Download - Penglibatan Malaysia Di Arena Antarabangsa
PENGENALAN
Sesebuah Negara tidak boleh bersendirian dalam sistem antarabangsa
kerana semua Negara saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu, setiap
Negara perlu mengadakan hubungan dengan Negara lain,sama ada dalam
bentuk hubungan politik, ekonomi, ataupun social. Sejak merdeka lagi Malaysia
telah mengamalkan dasar luar yang aktif dan memainkan peranan penting dalam
sistem politik antarabangsa. Setiap tindakan yang diambil melalui dasar luar
negara mempunyai hubungan rapat dengan dasar-dasar dalam negeri, iaitu
mementingkan keamanan, kebebasan, dan semangat kerjasama diantara
negara dalam sistem perhubungan antarabangsa.
Sehingga ke hari, Malaysia terus mengekalkan dan mempertingkatkan
hubungan dua hala dengan semua negara kecuali Israel. Dalam usaha
memelihara kepentingan negara di arena antarabangsa, Malaysia telah
mengamalkan dasar luar yang berprinsip, bebas dan pragmatik. Malaysia juga
telah mengamalkan dasar luar yang berkecuali dan tidak bersekutu supaya
perhubungan baik dapat dijalinkan dengan semua negara, walaupun berbeza
pendapat dan ideologi. Dengan itu, Malaysia terus dihormati dan mendapat
kepercayaan di peringkat antarabangsa.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia,
antaranya ialah pegangan prinsip berkecuali negara iaitu tidak ingin mencampuri
hal negara lain tanpa sebab, bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa
seperti PBB dan mengikut ketetapan yang diambil oleh badan tersebut,
memastikan hubungan politik dengan negara-negara jiran dalam rantau ini
seperti negara-negara ASEAN sentiasa baik dan menjamin kerjasama dalam
bidang ekonomi, kedudukan sebagai negara bekas jajahan british, keanggotaan
dalam negara-negara Komanwel, kedudukan fizikal negara di bumi yang
strategik, peranan negara sebagai kepada negara-negara membangun dan
sebuah negara Islam yang berkembang maju.
1
PENGLIBATAN, SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN MALAYSIA DI ARENA
ANTARABANGSA
Sejak zaman kemerdekaan lagi Malaysia telah melibatkan diri di areana
antarabangsa. Pelbagai badan pertubuhan antarabangsa telah disertai oleh
Malaysia dan memberi kerjasama yang baik di arena antarabangsa. Dengan
kepentingan negara di peringkat antarabangsa semakin menyeluruh Malaysia
telah menyertai pelbagai badan antarabangsa dengan berpegang teguh kepada
prinsip-prinsip PBB dan multilateralisme. Malaysia telah berjaya menggunakan
platform forum-forum antarabangsa untuk menyuarakan pandangannya tentang
isu-isu global seperti keamanan, kedaulatan, kemerdekaan, ketidakadilan,
kezaliman, hak asasi manusia, perlucutan senjata, alam sekitar, keganasan dan
ekonomi. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai forum antarabangsa telah
menempatkan Malaysia di mata dunia.
Penglibatan Malaysia dalam badan pertubuhan antarabangsa seperti
PBB, ASEAN, Negara-negara Komanwel, Negara Berkecuali (NAM) dan
Pertubuhan Negara Islam (OIC) amatlah memberangsangkan dan memberi
impak yang besar di dalam setiap pertubuhan tersebut.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan pada 24 Oktober 1945
oleh 51 negara yang telah bersatu untuk mengekalkan keamanan melalui
kerjasama antarabangsa dan memastikan keselamatan secara kolektif. Hari ini
keanggotaanya meliputi hampir kesemua negara di dunia iaitu sebanyak 191
negara. PBB mempunyai enam organisasi penting iaitu Majlis perhimpunan
Agung, Majlis Keselamatan, Majlis ekonomi, dan Sosial, Majlis Amanah dan
urusetia terletak di New York.
2
Malaysia telah menyertai PBB sejak selepas kemerdekaan. Keanggotaan
dalam PBB telah melicinkan percantuman wilayah-wilayah baru ke dalam
Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Penyertaan dalam PBB
juga membantu Malaysia menikmati kemudahan-kemudahan dan bantuan-
bantuan badan dunia ini.
