Download - Tugasan Kenegaraan
Tugasan Kenegaraan
KOD & NAMA KURSUS
HNS 2013 : KENEGARAAN
TAJUK
Perlembagaan merupakan asas penting dalam penubuhan sesebuah negara
.Bincangkan.
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH:
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
Definisi Perlembagaan
Konsep Perlembagaan
2.1.1 Konsep Federalisme dalam perlembagaan persekutuan
2.1.2 Bentuk –bentuk Perlembagaan Malaysia
Ciri – ciri perlembagaan
Sejarah Perlembagaan Malaysia
Kandungan Perlembagaan Malaysia
5.1.1 Isi kandungan Perlembagaan
5.1.2 Peruntukkan dalam perlembagaan persekutuan
5.1.3 Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negara
3
3 - 4
5
5
6 - 7
8
9
10
11
12
6.0
5.1.4 Peruntukkan yang dianggap istimewa
Kesimpulan
13
14 - 17
1.0 DEFINISI PERLEMBAGAAN
Merujuk Kamus Dewan Edisi yang ke empat ” Perlembagaan ” bermaksud undang-undang atau
peraturan negeri ,dasar pemerintah negeri .[1]
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi satu set hak ,peraturan
terperinci,kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam negara dan
autoriti awam dengan rakyat.Perlembagaan dokumen yang mengandungi set undang-undang
yang berfungsi menjaga dan memerintah negara ini supaya kerajaan yang memerintah boleh
mentadbir dengan lancar.
2.0 KONSEP PERLEMBAGAAN
Profesor Dicey (dalam Tun Mohd Salleh Abas,1997 ) berpendapat bahawa undang-undang
perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip
undang –undang .Perlembagaan sesebuah organisasi atau negara menjelaskan
bentuknya, strukturnya, aktiviti - aktiviti aktivitinya, sifat - sifatnya dan peraturan - peraturannya
yang utama. Perkataan ini juga berasal dari perkataan Latin constitutio, yang
bermaksud undang-undang penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Maharaja, dan
digunakan secara meluas dalam penggubalan undang - undang berkanun .
Organisasi - organisasi yang biasanya menggunakan konsep ini termasuklah :
Ø Kerajaan - kerajaan dan badan - badan kerajaan
Ø Persatuan - persatuan sukarela
Ø Kesatuan Sekerja
Ø Parti - parti Politik
Ø Syarikat – syarikat
Perlembagaan berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang
adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan
membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya
penyalahgunaan kuasa. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997 ) pula menyatakan perlembagaan
merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan
wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan menjamin
semua yang terkandung di dalam perlembagaan.Seandainya undang-undang yang dikanunkan
perlembagaan ini tidak dapat dijalankan maka perlembagaan ini tidak akan bermakna.
Teori pengasingan kuasa mempunyai tiga komponen utama :
i) Badan yang membuat hanya perlu membuat atau menggubal undang - undang dan
tidak boleh mempunyai kuasa yang lain;
ii) Badan yang memerintah hanya menjalankan pemerintahan dan tidak boleh
membuat undang-undang dan menjalankan penghakiman; dan
iii) Badan kehakiman hanya membuat penghakiman dan tidak boleh menjalankan
pemerintahan atau membuat undang - undang. Namun begitu, dalam konteks
perlembagaan Malaysia dan kebanyakan negara, teori pengasingan kuasa tidak
dipraktikkan sepenuhnya.
Di Malaysia misalnya, walaupun Parlimen mempunyai kuasa membuat
undang - undang, tetapi sebahagian besar daripada undang-undang itu dibuat oleh
badan pemerintah seperti Yang Di - Pertuan Agong, menteri dan lain -lain. Mengikut teori
pengasingan, kuasa pemerintah hanya menjalankan tugas pemerintahan sahaja dan tidak boleh
mencampuri urusan kehakiman. Tetapi di Malaysia, pemerintah juga boleh menjalankan fungsi
kehakiman, contohnya Menteri Dalam Negeri, iaitu seorang yang bertanggungjawab dalam
menjalankan pemerintahan, juga boleh menggunakan kuasa untuk menahan seseorang atas
alasan keselamatan. Di samping itu, seorang ahli Parlimen yang berfungsi sebagai pembuat
undang-undang juga dilantik mengetuai mana - mana kementerian bagi menjalankan kuasa
pemerintahan.
