...... .. ...................... ................................................................................ """"",,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,;,,,,,,,,,,,,,,,,',,,,,,,,,,,,,,,~~~~~,,,,,m ~~ C~) !i!l.("" 1- ~ t( - .~_
SEBAGAI PERSEDIAAN NEGARA MAJU 2020
TARMIZI ABDULRAHIM
ALUNAN lagu-Iagu larna biasanya sedap untuk didengar terutarnanya bagi. kumpulan rakyat yarig membesar dengan lagu
sedemikian. Narnun sekiranya hanya lagu itu sahaja yang diulang dendang sejak berpuluh tahun lalu, pasti ada yang tidak kena, sarna ada kekerin- ' gan idea atau malas untuk melakukan transformasi.
Cerita lagu lama ini mempunyai sedikit kaitan dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) iaitu merupakan pelan pembangunan terakhir sebelum Malaysia mencapai status negara maju pada 2020.
Terdapat segelintir penduduk negara ini berfikiran pesimis yang 'memuji' RMK-ll daripada kulit luamya sahaja, susunan gambar dan kulit bukunya dipuji kerana kelihatan canttk, namun kandunganriya tidak pula diungkitkannya.
lni kerana bagi. mereka sejak RMK-8, rancangan itu seperti ketiadaan faktor 'wow', sekadar melengkapkan jadual bahawa setiap lima tahun sekali satu rancangan Malaysia perlu dilancarkan. Itu hak mereka untuk bercakap, kita tiada kuasa untuk menghalang rakyat daripada melontarkan pandangan kecuali dalam perkara menyentuh keluhuran undang-undang.
Bagi. kumpulan rakyat ini, mereka cenderung mengakui kejayaan RMK itu hanya apabila mendapat manfaat secara langsung, kesilapan terbesar mereka ialah melihat kejayaan RMK hanya daripada permukaan sahaja, bukannya menyelongkar secara keseluruhannya. .
RMK-11 ini amat penting kerana ia adalah pelengkap kepada persediaan negara untuk menukar status kepada negara maju. Apabila RMK-11 ini melabuhkan tirainya nanti, maka secara teorinya kita setaraf dengan Singapura, bandingan dengan negara jiran terdekat.
Memahami kepentingannya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui siri Bicara Persada yang memasuki edisi ke-21 barn-barn ini menganjurkan sesi perbincangan mengenai RMK -11. Tajuk yang dipilih ialah, 'RMK-ll: Pertumbuhan Untuk Semua, Terlaksanakah?"
Ahli-ahli panelnya terdiri daripada, Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali; Pengerusi
. Yayasan Mahkota, Tan Sri Dr. Kamal Salih; wakil Khazanah Nasional, Dr. Muhammed Abdul Khalid dan Felo Utama lnstitut Kajian Etnik (Kita) UKM, Prof. Datuk Dr. Denison Jayasoria.
Antara teras utama RMK-ll yang dibincangkan ialah mengenai isu keterangkuman yang menjadi ele-
NOOR AZlAN GHAZALI (tengah) mengulas mengenal RMK-11. sambll (ftperhatikanoleh Kamal Salih (dua dari klri). Muhammed Abdul Khalid (dua dari kanan) dan Denison Jayasoria (kanan) dalam program Bicara Persada UKM di kampus induk universiti itu di Bangi. Selangor. baru-baru ini. ,. RMK-ll ini ~at penting kerana ia adalah pelengkap kepada persediaan negara untuk menukar status kepada negara maju. Apabila RMK-ll ini melabuhkan tirainya nanti. maka secara teorioya ldta setaraf dengan Singapura. bandingan dengan negara jiran terdekat.
men terpenting kerana mempunyai kaitan langsung dengan kerisauan rakyat di peringkat akar umbi. Noor Azlan . dalam mukadimah perbin-
. cangan itu menegaskan bahawa pihaknya, UKM nekad mengembalikan legasinya sebagai pendaulat amanah negara dan memelihara teras serta asas kewujudannya.
Daripada faktor keterangkuman itu meniurus kepada beberapa isu yang dilontarkan ideanya oleh barisan panel. Bukan untuk disimpan rapi di dalam peti sejuk tetapi sebaliknya perlu dirungkaikan demi manfaat bersama.