Agensi-agensi utama PBB seperti WHO dan FAO telah memberi bantuan
kewangan dan teknikal kepada Malaysia. Malaysia telah menghadapi beberapa
masalah berbangkit daripada tuntutan ke atas Kepulauan Sipadan dan Ligitan di
negeri Sabah. Kesemua tuntutan di bawa ke mahkamah dunia dan keputusan
memihak kepada Malaysia. Malaysia juga memainkan peranan penting dalam
pergerakan dunia ini. Perlantikan Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi
Perhimpunan Agung PBB dalam tempoh masa 1996 hingga 1997 adalah
petanda yang Malaysia aktif menyelesaikan masalah dunia. Pendirian Malaysia
yang sentiasa tidak bersetju dengan penaklukan Palestin oleh Israel mendapat
sokongan daripada banyak negara-negara mundur. Malaysia juga banyak
menyertai misi-misi pengaman PBB. Penyertaan Malaysia dalam misi pengaman
ialah di Kongo 1962, di Iran-Iraq 1992, Iraq dan Kuwait 1991, Bosnia
Herzegovina 1994 dan Timur Leste 2000. Malaysia juga telah mendesak dasar
Apartheid di Afrika Selatan dihapuskan.
Selain daripada itu, Malaysia juga telah menyuarakan pendirian mengenai
pencerobohan beberapa negara anggota PBB oleh kuasa-kuasa tertentu seperti
pencerobohan Afganistan oleh Rusia, Kemboja oleh Vietnam, Kuwait oleh Iraq
yang dianggap sebagai satu pencabulan kedaulatan negara-negara tersebut.
Malaysia juga tidak berpuas hati dengan pengeluaran senjata nuklear oleh
beberapa negara seperti Perancis, India dan Pakistan. Ketiga-tiga negara ini
menguji senjata nuklear. Malaysia juga mengutuk pihak berkuasa Nigeria yang
telah membunuh penentang kerajaan dan pihak bersekutu (Amerika Syarikat dan
United Kingdom) yang menyerang Iraq tanpa persetujuan PBB pada tahun 1998.
3
Malaysia juga telah memperjuangkan satu Orde Baru Ekonomi Dunia
( NIEO) diperkenalkan supaya dapat membantu negara-negara membangun.
Hasrat ini disuarakan di persidangan kemuncak Bumi di Rio de jeneiro, pada
tahun 1992 dan 1998 yang berkait dengan alam sekitar. Malaysia telah
mengambil inisiatif untuk menonjolkan diri bagi negara-negara membangun
mengenai isu-isu seperti penggunaan tanaga suria/solar. Malaysia terus
menyokong proses damai yang dianjurkan oleh PBB dan keadaan ini dapat
dilihat daripada kesanggupan Malaysia juga menyertai Pasukan Pengaman ke
Afrika Selatan. Malaysia juga telah menyertai pasukan ke Iran iraq dengan
menghantar 15 orang pegawai tentera dalam pasukan pengaman ke wilayah
tersebut. Penglibatan Malaysia dalam proses pendamaian diiktiraf dengan
perlantikan Malaysia menjadi anggota bukan tetap dalam Majlis Keselamatan
PBB selama dua tahun sebagai pengganti Jepun bagi kawasan Asia.
Malaysia telah mengiktiraf Pertubuhan pembebasan Palestin (PLO/
Palestin Liberaton Organisation) dan Mujahidin di Afganistan sebagai wakil bagi
kedua-dua wilayah tersebut. Malaysia juga telah menyokong penyelesaian
secara aman tentang Afganistan iaitu pengunduran Rusia secara dari negara
tersebut. Malaysia juga membantah pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja
yang dilakukan oleh regim heng Samrin. Penglibatan Malaysia dalam hal ini jelas
dilihat dengan terbentuknya satu kerajaan campuran demokratik di Kemboja
yang telah dimeterai di Kuala Lumpur pada tahun 1982. kerajaan campuran
dapat pengiktirafan PBB. Peranan Malaysia sebagai negara yang membawa
pendamaian dan menegakkan keadilan dan keamanan amta jelas. Malaysia
telah menampung seramai 13000 orang pelarian Vietnam di Pulau Bidong.
Malaysia melalui ICIR ( International Conference on Indochinese Refuges)
telah dapat menyelesaikan masalah berkenaan. PBB telah melantik Datuk Razali
Ismail sebagai Pengerusi Kumpulan 77 bagi tahun 1989. Pakatan ini
mengandungi 127 buah negara dari kalangan negara-negara membangun. Wakil
dari Malaysia itu berperanan sebagai Pegerusi yang menjalinkan hubungan yang
erat antara G77 dengan NAM dan Suruhanjaya Selatan-selatan.
