat menunggang kuda semberani walaupun kuda itu
tidak pernah ditunggang oleh manusia.
3. Mengenang jasa. Contohnya, Tun Beraim Bapa
menjamu guru-guru yang telah mengajarnya.
4. Taat. Contohnya, Dara Sirip taat kepada perintah Tun
Beraim Bapa.
5. Penyayang. Contohnya, Raja Ahmad sayang akan
anaknya, Tun Beraim Bapa.
Pengajaran
1. Seseorang pahlawan hendaklah belajar dengan
beberapa orang guru supaya dapat bermain senjata
dengan cekapnya.
2. Kita hendaklah menjaga maruah sultan dengan cara
menunjukkan kekuatan supaya musuh mudah mengaku
kalah.
3. Kita hendaklah mengenang jasa guru.
4. Hormatilah sultan walaupun telah menjadi pahlawan
yang handal.
5. Kita hendaklah berani mencuba barulah dapat menguji
sesuatu kebolehan.
Di sisi rinda
Jumari Jipan orang tua yang pernah bekerja dengan askar
British, iaitu di bawah ketuanya Kapten Dawson. Kini British
dikalahkan oleh Jepun di Tanah Melayu. Jumari Jipan pun
mengharungi kehidupan yang perit bersama Deliah, cucu
Ripin, sahabat lamanya. Deliah menjadi yatim piatu apabila
ayah, ibu, kakak, dan datuknya terkorban dalam ledakan
bom semasa pertempuran tentera Jepun dengan tentera
British. Deliah takut tinggal di rumah kerana seluruh
keluarganya terkorban ketika mereka berada di rumah. Oleh
sebab itulah, Jumari Jipan terpaksa membawa Deliah ke
tempat kerjanya di bilik enjin sebuah bot walaupun dia tahu
bahawa tindakannya itu sangat berbahaya. Hal ini demikian
kerana belakangan ini banyak bot yang menjadi sasaran
bom tentera Jepun. Pada suatu hari, Jumari Jipan berasam
dengan Deliah dan Rinda sampai di satu kawasan bekas
khemah tentera rejimen Melayu. Di situ, Deliah bercerita
tentang keris kepunyaan datuknya, Ripin. Tidak jauh dari
situ kawasan itu, pasukan tentera Jepun membuat khemah.
Salah seorang tentera Jepun itu suka memelihara kucing dan
memiliki kucing jantan. Dia ingin mencari kucing betina
sebagai pasangan kucingnya. Apabila ternampak akan
Rinda, tentera Jepun itu mengejarnya. Jumari Jipan segera
mengajak Deliah lari untuk menyelamatkan diri. Akhirnya
mereka dapat melarikan diri hingga ke tepi muara. Di celah-
celah pokok itu Jumari Jipan telah menyembunyikan sebuah
bot sejak dua hari lalu ketika askar Jepun merampas semua
bot dan basikal di kawasan itu. Jumari Jipan merancang
untuk membawa Deliah dan Rinda lari dari situ dengan bot
itu.
Tema dan persoalan
1. Cerpen ini mengutamakan tema tentang penderitaan
hidup yang terpaksa ditanggung oleh mangsa
peperangan semasa Perang Dunia Kedua. Mereka
terpaksa berdepan dengan tentera Jepun yang selalu
bertindak tanpa rasa peri kemanusiaan.
2. Persoalan-persoalannya pula ialah:
Anak yang kehilangan seluruh kaum keluarga
akibat daripada serangan bom oleh pihak tentera
musuh.
Ikatan kasih sayang sesama manusia dan antara
manusia dengan haiwan
Perjuangan untuk meneruskan kehidupan yang
senantiasa diancam oleh tentera Jepun yang
zalim.
Plot
1. Pada bahagian permulaan atau eksposisi, pembaca
diperkenalkan pada watak Jumari Jipan dan Deliah.
Jumari Jipan orang tua sementara Deliah anak kecil
yang yatim piatu.