2.1.1 KONSEP FEDERALISME DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DI
MALAYSIA.
Konsep federalisme secara umumnya adalah berkaitan dengan pembahagian kuasa.
Pembahagian kuasa berlaku di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Selain itu ia juga
berlaku dalam sistem pentadbiran negara iaitu antara eksekutif ,legislative dan judisiari. Perkara
berkaitan dengan federalisme dalam perlembagaan dapat dikesan dalam perkara –perkara
berikut:
i. Perkara 73 (had sempadan kuasa perundangan )
ii. Perkara 74 (bidang kuasa perundangan dengan merujuk jadual kesembilan)
iii. Perkara 75 (Ketinggian undang –undang persekutuan mengatasi undang – undang negeri )
iv. Perkara 76 ( Kuasa Parlimen untuk membuat undang –undang kepada negeri )
v. Perkara 76A ( Kuasa Parlimen umtuk membuat undang –undang kepada negeri )
vi. Perkara 80 ( Pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa perundangan)
2.1.2 BENTUK – BENTUK PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan di dunia terdapat dua bentuk iaitu Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis.
Perlembagaan bertulis mengandungi sifat-sifat seperti sifatnya yang sukar untuk dipinda kecuali
ada peruntukan yang membolehkannya dipinda, Parlimen berkuasa membuat undang-undang
terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan dan Mahkamah berkuasa untuk mentafsir
undang-undang bagi tujuan melindungi Perlembagaan. Contoh Perlembagaan Bertulis adalah di
Negara Malaysia. Sementara Perlembagaan Tidak Bertulis pula adalah wujud secara tradisi
diwarisi dalam masyarakat atau negara berkenaan.
PERLEMBAGAAN
BERTULIS
Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen
TIDAK BERTULIS
Merupakan bentuk perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen tersusun
kerana berasaskan piagam-piagam yang telah dibuat dari semasa ke semasa dan berlaku sejak
beberapa kurun yang lalu. Adat resam (convention) juga telah dianggap oleh penduduk negara
tersebut sebagai sudah menjadi undang-undang negeri.
3.0 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 Perkara yang dibahagikan kepada 15
bahagian.Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukkan – peruntukkan mengenai
berbagai-bagai perkara yang melibatkan kebebasan hak asasi rakyat,kewarganegaraan, badan
perundangan,badan pemerintah , badan kehakiman, kewangan, pembahagian kuasa, antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri, kedudukan istimewa Orang Melayu,
tanah, pembangunan negara, perkhidmatan awam dan pilihan raya. Terdapat beberapa cirri yang
menunjukkan kuasa perlembagaan. Antara ciri – ciri Menurut Tun Mohamed Suffian
( 1990 ), Perlembagaan Malaysia mempunyai cirri –ciri asas seperti berikut:
i. Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan.
ii. Sebagai negara raja berperlembagaan.
iii. Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen.
iv. Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa
yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin
kebebasan beragama.
v. Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang – undang.
vi. Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga – tiga cabang kerajaan.Seluruh
jentera pentadbiran diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh cabinet serta seluruh
birokrasi. Ketiga- tiganya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan
juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan
Parlimen manakala Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan
pertikaian dan hak serta liability dalam perlembagaan.
Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi:
i. Ketinggian Perlembagaan Persekutuan.
ii. Yang Dipertuan Agung
iii. Raja dan Yang Dipertua Negeri
iv. Jemaah Menteri
v. Parlimen
vi. Pilihan raya
vii. Kehakiman
viii. Perkhidmatan awam
ix. Negeri – negeri
x. Perhubungan persekutuan dan negeri
xi. Peruntukan kewangan 12 : Kebebasan asasi
xii. Perbuatan subersif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan
xiii. Agama Islam
xiv. Kewarganegaraan
xv. Orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
xvi. Bahasa Kebangsaan
xvii. Ibukota persekutuan
xviii. Pindaan Perlembagaan
4.0 SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Asas perlembagaan persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.Berikut kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun
1955,Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama.Penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk
kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
pada tahun 1956.Bagi menjalankan tugas penggubalan Perlembagaan .Kerajaan British telah
menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British
sendiri,penasihat Majlis Raja-raja dan pemimpin-pemimpin parti.
