dr.25.3 · dr.25.3.2003 malaysia dewan rakyat selasa, ... elemen- £ elemen utama untuk ......
TRANSCRIPT
DR.25.3.2003
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Selasa, 25 Mac 2003
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
1. Dr. Yee Moh Chal [Tanjung Aru] minta Menteri Pertahanan menyatakan kedudukan terkini mengenai Program Khidmat Negara dan bilakah ia akan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Menteri Pertahanan [Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak]: Tuan
Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama dengan soalan-soalan yang
dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Tawau pada hari ini dan Yang Berhormat bagi
Teluk Intan pada 8 April,
Timbatan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.
Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, Jawatankuasa Kabinet mengenai khidmat negara sedang memperincikan
cadangan Program Khidmat Negara. Pada dasarnya pelaksanaan Program Khidmat
Negara di negara kita berbeza dengan maksud khidmat negara atau kerahan tenaga
yang dijalankan di negara-negara lain seperti Korea Selatan, Singapura dan sebagainya
yang bertujuan untuk maksud ketenteraan.
Program Khidmat Negara Malaysia yang akan dilaksanakan ini mempunyai tiga
objektif utama iaitu:
(i) menanam semangat patriotisme di kalangan generasi muda;
(ii) memupuk perpaduan kaum dan tntegrasi naslonal; serta
(iii) membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai mumi.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Jawatankuasa telah memutuskan supaya
kurikulum bagi program ini dilaksanakan berteraskan kepada tiga komponen utama iaitu:
DR.25.3.2003 2
(i) latihan asas ketenteraan yang merupakan 30% daripada *.
kurikulum, 40% untuk latihan ketatanegaraan dan pembentukan
watak manakala 30% lagi untuk khidmat masyarakat. Elemen- £
elemen utama untuk program ini lebih bersifat pembelajaran dan
tambah nilai serta membawa manfaat kepada peserta;
(ii) aktiviti yang membebankan dan bersifat penderaan akan
dielakkan; dan
(iii) aktiviti tuar kelas dan latihan berkumpulan akan juga diutamakan.
Pencapaian yang diharapkan dari Program Khidmat Negara ini ialah bagi
mewujudkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum, meningkatkan disiplin,
semangat nasionalisme, patriotisme dan sating memahami agama dan adat resam
pelbagai kaum di Malaysia.
Di dalam merencanakan program ini, pandangan generasi muda telah diambil
kira. Satu kajian telah dilaksanakan di atas 6,000 orang pelajar leiaki dan perempuan
dalam lingkungan umur 15 dan 16 tahun dari sekolah kebangsaan, sekolah agama
rakyat dan sekolah jenis kebangsaan. Hasil kajian tersebut mendapati 81 responden
menyokong pelaksanaan Program Khidmat Negara. Di samping itu sebanyak 72%
menyokong ianya diwajibkan kepada leiaki dan perempuan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Program Khidmat Negara
ini dijangka akan bermula pada tahun 2004 bagi warganegara Malaysia yang telah
mencapai usia 18 tahun atau selepas tamat persekolahan di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia. Teras pelaksanaannya ialah melibatkan pelbagai kaum dalam semua aspek
pelaksanaan termasuk pelantikan jurulatih.
Perancangan yang lengkap masih dalam pertimbangan Jawatankuasa Kabinet.
Model khidmat negara Malaysia dijangka akan diumumkan secara terperinct pada
penghujung bulan Mei. Di samping itu, satu akta baru akan dibentangkan dalam Dewan
ini bagi sesi bulan Jun untuk memberi kuasa-kuasa tertentu bagi membolehkan Program
Khidmat Negara ini dilaksanakan.
Akta int diperlukan kerana program ini adalah bersifat wajib bagi mereka yang
telah ditetapkan. Dari segi kemudahan infrastruktur, Jawatankuasa ini sedang
merancang untuk membina kem-kem latihan sementara di tempat-tempat yang sesuai
seperti di pesisiran pantai dan sungai di kawasan anak bukit dan hutan lipur. Pada masa
DR.25.3.2003 3
yang sama kemudahan-kemudahan sedia ada seperli di IPTA dan Maktab Perguruan
sedang dipertimbangkan terutama untuk sesi-sesi ceramah dan latihan dalam
j kumpulan.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menegaskan di sini, bahawa Program Khidmat
Negara ini, merupakan kehendak dari masyarakat dengan jaminan tiada unsur-unsur
politik dalam perancangan dan pelaksanaannya. Oleh yang demikian, pelaksanaan
khidmat negara perlu disokong oleh semua pihak kerana ianya berkepentingan nasional
dan untuk kebaikan generasi muda negara, tambah-tambah lagi semua aspek
pelaksanaan program ini akan dibuat secara telus dan terbuka.
Tuan Hoo Seong Chang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan yang melalui
Kementerian Pertahanan untuk usaha mengadakan Program Khidmat Negara ini. Tadi,
Yang Berhormat Menteri telah pun memberikan penjelasan yang lengkap di mana pada
tahun 2004 kita akan melaksanakan program ini.
Jadi di sini, saya ingin tahu pada 2004 bila kita menjalankan program ini, adakah
golongan yang meminta supaya dapat dikecualikan daripada program ini. Dan yang
kedua tentang tempoh untuk mengadakan program ini. Misalnya kalau kita lancarkan
program ini, satu program ini memakan masa berapa panjang. Adakah kerajaan
mengadakan kajian iaitu pelaksanaan itu pada tahun pertama, berapa orang akan
terlibat dan berapa perbelanjaannya? Sekian, terima kasih.
Dato1 Sri Mohd. Najib bin Tun Hajl Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, seperti
mana telah saya nyatakan, model khidmat negara kita, akan diumumkan secara
terperinci pada bulan Mei setelah Kabinet membuat keputusan muktamad. Oleh itu
adalah terlalu awal bagi saya untuk menyatakan apakah ciri-ciri utama di dalam
Program Khidmat Negara kita kerana ianya belum lagi diputuskan secara muktamad
v oleh kerajaan.
Namun demikian pada masa ini dari segi tempoh latihan yang akan dicadangkan
ianya kemungkinan antara 3 hingga 6 bulan dan jumlah kesemua yang berumur 18
tahun pada suatu ketika adalah dalam lingkungan 450,000 orang tetapi tidak mungkin
kita melibatkan kesemua 450,000 pada peringkat awal pelaksanaan program ini.
DR.25.3.2003 4
Oleh itu kerajaan sedang menimbangkan apa dia kriteria yang sesuai untuk
diguna pakai supaya program ini dapat dilaksanakan dan dapat diterima kerana kriteria
yang akan digunakan itu boleh bersifat adil kepada ini semua pihak.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Saya tidak setuju kalau 3 hingga 6 bulan, beri panjang sedikit iatihan tersebut
supaya disiplinkan para remaja kita. Soalan saya, sama ada pihak kerajaan ada
menghantar pegawai-pegawai ke negara-negara yang telah menjalankan kaedah sama
ada di Singapura ataupun di Korea Selatan.
Walaupun kita tidak akan menggunakan kaedah kerahan tenaga dengan negara-
negara tersebut, untuk meninjau segala pelaksanaan yang telah dilakukan di negara-
negara berkenaan kerana ada buruk dan baiknya kemungkinan pelaksanaan kaedah ini
dibuat dan apakah pihak kerajaan juga akan mengecualikan mana-mana remaja yang
terbabit dari segi kesihatan, kerana ada juga pelajar-pelajar sekolah yang menjalani
Iatihan di sekolah tiba-tiba jatuh dan meninggal dunia. Minta sedikit penjelasan.
Dato* Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua,
terutamanya dari segi tempoh ini. Pada peringkat awalnya memang kita mencadangkan
selama 3 hingga 6 bulan tetapi tempoh ini boleh dipanjangkan pada masa yang akan
datang tetapi pada peringkat mulanya, kita mesti melaksanakan program ini mengikut
kemampuan kita.
Berkenaan dengan kajian terhadap khidmat negara di negara-negara yang lain,
kita telah menerima butir-butir mengenai program yang dilaksanakan di negara-negara
tertentu tetapi oleh kerana semua daripada program mereka itu adalah bersifat kerahan
tenaga ataupun national sen/ice, maka kita perlu memikirkan model kita dan tnilah yang
sedang kita lakukan pada masa ini. Pengecualian dari segi kesihatan, kita akan
menubuhkan suatu jawatankuasa yang akan memberi pertimbangan terhadap kes-kes
seperti ini.
DR.25.3.2003 5
2. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-
(a) sejauh manakah aktiviti gerakan Jemaah Islamiyah (Jl) beroperasi di negara ini dan kesannya terhadap keselamatan awam di negara ini; dan
(b) individu dan pihak terbabit yang bernaung serta bersekongkol dengan aktiviti Gerakan Jemaah Islamiyah (Jl) serta tindakan ke arah pembasmian anasir-anasir berkenaan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Datuk Seri Abu Zahar bin
Isnin]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan-soalan ini bersekali
soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kinabatangan bertarikh 25
Mac 2003 iaitu hari ini, Yang Berhormat bagi Libaran dan Yang Berhormat bagi Tambun
bertarikh 26 Mac 2003 dan Yang Berhormat bagi Sandakan bertarikh 27 Mac 2003
berkaitan dengan perkara yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk
makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Jemaah Islamiyah atau ringkasnya Jl
yang dikesan pada akhir tahun 2001 adalah sebuah pertubuhan sulit yang
memperjuangkan penubuhan sebuah kerajaan Islam total secara berdakwah dan
kekerasan bersenjata sekiranya dihalang. Negara Islam total yang bakal dibentuk itu
merangkumi Indonesia, Malaysia dan Selatan Filipina.
Kumpulan Jl juga diterajui oleh pendakwah-pendakwah dari Indonesia yang turut
dikaitkan dengan KMM dan dianggotai oleh golongan berpendidikan tinggi, pensyarah-
pensyarah universiti, golongan profesional swasta dan juga kerajaan, ahli-ahli
perniagaan serta orang-orang kebanyakan.
Antara kandungan Tamrin Khas Jemaah Islamiyah yang disampaikan kepada
ahli-ahlinya adalah berlegar kepada perkara-perkara berikut:
(i) penafian walaupun satu perintah Allah, boleh menyebabkan
seseorang itu terbatal syahadah dan terkeluar daripada Islam.
Tindakan pemimpin kerajaan yang menolak pelaksanaan hukum
Islam di Malaysia dengan alasan masyarakat majmuk, boleh
menyebabkan syahadah mereka terbatal;
DR.25.3.2003 6
(ii) Perlembagaan Malaysia dianggap sebagai berhala paling besar
kerana tidak meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan
utama; *
(iii) sistem demokrasi tidak ada dalam Islam. Rasulullah s.a.w.
menegakkan agama Islam melalui dakwah dan berperang,
bukannya melalui sistem demokrasi;
(iv) pemimpin yang perlu ditaati adalah mereka yang sanggup
menegakkan hukum Allah tanpa sebarang persoalan.
Sehubungan dengan itu semua pemimpin negara sama ada pihak
kerajaan mahu pun pembangkang dianggap tidak beriman kerana
masih berdolak-dalik dalam pelaksanaan undang-undang Islam;
dan
(v) memandangkan Malaysia bukanlah sebuah negara Islam, maka
kaum kafir di negara ini tergolong dalam kafir harbi, yang wajib
diperangi.
Kumpulan ini didalangi oleh pendakwah-pendakwah dari Indonesia seperti
Hambali @ E Nurjaman @ Riduan bin Ishamuddin, Abdul Samad bin Abud @ Abu
Bakar Bashir, Mohd. Iqbal bin Abdul Rahman telah mengambil kesempatan melalui
majlis-majlis usrah bagi mendapatkan sokongan ke arah menubuhkan Daulah Islam
Nusantara.
Dalam mencapai cita-cita tersebut, konsep mati syahid, jihad serta kerajaan
Malaysia tidak Islam telah diterapkan dan disemai sehingga mempengaruhi anggota
kumpulan ini untuk berjuang sekali pun terpaksa menggunakan kekerasan bersenjata,
Sebagai persediaan ke arah cita-cita tersebut mereka telah menjalani beberapa
latihan ketenteraan di Malaysia dan menghantar anggota-anggotanya untuk menjalani
latihan di Kern Udaibiah, Mindanao, Selatan Filipina dan Afghanistan. Anggota-anggota *
KMM dan Jl ini telah didedahkan dengan latihan-latthan menggunakan senjata api
seperti M-16, pistol, taktik peperangan gerila, membuat bom dan sebagainya. Selain
dari itu, kumpulan ini juga turut menghantar anggota-anggotanya untuk menimba
pengalaman berjihad di Ambon dan Kepulauan Maluku.
Tuan Yang di-Pertua, bagi membanteras kegiatan-kegiatan kumpulan ini
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah pencegahan dengan mengenakan
DR.25.3.2003 7
tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan setakat ini seramai 18
anggota KMM dan 53 orang anggota Jl yang telah dikenakan perintah tahanan selama
dua tahun di Pusat Tahanan Perlindungan Talping, Perak.
Selain dari itu, sebagai langkah memerangi keganasan kerajaan telah
mengadakan kerjasama bilateral serantau dan antarabangsa dengan menandatangani
pengajian persefahaman bagi menangani keganasan dengan Amerika Syarikat dan
Australia.
The Agreement on Information Exchange and Establishment of Communication
Procedure, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, dengan lima negara Indonesia, Filipina,
Thailand, Cambodia dan Malaysia juga telah ditandatangani.
Di peringkat antarabangsa juga, beberapa konvensyen dan protokol telah
ditandatangani, antaranya:-
(a) Convention on the Suppression of Unlawful Seizure of
Aircraft (Hague 1970);
(b) Convention on the Suppression of Unlawful Acts Against the
Safety of Civil Aviation (Montreal 1971);
(c) Convention on Offences and Certain Other Acts Committed on
Board Aircrafts (Tokyo 1973); dan
(d) Protocol for the Suppression of Unlawful Acts of Violence at
Airports Serving International Aviation (supplementary to the
Montreal Convention 1988)
dan sebagainya.
Terima kasih.
Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih. Setiausaha Parlimen yang telah memberi penjelasan secara terperinci. Soalan
tambahan.
Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan satu berita di mana Ahli Parlimen
Marang telah didapati menghadiri persidangan di Ujung Pan dang, Makassar. Jadi,
sejauh manakah kebenaran kehadiran Ahli Parlimen tersebut dan apakah tujuan
sebenarnya? Dari segi siasatan kerajaan apakah ada impak di sebalik penyertaan
beliau dalam persidangan-persidangan yang telah dimaklumkan? Terima kasih.
DR.25.3.2003 8
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang
Berhormat bagi Kinabatangan yang ingin mengetahui selanjutnya berkaitan dengan
lawatan Yang Berhormat bagi Marang ke Makassar.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Marang telah pergi ke Makassar
pada 20 Oktober 2000 kerana menghadiri Kongres Islam di Ujung Pandang, Sulawesi,
dikatakan atas undangan pihak Universiti Hassanuddin, Ujung Pandang, Sulawesi.
Pada asasnya ialah beliau menghadiri satu persidangan tetapi apa di sebaliknya itu
terpulanglah kepada Yang Berhormat bagi Marang untuk mengetahuinya sendiri.
Walau bagaimanapun, Yang Berhormat bagi Marang pergi ke Makassar itu
masih dalam siasatan dan kajian. Terima kasih.
Dato' Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima
kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, Saya ingat jawapan pada soalan
awal tadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menyebut dengan jelas bahawa pihak Jl
atau KMM dengan jelas mengatakan bahawa kedua-dua parti kerajaan dan parti
pembangkang tidak mengikut lunas-lunas yang ditentukan oleh Jl dan KMM. Jadi,
dengan ini membatalkan segala niat jahat pihak-pihak mana pun terhadap pihak
pembangkang yang kononnya ada kaitan dengan Jl atau KMM ini
Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua soalan tambahan. .
Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Urn Si Cheng]:.. Satu.
Dato' Kamarudin bin Jaffar: Eh! Boleh dua, (a) dan (b). laitu pertamanya,
semalam kita membahaskan dengan hangat dan bersemangat tentang karenah jahat
Amerika Syarikat menyerang negara Iraq bermula dari asas kononnya hendak
menghapuskan pengganas. Jadi, adakah dengan suasana baru pengiktirafan baru,
kesedaran baru di kalangan parti kerajaan sendiri bahawa Amerika ini apabila bercakap
tentang keganasan sebenarnya berniat lebih dari itu. Maka dengan sebab itu adakah
kerajaan berniat untuk menilai semula segala tafsiran-tafsiran tentang pengganas dalam
negara atau luar negara dengan perkembangan terbaru, dengan kesedaran baru,
Perdana Menteri datang dengan baju jaket cantik semalam itu, kita sedar, saya fikir
perubahan pemikiran dalam kerajaan yang ada ini. [Disampuk]
Soalan (b), Tuan Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Urn SI Cheng]: ..Cukup. Satulah.
DR.25.3.2003 9
Dato' Kamarudin bin Jaffar: Adakah kerajaan bercadang untuk mengetuarkan
satu kertas putih yang menjelaskan fakta-fakta yang ada pada kerajaan tentang apa
yang ada dalam Jl dan KMM ini? Terima kasth.
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Tuan Yang di-Pertua, terutama sekali
berkaitan dengan soalan berkaitan dengan pengganas dan juga tentang niat jahat bagi
mana-mana pihak menyatakan ada kaitan dengan pihak pembangkang dalam negara
kita. Itu terpulanglah kepada pihak pembangkang. Kalau mereka berniat baik, saya
rasa mereka tidak patut terasalah diri; kalau mereka niat tidak baik, mereka terasalah
yang mereka ada melakukan kesilapan, kerana dalam negara kita ini, sebuah negara
yang aman dan damai dan makmur, janganlah pula ada pihak-pihak yang buruk sangka
terhadap tindakan-tindakan kerajaan.
Keutamaan Kerajaan ialah hanya untuk memastikan bahawa negara kita ini
berada dalam keadaan aman dan tindakan-tindakan yang kita ambil pun tidak semua
orang yang kita ambil tindakan. Siapa sahaja yang kita telah siasat, telah tengok, kita
lihat terbukti bahawa penyelewengan-penyelewengan akan berlaku, jadi, sebelum
perkara-perkara itu berlaku, adalah lebih baik kita mencegah daripada kita benarkan
perkara itu berlaku.
Kita lihat macam negara-negara lain, sudah berlaku baru hendak siasat. Orang
sudah mati 200 orang baru hendak siasat, itu pun belum boleh bawa ke mahkamah atau
tidak tetapi kita tidak, kita cegah mereka ini sebab kita tahu sesiapa yang pakar buat
bom, ada profesor-profesor ini, semua sekarang ini sudah cabut, sudah lari sudah.
p"epuk] Sudah tinggalkan negara kita.
Kalau mereka benar, duduklah, tunggu, hadap apa yang berlaku, sebab kata
orang pun, berani kerana benar, itu sahaja. Kalau takut kerana tidak benar, itu tidak
benarlah, dia takut, tidak duduk lagi Malaysia. Ramai sudah di antara mereka ini telah
pergi ke Thailand, pergi ke Indonesia. Lagi apa?
Beberapa Ahli: Siam.
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Siam [Ketawa] Terima kasih. Jadi, itu sahaja.
Kerajaan tidak ada niat buruk pada sesiapa, hanya orang yang berfikiran buruk sahaja
yang mengatakan perkara-perkara baru buruk belaka. Bak kata pepatah Inggeris pun,
Tuan Yang di-Pertua, mohon izin, "There is nothing good or bad but thinking makes it
DR.25.3.2003 10
so". Ha! Kalau dia berfikiran buruk, buruklah dia, kalau dia berfikiran jahat, jahatlah dia,
kalau dia berfikiran baik, baiklah.
Macam kita parti kerajaan, semua fikir baik-baik [Disampuk] Kita hendak •
bangunkan negara kita, Kita bukan hendak tangkap orang sewenang-wenang, pun tidak
ramai. Di Kamunting ada mungkin lebih kurang 200 orang, lebih kurang saya pun tidak
pasti. Kalau kita hendak tangkap lagi banyak lagi, tinggal lagi kita demokrasi, kita hak
asasi manusia kita jaga. [Tepuk] [Ketawa] Terima kasih.
SeorangAhli: Kertas putih.
Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin: Ini kertas putih atau hitam. Kalau kita
keluarkan kertas putih pun, kalau pihak pembangkang kata hitam, hitamlah dia [Ketawa]
Tetapi kalau kita keluarkan kertas hitam, pihak pembangkang kata putih, putihlah dia.
[Ketawa] Ha! Itu terpulang masing-masing. Insya-Allah kita akan fikirkan. Terima kasih
banyaklah.
3. Datuk Hajl Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) bilangan kes rasuah yang telah diambil tindakan dan dalam kes mahkamah yang melibatkan kakitangan di seluruh pihak berkuasa tempatan di negara ini; dan
(b) mengikut laporan Biro Pengaduan Awam (BPA), apakah agensi pihak berkuasa tempatan yang paling banyak terlibat dengan kes rasuah. Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh kementerian bagi menangani imej di bawah jabatan ini.
Setiausaha Pariimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato* Haji Noh bin Hajl
Omar]: Terima kasih Yang Berhormat bagi Sungai Benut. Tuan Yang di-Pertua,
sepanjang tahun 2001 hingga 2002 sejumlah 13 tangkapan telah dilakukan oleh Badan
Pencegah Rasuah (BPR) yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh *
negara. Jumlah ini melibatkan tiga tangkapan terhadap kakitangan Majlis Daerah, lima
tangkapan terhadap kakitangan Majlis Perbandaran dan lima tangkapan terhadap
kakitangan Dewan Bandaraya.
Dalam tempoh yang sama juga enam pertuduhan telah dibuat di mahkamah
yang melibatkan dua pertuduhan terhadap kakitangan Majlis Daerah, satu pertuduhan
DR.25.3.2003 11
terhadap kakitangan Majlis Perbandaran dan tiga pertuduhan terhadap kakitangan
Dewan Bandaraya.
Perlu ditegaskan bahawa laporan yang dike!uarkan oleh Biro Pengaduan Awam
merupakan aduan-aduan yang diterima terhadap mutu dan kualiti perkhidmatan agensi-
agensi kerajaan dan tidak mengaitkan mana-mana agensi dengan gejala rasuah.
Namun begitu, pihak kerajaan secara proaktif telah mengambil pelbagai tindakan
supaya mutu dan perkhidmatan PBT dipertingkatkan di samping mengurangkan
rungutan dan aduan orang ramai. Terima kasih.
Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih, soalan tambahan. Saya ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan
kewibawaan BPR selama hari ini. Cuma, Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita tahu ada
banyak tangkapan-tangkapan yang berhubung kait dengan masalah rasuah di negara
kita, tetapi parti-parti pembangkang masih lagi memainkan yang menyatakan menuduh
yang bukan-bukan kepada pihak kerajaan.
Jadi, saya ingin tahu sejauh manakah kewibawaan BPR dan kecekapan BPR di
negara kita dan adakah daripada tuduhan pembangkang yang menyatakan bahawa
pihak BPR ini memilih bulu dan juga mengawal kroni-kroni, jadi saya ingin tahu adalah di
kalangan yang terdapat tangkapan-tangkapan di seluruh negara ini yang berhubung
dengan masalah rasuah, terlibat juga di kalangan menteri-menteri dan sebagainya.
Jadi, saya ingin tahu jawapan daripada Yang Berhormat Settausaha Parlimen. Sekian,
terima kasih.
Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada
Sungai Benut kerana memberikan kepercayaan kepada kewibawaan BPR, hanya sudah
menjadi kebiasaan apa juga yang pihak berkuasa buat pasti akan dipertikaikan oleh
pihak pembangkang, Sesungguhnya kerajaan memang mempunyai keyakinan penuh di
atas kewibawaan BPR, agensi khusus yang dipertanggungjawabkan untuk
mernbendung dan mencegah jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di
negara ini. Kerajaan juga berpuas hati dengan keberkesanan BPR adalah dalam
melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya.
Sesungguhnya adalah ditegaskan bahawa undang-undang mencegah jenayah
rasuah digubal bertujuan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan negara, serta untuk
mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan rasuah tanpa mengira
DR.25.3.2003 12
kedudukan. Komitmen BPR untuk bertindak telah terbukti sebelum ini dengan siasatan
terhadap kepimpinan tertinggi kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri,
malah ada di antara mereka yang telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan *
hukuman.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Badan Pencegah Rasuah (BPR)
menyiasat aduan yang diterima terhadap semua pihak, termasuk ahli-ahli politik dan
pemimpin-pemimpin kerajaan. Secara umumnya sehingga bulan Mac 2003, BPR masih
lagi menjalankan siasatan terhadap 25 orang membabitkan Menteri, Timbalan Menteri,
Menteri Besar atau Ketua Menteri, Ahli-Ahli EXCO, Ahli-Ahli Parlimen dan juga Ahli
Dewan Undangan Negeri.
Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa siasatan yang dijalankan tidak
bermakna mereka bersalah terhadap dakwaan-dakwaan yang telah dibuat ke atas
mereka. Dan sepanjang tahun 2001 hingga 2002 dalam tempoh satu tahun, sejumlah
608 tangkapan telah dilakukan oleh BPR. Daripada jumlah tersebut dalam tempoh yang
sama, sebanyak 315 pertuduhan telah dibuat di mahkamah.
Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa BPR telah berjaya mengekalkan
kewibawaan sebagai agensi yang bebas. Terima kasih.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Pada zaman kegemilangan badan Special Branch ataupun Polis Khas Malaysia, badan
itu mempunyai watchdog dalaman iaitu disebut pengawalan kepada pegawai-pegawai
Special Branch itu sendiri dalam jabatan. Dan untuk mengatasi masalah rasuah polis di
Amerika, diadakan satu badan yang dikatakan Internal Affairs untuk melihat dan
memantau aktiviti-aktiviti pegawai-pegawai penyiasat dan pegawai polis yang
berkenaan. Jadi, dalam keadaan ini, konsep di Amerika dan juga yang kita laksanakan
dalam Special Branch adalah mendatangkan kesan yang cemerlang terutama sekali
dalam Special Branch Malaysia. *
Jadi, dalam persoalan untuk menambahkan kredibiliti BPR ini, adakah kerajaan
bercadang supaya kita juga mewujudkan satu badan monitoring body dalam kerajaan itu
sendiri untuk melihat tindakan dan tingkah laku pegawai-pegawai ini, supaya tidak
langsung menunjuk ataupun mencerminkan walaupun tidak benar, bahawa mereka
sendiri yang mungkin tidak menjalankan tugas dengan betul, ataupun tidak prihatin
DR.253,2003 13
ataupun tidak bekerja dengan sempurna untuk menjalankan tugas mereka. Terima
kasih.
Dato* Haji Noh bin HaJI Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang
Berhormat bagi Batang Lupar. Buat masa sekarang kita belum ada seperti mana Yang
Berhormat nyatakan, namun demikian daripada Akta Pencegah Rasuah itu sendiri,
sudah cukup untuk kita mengawal kegiatan rasuah di negara kita dan kerajaan juga
telah pun menubuhkan beberapa jawatankuasa seperti untuk memperkukuhkan
mekanisme Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan dan juga
kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan dan semua
jawatankuasa ini kita tubuhkan ialah untuk kita memantau kegiatan-kegiatan ataupun
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pegawai-pegawai kita dan pelbagai kursus telah kita
jalankan dan kita juga telah mengadakan pelbagai taklimat supaya pegawai-pegawai
yang diberikan amanah ini diberikan tugas dengan jujur. Terima kasih.
4. Dato* Shaziman bin Abu Mansor [Tanrtpin] minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:-
(a) apakah usaha-usaha yang sudah dan akan dijalankan oleh kementerian dalam membangunkan bidang bioteknologi; dan
(b) adakah kerajaan mempunyai perangkaan sumber-sumber bioteknologi yang ada di negara ini yang boleh dikomersialkan dan berapakah jumlahnya.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Dato' Zainal bin
Dahalan]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
bahawa:-
(a) Kementerian ini telah menjalankan beberapa program bagi tujuan
membangunkan bidang bioteknologi di negara ini. Antara
program-program yang dijalankan termasuklah pembangunan
Biovalley Malaysia, program pembangunan sumber tenaga
manusia, program promosi bioteknologi, program pembangunan
makmal-makmal interim, program penyelidikan dan pembangunan
dan program pembangunan penyelidikan dalam bidang-bidang
khusus bioteknologi.
DR.25.3.2003 14
Selain dari itu, kementerian juga mengadakan kerjasama
penyelidikan dengan institusi-institusi penyelidikan antarabangsa
dari beberapa negara, Kesemua program ini dijangka akan
menjadi landasan bagi membolehkan Malaysia muncul sebagai
sebuah negara yang dapat menerajui bidang bioteknologi di
rantau ini.
Kementerian ini juga dalam proses menggubal Dasar
Bioteknologi Negara yang akan dijadikan panduan dalam
mencorakkan pembangunan bidang bioteknologi negara supaya
pihak-pihak yang terlibat mempunyai halatuju yang jelas. Dasar
ini menyediakan landasan yang sesuai untuk mengeksploitasi
bioteknologi dan menggunakan sumber biologi negara secara
lebih terkawal untuk menjana kekayaan. Pada masa yang sama,
ianya membantu meningkatkan kualiti hid up bersesuaian dengan
nilai dan standard Malaysia dalam melindungi tahap kesihatan
dan alam sekitar.
(b) Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
bahawa Malaysia adalah salah satu dari 12 negara yang terkaya
dengan kepelbagaian biologi di dunia. Mengikut rekod, pada
masa ini negara mempunyai sebanyak 185,000 spesis haiwan
yang terdiri daripada 286 spesis mamalia, 736 spesis burung, 268
spesis reptilia, 158 spesis amfibia, 4,000 spesis ikan laut, 449
spesis ikan air tawar dan 150,000 spesis invertebrata. Malaysia
juga mempunyai 15,000 spesis tumbuhan berbunga, 3,350 spesis
orkid, 536 spesis palma, 700 spesis kulat dan 732 spesis lumut.
Flora dan fauna negara mempunyai potensi komersil yang besar.
Umpamanya 10% dari spesis tumbuhan di negara ini dikatakan
mempunyai nilai perubatan. Adalah sukar untuk memberikan
angka yang tepat dari segi bilangan sumber semula jadi negara
yang boleh dikomersilkan. Namun begitu, penyelidikan sumber-
sumber ini masih lagi dijalankan oleh institusi penyelidikan dan
juga universiti di negara ini.
DR.25.3.2003 15
Dato' Shaziman bin Abu Mansor: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima
kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya berasa bersyukur kerana negara kita
dikurniakan Allah S.W.T. dengan sumber-sumber khazanah yang amat berharga.
Tetapi dalam soalan ini, apakah langkah kerajaan bagi memastikan kekayaan sumber
biologi negara tidak dicuri negara maju yang ketika ini dilaporkan berbuat demikian,
behkutan tiada undang-undang yang lengkap melindungi khazanah negara ini.
Walau bagaimanapun, saya difahamkan Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai
undang-undang sendiri dalam melindungi khazanah yang berharga ini. Saya minta
Yang Berhormat Timbalan Menteri memberijawapan, kalau bolehjangandikajilah, kalau
boleh, apakah persediaan kerajaan dalam mewujudkan undang-undang ini.
Dato' Zainal bin Dahalan: Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini banyak buat
kajian Yang Berhormat. Apa pun, saya memahami masalah ini dan sebenarnya kita
memang dalam proses untuk menyiapkan dua akta yang berkaitan dengan masalah
yang berkaitan taitu Akta Bio Safety dan juga Akta Biodiversiti. Walau bagaimanapun,
oleh kerana di dalam penggubalan undang-undang seperti ini yang melibatkan juga
beberapa agensi, seperti Kementerian Pertanian, Kementerian Kesihatan dan
Kementerian Perusahaan Utama, maka ia mengambil masa sedikit untuk diselesaikan
dari segi penyelarasan dan juga bidang-bidang manakah yang mungkin di bawah
tanggungjawab agensi-agensi yang berkenaan.
Saya berharap bahawa agensi-agensi ini juga, jabatan-jabatan yang
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan draf ini akan dapat menyegerakan.
Sebenarnya saya sudah bercakap banyak kali, saya memahami tentang perkara ini, dan
kita harap akta-akta ini akan dapat dibentangkan di Parlimen secepat mungkin. Terima
kasih.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih. Saya ingin membuat soalan tambahan tentang perkembangan bioteknologi di
negara kita, kerana saya difahamkan khususnya Technology Park sejak daripada tahun
1996 lagi telah mendapat peruntukan yang begitu besar daripada kerajaan untuk
menjalankan kajian dan juga mengembangkan program bioteknologi ini tetapi menemui
terlalu banyak kegagalan-kegagalan dalam apa yang telah dilakukan oleh Technology
Park di Malaysia ini sendiri.
DR.25.3.2003 16
Jadi, persoalannya, apakah kerajaan juga mengambil kira tentang kegagalan-
kegagalan Technology Park dengan peruntukan-peruntukan yang diberikan sejak
daripada tahun 1996, sebagai contohnya projek reban ayam Technolgoy Park yang
bernilai berjuta-juta ringgit telah mengalami ataupun tidak mendapat keputusan dan
perkembangan yang baik daripada apa yang telah diberikan oleh kerajaan. Minta
penjelasan.
Dato' Zainal bin Dahalan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Saya harap kita tidak terlalu berfikiran pesimistik dalam perkara ini. Sejak Technology
Park ditubuhkan, banyak program-program yang dilaksanakan termasuk program
inkubator dan sebagainya yang telah dijalankan. Sebahagian daripada program-
program ini telah pun dapat member! sumbangan kepada perwujudan beberapa
golongan usahawan bumiputera khususnya dalam bidang-bidang tertentu yang terlibat
dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan teknologi terkini.
Technology Park Malaysia tidak berfungsi secara meluas di dalam bidang
biotech sebenarnya, hanya satu, dua projek sahaja termasuk projek temakan ayam dan
juga pemeliharaan ikan keli untuk tujuan menjadikannya sebagai sumber baja ataupun
makanan haiwan dan extraction ataupun pengambilan sebahagian daripada kandungan
ikan itu untuk mengeluarkan sejenis kapsul yang telah pun dijayakan hari ini.
Jadi, pada keseluruhannya, saya ingin menyatakan bahawa sebahagian besar
daripada program-program yang dilaksanakan oleh Technology Park mencapai
kejayaan. Mungkin satu, dua yang bukanlah gagal keseluruhannya, tetapi oleh kerana
prerkara ini melibatkan soal-soal yang berkaitan dengan penyelidikan dan penemuan
benda-benda baru, mungkin ianya belum mencapai ke tahap maksimum yang kita
harapkan.
Walau bagaimanapun, saya harap kalau sekiranya ada kesempatan, elok juga
Yang Berhormat sendiri melawat ke Technology Park Malaysia supaya dapat melihat
sendiri apakah kejayaan-kejayaan dan penemuan-penemun hasil yang telah diusahakan
di bawah program yang dilaksanakan oleh Technology Park Malaysia. Terima kasih.
DR.25.3.2003 17
5. Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed All [Parit Buntar] minta Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:-
(a) kemajuan pembangunan terkini mengenai projek incinerator Broga, Semenyih; dan
(b) sudahkah Jabatan Alam Sekitar memberikan persetujuan dan pengesahan terhadap projek itu dan apakah di antara sungutan-sungutan yang diutarakan oleh penduduk kawasan yang terlibat dan cara kerajaan menanganinya.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato1 Seri Ong Ka Ting]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab pertanyaan lisan ini bersekali dengan
pertanyaan-pertanyaan lisan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat lain memandangkan
ianya menyentuh isu yang sama. Pertanyaan-pertanyaan lisan tersebut adalah seperti
berikut; Ahli Yang Berhormat bagi Shah Alam pada 12 Mac dan 26 Mac 2003, Ahli Yang
Berhormat bagi Seputeh pada 12 Mac 2003, dan Ahli Yang Berhormat bagi Balik Pulau
pada 20 Mac 2003.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Terima kasih. Purata sampah atau sisa pepejal yang
dihasilkan di negara kita adalah lebih kurang sebanyak 16,000 tan sehari. Untuk
menangani sisa pepejal yang banyak ini, pendekatan pengurusan sisa pepejal secara
bersepadu yang merangkumi pengurangan dan penggunaan semula bahan buangan di
peringkat sumber, kitar semula, rawatan perantaraan dan pembuangan ke tapak
pelupusan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Pendekatan bersepadu tersebut turut mengambil kira keperluan alam
persekitaran, sosiobudaya masyarakat, kewangan dan ciri-ctri di sesebuah locality.
Sesungguhnya tiada satu kaedah yang terbaik yang boleh digunakan dalam semua
keadaan atau lokasi, malah setiap kaedah mempunyai kebaikan tersendiri dan sesuai
dalam suasana tertentu sahaja. Dalam hal ini, pihak kementerian saya bersedia untuk
menimbang penggunaan teknologi-teknologi lain yang boleh mempertingkatkan
keberkesanan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di negara ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian saya juga sedang mengguba!
pelan strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan yang mana antara lain akan
DR.25.3.2003 18
menggariskan kaedah pemilihan teknologi dan pendekatan strategik dalam pengurusan
sisa pepejal yang harus diamalkan di negara ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, pada masa sekarang terdapat lebih »
kurang 170 buah tapak pelupusan sampah di seluruh negara. Kaedah pelupusan terus
ke tapak pelupusan merupakan cara yang biasa diamalkan dalam negara pada masa
kini. Pembuangan sampah ke tapak pelupusan secara terus memerlukan tapak yang
luas serta mempunyai ciri-ciri tertentu, sedangkan tapak yang luas semakin sukar
diperolehi terutamanya di kawasan yang padat membangun seperti di Kuala Lumpur
dan Selangor.
Oleh yang demikian, penggunaan kaedah yang lebih efisien daripada segi
penggunaan tanah adalah lebih sesuai diperkenalkan di kawasan sedemikian. Salah
satu teknologi yang menggunakan keluasan tanah yang lebih kecil berbanding dengan
tapak pelupusan ialah incinerator atau loji rawatan terma. Loji rawatan terma juga
dapat mengurangkan penghasilan sisa sehingga lebih 90% selepas dirawat.
Sukacita saya maklumkan tentang kemajuan terkini pelaksanaan projek loji
rawatan terma di Broga, mukim Semenyih di Selangor. Pada masa kini perunding EIA
yang dilantik sedang menjalankan kajian kesan alam sekitar untuk projek tersebut.
Kajian tersebut dijangka siap untuk dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar pada
bulan Mei ini. Dalam menilai kajian EIA tersebut, sungutan orang awam termasuk
pelepasan dioxin, kesesakan lalu lintas dan bau busuk dan sebagainya akan diambil kira
dalam menyedia tindakan-tindakan mitigasi.
Ingin saya nyatakan di sini bahawa kementehan saya sangat prihatin terhadap
sungutan-sungutan yang dikemukakan oleh orang awam mengenai pelaksanaan projek
ini. Bagi menangani sungutan-sungutan tersebut, loji ini akan direka bentuk lengkap
dengan peralatan dan kemudahan moden yang mampu merawat pelepasan udara
selaras dengan piawaian yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. Reka bentuk
loji ini juga akan dapat mengawal pelepasan bau. Di samping itu, kerajaan juga sedar
bahawa dengan terbina loji ini, bilangan kenderaan menuju ke loji akan bertambah. Oleh
itu, kementehan saya sedang mengkaji aliran trafik yang terbaik bagi menangani
masalah ini. Selaras dengan kajian tersebut, infrastruktur yang bersesuaian akan dibina
oleh kerajaan bagi menangani masalah trafik berkenaan. Pihak kerajaan juga yakin loji
rawatan terma moden yang akan dibina ini adalah satu teknologi yang baik. Oleh itu,
DR.25.3.2003 19
usaha-usaha penerangan akan dijalankan untuk memberikan penjelasan yang
sebenarnya kepada orang ramai.