2. Pada tahap perkembangan, digambarkan konflik yang
dihadapi oleh Jumari Jipan, iaitu Deliah mahu
mengikutnya ke mana-mana saja. Deliah takut tinggal
di rumah semenjak rumahnya kena bom oleh tentera
Jepun.
3. Pada bahagian perumitan, digambarkan bahawa Jumari
terpaksa membawa Deliah dan kucing kesayangannya,
Rinda ke dalam bot. Jumari bekerja di bot itu. Jumari
berbuat begitu walaupun dia tahu bahawa bot itu
terdedah kepada serangan tentera Jepun.
4. Pada bahagian puncak atau klimaks, digambarkan
bahawa Jumari dan Deliah dapat melarikan diri
daripada askar-askar Jepun.
5. Pada bahagian peleraian, Jumari dan Deliah serta Rinda
berjaya sampai ke bot yang disembunyikan oleh Jumari.
Dengan bot itu, mereka pun melarikan diri.
Teknik plot
Dialog. Contohnya :
“Nen tak ada sapa-sapa. Nen sorang. Nen….”
“Nen tak boleh tinggal di sini,” katanya, cuba menasihati,
meneliti mata belolok anak itu dan mata Rinda yang
terlelap-lelap manja. “ sini bahaya. Sini … sini Jepun akan
bom.”
Pemerian. Contohnya :
Jumari Jipan bangun dengan payah, bergerak letih dan
resah. Dia berhati-hati menapak tangga di hadapannya dan
hilang ke dalam pagar bot itu, menjengah cergas ke sana ke
mari seolah-olah mencari orang tua itu, sebelum terbang,
berkicau nyaring, menyertai kumpulan burung ynag lain.
Imbas kembali
Contohnya, ketika Jumari Jipan duduk seorang diri, dia
terkenang akan kata-kata Kapten Dawson yang mengatakan
bahawa bangsa Melayu sepatutnya hidup bebas atau hidup
dalam keadaan merdeka.
Saspens.
Contohnya, ketika Jumari Jipan dan Deliah serta Rinda
dikejar tentera Jepun, timbul tanda tanya kepada pembaca
sama ada mereka akan selamat atau sebaliknya.
Watak dan perwatakan
Jumari Jipan
1. Beliau seorang tua yang menjadi datuk angkat kepada
Deliah yang yatim piatu.
2. Beliau kawan baik Ripin (datuk Deliah) sehingga
sahabatnya terkorban setalah terkena bom tentera
Jepun.
3. Jumari pernah bertugas dengan askar British.
4. Beliau penyayang. Buktinya, beliau sanggup membawa
Deliah, anak yatim piatu, ke tempat kerjanya di dalam
bot. beliau berbuat begitu walaupun sedar bahawa
perbuatannya itu mendedahkan Deliah kepada bahaya
bom tentera Jepun.
5. Beliau berani juga. Buktinya, Jumari berani lari dari
askar Jepun.
6. Jumari bijak orangnya. Buktinya beliau
menyembunyikan bot daripada askar Jepun untuk
memudahkannya melarikan diri.
Deliah
1. Deliah anak yatim piatu. Ayah, ibu, kakak, dan
datuknya terbunuh setelah terkena bom tentera Jepun.
2. Di tinggal dengan Jumari Jipan setelah kematian semua
anggota keluarganya.
3. Sahabat baiknya ialah seekor kucing bernama Rinda.
4. Deliah anak kecil yang lincah.
5. Dia mempunyai sifat yakin diri. Buktinya, Deliah dengan
yakin mengatakan bahawa keris yang ditemukan oleh
Jumari ialah keris datuknya.
6. Deliah suka berkhayal juga. Buktinya, dia selalu
membayangkan datuknya memiliki keris sakti dan
mampu melakukan apa-apa saja dengan bantuan keris
sakti itu.
Latar
Latar tempat
a) Di sebuah kampung nelayan
b) Di dalam bot tempat Jumari Jipan bekerja
c) Di bekas khemah tentera rejimen Melayu
d) Di tepi muara
Latar masa
Cerita dalam cerpen ini berlaku pada zaman pendudukan
Jepun di Tanah Melayu.
