PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERBANDINGAN TAHAP PERSEMBAHAN GO KART YANG
MENGGUNAKAN JENIS-JENIS ENJIN BERLEJANG 2 DENGAN
ENJIN BERLEJANG 4
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya GAN THIAN HOCK (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh :
___________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: P.M. DR. ABDUL HAFIDZ B. HJ. OMAR
21-13, PANGSAPURI PERMATA, Nama penyelia
JALAN HAJI JAIB,
84000 MUAR, JOHOR.
Tarikh: 27 APRIL 2006 Tarikh: 27 APRIL 2006
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tugasan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan. (Sains Sukan)”
Tandatangan :…………………………….
Nama Penyelia : P. M. DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR
Tarikh : 27 APRIL 2006
PERBANDINGAN TAHAP PERSEMBAHAN GO KART YANG MENGGUNAKAN
JENIS-JENIS ENJIN BERLEJANG 2 DENGAN ENJIN BERLEJANG 4
GAN THIAN HOCK
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : GAN THIAN HOCK
Tarikh : …27 APRIL 2006………….........
iii
DEDIKASI
Kejayaan ini ditujukan khas kepada ayah dan ibu serta ahli-ahli keluarga saya.
Segala jasa, sokongan serta pengorbanan yang diberikan, akan ku kenangkan buat
selama-lamanya. Dan teristimewa buat seseorang yang disayangi, terima kasih
segalanya. Khas buat,
GAN BA CHEE
PEY AH LEK
GAN LIAN BEE
GAN THIAN SIONG
BOO NGAK CHAY
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek
Sarjana Muda saya, Prof. Madya Dr. Abdul Hafidz Bin Haji Omar yang banyak
memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan bantuan dalam menyempurnakan kajian
ini.
Selain itu, saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua
Kolej Perdana, Kapt. Prof. Madya Ahmad Bin Haji Khalid serta ahli-ahli Kelab Go Kart
Kolej Perdana, khususnya saudara Abdul Shahid Abu Bakar kerana banyak memberi
bantuan dan tunjuk ajar dalam membuat kajian ini.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf
yang bekerja di Permas Go kart Club Sdn. Bhd. di Johor Bahru serta staf-staf yang
bekerja di City Karting Enterprise Shah Alam kerana sudi memberi maklumat-maklumat
yang berkaitan dengan projek ini kepada saya melalui ujian serta sesi temu bual yang
telah dijalankan.
Bantuan dan kerjasama daripada rakan-rakan Sains Sukan, UTM dalam
menyiapkan projek ini amatlah saya hargai juga.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat dan membuat perbandingan tahap
persembahan go kart yang menggunakan jenis-jenis enjin 2 lejang dan 4 lejang. Kajian
ini adalah untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara min
masa keseluruhan go kart yang menggunakan enjin 2 lejang dengan min masa
keseluruhan go kart yang menggunakan enjin 4 lejang. Subjek-subjek dalam kajian ini
ialah 4 jenis enjin go-kart, iaitu 2 jenis enjin berlejang 2 yang berkuasa 80 cc dan 100 cc
dan 2 jenis enjin 4 lejang yang berkuasa 160 cc dan 390 cc.. Dalam kajian ini, pengkaji
telah mengambil masa setiap pusingan dan masa keseluruhan (dalam masa saat) go kart
yang dipandu sebanyak 10 pusingan litar ( 0.9 kilometer untuk satu pusingan) untuk
setiap jenis enjin. Selain itu, pengkaji telah mengadakan sesi temu bual dengan staf-staf
yang bekerja di kelab go kart Johor Bahru dan Shah Alam bagi mendapatkan maklumat-
maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi tahap persembahan go kart. Semua
data mentah yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Packages For Social Science Version 11.0 (SPSS 11.0). Daripada hasil penganalisaan
yang diperolehi, didapati terdapat perbezaan yang sangat signifikan di antara min masa
keseluruhan go kart yang mennggunakan enjin 80 cc dengan min masa keseluruhan go
kart yang mennggunakan enjin 160 cc (t = 5.5 45, p< 0.05), go kart yang mennggunakan
enjin 80 cc dengan enjin 390 cc (t = 26.103, p< 0.05), go kart yang mennggunakan enjin
100 cc dengan enjin 160 cc (t = 20.110, p< 0.05), dan go kart yang mennggunakan enjin
100 cc dengan enjin 390 cc (t = 7.639, p< 0.05) Maklumat-maklumat dari sesi temu
bual telah menyatakan bahawa faktor-faktor yang berkaitan dengan enjin seperti berat
enjin dan kebersihan enjin serta faktor-faktor lain seperti tayar, cuaca serta kemahiran
pemandu turut mempengaruhi tahap persembahan go kart.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to study and compare the performance level of
go-cart that using two-stroke engine and four-stroke engine. The study is determined to
identify any significant differences towards the total time mean of go-cart using the two-
stroke engine as well as four-stroke engines. The subjects used to facilitate the research
are four types of go-cart engine; that were two types of two-stokes engine each with 80
cc and 100 cc power, and two types of four-stroke engine each with 160 cc and 390 cc.