4
ASEAN
Pada tahun 1967, lima orang menteri luar lima buah negara Asia tenggara
telah menandatangani satu dokumen di Bangkok yang telah melahirkan
pertubuhan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)- Association of South East
Asian Nation. Menteri-menteri luar tersebut ialah Adam Malik (Indonesia),
Narciso R Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), Jayaratma (Singapura)
dan Thanat Khoman (Thialand). Dokumen yang ditandatangani itu dikenali
sebagai Deklarasi Asean.
ASEAN ditubuhkan untuk mewujudkan kerjasama serantau dalam nidang
ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal dan pendidikan. Selain itu, kerjasama itu
untuk memelihara dan mengeratkan kestabilan dan keamanan di rantau ini
dengan menghormati undang-undang (rule of law), mengikut prinsip-prinsip yang
disenaraikan oleh PBB dalam menangani masalah yang dihadapi oleh negara-
negara anggota. Zaman penubuhan ASEAN, negara-negara Asia Tenggara
dibelenggu keadaan ketidakstabilan dan pembangunanyang jauh ketinggalan
antara satu dengan lain. Dalam masa sepuluh tahun penubuhannya, ASEAN
telah mencuba dan membaiki cara-cara untuk mengeratkan hubungan antara
negara-negara anggota.
Malaysia terus melaksanakan dasar menjalin hubungan kerjasama
ekonomi yang erat dengan semua negara, terutamanya rakan-rakan ASEAN dan
serantau, untuk memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi, kestabilan
dan kemakmuran negara dapat dikekalkan. Ianya dilaksanakan melalui
kerjasama dua hala, serantau (ASEAN) dan pelbagai hala. Ekonomi Malaysia
bertambah kukuh dengan peningkatan kerjasama dua hala, serantau dan
pelbagai hala. Dari segi hubungan dua hala, pencapaian ini diperolehi hasil dari
permintaan yang tinggi dari pasaran utama Malaysia di ASEAN, Amerika
Syarikat dan China.
5
Di peringkat serantau, Malaysia telah memainkan peranan yang aktif
dalam mempromosikan ASEAN terutama semasa Malaysia menjadi Pengerusi
Tetap ASEAN ke-39 pada 2005-2006. Pencapaian Malaysia dalam politik secara
kerjasama dikalangan negara-negara Asean telah mewujudkan Zon berkecuali,
bebas dan aman-zon of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) pada 27
November 1971, di mana lima negara anggota bertemu di Kuala Lumpur untuk
menandatangani perjanjian ZOPFAN. Ini membawa maksud, kawasan Asia
Tenggara bebas daripada campur tangan dan pengaruh kuasa-kuasa lain.
ZOPFAN menggariskan pendirian, setiap negara besar atau kecil, akan
berkekalan tanpa pengaruh dan campur tangan dalam hal ehwal negaranya
supaya kebebasan, kedaulatan dan keutuhannya terpelihara.
Persidangan kemuncak di Bangkok pada 15 Disember 1995, keanggotaan
sebanyak 10 negara Asia Tenggara termasuk Malaysia telah menandatangani
satu perjanjian berkaitan dengan Asia Tenggara iaitu SEANWFZ- Zon Bebas
Senjata Nuklear di AsiaTenggara ( South East Asian Nuclear Weapons Free
Zone). Ini jelas menunjukkan pendirian Malaysia dalam ASEAN menjadikan
rantau Asia Tanggara satu zon yang bebas, aman dan berdaulat di mana
negara-negara anggota hidup dalam suasana persahabatan yang erat.
Persidangan kemuncak sistem Dialog kedua Asean telah diadakan di
Kuala Lumpur untuk memutuskan bahawa ASEAN perlu mengeratkan lagi
hubungan ekonomi dengan negara-negara lain. ASEAN telah berdialog dengan
Perdana Menteri Australia, Jepun dan new Zealand tentang hal ini. Selain
daripada tiga negara ini, Kesatuan Eropah dan kanada juga turut serta dalam
dialog tersebut. Pada tahun 1996, negara China, India dan Rusia turut serta. Ini
jelas menunjukkan bahawa Malaysia memberi impak yang besar dalam ASEAN.