Maka pada 1956.Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk
membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh
kemerdekaan untuk negara.Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid
telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan daripada parti-parti politik,persatuan-
persatuan bukan polotik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini.Semasa
proses rundingan itu satu memorandum daripada Parti Perikatan telah mendapat
keutamaan.Memorandum berkenaan yang juga disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan
secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang
lain,menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-raja Melayu,kedudukan agama
Islam,kedudukan Bahasa Melayu,kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama
rata.Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957.
Manakala sebaik sahaja Sabah dan Sarawak menyertai persekutuan Tanah Melayu pada
tahun 1963,beberapa peruntukan Perlembagaan persekutuan telah dipinda dan nama persekutuan
Tanah Melayu dengan rasmi telah ditukar kepada MALAYSIA.
5.0 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Apabila memperkatakan tentang kandungan perlembagaan Malaysia terdapat tiga aspek
yang saling berkait iaitu kerohanian perlembagaan,peruntukan perlembagaan dan perlaksanaan
perlembagaan.
Aspek kerohanian perlembagaan ialah salah satu working document yang semestinya
hidup,bukan hanya kertas dokumen yang menyenaraikan undang-undang yang kompleks tetapi
semestinya juga mempunyai ’jiwa’ dan idealismenya’. Kontrak sosial itu tidak akan hidup jika
ia semata-mata saranan undang-undang yang beku. Dalam hal ini, kita perlu merujuk kepada
lima prinsip Rukun Negara dan mendalami huraian rasmiprinsip-prinsip tersebut. Antara prinsip
Rukun Negara ialah :
1. Percaya kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan Undang – undang
5.Kesopanan dan kesusilaan
Harus diingat bahawa Rukun Negara itu sendiri terbentuk di dalam ekologi krisis.Bukan
sahaja Akta Keselamatan Dalam Negeri itu diperkuatkan lagi, Akta Hasutan juga diperkuatkan,
selepas ’Peristiwa 13 Mei 1969’, Parlimen digantung dan pentadbiran negara dikendalikan oleh
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang terbentuk melalui
artikel 150. badan Perundingan MAGERAN telah menurunkan ’RUKUN NEGARA’ selaku satu
inti sari Perlembagaan Malaysia.
Huraiannya dibuat berasaskan kepada tujuan dan matlamat prinsip-prinsip tersebut ke arah:-
ü Sebuah negara yang bersatu - mengatasi masalah Dualisme Ekonomi.
ü Sebuah masyarakat berdemokrasi iaitu menerima hakikat bahawa rakyatlah yang memilih ahli-
ahli parlimen dan kerajaan.
ü Sebuah masyarakat adil - khusus untuk keadilan ekonomi.
ü Sesebuah masyarakat yang liberal - iaitu yang bertolak ansur, cuba mengelakkan konflik yang
berpanjangan.
ü Sebuah masyarakat yang progresif iaitu keupayaan kita menggunakan kemahiran sainsdan
teknologi ke arah pembangunan sosio-ekonomi negara.
Justeru, keperluan Rukun Negara adalah sebagai memenuhi keperluan Perlembagaan itu sendiri.
Rukun Negara adalah sebagai lima prinsip yang memang terkandung dalam kehendak-kehendak
dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan akan
menjadikan arah tuju penubuhan negara Malaysia menjadi lebih jelas khasnya dalam membentuk
perpaduan negara.