The researcher has counted the total time (in seconds) required for each and every type
of engine to complete the full course of 10 laps, as well as the time required to complete
each lap of 0.9 kilometer distance. To further facilitate the study, the researcher has
engaged in several interviewing session with the staffs employed in go-cart clubs in
Johor Bahru and Shah Alam in order to acquire the relevant information regarding the
factors influencing go-cart performance level. All the data collected were analyzed using
the Statistical Packages For Social Science Version 11.0 (SPSS 11.0) software. The
result acquired from the analysis shows that the differences are so significant towards
the level of total time mean of go-cart. According to the t-test results the differences are
as follows: 80 cc and 160 cc engines is t= 5.545, p<0.05; 80 cc and 390 engines t =
26.103, p< 0.05; 100 cc and160 cc engines is t = 20.110, p< 0.05; 100 cc and 390 cc
engines is t = 7.639, p< 0.05. Furthermore, the information obtained from the
interviewing session indicates that other factors related to engine specification such as
the engine weight, engine cleanliness; as well other aspects like tyre, weather, and
driving skills are contributing to the performance of the go-cart.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
BORANG KELULUSAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 4
1.4 Objektif kajian 5
1.5 Kepentingan kajian 6
1.6 Hipotesis kajian 6
1.7 Batasan kajian 8
1.8 Definisi istilah 8
1.9 Penutup 9
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Perbandingan tahap
persembahan go kart 11
2.3 Cara –cara menilai sesebuah
enjin go kart 12
2.4 Penutup 20
ix
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk kajian 22
3.3 Tempat kajian 22
3.4 Populasi dan sampel kajian 23
3.5 Instrumen kajian 23
3.6 Prosedur kajian 26
3.7 Prosedur ujian 27
3.8 Pengumpulan data 28
3.9 Penganalisisan data 28
3.10 Penutup 29
BAB IV PENGANALISISAN DATA
4.1 Pengenalan 30
4.2 Penganalisisan deskriptif 31
4.3 Penganalisisan inferensi 34
4.3.1 Perbandingan min
skor masa keseluruhan
go kart yang
menggunakan enjin
2 lejang 80 cc
dengan enjin 4
lejang 160 cc 34
4.3.2 Perbandingan min
masa keseluruhan go
kart yang menggunakan
enjin 2 lejang 80 cc
x
dengan enjin 4
lejang 390 cc 35
4.3.3 Perbandingan min
masa keseluruhan go
kart yang menggunakan
enjin 2 lejang 100 cc
dengan enjin 4
lejang 160 cc 36
4.3.4 Perbandingan min
masa keseluruhan go
kart yang menggunakan
enjin 2 lejang 100 cc
dengan enjin 4
lejang 390 cc 37
4.4 Temu bual 38
4.4.1 Apakah jenis-jenis
enjin go kart yang
biasa digunakan di
Malaysia serta
kegunaannya 39
4.4.2 Apakah faktor-faktor
yang berkaitan enjin
mempengaruhi masa
kelajuan go kart 40
4.4.3 Apakah faktor-faktor
lain yang turut
mempengaruhi
kelajuan go kart 42
4.5 Penutup 44
xi
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN
DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 45
5.2 Perbincangan 46
5.3 Masalah yang dihadapi 48
5.3.1 Asas pengetahuan
mengenai bidang
enjin go kart 48
5.3.2 Kos untuk menjalani
ujian dan sesi temu
bual agak tinggi 49
5.3.3 Sumber untuk
mendapatkan
maklumat agak terhad 49
5.4 Cadangan 49
5.4.1 Sentiasa melengkapkan
diri dengan ilmu
pengetahuan tentang
kajian yang dibuat 50
5.4.2 Kajian akan datang 50
5.5 Kesimpulan 50
LAMPIRAN 52