6
ASEAN telah menumpukan perhatian ke atas sektor perindustrian sebagai
alternative sektor pertanian yang tidak mendatangkan faedah kepada negara-
negara anggota. Walaupun ASEAN menghadapi kelebihan sektor perindustrian
Barat yang intensif modal dan berteknologi tinggi, ASEAN telah berusaha
mewujudkan kerjasama dalam beberapa bidang ekonomi yang terpilih seperti
Projek Baja Urea ASEAN-(Indonesia), Projek Baja Urea-(Malaysia), Projek
Vaksin Hepatitis B ASEAN-(Singapura), Projek Garam Batu ASEAN-(Thailand)
dan Projek Fabrikasi Tembaga-(Filipina). Ini jelas menunujukkan bahawa
penglibatan dan sumbangan Malaysia kepada negara-negara serantau memberi
kejayaan kepada peningkatan ekonomi serantau.
Dalam bidang pertanian, Malaysia telah menunjukkan komitmen yang
tinggi kerana melalui ASEAN, pembentukan satu stok simpanan makanan
kecemasan ASEAN (1981), Pusat Perancangan dan Pembangunan Pertanian
ASEAN yang berfungsi sebagai satu bank maklumat bagi sektor pertanian dan
Malaysia telah menubuhkan pusat latihan kuarantin tumbuhan di Serdang.
Dalam bidang sosial, ASEAN telah mencuba meningkatkan taraf hidup
sosial di kalangan negara anggota. Ini dapat dilihat dengan perjanjian-perjanjian
yang dibuat antara negara-negara anggota mengenai pergerakan pekerja.
Pekerja dari Indonesia, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Filipina diterima
sebagai pekerja di Malaysia dalam sektor perladangan, perindustrian dan setor
domestik. Keutamaan ini diberikan kepada negara anggota berbanding dengan
negara Asia yang lain. Malaysia dan Singapura merupakan negara anggota yang
telah menyumbangkan peluang pekerjaan yang banyak kepada negara-negara
anggota.
7
PERTUBUHAN NEGARA KOMANWEL
Malaysia menjadi anggota Pertubuhan Komanwel sebaik sahaja negara
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Komanwel merupakan sebuah
pertubuhan yang dianggotai oleh Britain dan bekas tanah jajahan atau tanah
naungan British. Semua negara bekas jajahan British yang merdeka dan
berdaulat diterima menjadi anggota penuh Komanwel, manakala mana-mana
wilayah atau negara yang masih dijajah menjadi ahli bersekutu. Pertubuhan ini
bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada negara-negara bekas jajahan
British. Ia juga bertujuan memberi kerjasama dalam penyelesaian masalah yang
dihadapi negara-negara anggota.
Pada sekitar awal tahun 1960-an hingga 1970-an, Malaysia mempunyai
hubungan yang rapat dan kukuh dengan Pertubuhan komanwel, terutamanya
dengan bekas negara penjajah, Britain. Misalnya, dalam soal keselamatan
negara, Malaysia masih bergantung kepada Britain melalui perjanjian pertahanan
yang dikenali sebagai Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA). Perjanjian
ini yang ditandatangani pada bulan Oktober 1957 memberi jaminan kepada
Malaysia bahawa Britain dan dua negara anggota Komanwel yang lain, iaitu
Australia dan New Zealand akan memberi bantuan tentera, jika berlaku ancaman
atau pencerobohan dari luar.
Semasa Malaysia menghadapi konfrontasi (1963-68), tentera Komanwel
turut memberi bantuan untuk mengawasi perairan Sabah dan Sarawak daripada
pencerobohan Indonesia. Begitu juga, semasa darurat, Malaysia pernah
mendapat bantuan tentera daripada negara-negara Komanwel seperti Fiji dan
Nepal yang ketika itu masih menjadi jajahan British untuk menentang pengganas
komunis. Selepas pertengahan tahun 1970-an, Malaysia agak kurang memberi
keutamaan dalam interaksinya dengan Komanwel kerana pertubuhan itu
dianggap tidak lagi berkesan untuk menyelesaikan masalah antarabangsa.
8
Perdana Menteri, Dato’ Hussein Onn pernah melahirkan rasa kecewa
terhadap keupayaan Komanwel dan menyifatkan pertubuhan itu lebih
merupakan sebuah kelab sosial sahaja. Selepas Dr Mahathir mengambil alih
jawatan Perdana Menteri pada peringkat awalnya beliau juga kurang memberi
keutamaan kepada Komanwel. Beliau tidak menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua
kerajaan Komanwle yang diadakan di India pada tahun 1983. Namun begitu,
pada tahun-tahun berikutnya pendirian beliau telah berubah. Perdana Menteri
menghadiri Menyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Bahamas pada tahun
1985 dan Kanada pada tahun 1987. Malah dalam bulan Oktober 1989, Malaysia
sendiri telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat ketua-ketua kerajaan
komanwel (CHOGM) yang diadakan di Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat di Kuala
Lumpur,Ratu Komanwel, Queen Elizabeth telah menghadirinya.