5.1.1 ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 perkara yang dibahagikan
kepada 15 bahagian iaitu :
1. Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan
2. Kebebasan Asasi
3. Kewarganegaraan
4. Persekutuan
5. Negeri-negeri
6. Perhubungan Antara Persekutuan dan Negeri-negeri
7. Peruntukan-peruntukan Kewangan
8. Pilihanraya
9. Kehakiman
10. Perkhidmatan Awam
11. Kuasa-kuasa Khas menentang kegiatan subversif dan darurat
12. Am dan pelbagai
13. Peruntukan sementara dan peralihan
14. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dsb
15. Prosiding terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-raja
5.1.2 PERUNTUKKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan terdapat 181 Artikel kesemuanya.Perlembagaan ini telah disusun
dalam 14 bahagian.Terdapat beberapa bahagian yang kemudiannya dipecahkan pula ke
dalam bab-bab. Terdapat 19 bab kesemunya. Artikelnya 181 pula dipecahkan ke dalam bebrapa
jadual dan bahagian jadual yang khusus pula. Perkara-perkaranya adalah seperti berikut:
1. Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi persekutuan
2. Kebebasan Asasi
3. Kewarganegaraan
Bab 1- Perolehan Kewarganegaraan
Bab 2- Penamatan Kewarganegaraan
Bab 3- Tambahan
4. Persekutuan
Bab 1 - Kepala Utama Negara
Bab 2 - Majlis Raja-Raja
Bab 3 - Pemerintahan
Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan
Bab 5 - Acara Perundangan
Bab 6 - Keupayaan terhadap harta, kontrak dan Guaman,
5. Negeri-negeri
6. Perhubungan antara Persekutuan dan Negeri
Bab 1 - Hal Undang-undang Persekutuan dan negeri
Bab 2 - Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
Bab 3 - Pembahagian beban kewangan
Bab 4 - Tanah
Bab 5 - Pembangunan Negara
Bab 6 - Tinjauan Persekutuan,nasihat Persekutuan kepada Negeri
dan Pemeriksaan Persekutuan mengenai Kegiatan-Kegiatan Negeri.
Bab 7 - Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo,
7. Peruntukan –peruntukan kewangan
Bab 1-Am
Bab 2- Pemakaian bagi Negeri-negeri Borneo
8. Pilihan raya
9. Penghakiman
10. Perkhidmatan Awam
11. Kuasa – kuasa khas menentang perbuatan subversive, kekerasan yang dirancang dan
perbuatan-perbuatan dan jenayah-jenayah yang memudaratkan awam dan kuasa-kuasa darurat.
( Di gantikan oleh Akta A442 mulai daripada 31.12.78).
12. Am dan Pelbagai
12A. Perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Borneo
13. Peruntukan sementara dan peralihan
14. Pengecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya
5.1.3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN PERLEMBAGAAN NEGERI
Di Malaysia ,Perlembagaan mempunyai beberapa ciri-ciri khusus yang telah membahagikan
kuasa di antara kerajaan iaitu antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Keadaan ini adalah bagi
memastikan pengasingan kuasa dalam sistem pentadbiran negara akan dapat dilaksanakan
dengan tersusun.
Pembahagian kuasa ini dapat dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu :
Bentuk –bentuk senarai Perkara terlibat
Senarai Persekutuan Hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang –
undang jenayah, kewarganegaraan dan lain –lain
Senarai Negeri Hukum syarak, undang –undang diri dan keluarga orang Islam,
jentera kerajaan negeri, hari kelepasan dan lain – lain. ( meliputi
perkara –perkara yang diserahkan kepada negeri )
Senarai Bersama Meliputi keupayaan kerajaan negeri untuk membuat undang –
undang selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan misalnya pemberian biasiswa, binatang liar,
kesihatan awam dan lain – lain.
5.1. 4 PERUNTUKKAN-PERUNTUKKAN YANG DIANGGAP ISTIMEWA
Di dalam Perlembagaan Malaysia terdapat peruntukkan –peruntukkan yang dianggap
istimewa.Perlembagaan Malaysia mengandungi unsur-unsur tradisi dan unsur-unsur baru yang
mewarnai perlembagaan kita. Unsur tradisi yang dimaksudkan ialah pemerintahan beraja, bahasa
Melayu, kedudukan Agama Islam dan hak-hak Istimewa Orang Melayu dan kaum bumiputra.