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Data masa kelajuan go kart yang menggunakan
enjin 2 lejang dan enjin 4 lejang 31
4.2 Keputusan ujian tahap persembahan go kart yang
menggunakan enjin 2 lejang 80 cc
dengan enjin 4 lejang 160 cc 34
4.3 Keputusan ujian tahap persembahan
go kart yang menggunakan enjin 2
lejang 80 cc dengan enjin 4 lejang 390 cc 35
4.4 Keputusan ujian tahap persembahan
go kart yang menggunakan enjin 2
lejang 100 cc dengan enjin 4 lejang 160 cc 36
4.5 Keputusan ujian tahap persembahan
go kart yang menggunakan enjin 2
lejang 100 cc dengan enjin 4 lejang 390 cc 37
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Data masa kelajuan go kart yang
menggunakan enjin 2 lejang dan
enjin 4 lejang 33
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Senarai rujukan 52
B Borang skor 54
C Soalan-soalan temu bual 55
D Gambar go kart 56
E Gambar orang yang ditemubual 57
F Gambar tempat dan instrumen kajian 58
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Go kart yang dikenali Backyard merupakan ilham daripada hobi sepasang orang
muda dari Amerika yang mula – mula mempelopori bidang sukan antarabangsa ini dan
sekarang telah diiktiraf di mata dunia. Mereka juga merupakan pemandu go kart yang
terhebat di dunia.
Namun go kart telah direka oleh Art Ingles dan diambil alih oleh Duffy
Livingstone dan Roy Desbrow pada awal tahun 50-an. Art Ingles digelar bapa kart
setelah beliau membina kart yang pertama pada tahun 1956. Ingles merupakan seorang
pembina kereta lumba di Kurtis Craft, telah mendapat idea membina kart ini setelah
melihat enjin West Bend yang terletak di woksyopnya. Beliau mendapat idea membina
satu pengangkutan yang dapat membawanya sekitar garaj syarikatnya.
2
Setelah tercetusnya idea tersebut, beliau dengan segera mengimpal beberapa tiub
bersama sebagai kerangkanya. Kemudian beliau meletakkan kerangka tersebut di atas
satu set tayar separa pnuematik. Kemudian beliau meletakkan tempat duduk dan stereng.
Enjin West Bend yang digunakan oleh beliau merupakan sejenis enjin yang digunakan
untuk memotong rumput memacu gandar belakang dengan rantai basikal.
Setelah siap sepenuhnya,beliau tidak menyangka yang ciptaan beliau tersebut
boleh menampung berat badannya yang seberat 210lb ( 95.3kg ) dan mampu mencapai
kelajuan sehingga 20mph ( 32km/j ) dengan kuasa 2.5hp ( 1.9 kW ) dari enjin. Kejayaan
beliau membina kenderaan tersebut telah melayakkan beliau menerima anugerah “ Bapa
Sukan Kart” pada perjumpaan pertama GKCA ( Go Kart Club of America ).
Pada tahun 1957, Duffy Livingstone dan beberapa orang individu lain telah
membuat beberapa perubahan pada go kart dan menjadikan sebuah tempat letak kereta
di Rose Bowl, Pasadena, California sebagai litar go kart. Manakal Roy Desbrow, rakan
kongsi kepada Duffy Livingstone, telah mereka sebuah go kart yang diberi nama
“Drone”. Nama ini diambil sempena nama kuasa enjin tulin yang digunakan di “US
Army Radio” dan dikawal oleh “drone airplane”. Mereka merupakan rakan kongsi
dalam bidang industri selendang tebal “muffler” yang dikenali sebagai “GP Mufflers”.
Dalam tahun 1958, Don memang merupakan seorang yang mempunyai
pengalaman dalam bidang sukan perlumbaan tetapi Duffy L.MarwinPatchen tidak
pula. Oleh itu, mereka memulakan kerja membuat go kart, merekabentuk go kart yang
lebih berkualiti dan boleh diiktiraf sebagai sebuah kenderaan bermotor.