Kemampuan Malaysia mengendalikan CHOGM di Kuala Lumpur
menandakan satu lagi kejayaan dan sumbangan negara dalam arena politik
antarabangsa. Malaysia juga diberi pengiktirafan untuk menjadi tuan rumah
persidangan CHOGM pada tahun 1989, beberapa perkara telah ditimbulkan
mengenai isu-isu yang membelenggu dunia. Antaranya dasar Aparteid di Afrika
Selatan dalam deklarasi Kuala Lumpur. Malaysia juga menyentuh isu alam
sekitar melalui deklarasi langkawi. Selain itu, Malaysia juga diberikan hak
penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998 dan penganjuran dijalankan
dengan jayanya. Lantas mendapat pujian daripada negara-negara anggota.
9
NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
Pertubuhan Negara-negara berkecuali ataupun lebih dikenali sebagai
NAM adalah terdiri daripada beberapa negara di benua Asia, Afrika dan Amerika
selatan. Pergerakan ini ditubuhkan pada tahun 1955 dan telah mengadakan
mesyuaratnya yang pertama di Bandung Indonesia. NAM ditubuhkan bagi
menegakkan hak-hak asasi manusia seperti mana yang terdapat dalam piagam
PBB.NAM juga bertujuan untuk memperakukan bahawa tidak ada kelainan dari
segi kaum ataupun negara. Ini betujuan untuk menghapuskan stigma negara
mundur dan negara membangun yang dikenakan oleh kebanyakan negara maju.
Selain itu, matlamat utama ialah tidak campur tangan dalam urusan negara lain
tanpa sebab dan juga menegakkan kedaulatan negara-negara anggota.
peralihan Malaysia dari dasar pro barat kepada berkecuali menunjukkan
kematangan yang dicapai negara dengan peredaran masa. Zaman pucuk
kepimpinan pertama negara mengutamakan barat manakala pucuk kepimpinan
kini bersikap berkecuali.
Malaysia mula menyertai Pergerakan Negara Berkecuali pada tahun
1970. Penglibatan awal Malaysia dalam pergerakan ini bermula apabila
setiausaha tetap kementerian Luar, Tan Sri Ghazali Shafie secara rasmi telah
menghadiri mesyuarat persediaan bagi Sidang Kemuncak pergerakan itu yang
diadakan di Dares-Salam Tanzania pada bulan April 1970. Dalam ucapan beliau
di mesyuarat itu, Tan Sri Gazali menyentuh isu Palestin di Timur Tengah dengan
mendesak supaya Israel berundur dari kedudukannya sebelum perang tahun
1967 serta soal rundingan Kemboja di Paris.Mesyuarat persediaan itu juga
membincangkan kemungkinan untuk menjadikan rantau Indo-China sebagai
kawasan berkecuali. Malaysia menghadiri Sidang kemuncak Pergerakan Negara
berkecuali buat kali pertama di Lusaka pada bulan September 1970 dengan
diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
10
Penyertaan Malaysia dalam pergerakan ini dibuat berlandaskan beberapa
faktor yang menjadi pegangan negara sejak merdeka, iaitu penyelesaian secara
aman terhadap apa-apa pertikaian, menghormati keutuhan dan kedaulatan
wilayah negara lain, prinsip hidup bersama secara aman serta tidak campur
tangan dalam urusan negara lain sama ada gerakan subvertif atau lain-lain
gerakan sekalipun.
Walaupun Malaysia merupakan anggota baru dalam Pergerakan Negara
Berkecuali, tetapi ia telah memainkan peranan dengan berkesan dalam Sidang
Kemuncak yang pertama dihadiri Lusaka. Malaysia menyuarakan pendirian yang
tegas tentang isu perlumbaan senjata nuklear dan ancaman senjata itu terhadap
umat manusia. Malaysia bersependapat dengan lain-lain negara anggota
bahawa kawalan segera secra berkesan perlu diadakan terhadap senjata itu oleh
masyarakat antarabangsa. Pada akhir sidang di Lusaka itu satu ketetapan
diputuskan untuk menjadikan dekad 1970-an sebagai dekad Perlucutan Senjata
dengan mengeluarkan satu pengisytiharaan yang dikenali sebagai perisytiharaan
Lusaka.