Sukacita juga dinyatakan di sini bahawa lokasi yang dipilih sebagai tapak loji
rawatan terma di Broga, mukim Semenyih jauh dari kawasan penduduk. Kawasan
penduduk terdekat ialah melebihi jarak 2.5 kilometer iaitu melebihi zon penampan
sejauh 500 meter yang dikenakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
Jabatan Alam Sekitar. Kajian EIA akan mengkaji kesemua impak ke atas persekitaran
termasuk kesan kepada penduduk terdekat dengan loji berkenaan. Dalam hal ini,
kerajaan tidak akan memulakan pelaksanaan loji rawatan terma di Broga, mukim
Semenyih sehinggalah kelulusan kajian EIA diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar
taitu kerajaan akan mematuhi semua syarat yang akan dikenakan oleh Jabatan Alam
Sekitar nanti. Terima kasih.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed AH: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyokonglah kalau misalnya projek-projek
yang besar, projek mega seperti ini selalu mengambil kira pendapat orang tempatan,
pendapat rakyat dan sebagainya. Tetapi yang saya diberitahu projek yang besar,
magnitude yang besar seperti ini dengan luas kawasan 265 hektar yang dijangka
hampir 1,000 lori keluar masuk membawa hampir 2,000 tan sampah itu menjadi
perhatian besar kepada rakyat tempatan. Juga sudah diadakan majlis-majlis dialog
dengan Suhakam sendiri pernah menganjur majlis dialog. Tetapi apa yang dibuatnya,
apa yang didapati orang-orang tempatan, penduduk-penduduk tempatan merasakan
dialog-dialog ini tidak memberi kesan kepada mereka, sebab didapati ahli-ahli yang
nadir ialah pegawai-pegawai kerajaan biasanya noncommittal, needed here nor there.
Misalnya, dalam salah satu majlis dialog-itu yang dihadiri oleh Ahli Parlimen bagi
Seremban sendiri yang merupakan Timbalan Menteri Pendidikan pun tidak
menenteramkan orang-orang tempatan, kerana di peringkat Timbalan Menteri pun tak
dapat memberikan jawapan yang pasti tentang sungutan-sungutan yang dibuat oleh
penduduk tempatan.
Saya ingin mengemukakan soalan, yang pertama sekali kenapa kerajaan
walaupun dapat memberikan ruang kepada penduduk seperti itu tetapi tidak begitu
komited sebenarnya untuk mendengar pandangan rakyat, rayuan-rayuan rakyat dan ini
akhirnya dia bersikap top down imposition, dipaksa begitu. Dan akhirnya kita dapati
DR.25.3.2003 20
projek-projek besar seperti JB Water Front City misalnya yang menelan belanja RM6
bilion itu terpaksa diberhentikan lantaran kerana tidak mesra alam sekitar dan
mencemarkan pandangan. Saya terialu yakin projek di Broga itu pun... «•
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed All: ...akan menerima nasib yang sama
seperti JB Water Front City ini. Terima kasih.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan bahawa
selama ini penerangan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat setempat, pegawai-
pegawai kerajaan yang akan membantu untuk melaksanakan projek ini di dalam
kawasan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan telah diadakan sebagai satu
penerangan awal. Pada masa yang sama kerajaan juga sedar ada pihak-pihak termasuk
pihak pembangkang dan orang yang sentiasa negatif terhadap apa sahaja pun projek
kerajaan akan laksanakan telah pun menghasut, telah pun memberi penjelasan yang
bertentangan dengan apa yang kerajaan terangkan.
Saya ingin menjelaskan lagi tidak benar bahawa pegawai kerajaan atau
pemimpin kerajaan tidak komited. Yang Berhormat telah sebut, Ahli Yang Berhormat
bagi Seremban saya rasa tidak adil. Saya sendiri faham apa telah berlaku kerana
kebetulan kampung di mana Timbalan Menteri kita ialah Kampung Broga di Negeri
Sembilan. Kampung Broga di Negeri Sembilan itu ianya bukan Broga yang kita sebut di
tempat akan dibuat incinerator itu, ianya bersebelahan. Jadi, Ahli Yang Berhormat bagi
Seremban telah begitu proaktif. Dia hendak beri orang kampung faham sedikit mengenai
apa yang berlaku. Timbalan Menteri Pendidikan takkan dia boleh bercakap pasal
incinerator. Jadi Yang Berhormat sudah timbul nama beliau tanpa kehadiran beliau,
saya kena jelaskan, tidak benar bahawa beliau tidak komited. Kerajaan sedang tunggu
kajian EIA kerana EIA ini akan kaji pandangan, sungutan, maklum balas daripada orang
awam dari semua aspek. Kalau EIA belum buat, kerajaan sudah hantar orang, projek ini <
mesti akan buat begini, begitu, jadi pembangkang akan kata mengapa EIA belum siap
kajian, kerajaan sudah buat kesimpulan. Kita tahu semua helah ini.
Oleh yang demikian, oleh kerana projek ini adalah untuk kebaikan rakyat dan
juga kita tahu ianya pasti mesra alam, kerana teknologi ini telah dikaji oleh
Jawatankuasa Teknikal di mana pakar tempatan semuanya terlibat sama ada mereka
daripada Jabatan Alam Sekitar ataupun daripada Jabatan Kesihatan ataupun daripada
DR.25.3.2003 21
pakar-pakar universiti, kita sendiri yang telah buat lawatan di kebanyakan negara,
mereka sudah seratus peratus yakin bahawa teknologi yang dipilih ini adalah teknologi
^ yang baik dan selamat Jadi, kita harap supaya pihak pembangkang demi untuk
kepentingan masa depan negara kita, bantulah kita, beri satu gambaran lebih positif.
Puan P. Komala Devi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan
bahawa incinerator ini adalah perlu sebab pembuangan sampah telah bergunung-
gunung. Jadi, soalan tambahan saya sejauh manakah usaha kerajaan ataupun
kementerian untuk memupuk satu budaya dalam masyarakat Malaysia supaya kita
mengurangkan sampah kita melalui 3R iaitu reduce, recycle, and reuse, dengan izin,
terima kasih.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak saya
ucapkan kepada Yang Berhormat bagi Kapar. Memang itulah merupakan salah satu
strategi di mana kita di Malaysia ini, kita perlu untuk mengurangkan sampah. Tadi saya
telah kata 16,000 tan sehari. Ini satu jumlah sisa pepejal yang menakutkan. la ambil
hanya sembilan hari untuk kita boleh penuhkan kedua-dua Twin Tower itu dengan
sampah kita. Jadi, tidak ada cara lain kita perlu kurangkan sampah sebagai langkah
pertama iaitu 3R iaitu reduce, reuse dan recycle. Jadi, kitar semula itu sangat penting.
Berdasarkan pengalaman negara-negara yang maju bagaimana kita usaha untuk
kitar semula pun kita hanya boleh mencapai sampai satu tahap iaitu 20% lebih bahan
yang dibuang setiap hari boleh dikitar semula. Selebihnya katakan 70% di mana
antaranya banyak adalah sampah organik yang tidak boleh dikitar semula. Jadi, sampah
organik dan juga yang tidak kita kitar semula ini perlu kita rawat. Sebab itulah kita perlu
incinerator yang kita bincang secara hangat hari ini.
6. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah persediaan Malaysia menghadapi isu-
« isu yang dibangkitkan dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia atau WTO dan apakah kesan yang dijangka terutama berhubung dengan sembilan isu yang akan dibincangkan di peringkat menteri di Cancun, Mexico nanti.
Setlausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
[Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, sebagai persediaan bagi menghadapi isu-
isu yang dibangkitkan dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia atau WTO, kerajaan
DR.25.3.2003 22
mengadakan perbincangan secara berterusan dengan petbagai pihak termasuk sektor
swasta, akademik, badan-badan berkanun dan badan-badan profesional. Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat seperti *
mesyuarat informal menteri-menteri mengenai isu-isu WTO di Sydney, November tahun
2002 dan di Tokyo, Februari tahun ini bagi mengutarakan pendinan dan pandangan
negara terhadap isu-isu yang sedang dirundingkan di WTO.
Malaysia juga aktif dalam rundingan yang sedang dijalankan di ibu pejabat WTO
di Geneva. Malaysia mengetuai kumpulan informal negara-negara membangun yang
bertujuan membentuk pendirian bersama dalam isu-isu tertentu. Mesyuarat peringkat
Menteri WTO akan diadakan di Cancun, Mexico pada bulan September 2003 nanti
merupakan titik pertengahan untuk mengkaji kemajuan rundingan WTO yang dijangka
akan selesai pada penghujung tahun 2004. Malaysia mempunyai kepentingan bagi
memastikan supaya mesyuarat memberi tumpuan kepada pembukaan pasaran yang
boleh memudahkan eksport Malaysia melalui pengurangan cukai dan halangan-
halangan bukan cukai. Mengendalikan fleksibiliti kepada negara-negara sedang
membangun dalam pelaksanaan persetujuan yang dicapai dalam WTO. Sekian, terima
kasih.
Dato' Hajl Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, kita
tahu bahawa mesyuarat WTO ini adalah untuk mewujudkan peraturan perdagangan dan
perkhidmatan untuk sektor ekonomi. Ini bermakna akan melibatkan sektor industri dan
perkhidmatan dalam sesebuah negara yang terlibat. Saya ada mengikuti mesyuarat
WTO. Pada penglihatan saya, dari segi negara kita, penglibatan dahpada persatuan-
persatuan industri dan business ini tidak begitu aktif. Kebimbangan saya nanti apabila
kerajaan membuat satu perundingan manakala perundingan ini adalah untuk digunakan
oleh sektor swasta dan sektor swasta tidak begitu aktif kecuali Malaysian Manufacturing
Association, Jadi soalan saya Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah kita patut melibatkan y
sektor swasta secara aktif? Banyak association yang terlibat termasuk servis dan
mereka juga menjadi sebahagian daripada kumpulan yang terlibat dalam rundingan di
peringkat mesyuarat Menteri WTO di Cancun.
Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, sebelum Malaysia membuat sesuatu
komitmen atau persetujuan dalam rundingan WTO, kita memang sentiasa mengadakan
rundingan dengan pihak swasta termasuk persatuan-persatuan perniagaan. Misalnya,
DR.25.3.2003 23
dalam sektor perkhidmatan yang sedang dirundingkan, kita pun telah bermula berunding
dengan pihak swasta termasuk persatuan profesional tentang tahap yang kita dapat
membukakan sektor ini. Kita juga telah melalui pandangan mereka, telah
mengemukakan permohonan atau permintaan awal terhadap 49 negara di mana kita
harap kita akan dapat access dalam sektor perkhidmatan negara mereka.
Pada masa yang sama, kita pun telah menerima sembilan permintaan awal
daripada 19 negara meminta mereka membuka pasaran sektor perkhidmatan dan sama
ada kita akan membuka pasaran-pasaran perkhidmatan ini terhadap negara-negara
yang memohon, kita sedang berunding dengan semua pihak swasta termasuk dengan
persatuan-persatuan profesional dan kita berharap semua persatuan dan para swasta
akan bekerjasama dengan kerajaan memberi maklum balas tentang persediaan kita
untuk membuka pasaran tersebut. Kita tidak ingin bahawa kita buat sesuatu komitmen
tanpa persediaan daripada pihak swasta. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
pertanyaan-pertanyaan bagi Jawapan Lisan selesai.
[Masa untuk Soalan Jawab Lisan telah tamat]
DR.25.3.2003 24
USUL
MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan
yang ditangguhkan atas masalah:
Bahawa suatu ucapan yang tidak seperttnya dipersembahkan
kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian
bunyinya:
"Ampun Tuanku,
Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang Ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima Parlimen yang Kesepuluh" [24 Mac 2003]
Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen bagi Kementerian Kesihatan dijemput menyambung ucapan.
11.04 pagi
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S. G. Sothinathan]:
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan mengucapkan terima kasih di atas
pandangan dan teguran perihal Kementerian Kesihatan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli
Yang Berhormat bagi Shah Alam, Bagan Datok, Sri Gading, Kepong, Tebrau, Marang,
Sandakan, Permatang Pauh, Belurari dan Rasah sewaktu membahaskan Titah Ucapan
Diraja.
Ahli Yang Berhormat bagi Kepong, Permatang Pauh dan Rasah telah
membangkitkan isu berkenaan wabak denggi. Ahli Yang Berhormat bagi Kepong telah
meminta agar kementerian dapat memastikan kemudahan rawatan yang secukupnya
disediakan untuk pesakit denggi. Ini memandangkan pesakit denggi masih dianggap
tidak serius serta hanya diberikan rawatan sebagai pesakit luar sahaja. Beliau juga
DR.25.3.2003 25
telah menyarankan agar aktiviti penyelidikan dipertingkatkan demi mencari vaksin
demam denggi. Terima kasih di atas penghargaan Ahli Yang Berhormat terhadap
kejayaan IMR yang berjaya menemui kaedah yang lebih cepat untuk men diagnose
demam denggi. Beliau juga mencadangkan penubuhan satu pusat penyelidikan yang
merupakan penggabungan di antara pihak kerajaan dan pihak swasta bagi melindungi
dan mengiktiraf paten-paten penyelidikan.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan memandang serius terhadap
semua kes-kes denggi yang berlaku dan melalui kempen-kempen pendidikan kesihatan,
masyarakat telah diminta supaya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran jika
terdapat tanda-tanda demam denggi. Dengan ini, pesakit dapat diberi rawatan dan kes
ini akan dapat dilaporkan kepada pihak pejabat kesihatan atau jabatan kesihatan, pihak
berkuasa tempatan dan tindakan kawalan dan pencegahan dapat diambil dalam tempoh
24 jam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua Pengarah Kesihatan Negeri
telah diarahkan supaya semua kes yang disyaki denggi perlu dimasukkan ke
hospital
Dato" Sen Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
Tuan S. G. Sothinathan: untuk rawatan serta pemerhatian.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat bagi Marang banguri.
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya
ingin mendapat penjelasan oleh kerana kerajaan negeri ingin memberi kerjasama dalam
menangani masalah denggi ini, maka satu permohonan telah dibuat oleh kerajaan
negeri melalui Hospital Besar Kuala Terengganu supaya pengarah perubatan dapat
memberi satu taklimat kepada kerajaan negeri supaya kerajaan negeri dapat
menunjukkan kerjasama dengan cara yang lebih menyeluruh tetapi pihak pengarah
perubatan memberi jawapan bahawa mereka tidak boleh memberi taklimat kepada
kerajaan negeri kerana perlu mendapat arahan daripada Menteri Kesihatan.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak dapat fahami sama
ada yang diminta itu adalah taklimat tentang demam denggi, cara-cara pengawalan
DR.25.3.2003 26
ataupun langkatvlangkah yang harus diambil ataupun tentang kes denggi ini atau
statistik tentang kes ini.
Dato' Serl Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, taklimat
secara umum. Itu terpulang kepada mereka untuk memberi taklimat apa yang boleh
mereka beritahu tetapi dikatakan perlu mendapat arahan daripada Menteri. Adakah ini
benar ataupun tidak?
Tuan S. G. Sothinathan: Saya rasa, mungkin ada kekeliruan di pihak pengarah
negeri yang terlibat. Tetapi sebenarnya, kita menggalakkan semua pengarah-pengarah
negeri untuk memberi taklimat bukan sahaja kepada orang ramai. Kalau kita
menggalakkan mereka memberikan taklimat kepada orang ramai di peringkat akar umbi,
di peringkat kampung, di peringkat ta man-tarn an, saya rasa tidak ada sebarang masalah
untuk memberi taklimat kepada kerajaan negeri. Saya akan periksa perkara ini dan
akan memastikan bahawa pengarah negeri memberi taklimat kepada kerajaan negeri.
[Tepuk]
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Urn Si Cheng]: Yang Berhormat, Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim: Minta jalan.
Tuan S. G. Sothinathan: Ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang
Berhormat, seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Marang tadi, perkara
yang sama berlaku di Ampang Jaya di mana ramai orang mati dan juga masuk hospital
di kawasan Ampang Jaya. Selepas itu, rakan-rakan saya dari DAP, mereka minta
adakan gotong-royong dan semua itu, tetapi ini ditolak. Adakah ini menunjukkan
bahawa ada dis-coordination di antara kementerian Yang Berhormat dan juga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan? Ini yang pertama. Yang kedua ialah
kenapakah kerajaan order, mengarah adakan itu black-out di surat khabar yang mana
banyak kenyataan yang kita buat itu tidak disiarkan dan banyak gotong-royong yang
kami buat itu tidak disiarkan di akhbar juga. Apakah tujuan kerajaan mengadakan black
out, mengarahkan media mengadakan black-out pada kes denggi?
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak ada sebarang
black-out tentang perkara ini. Kita telah pun melaporkan tahun lalu tentang kes-kes
denggi ini dan tahun ini pun, kita telah pun buat laporan tetapi, pihak pembangkang
DR.25.3.2003 27
yang memutarbelitkan angka-angka yang diberi. Kita tahu kita ada beberapa
persidangan yang penting di negara kita ini dan juga kita tahu bahawa pelancongan
« adaiah satu sumber pendapatan kepada negara kita.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]
Puan Fong Po Kuan: [Bangun]
Tuan S. G. Sothinathan: Biar saya jawab soalan daripada Yang Berhormat
bagi Seputeh dahulu. Jadi, kita telah melaporkan bagi tahun 2002, jumlah kes denggi
yang dilaporkan adaiah 11,354 dan jumlah kematian ialah 57 tetapi, pihak pembangkang
tidak mahu percaya kepada angka ini. Mereka Cuba mereka satu angka dan
menggambarkan seolah-olah negara kita satu tempat yang bahaya. Jadi, macam mana
kita hendak kawal? Jadi, kita mesti bertanggungjawab.
Jadi, itulah sebabnya kita kena pastikan bahawa cuma Kementerian Kesihatan
sahaja bertanggungjawab untuk memberitahu orang ramai tentang statistik dalam
perkara ini. Tidak ada sebarang perselisihan faham di antara Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan dengan Kementerian Kesihatan. Ini adaiah tanggungjawab
bersama. Bukan sahaja di antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan tetapi antara semua kementerian-kementerian untuk menjaga
kesihatan dan kesejahteraan.
Dr. Tan Seng Glaw: [Bangun]
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]
Puan Fong Po Kuan: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat, ada tiga Ahli Yang Berhormat bangun.
Tuan S. G. Sothinathan: Saya bagi Yang Berhormat bagi Kepong dulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kepong.
e Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, kita di sini hendak bincang secara
rasional. Saya sendiri ada membuat catatan daripada laporan-laporan setiap negeri.
Setiap negeri buat laporan mengenai kes denggi. Kes kematian kerana denggi
berdarah. Saya buat catatan. Daripada catatan ini, saya tidak nampak di seluruh negara
terdapat lebih 32,000 kes dan jika lebih 32,000 kes ini, saya percaya mungkin
diberitahu, notified dan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri ialah disahkan
secara serology ialah 11,364.
DR.25.3.2003 28
Bolehkah Yang Berhormat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini, apakah
perbezaan di antara yang diberitahu, di notify dan disahkan secara serology. Pada
clinical practice nya, apakah kriteria yang digunakan untuk mencffagnosekan denggi? Ini *
memang penting kerana kebanyakannya tidak disahkan secara serology, akan
mengambil masa. Bila platelet dia turun dengan dahsyat, adakah Yang Berhormat
sedar bahawa biasanya platelet itu satu jenis kimia di dalam darah kitalah. Kalau
platelet itu kurang daripada...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat, tidak payah terang.
Dr. Tan Seng Giaw: ..150,000 microliter, ini bermakna kita ada kurang dan ia
akan berdarah. Yang penting sekali, bahayanya denggi ialah kerana darah keluar.
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw: Ha, itulah yang pentingnya. Saya berharap ini secara
rasionallah, kita bersama-sama hendak
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudahlah Yang Berhormat,
cukuplah.
Dr. Tan Seng Giaw: ...membanteras wabak itu. Sebaliknya, adakah Yang
Berhormat sedar, ini hendak bagi penjelasan tambahan supaya kita boleh berbahas
dengan lebih rasionallah, taakulan, lebih taakulan sekarang kerana... [Ketawa],
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim SI Cheng]: Bukan beri ceramah Yang
Berhormat, [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw: Bukan, bukan yang akhir. Saya hendak bayangkan
macam ini, Yang Berhormat sedarkah apabila ada sakit lelah, paru-paru yang baru-baru
ini diheboh-hebohkan di seluruh dunia kerana ada kes yang 17 yang mati dan
sebagainya dan dipaparkan secara berita halaman di dalam negara ini tetapi sebaliknya,
saya berharap tidak akan berlakunya adult respiratory distress syndrome atau ARDS di #
negara ini. Saya berharap tidak akan berlaku. Walau bagaimanapun, kalau kita
banding dengan denggi, ada 57 kalau ikut angka Yang Berhormat, 57 sudah mati dan
kalau kita kes dan di notify
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah.
Dr. Tan Seng Giaw: lebih 32,000
DR.25.3.2003 29
Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat
Dr. Tan Seng Giaw: Ya?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jangan ambil kesempatan
berucap. [Ketawa]
Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw: Bukan kesempatan. Ini, kita hendak sama-samalah secara
tenang, hendak bincangkan sahaja. Terima kasihlah.
Tlmbatan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila.
Tuan S. G. Sothlnathan: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kepong
dia tanya satu soalan yang rasionai di Dewan ini tetapi yang lain, semua yang dikatakan
dt luar itu, semua saya ingat tidak betullah semua. Jadi, saya sungguh gembira bahawa
hari ini Yang Berhormat sedar bahawa ada perbezaan di antara ujian serology dan kes-
kes yang disyaki.
Saya betul-betul gembira dan dapat juga Yang Berhormat terangkan kepada
rakan-rakan Ahli Yang Berhormat daripada DAP supaya mereka faham dan juga kepada
rakan Ahli Yang Berhormat yang berada di DAP selalu tulis dalam Malaysia Kini supaya
mereka faham tentang perkara itu. Jadi kita tidak nafikan jumlah kes yang di suspect
kerana ini adalah sebagai langkah pencegahan, segala kes demam yang di datang ke
hospital dengan demam yang tinggi dan berlarutan kita anggap dan merawatnya
sebagai satu kes demam...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat, adakah Yang Berhormat sedang menjawab yang soalan yang dikemukakan
oleh Kepong?
Tuan S. G. Sothinathan: Ya, ya saya belum habis lagi.
Puan Chong Eng: [Bangun]
Datuk Napsiah binti Omar: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bag! Bukit
Mertajam sila duduk.
Tuan S. G. Sothinathan: Jadi semua kes itu kita rawat seolah-olah ianya kes
denggi, sebab itu kita katakan suspected cases, suspected cases itu lain daripada kes
yang sebenar, kes yang sebenar itu memang disahkan melalui ujian serology, itu pun di
DR.25.3.2003 30
negara kita ujian serology itu bukan semua negara mereka dapat lakukan ujian serology,
cuma di Malaysia dan beberapa negara sahaja seperti Singapura dan Iain-Iain, di
banyak negara mereka tidak ada ujian serology dan kita buat serology bila positif kita *
anggap sebagai denggi.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuaraf]
Kalau negatif pun kita buat ujian selanjutnya untuk pastikan bahawa ianya betul-
betul negatif, begitulah langkah-langkah yang dtambil oleh kementerian. itulah yang kita
katakan kes sebenar denggi ialah 11,394 sahaja tapi tidak mahu terima apa hendak
buat? Tidak mahu terima tidak boleh buat apa-apalah!
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada tiga Yang Berhormat bangun..., ada empat
bangun! Hendak bagi jalan atau tidak?
Tuan S. G. Sothlnathan: Tuan Yang di-Pertua, biar saya sambung mungkin
selepas itu mereka boleh tanya lagi, masih banyak lagi tentang denggi. Mungkin ini
tentang perkara yang sama mungkin
Tuan Yang di-Pertua: Hendak bagi jalan atau tidak? Bagi jalan kepada siapa?
Tuan S.G. Sothlnathan: Saya boleh bagi pada Bukit Mertajam.
Puan Chong Eng: Terima kasth Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih
Setiausaha Parlimen, saya kesal dan juga kecewa kerana Menteri sendiri tidak datang
untuk menjawab....
Puan Teresa Kok Suh Sim: Ya!
Puan Chong Eng: Ini soalan ataupun penyakit yang begitu serius ini dan tadi
menteri pun berkata begitu Setiausaha Parlimen pun kata begitu bahawa DAP memberi
angka yang tidak betui tapi kita sudah cabar, dahulu kita pun sudah mengatakan kalau
ada berlainan angka biarlah kita mengadakan satu perdebatan ataupun kita adakan satu
perjumpaan yang terbuka supaya kita dapat membandingkan angka-angka ini dan pihak »
DAP masih bersedia di mana-mana sahaja di tempat dan tempat itu boleh dicadangkan
oleh pihak kementerian, masa dicadangkan oleh tempat kementerian supaya kita dapat
menjelaskan once and for all yang mana angka yang betui. Yang mana satu angka yang
saya hendak tanya.
Di dalam Dewan ini, hari itu Menteri sendiri berkata bahawa pada tahun 1998
yang angka kematian denggi fever ini ialah 58 orang tetapi Setiausaha Akhbar beliau
DR.25.3.2003 31
dalam satu surat Malaysia Kini bertarikh 17 Mac, baru-baru ini mengatakan bahawa
pada 1998 kematian ialah 82, ini siapa yang beri yang betul ? Dan kes denggi pada
1998 angka yang diberi di dalam Dewan ini juga bercanggah dengan angka yang diberi
oleh Menteri sendiri pada 3 tahun yang lalu, 1999. Dan juga berlainan pula dengan
angka yang diberi oleh WHO. Jadi di mana menteri sendiri bercanggah, angka yang
diberi sendiri....[Disorak oleh pembangkang] Jadi adalah jelas, adalah jelas beliau
telah mislead Dewan ini dan masih saya pohon supaya kementerian mengadakan satu
dialog yang terbuka dengan pihak DAP, kami bersedia bila-bila masa, terima kasih.
Tuan Tan Kok Wai: Kita hapuskan denggi!
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Yang Berhormat
Bukit Mertajam cuba mengelirukan semua orang....[Kedengaran sorakan dari pihak
penyokong kerajaan] .. Tidak tahu apa lagi! Semalam kita telah perhatikan Menteri ada
di sini sampai pukul 5.00, dia berhasrat untuk menjawab walaupun dia ada program
pada sebelah petang yang penting dan hari ini ialah day dan dia terpaksa
merasmikan program itu. Dia terpaksa pergi ke sana tetapi beliau telah berusaha untuk
menjawab tetapi memang kita tidak mendapat giliran untuk menjawab dan perkara ini
pun telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sendiri di Dewan. Beliau telah
menerangkan secara sejelas-jelas kalau tidak faham lagi saya ingat saya pun tidak
tahu apa hendak buat lagilah susah betul [Dewan menjadi riuh seketika]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat, sila, sila teruskan.
Tuan S. G. Sothinathan: Lagipun Tuan Yang di-Pertua, kalau DAP betul-betul
berhasrat untuk menjaga dan saya bukan masa untuk debat tetapi turun padang dan
kerja, buat gotong-royong panggil semua supporters buat kerjalah! [Dewan riuh
seketika]
Puan Chong Eng: [Bangun]
Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]
Puan Fong Po Kuan: [Bangun]
Tuan Fong Kui Lun: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan S.G. Sothinathan: Tidak ada, saya telah terangkan semua ini adalah
usaha bersama...[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, saya percaya ini adalah
tanggungjawab bersama dan Jangan harapkan satu pihak sahaja atau dua pihak sahaja
DR.25.3.2003 32
menjalankan tugas. Kebersihan adalah tanggungjawab semua tapi mereka tidak mahu
menerima hakikat ini, macam mana kita hendak bantu mereka? Tuan Yang di-Pertua,
Bahagian Neurologi, Institut Penyelidikan Perubatan sedang giat menjalankan
penyelidikan....
Puan Chong Eng: [Bangun dan bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan S. G. Sothinathan: Bukan tidak berani, cakap pun tidak faham,
cakap pun tidak faham, apa hendak buat?
Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]
Dato' Dr. Hassan bin Haji Mohamed All: Setiausaha Parlimen!
Tuan Tan Kok Wai: Satu persoalan?
Tuan S. G. Sothinathan: Menteri sudah terangkan, saya sendiri pun sekarang
menerangkan tetapi masih lagi tidak dengar, apa hendak buat?
Puan Chong Eng: Tidak berani lah itu, hah!
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bangun]
Puan Chong Eng: [Bangun]
Puan Fong Po Kuan: [Bangun]
Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]
Tuan Chow Kon Yeow: [Bangun]
Datuk Haji Mohd. All bin Haji Hassan: [Bangun]
Tuan S. G. Sothinathan: Saya beri Tebrau.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
terima kasih Setiausaha Parlimen, ini kalau cakap, dengar cakap parti pembangkang
semuanya dia betul, kerajaan buat baik dan kerajaan buat tindakan, kerajaan mengatasi
masalah penyakit, salah. Dia ni susah, empat-empat wanita ini garang betul lah, saya
tengok [Dewan huh][Beberapa Ahli ketawa].. .Semua orang takut. Dia bangun empat-
empat kalau dia menyerang Yang Berhormat, ini perempuan....baik-baik jagalah tidak
apa, sabar sahaja.
Tuan Yang di-Pertua: Penjelasan dia itu, ya!
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yalah, hendak teruskan ini Tuan Yang
di-Pertua, ini masalah demam denggi saya ucapkan tahntah kepada kerajaan, ini bukan
penyakit mudah, bukan penyakit main-main. Cakap mulut senang, Wah! Senang, kalau
saya memerintah semua tidak ada penyakit. Ini Yang Berhormat penyakit hendak
DR.25.3.2003 33
datang, Tuan Yang di-Pertua, selagi ada manusia mesti ada penyakit tetapi kerajaan
sudah ambil tindakan saya cuma hendak tanyalah, ini pembangkang Yang Berhormat
agak macam mana kalau dia terima sakit kena sakit ini semua. Macam mana Yang
Berhormat hendak ambil tindakan. Biarkan ia begitu sahaja atau dia buat lain? Minta
Yang Berhormat menjelaskan sedikit. [Ketawa]
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua...
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bangun dan marah]
Tuan S. G. Sothinathan: Sama ada mereka sakit bila datang ke facility
kerajaan kita akan member! perkhidmatan yang terbaik dan tidak memasukkan
pandangan dan fahaman politik.
Tuan Tan Kok Wai: [Bangun] Minta penjelasan.
Puan Teresa Kok Suh Sim: Cheras, Cheras.
[Dewan huh dengan ketawa]
Tuan Tan Kok Wai: Penjelasan, penjelasan.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Cheras, cukuplah, cukuplah.
Tuan Tan Kok Wai: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Puan Chong Eng: Tidak beranilah itu!
Tuan Tan Kok Wai: Just once question, one question!
Tuan S. G. Sothinathan: /'// give you a chance just sit down for a while, sit
down for a while.
[Dewan huh fagi]
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Bukit
Mertajam ada membangkitkan tentang angka untuk tahun 1998 yang dicatat dalam
WHO. Ini satu perkara yang harus saya jelaskan, angka yang diberikan pada masa itu
adalah satu angka yang belum lagi diaudit yang diminta oleh WHO yang kita beri, tetapi
kita telah pun menerbitkan dalam laporan tahunan dengan izin, Vector Bones Decease
Control Annual Report bagi tahun 1998. Di mana kita telah nyatakan bahawa jumlah
kes yang disyaki 27,381 dengan 13,742 kes yang disahkan secara serology dan 82
kematian. Memang kita mengakui ini adalah angka yang diaudit. Jadi kita tidak boleh
beri sekarang kita berikan mungkin ada juga angka itu mungkin boleh berkurangan
DR.25.3.2003 34
sedikit atau lebih tapi kita terpaksa diaudit dan juga memastikan semua maklumat itu
dikumpulkan.
Jadi ini kita harus faham, yang kita Cuba beri panduan kepada Ahli Yang *
Berhormat supaya intlah keadaan di negara kita pada masa ini. Jadi tidak ada sebarang
angka-angka yang kita cuba hide dengan izin, daripada orang ramai, tidak ada. Jangan
ahli-ahli Yang Berhormat jangan jadikan isu ini, ini kalau kita betul-betui pandang serius
perkara ini jangan lagi jadikan perkara-perkara yang semacam ini cuma sebagai isu.
Yang penting itu ialah kita mesti buat langkah-langkah yang sewajarnya untuk
membendung masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan perkara yang lain.
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Puan Fong Po Kuan: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato' Dr. Hasan bin Hajl Mohamed AH: [Bangun]
[Dewan menjadi huh seketika]
Tuan Tan Kok Wal; [Bangun dan bercakap tanpa pembesar suara]
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Parit Buntar, Parit Buntar Tuan Yang
di-Pertua, sinilah pula! Sini pula.
Tuan S. G. Sothinathan: Biar saya habiskan perenggan ini selepas itu mungkin
boleh bertanyalah. Tuan Yang di-Pertua, Bahagian Neurologi, Institut Penyelidikan
Perubatan sedang giat menjalankan penyelidikan demam denggi. Termasuk
mengadakan kerjasama dengan Pediatrik Denggi Vaksin Inisiatif untuk menghasilkan
vaksin denggi yang sesuai, selamat serta dapat diberikan kepada kanak-kanak di
negara endemik. Bahagian ini juga sedang menjalankan teknik diagnosis PCR yang
dapat menentukan serology denggi sebagai surveillance untuk denggi yang mana
perubahan stereotalp boleh menyebabkan peningkatan dalam kes denggi. Keputusan '
surveillance bagi tahun 2002 sehingga awal tahun 2003 menunjukkan wabak denggi
adalah disebabkan oleh stereotaip tiga dan stereotaip satu.
Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri jalan kah atau tidak?
Tuan S. G. Sothinathan: Cheras, saya bagi tapi pastikan soalan yang
konstruktif. Jangan macam tadi ya.
DR.25.3.2003 35
Tuan Tan Kok Wai: Ya, soalan saya paling membina Tuan Yang di-
Pertua....[Beberapa Ahli ketawa] [Dewan riuh seketika] Mengenai tanggungjawab
bersama, saya sangat tertarik dengan jawapan Setiausaha Pariimen. Saya ingin tanya
beliau dan seorang menteri yang Iain pada minggu yang lepas, apabila menteri
kesihatan daripada pasukan Tim 'A' kah?
Beberapa ahli: Tim 'B\ Tim 'B'l
Tuan Tan Kok Wai: Tim 'B\ Tim *B\ MCA, menjawab dalam Dewan Rakyat ini
beliau telah mempersalahkan menteri Tim 'A' iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan yang...
Puan Chong Eng: Tidak buat kerja!
Tuan Tan Kok Wai: Kerana PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan tidak
berkesan dan tidak berprestasi baik maka menyebabkan merebaknya demam denggi.
Ini satu dakwaan yang sangat dan paling serius....
Datuk Bung Mokhtar bin Radin: [Menyampuk]
Tuan Tan Kok Wai: Ini menunjukkan kedua-dua kementerian tidak bekerjasama
tidak menanggungkan tanggungjawab yang sama. Memandangkan Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan ada di sini, saya harap beliau dapat menjawab dakwaan ini. Ini
satu perkara yang paling serius.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya Yang Berhormat. Sila, Setiausaha Pariimen.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat
Cheras ini betul-betul berniat jahat. Saya memang, Ini bukan sebab denggi, sebab-
sebab denggi itu kita telah terangkan langkah-langkah yang diambil itu telah pun kita
terangkan buat apa hendak kaitkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
dengan kita? Saya kata kita bekerjasama untuk membendung masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila-sila teruskan Yang Berhormat.
Puan Chong Eng: [Bangun]
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: [Bangun]
Tuan S. G. Sothinathan: Cukuplah, cukuplah Yang Berhormat. Tuan Yang di-
Pertua, mengenai penyelldikan dan perlindungan, saya rasa tidak guna lagi Tuan Yang
di-Pertua, saya teruskan sahaja.
Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak beri jalan dah.
Tuan S. G. Sothinathan: Tidak beri jalan, dia tidak membina.
DR.25.3.2003 36
Tuan Yang dl-Pertua: Dia tidak beri jalan lagi Yang Berhormat. *
[Dewan huh lagi]
Tuan S. G. Sothlnathan: Kalau Yang Berhormat Kepong minta, saya beri jalan *
yang lain saya tidak hendak berilah. Pasa! dia sahaja yang tahu tentang perkara ini.
Tuan Tan Kok Wal: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Pong Kui Lun: Apalah, dengarlah dahulu!
Tuan S. G. Sothlnathan: Sebelah sanalah, bukan di sini. Di sini semua saya
beri.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila teruskan Yang Berhormat.
Puan Chong Eng: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Peraturan apa itu?
Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua.. ..banyak denggi Tuan Yang di-Pertua!
Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa]
Tuan S. G. Sothlnathan: Tuan Yang di-Pertua, mengenai penyelidikan dan
perlindungan.
Tuan Yang di-Pertua: Diminta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, Yang
Berhormat Setiausaha Parlimen sekejap ada peraturan mesyuarat ya, ada apa itu?
Puan Chong Eng: 36(6), tidak boleh, kita di sini ingin menjalankan kerja kita
di sini jadi apakah yang kita katakan yang kalau pihak kementerian kata ini tidak betui,
buktikan. Tidak boleh katakan ini niat jahat, tidak boleh tuduh, tidak boleh tuduh bahawa
Cheras ada niat jahat. Jadi saya harap beliau tarik balik kerana kita jalankan kerja kita.
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Ketawa]
Puan Chong Eng: Terima kasih dan saya harapkan Tuan Yang di-Pertua buat
ruling lah ya! Suruh 6\a....[Menuding ke arah Setiausaha Parlimen] [Ketawa] »
Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Perkataan ini yang biasa dikatakan, saya rasa
tidak payahlah! Baiklah teruskan Setiausaha Parlimen. a
Tuan S. G. Sothlnathan: Tuan Yang di-Pertua, kalau dikatakan Tim 'A' dan Tim
'B' pasal itu kita ada denggi, apa yang hendak dikatakan, adakah ini satu cadangan
yang baik atau hendak cakap yang tidak baik?
[Dewan huh]
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
DR.25.3.2003 37
Tuan 5. G. Sothfnathan: Demam denggi disebabkan oleh nyamuk aedes, saya
harap Yang Berhormat faham. Memang Yang Berhormat faham tetapi sengaja buat
tidak faham, itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, mengenai penyelidikan [Disampuk] Tuan
Yang di-Pertua ada banyak lagi tentang denggi ini saya rasa kita...!
Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak beri jalan lagi sudah Yang Berhormat, dia tidak
beri jalan sudah!
Puan Fong Po Kuan: [Bangun dan bercakap tanpa pembesar suara]
Puan Chong Eng: [Bangun dan bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: Jangan tawar-menawar di sini, ya!