Menurut Mohamed Suffian Hashim (1987), perlembagaan negara ini agak bernasib baik kerana
ia tetap mengikuti tradisi. Ini disebabkan kebolehan dan para pemimpinnya mendapatkan
kerjasama raja-raja Melayu dalam mengorak langkah ke arah kemerdekaan. Perlembagaan
Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas
penjajahan. Kebanyakan perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang
diwarisi daripada zaman prapenjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan
kewarganegaraan.
Empat unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman prapenjajahan dan masih dikekalkan dalam
perlembagaan Persekutuan ialah :
· Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan
· Bahasa Melayu
Dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan
· Kedudukan istimewa orang Melayu.
Dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di Pertuan Agung
· Pemerintahan Beraja
Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan
KESIMPULAN:
PersekutuanTanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Manakala
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1956.
Suruhanjaya Reid menerima 131 memorandum bertulis daripada orang ramai. Hal ini
menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat persetujuan dan
pandangan majoriti rakyat Malaysia.
Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum melayu dan bukan melayu bersetuju atas
beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara. Perlembagaan Malaysia bukan
sahaja merupakan dokumen perundangan bahkan juga kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.
Melalui kontrak sosial ini orang bukan melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip Jus Soli.
Hak orang melayu dikekalkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu
dan kedudukan istimewa orang melayu serta kedudukan Raja - raja Melayu. Akhirnya Draf
Perlembagaan Malaysia telah diterima dan diisthiyarkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu
pada 31 ogos 1957.
Antara kepentingan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di sesebuah negara ialah,
Perlembagaan menjaga kestabilan dan kesihatan dalam sebuah Negara kerana semua hal
mengenai cara pemerintahan sebuah Negara sudah termaktub dalam perlembagaan. Ini akan
mencegah kedua - dua pihak daripada bertindak sesuka hati. Jadi, dengan adanya perlembagaan
sebuah negara dapat diperintah secara tersusun, adil dan bertanggungjawab. Pindaan kepada
perlembagaan hanya boleh dilakukan oleh Parlimen dan sekiranya dua pertiga daripada ahli
perlimen bersetuju dengan pindaan yang dicadangkan.Ini adalah batasan bagi menyekat
golongan –golongan tertentu dari meminda perlembagaan mengikut kehendak mereka.
Perlembagaan adalah penting untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial
yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara. Perlembagaan
membolehkan kepentingan semua kaum di Negara Malaysia dilindungi. Perlembagaan Malaysia
menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislative, kehakiman, kedudukan Agama Islam,
kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah
dan Sarawak dan lain - lain.
Oleh itu, perlembagaan mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur
serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan
autoriti lain serta antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan merupakan panduan asas
kepada perlaksanaan sistem politik di negara kita. Perlembagaan tokoh melayu merupakan
panduan asas yang berlandaskan satu kontrak sosial yang persetujuan antara kaum di negara ini.
Dari segi sejarah, terdapat. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dianggap
sebagai kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang dicapai antara orang melayu, cina dan
india dan berkait rapat dengan unsur - unsur tradisional yang meliputi hal - hal berikut :
1) Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan raja melayu tidak boleh dipersoalkan.
Perlembagaan 1948 mengasaskan konsep Raja Perlembagaan
2) Kedudukan istimewa orang melayu ( yang meliputi perkhidmatan awam, biasiswa
dan segala bentuk bantuan berkaitan dengan permit tidak boleh dipersoalkan )
3) Hak kerakyatan berdasarkan prinsip Jus Soli bagi mereka yang lahir sebelum,
semasa dan selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka, melalui kuat kuasa
undang - undang. Hak kerakyatan juga boleh dimohan melalui cara permohonan dan
naturalisasi.
4) Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan tanpa sekatan
5 ) Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain tidak dihalang
pengunaan,pengajaran dan pembelajarannya.
Perlembagaan Malaysia bukan sahaja sebagai institusi utama tetapi juga menjadi‘ kontrak
sosial ’ yang menstrukturkan sistem sosial Malaysia. Proses penggubalan dan penerimaannya
penuh dengan perundingan, perdebatan dan tolak – ansur di antara kelompok masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia. Sebahagian daripada perlaksanaannya masih diperkatakan dari segi
legitimasi politiknya. Dalam konteks hubungan etnik di negara kita, Perlembagaan dapat
mewujudkan keadilan sosial di Malaysia melalui pengurangan jurang perbezaan ekonomi dan
struktur antara wilayah. Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial aabila ia dapat
mewujudkan pengagihan yang saksama dari segi pembangunan negara keseluruhannya.