3
Go kart sebenar telah popular sekitar dalam tahun 1956. Pengiklanan pertama
tentang pembuatan go kart telah dilancarkan oleh Cas Craft Mang pada tahun 1958, dan
telah dijual pada harga US$129.50 oleh Syarikat Kart Mfg. Co di California.
Pada masa yang sama, go kart yang dikenali sebagai “First Bug Kart” juga
diperkenalkan pada akhir Disember 1958 yang telah dikeluarkan oleh Syarikat Hot Rod
Mag. Go kart tersebut telah dijual dengan harga US$149.00. Pada masa sekarang, harga
sebuah go kart sudah melambung tinggi hingga US$XX,000.00 terutama untuk model
yang terkini.
1.2 Latar belakang masalah
Sukan bermotor telah lama diperkenalkan di negara Malaysia. Negara kita telah
berjaya mengelolakan banyak acara sukan bermotor yang bertaraf dunia seperti
Federation International de Motocyclismem (FIM) Superbike World Championship, The
FIM Endurance World Championship, FIM Asia Roar Racing Championship dan The
Federation Internationale de L ‘ Automobile (FIA) Asia Pacific Rally Championship.
Dalam arena sukan bermotor bertaraf dunia, Automobile Association of Malaysia
(AAM) telah bergabung dengan FIA, FIM dan Commission Internationale de Karting
(CIK), yang berperanan sebagai badan pengawal sukan bermotor di Malaysia
Di Malaysia, pihak kerajaan telah menyeru institusi pengajian tinggi seperti
universiti dan kolej supaya menubuhkan pasukan sukan bermotor masing-masing
4
sebagai usaha untuk memajukan sukan bermotor di Malaysia (Dato’ Leo Michael
Toyad, 2005).
Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sukan bermotor telah diperkenalkan
dengan wujudnya pasukan sukan bermotor yang bertaraf professional. Penyertaan
pasukan sukan bermotor seperti UTM Racing Team (UTMRT) di dalam Kelas Novis
125 muncul juara di Pusingan Ke-5 Kejuaraan PETRONAS Sprinta AAM Malaysia
Cub Prix 2005, bukan sahaja dapat menggalakkan dan merangasangkan pelajar-pelajar
menyertai sukan-sukan bermotor, tetapi juga dapat melahirkan pelumba-pelumba serta
kumpulan-kumpulan jurutera, mekanik, juruteknik dan lain-lain krew sokongan yang
kreatif dan berkemahiran tinggi di dalam bidang automotif pada masa akan datang.
Di UTM, permainan go-kart masih kurang popular di kalangan
pelajar. Pendedahan permainan go-kart bukan sahaja dapat menjadikan permainan
tersebut sebagai aktiviti alternatif di UTM, tetapi juga dapat melahirkan tenaga
profesional sepertimana dikatakan oleh bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Justeru itu, matalmat projek ini bertujuan membina go-kart dan seterusnya
memperkenalkan dan membangunkan sukan go-kart di UTM.
1.3 Pernyataan masalah
Enjin merupakan salah satu komponen yang utama dalam go kart. Setiap enjin
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri seperti 2 atau 4 lejang (stroke), Over-head Valves
atau Double Over-head Valves dan sebagainya.
5
Secara umumnya, enjin go kart terbahagi kepada 2 jenis, iaitu 2 lejang dan 4
lejang. Penggunaan enjin 2 atau 4 lejang amat bergantung kepada jenis go kart dan
kegunaan go kart itu sendiri (http://www.go-kart-kits.com/go-karts-engines.html, 2005).
Di Malaysia, go kart untuk perlumbaan (race kart) menggunakan enjin berlejang 2,
manakala go kart untuk permainan (fun kart) menggunakan enjin berlejang 4. (Karting
Malaysia, 2005)
Justeru itu, projek ini bertujuan mengkaji tahap persembahan go kart yang
menggunakan enjin-enjin berlejang 2 dan 4.
1.4 Objektif kajian
Projek ini bertujuan :
1.4.1 membuat perbandingan tahap persembahan go kart yang menggunakan enjin 2
lejang dan enjin 4 lejang, dan
1.4.2 mendapatkan maklumat daripada staf-staf kelab go kart mengenai
faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kelajuan go kart.