[Dewan riuh dengan sorakan Ahli-ahli Pembangkang]
Puan Chong Eng: [Bangun]
Puan Fong Po Kuan: [Bangun] [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila Yang Berhormat.... Batu Gajah. Dia tidak beri
jalan sudah!
Tuan S. G. Sothinathan: Nanti saya beri Batu Gajah sekejap lagi, sekejap lagi.
Okey, okey, okey!
[Dewan riuh dengan ketawa]
Mengenai penyelidikan dan perlindungan hasil-hasil penyelidikan, adalah penting
untuk menyediakan hak perlindungan terhadap harta intelektual hasil penyelidikan.
Agensi penyelidikan kerajaan yang terlibat dalam penyelidikan dan penemuan perlu
bekerjasama dengan sektor swasta bagi mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka.
Satu business unit atau yang seumpama dengannya akan diwujudkan di bawah
program penyelidikan dan sokongan teknikal Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini
perlu melindungi hak intelektual termasuk pencarian paten, memfailkan serta memohon
paten, melindungi paten, pengutipan royalti sebagaimana aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan pelesenan, pengeluaran perjanjian contractual, memorandum persefahaman
dan sebagainya. Unit ini akan dilengkapkan dengan kakitangan yang terlatih di dalam
bidang harta intelektual.
Ahli Yang Berhormat bagi Rasah membangkitkan isu tentang kes-kes...
Dato* Dr. Hasan bin Haji Mohamed All: [Bangun]
Tuan Yang dl-Pertua: Ya, hendak bagi jalan atau tidak? [Disampuk]
DR.25.3.2003 38
Tuan S. G. Sothinathan: Saya memang tadi berhasrat untuk bagi. Ada banyak .
lagi saya hendak kata tentang denggi.
Tuan Yang dl-Pertua: Dia tidak beri jalan. Yang Berhormat bagi Parit Buntar... u
Tuan S. G. Sothinathan: Ini saya baru habis Yang Berhormat bagi Kepong,
hendak pergi ke Yang Berhormat yang lain.
Tuan Yang di-Pertua: Parit Buntar dia tidak beri jaian.
Tuan S. G. Sothinathan: Ahli Yang Berhormat bagi Rasah membangkitkan
tentang kes-kes wabak denggi - masih lagi denggi yang semakin bertambah. Beliau
meminta dibuat kajian secara berkesan untuk membasmi denggi. Beliau menyatakan
pihak kerajaan tidak sepatutnya bergantung ke atas denda yang dikenakan untuk
mengurangkan pembiakan nyamuk aedes. Oleh itu beliau mencadangkan premis-
premis yang bersih dan bebas denggi patut diberi pujian.
Tuan Yang di-Pertuat Kementerian Kesihatan menjalankan beberapa aktiviti
untuk mengurangkan pembiakan nyamuk aedes dan bukan bergantung ke atas denda
sahaja. Langkah-langkah yang fain yang akan diambil untuk memastikan jangkitan
seterusnya dapat diputuskan adalah seperti berikut:
(i) meningkatkan pemeriksaan premis rumah oleh anggota
Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan
bagi mencari dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan
nyamuk aedes. Selain daripada rumah kediaman, pemeriksaan
ini juga meliputi tapak binaan, projek perumahan terbengkalai,
tempat pembuangan sampah, kilang-kilang, sekolah-sekolah
dan tanah kosong;
(ii) aktiviti mass abetting akan dijalankan di kawasan kejadian kes
dan kawasan-kawasan yang mempunyai kadar pembiakan yang
tinggi;
(Hi) meningkatkan kesedaran orang ramai serta kumpulan-kumpulan
sasaran tertentu seperti pelajar, suri rumah dan pekerja di
tapak-tapak binaan melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan
kesihatan, media massa, ceramah-ceramah, mengedarkan
risalah dan poster, pemberian nasihat, bersemuka dan gotong-
royong.
DR.25.3.2003 39
Keempat...
Tuan Husam bin Haji Musa: [BangunJ
Tuan Yang dl-Pertua: Kubang Kerian bangun Yang Berhormat. Hendak beri
jalan atau tidak?
Tuan S. G. Sothinathan: Saya habiskan keempat ini Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri jalan atau tidak?
Tuan S. G. Sothinathan: Saya habiskan dulu Tuan Yang di-Pertua.
(iv) menggalakkan penglibatan masyarakat dan agensi-agensi
kerajaan atau swasta dan badan-badan bukan kerajaan dalam
aktiviti pencegahan dan kawalan pembiakan aedes di kawasan
masing-masing melalui kempen anti nyamuk aedes.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kubang Kerian.
Tuan S.G. Sothinathan: Kubang Kerian.
Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang
Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Ketawa sambil menepuk bahu
Vang Berhormat bagi Parit Buntar] Saya ada soalan yang ringkas sahaja Tuan Yang di-
Pertua. Saya difahamkan satu jenis nyamuk aedes yang baru telah ditemui di Sabak
Bemam iaitu nyamuk ini boleh hidup di air yang bersih dan juga di air yang kotor
walaupun pada lazimnya nyamuk aedes yang lain hidup dalam air yang bersih. Selain
daripada itu ia boleh mengeluarkan sendiri virus dalam tubuhnya tidak perlu lagi
menggigit rnangsa yang lain untuk membawa virus. Saya ingin penjelasan tentang
perkara ini.
Tuan S, G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, ini satu penemuan yang mana
WHO pun tidak tahu tentang perkara ini... [Ketawa] Saya tidak tahu dari mana Yang
Berhormat tahu ini.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya... [Ketawa] Cukuplah, cukuplah. Dia pun tidak
tahu ya. Nantilah bagi dia pergi ambil tahu dulu.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]
Dato* Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: [Bangun]
Puan Fong Po Kuan: [Bangun]
DR.25.3.2003 40
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukuplah, bagi dia pergi ambil tahu dulu.
Cukuplah, cukuplah, cukuplah. Ini hendak beri Parit Buntar....
Tuan S.G. Sothinathan: Namun demikian
Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri kepada Parit Buntar sekali ya?
Tuan S.G. Sothinathan: Namun demikian saya akan siasat di Sabak Bernam
apa nyamuk yang adalah. [Ketawa] Okay, saya bagi Yang Berhormat bagi Parit Buntar.
Tuan Yang di-Pertua: Ha, Parit Buntar ya.
Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
terima kasih Setiausaha Parlimen. Saya hendak pergi juga tadi kepada apa yang
dihuraikan mengenai media information blackout ini. Kalau misalnya Kerajaan Negeri
Terengganu meminta kementerian dan Jabatan Kesihatan memberikan taklimat tetapi
tidak dapat diberikan bahkan SUHAKAM pun minta taklimat tidak dapat diberikan,
gambarkan rakyat biasa di Cheras, rakyat biasa di Balakong, rakyat biasa di sekitar
Kuala Lumpur ini, apa hak yang kita dapat berikan kepada rakyat kalau perkara-perkara
yang sangat penting seperti ini pun diketepikan, disorokkan, information yang
sepatutnya datang mengenai denggi Ini ialah timely information, ertinya maklumat-
makiumat yang timely, yang dapat digunakan oleh rakyat untuk mengukur tindakan
mereka berikutnya untuk bersama-sama mencegah supaya denggi tidak berleluasa di
Malaysia.
Yang berikutnya saya hendak kata, kalau kita tengok peperangan yang berlaku
di Iraq misalnya Jeneral Frank ataupun Abu Zait memberikan taklimat kadang-kadang
dua kali sehari, kadang-kadang tiga kali sehari. Inilah sebenarnya information-
information yang patut diberikan kepada rakyat tetapi tidak menggelapkan information ini
dan akhirnya menggelapkan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, misalnya information
mengenai kematian dalam lokap - gelap, information mengenai rasuah - gelap,
information mengenai laporan polis - gelap. Inilah tuan-tuan, inilah yang saya fikir
perkara yang timbul yang berlaku dalam kerajaan kita.
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat. Parit Buntar cukuplah itu.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat Yang Berhormat bagi
Parit Buntar itu cakap semuanya tidak berasas. Kalau tanya murid-murid sekolah ini kita
pun ada beri taklimat kepada mereka, beritahu tentang denggi kepada mereka, mereka
semua pun tahu masalah denggi ini dan apa langkah-langkah yang harus dijalankan.
DR.25.3.2003 41
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah.
Tuan S. G. Sothtnathan: Sampai murid sekolah pun kita jaga, kita beri taklimat,
kita beri pengetahuan kepada mereka. Apa yang Yang Berhormat cakap kalau begitu
mereka lebih berpengetahuan daripada Ahli-ahli Yang Berhormatkah. [Tepuk] [Dewan
riuh] Saya rasa janganlah buat macam ini.
Tuan Yang di-Pertua: Teruskan ucapan Yang Berhormat.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuhkan program
pencegahan dan kawalan aedes beberapa kaedah baru dalam kawalan denggi telah
pun di guna pakai. Selain daripada menggunakan racun serangga kimia "chemiforce"
ataupun abate secara besar-besaran untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes,
Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan penggunaan kaedah 'biological control
bacteria bacillus thuringiensis israelensis' atau BTI telah digunakan bagi pengawalan-
pengawalan pembiakan nyamuk seperti tapak pembinaan, perumahan terbengkalai,
tanah atau lot kosong, taman permainan atau rekreasi dan Iain-Iain.
Malaysia sangat berbangga produk ini adalah hasil daripada kajian dan
penyelidikan pegawai-pegawai Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih
Tuan Yang di-Pertua. Apakah Yang Berhormat menyedari bahawa di dalam Dewan ini
pun banyak nyamuk yang amat merbahaya [Ketawa] Dalam keadaan Yang Berhormat
memberi ucapan...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kinabatangan ...
Datuk Bung Moktar bin Radin: Nyamuk-nyamuk ini adakah patut dibiarkan
sebab kalau nyamuk ini dibiarkan ianya akan membahayakan semua masyarakat. Jadi,
apakah pandangan kementerian bagi....
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Kinabatangan, cukup Yang Berhormat. Sila
duduklah. Sila duduk Yang Berhormat. [Dewan riuh] Tidak payah jawablah Yang
Berhormat. Ya, sila, sila teruskan.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, ini kita serahkan kepada rakyat
untuk buat keputusanlah.
DR.25.3.2003 42
Tuan Yang di-Pertua, program kedua ialah Kementerian Kesihatan juga telah
menggunakan ujian rapid test kit insecticides diseases test bagi memantau
keberkesanan racun serangga yang digunakan. Yang ketiga ialah kaedah pencegahan «
semburan kabus ataupun preventive fogging telah dan sedang dilakukan di kawasan-
kawasan yang berisiko tinggi bagi kawalan wabak denggi. Di antara aktiviti-aktiviti baru
di dalam kawalan denggi Ialah beberapa pendekatan ini dilaksanakan oleh Kementerian
Kesihatan. Di antara program-program ini ialah Program Bebas Denggi di sekolah, di
mana saya percaya semua murid-murid sekolah yang ada di sini mereka tahu tentang
langkah-langkah yang telah kita jalankan. Mungkin ahli-ahli Yang Berhormat sahaja
yang belum tahu lagilah.
program bebas denggi di Kementerian Kesihatan dan program COMBI iaitu
Communication for Behavior Impact. Kementerian Kesihatan sentiasa meneliti,
mengulang kaji dan menilai keberkesanan kaedah-kaedah yang sedia ada dan juga Iain-
lain kaedah yang lebih berkesan untuk menangani ancaman denggi. Bagi tujuan Ini
Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan telah mewujudkan expert group
untuk mendapatkan nasihat pakar-pakar di dalam bidang tertentu dart pelbagai latar
belakang dan pengalaman dari Kementerian Kesihatan, universiti-universiti tempatan
dan Iain-Iain agensi dalam kawalan penyakit-penyakit bawaan rektor seperti denggi,
malaria dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Shah Alam telah mencadangkan
agar diwujudkan skim insurans kesihatan. Sudah habis denggi kita pergi ke skim
insurans sekarang ya.
Skim insurans kesihatan secepat mungkin bagi mengatasi kos kesihatan yang
semakin meningkat yang perlu ditanggung oleh kerajaan. »
Manakala Ahli Yang Berhormat bagi Bagan Datok membangkitkan...
Tuan Yang di-Pertua: Mm.. *»
Tuan Chang See Ten: [Bangun]
Tuan S. G. Sothinathan: Ini berkenaan denggikah ataupun ....
Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila Yang Berhormat bagi Gelang Patah.
Tuan Chang See Ten: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Sebetum pergi jauh,
ini tentang kes demam denggi. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen tentang kaedah-kaedah pencegahan, kita pun setuju. Yang penting kita dalam
DR.25.3.2003 43
kaedah pencegahan ini adalah yang penting ialah kaedah source reduction iaitu kita
mesti dapat kerjasama dari semua pihak supaya tiada atau kita kurangkan tempat
pembiakan untuk nyamuk aedes sama ada aedes 'aegypti' atau aedes 'albifasciatus'
yang di luar kawasan rumah. Saya dapat aduan dari orang ramai bahawa kemungkinan
pihak kerajaan perlu tinjau tentang reka bentuk bangunan iaitu banyak pembiakan di
gutter bangunan kerana gutter tinggi, susah hendak kesan dan pegawai daripada
Kernenterian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan pun biasanya pun tidak naik
tengok tempat pembiakan di gutter. Ada banyak perumahan masih gunakan gutter
sama ada pihak Kernenterian Kesihatan tinjau kes ini supaya dapat kerjasama daripada
pihak berkuasa yang lain supaya kita kurangkan penggunaan gutter di negara kita
kerana ini adalah satu punca yang utama dalam pembiakan nyamuk aedes. Sekian,
terima kasih.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa masalah tidak boleh
wujud daripada gutter tetapi kalau ada sesuatu yang sumbat barulah wujud masalah.
Jadi, ini adalah tanggungjawab kita sebagai satu servant untuk membersihkan premis
kita, kita mesti menjaga. Kita telah pun katakan bahawa ini adalah satu tempat punca
itu. Jadi, kita harus mengambil tindakan ben'aga-jaga. Jangan kata ada masalah kita
tidak pakai lagi itu. Kita boleh pakai tetapi kita yang harus memastikan bahawa
sekurang-kurangnya dua minggu sekalikah ataupun sebulan sekali kita ada satu
maintenance schedule yang baik supaya menjaga kebersihan dalam bangunan-
bangunan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya balik kembali ke skim insurans...
Tuan Mohamed Sayuti bin Said: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Insurans, berkenaan dengan insurans ya.
Tuan S. G. Sothinathan: Ya, insurans ya. Ini insuranskah denggi lagi? Last.
Tuan Mohamed Sayuti bin Said: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima
kasih Setiausaha Parlimen. Sebagaimana yang kita ketahui denggi merupakan satu
wabak hidup ataupun mati. Persoalannya sampai hari ini bagaimana langkah yang
dibuat oleh kernenterian sebagaimana yang dlnyatakan tadi dan usaha yang dibuat kita
ucapkan terima kasih. Yang berlaku, denggi ini di luar bandar terutama di kampung-
kampung dan sebagainya. Jadi, kerjasama yang dibuat hari ini kita buktikanlah di antara
Kernenterian Kesihatan dan juga kernenterian terutama Kernenterian Perumahan dan
DR.25.3.2003 44
Kerajaan Tempatan, saya duduk di perumahan, jadi kalau bolehlah hari ini kerajaan
memastikan melalui JKKK mengadakan gotong-royong di kampung-kampung. Kalau di
Majlis Tempatan bersama dengan Kementerian Kesihatan. Jadi, ini langkah untuk kita
menyahut seruan untuk perpaduan di kalangan kementerian-kementerian. Terima
kasih.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, memang itu yang kita galakan
supaya semua di mana setiap daerah kita pastikan ada kerjasama dartpada pihak-pihak
berkuasa tempatan dan juga Jabatan Kesihatan yang akan menerajui semua usaha-
usaha ini di mana JKK semua boleh memainkan peranan masing-masing dan memang
ini sedang berlaku di semua tempat. Jadi, apa yang kita harus lakukan ialah
menggiatkan lagi aktiviti-aktiviti ini.
Sebelum saya sentuh lagi tentang skim insurans ini Tuan Yang di-Pertua, kita
harus sedar berapakah jumlah kes di negara kita berbanding di negara lain. Mungkin ini
harus kita sentuh kerana di negara Asia Tenggara sendiri di mana tanpa saya menyebut
negara-negara dart Asia Tenggara ini, ada negara-negara jiran kita yang mencatatkan
angka sampai 90,000 kes demam denggi tetapi kerana usaha-usaha yang telah diambil
oleh kerajaan kita, Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan dan Iain-Iain agensi kerajaan, kita dapat membendung masalah ini.
Ini adalah satu penyakit endemik. Jadi, kita sedang berusaha untuk mematahkan dia
punya chain of transmission tetapi kita sedang berusaha ke arah tersebut. Kita bukan
biarkan atau cuba kawal sahaja. Kita try to break the chain dengan izin Tuan Yang di-
Pertua.
Jadi, mulai sekarang jangan Ahli-ahli Yang Berhormat cuba mempolitikkan
perkara ini. Kita amat serius tentang perkara ini! Kita amat serius untuk mengawal
masalah ini dan saya harap semua pihak termasuk juga pembangkang akan member!
kerjasama di semua peringkat untuk mengawal masalah ini. Jangan kata tidak ada
maklumat, kita tidak boleh menjalankan aktiviti ataupun kita tidak tahu apa yang berlaku.
Saya ingat itu tidak adillah.
Dr. Tan Seng Glaw: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kepong bangun Yang Berhormat. Hendak bagi jalan
atau tidak?
Tuan S. G. Sothinathan: Tidak apa, saya teruskan kepada perkara...
DR.25.3.2003 45
Tuan Yang di-Pertua: Kalau sekiranya berkenaan dengan denggi, cukuplah.
Tuan S. G. Sothinathan: ...kesihatan. Cukuplah tentang denggi.
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Tuan S. G. Sothinathan: Banyak sudah tadi...
Tuan Yang di-Pertua: Insurans tadi, ya. Balik kepada insurans tadi ya.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, setain daripada Yang Berhormat
bagi Shah Alam, Yang Berhormat bagi Bagan Datok juga membangkitkan sama ada
skim ini boieh diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat dan Yang Berhormat bagi
Sri Gading bersetuju agar skim insurans kesihatan ini diwujudkan tetapi bimbang skim
ini akan menambahkan jurang di antara golongan berada dan golongan kurang berada.
Beliau berpendapat Jabatan Kebajikan Masyarakat juga perlu membantu membiayai kos
rawatan pesakit kronik atau kurang berada.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan
memang prihatin dan menyedari akan perlunya diwujudkan skim pembiayaan kesihatan
yang berpatutan di negara ini bagi mengatasi kos kesihatan dan perubatan yang
semakin meningkat yang akan membebankan golongan yang kurang berada dan
berpendapatan rendah.
Bagi tujuan tersebut, kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan
Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan sedang mengkaji pelaksanaan skim
pembiayaan kesihatan yang bersesuaian. Pelbagai model termasuk pengalaman luar
negara sedang diteliti. Di samping itu, laporan daripada beberapa kajian yang telah
dikomersialkan oleh Unit Perancang Ekonomi juga diambil kira. Perancangan sistem ini
juga mengambil kira input atau maklum balas daripada pelbagai pihak termasuklah dari
sektorawam, swasta dan badan bukan kerajaan.
Butir-butir terperinci sistem pembiayaan kesihatan negara yang dirancang
tersebut belum dimuktamadkan lagi. Perancangan pewujudan skim insurans kesihatan
nasional ini perlu dibuat dengan teliti dan bagi memantapkan cadangan tersebut, pihak
kerajaan sedia mendengar pandangan dan teguran daripada pelbagai pihak.
Wataupun skim ini beium dilaksanakan, pihak kerajaan berjanji skim insurans
kesihatan nasional yang dicadangkan tersebut akan memberikan banyak faedah dan
manfaat kepada kerajaan dan rakyat. lanya boleh diguna pakai atau diterima oleh
semua golongan masyarakat di mana rakyat yang mampu dikehendaki membuat
DR.25.3.2003 46
caruman yang berpatutan, sedangkan rakyat yang kurang bernasib baik seperti yang a
miskin dan warga tua akan terus dibiayai oleh kerajaan.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bangun] ?
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kuala Terengganu bangun. Sila.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan tentang skim insurans ini khususnya apa yang
disebut sebagai SIHAT Malaysia, S-l-H-A-T. Jadi, saya ingin mengetahui, yang
pertama, tentang apakah agensi-agenst yang berada di bawah SIHAT Malaysia ini?
Kedua tentang cadangan pihak Malaysia untuk menaikkan kos ataupun dan segi
hospitalization and surgical premium yang dicadangkan kepada kerajaan. Minta
penjelasan.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, SIHAT Malaysia adalah
berlainan daripada skim insurans yang kita cadangkan di sini. SIHAT Malaysia itu
adalah di bawah satu skim pembiayaan insurans swasta tetapi apa yang kita wujudkan
di sini ialah satu skim insurans kebangsaan atau nasional.
Memang premium sekarang dinaikkan kerana harga tidak dikenakan oleh pihak-
pihak hospital swasta itu memang tidak terkawal buat masa ini. Jadi, itulah sebabnya
kita sedang berusaha untuk menyiapkan peraturan-peraturan di bawah, dengan izin,
Private Healthcare Facilities and Services Act 1998 di mana ada peraturan-peraturan
yang boieh mengawal harga-harga ini dan kita sedang merangka peraturan-peraturan
tersebut untuk mengawal harga.
Jadi, dengan adanya harga yang terkawal, mungkin premium-premium itu pun
boleh dikawal. Jadi, itulah berkaitan dengan insurans swasta tetapi skim insurans
nasional ini adalah untuk keseluruhan negara kita di mana semuanya akan didatangkan 3
di bawah satu payung selepas itu. Pembiayaan skim insurans ini akan berada di bawah
satu payung dan ini akan member! manfaat yang lebih kepada semua masyarakat dan .
orang ramai dan juga akan mengurangkan beban kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, skim insurans yang dicadangkan ini akan memperbaiki lagi
jurang di antara golongan berada dengan yang kurang berada kerana caruman yang
dikenakan adalah berasaskan risiko masyarakat, dengan izin, community-rated dan
bukannya berdasarkan risiko penyakit iaitu disease-rated. Caruman yang sedemikian
akan mewujudkan subsidi silang di antara golongan yang kaya dengan miskin, golongan
DR.25.3.2003 47
muda dengan warga tua, yang bekerja dengan yang tidak bekerja dan rakyat yang sihat
dengan yang sakit. Pelaksanaan ini akan menyahut seruan kerajaan ke arah
masyarakat penyayang dan solidarity nasiona! sejajar dengan Wawasan 2020.
Yang Berhormat bagi Shah Alam juga menyentuh mengenai birokrasi dalam
perkhidmatan kesihatan. Contohnya seperti kes kanak-kanak Muhammad Nabil Hakimin
Muslimin yang memerlukan pemindahan hati tidak dapat dijalankan dengan alasan
pemindahan hati haruslah daripada orang yang mempunyai pertalian darah.
Beliau mencadangkan agar Kementerian Kesihatan mengurangkan birokrasi
dalam perkhidmatan kesihatan. Kementerian Kesihatan juga dicadangkan supaya
mengeluarkan surat jaminan supaya pesakit boleh mendapatkan rawatan di hospital
swasta dan surat tersebut hendaklah diakui oleh hospital swasta.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan doktor-doktor pakar yang
telah berjaya dalam memisahkan pasangan kembar Siam, Azama dan Azami. Beliau
juga bertanya kenapa terdapat pesakit yang tidak mahu menjalani rawatan di hospital
kerajaan walaupun dengan kos yang rendah. Adakah ini disebabkan oleh kurang
keyakinan pesakit terhadap mutu perkhidmatan?
Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan rawatan perubatan yang diperiukan oleh
pesakit boleh dilakukan di hospital kerajaan. Ini termasuklah rawatan pembedahan
pemindahan hati yang boleh dilakukan di Hospital Selayang. Amalan sedia ada ialah
pembedahan pemindahan organ dijalankan melalui pendermaan organ dari kalangan
ahli keluarga ataupun dari penderma yang telah meninggal dunia ataupun dengan izin,
cadaveric organ transplant
Isu pemindahan organ dari penderma hidup yang tidak mempunyai pertalian
keluarga dengan pesakit adalah berkaitan dengan isu etika, profesion perubatan dan
perlu diselesaikan oleh pihak yang berkenaan.
Bagi membolehkan lebih ramai pesakit diselamatkan melalui pembedahan
pemindahan organ, kementerian teiah menubuhkan jawatankuasa di peringkat
kementerian serta unit dan pasukan di peringkat hospital untuk menguruskan perkara-
perkara berkaitan dengan pendermaan dan pemindahan organ.
Orang ramai digalakkan mendaftar sebagai penderma organ. Pemindahan organ
hanya akan dilakukan apabila penderma meninggal dunia dan kebenaran waris
diperoleh. Sekiranya ramai rakyat Malaysia tampil untuk mendaftar sebagai penderma
DR.25.3.2003 48
organ, masalah kekurangan organ dan keperluan mendapatkan daripada penderma &
hidup tidaktimbul.
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini dl Malaysia, jumlah orang yang telah berikrar «
untuk menderma organ setakat ini adalah lebih kurang 65,000 orang sahaja dan ini
adalah lebih balk berbanding dengan pada tahun 1997 di mana kita cuma ada lebih
2,500 orang yang telah berikrar untuk menderma organ mereka.
Jadi, saya harap dengan populasi sebanyak 23 juta orang, kalau semua orang
berikrar, maka saya rasa masalah pemindahan organ ini tidak lag! akan menjadi isu dan
kita dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa lagi.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan surat jaminan
bagi pesakit yang pergi mendapatkan rawatan di hospital swasta atas kehendak sendiri
walaupun rawatan yang diperlukan terdapat di hospital kerajaan. Walau bagaimanapun,
sekiranya terdapat justifikasi yang menyokong keperluan rawatan di hospital swasta,
kementerian bersedia memberl surat pengesahan tentang rawatan yang diperlukan.
Dengan surat pengesahan tersebut, pesakit boleh membuat kutipan derma melalui
media ataupun memohon bantuan daripada mana-mana yayasan atau tabung termasuk
Tabung Kebajikan Kesihatan Kebangsaan.
Kementerian menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan di hospital-hospital
kerajaan di seluruh negara. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi rawatan am,
rawatan kepakaran asas, rawatan kepakaran lanjutan dan rawatan peringkat tertiary
seperti pembedahan pemindahan organ.
Kementerian juga membelanjakan peruntukan yang tinggi untuk menambah
kemudahan dan peralatan untuk rawatan perubatan. Di samping itu, kementerian juga
menjalankan pelbagai aktiviti di hospital untuk memastikan perkhidmatan rawatan ••
perubatan yang berkualiti.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] ,
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]
Tuan Yang dl-Pertua; Sri Gading bangun ya.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya hendak mengambil peluang di Dewan
yang mulia ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada
perkhidmatan kakitangan hospital-hospital kita di seluruh negara.
DR.25.3.2003 49
Hospital kita, saya rasa mutunya beg itu baik dan tidak kalah dengan hospital-
hospital di negara maju. Saya ucapkan tahniah. Saya pun memahami bahawa danpada
berpuluh-puluh ribu kakitangan hospital, telah pun menjalankan perkhidmatan dengan
baik dan cemerlang, namun masih kedengaran di surat-surat khabar dan rungutan-
rungutan yang disampaikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, sesetengah layanan
yang tidak begitu menyenangkan.
Sebenarnya tidak ada orang suka hendak pergi hospital tetapi kerana mereka
sakit dan mereka hendak mendapatkan rawatan. Saya berharap supaya perkhidmatan
kakitangan hospital ini dapat dipertingkatkan lagi dan diguna pakai oleh semua mengikut
jejak perkhidmatan yang baik.
Ramai pesakit hendakkan layanan yang mesra, layanan yang beradab, layanan
yang penuh seperti layanan yang sama rata, tidak kira pesakit itu dari luar bandar atau
dari bandar, berkedudukan tinggi ataupun rakyat biasa, layanan yang lemah-lembut,
layanan yang penuh kasih sayang.
Jadi, apa program pihak kementerian untuk menentukan kakitangan supaya
men uju kepada satu tahap seperti yang dikehendaki oleh semua pesakit dari segi
layanan yang sepatutnya mereka terima sebagai sebahagian daripada mengurangkan
kesakitan yang mereka tanggung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya
mengucapkan terima kasih ke atas penghargaan Yang Berhormat bagi Sri Gading
terhadap semua kakitangan Kementerian Kesihatan, namun kita masih lagi mendengar
juga ada rungutan daripada orang ramai ataupun beberapa aduan yang masih kita
terima.
Kementerian Kesihatan sebenarnya kita tidak boleh katakan we are 100%
perfect. No! Kita masih ada lagi aduan-aduan yang kita terima. Ada juga kekurangan
yang perlu kita atasi.
Ini adalah satu program secara terus-menerus dan kita memang pada setiap
masa kita cuba meningkatkan lagi tahap profesionalisme dan perkhidmatan kita dari
masa ke semasa. Dan adalah menjadi budaya korporat itu untuk memberi layanan yang
mesra dan di mana kakitangan-kakitangan kita juga diberikan latihan secara berkala di
mana mereka selalu diingatkan bahawa layanan mesra adalah amat penting. Dalam
organisasi kita, pelanggan adalah di tengah-tengah iaitu pesakit adalah di tengah-
DR.25.3.2003 50
tengah. Semua tumpuan harus diberi kepada pesakit. Jadi, begitulah cara budaya kerja
Kementerian Kesihatan buat masa ini.
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Setiu bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan atau
tidak? Ya, Setiu.
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Setiausaha Parlimen dan
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung dengan
pembaikan peraiatan moden yang terdapat di hospital-hospital kita pada hari ini.
Saya bagi contoh, umpamanya Hospital Kuala Terengganu. Saya difahamkan
bahawa dari sudut peraiatan yang ada, khususnya di bilik ataupun di kawasan x-ray dan
ultrasound, daripada lima atau enam buah mesin x-ray, hanya satu atau dua sahaja
beroperasi. Begitu jugar bayangkan sebuah hospital yang besar begitu, hanya satu
mesin ultrasound ataupun scan sahaja yang boleh berfungsi, sedangkan jumlah pesakit
begitu ramai.
Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, adakah pihak
kerajaan ada cadangan untuk menambah ataupun membaik pulih mesin yang sedia
ada. Terima kasih.
Tuan S. G. Sothlnathan: Tuan Yang di-Pertua, penyelenggaraan mesin-mesin
semua telah pun dibehkan kepada pihak swasta dan penyelenggaraan ini dilakukan
secara sempurna buat masa ini tetapi oleh kerana saya mendengar banyak aduan dari
Yang Berhormat bagi Setiu tentang Hospital Kuala Terengganu ini, saya sendiri akan
buat satu lawatan ke hospital tersebut dan saya juga akan mengajak Yang Berhormat
datang pada hari tersebut dan kita boleh lihat bersama-sama dan menanganinya.
Yang penting, masalah yang kita hadapi, kita boleh tengok sama ada ia benar
ataupun apakah puncanya, kita boleh mengatasi. Kita sedia memperbaiki perkhidmatan
kita kalau ada kelemahan.
Tuan Chang See Ten: [Bangun]
Puan Chong Eng: [Bangun]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato* Haji Muhamad bin Abdullah)
mempengerusikan Mesyuarat]
DR.25.3.2003 51
Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak
bagi jalan lagi Yang Berhormat? Kalau banyak lagi, Yang Berhormat teruslah. Banyak
lagi Yang Berhormat hendak jawab?
Puan Chong Eng: Penjelasan, penjelasan.
Tuan S. G. Sothinathan: Seminit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak
bagi jalan kepada siapa Yang Berhormat?
Tuan S. G. Sothinathan: Kepada Gelang Patah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, Gelang
Patah.
Tuan Chang See Ten: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya meminta
penjelasan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Kita memang berpendapat
bahawa Kementerian Kesihatan memang ada mempertingkatkan perkhidmatan
rawatan tetapi oleh kerana pihak hospital-hospital besar dan seperti Hospital Besar
Johor Bahru menghadapi kekurangan doktor. Walaupun peralatan adalah canggih
tetapi oleh kerana kekurangan pakar-pakar perubatan dan doktor seperti di hospital
Besar Sultan Aminah Johor Bahru memerlukan lebih kurang 300 orang doktor, tetapi
pada masa sekarang hanya ada 160 orang sahaja dan kita mendapat aduan daripada
orang ramai rawatan yang diberikan oleh doktor.
Mereka memang rajin tetapi memandangkan ramai pesakit, bila mereka pergi
tidak sempat duduk lagi doktor sudah member! ubat dan di sebelah ada seorang
pesakit menunggu lagi. Ini dalam satu bilik doktor dan pesakit yang ingin mendapatkan
rawatan dan seorang menunggu di tepi, oleh kerana doktor perlu membuat cepat
rawatan dan setiap hari perlu merawat lebih kurang 150 orang. Tidak sempat duduk
seorang pesakit telah diberi ubat
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya,
Yang Berhormat?
Tuan Chang See Ten: Sebab itu ini adalah satu perkara, walaupun mereka
rajin dan hendak memberikan perkhidmatan mesra kepada pesakit tetapi oleh kerana
beban tugas mereka. So, bagaimana pihak Kementerian Kesihatan boleh menangani
masalah ini. Di Johor Bahru sekarang masih menghadapi kekurangan pakar perubatan
DR.25.3.2003 52
yang mana mereka memeriukan lebih kurang 100 orang tetapi sekarang cuma lebih
kurang 40 orang sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan S.G. Sothlnathan: Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan bahawa orang
ramai masih yakin dan masih ramai yang pergi, itulah sebabnya berlaku kesesakan,
walaupun ada banyak lagi hospital-hospital swasta tetapi kerana kita yakin dengan
ubat-ubat yang diberikan dan juga kakitangan dan kita juga selalu berkata di Dewan ini
bahawa pengisian doktor-doktor keperluan kita adalah di antara 60%-70% sahaja
kerana masalah kekurangan doktor itu tidak boleh diatasi dengan duit, peralatan boleh
dibeli. Kerajaan telah membeli alat-alat dan saya juga telah memaklumkan bahawa kita
telah berusaha untuk mendapatkan doktor-doktor secara kontrak dari luar negara.
Sampai sekarang kita telah pun mendapat persetujuan ataupun meluluskan lebih
kurang 500 orang tetapi mereka belum lagi melaporkan diri. Bila mereka sudah
melaporkan diri kita telah pun menyenaraikan mana-mana hospital yang mereka pergi.
Jadi, jangan bimbang, ini semua program-program pendidikan tinggi memang sudah
ada dan kita akan mengatasi masalah ini secara yang paling baik.
Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: [Bangun]
Tuan S.G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, walaupun kos penyediaan
perkhidmatan rawatan..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Lipis
berdiri Yang Berhormat hendak beri jaian? Panjang lagi Yang Berhormat?
Tuan S.G. Sothlnathan: Saya ada sepuluh mtnit lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Lipis berdiri
hendak beri jalan?
Tuan S.G. Sothinathan: Beri.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila.
Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
Setiausaha Parlimen, saya dengar masa pendek, jadi saya takut tidak sempat untuk
masuk ke dalam perbahasan ini. Dalam soalan jawapan lisan dahulu saya telah
membangkitkan mengenai dengan penyakit autism, Yang Berhormat Timbalan Menteri
telah memberikan jawapan tetapi walau bagaimana pun dalam perbahasan soalan itu
kita tidak dapat mengadakan perbahasan.
DR.25.3.2003 53
Kita telah dimaklumkan bahawa daripada 100 ribu kanak-kanak yang lahir
terdapat lima orang yang sama ada bernasib baik atau tidak bernasib baik
menghidap penyakit autism ini. Jadi, daripada jumlah ini pula, saya sudah lupa figure
nya, kira-kira dalam 50 orang yang mempunyai penyakit autism yang payah dirawat
tetapi tumpuan saya kepada yang lima orang ini yang boleh dirawat dan jika rawatan
yang bersesuaian diberikan mereka boleh menjadi genius dalam pelbagai bidang.
Mereka yang lima orang ini kalau kita lihat memang begitu aktif tetapi mereka
hidup dalam dunia mereka sendiri. Maknanya kalau kita tegur, dia tidak menjawab
tetapi dia membuat pekerjaannya sendiri. Saya telah mendapati bahawa umpamanya
kalau sekiranya kanak-kanak ini tidak boleh bercakap tetapi kalau dia menonton TV,
kalau dia suka rancangan satu, contoh, kemudian dia menonton, dia pergi ke tempat
lain, kita mengubah katakan ASTRO, kalau dia balik dia tahu dan dia akan mengubah
semula. Ini walaupun dia masih berumur tiga atau empat tahun, jadi menunjukkan
betapa mentalnya itu boleh menangkap ini walaupun kita tidak mengajarnya dia tahu.
Jadi, persoalannya kalau kanak-kanak yang seperti ini, mental yang begitu baik
dapat kita gunakan maka ia tidak bergantung atau dependant kepada keiuarganya untuk
masa depan dan juga kita boleh exploit dia punya potensi yang begitu baik. Jadi saya
telah dimaklumkan bahawa kita sekarang baharu sahaja mengumpulkan maklumat
mengenai dengan pesakit-pesakit demikian dan maklumat-maklumat yang ada
sekarang didapati daripada kajian-kajian luar negara.
Jadi, dengan ini saya berharap kepada Kementerian Kesihatan supaya
menumpukan sedikit kepada mereka yang boleh dipulihkan dan memberi potensi
ataupun kelebihan kepada negara kita. Jadi, masa ini saya dapati bahawa kita ada
pakar dalam bidang speech therapy dan sebagainya tetapi tidak mencukupi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang
Berhormat.
Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: ...dan juga hanya NASOM sahaja satu
pertubuhan yang cuba membantu kanak-kanak yang sedemikian. Jadi, saya berharap
kepada kementerian kita lebih lagi menumpukan kepada mereka yang berpenyakit
seperti ini. Terima kasih.
Tuan S.G. Sothinathan: Terima kasih di atas cadangan Yang Berhormat. Kita
akan mengambil kira tetapi untuk makluman Yang Berhormat, autism ini sebenarnya
DR.253.2003 54
bukan semua yang menghidapi penyakit ini adalah genius belaka. Yang pertama kita
tidak tahu punca penyakit dan tidak ada satu rawatan yang khusus dan juga didapati
lebih kurang seperti kajian yang dibuat di luar negara cuma 20% atau 30% dartpada
mereka ini yang genius seperti Yang Berhormat maklumkan tadi. Genius ini pun
dalam satu bidang-bidang tertentu sahaja. Kalau muzik, muzik sahaja, kalau matematik,
matematik sahaja.
Jadi, itulah bidang kepakaran mereka dan mereka mungkin boleh menonjol di
dalam bidang tersebut dan saya rasa Yang Berhormat pun mempunyai banyak
maklumat tentang perkara ini.
Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak
beri jalan, Yang Berhormat?
Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: Hanya sekarang orang-orang seperti ini
maklumat tentang ini tidak tersebar, dengan sebab itu kita dapati bahawa banyak
daripada keluarga atau ibu bapa kepada penghtdap penyakit ini dia pergi kepada
bomoh. Jadi, bila pergi kepada bomoh, dia bercerita macam-macamlah.