Sejak menganggotai pergerakan Negara berkecuali, Malaysia telah
menberi sumbangan ang besar dalam pertubuhan ini. Sumbangan Malaysia
sering kali mendapat penghargaan dari kebanyakan negara anggota
sehinggakan Malaysia dianggap sebagai peggerak kepada beberapa usaha gigih
bagi menjayakan perjuangan beberapa isu negara dunia ketiga. Antaranya ialah
meningkatkan kerjasama antara negar sedang membangun dengan negar
miskin yang lebih dikenali sebagai kerjasama Selatan-selatan, mempelopori
Perang penyalahgunaan dan pengedaran Dadah, isu Antartika sebagai hak
warisan bersama manusia sejagat, usaha menghapuskan dasar Apartheid di
Afrika Selatan dan mempertahankan pendirian pergerakan itu sendiri berhubung
dengan isu-isu tertentu dalam sidang dan forum-forum antarabangsa. Sesetegah
dari usul ini dikemukakan terus kepada Bangsa-bangsa setelah mendapat
sokongan pergerakan itu.
11
Di samping itu bidang politik, Malaysia turut memainkan peranan penting
dalam bidang ekonomi di mana-mana kemuncak Pergerakan Berkecuali. Dalam
sidang Kemuncak ketujuh di New Delhi pada bulan Mac 1983, Malaysia
mengemukakan dua pindaan terhadap rangka perisytiharaan tentang ekonomi
yang dikemukakan kepada sidang itu. Pindaan pertama ialah berhubung dengan
cadangan untuk meningkatkan kerjasama di kalangan negara pengeluar.
Malaysia mengesyorkan ditubuhkan sebuah badan atau organisasi tertentu kea
rah itu bagi memastikan kerjasama di kalangan negara pengeluar dapat
diadakan secara berkesan. Sementara itu, dlam sidang kemuncak kelapan
pergerakan Negara berkecuali di Harare pada September 1986, cadangan
Malaysia supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Selatan-Selatan untuk
mempertingkatkan kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara sedang
membangun telah diterima.
Sebagai sebuah negara Islam contoh dalam konteks pencapaian ekonomi
dan kestabilan politik di kalangan negara-negara membangun, Malaysia telah
diberi kepercayan serta pengiktirafan sebagai Pengerusi kepada NAM pada
2003-2006. Sebagai Pengerusi NAM, Malaysia telah menubuhkan Sekretariat
Nasionalnya di Kementerian Luar Negeri untuk melaksanakan segala tugasan
penyelarasan di dalam NAM, bagi memastikan NAM lebih dinamik dan
memainkan peranan yang penting terhadap isu-isu global semasa yang
berkepentingan kepada NAM.
Peranan Malaysia terserlah melalui aktiviti-aktiviti, program-program serta
inisiatifnya terhadap usaha penyuburan semula NAM, sebagaimana yang telah
digariskan di dalam “Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Penerusan Penyuburan
Semula NAM”. Malaysia juga telah berjaya menerajui NAM ke arah penyuburan
semula pergerakan berkenaan berdasarkan mandat dan keputusan yang
terkandung dalam Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Penerusan Penyuburan
NAM serta berasaskan prinsip dan tujuan asas penubuhannya.
12
Semasa menjadi Pengerusi NAM, Malaysia telah berjaya melaksanakan
dua inisiatif utama iaitu menubuhkan Institut NAM bagi Memperkasakan Wanita
atau NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) dan menubuhkan
Rangkaian Berita NAM atau NAM News Network (NNN). Kedua-dua inisiatif ini
merupakan sumbangan yang konkrit daripada Malaysia kepada negara-negara
anggota Pergerakan.
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
Selaras dengan kedudukannya sebagai sebuah negara Islam, Malaysia
juga mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara Islam yang lain.
Malaysia bergerak cergas dalam Pertubuhan Persidangan Negara Islam atau
Organisasi of Islamic conference (OIC) yang beribu pejabat di Jeddah, Arab
Saudi. Cadangan awal untuk membentuk sebuah pertubuhan Komanwel mula
dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961.
Pada peringkat awal, cadangan itu kurang mendapat sambutan dan
negara Pakistan sahaja yang menyatakan persetujuannya ke atas cadangan itu.
Persidangan Menteri-menteri Luar Islam telah bersidang pada tahun 1971 dan
bersetuju menubuhkan satu pertubuhan bagi negara-negara Islam iaitu
Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Keanggotaan OIC merangkumi semua
negara Islam, matlamat utama penubuhan OIC ialah untuk mengeratkan
hubungan dan perpaduan antara negara-negara anggota dalam bidang ekonomi,
sosial dan politik. OIC juga bertujuan memperkukuhkan kedudukan umat Islam
dan menyelesaikan pertikaian antara negara-negara Islam.