Latar masyarakat
a) Masyarakat yang terdiri daripada orang-orang Melayu
yang tinggal di kawasan perkampungan di tepi laut.
b) Mereka merupakan masyarakat yang menjadi mangsa
peperangan dan terpaksa hidup dalam penderitaan di
samping senantiasa dalam keadaan cemas kerana
ancaman tentera Jepun yang kejam.
c) Ada juga masyarakat yang terdiri daripada anggota
tentera , iaitu tentera Jepun. Mereka digambarkan
sebagai orang yang pendek tetapi selalu bertindak
kejam kepada orang-orang yang tidak bersalah.
d) Masyarakat yang penyayang iaitu kepada kanak-kanak
dan kucing.
e) Masyarakat yang mempercayai kepercayaan karut,
iaitu peranan keris sakti dalam manyelesaikan masalah,
misalnya apabila diancam oleh musuh.
Nilai
a) Kasih sayang. Contohnya, Juamri Jipan sangat sayang
akan Deliah yang telah menjadi anak yatim piatu. Oleh
sebab itu, dia membawa Deliah ke mana-mana saja
untuk memastikan bahawa anak kecil itu selamat.
b) Belas kasihan atau simpati. Contohnya, Jumari Jipan
berasa kasihan akan Deliah yang kehilangan seluruh
anggota keluarganya akibat terkena bom tentera Jepun.
Jumari Jipan berasa simpati akan Deliah yang menjadi
anak yatim piatu dan terpaksa hidup menderita dalam
usia kanak-kanaknya.
c) Cekal dan tabah. Contohnya, Jumari Jipan senantiasa
cekal menghadapi pelbagai dugaan atau keadaan
bahaya yang boleh mengancam nyawa pada zaman
perang.
d) Bijaksana. Contohnya, Jumari Jipan menyuruh Deliah
berpecah daripadanya ketika melarikan diri daripada
tentera Jepun. Dengan cara itu, tentera Jepun sukar
mengesan mereka.
e) Berani. Contohnya, Jumari tetap bekerja di botnya
walaupun dia tahu bahawa bot itu boleh dibom oleh
askar Jepun pada bila-bila masa saja.
Pengajaran
a) Kita handaklah bersimpati dan menghulurkan bantuan
kepada anak yatim piatu. Contohnya, Jumari Jipan
bertanggungjawab memelihara Deliah selepas Deliah
menjadi piatu.
b) Kita hendaklah bersikap cekal atau tabah ketika
menghadapi pelbagai dugaan atau kesusahan, lebih-
lebih lagi pada zaman perang. Contohnya, Jumari Jipan
tabah walaupun dalam keadaan bahaya serangan
Jepun.
c) Kita mestilah menggunakan ikhtiar yang ada untuk
menyelamatkan diri daripada musuh yang senantiasa
bersikap kejam. Contohnya, Jumari Jipan dan Deliah
melarikan diri daripada ditangkap oleh askar Jepun.
d) Kita hendaklah menyayangi segala makhluk di dunia
ini. Contohnya, Deliah sayang akan Rinda, kucing
kesayangannya.
Mariah
Sinopsis
Mariah pelajar tingkatan enam merosot pelajarannya kerana
runsing memikirkan ayahnya yang mengalami sakit jiwa.
Cikgu Tini kaunselor di sekolah itu memanggil Mariah untuk
menyelidik punca kemerosotan pelajaran Mariah. Beliau
akan memberi bimbingan untuk mengatasinya. Pada
mulanya Mariah keberatan untuk menceritakan masalahnya
tetapi apabila didesak dengan lembut oleh Cikgu Tini, Mariah
pun menceritakannya. Semenjak adiknya, Hilmi terbunuh
dilanggar teksi dihadapan rumah, ayah Mariah mengalami
tekanan perasaan. Dia berasa bersalah terhadap kematian
Helmi itu. Dia seolah-oleh menganggap dirinya sebagai
punca kematian Hilmi. Tidak beberapa lama kemudiannya
isterinya pula meninggal dunia secara mengejut.