Dato1 Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Menyampuk]
Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: Di merata-rata tempat itu. Jadi alternate
dia kepada bomoh. Saya percaya Kementerian Kesihatan lebih maklum tentang
perkara ini.
Tuan S.G. Sothlnathan: Tuan Yang di-Pertua, memang kita ada sekolah-
sekolah khas untuk pesakit seperti ini. DI negara kita ini ada sepuluh buah sekolah
dan ada dua di Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut, sekolah pendidikan khas untuk
murid-murid yang mengalami penyakit autism ini. Jadi, walau bagaimanapun saya
akan mengambi! kira juga pandangan Yang Berhormat tadi dan setiap tahun kita ada
berdialog dengan pelbagai termasuk NASOM juga, diadakan dialog tahunan di mana
kita juga boleh membincangkan perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat
tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan. Walaupun kos penyediaan
perkhidmatan rawatan perubatan amat tinggi kementerian mengenakan bayaran yang
rendah yang mampu ditanggung oleh kebanyakan rakyat terutama golongan
berpendapatan rendah. Memang ada pesakit yang memilih rawatan di hospital
DR.25.3.2003 55
swasta. Rakyat yang mampu membayar berhak membuat pemilihan sama ada
mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta ataupun di luar negara.
Kementenan kurang pasti sama ada terdapat pesakit pergi ke hospital swasta kerana
kurang yakin dengan mutu perkhidmatan di hospital kerajaan. Ini memandangkan
hospital kerajaan menerima ramai pesakit termasuk mereka dari golongan yang
mampu. Bagi mengurangkan kesesakan, kementerian menggalakkan golongan yang
mampu supaya mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Ahli Yang Berhormat bagi Tebrau mencadangkan bahawa syarikat-syarikat
besar atau korporat turut membantu membiayai pembelian peralatan perubatan seperti
mesin hemodialisis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun terdapat
syarikat-syarikat korporat yang membuat sumbangan mesin hemodialisis kepada
hospital-hospital kerajaan namun penglibatannya sangatterhad.
Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sumbangan syarikat-syarikat di dalam
pembelian peralatan perubatan sebagai satu tanggungjawab sosialnya. Malah
Kementerian Kesihatan sendiri semenjak tahun 2001 telah memulakan skim matching
grant dan subsidi kos rawatan pesakit-pesakit yang menerima rawatan hemodialisis di
pusat-pusat hemodialisis NGO.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Marang telah
membangkitkan isu penyakit HIV/AIDS yang sukar ditangani disebabkan oleh
kekurangan penekanan pengetahuan agama dan mencadangkan agar Kementerian
Kesihatan memberi perhatian kepada isu ini. Pengetahuan serta amalan agama
merupakan salah satu faktor utama dalam menangani masalah HIV/AIDS. Walau
bagaimanapun, HIV/AIDS merupakan masalah yang sukar untuk ditangani kerana
ia
Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Kepong berdiri,
Yang Berhormat, hendak beri jalan?
Dr. Tan Seng Giaw: Penjelasan. Bolehkah Yang Berhormat memberikan kita
satu laporan yang terkini mengenai keadaan AIDS dan usaha untuk mendapat vaksin
dan sebagainya. Kalau tidak boleh hari ini
Timbalan Yang dl-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, kuat sedikit
Yang Berhormat..
DR.25.3.2003 56
Dr. Tan Seng Giaw: Kuat sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Dr. Tan Seng Glaw: .. dengan serangan ke atas Baghdad ini sudah kenalah, *
tidak ada, public adress system terjejas sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Suara Yang
Berhormat perlahan, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Periahankah? Bolehkah Yang Berhormat membertkan
satu penjelasan yang lengkap mengenai keadaan AIDS, kalau tidak boleh hari ini
berilah saya, saya hendak mendapatkan mungkin dua tiga hari lagi, berikan saya satu
laporan yang lengkap
Seorang Ahli: Dan diedarkan kepada Dewan.
Dr. Tan Seng Giaw:.. diedarkan kepada Dewan. Kita bersama-sama hendak
mendapatkan maklumat, kita bersama-samalah memerangi AIDS. Bolehkah? Satu dua
hari lagi berikan kepada kita.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya.
Tuan S.G. Sothinathan: Yang Berhormat bagi Kepong meminta maklumat
tentang apa itu?
Seorang Ahli: HIV.
Tuan S.G. Sothinathan: Statistikkah apa?
Dr. Tan Seng Giaw: Mengenai keadaan AIDS di Malaysia yang terkini, mutakhir
dan usaha untuk mencari vaksin dan sebagainya bagi mengatasi masalah di negara ini
kerana insiden sudah meningkat.
Timbalan Yang dl-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Tuan S.G. Sothinathan: Terima kasih Yang Berhormat di atas kesudian untuk
bekerjasama, bagus. Tetapi secara ringkas saya berikan sehingga 31 Disember 2002,
jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan adalah 51,256 kes.
Jadi, ini adalah pecahan tetapi ada banyak lagi maklumat yang ada tetapi seperti Yang
Berhormat minta saya mungkin akan menyerahkan ini kepada Yang Berhormat nanti.
Tuan Yang di-Pertua, HIV/AIDS merupakan masalah yang sukar untuk ditangani
kerana ia melibatkan keseluruhan aspek kehidupan. Usaha menangani HIV/AIDS
memerlukan penggabungan pelbagai pendekatan oleh pelbagai pihak sama ada
kerajaan, badan bukan kerajaan, sektor swasta, masyarakat, keluarga dan individu.
DR.25.3.2003 57
Program pendidikan AIDS yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya
meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang awam akan AIDS serta bagaimana ia
berjangkit.
Kajian di seluruh negara yang dibuat pada 17 April sehingga 19 Mei 1996
mendapati kesedaran orang awam yang tinggi. Lebih 80% remaja berumur antara 15
hingga 24 tahun sedar akan AIDS dan dapat menamakan dengan tepat faktor risiko
untuk HIV. Di kalangan wanita berumur 20 hingga 45 tahun tahap kesedaran melebihi
90% dan di kalangan pelancong lelaki berumur 15 hingga 60 tahun lebih tinggi lagi iaitu
96%.
Secara keseluruhan tahap-tahap yang kita ada tinggi di kalangan mereka yang
berisiko tinggi seperti penagih dadah serta mereka yang terlibat dengan hubungan
seks rambang terutamanya pekerja seks. Umpamanya, peratus HIV di kalangan
penagih dadah di Pusat Serenti pada tahun 2002 adalah 16.5% dan di kalangan
pekerja seks wanita di Kuala Lumpur adalah 6.9%. Walau bagaimanapun, peratus HIV
di kalangan orang awam masih rendah iaitu hanya 0.039%, iaitu 0.039% di kalangan
ibu mengandung dan 0.012% di kalangan penderma darah.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Sandakan telah meminta
diadakan CT Scan di Hospital Duchess of Kent dan juga meminta ianya ditambahkan
ahli patologi.
Puan Chong Eng: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya,
ada yang berdiri Yang Berhormat, Bukit Mertajam, hendak beri jalan?
Puan Chong Eng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Setiausaha
Parlimen. Bolehkah Setiausaha Parlimen memberikan angka housewife atau wanita
yang dijangkiti oleh HIV, itu yang pertama. Sampai sekarang, Setiausaha Parlimen
belum menyentuh tentang Atypical Pneumonia, penyakit yang terkini yang menakutkan
seluruh dunia. Bolehkah Setiausaha Parlimen memberitahu Dewan ini sama ada
apakah keadaan sekarang kerana ada laporan mengatakan ada dua orang telah
dijangkiti. Tetapi ada juga kementerian yang mengatakan tidak ada. Apakah keadaan
sekarang? Terima kasih.
Tuan S. G. Sothlnathan: Tuan Yang di-Pertua, memang saya tidak mempunyai
angka untuk mengatakan berapa banyak wanita ataupun peratus di kalangan wanita.
DR.25.3.2003 58
Kalau ada saya akan berikan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Tetapi tentang
SARS ataupun "Severe Acute Respiratory Syndrome" itu, saya akan sentuh sebentar
lagi.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Sandakan yang telah meminta
diadakan CT scan di Hospital Duchess of Kent dan juga diminta ditambahkan ahli
patologi. Sebuah mesin CTscan dijangka akan dibekalkan kepada Hospital Duchess of
Kent, Sandakan pada tahun 2004 di bawah pembiayaan Bank Pembangunan Islam.
Seorang pakar kontrak warganegara asing telah dikenal past! untuk mengisi
kekosongan jawatan di Hospital Sandakan bermula pada pertengahan tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Permatang Pauh dan Beluran
telah membangkitkan masalah wabak pneumonia ataupun radang paru-paru ataupun
mudah dikenali sebagai SARS.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah mengambil langkah-langkah berikut
datam menangani Severe Acute Respiratory Syndrome. Bilik gerakan telah dibuka di
Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan bagi memantau situasi dan
memberi maklumat serta nasihat.
Datuk Bung Moktar bin Radln: [Bangun]
Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang
berdiri Yang Berhormat. Saya ingat Yang Berhormat telah panjang lagi kalau tidak
benarkan lagi, tebih baik Yang Berhormat.
Tuan S. G. Sothinathan: Saya sudah hendak habis.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Tuan S. G. Sothinathan: Ini berkenaan dengan SARS?
Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan S. G. Sothinathan: Mungkin Yang Berhormat boleh beri secara...nantilah
bila kita keluar, kita jumpa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia sudah
hendak masuk tajuk lain Yang Berhormat.
Puan Chew Mei Fun: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada lagi
yang berdiri Yang Berhormat.
Tuan S. G. Sothinathan: Mengenai SARS?
DR.25.3.2003 59
Puan Chew Mei Fun: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan S. G. Sothinathan: Tidak apalah, itu nanti kita boleh bincang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia sudah
masuk SARS ya.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, semua....
Puan Chew Mei Fun: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Hajl Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat, jangan masuk bawah tajuk lain, dia sudah masuk SARS, bukan SAR ya,
SARS. Dia berbeza, ada S di hujung.
Tuan S. G. Sothinathan: [Duduk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi
pula? Kalah juga dengan perempuan Yang Berhormat ya. Teruskan.
Puan Chew Mel Fun: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada
bangkitkan satu soalan mengenai matching grant yang diberi kepada pusat hemodialisis
yang ditubuhkan oleh NGO dan saya hendak dapatkan penjelasan dari Yang Berhormat
Setiausaha Parlimen, adakah matching grant ini sudah boleh diberi? NGO mana yang
sudah dapat? [Disampuk] Sudah? Adakah kementerian akan menyemak balik syarat-
syarat kerana memandangkan syarat-syarat ini amat ketat, amat susah untuk memohon.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ahli-Ahli Yang
Berhormat, sepatutnya perkara yang kita hendak sentuh ini berkaitan. Perkara ini sudah
disebut awal tadi, jadi kalau berpusing-pusing, sampai bila kita tidak habis Yang
Berhormat. Saya harapjawapan ringkas dari Yang Berhormat. Sila.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, memang cadangan Yang
Berhormat sebelum ini di Dewan ini telah pun diambil kira oleh Kementerian Kesihatan
dan kita sedang mengkaji balik syarat-syarat yang dinyatakan.
Tuan Yang di-Pertua, semua pegawai perubatan telah diberitahu untuk
melaporkan sebarang kes yang disyaki sebagai SARS kepada pejabat kesihatan daerah
yang terdekat. Hospital dan makmai telah bersedia bagi membuat diagnosis dan
pengurusan kes Severe Acute Respiratory Syndrome sekiranya ianya dikesan.
Beberapa garis panduan telah dikeluarkan kepada pengamal-pengamal perubatan yang
disediakan oleh Kementerian Kesihatan. Garis panduan yang disediakan adalah garis
DR.25.3.2003 60
panduan surveillance, garis panduan menguruskan kes-kes Severe Acute Respiratory
Syndrome di hospital, polisi dan prosedur kawalan infeksi di hospital, garis panduan
pengambilan sample klinik untuk ujian makmal.
Kerajaan juga memberi nasihat kepada semua pelawat dan rakyat Malaysia
yang tiba dari negara-negara terlibat di pintu-pintu masuk dengan memberikan kad-kad
peringatan kesihatan. Maklumat juga diberikan kepada masyarakat umum melalui
risalah soal jawab. Antara risalah-risalah yang telah dikeluarkan ialah:
• Travel advisory on Severe Acute Respiratory Syndrome
• Advisory to airlines, dengan izin Tuan Yang di-Pertua,
• Health card alert.
• Advisory for doctor on Severe Acute Respiratory Syndrome
• Health alerts.
Orang ramai juga boleh mendapat maklumat mengenai penyakit ini dengan
membuat panggilan ke BiNk Gerakan SARS di Bahagian Kawalan Penyakit di
Kementerian Kesihatan melalui hotline iaitu 03-26946394, saya ulangi, 03-26946394
dan juga dari laman web iaitu http;///www.dph.qov.mv , Memandangkan ejen penyebab
penyakit Severe Acute Respiratory Syndrome ini belum diketahui, maka pemberian
vaksin yang sedia ada sekarang tidak dapat memberi perlindungan yang spesifik
terhadap penyakit ini.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini . . .
Puan Fong Po Kuan: [Bangun]
Tuan S. G. Sothlnathan: Kalau ada berkenaan SARS, saya boleh jawab.
Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya mengenai
SARS? Ya.
Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Tadi
begitu seronok mendengar langkah yang telah diambil oleh kementerian ini berkenaan
SARS tetapi masih ada kerisauan di kalangan penduduk berkenaan perkara ini. Kita
boleh nampak di Singapura dan mereka ambil langkah mengekhaskan sebuah hospital
untuk memantau mereka yang disyaki menghidap penyakit ini dan kes di Singapura
sudah mencecah 65 kes. Jadi sekarang ini kita begitu dekat dengan Singapura, lebih
daripada 97 ribu warga Malaysia berulang-alik setiap hari ke Singapura. Pelancong kita
DR.25.3.2003 61
pun ramai dari Singapura, jadi saya dapat tahu ada dibenkan risalah-risalah di entry
check point tetapi selepas itu ada laporan menyatakan ramai yang membuangnya begitu
sahaja selepas menerima maklumat demikian.
Untuk mengeiakkan apa yang telah berlaku, yang telah mencipta sejarah
berkenaan kes wabak demam denggi, Kementerian Kesihatan telah gagal
menanganinya, kementerian Yang Berhormat jugagagal...
Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang
Berhormat.
Puan Fong Po Kuan: ..untuk mengetakkan perkara yang sama berulang ke
atas SARS ini, saya cadangkan agar kementerian mengambil satu tangkah yang lebth
efektif, saya percaya, mengapa kementerian tidak menggunakan media yang sekarang
di bawah kawalan kongkongan oleh kementerian, oleh kerajaan untuk menyebarkan
maklumat? Saya rasa melalui media, televisyen, radio serta memberi angka-angka,
selepas itu tidak payah tuduh pembangkang pergi buattuduhan...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah
Yang Berhormat, cukupiah Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan: ...dengan angka statistik. Bagi angka setiap hari, bagi
data
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang
Berhormat, masuk yang lain Yang Berhormat.
Puan Fong Po Kuan: Hari ini ada kes berapa? Ada atau tidak ada? Sebab
sebelum int dua reported cases, selepas itu dinafikan tidak ada. Tetapi baru semalam
saya dengar ada satu kes di hospital yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang
Berhormat.
Puan Fong Po Kuan: Saya tidak hendak sebarkan maklumat ini sebab tidak
disahkan. Tetapi ada kehsauan mengapa kementerian hendak tutup makluman? Biar
kita lebih telus, biar ada data setiap minggu, ada kes atau tidak ada kes? Apa berlaku
pada dua kes yang disyaki?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Batu Gajah
cukuplah, duduklah, duduklah.
DR.25.3.2003 62
Puan Fong Po Kuan: Apakah masalah sbenarnya, sebelum itu saya harap
kementerian ini, saya bagi cadangan sebab ini dia tidak pilih menteri atau bukan
menteri, ahli keluarga menteri, orang kampung, orang bandar, kalau dia hendak serang,
virus sudah datang, dia datang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Batu
Gajah ya.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, baru tadi saya katakan
kejayaan negara kita berbanding negara-negara lain dalam menangani denggi, itu pun
tidak mahu dengar. Selepas itu dia kata, orang ramai risau ...
Puan Fong Po Kuan: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti dia
jawab dahulu Yang Berhormat, duduk.
Tuan S. G. Sothinathan: Kita bagi risalah, Yang Berhormat kata, dia terima
risalah, dia buang. Siapa salah? Kalau kita bagi risalah, memberi a ma ran kepada
mereka dan langkah-langkah yang kita harus ambil, kalau orang itu ambil dia buang,
siapa salah? Jadi di mana tanggungjawab kepada diri sendiri? Tidak ada
tanggungjawab kepada diri sendiri, siapa yang hendak jaga mereka? Tuhan pun tidak
boleh tolong, betui? Dan hendak kata laporkan kes-kes, kalau tidak ada kes, hendak
laporkan macam mana? Ini yang mereka harapkan, walaupun kita tidak ada kes,
mereka hendak kita laporkan minggu ini ada 50, minggu hadapan ada 100 dan minggu
ketiga 2,000, ya, itu trend yang mereka harapkan. Kalau ada kita laporkan, kalau tidak
ada, mereka sendiri pun, saya ingat dia tidak baca semua risalah yang diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang
Berhormat.
Tuan S. G. Sothinathan: Tidak Tuan Yang di-Pertua, ini sesuatu perkara
penting. SARS ini memang ditakuti ramai. Kita tidak mahu pihak pembangkang
memusingkan perkara ini. Kita mesti tahu suspect case perbezaan di antara suspect
sama seperti denggi. Suspect case dengan probable case dengan izin Tuan Yang di-
Pertua. Suspect case itu ialah mereka mempunyai salah satu atau lebih daripada
masalah-masalah pemafasan seperti batuk, sukar hendak bernafas dan juga mereka
mesti mempunyai contact dengan orang-orang yang pernah 6\diagnose mempunyai
SARS dan juga mempunyai lawatan ke negara-negara seperti Vietnam dan negara-
DR.25.3.2003 63
negara lain yang mana kita telah dilaporkan di mana ada SARS ini masih lagi
berieluasa.
Manakala probable case ialah satu kes dan mesti ada demam lebih daripada 38
darjah Celsius. Selain daripada itu, kalau ianya probable case, kita mesti melaporkan
satu x-ray. X-ray mesti dilakukan untuk memastikan bahawa ia mempunyai pneumonia.
Kalau tidak ada ini semua, ini bukan SARS. Jadi apa Yang Berhormat minta kita
laporkan? Kita cuma kalau ada pesakit-pesakit pun, kita cuba member! rawatan dengan
antibiotik-antibiotik yang kita ada dan setakat ini yang kita suspect pun sudah sembuh,
semua sudah baik.
Puan Fong Po Kuan: [Bangun]
Puan Chong Eng: [Bangun]
Tuan S. G. Sothinathan: Hendak laporkan ada kematian di sini, kematian di
sanakah?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: [Ketawa]
Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan S. G. Sothinathan: Saya ingat tidak baiklah, kita harus berterima kasih
dan bersyukur kepada Tuhan kita ini selamat walaupun negara jiran kita ada banyak
kes, 57 kes lagi. Kita belum ada. Baik berterima kasih lagi elok.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi
jalan lagi Yang Berhormat?
Tuan S. G. Sothinathan: Cukuplah, saya ingat sudah cukup.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia sudah
tidak bagi Yang Berhormat.
Tuan S. G. Sothinathan: Saya bagi yang last sekaii, Bukit Mertajam.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, betul-betul
ini Yang Berhormat? Ya, jangan bagi lagi.
Puan Chong Eng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Setiausaha
Parlimen, saya rasa kementerian sedang menghadapi satu krisis [Tepuk], confidence,
keyakinan orang ramai yang memang bukan niat atau kehendak pembangkang. Kalau
penyakitnya merebak, bukan pembangkang yang membawa kuman itu atau virus itu,
bukan kita hendak. Itu adalah menjadi tanggungjawab kementerian...
DR.25.3.2003 64
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang
Berhormat.
Puan Chong Eng: Yang kita hendak ialah kalau telah sembuh, reportlah,
laporkan kerana pada 20 Mac, NST dengan headlines mengatakan, 'Two Down With
Killer Pneumonia". Bolehkah Setiausaha Parlimen menjelaskan dua cases yang
dilaporkan oleh NST di mana hospitalnya? Dan kalau mereka sudah sembuh sekarang,
apakah sebenarnya penyakit mereka supaya semua dapat tahu, tidak ada penyakit
seperti ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haj) Muhamad bin Abdullah]: Cukup, cukup
Yang Berhormat.
Puan Chong Eng: Tolong jelaskan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat, yang sudah baik itu lapor, yang kena sakit pun lapor juga Yang Berhormat.
Tidak usah cakap banyak-banyak, jawab macam itu pun cukup.
Tuan S. G. Sothinathan: [Bangun sambil menekan butang pembesar suara
berkali-kali]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia kena
SARS ya?
Tuan S. G. Sothinathan: Dia kena SARS juga. Tadi saya terpaksa beri kepada
Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam kerana saya sudah bagi kepada Yang Berhormat
bagi Batu Gajah. Kalau tidak ada yang salah sangka, saya bagi yang muda, saya tidak
bagi yang berusia itu [Disorak] Saya tidak hendak disalahkan. Itulah sebabnya saya
terpaksa bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Tuan S. G. Sothinathan: Jadi Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua kes itu adalah
kes-kes suspect sahaja dan mereka telah sembuh tidak ada apa-apa masalah.
Sehingga sekarang kita masih lagi belum menemui apa jenis virus sama ada virus ini
atau bakteria yang masih belum ditemui lagi. Jadi itulah sebabnya kita katakan dalam
perkara ini kita harus tangani dengan lebih baik dan setakat ini kita telah menanganinya
dengan begitu baik sekali. Kita harap kita dapat teruskan ini sampai bila-bila dalam
menangani masalah SARS ini.
DR.25.3.2003 65
Jadi jangan ragu, kita semua selamat di sini kerana kita ada satu kumpulan
anggota Kementerian Kesihatan dan juga daripada swasta, yang menjaga, yang
memberi rawatan terbaik kepada kita.
Jadi setakat itu sahajalah jawapan dan penerangan saya mengenai pandangan
yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Jika terdapat teguran-teguran yang
tidak diberi jawapan di Dewan yang mulia ini, suka saya memberi jaminan bahawa
kementerian akan memberi perhatian yang serius mengenai perkara-perkara yang
dibangkitkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: YaT terima
kasih. Sekarang saya jemput Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ya,
sila.
12.30 tgh.
Menterf Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato* Seri Ong Ka Ting]: Tuan
Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam
membincangkan isu-isu yang menyentuh bidang tugas Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan semasa membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong di Dewan yang mulia ini.
Ahli Yang Berhormat bagi Rasah telah menggesa supaya kementerian saya
memberi perhatian serta prihatin terhadap tahap kebersihan tandas-tandas awam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan sedang berusaha untuk memastikan kebersihan tandas awam
dipertingkatkan dengan mewujudkan Jawatankuasa Kebersihan Tandas Awam.
Jawatankuasa ini akan menyediakan dasar-dasar dan memantau pelaksanaan
berkaitan kebersihan tandas awam. Sehubungan dengan itu juga kementerian melalui
Jawatankuasa tersebut telah menyediakan satu draf garis panduan dan borang
penilaian dan kebersihan tandas bagi memantau sistem pengendalian operasi tandas
awam. Projek perintis bagi kempen kebersihan tandas awam akan dilancarkan tidak
lama lagi di negeri Johor dan akan mengguna pakai garis panduan dan borang penilaian
tersebut.
DR.25.3.2003 66
Ahli Yang Berhormat bagi Batu Pahat ada mencadangkan supaya pusat-pusat
hiburan diberikan kawalan yang ketat dan syarat-syarat pengeluaran lesen pusat-pusat
berkenaan diperketatkan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pengeluaran lesen
pusat-pusat hiburan seperti disko, kelab malam dan pusat karaoke adalah di bawah
bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Di negeri Johor, Pegawai Pelesenan adaiah Pegawai Daerah. Pihak Berkuasa
Tempatan hanya mengetuarkan lesen premis sahaja. Walau bagaimanapun kerajaan
telah mengarahkan supaya pihak berkuasa negeri memantau meningkatkan usaha
penguatkuasaan dan pemeriksaan di pusat-pusat hiburan yang disyaki.
Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam telah membangkitkan isu mengenai
dakwaan bahawa terdapat Pegawai Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya
yang menerima wang sogokan dari pengusaha CD haram dan pusat hiburan, pihak
kementerian berpendapat bahawa perkara ini perlu diserahkan kepada Badan
Pencegah Rasuah untuk siasatan.
Puan Chong Eng: [Bangun]
Dato' Serf Ong Ka Ting: Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Pilah
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang
berdiri Yang Berhormat.
Dato1 Seri Ong KaTing: telah mencadangkan supaya
Puan Chong Eng: [Menyampuk]
Dato' Seri Ong Ka Ting: Tidaklah, saya masa tidak cukup. Ramai menteri
sudah desak.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Saya tidak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi,
Yang Berhormat.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Saya tidak bagi. Saya tidak cukup masa hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Banyak lagi kementerian. Cadangan supaya Pasukan
Anti-Denggi ditubuhkan telah diutarakan oleh Yang Berhormat bagi Kuala Pilah.
Berhubung dengan cadangan tersebut, pihak kementerian telah pun mengarahkan
semua Pihak Berkuasa Tempatan menubuhkan pasukan atau sekurang-kurangnya satu
DR.25.3.2003 67
Unit Kawalan Vektor Denggi bagi membanteras wabak denggi bersama Jabatan
Kesihatan Daerah.
Bagi Majlis Daerah Kuala Pilah, satu unit telah pun ditubuhkan. Berhubung
dengan perkara ini, pihak kementerian telah membekalkan berbagai jenis peralatan
kawalan denggi dan kebersihan termasuk peruntukan untuk membeli racun-racun
serangga dan peralatan setiap tahun kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan.
Ahli Yang Berhormat bagi Shah Alam telah mencadangkan supaya mengenakan
penalti atau denda kepada pemilik premis yang tidak bertanggungjawab sehingga
menyebabkan pembiakan nyamuk aedes ditingkatkan jumlahnya. Kerajaan memang
sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman denda dan kompaun yang lebih tinggi ke
atas orang awam dan pemilik mana-mana premis bertujuan untuk mengawal pembiakan
nyamuk-nyamuk aedes dengan lebih berkesan di samping untuk meningkatkan
kesedaran untuk meningkatkan kebersihan.
Pada masa kini Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengenakan denda sehingga
RM2.000 dan dua tahun penjara ke atas orang awam yang didapati bersalah
menimbulkan masalah kacau ganggu seperti pembiakan nyamuk aedes berdasarkan
peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1976 Akta 171.
Setain daripada itu, Pihak Berkuasa Tempatan telah boleh mengenakan
kompaun sehingga RM1.000 dan enam bulan penjara ke atas orang awam yang
didapati membiarkan kawasan persekitarannya tidak diurus bersih. Kawasan yang
boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes di bawah undang-undang kecil
kebersihan awam serta undang-undang kecil yang berkaitan.
Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Pilah juga menyarankan supaya peruntukan
kepada Majlis-majlis ditambah untuk menjalankan kajian bagi menyelenggarakan parit
longkang bagi mengelakkan berlakunya masalah banjir, wabak dan pembiakan nyamuk.
Berkaitan isu ini, setiap tahun pihak kementerian menyediakan peruntukan kepada
semua Pihak Berkuasa Tempatan bagi projek penyelenggaraan parit longkang di
kawasan masing-masing untuk mengelakkan masalah banjir, kacau ganggu dan juga
masalah pembiakan nyamuk.
Bagi tahun 2003, tambahan peruntukan sebanyak RM50.000 akan diagih-
agihkan kepada Pihak-pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu mengatasi masalah
berkaitan.
DR.25.3.2003 68
Ahli Yang Berhormat bagi Sandakan telah mencadangkan supaya kerajaan
menambahkan peruntukan bagi pembinaan projek perumahan awam kos rendah di
kawasan Sandakan untuk menempatkan semula setinggan-setinggan. Untuk makluman
Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan sentiasa berusaha menambah peruntukan bagi
membina lebih banyak perumahan rakyat sama ada untuk dimiliki atau disewa
terutamanya untuk setinggan di seluruh negara termasuk di kawasan Sandakan.
Yang Berhormat bagi Sipitang juga memohon kepada pihak kementerian supaya
projek pembinaan rumah kos rendah di kawasan Sipitang agar disegerakan. Untuk
pengetahuan Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan negeri Sabah ada memohon dua
projek perumahan kos rendah untuk dijual berjumlah 602 unit teres satu tingkat di
Sipitang di bawah Rancangan Malaysia Kelapan.
Di bawah dasar baru pelaksanaan PPR dimiliki keputusan telah dibuat supaya
Jabatan Perumahan Negara melaksanakan projek ini. Walau bagaimanapun baru-baru
ini kerajaan juga telah memutuskan supaya Syarikat Perumahan Negara (SPN)
mengambil alih projek-projek PPR dimiliki yang belum dimulakan. Oleh itu kementerian
ini akan berhubung dengan SPN untuk menimbangkan permohonan pelaksanaan projek
tersebut yang telah dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Ahli Yang Berhormat bagi Pulai telah membangkitkan mengenai isu projek
perumahan kos rendah di Pulai agar tidak di sewa keseluruhannya dan dijual atau di
sewa belikan sebahagiannya kepada penduduk setempat. Untuk maklumat Ahli Yang
Berhormat kerajaan masih kekal dengan dasar bahawa projek PPR di sewa termasuk
projek PPR Tampoi sebanyak 2,252 unit adalah untuk di sewa kepada setinggan sahaja
bagi mengatasi masalah penempatan semula setinggan, selaras dengan mat la mat
setinggan sifar menjelang tahun 2005. Walau bagaimanapun kajian sedang dijalankan
mengenai cadangan sama ada rumah PPR patut dijual kepada penghuni-penghuninya
selepas satu tempoh tertentu.
Berhubung projek-projek perumahan yang terbengkalai, merugikan pembeli
seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kota Melaka. Pihak kementerian
berpendapat bahawa sekiranya terdapat projek perumahan terbengkalai, adalah
dinasihatkan supaya pembeli-pembeli menubuhkan satu Jawatankuasa bagi
menentukan tindakan yang boleh diambil selain daripada tanggungjawab pemaju
DR.25.3.2003 69
memberitahu kementerian akan kegagalan untuk meneruskan atau menyiapkan projek
tersebut sejajar dengan Seksyen 7(G) Akta Pemajuan Perumahan.
Pihak kementerian akan mengambil tindakan selanjutnya dengan mengadakan
pertemuan di antara jawatankuasa pembeli, pemaju dan institusi kewangan bagi
mencari jalan yang sesuai untuk meneruskan dan seterusnya menyiapkan projek
tersebut, Mengenai pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CF) bagi satu rumah, satu CF
yang menyukarkan pemaju.
Ingin saya memaklumkan bahawa pengeluaran CF adalah bergantung kepada
bentuk pembinaan dan pembangunan yang dicadangkan oleh pemaju dari segi masa
diambil untuk pengeluaran satu CF untuk sekelompok rumah dengan masa yang diambil
untuk satu unit tidak banyak bezanya. Walau bagaimanapun saya faham masalah ini
Yang Berhormat bagi Kota Melaka ada membangkitkan kepada saya dan saya akan
siasat apa yang sebenarnya, bagaimana kita boleh mengatasi perkara yang telah
berlaku di sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan.
Yang Berhormat bagi Gelang Patah pula, membangkitkan mengenai kadar
bayaran serta kriteria bayaran yang dikenakan Indah Water Konsortium (IWK) yang
tidak selaras di antara caj rumah-rumah kedai dengan rumah-rumah teres dua tingkat.
Menyentuh persoalan ini, saya bagi pihak kementerian ingin memaklumkan bahawa caj
perkhidmatan pembetungan bagi rumah kedai adalah mengikut kadar komersial yang
berdasarkan nilai tahunan premis yang ditetapkan PBT serta caj kegunaan air melebihi
100 meter padu sebulan.
Bagi rumah teres dua tingkat pula, caj perkhidmatan pembetungan hanya satu
kadar asas yang bergantung kepada jenis sistem pembetungan yang dinikmati oleh
premis tersebut. Oleh itu sememangnyalah terdapat perbezaan caj di antara rumah
kedai dengan rumah teres dua tingkat.
Datuk Haji Mohd. AM bin Haji Hassan: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang
berdiri Yang Berhormat. Tebrau.
Dato' Serl Ong Ka Ting: Saya rasa elok kalau saya konsisten kepada semua.
Kalau tidak nanti tidak cukup masa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi
Yang Berhormat.
DR.25.3.2003 70
Dato' Serf Ong Ka Ting: Maaflah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Dato* Serl Ong Ka Ting: Caj pembetungan di kalangan rumah-rumah kedai
juga berbeza mengikut tempat dan kawasan memandangkan nilai tahunan bagi
sesebuah premis itu adalah berbeza serta kegunaan air bagi premis itu berbeza. Ada
kriteria lain yang digunakan bagi menentukan caj pembetungan bagi rumah kedai.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Kedah telah membangkitkan
mengenai sebab berleluasanya kegiatan Along atau ceti haram di Lembah Klang. Untuk
Ahli Yang Berhormat kementehan saya setuju dengan pendapat bahawa salah satu
punca orang awam meminjam daripada ceti haram adalah kerana berada dalam
keadaan terdesak yang mana selagi terdapat permintaan daripada orang awam terdapat
perkhidmatan yang ditawarkan selagi itulah wujudnya skim Along yang berterusan. Oleh
yang demikian, dalam hal ini kesedaran orang awam adalah amat perlu untuk tidak
berurusan dengan peminjam-peminjam wang haram seperti ini. Pihak kementerian
telah mengenai pasti kekurangan dalam Akta Pemberi Pinjaman Wang Tahun 1951 dan
kementerian saya terus hendak bercadang hendak membentangkan pindaan kepada
Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang mana salah satu matlamat adalah bagi
mengatasi permasalahan ceti haram yang dibangkitkan. Saya sendiri telah menjawab
isu ceti haram ini secara serentak semasa menjawab pertanyaan lisan pada 17 Mac
yang lalu di Dewan yang mulia ini dan apabila kita kementerian saya membawa pindaan
ini, kita boleh bincang dengan panjang lebar kerana pindaan rang undang-undang ini
telah diluluskan oleh Kabinet.
Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]
Dato' Serl Ong Ka Ting: Ahli Yang Berhormat bagi Shah Alam
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kota Melaka
berdiri Yang Berhormat. Ya.
Tuan Kerk Kim Hock: [Mrenyampuk]
Dato' Serl Ong Ka Ting: Tidak perlu. Kalau saya buka, semua saya kena bagi.
Maaflah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya tidak
tahulah. Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Tuan Kerk Kim Hock: Peraturan Mesyuarat.
DR.25.3.2003 71
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan
berapa itu Yang Berhormat.
Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Mengenai apa
itu Yang Berhormat.
Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara] Kalau pandangan
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bahawa Dewan tidak cukup masa, Tuan Yang di-
Pertua boleh gunakan 37(2) dan menghalang kita meminta jalan. Tuan Yang di-Pertua
pun tidak bersetuju tetapi Tuan Yang di-Pertua tidak menggunakan peraturan ini. Kalau
Menteri datang, tidak beri jalan, tebih baik biarlah Timbalan Menteri baca sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang
Berhormat.
Tuan Kerk Kim Hock: Apalah gunanya jika tinggal di sini?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang
Berhormat.
Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Ya Yang
Berhormat, saya tidak menggunakan lagi itu.
Tuan Kerk Kim Hock: Hah, itulah sebab...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Sebab kita
boleh bagi
Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Yang di-Pertua, tidak bersependapat dengan dia.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Sebenarnya
kementerian banyak lagi hendak jawab.
Tuan Kerk Kim Hock: Hendak menggunakan itu, saya akur, saya setuju.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi
Yang Berhormat, saya hendak kata apa?
Tuan Kerk Kim Hock: Kalau ini macam, bukan demokrasi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Tuan Kerk Kim Hock: Menteri datang, tidak beri jalan, biarlah Timbalan Menteri
baca, saya puas hati.
DR.25.3.2003 72
Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang
Berhormat, ya. Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Dato* Seri Ong Ka Ting: Ya. Kerana isu ini saya sudah kata Akta akan dipinda
sesi ini banyak masa kita boleh bincang bukan tidak ada peluang langsung. Jadi Ahli
Yang Berhormat bagi Shah Alam telah meminta supaya kerajaan-kerajaan negeri dan
Pihak-pihak Berkuasa Tempatan mengetatkan pelaksanaan Akta Garis Panduan dan
lain-lain peraturan yang sedia ada supaya dipatuhi semua agar pemeliharaan alam
sekitar khususnya di kawasan tanah tinggi dapat dilaksanakan.
Mengenai saranan tersebut, dimaklumkan bahawa kerajaan melalui kementerian
telah meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa tahun 1976.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi
Yang Berhormat.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk] [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato' Seri Ong Ka Ting: Tidak bagilah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya
bergantung kepada Menteri. Dia sudah tidak bagi Yang Berhormat, susahlah saya.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Saya kena konsisten.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi
Yang Berhormat.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato* Seri Ong Ka Ting: Tidak. Tidak bagilah.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi
Yang Berhormat.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang dl-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang
Berhormat.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Maaflah, ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi
Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
DR.25.3.2003 73
Dato' Serl Ong Ka Ting: Akta A 933 bagi menyatakan kawalan pembangunan
dalam meningkatkan pemeliharaan alam sekitar.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah
bercakap Yang Berhormat. Dia tidak bagi Yang Berhormat,
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payah
bercakap Yang Berhormat. Dia tidak bagi. Tidak berguna bercakapnya.
Dato1 Seri Ong Ka Ting: Garis panduan dan kaedah pembinaan alam sekitar....
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat, dia tidak bagi Yang Berhormat.
Dato' Seri Ong Ka Ting: juga digubal.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah dia
tidak bagi, hendak kata apa.
Dato* Seri Ong Ka Ting: Tidak bagilah. Tidak bagi. Sebab saya konsisten
semua yang lain saya tidak bagi.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato' Seri Ong Ka Ting: Maaflah.
Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hah, itu
terpulang. Saya bukan pula hendak
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakapa tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Terpulang
kepada dia Yang Berhormat.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang
Berhormat. Dia tidak bagi Yang Berhormat.
Dato1 Seri Ong Ka Ting: Tidak. Tidak. Saya kena konsisten adil bagi semua.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi
Yang Berhormat.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
DR.25.3.2003 74
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi
Yang Berhormat. Ya Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Saya sudah jawab tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak akan
jawab punya.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Tadi saya sudah jawab. Nantilah, nantilah.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Dato* Seri Ong Ka Ting: Ya. Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Yalah, itu saya
tidak tahu Yang Berhormat. Dia tidak bagi Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat
Menteri.
Dato1 Seri Ong Ka Ting: Okey. Saya sedang pasal isu perancangan.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang
Berhormat.
Dato' Seri Ong Ka Ting: Tidak. Tidak, saya kena konsisten.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang
Berhormat. Cukup-cukuplah Yang Berhormat.