Suka atau tidak, ' kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, spesifiknya agensi-agensi kerajaan semakin merudum, masalah birokrasi bukannya isu baharu tetapi telah berakar umbi sejak daripada beberapa buah rancangan Malaysia beberapa dekad yang lalu. .
Masalah keupayaan institusi lama· masih lagi tidak diselesaikan dan terus dibangkitkan, apakah jaminannya RMK-ll ini tiad,a lagi. masalah lama atau lagu lama itu
. akan terus berkumandang. Sejak
berpuluh tahun lalu tidak berjaya, apakah jaminannya lima tahun akan datang iaitu menjelang 2020 masalah ini bakal selesai.
Noor Azlan menarik perhatian dengan mengatakan bahawa RMK-ll dilihat lebih mengutarnakan usahp. berterusan untuk mengubah nasib kelompok yang berada di bawahgaris
. kemiskinan dan isi rumah bawah 40 (B40) yang berpendapatan bulanan RM2,537. Kira-kira 2.7 juta penduduk berada di bawah kategori ini.
"Terdapat kelompok yang mendakwa kerajaan mengabaikan kepentingan kumpulan etnik, tanggapan ini ti<,iak benar kerana sasaran B40 lebih besar dan merentasi sempadan etnik. B40 tidak terhad kepada etnik tertentu sahaja, malah ia melibatkan semua lapisan masyarakat negara ini. . "Siapa lagi. yang bakal menang
gung ahli keluarga kita melainkan diri kita sendiri;' katanya.
Tambah beliau, kerajaan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada statistik makro yang seolaholah nampak cantik dan elok pada luaran. Jangan terlalu sandarkan kepada angka yang paling tinggi. daripada perkiraan purata untuk mencantil<kan kerangka:
"Lebih elok jika ambil kira angka yang paling rendah. Seperti di Amerika Syarikat, nampak elok tetapi sebenamya kira-kira 13 peratus penduduknya masih miskin dan hidup secara gelandangan, sarna juga seperti di Perancis.
"Sarna kes seperti negara Asia Barat, narnpak seperti isu-isu politik tetapi sebenarnya krisis yang berlaku berpunca daripada masalah perturnbuhan ekonomi yang tidak konsisten. Kerajaan lebih percaya kepada Ukuran makro sahaja tanpa melihat sumber-sumber lain, akhirnya menyebabkan mudah terpedaya dengan kecantikan angka-angka.
"Seperti sampan lama yang tidak digunakan, bila banjir sampan itu
akan turut naik kerana aimya naik sarna. Maka dikatakan bahawa sampan itu masih elok, sedangkan kita tidak pemah mencubanya, jaIan pintasnya dengan menganggap sampan itu berada dalam keadaan baik, ini yang bahayanya;' katanya.
Dalam pada itu, Denison yang terlibat secara langsung dengan kajian akademik dan turun padang bersama pertubuhan bukan kerajaan mengenai realiti kemiskinan di negara irii, menganggap statistik yang diperoleh dan dikemukakan kepada kerajaan adalah kurang tepat, lebih kepada indah khabar daripada rupa.
Katanya, banyak faktor perlu diambil kira bagi membezakan antara miskin luar bandar dan miskin bandar, ia tidak boleh disamakan secara pukal atau borong.
"Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakarn) dalam perkara ini amat proaktif dengan melakukan beberapa pendengaran awarn mengenai isu masalah tanah di kawasan luar bandar, dapatan juga · telah diperoleh dan ia mempunyai kaitan rapat dengan faktor kemiskinan.
"Kerajaan kena tengok masalah ini dan cuba atasinya dengah langkah-Iangkah yang telah disediakan Suhakam. Rakyat mahukan masalah mereka diatasi dengan mantap, jitu, konkrit dan konsisten bukannya seperti melepaskan betuk atas tangga.
"Kadang-kadang antara punca utama persepsi buruk sukar berubah terhadap kerajaan ialah kerana tiadanya kesungguhan kerajaan dan agensinya untuk cuba mempedulikan masalah rakyat;' katanya.
Sedikit maklumat untuk dihadamkan l;>ersama, pada 15 Aprillalu, Suhakam mendedahkan bahawa pihaknya sejak 1999 telah mengemukakan .14 laporan tahunan kepada Par limen untuk dibahaskan tetapi sehingga kini ia masih belurn menjadi kenyataan.