13
Selain daripada itu, OIC juga menjadi platform bagi pertikaian yang
melibatkan negara-negara Islam seperti Pakistan, Iran- Iraq dan sudan. OIC
ingin membebaskan negara-negara Islam daripada belenggu penjajahan barat
dan memberi hak kepada rakyat negara itu mengamalkan agama Islam secara
bebas. OIC telah berjaya mencapai beberapa kejayaan dalam bidang seperti
kebudayaan, pendidikan, kebajikan dan menangani isu-isu semasa. Dalam
bidang pendidikan, OIC telah berjaya mendirikan beberapa infrastruktur
pendidikan seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Niger dan
Uganda. Misi bantuan perubatan juga dianjurkan.,Malaysia telah
menyumbangkan bantuan kepakaran kepada negara-negara Islam yang
memerlukan seperti Afganistan, Iraq dan Bosnia.
Malaysia telah memainkan peranan yang aktif sepanjang penglibatannya
dalam OIC. Negara ini terlibat dalam membantu mencari penyelesaian ke atas
beberapa isu antarabangsa yang melibatkan umat Islam melalui OIC. Antaranya
ialah usaha mencari perdamaian di Timur Tengah, membantu perjuangan rakyat
Palestin untuk mendapatkan semula tanah air yang diduduki oleh Israel,
menyelesaikan perang saudara Iran-Iraq dan memulihkan hubungan Mesir
dengan negara-negara Islam yang lain selepas Mesir dipulaukan kerana
menjalin hubungan dengan negara Israel.
Sebagai sebuah negara Islam contoh dalam konteks pencapaian ekonomi
dan kestabilan politik di kalangan negara-negara membangun, Malaysia telah
diberi kepercayan serta pengiktirafan sebagai Pengerusi OIC pada 2003.
Malaysia adalah komited untuk memupuk perpaduan di kalangan negara-negara
anggota OIC. Dalam hubungan ini, Malaysia berazam meningkatkan hubungan
kerjasama OIC, terutama dalam bidang-bidang ekonomi, perdagangan,
pendidikan dan kebudayaan. Malaysia telah berjaya melaksanakan tugas
sebagai Pengerusi OIC, yang mengutamakan perpaduan di kalangan dunia
Islam dan membina keyakinan di kalangan negara-negara anggota.
14
Sebagai Pengerusi OIC, Malaysia serta negara-negara anggota yang lain
telah berjaya mengenakan tekanan terhadap negara-negara barat untuk
menghentikan pengeboman di Lubnan semasa konflik di antara pejuang-pejuang
Hezbollah dan rejim Israel. Malaysia juga telah meneruskan usaha-usaha untuk
mengutarakan masalah Palestin. Penindasan dan kezaliman yang dilakukan di
bumi Palestin merupakan punca kemarahan umat Islam. Sebagai Pengerusi
OIC, Malaysia telah menonjolkan negara sebagai negara Islam contoh yang
toleran, progresif dan aman. Islam Hadhari telah berjaya diketengahkan oleh
Y.A.B. Perdana Menteri di peringkat antarabangsa yang bertunjangkan
ketamadunan dalam pentadbiran dan pembangunan negara.
15
ISU DAN PERSOALAN
1. Apakah kebaikan dan keburukan AFTA kepada Malaysia ?
AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free
Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran tempatan semua negara-negara yang
terlibat. Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki
enam buah negara anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina,
Singapura dan Thailand. Vietnam bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar
pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999. AFTA sekarang terdiri dari
sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-negara anggota
baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai
ASEAN. Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi
kewajiban pengurangan tarif AFTA. Perjanjian AFTA dibuat adalah untuk
meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam
pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan bukan tarif dalam
ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing
langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh
barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan
perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam
industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur
dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran. Malaysia mungkin melihat
kepada Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta) supaya pengguna boleh