Dato* Seri Ong Ka Ting: Selain daripada itu garis panduan dan kaedah pelan
pemeliharaan alam sekitar juga digubal iaitu garis panduan perancangan pemeliharaan
topografi semula jadi dalam perancangan dan pembangunan fizikal dan garis panduan
perintah pemeliharaan pokok.
Langkah-langkah juga telah diambil oleh kementerian untuk membuat program
hebahan dan kefahaman kepada semua kerajaan negeri menerusi jawatankuasa
perancangan negeri dan juga pada pihak berkuasa tempatan dalam memberi
penjelasan mengguna pakai dan pelaksanaan akta garis panduan dan Iain-Iain
peraturan ke atas peningkatan pemeliharaan alam sekitar.
[Beberapa Ahli Yang Berhonvat pembangkang meninggalkan Dewan]
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kuala Selangor telah bangkit
mengenai cadangan pembinaan balai bomba di kawasan Dewan Undangan Negeri
Jeram. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan balai bomba adalah
berasaskan kepada pelbagai kriteria seperti jumlah penduduk, indicator, risiko
DR.25.3.2003 75
* kebakaran, keluasan kawasan jagaan, keperluan sosioekonomi, faktor keadaan geografi
dan kemampuan kewangan.
* Semasa kajian di peringkat awal Rancangan Malaysia Kelapan, didapati
pembinaan balai bomba di kawasan Jeram masih belum kritikal. Di atas sebab itulah
ianya belum disenarai dalam projek pembinaan balai bomba dalam Rancangan
Malaysia Kelapan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada keperiuan semasa,
Jabatan Bomba akan memperlimbangkan cadangan pembinaan ini dalam Kajian
Separuh Penggal atau dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Pada masa ini, kawasan zon Jeram ini diberi perlindungan kebakaran oleh balai
bomba sedia ada di Kuala Selangor, pada masa yang sama sebagai langkah awal bag!
membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam gerak kerja pemadaman dan
penyelamatan sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran di kawasan tersebut, pihak
penduduk di kawasan tersebut digalakkan menubuh Pasukan Bomba Sukarela.
Pasukan ini akan dibantu oleh Jabatan.
Yang Berhormat bagi Lubok Antu telah menyarankan supaya pendidikan
mengenai pencegahan pemadaman kebakaran bagi penduduk rumah panjang
diadakan. Berkaitan dengan itu pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui
aktiviti Kempen Mencegah Kebakaran sentiasa berusaha untuk memberikan pendidikan
pencegahan kepada semua golongan masyarakat tidak kira etnik atau taraf hidup.
Pihak Jabatan amat menekankan aspek pencegahan.
Pada tahun 2002, Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mensasarkan isi rumah
sebagai kumpulan sasar kempen. Pendekatan, ceramah dan lawatan telah dtgunakan
kerana ianya ada cara yang amat praktikal pada masa ini. Terdapat dua Pasukan
Bomba Sukarela di Lubok Antu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri Batang Air
dan Saribas. Namun begitu, di kawasan rumah panjang masih belum ada Pasukan
' Bomba Sukarela yang ditubuhkan. Usaha kempen bagi mewujudkan Pasukan Bomba
Sukarela telah diadakan dari masa ke semasa oleh Pasukan Bomba dari Balai Bomba
Belong,
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahti-ahli
Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, cadangan berkaitan dengan isu
berkaitan dengan kementerian saya semasa membahaskan Usui Menjunjung Kasih Ke
atas Titah Diraja di Dewan ini. Perkara-perkara yang tidak dapat saya jawab dengan
DR.25.3.2003 76
terperinci, saya janji akan diberi perhatian yang serius oleh kementerian saya. Sekian,
terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima
kasih. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
12.48 tgh.
Setiausaha Parllmen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat [Dato* S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya
ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh
mengenai fungsi dan tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat semasa perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Shah Alam telah menyentuh
mengenai Yayasan Kebajikan Negara, berhubung dengan bantuan kewangan bagi
mereka yang memerlukan rawatan perubatan. Untuk makluman Yang Berhormat,
dalam menimbang permohonan bantuan rawatan perubatan, Yayasan Kebajikan
Negara berpandukan kepada beberapa dasar yang telah ditetapkan iaitu:
(i) pemohon mesti warganegara Malaysia;
(ii) kakitangan kerajaan tidak layak memohon kerana diberi
kemudahan di bawah Perintah Am Bab 'F\ Perubatan dan
Pekeliling Perkhidmatan BII.9 Tahun 1991;
(iii) bantuan diberi sekali sahaja kepada setiap pemohon;
(iv) permohonan untuk bantuan perubatan di luar negeri hanya
dipertimbangkan setelah mendapat sokongan pakar tempatan dari
hospital kerajaan bahawa rawatan itu tidak terdapat di Malaysia
dan peluang untuk sembuh adatah cerah;
(v) pembayaran bantuan perubatan hanya dibuat kepada pembekal
atau hospital atau klinik dan bukan kepada pemohon; dan
(vi) semua permohonan disiasat dan disahkan tidak berkemampuan
oleh pegawai kebajikan masyarakat sebelum bantuan
dipertimbangkan.
DR.25.3.2003 77
* Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Beluran telah menyentuh mengenai
Rukun Tetangga di mana perlunya penilaian semula pendekatan dan konsep Rukun
* Tetangga mengikut perubahan masa dan kehendak masa kini. Memang RT telah
berubah mengikut masa. Pada tahun 1975 ianya hanya berkaitan dengan keselamatan
dan pada tahun 1982 pula adalah berkaitan dengan kejiranan.
Tuan Yang di-Pertua, konsep RT sekali lagi berubah di mana Rukun Tetangga
alaf baru atau lebih dikenali sebagai RT 21 mula diperkenalkan pada tahun 2001. RT
21 memberi penekanan kepada pembangunan komuniti yang holistic dan seimbang
dalam semua aspek, baik dari aspek fizikal dan ekonomi, mahu pun dari aspek sosial,
intelektual dan spiritual.
Dalam hal ini memperkesankan community empowerment menjadi teras kepada
konsep pembangunan komuniti di mana pemerkasaan komuniti ini bertujuan antara
lainnya membentuk komuniti yang berdikari, komuniti yang berpengetahuan,
berkeupayaan, mengharungi perubahan dan cabaran dan komuniti yang berwawasan,
bertanggungjawab, beretika, aktif dan produktif.
Pendekatan pelaksanaan RT 21 akan memberi penekanan kepada
pendampingan sosial, social outreach khususnya dalam memberi perkhidmatan dan
bantuan kepada komuniti dengan perubahan konsep ini. Fokus dan peranan ahli-ahli
jawatankuasa RT ini turut berubah di mana RT tidak lagi menumpukan aktiviti-aktiviti
kejiranan yang berbentuk ceremonial tetapi tumpuan diberikan kepada aspek substance.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Petaling Jaya Utara telah
mencadangkan supaya kerajaan mendirikan dan mengendalikan pusat asuhan kanak-
kanak ataupun Taska dengan sendiri dan secara proakttf atau wujudkan skim-skim
tertentu bagi menggalakkan Taska didirikan. Untuk makluman Yang Berhormat,
kerajaan tidak bercadang untuk menubuh dan mengendalikan Taska buat masa ini.
•* Kerajaan berperanan sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengawasi
Taska. Tanggungjawab sebagai regulator ini dilaksanakan berasaskan kuasa-kuasa
yang diperuntukkan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
Datuk Haji Mohd. AM bin Haji Hassan; [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang
berdiri Yang Berhormat.
DR.25.3.2003 78
Dato* S. Veerasingam: Sekejap. Walau bagaimanapun, kerajaan
menggalakkan jabatan-jabatan kerajaan menubuhkan Taska di tempat kerja dengan
memberi insentif geran pelancaran sehingga RM50 ribu maksimum. Setakat ini terdapat
60 buah Taska di tempat kerja yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan kerajaan.
Sementara itu, bagi menggalakkan majikan di sektor swasta menubuhkan Taska di
tempat kerja, kerajaan telah memberi insentif dalam bentuk pengecualian cukai 10% ke
atas kos pembinaari bangunan atau premis Taska untuk tempoh 10 tahun.
Setakat ini terdapat 21 buah Taska di tempat
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun]
Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang
berdiri Yang Berhormat.
Dato' S. Veerasingam: Nanti saya bagi, saya bagi.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Nanti bagi?
Dato' S. Veerasingam: Saya bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan
sampai habis pula Yang Berhormat.
Dato' S. Veerasingam: Saya baca dahulu. 21 buah Taska di tempat kerja di
sektor swasta. Selain itu kementerian saya sedang mengambil tindakan untuk
memperluaskan Taska komuniti khususnya bagi golongan berpendapatan rendah. Buat
masa ini, khidmat asuhan kanak-kanak di bawah konsep Taska komuniti ini sedang
dijalankan oleh kelompok Jiran Wanita Rukun Tetangga.
Kini terdapat sebanyak 51 buah Taska komuniti yang dikendalikan oleh
kelompok jiran wanita. Di samping itu, kementerian saya sedang menimbang cadangan
mengenai pelepasan cukai kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke
Taska yang berdaftar. Perkara ini sedang dikaji dengan teliti sebelum sebarang
cadangan dibuat kepada kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat bagi Tebrau.
Datuk Haji Mohd. All bin Haji Hassan: Sudah lupa, sudah? [Ketawa] Tuan
Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Yang Berhormat telah sebut tadi pasal
Rukun Tetangga, saya hendak tanyalah. Saya ucap tahniah di dalam menubuhkan
jawatankuasa Rukun Tetangga. Sekarang ini di mana-mana kawasan, pihak Rukun
DR.25.3.2003 79
Tetangga dia buat majlis perjumpaan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, kita ada
buatlah. Yang menjadi masalah pasal peruntukan, maknanya kalau hendak buat majlis
itu adalah tambahan peruntukan diberi oleh kementerian. Tidak banyak.
Saya hendak cadangkan kepada kementerianlah, kalau pihak Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, dia buat Sambutan Peringkat Kebangsaan,
bukan main besar dengan beratus ribu belanja - Rumah Terbuka. Boleh atau tidak
Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini mengadakan - Luar Bandar pula ...[silap
sebut]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' HaJI Muhamad bin Abdullah]: Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Datuk Haji Mohd. AH bin Haji Hassan: Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat. Beium makan Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Jadi, boleh
atau tidak mengadakan peruntukan, kita hendak buat di peringkat Parlimen negeri
sambutan yang serupa. Kita himpunkan ramai penduduk yang ada di kawasan Parlimen
Tebrau contohnya, kita keluarkan belanja tidak apa tetapi semua masyarakat, semua
kaum, ada empat hari kebesaran, empat-empat kita keluarkan belanja kerana kita
hendak mengeratkan penduduk berbilang kaum di sesuatu tempat.
Jadi, kalau Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan macam itu
banyak duit, kementerian ini takkan tidak ada duit. Terimakasih.
Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih
kepada Yang Berhormat yang berkenaan. Memang kami ada cadangan seperti itu,
barangkali bukan di Parlimen tetapi tiap-tiap daerah kita ada satu upacara macam itu.
Akhir kata saya mengucapkan ....
Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang
berdiri, Yang Berhormat.
Dato'S. Veerasingam: Okey, wanita. [Ketawa]
Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan terima kasih kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat. Tadi berkenaan dengan Taska, saya tahu kementerian ini
telah pun lama mengadakan satu dasar dan menggalakkan supaya agensi-agensi
DR.25.3.2003 80
kerajaan, pihak swasta mengadakan Taska untuk kemudahan kepada wanita-wanita
yang mempunyai anak kecil untuk belajar.
Tetapi kita lihat, dan segi pencapaiannya begitu lama dasar ini dibuat sampai ke
hari ini terlalu sedikit bilangan Taska yang diwujudkan. Jadi, saya hendak dapat satu
jawapan yang konkrit daripada pihak kementerian, adakah pthak kementerian sudah
mengkaji, pertamanya, kenapa tidak dapat dilaksanakan. Dan yang kedua, apakah
kementerian ada perancangan yang lebih tersusun untuk menentukan supaya cadangan
ini dapat dilaksanakan, supaya ibu-ibu yang bekerja mudah untuk mereka menghantar
anak-anak mereka dan mereka tidak ada rasa kebimbangan kepada masalah penjaga,
pengasuh dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' HaJI Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya hanya
mengawasi apabila ada Taska-taska yang telah ditubuhkan, kita memberi lesen dan
sebagainya. Tetapi cadangan Yang Berhormat itu adalah baik dan memang
kementerian saya sedang mengkaji supaya kita menggubal undang-undang baru,
supaya kita boleh paksa jabatan-jabatan dan juga syarikat-syarikat yang besar supaya
mengadakan Taska demi kepentingan ibu-ibu dan anak-anak, jadi kita akan mengambil
tindakan tidak berapa lama lagi.
Puan Hajah Mastlka Junaidah binti Husin: [Bangunl
Dato' S. Veerasingam: Cukup, cukup, itu sahaja.
Akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat,
yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan ada tiga minit lagi. [Sambil mefihat ke arah
jam dinding]
Puan Hajah Mastlka Junaidah binti Husin: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Oh! Sambung
lagi. Sudah habis, habislah Yang Berhormat.
Dato' S. Veerasingam: Dia hendak tanya soalan apa?
Puan Hajah Mastika Junaidah blntl Husin: Hendak ambil peluang hendak
bercakap pasal Taska ini. Tadi Yang Berhormat kata kementerian akan mengkaji dan
akan menentukan supaya paksaan dibuat, tetapi saya rasa kementerian sudah lama
perkara ini, banyak kali sudah kita bangkitkan di dalam Dewan ini. Agak-agaknya bila
DR.25.3.2003 81
rang undang-undang ini akan dibentangkan dan apa lebih kurang yang telah pun dapat
dikesan ataupun hendak dicadangkan oleh pihak kernenterian.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Bentang
dengan segera Yang Berhormat.
Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebut tadi, apa
undang-undang yang ada sekarang kita tidak boleh paksa sesiapa untuk mengadakan
Taska, jadi kita mesti menggubal undang-undang baru supaya kalau kita benar ini, kita
juga perlu minta agensi-agensi lain dan semua supaya mengadakan Taska. Kita tidak
boleh mengatakan satu jabatan di mana ada 15 orang sahaja pekerja untuk
mengadakan satu Taska, ini ada beberapa masalah, tetapi kita mesti ada satu undang-
undang di mana kementerian boleh menguatkuasakannya supaya mengadakan Taska
di semua tempat.
Memang ada Taska di jabatan-jabatan kerajaan seperti Kementerian Kewangan
dan beberapa tempat lain, tetapi setakat ini kita tidak boleh paksa sesiapa. Jadi,
kementerian saya telah mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas mengkaji
bagaimana kita boleh mengadakan satu undang-undang baru supaya semua jabatan
yang ramai pekerja boleh mengadakan Taska demi kepentingan ibu-ibu yang datang
bekerja di mana mereka ingin menyusu anak dan sebagalnya, mereka boleh pergi ke
tempat itu.
Ada satu persatuan, Persatuan Wanita Pekerja Malaysia yang baru telah
ditubuhkan dan mereka juga telah membuat rayuan supaya mengadakan Taska di
semua tempat dan kita juga telah memberi jaminan supaya kita akan mengkaji,
menggubal undang-undang baru supaya kita boleh mengadakan Taska di semua
tempat. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Mohd. All bin Haji Hassan: [Bangun]
Dato'S. Veerasingam: Sudah habis, selesai. [Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah bagi
jalan tadi, sudah habis Yang Berhormat. [Disampuk] Sudah habis. [Disampuk] Dia
tidak bagi sudah Yang Berhormat. [Disampuk] Kementerian Penerangan.
DR.25.3.2003 82
12.59 tgh.
Timbalan Menteri Penerangan [Datuk Zainudin bin Maidin]: Tuan Yang di-
Pertua, teriebih dahulu ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah
menyentuh perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Penerangan
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, boleh
sambung petang ini Yang Berhormat.
Datuk Zainudin bin Maidin: Boleh, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan
ditangguhkan hingga jam 2.30 petang.
Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hart.
Mesyuarat disambung semuta pada pukul 2.30 petang.
[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Timbalan Menteri
Penerangan.
2.32 ptg.
Timbalan Menteri Penerangan [Datuk Zainuddin bin Maidin]: Tuan Yang di-
Pertua, saya mohon untuk menyambung pendahuluan ucapan saya tengah hari tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila.
Datuk Zainuddin bin Maidin: Yang Berhormat Tampin telah mencadangkan
agar media elektronik tempatan lebih aktif mempromosikan negara. Contohnya cara
persembahan dan latar belakang, atau dengan izin, back-drop semasa laporan cuaca di
kaca televisyen hendaklah memaparkan panorama-panorama indah Malaysia untuk
menarik perhatian khususnya warga asing.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Penerangan menerusi RTM
sentiasa mempromosikan negara dalam pelbagai rancangan. Di antara rancangan-
rancangan RTM yang memaparkan keindahan dan tempat-tempat menarik di Malaysia
termasuklah rancangan "Kenali Malaysia", "Eksplorasi", "Cuti-cuti Malaysia", "Selamat
Pagi Malaysia", rancangan masakan dan sebagainya.
DR.25.3.2003 83
Kini dalam laporan cuaca juga sudah dimasukkan indeks pelancongan dan
indeks golf bagi beberapa destinasi pelancongan khusus untuk pengetahuan pelancong
di daiam dan di luar negara.
Di samping itu, RTM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan dalam memberi publisiti dan promosi pelbagai aktiviti yang
dijalankan oleh kementerian berkenaan.
Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Parit Buntar
bahawa RTM tidak pernah memberi ruang mana-mana Menteri Besar, terutamanya dari
pihak pembangkang untuk muncul di TV1 dan 2 menyampaikan ucapan seperti Ucapan
Hari Raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, RTM secara khusus kini hanya
menyiarkan perutusan Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri sahaja dan tidak oleh
menteri-menteri besar yang lain.
Walau bagaimanapun, RTM memang memberi peluang kepada semua pihak
untuk membuat ucapan bagi sebarang perayaan hari raya, tahun baru atau Tahun Baru
Cina. Ini termasuk ucapan pemimpin-pemimpin persatuan aktivts masyarakat, ahli
akademik, tokoh-tokoh ekonomi, pelajardan sebagainya.
Memandangkan masa yang disediakan adalah terhad, tidak banyak ucapan yang
dapat disiarkan. Lebih banyak ruang akan disediakan pada masa akan datang, untuk
menyiarkan ucapan pemimpin-pemimpin termasuk mempertimbangkan ucapan dari
Menteri Besar Kelantan dan Terengganu serta pemimpin-pemimpin lainnya.
Yang Berhormat bagi Baling mendakwa bahawa Jabatan Hal Ehwal Khas
(JHEK) telah dipergunakan oleh UMNO sebagai saluran penerangannya. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Hal Ehwal Khas adalah merupakan sebuah
jabatan kerajaan, di bawah Kementerian Penerangan Malaysia yang ditugaskan untuk
memberi penjelasan tentang dasar-dasar dan perancangan yang dilakukan oleh
kerajaan untuk kepentingan rakyat jelata.
Di samping itu, jabatan juga dipertanggungjawabkan untuk menjelaskan
kekeliruan rakyat mengenai isu-isu agama dan politik yang diputar belitkan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai sebuah agensi kerajaan, jabatan ini berkewajipan mempertahankan
kerajaan dari segi serangan fitnah dan ....
DR.25.3.2003 84
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada tiga
Ahli Yang Berhormat bangun.
Datuk Zainuddin bin Maidin: Saya beri kepada Yang Berhormat Datuk Haji
Mohamad Haji Aziz dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sri Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih. Saya ucapkan tahniah,
RTM telah mengubah, pembaharuan. Saluran satu diberatkan kepada maklumat.
Saluran dua itu hiburan dan sebagainya. Saya tidak hendak sentuh yang dua ini, yang
satu ini.
Tentang pengiklanan itu, Tuan Yang di-Pertua, pengiklanan, dalam mood kita
hendak tahu berita terkini serangan Amerika ke atas Iraq, masuk iklan "Kitarlah semula\
- Lailahaillallah! "Kawan-kawan, ". Mati mood kita, Tuan Yang di-Pertua!
[Ketawa]
Jadi, saya haraplah, iklan ini dalam berita ini harap ditiadakan. Kitar semula itu
setiap hari.
Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Bukankah itu mustahak!
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Mustahak, betul mustahak, tetapi sekali
sekalalah, lepas itu budak-budak, "Kawan-kawan, kertas, botol dan B
Lailahaillallah! Kita sedang sen us menghadapi siaran itu.
Dan saya harap satu lagt, RTM sebagai sumber kita punya maklumat, dalam
peperangan Iraq dan Amerika menyerang Iraq ini tolong tumpukan kepada berita utama
ini, fasal kita tidak percaya CNN dan sumber daripada yang lain. Dan saya dengar
Menteri Penerangan kata, dia akan cuba ambil daripada sumber-sumber yang lain,
daripada Al-Jazeera Arab dan sebagainya.
Jadi, tolong, rakyat Malaysia yang mendoakan kemenangan Iraq perlu sangat
maklumat terkini dan sahih, tidak terpengaruh dengan propaganda Barat. Jadi, saya
harap RTM tolong tumpukan pada peperangan ini, dan kalau boleh seberapa keraplah
maklumat terkini tentang peperangan Amerika ke atas Iraq ini, Terima kasih Datuk.
Datuk Zainuddin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dl atas
pandangan yang diberikan.
Saluran satu sebagai saluran maklumat memang lebih banyak menumpukan
kepada maklumat. Dan iklan - itu bukan iklan, itu promosi - tentang kebersihan dan
DR.25.3.2003 85
saya rasa, saya berkongsi dengan Yang Berhormat iaitu bahawa barangkali promosi itu
tidak begitu menarik dan kita akan buat yang lebih menarik lagi, yang lebih profesional.
Jadi, mungkin tahap profesionalismenya tidak begitu baik. Dan yang kedua,...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kuala
Terengganu bangun.
Datuk Zainuddin bin Maidin: Nanti, saya habiskan jawapan kepada ini.
Kemudian mengenai berita, kalau Yang Berhormat mengtkuti siaran berita RTM,
boleh kata sekarang kita tumpukan, saya ingat kalau berita padi setengah jam dalam 25
minit adalah ditumpukan kepada berita Perang Iraq ataupun pencerobohan Amerika -
kita tidak katakan Perang Iraq tetapi Pencerobohan Amerika.
Dan demikian juga dalam berita pukul 8.00 hampir 45 minit ditumpukan kepada
berita peperangan. Tetapi kita, dibandingkan dengan stesen TV yang lain, kita tidak ada
iklan, paling kurang iklan dalam siaran berita dan kita mengambil perhatian di atas
cadangan yang diberikan dan kita sedang berunding. Sebenarnya amat sukar, selain
daripada CNN, BBC. BBC pun bias, untuk dalam negeri dia lain, tetapi untuk kita lain.
Demikian juga CNN, ada dua saluran, satu untuk dalam negeri, tetapi untuk keluar
negeri lain; dan semua penganalisis yang dibawa adalah orang-orang yang memang
untuk menjalankan polisi mereka. Jadi baik yang keluar itu semuanya nampak bias,
walaupun cerdik, walaupun subtle, tetapi kita dapat merasakan bahawa di mana
pendirian mereka, bila perlu mereka mengatakan mereka dalam keadaan apa punr
mereka akan menang.
Jadi, kita hati-hati dan kita juga mengambil penekanan terhadap apa yang dapat
disediakan rakyat terhadap kebangkitan suatu bangsa yang tertekan yang mendapat
sokongan dunia umpamanya kita telah berkali-kali menyiarkan tentang para karyawan di
Amerika sendiri yang menyokong, yang menganggap "Shame on Bush!" dan demikian
juga hari ini negara-negara Arab kecuali Kuwait yang tidak menyokong atau menentang
Amerika. Jadi, itulah yang saya ingat insya Allah kita akan berusaha di mana saluran,
tetapi Al-Jazeera juga itu pun jangan hanya kerana Al-Jazeera pun tidak semestinya
[Ketawa] tidak boleh kita yakin sepenuhnya kalau tidak, dia tidak akan dapat satelit.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih, Datuk.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri di
DR.25.3.2003 86
peringkat awal ini mirip Joseph Goebbels yang menjadi pakar propaganda kepada Hitler
dan saya meiihat apa yang diberikan oleh Yang Berhormat adalah suatu yang amat
mengelirukan.
Yang pertamanya, saya ingin penjelasan tentang Jabatan Hal Ehwal Khas. Di
tangan saya ini ada senarai nama mereka yang menerajui Jabatan Hal Ehwal Khas di
negeri Terengganu. Kesemua mereka adalah aktivis-aktivis UMNO, bekas wakil rakyat
yang makan gaji buta dengan Jabatan Hal Ehwal Khas ini yang menjalankan
propaganda-propaganda UMNO atas nama Jabatan Hal Ehwal Khas ini sendiri.
Yang keduanya, adakah Yang Berhormat tidak menyedari bahawa sejak Yang
Berhormat berada di Kementerian Penerangan ini, kredibiliti RTM ini sedang
dipertikaikan oleh banyak kalangan masyarakat dan ini adalah suatu yang amat
memalukan, dengan kedudukan yang ada, kementerian ataupun RTM terutamanya
sepatutnya menjadi suatu kementerian menyalurkan maklumat kepada rakyat tetapi
kementerian yang selepas daripada Yang Berhormat berada hari ini, terutamanya RTM,
radio, televisyen menjadi alat propaganda yang memang kalau tidak mirip pun sama
dengan Goebbels yang menjalankan propaganda terhadap Hitler ini sendiri. Minta
penjelasan.
Datuk Zalnuddln bin Maidln: Terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat
dari Kuala Terengganu. Saya suka mengambil kata-kata daripada Perdana Menteri Fiji,
Rabuka, kebenaran berada di mana kita berdiri. Jadi, saudara meiihat kebenaran dari
kaca mata Yang Berhormat sendiri.
Saya cukup gembira orang-orang daripada pihak sana terkenal dengan
menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan, yang tidak menghormati orang
lain, Goebbels, barua, firaun, itu adalah yang lumrah, yang saya sedikit pun tidak
menyakitkan hati saya. Itu adalah identiti saudara, tidak perlu dikatakan, orang semua
dapat mendengar, hanya apa yang diulangi oleh wakil daripada Kuala Terengganu
adalah mengesahkan persepsi masyarakat terhadap PAS itu sendiri.
RTM hanya mengesahkan dan membuktikan mulut-mulut yang agak lucah. Itu
sahaja kerja kita, saya tidak membuat apa-apa. Saya mendedahkan orang-orang yang
berkupiah putih, kemudian mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sopan, tidak
manis, tidak beretika. Itu sahaja kerja saya, menunjukkan kebenaranl Apa salah?
DR.25.3.2003 87
Adakah saya pernah memaki, buktikan saya pernah menggunakan perkataan-
perkataan yang tidak elok terhadap PAS. Di sini orang-orang saudara mengatakan ....
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawl: [Bangun sambil berkata sesuatu]
Datuk Zainuddln bin Maidin: Nanti dahulu, biar saya bercakap dahulu. Orang-
orang di sini salah seorang daripada mana, mengatakan saya anti Islam, saya tidak
mahu menjawab; mengatakan saya budak, saya boleh jadi bapa kepadanya. Inikah
taraf pemikiran, binalah intelektualiti kita kalau kita seorang terpelajar, bukan kita datang
menggunakan bahasa-bahasa yang tidak manis. Kita mesti menghormati political
parliamentary decorum. Cuba hormati diri sendiri, untuk mendapatkan kehormatan
daripada orang ramai.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bangun][Menyampuk]
Datuk Zalnuddin bin Maidin: Tidak, saya tidak beri jalan, biar saya jawab
dahulu. Sebab saudara mengatakan
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Penjelasan!
Datuk Zainuddin bin Maidin: Nanti dahulu, saya belum habisl
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Zainuddin bin Maidin: Nanti dahulu, saya akan jawab. Saya akan
jawab
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Datuk Zainuddin bin Maidin: Saya akan jawab! Saya akan jawab!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Ucapan Yang Berhormat ....
memaki hamun!
Datuk Zainuddin bin Maidin: Saya akan jawab. Saya akan jawab!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.Yang
Berhormat!
Datuk Zainuddin bin Maidin: Baik, saya jawab! Sila duduk!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kuala Terengganu.
Datuk Hajl Mohamad bin Hajl Aziz: Sabarlah.
Datuk Zainuddin bin Maidin: Saya jawab, saya jawab!
DR.25.3.2003 88
Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Llm Si Cheng]: Yang Berhormat kata, dia
akan jawab. Cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Zalnuddin bin Maidln: Saya jawab, duduk! Saya jawab, saya akan
beritahu Dewan ini!
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Ya, ini maki hamun!
Datuk Zalnuddin bin Maidln: Bukan maki hamun. Baca, baca, sila baca!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Urn Si Cheng]: Cukup, cukup!
Datuk Zainuddin bin Maidln: Kalau itu hendak jawapan, saya akan beritahu
jawapannya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah, cukuplah Yang
Berhormat Timbalan Menteri, balik kepada tajuk yang patut kita bangkitkan.
Datuk Zalnudln bin Maidln: Tidak. Dia hendak jawapan, saya boleh beri
jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: ...patut kita bangkitkan.
Datuk Zainudin bin Maidin: Kalau hendak pemeram, saya akan jawab tentang
pemeram, sila duduk, sila duduk! [Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, hanya
jawab kepada perkara yang dibangkitkan semasa perbahasan, itu sahaja.
Datuk Zainudin bin Maidin: Saya patuhi ya. [Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Cukuplah Yang
Berhormat. Dia tak bagi jalan.
Datuk Zainudin bin Maidin: Saya perlu menjawab tentang mengatakan makan
gaji buta dan sebagainya. Sebab apa yang menjadi masalahnya ialah soal dahulu RTM
dikatakan tidak berkesan. Tetapi oleh kerana keberkesanan inilah yang menimbulkan
soal makan gaji buta dan sebagainya. Orang-orang ini saya tidak menafikan. Tujuan
jabatan khas ditubuhkan ialah untuk menjawab dan juga menghapuskan kekeliruan
daripada orang ramai terhadap perkara-perkara fitnah dan sebagainya. Itu jabatan khas
ditubuhkan. Oleh kerana jabatan ini berkesan, maka la menimbulkan kegelisahan di
kalangan pihak, dan kaiau dia mengatakan yang memalukan, bukan memalukan kita.
Tidak memalukan kita. Saya tahu kita semua mendapat sokongan, dan saya mendapat
sokongan yang saya rasa saya boleh tunjukkan. Keadaan telah berubah. Kalau dahulu
DR.25.3.2003 89
saya pergi ke Kelantan hanya 50, 60 orang, tetapi sekarang kalau saya pergi Kelantan
600 dan 700 orang mudah untuk datang. [Disampuk]
Apa yang telah terjadi, bukan pembohongan. [Disampuk]
Timbalan Yang cH-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, jawapan
panjang lagikah?
Datuk Zainudln bin Maidin: Pendek sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Urn Si Cheng]: Kalau boleh habiskanlah.
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Menyampuk]
Datuk Zainudln bin Maidin: PAS buat di Terengganu teruk lagl. Pegawai-
pegawai kerajaan dipindahkan dengan sewenang-wenangnya di Terengganu, kezaliman
berlaku. [Disampuk] Tak usahlah, kalau kita pun tidak bersih jangan sangka orang tidak
bersih.
Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat
yang telah memberikan pandangan dan cadangan berkaitan dengan bidang tugas
Kementerian Penerangan semasa membahas Titah Ucapan di-Raja. Semua pandangan
dan cadangan akan diberikan perhatian.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah habis.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ada banyak lagi ni!
Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tak mengapa, nanti saya
jemput, tak payah jemput. Yang Berhormat, mana ada satu peraturan. Sudah habis ya?
Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Sudah habis, duduk, duduk, duduk!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dm Si Cheng]: Cukup Yang Berhormat,
jawapan sudah habis. Menteri sila.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.
Beberapa Ahli Pembangkang: Kita minta penjelasan!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jawapan sudah habislah!
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Sebab itu hendak beri peluang budak-budak
sekolah tengok perangai Yang Berhormat.
DR.25.3.2003 90
Tlmbalan Yang dl-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup, cukup, cukup!
Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Apa ni!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudan habis jawapan.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Ttmbaian Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Menteri sila.
2.49 ptg.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Datuk Paduka Abdul
Kadir bin Hajl Sheikh Fadzir]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya bagi pihak
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan mengucapkan terima kasih...
Beberapa Ahli Pembangkang: [Bangun] [Menyampuk]
Tlmbalan Yang dl-Pertua [Datuk Dm Si Cheng]: Yang Berhormat Pokok Sena
Sila duduk!
Tuan Haji Mahfuz bin Hajl Omar: [Menyampuk]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: ....kepada semua Ahli
Yang Berhormat yang telah pun bersama-sama....
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila duduk!
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Hajl Sheikh Fadzir: ....perkara-perkara
mengenai kementerian dan memberikan pandangan dan cadangan....
Beberapa Ahli Pembangkang: [Menyampuk]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: ...yang amat berguna
kepada usaha-usaha kerajaan untuk memajukan industri. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Pokok Sena, sila dudukl
Besut!
Tuan Haji Mahfuz bin Hajl Omar: Berita ringkas!
Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Pokok Sena!
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, Yang
Berhormat bagi Shah Alam telah mengusulkan supaya digerakkan segera usaha untuk
menggabungkan semua syarikat dan agensi pelancongan yang beroperasi secara
berasingan bagi memastikan usaha promosi produk pelancongan Malaysia di peringkat
global dapat dijalankan secara berkesan serta memudahkan pihak kerajaan memantau
kegiatan agensi-agensi kerajaan.
DR.25.3.2003 91
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kebudayaan, Kesentan dan
Pelancongan telah pun mengambil langkah-langkah untuk mengemaskinikan jumlah
* syarikat pengendalian pelancong serta meningkatkan keupayaan syarikat-syartkat
berkenaan termasuklah membatalkan lesen syarikat-syarikat yang tidak aktif.
Kementerian juga telah dari masa ke semasa menggalakkan usaha penggabungan
antara beberapa syarikat pengendalian pelancongan dalam suatu konsortium.
Kementerian berpendapat dengan penggabungan ini, pengetahuan pengalaman dan
modal akan dapat disatukan dan dapat mengoptimumkan sumber-sumber yang ada
supaya dapat berdaya maju dan beroperasi secara lebih berkesan. Bagaimanapun,
usaha ini tidak begitu mend a pat sambutan setakat ini kerana keengganan syarikat-
syarikat ini bergabung. Jika terdapat satu, dua syarikat yang telah bergabung pun ianya
gagal kerana pihak-pihak yang berkenaan tidak boleh bekerjasama dengan baik
ataupun kerana pengurusan yang lemah. Namun demikian, kementerian akan
meneruskan urusan ini.
Dato" Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih
Yang Berhormat Menteri. Tentang promosi pelancongan oleh pihak kementerian, salah
satu agensi yang digunakan ialah RTM. RTM dalam mempromosikan negara kita, kita
dapati amat lemah sekali. Pertama, daripada segi program-programnya yang tidak
teratur, tidak menarik dan kadangkala seperti Sri Gading sebutkan tadi, tengah kita
serius dia bawa bahan-bahan hiburan yang tidak sesuai dengan keadaan semasa.
Yang keduanya, kalau kita hendak guna RTM sebagai bahan promosi, penonton
RTM hanya 15% sahaja, Yang Berhormat Menteri. Jadi, macam mana kita hendak
menggunakan suatu usaha mempromosikan pelancongan negara kita kalau RTM begitu
« lemah sebagai agen promosi dalam pelancongan kita?
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir; Bercakap pasal
i- penggabungan syarikat-syarikat, yang pergi korner situ buat apa? [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, kita daripada segi pelancongan alhamdulillah, berjaya
banyak, dari 5.5 juta naik sampai 13.3 juta dalam masa tiga tahun setengah.
Pelancongan domestik pun meningkat juga cukup hebat. Penyumbang utama adalah
RTM, terima kasih RTM. [Ketawa] [Disampuk]
Yang Berhormat bagi Kluang telah meminta supaya dipertingkatkan atau
menambah baik lagi prasarana dan kemudahan pelancongan serta produk. Untuk
DR.25.3.2003 92
makluman Yang Berhormat, kementerian telah mengemukakan rancangan di bawah
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan untuk menaik taraf destinasi
pelancongan di seluruh Malaysia
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Shah Alam.
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: ...sejajar dengan bilangan
pelancong asing yang semakin ramai datang ke Malaysia. Dalam masa yang sama
kementerian ini juga telah memberikan tumpuan untuk melengkap dan menaik taraf,
memperbaiki produk-produk pelancongan serta prasarana yang sedia ada.
Usaha yang paling nyata dapat d ill hat di Kuala Lumpur yang mana satu
Jawatankuasa Kabinet mengenai kaedah dan strategi promosi Kuala Lumpur sebagai
sebuah bandar pelancongan bertaraf dunia telah pun ditubuhkan. Antara fungsi
utamanya adalah untuk mengenai pasti zon-zon pelancongan supaya usaha-usaha
promosi dapat dipertingkatkan lagi.
Dalam hubungan ini, kerajaan telah menubuhkan dua tabung iaitu Tabung Khas
Pelancongan sebanyak RM400 juta dan Tabung Infrastruktur Pelancongan sebanyak
RM200 juta untuk menggalakkan sektor swasta menyertai usaha ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Shah Alam, sila.
Dato* Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat Menteri
kerana datang menjawab. Dalam perkara yang saya bangkitkan tentang cadangan
penggabungan kepada syarikat-syarikat yang menguruskan pelancongan, dengan
mengambil ingatan bahawa, dengan izin, untuk handle the inbound tourist Jadi, dalam
keadaan market yang very competitive ini, tadi Yang Berhormat respons bahawa
walaupun ada usaha yang dijalankan oleh kementerian supaya mencadangkan mereka
ini bergabung supaya menjadikan pakej dia lebih kompetitif dan menarik tetapi tidak
mendapat sambutan, adakah cadangan daripada pihak kerajaan untuk mengadakan
satu undang-undang supaya penggabungan itu boleh dilakukan supaya kita boleh
jadikan inbound package itu lebih kompetitif kalau dibandingkan dengan negara di Asia.
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, saya
memang bersetuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat dan itu memang menjadi
dasar kita. Kita perlu beberapa syarikat gergasi kalau kita hendak bersaing dengan cara
hebat dalam bidang antarabangsa. Tetapi sebagaimana yang saya katakan ini kita
terpaksa buat secara pujukan, rayuan kerana syarikat-syarikat ini adalah dipunyai oleh
DR.25.3.2003 93
individu, pelaburannya adalah pelaburan individu, pelaburan orang. Jadi, kita hanya
boleh memujuk, kita tidak boleh paksa, dia ada hak-hak dia juga. Namun demikian,
usaha ini akan diteruskan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Labuan telah meminta kerajaan
meneliti cadangan beliau untuk membangunkan Labuan sebagai world class
international leisure dan recreational center...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: ...dan untuk itu meminta
supaya infrastruktur tambahan yang khusus untuk produk pelancongan bertaraf
antarabangsa dibangunkan seperti padang golf, marina, seapar/cdan water-world.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Llm SI Cheng]: Kota Melaka.
Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Syabas kepada
Menteri kerana telah berusaha untuk menarik begitu ramai pelancong ke Malaysia. Saya
hendak tahu sejauh manakah usaha kerajaan menarik pelancong asing melalui open
house, seperti Open House Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Iain-Iain yang telah
dianjurkan memandangkan begitu banyak wang telah dibelanjakan. Saya ingin
mengambil peluang ini untuk mengingatkan kementerian supaya dalam menganjurkan
open house akan datang janganlah berikan sesiapa peluang untuk menghijack event itu
oleh kerana saya dapat aduan MCA telah menggunakan dan telah mengedarkan risalah
yang mengatakan seolah-olah mereka yang menganjurkan Tahun Baru Open House di
PJ.
Walaupun kementerian begitu berjaya meningkatkan domestik pelancongan
tetapi ramai menteri melawat England, Australia untuk cuti tahunan mereka. Kalau
begitu ramai menteri suka melawat tempat lain dan kalau ada orang untuk convenience
memohon PR seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah atau patutkah
perbuatan itu berlaku. Saya rasa ini adalah satu perkara yang serius oleh kerana saya
dapat banyak komen bahawa Timbalan Menteri telah mempunyai PR Australia dan ini
menimbulkan satu isu ethic sama ada beliau harus terus memegang jawatan sebagai
Timbalan Menteri. Saya ingin dapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat.
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, ini
semua dibangkit perkara-perkara yang tidak dibangkitkan semasa perbahasan. Saya
cuma hendak jawab perkara-perkara yang bangkit semasa perbahasan.
DR.25.3.2003 94
Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Llm SI Cheng]: Teruskan, Yang Berhormat
Menteri. Saya ingin mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, kalau kita
hendak minta penjetasan, mesti ada berkaitan dengan jawapan yang dikemukakan oleh
Menteri supaya jangan buang masa kita. la mesti ada berkaitan dengan jawapan. Sila.
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzlr: Namun demikian, saya
ingin menyatakan tentang majlis-majlis rumah terbuka, sebagaimana yang telah saya
nyatakan dalam jawapan saya di Parlimen beberapa hari sudah, enam open house
Kerajaan Federal diadakan pada tahun sudah, kita belanja lebih kurang RM5.7 juta
keenam-enamnya. Tetapi nilai publisiti yang kita dapat menerusi televisyen yang kita
jemput dari seluruh dunia dan sebagainya, nilai publisiti sahaja dari aspek itu sahaja
saya ingat lebih daripada RM80 juta, more than RM80 million, nilai publisiti daripada
segi tulisan dalam akhbar, rencana, televisyen dan sebagainya, Kita kena tahu, kalau di
Eropah, di Jepun, satu minit sahaja iklan dalam televisyen...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim St Cheng]: Yang Berhormat, boleh saya
ganggu sedikit. Sebenarnya jawapannya ini pun sudah tiga kali dimaklumkan di Dewan
yang mulia ini.
Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Yang di-Pertua, saya timbulkan ....
Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bukan. Yang Berhormat,
saya ada tanggungjawab saya untuk menjaga masa. Saya ingat...
Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzlr: Di samping itu, saya ingin
juga menyatakan bahawa program-program ini bukan sahaja merupakan program
pelancongan tetapi ianya adalah juga program-program kebudayaan yang sedikit-
sebanyak menjurus kepada nation building. Jadi, keuntungan kita ini berbagai-bagai dari
aspek itu. Yang Berhormat selalu dijemput. Kalau Yang Berhormat semua datang maka
ini bukan merupakan program kami, program kita semua. Tetapi saya harap semua
datanglah. Malah dalam Open House Tahun Baru Cina baru-baru ini pun yang diminta
duduk menerima penghargaan bersama dengan Yang di-Pertuan Agong dan juga
Tuanku Sultan Selangor adalah wakil-wakil NGOs, bukan menteri-Menteri MCA atau
Gerakan dan sebagainya.
Malah, kalau Yang Berhormat bagi Kepong datang pun, kita akan memberi dia
tempat yang istimewa tetapi Yang Berhormat semua tidak hendak datang maka dia
DR.25.3.2003 95
jadilah acara Barisan Nasional. Kalau semua kita datang, maka ini menjadi acara kita,
acara rakyat kita. Okey!
Beberapa Ahli Pembangkang: [Membuat bising]
Datuk Paduka Abdul Kadlr bin Hajl Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, ini
telah pun dijawab berkali-kali [Dewan riuh] Saya ingin menyatakan bahawa benda itu
berlaku sebelum beiiau memegang jawatan. Sama juga bila seseorang itu dilantik
menjadi menteri, maka kita akan dapati keadaan di mana menteri itu pegang beberapa
chairmanship, directorship, shareholding yang pelbagai dan dia terpaksa kena
melucutkan semua ini dan ia akan mengambil masa. Sama juga apabiia beliau dilantik
Senator, beliau terus-menerus mengambil langkah untuk give up that PR. Sudah selesai
10 tahun dahulu. Saya ingin menyatakan beliau adalah antara saya rasa ahli
pentadbiran yang paling cekap, yang paling rajin bekerja [TepukJ Maaflah, she's one of
the best Yang ini saya harap akhbar akan tulis.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Membuat bising]
Datuk Paduka Abdul Kadlr bin Hajl Sheikh Fadzir: Daripada segi pelancong
dari negeri China, daripada 190,000, beliau telah berjaya untuk meningkatkan kepada
550,000 dalam masa tiga tahun. [Tepuk] Boleh dikatakakan ..
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Menyampuk]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Kalau Yang Berhormat
memang tidak boleh buatlah yang itu. [Ketawa] Untuk makluman Yang Berhormat,
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan berpendapat buat masa ini,
pembangunan daripada segi produk pelancongan di Labuan adalah di tahap yang
memuaskan. Walau bagaimanapun, untuk mempertingkatkan lagi sektor pelancongan
di Labuan, kementerian berpendapat bahawa produk-produk pelancongan seperti taman
tema, padang golf serta pusat water world, hendaklah dibangunkan oleh pihak swasta.
lanya harus digalakkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan dan Lembaga Pembangunan
Labuan yang mana Ahli Yang Berhormat bagi Labuan juga menjadi pengerusinya.
Yang Berhormat bagi Kepong pula telah mencadangkan supaya konsep
mengadakan rumah terbuka di peringkat kebangsaan untuk perayaan-perayaan utama
seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya diteruskan. Yang
Berhormat bagi Kepong, dia minta diteruskan. Dalam hal ini, Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana
DR.25.3.2003 96
memberi sokongan kepada kementerian ini dalam mengadakan perayaan Program
Rumah Terbuka Malaysia. Perayaan ini benar-benar dapat mewujudkan hubungan
silaturahim dan saling kenal-mengenali antara rakyat daripada pelbagai kaum.
Perayaan ini juga telah berjaya memikat hati pelancong dalam dan luar negara
dan berjaya menjadikannya sebagai suatu daya tarikan kepada pelancong.
Kementerian ini akan terus mengadakan perayaan seumpama ini bagi mengukuhkan
integrasi pelbagai kaum di samping memupuk perpaduan melalui semangat setia
kawan, jati diri dan saling hormat-menghormati adat resam kaum-kaum yang lain di
Malaysia. Selaras dengan matlamat dan Wawasan 2020 yang menekankan pada sifat
liberal dan toleransi antara kaum dan paling penting untuk membina bangsa Malaysia.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan mengadakan kajian impak
secara menyeluruh bagi mengetahui sejauh mana pelaksanaan program-program ini
dapat memberi manfaat serta diterima oleh rakyat dan aktiviti yang dilaksanakan
Tuan Hajl Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Dato' Kamarudin bin Jaffar: [Bangun]
Tlmbalan Yang dl-Pertua [Datuk Llm Si Cheng]: Yang Berhormat
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: mencapai matlamat ke
arah pembinaan negara dan bangsa.
Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
Menteri
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Seterusnya melalui kajian-
kajian ini juga akan dapat mengenal pasti faktor-faktor yang perlu diperbaiki untuk
mengatasi kekurangan-kekurangannya. Sila.
Dato" Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat
tertarik dan sentiasa menyokong program rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak
kementerian. Yang saya juga ikuti bukan sahaja bertujuan untuk menarik pelancong-
pelancong asing tetapi menggalakkan pelancongan dalam negeri. Sebab itu, dibuat di
Kedah, di Johor, di Ipoh dan sebagainya. Pelancongan dalam negeri bermakna kita
mesti mempromosikan negeri-negeri tetapi, kalau ada jabatan lain, RTM menjatuhkan
negeri-negeri
Puan Teresa Kok Suh Sim: Ya! [Tepuk]
Puan Chong Eng: Ya! [Tepuk]
DR.25.3.2003 97
Dato* Kamarudin bin Jaffar: memberi gambaran bahawa negeri ini buruk,
memberi gambaran bahawa negeri ini tidak baik. Adakah ini selaras dengan hasrat kita
bersama hendak mempromosikan pelancongan dalam negeri. Terima kasih. [Dewan
gamat seketika]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: [Ketawa] Yang Berhormat,
yang ini kali lastlah Yang Berhormat bagi Tumpat. [Ketawa] [Dewan gamat seketika}.
Dia tidak tanya bab ini. Okey.
Beberapa Ahli Pembangkang: [Membuat bising]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat bagi
Tampin pula telah mencadangkan supaya
Beberapa Ahli Pembangkang: Jawab, jawab!! [Membuat bising] Jawab
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Llm Si Cheng]: Yang Berhormat, Batang
Lupar.
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Hendak jawab apa?
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: macam mana orang hendak jawab?
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Hendak jawab apa? Tadi,
saya sudah kata dah. Saya rasa RTM adalah merupakan penyumbang utama dalam
kejayaan kita. Apa lagi? [Ketawa]
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya nampak dua kali pembangkang bangun, persoalan yang langsung tidak ada kena-
mengena dengan kementerian Datuk. Jadi, kalau lain kali lihat sayalah, dengar tetapi
dah sini jawab soalan.
Seorang Ahli: Tidak ada kena-mengena soalan ini.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Yang Berhormat Datuk, saya
hendak soal satu perkara. Minta satu perkara Datuk. Dua hari yang lepas, Yang
Berhormat Datuk menjawab persoalan peruntukan yang telah diberi untuk mengadakan
hari terbuka di seluruh Malaysia dan mengikut negeri masing-masing. Saya juga
mendengar bahawa Sarawak diberi RM500.000 macam negeri-negeri yang lain selain
daripada negeri yang lebih banyak population dia, Jadi persoalan saya Datuk, di
Sarawak itu macam mengadakan di Johor umpamanya dan di Kuching, meminta orang
daripada Limbang datang ke Kuching, macam minta orang dah Pedis datang ke Johor.
DR.25.3.2003 98
Jadi, dalam keadaan yang sedemikian, bahkan lebih jauh lagi daripada
umpamanya Yang Berhormat bagi Bukit Mas punya tempat Datuk, 1,500 kilometer
datang ke Kuching. Jadi, 500,000 kalau boleh ditambahkan Eagi, diadakan tiap-tiap
region, dibahagikan Sarawak itu kepada region, diadakan di Kuching. Kita menyokong
betul ini. Sebab itulah mencadangkan ini, adakan di Kuching, adakan di Miri, diadakan
di Sibu dan region kita dibahagi tiga dan duit peruntukan ditambahkan sedikit yang kita
bagi tiga duit itu untuk diadakan di tempat-tempat ini. Jadi, dapatlah orang di Limbang,
dapatlah orang di Sibu mengadakan satu pesta yang sama dan merasakan nikmat yang
telah dirasai oleh orang di Kuching. Jadi Datuk, saya harap perkara ini boleh
dipertimbangkan. Terima kasih.
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua,
sebenarnya Kerajaan Negeri Sarawak pun memang cukup adil. Dia sendiri tidak suka
buat semuanya di Kuching. Misalnya perayaan-perayaan yang pelbagai, kita telah pun
buat di Miri, Sibu, Kuching dan sebagainya. Jadi, kita akan bergilir-gilirlah. Kita akan
mendapat pandangan dari kerajaan negeri. Begitu juga di Sabah, kita akan juga buat di
pelbagai bandar yang besar.
Puan Chong Eng: [Bangun]
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]
Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Urn Si Cheng]: Mana satu Yang Berhormat?
Puan Chong Eng: Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: [Hendak memberikan
giliran bercakap kepada Yang Berhormat bagi Setiu]
Puan Chong Eng: Cakap dululah. Saya sudah mengucapkan terima kasih ini.
[Ketawa]
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Menyampuk]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, tidak
apalah, kita bagi ladies first. Dia hah ini pakai baju kurung, nampak manis sahaja,
sweet Dari Bukit Mertajam, jiran saya pula itu, dari Kulim. Ya, sila, siiakan. [Ketawa]
Puan Chong Eng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi tengok, macam
mana pakaian itu ada impak tau, dapat peluang di dalam Dewan ini. [Ketawa] Jadi,
terima kaslhlah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga saya hendak mengucapkan
terima kasih kerana hari itu telah menyampaikan simpati kepada saya. Tidak sama ini
DR.25.3.2003 99
dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dia tidak ada 'perut', 'isi perut' punya, dia tidak
adahati. Dia tidak ada
Seorang Ahli: Hati perut.
Puan Chong Eng: Hati perut. Dia act insult, act so to insult
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, itu tidak
berkaitan dengan jawapan.
Puan Chong Eng: Ada kaitan sikitlah. [Dewan gamat seketika]
Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]
Puan Chong Eng: Yang saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, memang
saya nampak bahawa Yang Berhormat Menteri telah berusaha untuk menggunakan
kebudayaan yang majmuk di dalam negara ini untuk menjadi tarikan pelancongan tetapi
saya rasa mutu kebudayaan itu yang, yang dipersembahkan itu perlu ditingkatkan.
Saya pada suatu ketika di rumah terbuka yang saya hadiri, yang saya tanya kawan dari
Sabah atau Sarawak, yang dia seorang Kadazan, ini yang Kadazankah atau Dusun
yang dalam performance itu? Dia kata, "Ini sudah susah hendak bezakan kerana
mereka semua macam campur-campurlah". [Ketawa] Sudah tidak ada asli punya.
Yang saya rasa kebudayaan telah terlalu dikomersialkan, hanya untuk tourist sahaja.
Saya rasa kita perlulah membangunkan atau memajukan kebudayaan asli supaya untuk
meningkatkan mutunya, bukan semata-matanya persembahan untuk tourist sahaja.
Jadi, apakah rancangan kerana di bawah kementerian Yang Berhormat pun,
kebudayaan ada di sana.
Bagaimana kita hendak memajukan kebudayaan kerana saya rasa yang datang
mempersembahkan itu dari Kedah sampai ke Sabah, Sarawak, semua kumpulan yang
* sama dan mereka akan buat persembahan yang sama. Saya rasa ada lagu, ada tarian
Siam, tarian bermacanvmacam tetapi saya rasa tidak ada nyanyian lagu Cina, yang
kepada saya, saya rasa apakah ini yang dikatakan Malaysia Truly Asia tetapi tidak ada
Mandarin songs tidak ada. Tarian itu pun, group yang sama, yang mempersembahkan
tarian Indian, tarian Cina, tarian apa pun, berbagai Itu hanya tidak ada. Kalau kita
suruh mereka yang pakar dalam kebudayaan ini, ini adalah this is tourism culture. Jadi
tolonglah
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya.
Puan Chong Eng: .supaya memajukan kebudayaan Malaysia asli. Terima kasih.
DR.25.3.2003 100
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Saya minta lain kali Yang
Bertiormat bangun berucaplah semasa perbahasan. Jadi, saya boleh jawab tetapi, saya
tengok tidak ada pun. Tidak ada pun.
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Menyampuk]
Puan Chong Eng: [Menyampuk]
Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Jadi, saya terpaksa jawab
benda-benda yang dibangkitkan waktu itu.
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Menyampuk]
Puan Chong Eng: [Menyampuk]
Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk]
Tuan Kerk Kim Hock: Tolong jawablah.
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Ahli Yang Berhormat,
saya cuma sikit sahaja. Kalau kata nyanyian Mandarin tidak ada, Itu tidak betullah.
Setiap persembahan itu, kita pastikan it is a must Waktu ada tarian Mandarin, Yang
Berhormat pergi bilik air atau apakah [Ketawa] [Dewan gamat seketika] Because it is a
must. Itu dipastikan. Sebab kita tahu setiap persembahan ini bukan sahaja untuk
100,000 orang, 200,000 yang ada di sana. Dengan berkat kerjasama RTM, kita
tayangkan ke seluruh negara. Ini bermakna tiga, empat juta orang mungkin melihat
persembahan ini. Di samping itu pula, macam di Sabah, Sarawak memang kita
menghadapi masalah. Sebabnya, di sana banyak suku kaum. Pelbagai suku kaum
dan sebagainya. Jadi kadang-kadang kita gabungkan pakaian. Ini cuma member!
gambaran Sabah.
Jadi dalam itu ada orang Sulu, ada orang Bajau, ada orang Kadazan, ada orang
Rungus, ada orang Murut dalam satu tarian. Kalau kita hendak tunjuk tarian secara
asing-asing, setengah hari pun tidak habis. Itulah masalah tetapi ada juga
persembahan-persembahan yang lain kepada orang kita sendiri. Waktu itu, kita
memanglah akan ada persembahan tarian Murut, tarian Rungus yang berbeza-beza.
Kita kena ingat juga bahawa salah satu sebab yang kita mengadakan persembahan itu
adalah untuk recording oleh televisyen-televisyen dari seluruh dunia.
Misalnya macam Perarakan Citrawarna tahun sudah, kita ada 77 stesen
televisyen dari seluruh dunia. Boleh bayangkan nilai publisitinya. Jadi Yang Berhormat,
DR.25.3.2003 101
memanglah tidak akan perfection, tidak akan ada suatu situasi yang ideal kalau kita
hendak mempersembahkan what is Malaysia dalam masa sejam. Jadi, sabar-sabariah
sikit, okey. Saya
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bangun]
Tuan Hajl Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]
Datuk Haji Mohd. All bin Hajl Hassan: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ramailah Yang Berhormat.
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Banyak lagi rakan kita
yang saya hendak jawab ini. Okey.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang mana satu Yang
Berhormat?
Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Yang Berhormat Menteri
dan Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan dua persoalan sahaja. Yang
pertamanya ialah berhubung dengan semacam ada sikap double-standard kepada
Terengganu. Saya difahamkan dahulu, peringkat awai, Yang Berhormat Datuk memang
mempunyai program untuk membina bersama pelancongan jawatankuasa negeri
dengan peringkat Pusat. Kemudian, nampaknya jawatankuasa tersebut sekarang ini, di
peringkat negeri sudah tidak berfungsi ataupun telah diabaikan. Saya ingin dapat
penjelasan, kenapa itu berlaku.
Yang kedua, adakah ini menjadi seperti dasar apabila Perdana Menteri kalah di
Terengganu, dia jadi macam Menteri Pembangunan Usahawan dia, hendak tutup
semua pantai Terengganukah, MRSM Terengganu. Adakah dasar itu akan dilakukan di
Terengganu juga? [Dewan gamat seketika]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: [Ketawa] Tuan Yang di-
Pertua, saya selepas ini saya tidak hendak bagi chance. Dia orang semua dok pi corner
kot lain.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim SI Cheng]: Saya memang setujulah.
Untuk
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Selepas ini, saya akan
jawab terus-menerus.
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bangun]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: No, no please.
DR.25.3.2003 102
Beberapa Ahli Pembangkang: [Membuat bising]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: No, no, sudah, sudah.
Saya hendak jawab, jawab sikit Ahli Yang Berhormat itu. Yang sebenamya, untuk
Terengganu, Kelantan pun, semuanya jalan macam biasa. Projek-projek pelancongan
berjuta-juta ringgit, projek pembangunan kita jalankan terus. Semua ada. Mesyuarat
pegawai-pegawai dari Kelantan, Terengganu pun nadir mesyuarat. Tidak ada masalah.
Cuma sikit sahaja perbezaan. Biia orang perempuan hendak menyanyi, mereka tidak
bagi. Orang perempuan hendak mengambil bahagian, dia tidak bagi. Selepas itu, orang
perempuan hendak jadi MC pun tidak boleh...
Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] [[Dewan gamat seketika]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tidak, ini jawapan kepada
dia.
Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Orang perempuan hendak
jadi master of ceremony pun tidak boleh. Jadi baru-baru ini kita jemput Terengganu
untuk hadir satu mesyuarat, pasal kita hendak buat pesta air di Terengganu. Mesyuarat
tidak datang [Ketawa] tidak datang mesyuarat, pasal takut bawa masuk penyanyi
perempuan, atau takut bawa masuk .... orang perempuan, tidak bolehlah. Tidak boleh
menyanyi, tidak boleh jadi master of ceremony. Teruklah macam itu! [Ketawa] Okey,
okey, sudahlah Yang Berhormat Tampin pula telah mencadangkan supaya ciri-ciri Islam
demokratik, kita akan terus cuba hendak bekerjasama dengan Kelantan dan
Terengganu tapi kena ikut kamilah sama sediklt sebanyak, jangan kita ikut Terengganu
dan Kelantan sepanjang masa.
Tuan Saupi bin Daud: [Bangun]
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Member dari Tanah
Merah duduklah, cukup [Ketawa] Okey, Yang Berhormat Tampin pula telah
mencadangkan pula supaya ciri-ciri Islam demokratik yang diamalkan di Malaysia di
ketengahkan dan dijadikan bahan promosi untuk memperkenalkan Malaysia di serata
pelosok dunia bagi menarik kedatangan pelancong selain dari menggunakan keindahan
destinasi.
Untuk makluman Yang Berhormat sememangnya, kita menggunakan pelbagai
kaedah untuk memperkenalkan Malaysia dalam mempromosikan pelancongan
DR.25.3.2003 103
tenmasuklah dengan memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, dengan
penduduk pelbagai kaum yang hidup dalam aman damai serta dalam keadaan yang
ceria sepanjang masa.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Sibu telah meminta supaya industri
pelancongan di kawasan tengah dan pedalaman Sarawak yang berpotensi untuk
ecotourism dibangunkan serta diperbanyakkan lagi pemandu dan bas pelancong di
Sibu. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah dan sedang dalam proses
untuk mempertingkatkan lagi produk pelancongan di Sibu. Terutamanya di kawasan
yang dilihat amat berpotensi sebagai kawasan ecotourism yang menakjubkan. Di
antara projek yang sedang dilaksanakan oleh kementerian ini ialah projek penyediaan
dan peningkatan kemudahan di Bukit Lima, Sibu yang mana ia adalah di bawah
Rancangan Malaysia Kelapan. Projek ini telah pun siap sepenuhnya dan komponen
yang terdapat dalam projek ini ialah menyediakan board walk dan juga pejabat serta
pusat penerangan.
Sehubungan itu kementerian telah mempromosikan Sibu sebagai destinasi
pelancongan yang kaya dengan kebudayaan terutamanya budaya dan cara hidup kaum
Iban. Ini adalah kerana di Sibu jumlah kaum Iban adalah yang terbesar di sekitar Sibu.
Kawasan yang telah pun dibangunkan sebagai destinasi ecotourism adalah di Plagus
Resort yang mana pakej yang ditawarkan adalah menyusuri Sungai Rajang melewati
rumah panjang kaum Iban, jungle tracking dan juga aktiviti memancing. Selain dari itu
Sibu juga telah dilihat sebagai satu destinasi pelancongan yang boleh dibangunkan
kerana ia adalah suatu kawasan transit bagi pelancong untuk singgah ke Mukah, Kapit
dan Melanau.
Mengenai cadangan Yang Berhormat Sibu supaya kekurangan bas persiaran
dan pemandu pelancong diperbaiki, kementerian dari semasa ke semasa
sememangnya telah mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan kualiti kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan termasuklah
perkhidmatan bas persiaran dan kereta sewa pandu kepada pelancong-pelancong.
Bagi mengatasi kekurangan pemandu pelancong, kementerian baru-baru ini
telah pun mengiklankan permohonan pemandu pelancong sementara dalam pelbagai
bahasa asing termasuklah di Sabah dan Sarawak. Kementerian juga menggalakkan
DR.25.3.2003 104
calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti kursus-kursus pemandu pelancong dan *
institut latihan pelancongan yang berlesen sebelum dilesenkan.
Yang Berhormat bagi Temerloh telah mengusulkan supaya kerajaan
mempelbagaikan lagi sumber pelancongan supaya isu tuntutan bertindih Pulau Batu
Putih, perjanjian air dan penambakan pantai tidak akan menjejaskan kegiatan ekonomi
pelancongan Malaysia dengan Singapura. Untuk makluman Yang Berhormat
kementerian akan memastikan isu perselisihan pendapat di antara Malaysia dengan
Singapura tidak akan menjejaskan perhubungan dari segi pelancongan di antara negara
ini dengan Singapura. Untuk mencapai matlamat agar terjalinnya persefahaman dari
segi pelancongan antara Malaysia dan Singapura, kementerian saya telah mengadakan
beberapa siri perbincangan dengan pihak yang terbabit di Singapura yang mana
diharapkan dapat mengekalkan ikatan pelancongan di antara kedua-dua buah negara.
Bukan sahaja kita menggalakkan pelancong dari Singapura melawat Malaysia, tetapi
kita juga menggalakkan pelancong dari Malaysia melawat Singapura. Misalnya minggu
depan saya sendiri akan merasmikan pejabat Tourism Singapura iaitu pejabat yang
diadakan di Kuala Lumpur semata-mata untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk
melawat Singapura dan ini saya akan rasmikan.
Tuan Saupi bin Daud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan ten ma kasih
Yang Berhormat Menteri, berhubung dengan kegiatan meningkatkan pelancongan di
peringkat negeri. Saya ingin mendapat penjelasan sedikit mengenai dengan majlis
tindakan pelancongan yang baru sahaja ditubuhkan di negeri Kelantan, saya hairan
saya tidak nampak setakat ini program-program yang dibuat menarik pelancong-
pelancong secara rasmi, tetapi saya terkejut umpamanya pada Hari Raya Korban baru-
baru ini dibanyakkan poster-poster sepanduk bersama dengan majlis tindakan rakyat »
yang dipengerusikan oleh Dato' Ibrahim Ali programnya ialah menyembelih unta untuk
Hari Raya untuk rakyat di jambatan Pasir Mas, Tendoh. Jadi adakah ini salah satu *
program yang dirancang oleh pihak kementerian iaitu program sembelih unta untuk
jemput orang tempatan hadir termasuk dalam program yang dirancang di bawah unit
atau majlis tindakan pelancongan negeri Kelantan? Saya minta penjelasan sedikit.
Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Majlis-majlis tindakan
pelancongan di negeri-negeri baru ditubuhkan, setengah tempat belum lagi melantik
pegawai-pegawai pun baru sangat. Jadi ada kadang-kadang masih meraba-raba lagi
DR.25.3.2003 105
< tentang tugas dan tanggungjawab mereka ini. Tapi kadang-kadang kita beri juga ruang
kepada majlis-majlis tersebut kerana majlis itu dianggotai oleh industri bukan wakil dart
parti politik tapi dari industri maknanya persatuan hotel-hotel, persatuan pemandu
pelancong, persatuan travel agents dan sebagainya. Kebanyakan di Kelantan itu tidak
ada kena-mengena dengan politik, mereka merupakan anggota majlis. Saya tidak
tahulah mungkin di Kelantan oleh sebab 90% lebih adalah orang Islam, maka acara-
acara yang berkaitan dengan Hari Raya Korban ini mungkinlah diperbesar-besarkan dari
tempat-tempat yang lain. Saya pun tidak tahu mengenai itu jadi saya ingat tidak ada
salahnya.
Yang Berhormat dari Tebrau telah meminta supaya dipilih tarikh yang sesuai
untuk membuat perancangan mega sales supaya tidak dilancar pada bulan Ramadan.
Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan sedang giat berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi beli-
belah antarabangsa yang unggul ataupun leading international shopping destination,
dengan izin Karnival Jualan Mega Malaysia dianjurkan sebanyak 3 kali setahun iaitu
dalam bulan Mac, Ogos dan Disember. Kebetulan majlis pelancaran mega sales pada
Disember 2000 jatuh pada bulan Ramadan dan ini tidak dapat dielakkan tetapi
kementerian juga telah mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam di mana majlis
hanya diadakan pada 10 malam selepas waktu Isyak dan sembahyang tarawih.
Persembahan tarian semasa majlis tersebut juga telah mengambil kira sensitiviti
masyarakat tempatan di mana atas nasihat Kerajaan Negeri Johor dan sebagainya tidak
ada penari-penari atau persembahan dari orang yang beragama Islam.
Yang Berhormat dari Kota Bharu telah mempersoalkan perbelanjaan untuk
* melaksanakan program rumah terbuka bagi perayaan utama Malaysia. Beliau juga
mempersoalkan kenapa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2002 mesti dibuat di Jitra
* sedangkan banyak lagi tempat yang boleh dibuat untuk majlis rumah terbuka Malaysia.
Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan telah menetapkan supaya lokasi majlis
rumah terbuka digilirkan di antara negeri-negeri setiap tahun. Contohnya untuk majlis
rumah terbuka Aidilfitri ianya telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2000, Johor
Bahru pada 2001, Jitra Kedah pada 2002. Sebenarnya mula-mula kita hendak adakan
di Alor Setar bukan di Jitra, tetapi oleh sebab tidak ada padang yang sesuai, yang besar
maka cari punya cari akhirnya kita dapat pilih Taman Tema itu di Jitra yang boleh
DR.25.3.2003 106
muatkan lebih pada 200,000. Pada tahun 2003 ianya akan diadakan di Sarawak, kita
berharap apabila diadakan di Sarawak kita akan jemput juga pemimpin-pemimpin dari
Indonesia untuk bersama-sama merayakan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak.
Mengenai perbelanjaan untuk menganjurkan Program Rumah Terbuka, perkara
ini telah pun dijelas dengan panjang lebar oleh saya semasa menjawab pertanyaan
Hsan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam pada 20 Mac 2003 iaitu pertanyaan
nombor 4.
Yang Berhormat bagi Kuala Selangor telah meminta supaya dipertingkatkan
promosi lokasi-lokasi yang sedia di Kuala Selangor dan Bukit Melawati untuk menarik
lebih ramai pelancong. Untuk makluman Yang Berhormat menerusi agensinya iaitu
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia kita akan meneruskan agenda
pelancongan khususnya untuk mempertingkatkan promosi lokasi-lokasi pelancongan
yang sedia ada dan baru di seluruh Malaysia termasuk Kuala Selangor dan bukit
Melawati. Untuk menarik lebih ramai lagi pelancong, bagi mempromosi Kuala Selangor
dan Bukit Melawati sebagai salah satu destinasi pelancongan utama, Lembaga
Penggalakan Pelancongan Malaysia, tourism Malaysia telah menggalakkan agensi-
agensi pelancongan tempatan rrtembangunkan pakej-pakej pelancongan untuk
dipasarkan kepada pelancong asing serta rakyat tempatan, khususnya bagi sasaran
pasaran keluarga, pelajar dan rakan sebaya. Di samping itu Tourism Malaysia turut
mempromosikan Taman Alam Kuala Selangor sebagai salah satu destinasi
pelancongan berunsurkan eko-pelancongan. Manakala Bukit Melawati sebagai
destinasi pelancongan berunsurkan sejarah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil perhatian di atas segala pandangan dan
nasihat yang telah pun diberi dan kita akan melaksanakan sebanyak mungkin. Sekian,
terima kasih.
Timbalan Yang dl-Pertua [DatukLIm SI Cheng]: Sebelum saya minta Menteri
Luar Negeri, sekarang ini ada Usui Yang Berhormat.
DR.25.3.2003 107
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DI BE B AS KAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT
3.25 ptg.
Menteri Pembangunan Luar Bandar [Dato* Haji Azmi bin Khalid]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
"Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) maka inilah saya
mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan
sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan
ke esok hari."
Menteri Beiia dan Sukan [Dato' Hishammuddin bin Tun Hussein]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Ahli-ahli Yang
Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah Usui seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
Usui dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.
Usui disetujukan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat
Menteri Luar Negeri sila.
5.27 ptg.
Menteri Luar Negeri [Datuk Serl Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil
bahagian dalam perbahasan Usui Menjunjung Kasih Ke atas Titah Di-Raja pada 11
sehingga 19 Mac 2003 yang menyentuh bidang tugas Kementerian Luar Negeri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang telah
dibawa semasa perbahasan iaitu berkenaan Persidangan Ketua-ketua Negara
Berkecuali Ke-13, hubungan Malaysia-Singapura, Pulau Batu Putih, Dasar unilateral
Amerika Syarikat ke atas Iraq, Suhakam dan isu dakwaan layanan buruk ke atas
profesional IT India.
DR.25.3.2003 108
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan persidangan NAM yang ke-13. Yang
Berhormat dari Shah Alam ingin mengetahui apakah benchmark yang digunakan bagi
menentukan kejayaan ataupun kegagalan persidangan tersebut. Ingin saya
memberitahu Yang Berhormat bahawa 116 buah negara anggota NAM telah dijemput
untuk menghadiri termasuk ahli baru iaitu Timor Lorase dan St. Vincent and Granady.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 105 buah negara telah menghadiri persidangan
NAM yang ke-13. Dari jumlah 105 buah negara, 49 buah negara diwakili oieh ketua-
ketua negara atau kerajaan. 9 buah negara diketuai oleh timbalan nalb ketua, timbalan
atau naib ketua negara atau kerajaan, 5 buah negara diketuai oleh utusan khas atau
wakil kepada ketua negara atau kerajaan, 26 buah negara diketuai oleh menteri, 3 buah
negara diketuai oleh timbalan atau naib menteri atau menteri negara manakala 13 buah
negara diketuai oleh pegawai kanan.
Di samping itu, 9 buah negara pemerhati, 7 buah pertubuhan, 28 buah negara
tetamu serta 24 buah pertubuhan tetamu menghadiri persidangan NAM yang ke-13.
Oleh itu sidang kemuncak ke-13 NAM boleh kita anggap sebagai persidangan
antarabangsa yang kedua terbesar selepas perhimpunan agung PBB berdasarkan
kepada jumlah kehadiran iaitu 142 buah negara termasuk negara ahli pemerhati dan
tetamu dan 33 buah pertubuhan menggunakan kriteria kehadiran tahap perwakilan,
rumusan yang dipersetujui oleh NAM ke-13 berjaya mencapai matlamat yang telah kita
tetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi substantif, Sidang Kemuncak ke 13 telah berjaya
menerimasahkan empat dokumen penting iaitu dokumen terakhir ataupun dokumen
muktamad - dengan izin - final document Deklarasi Kuala Lumpur berkenaan
penyuburan semula NAM, kenyataan mengenai Palestin dan kenyataan mengenai Iraq.
Dokumen-dokumen tersebut mengandungi pendirian dan maklum balas NAM terhadap
isu-isu kritikal semasa yang menyentuh kepentingan ahli-ahli NAM dan negara-negara
membangun.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyambut baik saranan yang dibuat oleh Yang
Berhormat bagi Tumpat yang mengatakan bahawa di dalam persidangan kita perlu
melobi negara-negara apabila kita hendak mencari atau mendapat sokongan daripada
mereka. Ini telah pun diambil tindakan di dalam beberapa usaha kita termasuk di dalam
DR.25.3.2003 109
Persidangan NAM. Semasa kita mengadakan persidangan beberapa orang menteri
telah pergi ke beberapa buah negara untuk menjemput mereka datang ke Malaysia.
* Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Parit Sulong bertanya adakah
Malaysia sentiasa memantau perkembangan yang berlaku di arena antarabangsa
melalui penglibatan Malaysia sebagai anggota negara PBB serta pertubuhan serantau
lain yang melibatkan kuasa besar. Malaysia berpendirian bahawa sebarang usaha yang
menjejaskan kepentingan masyarakat antarabangsa tanpa melalui proses rundingan
pelbagai hala - dengan izin - multi literalism adalah tidak sah dan bertentangan dengan
undang-undang antarabangsa. Malaysia memberikan pendirian negara secara terbuka
apabila mendapati kepentingan antarabangsa negara-negara membangun dan umat
Islam di seluruh dunia tergugat oleh tindakan bersifat satu pihak - dengan izin - unilateral
oleh kuasa besar tanpa menghiraukan pandangan majoriti masyarakat antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat
bagi Kepong dan Yang Berhormat bagi Marang ingin saya nyatakan bahawa
penganjuran Sidang Kemuncak ke 13 NAM melibatkan penyertaan dan sumbangan
tenaga pegawai dan kakitangan dari berbagai-bagai agensi kerajaan seperti
Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan,
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongant Jabatan Perdana Menteri, Polis
Diraja Malaysia dan angkatan tentera yang jumlah terlibat adalah seramai hampir
10,500 orang.
Berkenaan dengan anggaran perbelanjaan yang diminta ini telah pun dijawab
oleh Timbalan Menteri Kewangan semasa Soal Jawab Lisan. Seiain daripada itu
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan pameran
a barangan buatan Malaysia dan pihak ASLI serta MASA mengadakan forum perniagaan
NAM sempena Persidangan NAM ke 13. Di peringkat isteri ketua-ketua kerajaan
«• mereka juga telah mengadakan satu sidang di kaiangan isteri membincangkan isu
wanita dan isu semasa yang melanda dunia.
Berkenaan penggunaan kenderaan-kenderaan di dalam Persidangan NAM ingin
saya jelaskan perkara ini telah pun dijawab oleh Timbalan Menteri Kewangan semasa
Soal Jawab Lisan tetapi ingin saya memberitahu Dewan ini bahawa kereta yang
terbanyak digunakan ialah kereta Proton sebanyak 807 buah kereta.
DR.25.3.2003 110
Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman kepada Yang Berhonnat bagi Marang
dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Sidang Kemuncak NAM telah menggariskan
pendirian jelas dan tegas NAM mengenai isu Palestin dan Iraq dalam dua dokumennya
sebagaimana yang saya katakan sebentartadi.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya suka beralih kepada perkara-perkara yang
melibatkan hubungan Malaysia dan Singapura yang telah dibangkitkan. Yang
Berhormat bagi Shah Alam menanyakan dasar terhadap falsafah "prosper thy
neighbour" - dengan izin - adakah dasar ini akan diteruskan dalam menangani
hubungan dua hala dengan Singapura. Yang Berhormat bagi Temerloh mohon dikaji
hubungan dengan Singapura agar ianya tidak dianggap musuh tetap negara malah kita
perlu mencari jalan memastikan lebih ahli perniagaan Singapura melabur di Malaysia.
Saya ingin memberitahu Yang Berhormat bahawa Malaysia tidak pernah
menanggap Singapura sebagai musuh bahkan ia adalah negara jiran yang terdekat
dengan Malaysia. Yang Berhormat bagi Marang pula mahukan kita menerangkan
berkenaan penarikan keluar TLDM dari Woodlands dan perkara-perkara lain yang
berbangkit. Yang Berhormat bagi Kinabatangan meminta kerajaan bertegas terhadap
hubungan dua hala dengan Singapura dan saya akan member! jawapannya secara
keseluruhan.
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia dan Singapura
adalah negara berjiran. Justeru itu, Malaysia sentiasa menangani isu-isu dua hala ini
dalam konteks dan aspek kejiranan. Ini bermakna kita sentiasa menekankan hubungan
berbaik-baik untuk mencapai persefahaman. Namun demikian sebagai kata pepatah
kita, tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Mesti ada kemahuan kedua-dua pihak
untuk berbuat demikian. Kita menerima hakikat pendirian kita di dalam isu rantau
ataupun antarabangsa tidak akan sama di dalam semua perkara, tetapi ini tidak
seharusnya menghalang kita untuk menjalin hubungan dua hala yang seimbang. Begitu
juga dalam konteks sejarah, ekonomi, politik, budaya dan agama kita mempunyai
persamaan yang wujud sating pergantungan di antara satu sama lain. Di masa yang
sama kita adalah dua buah negara yang merdeka serta berdaulat. Memang menjadi
hasrat Malaysia untuk melihat prinsip memperkayakan jiran kita dan sama-sama
menang yang sebenar. Perkara ini mesti dikehendaki bukan oleh Malaysia sahaja tetapi
oleh Singapura juga.
