Download - Masyarakat Baba Dan Nyonya
MASYARAKAT BABA DAN NYONYA
Asal-usul
Kaum peranakan Baba dan Nyonya sudah wujud di negera ini sejak 600
tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri yang merupakan
kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak. Kumpulan kaum minoriti ini
menggelarkan diri mereka sebagai Baba dan nyonya atau peranakan kerana mereka
memiliki dua budaya warisan iaitu warisan tradisi Cina pada masa yang sama
mengamalkan ciri-ciri budaya masyarakat Melayu. Fenomena ini berlaku kerana
pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka ramai perdagang-perdagang yang
datang dari Negara China ke Tanah Melayu pada ketika itu kemudiannya berkahwin
dengan orang Melayu.
Budaya
Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu
adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah
Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap
diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur
dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan
Kantonis, Hakka, dan lain-lain.
Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura
berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke
kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini
bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh
kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh
cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan
dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi
Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain
sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.
Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan
mereka masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada
komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang
lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali
tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta
tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak
bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam
budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang
lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua
pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan
budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan
tradisional Cina berbanding dengan Melayu.
Pakaian
Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada
baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.
Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan
kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus
yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk
menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh
dari Jepun.
Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah
dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-
an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah
tumit.
Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya
'kebaya encim', serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan
Cina.
Agama
Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut
Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu
dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia
meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.
Masakan
Kaum Baba dan Nyonya ini juga amat terkenal dengan pelbagai masakan
asam pedas dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resepinya
ada persamaan dengan masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih
apom balik, cendol dan tapai pulut.Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah
masakan campuran masyrakat Cina dan Melayu tetapi masih beridentitikan
masakan Baba.
Masakan Nyonya pula lebih kepada daging dan sayur-sayuran. Masakan
Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba
penggunaan cili yang banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang
membezakan antara masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam
kunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit cili.
Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti
penggunaan belacan, bauh keras, asam lengkuas dan serai. Manakala, masakan
Nyonya yang mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging itik dimasak
dengan sayur asin), selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan istimewa
bagi masyarakat Baba.
Perkahwinan
Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar memperisterikan atau
mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera.
Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan
Melayu yang bersinergi.
Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki
Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada
kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau
menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.
Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang
sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan
matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.
Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat,
yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin
idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara
adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama
Kristian.
Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina
merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan
Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang
dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang
bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing
dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan
bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa
dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan
Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.
CARA PEMAKAIAN MASYARAKAT MALAYSIA
Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai
bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain
songket Diraja yang antik.
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat
daripada kulit kayu dan hiasan manik. Apabila munculnya tamadun lama, kain
tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Apabila
munculnya pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan
jubah Arab diperkenalkan di negara ini...
Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan
cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas.
Asal Usul Pakaian Tradisional Melayu
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat
awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih
sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke
lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh
digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian
ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.
Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju
Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini
selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.
Rajah menunjukkan pakaian tradisional Melayu
Asal Usul Pakaian Tradisional Cina
Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering
dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi,
butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan
kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain
jenis kain lembut.
Rajah menunjukkan pakaian tradisional Cina
Asal Usul Pakaian Tradisional India
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh
dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain
dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna
sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian
hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di
bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari
diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan
wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar
panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia
merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada
kain kapas atau linen.
Rajah menunjukkan pakaian tradisional India
Asal Usul Pakaian Tradisional Baba Nyonya
Pendatang Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu selalunya
memakai pakaian kebaya yang anggun. Baju buatan tangan ini memerlukan
kepakaran bagi menyulam corak-corak yang kelihatan seakan-akan renda yang
halus. Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman tebuk lubang di mana garisan
corak motif bunga di jahit manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit
pula ditebuk. Ini menghasilkan hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang
dikenakan pada bahagian leher, lengan, hujung blaus serta dua bucu segitiga di
bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik.
Rajah menunjukkan pakaian tradisional Baba dan Nyonya
Asal Usul Pakaian Tradisional Portugis-Eurasian
Pakaian penduduk Portugis-Eurasia Melaka–keturunan bangsa Portugis yang
menetap disini–mencerminkan warisan mereka. Kaum lelaki memakai jaket serta
seluar panjang yang berwarna hitam dan merah, manakala wanita memakai skirt
lebar yang berlapis-lapis.
Rajah menunjukkan pakaian tradisional Portugis-Eurasian
Asal Usul Pakaian Tradisional Sarawak
Negeri terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai suku kaum ini
mempunyai barisan pakaian tradisional yang tidak terkira jumlahnya. Pakaian yang
lazim dilihat pada Orang Ulu menggunakan pelbagai corak dan motif, dan
menggunakan kain tenunan tangan, kain kulit pokok, bulu ayam dan manik. Sarawak
terkenal dengan pua kumbu Iban, kain songket Melayu Sarawak, pelbagai perhiasan
tradisional, serta tengkolok bulu burung.
Asal Usul Pakaian Tradisional Sabah
Seperti Sarawak, Sabah juga mempunyai jenis-jenis suku kaum yang
pelbagai. Setiap suku kaum mempunyai pakaian serta perhiasan unik masing-
masing. Bagaimanapun, suku kaum berbeza yang tinggal di kawasan yang
berdekatan lazimnya memakai pakaian tradisional yang serupa. Antara perhiasan
yang paling menarik termasuklah topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dastar
kaum Bajau, dan tengkolok suku kaum Lotud yang menandakan jumlah isteri lelaki
yang memakainya.
Rajah menunjukkan pakaian tradisional Sarawak dan Sabah
Asal Usul Pakaian Tradisional Orang Asli
Masyarakat Orang Asli yang lazimnya tinggal di kawasan hutan di Malaysia,
memakai pakaian yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kulit pokok terap dan
skirt rumput. Perhiasan yang dipakai oleh mereka termasuklah lilit kepala yang
diperbuat daripada daun yang dianyam dengan pelbagai corak.
PENGARUH BAHASA
Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan
amalan beralih kod iaitu mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan
yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa
dasarnya merupakan bahasa Melayu.
Sejarah
Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu
entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan
pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih
80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang
mengunapakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku. Mengikut
kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) ini merupakan sebahagian
daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di Malaysia.
Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin memulai
perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa
Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis
dan bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa
Jepun. Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa
satu bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa
untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain,
dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)
Kau memang terror (hebat) la!
Tempat makan ni best (bagus) sangat!
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina)
Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur)
punya maa!
Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?
RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya
http://loveninasyakina.blogspot.com/2010/10/pakaian-tradisional-warisan-dan-budaya.html