menikmati aliran barangan lebih bebas pada harga lebih baik. Walaupun ramai
menyedari bahawa Afta, satu program pengurangan tarif serantau yang
komprehensif, yang telah wujud sejak 2003, Malaysia terus berfikir dalam ruang
lingkup sempadannya sahaja dalam mendapatkan barangan untuk para
penggunanya. Kesan negatif AFTA pula ialah Harga ubat akan naik melambung
16
tinggi kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat AS yang akan
menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan. Pada masa ini petani
Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan
harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import untuk
melindungi petani daripada kerugian. Selepas AFTA, petani akan kerugian
apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh
hasil tanaman yang diimport yang amat murah berbanding dengan harga
tanaman Malaysia. Petani Malaysia akan mengalami kerugian tinggi dan tidak
dapat bertani lagi. Harga tanaman tempatan tidak boleh bersaing dengan harga
tanaman negara seperti Thailand yang sangat murah. Selain itu, persaingan dari
sektor perdagangan berat iaitu kereta nasional negara iaitu Proton dan Perodua
yang akan bersaing hebat dengan kereta jenama Honda,Toyota, Nissan dan
sebagainya yang kemungkinan lebih murah dan berkualiti
2. Apakah peranan Malaysia selaku Pengerusi Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?
Sebagai sebuah negara Islam contoh dalam konteks pencapaian ekonomi
dan kestabilan politik di kalangan negara-negara membangun, Malaysia telah
diberi kepercayan serta pengiktirafan sebagai Pengerusi kepada NAM pada
2003-2006 dan OIC sejak 2003. Ini menunjukkan keyakinan dunia antarabangsa
di atas keupayaan Kerajaan Malaysia. Sebagai Pengerusi OIC dan NAM,
Malaysia terus berusaha untuk membawa kemajuan serta dimensi baru kepada
OIC dan NAM. Malaysia adalah komited untuk memupuk perpaduan di kalangan
negara-negara anggota OIC.
Dalam hubungan ini, Malaysia berazam meningkatkan hubungan kerjasama
OIC, terutama dalam bidang-bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan dan
kebudayaan. Malaysia telah berjaya melaksanakan tugas sebagai Pengerusi
OIC, yang mengutamakan perpaduan di kalangan dunia Islam dan membina
17
keyakinan di kalangan negara-negara anggota. Sebagai Pengerusi OIC,
Malaysia serta negara-negara anggota yang lain telah berjaya mengenakan
tekanan terhadap negara-negara barat untuk menghentikan pengeboman di
Lubnan semasa konflik di antara pejuang-pejuang Hezbollah dan rejim Israel.
Malaysia juga telah meneruskan usaha-usaha untuk mengutarakan
masalah Palestin. Penindasan dan kezaliman yang dilakukan di bumi Palestin
merupakan punca kemarahan umat Islam. Sebagai Pengerusi NAM, Malaysia
telah menubuhkan Sekretariat Nasionalnya di Kementerian Luar Negeri untuk
melaksanakan segala tugasan penyelarasan di dalam NAM, bagi memastikan
NAM lebih dinamik dan memainkan peranan yang penting terhadap isu-isu
global semasa yang berkepentingan kepada NAM. Peranan Malaysia terserlah
melalui aktiviti-aktiviti, program-program serta inisiatifnya terhadap usaha
penyuburan semula NAM, sebagaimana yang telah digariskan di dalam
“Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Penerusan Penyuburan Semula NAM”.
3. Kegagalan PBB sebagai badan antarabangsa dalam menyelesaikan
konflik antarabangsa.
Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dibelenggu oleh hak-hak
istimewa yang diberikan kepada lima negara anggota melalui kuasa VETO.
Perancis, Rusia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan China menggunakan
hak ini untuk membantutkan peranan PBB sebagai badan antarabangsa. Kelima-
lima negara tetap majlis keselamatan PPP sering menggugat tindakan-tindakan
PBB. Ini dapat dilihat dalam beberapa keadaan di mana-mana lima negara yang
mempunyai kuasa veto telah tidak bertanggungjawab menegakkan keadilan
sejagat.
Amerika Syarikat telah menolak usul bantahan terhadap
pencerobohan Israel ke atas tanah Palestin di Tebing Barat. Selain itu, Amerika
Syarikat juga telah melakukan serangan terhadap Iraq yang dikatakan
18
mempunyai senjata nuklear tetapi tidak mempunyai bukti yang mengatakan Iraq
mempunyai senjata nuklear . Ini jelas menunjukkan kredibiliti PBB tercalar
kerana tidak dapat melaksanakan tangungjawab sebagai badan antarabangsa.
Malaysia begitu lantang bersuara ketidakpuashatian terhadap kepmpinan badan
induk antarabangsa itu. PBB juga menghadapi masalah membuat keputusan
mengenai satu-satu kes krisis di dunia.
19
RUJUKAN
Radha Krishnan, Pengajian Am Kenegaraan Malaysia, Federal-Marshall
Cavendish (m) Sdn Bhd, Selongor,2005.
Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia edisi kedua, Oxford Fajar Sdn Bhd,Shah
Alam, 2003.
20