DR.25.3.2003
Saya suka menekankan yang maruah dan hak kita tidak boleh diperkecilkan
ataupun diperlekehkan oleh mana-mana negara. Walaupun di dalam banyak perkara
nampak ada kecenderungan oleh media dan pemimpin-pemimpin Singapura
memberikan gambaran yang negatif yang kadangkala mengelirukan, sinister terhadap
isu-isu penting dalam membangunkan perhubungan dua hala yang kondusif untuk
kepentingan kita bersama, Malaysia senantiasa cuba berunding dan berdialog untuk
merumuskan masalah tetapi di sebaliknya tindakan Singapura sering menyusahkanya.
Selalunya bila ada perbezaan mereka cepat menyalahkan Malaysia dan merendahkan
usaha Malaysia sehingga rakyat kita sendiri menganggap Malaysia sentiasa mengalah
dan behembut dengan Singapura.
Tidak boleh dinafikan kerjasama Malaysia dan Singapura dalam bidang ekonomi
adalah erat. Jumlah perdagangan di antara Malaysia dan Singapura pada tahun 2002
misalnya adalah sebanyak RM97 bilion. Ini bermakna hubungan perdagangan adalah
penting kepada kedua-dua negara. Pelaburan juga begitu. Syarikat-syarikat Singapura
melabur sebanyak RM2.2 bilion di Malaysia. Malaysia pula menjadi salah sebuah
negara pelabur terbesar di Singapura dengan jumlah RM2.1 bilion pada tahun 2001.
Dari segi pelancongan ianya telah pun dijawab oleh Menteri Pelancongan.
Tuan Yang di-Pertua, banyak faedah dapat diperolehi hasil jalinan hubungan
baik yang bersandarkan situasi sosio-politik yang aman dan tenteram di antara kedua
negara.
Puan Hajah Mastlka Junaidah blntf Husln: [Bangun]
Datuk Haji Mohd. AM bin Haji Hassan: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada dua yang bangun Yang Berhormat.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Boleh saya habiskan dulu ayat
ini?
Adalah menjadi dasar Kerajaan Malaysia untuk sentiasa berusaha
menyelesaikan isu-isu dua hala yang wujud dengan Singapura secara aman. Kerajaan
percaya bahawa kepentingan kedua negara dapat dipelihara dengan lebih baik
sekiranya kita dapat mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang,
mengurangkan sebarang ketegangan dan perselisihan faham yang timbul serta
mewujudkan suasana polittk dan sosial yang akan mendorong ke arah peningkatan
I l l
DR.25.3.2003 112
kerjasama bagi kepentingan bersama. Terpulanglah kepada Singapura untuk
menghayati perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Tebrau dulu Yang Berhormat ya, Tebrau dulu ya.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak sentuh sedikit berhubung dengan dua hala dengan Singapura ini. Kita tadi
sebagaimana Yang Berhormat Menteri pun telah rnenjelaskan banyak perkara yang
dibuat oleh Singapura ini banyak menyakiti kita dan juga rakyat negara kita. Baru
semalam Yang Berhormat Perdana Menteri pun sudah menyentuh, nampaknya
Singapura ini menyokong tindakan Amerika, padahal mesyuarat Menteri Luar di Sabah
baru-baru ini boleh kata negara ASEAN membantah tindakan Amerika termasuk
Bangsa-Bangsa Bersatu sendiri kuasa besar menentang tetapi Singapura negeri yang
kecil membuat satu keputusan untuk membantu rakyat Amerika atau askar Amerika di
Iraq.
Saya hendak minta penjelasan sedikit. Kita kena jugalah ambil perhatian yang
serius dalam hubungan kita ini, kita buat sesuatulah Yang Berhormat kepada Singapura.
Ini terpulang kepada kerajaan supaya perbuatan dia itu kadang-kadang kita buat usul ini
hari, hari yang sama juga dia buat keputusan menyokong tentera Amerika, dia hendak
hantar bantuan. Kita dengan dia rapat, jiran. Kalau sesuatu hal berlaku di negara dia,
kita juga dia minta tolong. Tetapi nampak kebelakangan ini dia sudah lain macam. Jadi,
boleh atau tidak satu tindakan yang agak boleh memberikan ajaran kepada Singapura
ini? Kita buat sedikit, Yang Berhormat, oleh kerajaan. Itu sahaja pandangan saya.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, kedua-
dua negara adalah negara berdaulat. Di dalam konteks Bangsa-Bangsa Bersatu dan
hubungan rantau dan dua hala tidak kira berapa besar dan kecil ia mempunyai
kedudukan yang sama untuk menentukan hala tuju dasar-dasarnya. Di dalam ASEAN
pula kita mempunyai cara untuk menentukan sesuatu keputusan berasaskan consensus
iaitu keputusan yang kesemua ahli-ahlinya bersetuju. Di dalam mesyuarat retreat
Menteri-menteri Luar ASEAN, 8 negara ASEAN bersetuju kekerasan tidak digunakan
sebagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah Iraq dan juga pendekatan unilateral
ataupun bersendirian tidak digunakan untuk menyelesaikan krisis di Iraq tetapi dua
negara yang tidak bersetuju iaitu Filipina dan Singapura.
DR.25.3.2003 113
Ini adalah hak mereka yang tidak boleh kita pertikaikan. Itu hak mereka tetapi
saya tidak tahu macam mana, Yang Berhormat, untuk kita mengajar. Untuk mengajar
ialah dengan kita menunjukkan contoh-contoh yang baik dan saya fikir Malaysia banyak
menunjukkan contoh yang baik. Sebab itu pelancong Singapura ramai datang ke sini.
Yang kita tidak bersetuju ialah tindakan kerajaan dia.
Jadi, kita mesti bezakan di antara kedua-duanya. Ada tindakan dan cara-cara
mereka mahu mengambil tindakan itu menyinggung perasaan kita. Tetapi kita
mempunyai hubungan yang baik dan rapat dalam bidang sosial, bidang budaya dan kita
hendak perkara ini dapat kita teruskan.
Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Arau.
Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan. terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya juga tertarik dengan isu
Singapore dan Malaysia ini.
Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Kita tidak ada
masalah dengan rakyat di Singapura kerana kita adalah berasal daripada satu rumpun
yang sama tetapi kedudukan kerajaan di negara Singapura, tindakan-tindakan mereka,
kita lihat mereka sentiasa sahaja menimbulkan isu-isu dan juga menimbulkan
ketegangan, malahan dalam setengah-setengah keadaan, kita melihat seolah-olah
mereka tidak menghormati negara kita.
Dalam keadaan Amerika sekarang menyerang Iraq dan Singapore bermasalah
dengan Malaysia terutama isu air di Johor, kita bimbang kalau-kalau satu hari,
Singapore juga akan menjadi sebagaimana Israel dengan Palestin, dengan Malaysia.
Jadi, bagaimana dasar luar kerajaan kita dalam menghadapi keadaan ini, Yang
Berhormat Dato' Menteri. Terima kasih.
Dato' Serl Syed Hamld bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, tadi saya
sudah sebutkan bahawa dasar luar kita adalah untuk kita berunding, bercakap, mencari
jalan penyelesaian dan ini adalah jalan pendekatan yang paling baik di dalam kita
menguruskan perhubungan kita, sama ada di peringkat dua hala, pelbagai hala ataupun
peringkat serantau dan antarabangsa. Ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada
Malaysia dan orang menyanjung tinggi di atas sikap Malaysia dapat menentukan segala
DR.25.3.2003 114
rumusan tidak dibuat dengan cara kasar atau cara yang tidak beradab ataupun sopan,
Ini akan terus menjadi pendekatan kita.
Saya tahu bahawa di dalam bidang-bidang tertentu, kadang kala persaingan
wujud di antara Singapura dan Malaysia. Dalam hal ini, kerajaan berpendapal bahawa
persaingan yang sihat boleh memberi sumbangan yang positif kepada kedua-dua buah
negara. Apa yang penting ialah menentukan bahawa sebarang persaingan tidak akan
membawa perasaan iri hati atau cemburu di antara kedua-dua negara. Dalam hal iniT
aspek-aspek kerjasama, saling bergantung antara satu sama lain, jaminan keselamatan
serta kemakmuran bersama semakin menjadi penting dalam hubungan dua hala
serantau dan antarabangsa. Oleh itu, kita tidak pernah...
Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kota Melaka bangun.
Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Saya hendak habiskan ayat ini
dulu. Oleh itu, kita tidak pernah mahu membangkttkan ketegangan dengan mana-mana
negara termasuk Singapura. Tanggungjawab untuk memanfaatkan kerjasama dua hala
itu bukan terserah kepada Malaysia tetapi juga kepada seluruh dunia.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kota Melaka.
Tuan Kerk Kim Hock: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sokong dan
memberi kepujian kepada kerajaan oleh kerana telah mengambil satu approach yang
lembut. Oleh kerana saya anggap lembut ini tidak bermakna kita lemah tetapi saya
khuatir bahawa ramai tidak faham apakah sebenarnya masalah di antara Malaysia dan
Singapura.
Pada saya, saya nampak ini sebagai satu konflik kebudayaan. Saya nampak
bahawa Kerajaan Singapura mengamalkan satu cara yang begitu banyak dipengaruhi
oleh dunia Barat dan kebudayaan mereka adalah kebudayaan Barat tetapi di Malaysia,
saya anggap bahawa kita banyak dipengaruhi oleh "Malayness". Cara kita adalah
lemah-lembut dan ini kemungkinan satu konflik yang saya rasa Kerajaan Singapura
tidak boleh faham.
Jadi, saya harap walaupun perkara ini mereka tidak boleh faham, kita akan
menggunakan approach yang rasional yang telah diambil oleh kerajaan. Kadang-
kadang yang saya khuatir, Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan oleh pihak sana
yang kadang-kadang merumitkan perkara seperti Ahli-ahli Parlimen Singapura yang
DR.25.3.2003 115
merumitkan perkara dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak harus dikeluarkan.
Tetapi saya beri kepujian.
Dato' Serf Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Terima kasih Yang Berhormat
bagi Kota Melaka. Saya fikir yang paling penting ialah dalam apa juga tindakan yang
kita lakukan, kita mesti bersifat munasabah dan wajar untuk mencapai persefahaman
yang boleh mendatangkan manfaat. Ini terbukti bila kita tengok ada permasalahan, kita
cuba mencari jalan penyelesaian. Misalnya di dalam masalah bekalan air ke Singapura,
Points of Agreement, tanah KTM di Singapura, penempatan pegawai dan kakitangan
KIK, penggunaan ruang udara Malaysia dan tentera udara Singapura, pengeluaran
caruman Central Provident Fund oleh pekerjadari Semenanjung Malaysia.
Semuanya kita membuat pendekatan bukan untuk bertembung dan berkonflik
tetapi membuat pendekatan yang kita anggap boleh mendatangkan 'menang-menang'
tetapi kadang kala masalahnya ialah maksud 'menang-menang' ini mesti difahami dalam
konteks yang sama. Selalunya Singapura makna menang, dia hendak melihat menang
kepada dia. Jadi, pada kita ialah kita hendak mendapat manfaat, Singapura hendak
mendapat manfaat kerana banyak kebaikan yang akan terhasH daripada tindakan yang
sedemikian.
Oleh kerana sikap yang sedemikian, maka Perdana Menteri kita dengan
Perdana Menteri Singapura pada 17 November 1998 telah bersetuju untuk perkara-
perkara yang mereka bersetuju sebagai rangka di dalam surat-surat mereka untuk
diperbincangkan di peringkat menteri-menteri. Hasil daripada persetujuan tersebut,
Malaysia-Singapura telah mengadakan tiga mesyuarat di peringkat pegawai kanan dan
menteri pada tahun 1999. Mesyuarat tersebut gagal mencapai sebarang penyelesaian.
Bagi meneruskan usaha tersebut, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk
memperincikan dengan lebih jelas perkara-perkara untuk dirundingi. Ini terkandung di
dalam surat-surat bertarikh 4 Mac 2002 daripada Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri kepada Menteri Kanan Singapura dan surat bertarikh 11 April 2002 daripada
Perdana Menteri Singapura kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Oleh itu,
dua mesyuarat diadakan di peringkat menteri dan satu peringkat di peringkat pegawai
kanan pada tahun 2002.
Isu-isu yang hendak kita putuskan ialah berkenaan dengan harga air, CPF, CIQ,
tanah KTM di bawah POA, ruang udara dan laluan tentera udara Singapura. Ini semua
DR.25.3.2003 116
diadakan dengan tujuan untuk menunjukkan semangat kejiranan kita dan hak-hak kita
yang perlu dipertahankan. Kesemua mesyuarat tersebut berakhir dengan kegagalan
kerana tiada persetujuan berkenaan harga air. Maka perkara-perkara lain tidak dapat *
dimulakan selagi tidak ada semangat give and take, dengan izin, oleh Singapura.
Menteri Luar Republik Singapura dalam penjelasan beliau di ParHmen Singapura
pada 25 Januari 2003 terhadap kegagalan rundingan telah membuat beberapa tuduhan
terhadap Malaysia dan menyalahkan Malaysia di atas kegagalan rundingan yang telah
diadakan di antara kedua-dua negara mengenai isu-isu berpakej. Tuduhan-tuduhan
tersebut adalah tidak berasas sama sekali.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, masalah berbangkit semasa rundingan
Singapura-Malaysia disebabkan sikap dan pendirian Singapura yang tidak mahu
bertolak ansur, khususnya terus menekankan soal haknya untuk membayar 3 sen bagi
1,000 gelen untuk air mentah Malaysia dan kononnya Malaysia sudah hilang haknya
untuk menyemak harga air.
Pihak Singapura telah mengambil tindakan mendedahkan surat-surat di antara
pemtmpin kedua-dua negara. Mengikut amalan diplomasi biasa, perkara Ini tidak patut
dilakukan. Pendedahan sedemikian sebenarnya tidak mencerminkan gambaran yang
menyeluruh mengenai proses rundingan dua hala. Surat-surat berkenaan merupakan
asas rundingan di peringkat menteri dan pegawai kanan kedua-dua negara, bukan satu
keputusan atau pendirian yang muktamad. Aspek ini memang difahami oleh pihak
Singapura.
Oleh yang demikian, tindakan Singapura tersebut merupakan satu tindakan yang
menunjukkan niat dan tujuan mereka yang sebenar dan terhadap keikhlasan Singapura
untuk mencapai penyelesaian. Pendekatan Singapura cuba mengelirukan, tentu sekali *»
bertentangan dengan usaha mencari penyelesaian mengenai isu-isu di antara kedua-
dua negara. Respons Malaysia telah pun kita berikan melalui kenyataan-kenyataan *•
akhbar oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan
saya sendiri.
Oleh kerana perkara ini sering dibangkitkan, saya ingin menjelaskan sedikit
berkenaan isu harga air. Bekalan air mentah ke Singapura dibuat berdasarkan
perjanjian di antara Kerajaan Negeri Johor dengan City Councils Singapura. Perjanjian
pertama yang telah ditandatangani ialah pada tahun 1927 dan ianya pun telah tamat. Ini
DR.25.3.2003 117
diikuti dengan perjanjian pada tahun 1961 dan perjanjian tahun 1962 yang masing-
masing akan tamat pada tahun 2011 dan 2061.
Penetapan harga air merupakan isu yang utama yang perlu diselesaikan jika kita
mahu merumuskan isu penting di antara kedua-dua buah negara. Soal semakan harga
air terkandung di dalam perjanjian 1961 dan 1962 yang tidak boleh dipertikaikan
mengikut Penasihat Undang-undang Malaysia. Hanya soal harga air sahaja yang
hendak kita rundingkan dan selepas itu, bolehlah kita beralih kepada isu-isu berpakej
yang lain.
Pihak Malaysia berpendapat bahawa harga air sekarang pada kadar 3 sen pada
setiap 1,000 gelen adalah terlalu rendah dan tidak munasabah dengan keadaan
semasa. Kita tengok kalau tahun 1927 pun apabila Singapura menjual air dirawat, bila
ianya dibuat perjanjian baru pada tahun 1961 dan 1962, harga untuk air dirawat yang
dibeli oleh Malaysia ditukar daripada 3 sen kepada 25 sen. So, ada perubahan yang
dilakukan untuk air dirawat yang dibeli oleh Malaysia daripada 25 sen kepada 50 sen.
Pada tahun 1927 - 25 sen, pada tahun 1961 dan 1962 menjadi 50 sen tetapi kita
blarkan harga air yang tidak dirawat ke tahap 3 sen sahaja apabila kita menyemak
semula perjanjian itu.
Kesemua fakta sepatutnya diberikan pertimbangan dalam menentukan harga
yang sesuai serta lebih adil dan saksama, apatah lagi perjanjian sendiri memberikan
hak untuk Malaysia berbuat demikian. Singapura sering mengatakan bahawa Malaysia
telah hilang haknya kerana tidak membuat semakan apabila masa 25 tahun tiba.
Saya ingin mengambil klausa yang berkenaan dengan perkara itu di dalam
perjanjian 1961. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin:-
"The provision of paragraph one and two of the foregoing clause of this
present shall be subject to review after the expiry of 25 years or from the
date of this present and shall be reviewed by the parties in the light of
any change in the purchasing power of money which may then have
occurred and the facts that they have taken into account upon such a
review, shall include inter alia any rise or fall in the purchasing power of
money and any rise or fall in the cost of labour, power and material for
the purpose of supplying the water, in the event of any dispute or
DR.25.3.2003 118
difference arising under the provision of this clause, the same shall be
referred to arbitration as is in hereafter provided".
Ini sama juga di dalam perjanjian 1962 membehkan kita hak selepa's, "after
the expiry of 25 years".
Oleh itu penerangan yang mengatakan Malaysia sudah hilang haknya
sedangkan kalau kita hendak menggunakan hak kita, bila-bila masa setelah 25 tahun
hak itu tidak hilang dan oleh sebab itu, Singapura membangkitkan isu ini dan kita telah
merujuk kepada penasihat undang-undang kita dan penasihat undang-undang kita
berpuas hati bahawa kita masth mempunyai hak dan ianya tidak terlucut kerana tidak
ada pada bila-bila masa pun kita mengatakan kita menyerahkan hak kita untuk
menyemak-semula harga air.
Semasa perjumpaan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 15
Ogos 2000, Menteri Kanan Singapura telah menawarkan harga air mentah di bawah
kedua-dua perjanjian sekarang dengan harga 30 sen kerana menglkut beliau inilah
yang kita kenakan bila Johor jual air kepada Melaka tetapi Yang Amat Berhormat
mengatakan Melaka adalah salah sebuah negeri di dalam Malaysia dan kita tidak boleh
menggunakan pendekatan 30 sen untuk menjual air kepada Singapura. Oleh itu
Menteri Kanan Singapura mencadangkan supaya dikenakan semakan, dinaikkan 50%
daripada harga 30 sen iaitu 45 sen bagi setiap 1,000 gelen dan berkuat kuasa apabila
perjanjian baru ditandatangani bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.
Malaysia tidak bersetuju dengan tawaran dengan harga 45 sen ini kerana kadar
yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada Melaka tidak sepatutnya dijadikan
asas pengiraan kerana terdapat elemen subsidi. Ini telah dinyatakan oleh Perdana
Menteri kita dalam surat beliau kepada Menteri Kanan bertarikh 21 Februari 2001.
Pada tahun 2002 Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura
sekarang telah bersetuju supaya mesyuarat bagi menyelesaikan isu berpakej ini
diadakan di peringkat menteri. Oleh itu dua mesyuarat sebagaimana yang saya katakan
tadi telah diadakan. Dalam mesyuarat pertama peringkat menteri, Malaysia telah
mengemukakan cadangannya yang mengandungi elemen-elemen semakan bayaran
tertunggak termasuk harga air mentah pada kadar 60 sen bagi setiap 1,000 gelen
mulai daripada 1986 dan 1987 sehingga 2006.
DR.25.3.2003 119
Dalam keadaan ini Singapura juga boleh menyemak harga air yang dirawat
yang dibekalkan kepada Johor. Mulai tahun 2007 hingga 2011, Malaysia
mencadangkan kadar baru iaitu RM3.00 bagi setiap 1,000 gelen. Seterusnya bagi
tempoh dari September 2011 hingga 2061 harga air mentah dibuat berdasarkan
formula harga yang berasaskan kepada purata kadar inflasi Malaysia dan Singapura.
Semasa mesyuarat tersebut juga Singapura telah menolak cadangan Malaysia seperti
mana yang telah dijelaskan tadi. Singapura juga telah menarik balik tawaran mereka
terdahulu iaitu pada kadar 45 sen bagi setiap 1,000 gelen.
Singapura juga mencadangkan formula harga air mentah pada tahun 2061
berdasarkan kepada harga kompetitif dengan mengambil kira kos alternatif Singapura
iaitu NEWater dan sebagai tambahan, mencadangkan pemberian kepada pihak
Singapura 50% harga kos itu hendaklah didiskaun. Perlu saya tegaskan di sini
Singapura tidak mengemukakan cadangan harga air mentah yang spesifik berdasarkan
formula tersebut. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada perkiraan yang dibuat oleh
Malaysia mengikut formula yang dicadangkan oleh Singapura harga baru air mentah
pada tahun 2061 adalah dijangkakan lebih kurang 20 sen bagi setiap 1,000 gelen. Ini
adalah tidak dapat diterima oleh Malaysia.
Malaysia telah mengemukakan formula baru harga air mentah berasaskan
harga yang kompetitif dengan mengambil kira kos alternatif Singapura iaitu NEWater
kerana ia mengeluarkan air yang diputar dan air yang dinyahkan masin iaitu
desalinated water serta kos merawat air mentah. Perlu ditegaskan bahawa formula
yang dicadangkan oleh Malaysia adalah sebenarnya berdasarkan cadangan kriteria
pihak Singapura yang telah diubahsuai dengan mengambil kira faktor-faktor tambahan
yang telah saya jelaskan tadi. Apa yang jelas ialah Singapura enggan menerima
hakikat bahawa Malaysia mempunyai hak untuk membuat semakan harga air di
bawah perjanjian yang sedia ada. Sebaliknya Singapura hanya mahu berunding
mengenai bekalan air yang akan datang iaitu bekalan air selepas perjanjian 1962 tamat
2061
Formula Malaysia yang merupakan formula terakhir disampaikan kepada pihak
Singapura mengenai harga air mentah semasa mesyuarat peringkat menteri yang kedua
dan juga peringkat pegawai kanan pada 16-17 Oktober 2002, harga air mentah untuk
tahun 2002 ialah 6.25 sen dan kita ada mempunyai perkiraannya. Formula pasca 2002
DR.25.3.2003 120
iaitu 2003 hingga 2061 ditentukan dengan mengambil kira pelbagai angkubah ataupun
dengan variables dan faktor termasuktah perubahan kuasa beli wang, kos buruh, tarif
tenaga elektrik, kos bahan-bahan dan tain-lain perkara yang berhubung kait.
Formula pembayaran tertunggak iaitu tahun 1986 hingga 2001 ditentukan
dengan mengambil kira harga air mentah, kos air yang dinyahkan masin dan kos
merawat air mentah pada tahun yang berkenaan. Cadangan harga air mentah untuk
tahun 1986 hingga 2001 ialah RM7.40 sen. Harga ini berdasarkan kepada formula
harga air mentah tahun 1986 hingga 2001 iaitu bersamaan dengan kos air nyah masin
tahun 2002 tolak dengan kos merawat air mentah tahun 2002 mengikut perkiraan
harga air mentah tahun 1986hingga 2001 iaitu RM9.80 tolak RM2.40 dan ini
memberikan jumlah RM7.40 sen.
Semasa mesyuarat peringkat pegawai kanan mengenai isu air di Johor pada
bulan Oktober 2002, Singapura di mesyuarat itu telah mengemukakan formula baru.
Mereka mengatakan bahawa mereka boleh menawarkan harga air mentah untuk
dibeli dari Malaysia dengan harga 12 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah. Bukan
keadaannya lebih baik, lebih buruk dan berubah kepada 30 sen, 45 sen selepas itu
turun pula kepada 12 sen. Jadi, siapa sebenarnya yang berubah-ubah di dalam
menentukan dan tidak konsisten di dalam memberikan tawaran-tawaran yang dibuat
semasa perundingan.
Tawaran yang sentiasa berubah ini tidak menunjukkan niat untuk mencapai
persetujuan. Sehingga sekarang kedua-dua negara masin belum mencapai sebarang
persetujuan mengenai isu air terutamanya mengenai harga air termasuk air mentah.
Tuan Yang di-Pertua, kita akan terus berpegang untuk mencari penyelesaian
tetapi kalau penyelesaian tidak boleh, kita akan mempertimbangkan sebagaimana
yang terkandung di dalam perjanjian iaitu timbang tara tetapi ini perlu diteliti dan kita
masin belum lagi membuat keputusan yang muktamad.
Saya ingin menjawab..
Puan Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun]
Tuan Yang dl-Pertua: Arau bangun Yang Berhormat
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Arau bangun.
DR.25.3.2003 121
Puan Hajah Mastika Junaidah bintl Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan terima kasih Yang Berhomnat Menteri yang telah pun menerangkan secara panjang
lebar dan begitu jelas mengenai masalah air di antara Malaysia dan Singapura.
Kebimbangan yang saya kemukakan tadi berdasarkan daripada apa yang dibaca
melalui perundingan-perundingan yang dibuat, nampaknya kita tidak berjaya.
Yang Berhormat Menteri, saya juga rasa bimbang kerana semasa Persidangan
Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia diletakkan dalam negara yang melindungi
pengganas malahan dalam satu laporan disebut Malaysia juga adalah di antara
Kerajaan Barisan Nasional, saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat
Menteri, adakah ia juga menyebut Kerajaan Barisan Nasional dan ini saya rasa satu
track yang besar kepada negara kita dan kita berusaha untuk mengeluarkan Malaysia
daripada senarai negara-negara yang dikaitkan dengan keganasan. Ini semua rasa
saya membimbangkan keadaan kita dan kita bimbang kalau-kalau ada agenda yang
tidak kita ketahui yang sedang berlaku di dunia ini. Terima kasih.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, walau
bagaimanapun sikap dan pandangan orang luar atau negara luar terhadap negara kita,
yang pentingnya ialah kita menjaga keharmontan, kestabilan politik di dalam negara,
menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat kita dan insya-Allah negara kita akan -
tidak akan terancam dan kita dapat mempertahankan kedudukan kita.
Ingin saya mengatakan bahawa soal berkenaan Barisan Nasional ataupun parti-
parti dalam ini telah pun diselesaikan di mana senarai nama-nama pertubuhan-
pertubuhan yang dianggap mempunyai kaitan dengan keganasan telah pun dikeluarkan.
Jadi ianya tidak berbangkit lagi.
Saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang berkenaan dengan tindakan
unilateral iaitu Singapura mengatakan bahawa Malaysia mengambil tindakan unilateral.
Ini dibuat di Parlimen Singapura. In October last year, dengan izin Tuan Yang di-Pertua
Malaysia unilaterally decided to take the water price revision out of the package to be
discussed on its own. At Malaysia's request, Malaysia unilaterally and without prior
notice abandoned the package approach saying that we only want to discuss the
current water price.
Tuan Yang di-Pertua, ini juga adalah menyimpang daripada kebenaran. Kita
rundingkan dan kita menganggap perkara-perkara lain mudah untuk kita selesaikan,
DR.25.3.2003 122
setelah kita dapat menyelesaikan berkenaan harga air. Kalau kita tidak dapat
menyelesaikan soal harga air, ianya tidak boleh bergerak dan keputusan ini diberitahu
kepada Menteri Singapura dan perjumpaan awal sehinggalah perjumpaan yang terakhir
dan akhirnya ditulis surat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Perdana
Menteri Singapura pada 7 Oktober 2002. Jadi kita mengambil tindakan yang teliti
memberitahu awal-awal lagi kepada Singapura biar kita meiihat kepada air kerana ini
yang menjadi perkara yang menyekat kemajuan untuk mencapai penyelesaian di dalam
isu berpakej. Apabila Perdana Menteri Singapura mengatakan bahawa beliau tidak tahu
menahu, ini bermakna bahawa hasil mesyuarat kita di Singapura pada 23 September
2002 telah tidak diberitahu oleh Menteri Luar dia kepada Perdana Menteri dia.
Seharusnya dia tahu semasa dia membuat lawatan dan kita mengatakan kita hendak
selesaikan harga air dahulu sebelum kita berbincang perkara lain kerana kita anggap
perkara lain lebih mudah untuk diselesaikan. Tetapi Perdana Menteri Singapura telah
menulis surat mengatakan bahawa Singapura bersetuju untuk tidak meneruskan
rundingan berpakej dan tiap-tiap satu perkara mestilah diputuskan dengan izin, stand
alone..
Jadi kita tidak mengambil tindakan yang unilateral, kita memberitahu, kita
berunding dan akhirnya kalau tidak ada menunjukkan pergerakan, kita terpaksa
mengaku bersikap pragmatik dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Singapura
juga mengatakan bahawa Malaysia dengan izin, "repeatedly changed its position and
shifted their goal post r each time we neared an agreement"
Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan semula tersebut adalah tidak benar
dan tidak berasas sama sekali. Sebarang perubahan pendirian Malaysia adalah
sebagai respons terhadap perubahan-perubahan pendirian Singapura dalam konteks
rundingan antara kedua negara. Ingin saya tegaskan di sini bahawa dalam konteks
rundingan isu berpakej kedua belah pihak memang telah mengambil pendirian bahawa
tidak ada sesuatu pun yang dianggap dipersetujui sehingga semua perkara dipersetujui.
Ini jelas sekali bila kita meiihat kepada surat yang ditulis oleh Menteri Kanan Singapura
kepada Tun Daim Zainudin pada 24 Ogos 2000 dan saya ambil kod daripada surat itu
yang menyebut antara lainnya, 'To make it easier for us..."dengan izin Tuan Yang di-
Pertua, "...to write to each other, to test various options, almost all letters I sent to you
or Mahathir or vice versa will be treated as without prejudice that there is no agreement
DR.25.3.2003 123
until all points are agreed and signed by the two PMs." Jadi benda-benda macam ini
adalah perkara yang jelas sekali untuk menunjukkan tujuan kita dan sikap kita untuk
mencari dan kita tidak bertujuan untuk dictate ataupun menentukan kepada Singapura
apa-apa yang Singapura tidak boleh terima. Kita sentiasa akan mengambil pendekatan
berunding. Singapura sebenarnya telah menafctefekan kepada kita supaya formula
yang dia cadangkan mempunyai diskaun 50% yang tidak dapat kita terima.
Jadi Tuan Yang di-Pertua masing-masing telah mengambil pandangan bahawa
pentingnya ada perundingan dan pentingnya kita melihat perkara itu di dalam konteks
yang sebenarnya. Malaysia mahu menjual air akhirnya kepada Singapura bila tamat
1961 dan 1962 di atas asas willing buyer, willing seller basis dengan izin. Kita berasa
hairan mengapa Singapura mengatakan bahawa isu air mengikut Menteri Luarnya,
dengan izin, u...it is not a matter of money. The significance of the water price to both
countries is Singapore's existence as a sovereign state.".
Semasa kita berunding, jelas yang kita hendak capai ialah penetapan harga air
yang munasabah, adil dan mencerminkan keadaan semasa. Ini bermakna harga tiga
sen tidak dapat diterima. Soalnya adalah soal air bukan soai kedaulatan atau soal cuba
mengancam kedudukan Singapura. la sebenarnya Tuan Yang di-Pertua soal dollars
and cents, dengan izin tidak ada kena-mengena dengan soal kedaulatan.
Tuan Husam bin Hajl Musa: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kubang Kerian bangun. Sila.
Tuan Husam bin Hajl Musa: Saya minta maaf terlambat sedikit. Saya hendak
minta penjelasan mungkin sudah dijelaskan oleh Menteri. Perjanjian ini ditandatangani
pada tahun 1961 dan 1962 dan mengikut perjanjian, sejak 25 tahun, harga boleh
dirundingkan semula. Bermakna pada tahun 1986 dan 1987 perundingan harus
dijalankan. Kenapakah pada waktu itu perundingan tidak dilaksanakan.
Datuk Serl Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tadi saya sudah jawab, Yang
Berhormat sudah terlambat, saya tidak akan ulang tetapi saya fikir itu pada tahun 1986
dan 1987, dia tidak dikatakan kita perlu menyemak pada tahun 1986 dan 1987, ia
menyebut selepas 25 tahun. Jadi pada bila-bila masa selepas 25 tahun dan ini
bergantung kepada kehendak dan kemahuan kita di dalam membuat persediaan
tersendiri di dalam hal ini.
DR.25.3.2003 124
Berkenaan dengan Singapura ini, ada satu perkara iagi yang ingin saya sentuh
Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan percakapan mengenai perang. Malaysia tidak
pernah bercakap berkenaan perang dan saya fikir sesiapa yang bercakap berkenaan
dengan perang di antara Singapura dan Malaysia, ia adalah membawa kepada satu
ancaman baru dan amat berbahaya sekali. Lebih baik kita tidak menyentuh soal ini dan
saya berharap ianya tidak dijadikan satu jenaka yang boleh membawa mudarat kepada
kedua-dua buah negara.
Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan Points of Agreement ini, ini kita telah
membincangkan dengan mendalam dan Malaysia ingin menegaskan bahawa PoA itu
boleh diselesaikan secara berasingan dengan mengambil kira kedudukan dan Kereta
Api Tanah Melayu sekarang yang masih meneruskan perkhidmatan ke Tanjung Pagar.
Walau bagaimanapun berdasarkan peranan dan sumbangan perkhidmatan kepada
penduduk dan pembangunan ekonomi kedua negara, Malaysia berpendapat adalah
wajar meneruskan perkhidmatannya. Oleh itu semasa mesyuarat kedua peringkat pada
23 September, Malaysia telah memaklumkan kepada Singapura bahawa ia akan
meneruskan perkhidmatan keretapi...
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Kubang Kerian bangun Iagi Yang Berhormat.
Datuk Serl Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Nanti, saya hendak habiskan
cepat Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan ruang udara, pihak...
Tuan Yang dl-Pertua: Tidak bagi Yang Berhormat?
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Saya fikir pasal tanya sama,
datang lambat lepas itu tanya sama. Jadi soalnya biar saya habiskan perkara ini, saya
minta maaf, saya tidak dapat.
Tuan Husam bin Haji Musa: Lari cepat sangat.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Biar, bukan lari cepat, Yang
Berhormat perlu datang cepat. [Tepuk] [Ketawa]
Berkenaan dengan ruang udara, pihak Singapura telah menikmati lima
kemudahan untuk penerbangan di atas ruang angkasa Malaysia iaitu Koridor Utara
(Northern Corridor) dengan izin kawasan penerbangan rendah [low flying area) dengan
izin, ruang udara yang ditetapkan iaitu {delegated air space) dan latihan navigasi
(navigational training) dengan izin dan mencari dan menyelamat (search and rescue).
DR.25.3.2003 125
Malaysia berpendapat bahawa atas sebab-sebab keselamatan dan implikasi
sosial khususnya di negeri Johor adalah wajar kemudahan-kemudahan di atas ditarik
balik buat masa ini, tetapi perkara itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada pakej di
dalam perundingan kita. Kita tidak mempunyai masalah setelah Singapura bersetuju
supaya semua rakyat Malaysia diberikan layanan yang sama berkenaan CPF ataupun
Wang Caruman Pekerja iaitu pada waktu ini Singapura mengatakan bahawa wang
caruman CPF hanya dibenarkan untuk pekerja dari Sabah dan Sarawak sahaja untuk
mengeluarkan jika mereka meninggalkan Singapura, tetapi tidak untuk kerja-kerja dari
Semenanjung. Kalau kita ambil melalui tindakan diskriminasi ini Singapura telah
membekukan lebih dari S$1 bilion dengan izin, wang hak rakyat Semenanjung
Malaysia. Jumlah ini melibatkan lebih kurang 400 ribu rakyat Malaysia yang pernah
bekerja di Singapura dahulu.
Bila Singapura menerima permintaan Malaysia untuk memberikan hak dan
membayarnya dalam jangka masa dua tahun, maka kita bersetuju, tetapi perkara ini
adalah sebahagian daripada pakej. Sekarang sudah tidak ada pakej maka perkara ini
akan dilihat secara berasingan.
Berkenaan jambatan, Tuan Yang di-Pertua, isu jambatan dan Tambak Johor,
ingin saya menjelaskan bahawa berkenaan jambatan ini ada perkara yang berkenaan
kenyataan Yang Amat Berhormat terhadap perkara yang dipanggil sebagai "nostalgia".
Nostalgia ini daripada apa yang diberitahu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
kepada saya dan juga ahli-ahli kabinet setelah beliau berjumpa dengan Menteri Kanan
dan kemudiannya ia terbukti apabila surat menyurat mereka mahukan Causeway
ataupun Tambak Johor hanya diruntuhkan pada tahun 2007.
Jadi ini menunjukkan mereka memang menganggap Causeway Johor
sebagaimana dikatakan, bahawa Causeway Johor ini adalah sesuatu yang mempunyai
kesan sejarah. Oleh itu mereka mahu ianya ditinggalkan sehingga 2007. Tidak menjadi
satu kesalahan walaupun kita mempunyai nostalgia ataupun sentimen, tetapi untuk
mengatakan bahawa saya seharusnya tidak tahu berkenaan perbincangan empat mata,
memang betul empat mata. Saya tidak tahu fasal empat mata adalah perkara yang
menunjukkan hanya dua pemimpin yang bertemu, tetapi pemimpin-pemimpin akan
diberi kepada Menteri dan pegawai-pegawai untuk kita mengetahui apakah isi
kandungan perbincangan di antara pemimpin-pemimpin.
DR.25.3.2003 126
Jadi dia cuba manipulasi, membuat kenyataan-kenyataan yang boleh
menyinggung perasaan, boleh menyinggung pandangan kita dan seolah-olah mereka
mengatakan kita ini tidak faham berkenaan cara-cara untuk mengendali dan
menguruskan urusan kita dengan negara-negara lain. Jadi saya berharap sikap begitu
periu dikikis dan diambil satu pendekatan yang boleh mendatangkan kebaikan untuk
kedua-dua negara.
Jambatan ini tidak pern ah kita masukkan di dalam pakej kita dan ini jelas sekalt
bila Dr. Mahathir menulis surat, dan bila saya berunding dengan Singapura, kita hanya
membincangkan perkara yang disebutkan di dalam surat-surat Dr. Mahathir iaitu air,
CPF, ruang udara, TOA, tanah kereta api dan ianya tidak dimasuki.
Lepas itu bila di peringkat pegawai kanan pun, Malaysia telah memberi tahu
pada 11 Mac 1999, kepada pegawai-pegawai Singapura di dalam perundingan itu -
dengan izin - "Singapore noted Malaysia's intention to submit the formal proposal". Ini
berkenaan bridge.