Perlembagaan dapat mewujudkan keadilan sosial apabila dapat menjamin kebebasan asasi
manusia berdasarkan hak yang ditentukan meliputi kebebasan diri, bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan, beragama, bebas daripada menjadi hamba abdi dan melakukan kerja
paksa, perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakang dan
perbicaraan yang berulang, hak terhadap harta dan hak mengenai pelajaran. Perlembagaan dapat
mewujudkan keadilan sosial apabila ia dapat menentukan pembahagian kuasa antara kerajaan
Persekutuan dan kerajaan negeri. Peruntukan kuasa itu yang meliputi perkara untuk kepentingan
bersama.
Kepentingan perlembagaan kepada negara kita ialah untuk menjamin kesinambungan
pentadbiran dan kestabilan politik. Sistem politik atau jentera pentadbiran negara kita
menjalankan proses pentadbiran dengan adalah rujukan dari Perlembagaan Negara kita. Ia akan
menjamin kelancaran pentabiran khususnya dalam kabinet negara kita dalam semua
kementerian.Kepentingan perlembagaan juga dapat menentukan rangka, bentuk pemerintahan
dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil.
Kepentingan perlembagaan seterusnya dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.
Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan
diri,kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama. Pada masa yang sama, apabila ia dapat
menentukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran rakyat dan memastikan
pentadbiran berjalan dengan lancar. Tambahan pula, juga dapat memupuk unsur taat setia kepada
negara. Seseorang itu akan dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak
setia atau telah memperolehi kerakyatan negara lain. Dalam konteks hubungan etnik,
Perlembagaan negara kita juga berfungsi bagi mewujudkan keadilan hubungan sosial antara
kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan dan
pergaduhan antara kaum.
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan ( 1970 ), yang menghadkan kebebasan
bercakap bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Perlembagaan kita juga menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera
di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam
Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia. Perlembagaan juga penting
untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses pembentukan negara
dan bangsa yang bersatu dan berdaulat.
Sebagai kesimpulannya, perlembagaan adalah asas undang – undang di dalam sesebuah
negara.Perlembagaan memainkan perana yang besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan
negara Malaysia.Perlembagaan Malaysia yang panjang, terperinci, dan rumit namun memberi
banyak manfaat kepada perjalanan pentadbiran negara. Perlembagaan merupakan tunjang utama
dalam pentadbiran sesebuah negara.Malah perlembagaan memainkan peranan dalam membentuk
dan mengekalkan keharmonian serta perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.Justeru,
perlembagaan merupakan komponen penting dalam sesebuah negara.
7.0 RUJUKAN
1. Mohd.Noor Yusuf, Perspektif, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.2009 .
2. Sulaiman Zakaria,Azmah Che Omar,Penubuhan Malaysia, Petaling Jaya: Pustaka Cahaya
Intelek.2004
3. Karim Roslan, Malaysia dalam Peralihan ,Singapura; Times Book International.2003
4. Sivachandralingam Sundara, Raja,Ahmad Kamal Ariffin Mohd Yus, Ho Hui Ling, Noraini
Mohamed Hassan, Nurul Asnida Abu Bakar, Sejarah Masih Revelan,
Shah Alam: Karisma Publications.2008
5. Abdullah Sanusi Ahmad, Kerajaan, Pentadbiran dan Rakyat, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).1987
6. Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A.Jawan . Kenegaraan Malaysia.Serdang: Universiti.Putra
Malaysia (UPM).1997
7. Tengku Anuar Tengku . Asas-asas Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Al-Azim Sdn. Bhd.
1997
8. Mohd Syafiqie Abd Rahim, Artikel : Memahami kontrak sosial dan kedudukan menurut
perlembagaan Malaysia.2008
9. Kulanz Salleh, Artikel : Perlembagaan Malaysia. 2010