"Singapore also noted that this issue was not part of the package under
discussion". Oleh itu jawapan Menteri Luar Singapura di Parlimennya adalah
mengelirukan dan tidak tepat. Singapore added that "... it looked forward to receiving
Malaysia's formal proposal and would study separately from the package"
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada yang bangun pula Yang Berhormat.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Nanti saya hendak
menghabiskan ini supaya dia ada sequence ya?
Saya ingin menyatakan dalam ucapan saya semasa perundingan, saya juga
telah menyebutkan - dengan izin - Tuan Yang di-Pertua, "Malaysia will also undertake
separate negotiations on the construction of the proposed bridge since the issue is not
part of the original package".
Lepas itu dalam mesyuarat kedua, oleh kerana mereka mengatakan seolah-olah
ianya di dalam pakej, at our first meeting in Putera Jaya, saya mengatakan "...in July,
we had indicated that the road bridge and railway bridge were not part of the bilateral
pakage. I would like to reiterate this position today with reference to the road bridge and
the railway bridge in the appendix of Prime Minister Mahathir's letter dated 1st
DR.25.3.2003 127
March 2002 to Senior Minister was merely intended as a good neighbour to inform
Singapore of Malaysia's intention to build the two bridges".
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini jelas sekali. Dakwaan Singapura bahawa isu
jambatan adalah sebahagian isu pake] adalah tidak benar dan tidak berasas sama
sekali. Berkenaan dengan TLDM memang betul Singapura tidak menyuruh Malaysia
berundur daripada kawasan Woodlands tetapi mereka lakukan secara menaikkan harga
sewaan kepada pengkalan tersebut.
Bagi tempoh dari 9 Ogos 1965 hingga 31 Mei 1972 kadar sewa yang dikenakan
ialah SD535.495 setahun. Lepas itu dinaikkan kepada SD1.1 juta dan kemudian
dinaikkan kepada SD1.9 juta dan akhirnya pada tahun 1991 mereka mahu menaikkan
kepada SD6.2 juta. Dr Mahathir merayu kepada Perdana Menteri Singapura supaya
tidak menaikkan dan ini akan membebankan dari segi kos dan sewaan tetapi jawapan
yang diberikan oleh Perdana Menteri Singapura ialah harga kos tanah di Singapura
telah naik. Oleh itu ia tidak dapat menimbangkannya.
Jadi ini semua jelas menunjukkan cara dia membuat keputusan dan kita tahu itu
adalah hak yang berada di tangan Singapura. Oleh itu kita terpaksa keluar walaupun
mereka sekarang mengatakan mereka tidak suruh keluar, kita keluar sendiri. Tetapi ada
banyak cara untuk menyebabkan sesebuah negara terpaksa keluar daripada tempat
yang telah disewa dengan jalan menaikkan harga sewaan.
Berkenaan Puiau Batu Putih, kita telah pun mengatakan bahawa Pulau Batu
Putih ini akan diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Berkenaan
tambak yang dilakukan oleh Singapura, amalan antarabangsa ialah apa-apa juga kerja-
kerja penambakan yang mempunyai kesan persempadanan perlu diberi notis dan
dirundingi dengan negara-negara yang menjadi jiran.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan Iraq.
Saya fikir kita semua telah membincangkan dengan banyak dan saya hanya ingin
mengatakan saya tidak ingin menyambung apa yang tefah kita bincangkan dan usul
yang telah kita meluluskan.
Pada kita, ianya adalah suatu pencerobohan yang dilakukan tanpa kuasa
daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bertentangan dengan undang-
undang antarabangsa. Aneh sekali apabila mereka mengatakan mereka mahu
DR.25.3.2003 128
menyelamatkan Iraq, mahu memberikan kebebasan, sedangkan banyak kematian yang
berlaku kepada orang awam dan ini mendatangkan kemudaratan.
Oleh itu kita dengan negara-negara yang lain yang mempunyai pendapat yang
sama akan mengambil apa juga tindakan untuk mencari jalan bagi memberhentikan
peperangan ataupun pencerobohan yang dilakukan ke atas Iraq.
Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang
Berhormat Menteri. Saya tahu bahawa selepas 25 tahun masih boleh dirundingkan
harga air, tetapi kenapakah pada waktu sampai masanya kita tidak merundingkan
perkara ini? Dan bagi saya ini adalah satu keialaian. Tidak ada excuse yang lebih baik
daripada keialaian kerajaan untuk tidak merundingkannya pada tahun 1986,1987,1988,
1989, 1990 dan sampai tahun 2000 baru kita hendak berunding; dan tiba-tiba kita
hendak menaikkan harga. Saya rasa kalau kita hantar Ahli Yang Berhormat bagi Kuala
Kedah untuk berunding - kaiau Kerajaan Barisan Alternatif memerintah - perkara ini
boleh diselesaikan dengan cepat.
Beberapa Ahli: [Ketawa]
Tuan Husam bin Haji Musa: Belum habis lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Saya mencadangkan kita buat dua harga iaitu satu harga untuk pengguna dan
satu lagi harga untuk industri. Bagi harga pengguna rakyat Singapura, kita berikan yang
lebih murah. Tetapi untuk industri yang kita dijual kepada kapal dan sebagainya kita jual
dengan harga yang lebih mahal. Kalau tidak akan ada jalan buntu.
Berkenaan dengan jambatan, saya pelik macam mana kerajaan Malaysia
berhasrat hendak meruntuhkan jambatan ini dan Singapura kata ini ada nilai sentimental
dan nostalgia. Mereka minta tangguh sampai tahun 2007. Kita hanya mementingkan
keuntungan second link untuk projek penswastaan kita.
Kita tidak menilaikan perkara-perkara lain, sanggup meruntuhkan jambatan itu
untuk kepentingan swasta. Ini yang saya tidak boleh faham. Kalau Yang Berhormat
kata Menteri Luar Singapura mungkin mengelirukan, Yang Berhormat juga mungkin
mengelirukan Dewan ini kecuali kita deklasifikasi (declassify) semua surat menyurat dan
kita dedahkan kepada rakyat, bahkan Ahli Parlimen seharusnya diberikan atau
dibekalkan.
Kalau Menteri Luar Singapura boleh bekalkan semua surat Perdana Menteri
Malaysia dan Perdana Menteri Singapura dan Senior Minister mereka, mengapa kita
DR.25.3.2003 129
tidak boleh berbuat perkara yang sama? Kalau kita mempunyai hujah untuk
mempertahankan apa yang dikatakan oleh Singapura sebagai perubahan pendirian kita,
daripada persetujuan di Hanoi, kita bersetuju secara pakej, surat Perdana Menteri
kepada Perdana Menteri Singapura, Oktober 2002 mengatakan tidak. Dia adalah
secara satu demi satu. Jadi position kita akan weaken.
Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhomnat.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Saya mengucapkan terima
kasih kepada Yang Berhormat yang bercakap bagi pihak Singapura.
Beberapa ahli: [Bersorak]
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun] [Menyampuk]
Datuk Seri Syed Hamld bin Syed Jaafar Albar: Saya tidak bagi jalan ya?
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Saya tidak bagi jalan! Saya
tidak bagi jalan! Tidak ada!
Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tadi Yang Berhormat
bercakap berkenaan kelalaian kerajaan.
Tuan Husam bin Haji Musa: Peraturan 36(6).
Tuan Yang di-Pertua: Ya. Ya.
Datuk Seri Syed Hamld bin Syed Jaafar Albar: Itu bukan sangat! Itu adaiah
pandangan dan pendapat saya, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Husam bin Haji Musa: Ini biadab Tuan Yang di-Pertua!
Tuan Yang di-Pertua: Ya. Ya, Yang Berhormat.
Tuan Husam bin Haji Musa: Seorang Menteri Luar boleh tuduh Ahli
Parlimennya sendiri wakil Singapura! ini biadab!
Tuan Yang di-Pertua: Hem. Hem.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Yang Berhormat!
Tuan Husam bin Haji Musa: Saya bercakap bagi pihak kepentingan negara,
bukan Singapura! [Tepuk] [Disorak]
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Saya berpendapat kalau Yang
Berhormat bercakap berkenaan
Tuan Husam bin Haji Musa: Memang biadab sekati!
DR.25.3.2003 130
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sudahlah.
Datuk Serf Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Yang Berhormat jangan
menggunakan perkataan biadab!
Tuan Yang di-Pertua: Sudah, cukuplah Yang Berhormat. Hem.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Yang Berhormat yang biadab!
Tuan Yang di-Pertua: Hah, cukuplah. Cukuplah. Hem, cukuplah.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Yang Berhormat boleh tegur
kita. Bila kita tegur Yang Berhormat hendak menunjukkan warna dan kulit Yang
Berhormat yang sebenarnya
Tuan Husam bin Haji Musa: Tegur saya, tetapi
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Saya mengatakan, saya
mengucapkan terima kasih
Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Dewan bertambah riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah! Cukuplah! Cukuplah! Cukuplah! Cukuplah
Yang Berhormat kedua-dua pihak! Yang Berhormat kedua-dua pihak!
Tuan Husam bin Haji Musa: Memang biadab! Tak layaK menjadi Menteri
Luar!
Tuan Yang dl-Pertua: Yang Berhormat, cukup, cukup! Cukup, cukup!
Janganlah, janganlah buat Dewan kita ini begitu.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Yang Berhormat, sehingga
timbul perkataan yang bukan-bukan.
Tuan Husam bin Haji Musa: Saya cakap yang baik, Tuan Yang di-Pertua
Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Dewan masih riuh}
Tuan Yang dl-Pertua: Cukuplah! Cukuplah! Cukuplah!
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Duduklah dahulu.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukuplah.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Duduk dahulu.
Tuan Husam bin Haji Musa: Saya tidak mahu jawab. Saya tidak hendak tarik
baiik Yang Berhormat! Itu saya menggunakan peraturan Dewan 36(6).
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukup, cukup, cukup!
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
DR.25.3.2003 131
Tuan Yang dl-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat. Ada apa yang lain? Yang
Berhormat Menteri ada
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Ruling daripada Tuan Yang di-
Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, cukup, cukup! Hem.
Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Awak tuduh dahulu yang
kerajaan Malaysia lalai! Kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakani [Dewan masih
huh].
Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukuplah Yang Berhormat.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Ini saya mengatakan bahawa
Yang Berhormat telah bercakap seolah-olah Yang Berhormat bagi pihak Singapura.
Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah! Cukuplah! Hem. Cukuplah! [Dewan
semakin huh] Yang Berhormat, cukuplah, ya, ya. Tidak boleh bertengkar macam itu.
Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Pendapat kita ialah
berasaskan kepada kalau kita hendak menyokong pendirian kerajaan Singapura, kita
boleh berbuat demikian. Apa yang saya mengatakan ialah kita punya pendirian, kita
perlu bangunkan negeri Johor dan kawasan yang dekat dengan sempadan itu. Tidak
ada kena mengena dengan kepentingan. Hanya pihak swasta, tetapi kepentingan orang
ramai di negeri Johor, di Tambak Johor kerana kedudukan yang telah menjadi teruk dan
buruk.
Kedudukan di situ kalau Yang Berhormat pergi ke Johor Baharu, Yang
Berhormat akan faham bahawa orang-orang Johor Baharu mahukan pembangunan
semula kawasan itu. Tidak ada cara lain untuk kita membangunkan kawasan itu.
Dengan merobohkan Tambak Johor dan lepas itu, laluan air dan ekologi di tempat dan
* perairan di negeri Johor di Selat Johor akan menjadi cantik, lebih indah dan akan
mendatangkan kebersihan. Untuk kebaikan rakyat kita!
Saya berasa dan saya mengatakan begini bukan kerana saya mempunyai
sangkaan buruk terhadap Yang Berhormat. Saya mengatakan begitu fasal di
Singapura, bila semua orang bercakap berkenaan hal Singapura, semua Ahli
Parlimennya bercakap dengan satu suara. Ini kepentingan negara!
DR.25.3.2003 132
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu lagi menyentuh perkara itu. Saya
sudah memberikan penjelasan yang amat cukup.
Tuan Yang di-Pertua: Cukup! Cukup! Cukuplahl
Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: Cukup! Cukup! Cukuplah Yang Berhormat! Yang
Berhormat bagi Kubang Kerian, cukup! Sudah!
Sila, sila.
Datuk Serl Syed Hamld bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, yang
akhir sekali berkenaan SUHAKAM. Apa juga laporan yang dibuat oleh SUHAKAM akan
kita baca dan akan kita membuat penelitian dan kita akan adakan mesyuarat di
peringkat jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan, selepas itu kita akan membuat
keputusan apa yang boleh kita ambil tindakan dan apa yang kita boleh laksanakan dan
apa yang periu kita kaji secara mendalam.
Berkenaan dengan layanan buruk profesional IT India, kita telah pun mengambil
tindakan dan keadaannya sekarang telah pulih dan ada persefahaman di antara
Malaysia untuk menentukan ianya tidak menjejaskan perhubungan dua hala di antara
Malaysia dan India.
Tuan Yang di-Pertua, saya tahu banyak perkara yang telah dibawa. Segalanya
telah dicatat. Apa yang saya tertinggal dicatat oleh pegawai dan kita akan mengambil
tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Ya. Kementerian Pembangunan Usahawan.
5.48 petang
Menteri Pembangunan Usahawan [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul
Aziz]: Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan juga
kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Shah Alam, Sri Aman, Kuala Kedah, Batang
Lupar, Dungun, Bagan dan Setiu yang telah memberikan perhatian membincangkan
perkara-perkara di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan semasa
membahaskan Titah Ucapan Dtraja.
DR.25.3.2003 133
Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Shah Alam
pada 12 Mac 2003, suka saya memaklumkan bahawa kerajaan sedar akan kewujudan
masalah kesukaran dan kelewatan mendapatkan pinjaman oleh para usahawan.
Masalah ini sememangnya wujud dan sering dibangkitkan oleh usahawan-usahawan
dalam sesi-sesi forum, ceramah, dialog dan Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan
oleh Kementerian Pembangunan Usahawan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian saya telah mengadakan perbincangan
dengan agensi-agensi pelaksana dana usahawan di bawahnya dan juga telah meminta
agensi-agensi yang terlibat mengemukakan cadangan bagi mengurangkan masalah
kelewatan dan kesukaran mendapatkan pinjaman.
Antara cadangan bagi mempercepatkan proses pinjaman dan mengatasi
masalah kelewatan pemprosesan adalah seperti berikut:
(i) usahawan perlu berkebolehan menyediakan rancangan
perniagaan yang mantap;
(ii) usahawan hams bersedia memberikan kerjasama dengan pihak
institusi kewangan dengan memberikan maklumat yang betul dan
tepat;
(iii) memberikan komitmen terhadap bayaran balik dan menghubungi
pihak institusi kewangan sekiranya menghadapi masalah bayaran
balik pinjaman bagi mengelakkan disenaraihitamkan;
(iv) sentiasa mempunyai akaun perniagaan yang aktif bagi
membolehkan dan memudahkan institusi kewangan membuat
penilaian ke atas kedudukan dan prestasi kewangan pemohon;
dan yang terakhir
(v) menyediakan penyata kewangan yang betul dan teratur.
Selain itu pihak MAMPU juga sedang membuat kajian menyeluruh mengenai
pelaksanaan pengurusan dana yang ditawarkan oleh kerajaan dengan memberi
tumpuan khusus ke atas syarat-syarat pinjaman yang ketat dan peraturan pemprosesan
sesuatu pinjaman.
Tuan Yang di-Pertuat Yang Berhormat bagi Sri Aman telah meminta supaya
Kementerian Pembangunan Usahawan melonggarkan syarat bagi bumiputera untuk
mendapatkan lesen Kelas F. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, modal
DR.25.3.2003 134
minimum bagi Kelas F pada masa sekarang ialah sebanyak RM5,001. Jumlah ini
adalah satu jumlah yang dianggap kecil berbanding dengan nilai kerja bagi Kelas F
sehingga RM200.000.
Pusat Khidmat Kontraktor, Kementerian Pembangunan Usahawan
membenarkan pemohon mengemukakan modal minimum bukan sahaja dalam bentuk
tunai tetapi juga simpanan-simpanan lain iaitu seperti sijil ASB ataupun ASN, Tabung
Haji dan sebagainya. Mengenai alamat perniagaan bagi Kelas F, pemohon boleh
menggunakan alamat kediaman mereka ataupun pejabat di mana syarikat beroperasi
sekiranya ada.
PKK menggalakkan pemohon menghadiri kursus-kursus bagi memastikan
mereka mempunyai pengetahuan asas mengenai aspek-aspek teknikal dan juga
pengurusan. Perkara ini penting bagi memastikan projek-projek yang dilaksanakan
kelak disiapkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak
menghadiri kursus, mereka juga boleh memohon pendaftaran Kelas F dengan syarat
mereka mempunyai pengalaman kerja dan pengetahuan mengenai asas-asas
pembinaan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, PKK negeri-negeri mengadakan
kursus-kursus kontraktor dari masa ke semasa.
Berkaitan dengan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi
Kuala Kedah, berkenaan kes usahawan wanita, pengusaha butik yang menghadapi
masalah hutang dengan Along (ceti haram) sebanyak RM25.000 berikutan pinjamannya
dari kementerian tersebut ditolak. Ingin saya jelaskan di sini bahawa Kementerian
Pembangunan Usahawan sedia membantu usahawan-usahawan termasuklah
usahawan yang menghadapi masalah berhubung dengan Along berkenaan
mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka, menerusi skim-skim
pinjaman dan jaminan yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan,
menerusi agensi-agensi pelaksana dana usahawan di bawahnya. Untuk tujuan itu,
usahawan kecil semua kaum yang memerlukan pembiayaan sehingga RM25.000 boleh
memohon di bawah Skim Jaminan Usahawan Kecil (SJUK) yang dilaksanakan oleh
Credit Guarantee Cooperation Malaysia Berhad atau bagi usahawan bumiputera di
bawah Skim Pembiayaan Perniagaan MARA yang dilaksanakan oleh Majlis Amanah
Rakyat.
DR.25.3.2003 135
SJUK menyediakan kemudahan jaminan kredit sehingga 80% bagi memudahkan
usahawan kecii termasuk usahawan wanita yang menghadapi masalah cagaran
mendapatkan pinjaman perniagaan di antara RM10.000 sehingga RM50.000 daripada
institusi-tnstitusi kewangan. Pemohon yang ingin mendapatkan pembiayaan di bawah
skim ini bolehlah mengemukakan permohonan terus kepada institusi kewangan di mana
usahawan mempunyai akaun perniagaan ataupun boleh mengemukakan permohonan di
mana-mana institusi kewangan.
Skim Pembiayaan Perniagaan MARA pula menawarkan pembiayaan dari bawah
RM10,000 hingga RM500.000 bergantung kepada sektor
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sekejap ya. Bergantung kepada
sektor dan jenis perniagaan yang dijalankan. Usahawan yang ingin memohon di bawah
Skim Pembiayaan Perniagaan MARA boleh mengemukakan permohonan terus kepada
Pejabat MARA Daerah yang berhampiran. Ya, Yang Berhormat bagi Kemaman.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Kemaman.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua- Saya
hendak tanya mengenai pinjaman-pinjaman yang telah banyak dibuat kepada peniaga-
peniaga kecii terutamanya di kawasan-kawasan di negeri Terengganu.
Saya hendak minta pengesahan daripada Menteri sendiri bahawa banyak
pinjaman-pinjaman yang dibuat sekarang ini dikatakan bahawa pinjaman hari ini boleh
dibuat dan boleh diambil dan sekiranya UMNO mengambil alih negeri Terengganu,
pinjaman-pinjaman tersebut tidak payah bayar. Kempen-kempen sedang berjalan, saya
hendak minta pengesahan, adakah benar ataupun tidak bahawa pinjaman ini tidak perlu
dibayar sekiranya Barisan Nasional mengambil alih negeri Terengganu?
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jawapannya tidak benar, Yang
Berhormat, tidak betul. Kalau ada orang cakap macam itu tolong beritahu sayatah.
Sebab ia merupakan bentuk pinjaman. Jadi, tidak betul. Ini duit orang ramai dan kita
beri sebagai pinjaman, dia mesti bayar. Siapa memerintah pun dia kena bayar balik.
Walau bagaimanapun, kelulusan pinjaman di bawah kedua-dua skim tersebut
adalah tertakluk kepada syarat-syarat pinjaman yang telah ditetapkan di bawah skim-
skim berkenaan. Kementerian Pembangunan Usahawan juga ada menyediakan
DR.25.3.2003 136
kemudahan bagi kursus-kursus keusahawanan kepada ahli-ahli persatuan wanita
termasuklah Persatuan Ibu Tunggal.
Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut:
• Seminar Motivasi Keusahawanan Ibu Tunggal;
• Seminar Pengurusan Pemasaran;
• Bengkel Pengurusan Kedai Runcit Lanjutan;
• Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan;
• Bengkel Pembungkusan dan Pelabelan;
• Kursus Pemprosesan Makanan;
• Kursus Gubahan Bunga
Pemohon yang ingin mengikuti kursus-kursus tersebut perlu menghantar
permohonan melalui persatuan. Ini untuk wanita.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Batang Lupar telah meminta pihak
kerajaan menjelaskan mengenai perkembangan usahawan IKS di Malaysia di mana
pihak Kementerian Pembangunan Usahawan tetah mewujudkan rangkaian usahawan-
usahawan IKS dan pesara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, bagi
membantu mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) di kalangan usahawan-usahawan dan pesara, Kementerian Pembangunan
Usahawan telah memberikan penekanan melalui empat aktiviti utama iaitu:
(i) perwujudan dan penyebaran peluang-peluang perniagaan dan
pemasaran;
(ii) penyediaan kemudahan pembiayaan;
(iii) pembangunan sumber manusia, pembudayaan dan latihan
keusahawanan; dan
(iv) penyediaan premis perniagaan.
Antara program-program bagi melahirkan usahawan-usahawan IKS yang
dilaksanakan ialah:
• Program Pembangunan Vendor;
• Program Pemasaran Bersepadu Perabot;
• Program Mentor; dan
• Program Usaha Sama Tulen.
DR.25.3.2003 137
Di samping itu, latihan asas perniagaan dan latihan perwujudan usahawan juga
dijalankan kepada kakitangan kerajaan yang ingin menceburi bidang perdagangan dan
perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat bagi Dungun, isu penutupan MRSM Dungun dan Besut yang telah
dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Dungun, suka saya jelaskan di sini bahawa
setelah dua kali pertemuan diadakan antara pihak MARA dengan Yayasan Terengganu
bagi membincangkan isu berkenaan pengurangan kuota 80% pengambilan pelajar di
MRSM Yayasan Terengganu di kedua-duanya kepada anak jati Terengganu dan
peningkatan kemudahan infrastruktur di bangunan Yayasan Terengganu gagal
menghasilkan keputusan yang positif, Kementerian telah mengambil keputusan untuk
menamatkan kerjasama antara MARA dan Yayasan Terengganu dengan
memberhentikan pengambilan pelajar baru di MRSM tersebut bermula dari tahun 2003
secara beransur-ansur.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang
berdiri. Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu.
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seperti yang Yang Berhormat sebut bahawa
telah ada perbincangan dan nampaknya Yang Berhormat masih tidak mahu
menimbangkan rayuan daripada kita dan pihak kerajaan telah menemui Perdana
Menteri untuk meminta jasa baik daripada Perdana Menteri untuk kita runding semula
kerana kerajaan negeri seperti yang disebut beberapa kali bersedia untuk berunding dari
segi kuota asalkan kedua sekolah ini tetap terus diberi kebenaran untuk beroperasi.
Jadi, soalannya adakah benar seperti Yang Berhormat sebut dalam perdebatan
dengan Saudara Salehuddin bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada
power, tidak ada kuasa mengubah keputusan Yang Berhormat berhubung dengan
penutupan dua buah maktab di Terengganu ini.
Dato' Serf Mohamed Nazrl bin Abdul Aziz: Jawapannya adalah benar, Yang
Berhormat, sebab kita dalam Jemaah Menteri dalam kita mengambil keputusan, kita ada
collective responsibility, seseorang apabila dia dilantik menjadi Menteri, maka apa
tindakan yang diambil oleh beliau sebagai Menteri akan mengikatkan Jemaah Menteri.
DR.25.3.2003 138
Jadi, sebab itu, perjumpaan wakil daripada negeri Terengganu untuk berjumpa
dengan Perdana Menteri adalah sia-sia kerana tidak mungkin boleh beriaku di mana
Kabinet menolak keputusan dia sendiri. Jadi, sebab itu hasil daripada perjumpaan itu
tidak membawa apa-apa kerana seperti mana kita semua sedia maklum ini adalah
merupakan keputusan yang dibuat oleh saya selaku Menteri yang mengikat Jemaah
Menteri. Itu jawapan saya.
Tuan Hassan bin Mohamed: [Bangun]
Tuan Haji Muhyldin bin Hajl Abd. Rashid: (Bangun]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang nombor dua. Nanti sekejap,
lepas ini pun boleh.
Nombor dua, yang saya hendak sebut di sini iaitu sebenarnya saya telah
berbincang dengan Yang Berhormat bagi Dungun berkenaan dengan penurunan 80%
kepada 40% pada tahun 2000 bulan Julai di Dewan legar di sini. Itu pada tahun 2000,
jadi saya tunggu lama sudah, saya pun rasa hairan juga, kalau sekarang bersetuju
maknanya pada tahun 2002, mengapa tidak boleh beritahu saya pada tahun 2000
dahulu, kita boleh selesaikan banyak masalah.
Bila kita sudah ambil keputusan baru hendak kembali, jadi sukar untuk kita, hari
ini buat keputusan A, kemudian tukar balik. Jadi, sebab itu, kita tidak boleh ten ma
walaupun Kerajaan Terengganu bersetuju pada tahun 2002 untuk terima permintaan
saya tetapi dia sudah terlewat 2 tahun. Saya sudah ambil tindakan. Yang Berhormat
bagi Besut dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang
Berhormat bagi Besut.
Tuan Hassan bin Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah
Yang Berhormat terangkan apakah yang diminta oleh pihak Terengganu sampai tidak
boleh runding, sampai tidak ada langsung perundingan? Dan, apakah yang diminta oleh
Terengganu itu satu perkara yang tidak rasional? Terima kasih.
Dalam persefahaman apabila Kerajaan Terengganu menerusi Yayasan
Terengganu menyediakan bangunan dan meminta MARA membayar kos operasi
MRSM maka syaratnya ialah budak-budak yang ada di MRSM Besut dan Dungun mesti
anak jati 80%. Maknanya kalau kita ada 1000 budak, 800 kena budak Terengganu.
Duit itu adalah duit MARA, duit Pusat, jadi sebab itu Perbendaharaan sebenarnya sudah
DR.25.3.2003 139
melihat persefahaman ini sebagai suatu perkara yang tidak dipersetujui oleh mereka.
Lambat laun dia tidak akan diteruskan MoU ini selagi Kerajaan Terengganu, dengan
tzin, insist mahu 80%.
Saya cuba menyelamatkan keadaan, sebab itu saya minta turun kepada 40%.
Jadi, kalau Kerajaan Terengganu setuju hah itu, turun kepada 40%, saya boleh pergi
berunding dengan Perbendaharaan supaya tidak kacau MoU ini kerana kalau isunya
ialah kerana anak jati Terengganu 80%, maka saya bolehlah jawab, sekarang sudah
turun kepada 40%, bolehlah kita pertahankan.
Itu yang saya mahu keputusan daripada Yang Berhormat bagi Dungun. Tetapi
dia tidak beri kepada saya sehingga 2 tahun, sehingga tahun 2002. Akhirnya saya ambil
keputusan masih lagi belum ada keputusan daripada Kerajaan Terengganu sama ada
bersetuju ataupun tidak di atas permintaan saya untuk menurunkan kuota anak jati
Terengganu daripada 80% kepada 40%. Jadi, itu bukan masalah saya lagi.
Maknanya kalau Yang Berhormat tanya kepada saya, apa permintaan daripada
Kerajaan Terengganu yang saya tidak boleh terima - tidak ada benda. Sebenarnya
permintaan saya yang Kerajaan Terengganu tidak terima iaitu saya minta kuota turun
daripada 80% kepada 40% untuk membolehkan saya mempertahankan MoU dengan
pihak Perbendaharaan. Jadi, apabila tidak beritahu saya sudah 2 tahun, saya ambil
tindakanlah kerana lambat laun MoU Ini tidak akan diteruskan disabitkan kerana isu
kuota anak Terengganu jati itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Kemaman.
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya
hendak tanya mengenai kenyataan Yang Berhormat Menteri pada minggu lepas di
Dungun bahawa kerajaan akan menggantikan penutupan dua buah MRSM dengan
pembinaan dua buah MRSM baru, salah satunya di Kemaman, dan ada syarat pula
sekiranya Barisan Nasional mengambil alih negeri Terengganu.
Saya hendak tanya sekiranya Barisan Nasional tidak boleh ambil a!ih, kalah juga
di Terengganu, adakah program ini akan diteruskan dan mengapa ia terikat dengan
kemenangan Barisan Nasional? Ini mengenai pendidikan untuk anak bangsa kita,
kenapa terikat dengan kemenangan Barisan Nasional di Terengganu? Minta
penjelasan.
DR.25.3.2003 140
Dato' Serl Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, ia mesti
terikat dengan Barisan Nasional sebab untuk memudahkan saya berunding dengan
kerajaan negeri. Sekarang kita hadapi masalah ini pun ialah kerana kerajaan negeri
tidak respons kepada kehendak saya selaku menteri. Jadi kita ada problem sebenarnya.
Jadi, sebab itu, kalau Barisan tidak menang, sudah tentulah saya tidak akan
mendirikan MRSM di Kemaman ataupun di Dungun kerana itu seperti biasa, macam
Yang Berhormat di Terengganu pun, Kerajaan PAS Terengganu menang, KEMAS pun
ia tutup semua. Itu kita terima. Ini politik. Jadi, jangan kalau buat kepada orang, bila
kena diri sendiri kita hendak marah. Jadi, kita jangan begitu. Dan saya punya logik
untuk menyatakan iaitu bahawa kalau BN tidak menang, saya tidak akan mendirikan
kedua-dua MRSM ini kerana di negeri-negeri yang mana BN menang, tuntutan mereka
kepada saya sebagai Federal Minister untuk membangun kawasan mereka itu adalah
lebih. Saya sudah tentu mesti menjaga pengundi-pengundi yang menyokong kita.
Mana ada kita menganaktirikan penyokong kita, itu pertama.
Dan kalau saya tidak dirikan pun MRSM di Dungun dan Besut, ia tidak akan
menjejaskan pendidikan anak-anak Terengganu kerana falsafah kita di mana-mana
MRSM pun, seboleh-bolehnya kita ambil katalah 10%, budak-budak daripada satu
negeri, 10% Terengganu, 10% Kelantan, 10% Pahang. Jadi kalau sekiranya saya tidak
mendirikan MRSM di Dungun, ataupun Kemaman, saya dirikan di tempat yang lain,
pendidikan anak Terengganu tidak terjejas sebab ia punya 10% kuota juga akan wujud
di MRSM yang didirikan di negeri-negeri lain.
Sebab itu tidak berbangkit soal pendidikan anak Terengganu terjejas kalau saya
tidak mendirikan MRSM di Kemaman dan juga di Dungun.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Hulu
Terengganu.
Tuan Muhyidln bin Abdul Rashid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan
Yang Berhormat Menteri. Yang pertama, saya hendak minta hasil daripada jawapan
yang diberi kepada soalan Yang Berhormat bagi Kemaman, adakah dasar yang Yang
Berhormat Menteri sebut tadi itu, dasar yang diputus oleh Kabinet atau dasar
Kementerian Pembangunan Usahawan bahawa mana-mana negeri yang tidak
dimenangi oleh Barisan maka tidak ada sebarang pembangunan daripada segi
pendidikan dan sebagainya, itu yang pertama.
DR.25.3.2003 141
Yang keduanya mungkin Yang Berhormat Menteri teriupa atau sengaja tidak
mahu sebut, bahawa kita telah pernah ada perundingan dan Kerajaan Terengganu telah
menurunkan di satu daripada dua, daripada 80% kepada 50%. 50:50 antara Pusat dan
juga negeri. Ini bermakna bahawa kerajaan sedia berunding. Cuma yang kita hendak
kalau boleh jangan tutup demi kepentingan orang miskin, orang Melayu, orang Islam
yang ada di negeri Terengganu, terutamanya sejak PAS memerintah negeri
Terengganu, peningkatan kejayaan pelajar sangat luar biasa.
Kalau dahulu dalam 400, 500 pelajar dapat 5A tetapi sejak tahun 2001 - 2,223
pelajar mendapat 5A, tahun lepas 2,498 pelajar dapat 5A. Jadi di mana kita hendak
letak pelajar-pelajar ini dalam keadaan kita meningkat daripada segi jumlah pelajar yang
dapat 5A, Kerajaan Pusat melalui MARA menutup dua buah Maktab Rendah Sains
MARA ini.
Dan ini satu perkara yang sangat merugikan orang Melayu dan orang Islam.
Sebab itu kita minta jasa baik lagi sekali supaya dibuka kembali dua pusat ini dan diganti
dengan yang dua itu, tak padan lagi dengan dua yang ditutup ini kerana yang dibuka
dua ini hanya akan ambil 10% sahaja pelajar bumiputera yang miskin daripada negeri
Terengganu ini, sedangkan yang sedia ada 80% dan 50%.
Kita minta jasa baik Menteri supaya perkara ini dapat dikaji semula. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah
Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak
perlu sebutlah sama ada apa yang saya lakukan ini ialah dasar Kabinetkah, dasar
sayakah, apakah, sebab ini tidak perlu diperjelaskan. Setiap Menteri ia berkuasa penuh
di atas apa tindakan yang diambil dan saya bertanggungjawab penuh atas perkara ini.
Kalau salah dan silap saya buat perkara ini, sudah tentu saya kena serangan
bukan sahaja daripada parti pembangkang, daripada Barisan Nasional sendiri. Jadi,
apabila tidak ada, bermakna saudara kena faham sendirilah iaitu bahawa walaupun kita
tidak mempunyai dasar yang kita maklumkan kepada orang ramai tetapi tindakan yang
kita ambil iaitu sudah tentu adalah tindakan yang dlterima oleh Barisan Nasional. Itu
pertama.
Keduanya, Yang Berhormat
DR.25.3.2003 142
Tuan Hassan bin Mohamed: [Bangun]
Dato* Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti sekejap, saya akan beri, ada
masa, jangan bimbang.
Keduanya, saya tahulah iaitu bahawa Kerajaan Terengganu memang akhirnya
terima apa yang saya cadang tetapi terimanya pada tahun masa kita bincang tahun
lepas iaitu di sesi Parlimen di sini, bulan Oktober 2002. Saya hendak jawapan itu tahun
2000. Bila saya beri minta tahun 2000, di tahun 2002 baru bagi keputusan setelah saya
ambil keputusan. Jadi saya tidak bolehlah tukar keputusan begitu sahaja, saya sudah
ambil keputusan dan saya telah beri masa dua tahun.
Jadi, ia tidak kembali balik kepada saya. Jadi bermakna bahawa saya rasa satu
masa dua tahun itu satu masa yang lama, yang boleh membuatkan saya sampai pada
kesimpulan iaitu bahawa Kerajaan Terengganu tidak bersetuju dengan cadangan saya
tetapi bila saya sudah ambil tindakan, baru bersetuju, agak terlambatlah Yang
Berhormat, dua tahun itu lama ya.
Nombor tiga, saya faham Yang Berhormat very prihatin berkenaan dengan
pendidikan di Terengganu dan sebagai Menteri, saya datang daripada negeri Perak,
saya tidak boleh bersikap iaitu bahawa saya prihatin hanya kepada anak-anak Melayu di
negeri Perak. Sebenarnya, nampak sangat iaitu di Terengganu mencapai kejayaan
kerana dahulu tidak begitu tetapi di negeri lain ia punya prestasi meningkat juga. Saya
kena jaga juga negeri-negeri lain. Bukan Terengganu sahaja, saya kena jaga negeri
lain, saya kena jaga Kedah, Johor, Kelantan, Pahang semua. Saya memikirkan tentang
anak-anak Melayu yang belajar di MRSM di seluruh negara. Jadi sebab itu tidak boleh
maknanya saya hanya menitikberatkan kepada satu negeri sahaja, tidak boleh.
Jadi, saya faham Yang Berhormat daripada Terengganu, jadi kuat Yang
Berhormat punya asobiyah hendak tolong orang Melayu Terengganu ini. Saya walaupun
daripada negeri Perak tetapi saya tidak ada menunjuk anak Perak sahaja mesti dapat,
saya tidak. Saya memikirkan untuk seluruh orang Melayu yang berada di Semenanjung,
kerana masalah yang sama Yang Berhormat sebut berkenaan dengan kemiskinan
orang-orang Terengganu, juga didapati ada kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu
di negeri-negeri lain juga. Sebab itu, untuk hendak belanja duit Federal, MARA hanya
semata-mata kerana kita menggunakan bangunan dia, kita kena pastikan 80% adalah
anak jati Terengganu, kita hendak belanja kepada Terengganu sahaja, tidak boleh. Duit
DR.25.3.2003 143
Federal kita kena belanja kepada semua rakyat yang berada di semua negeri dan tidak
di Terengganu sahaja.
Saya minta Besut.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Besut.
Tuan Hassan bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, MRSM YT ini wujud
sewaktu zaman UMNO lagi dan apa yang dipertahankan oleh Terengganu ini ialah apa
yang dipertahankan oleh UMNO yang mewujudkan sebelum ini, dari segi kuotanya, dari
segi kemasukannya. Jadi, apa yang dilihat sekarang ini, UMNO yang buat, UMNO
sendiri yang runtuhkan.
Jadi, kita tida minta lebih. Kita minta pertahankan apa yang Dato' Yusof Noor
pertahankan dahulu. Jadi, sekarang ini marahkan nyamuk, marahkan PAS kelambu
dibakar. Minta pandangan.
Dato' Sen Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, itu
menunjukkan bahawa saya tidak politikkan hal ini. Kalau kita hendak main sentimen
politik, memang betul Yang Berhormat sebut, iaitu orang Yang Berhormat jugalah
daripada Besut, kerana kesedarannya, kerana dia Ahli Parlimen Terengganu pada
ketika itu, maka dia bawa banyak MRSM, malah di daerah Besut ada dua, satu dipanggil
MRSM Besut, satu MRSM Kota Putera.
Jadi, memang betul, UMNO yang bawa tetapi Yang Berhormat kena fahamlah.
Terima kasihlah kerana Yang Berhormat sebut ini. Jadi ini bermakna saya tidak main
politik dalam hal ini. Apa yang saya buat adalah soal prinsip. Prinsipnya ialah yang saya
perjelaskan tadi iaitu Perbendaharaan tidak setuju dengan sistem seperti ini di mana
semata-mata memberikan kita bangunan
Tuan Haji Abdul Fatah bin Hajl Haron: [Bangun]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, duduklah dahulu,
saya jawab yang ini dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila duduk
dahulu Yang Berhormat.
Dato* Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ....semata-mata kerana satu
negeri bagi bangunan, kita guna bangunan itu, maka kita dikenakan 80%, tak adil.
Sebab negeri lain pun minta Yang Berhormat.
DR.25.3.2003 144
Saya hendak beritahu, bukan sahaja negeri yang minta, ada juga macam
syarikat-syarikat yang besar, yang kaya, macam TNB saya hendak beritahu. Tenaga
Nasional Berhad juga cadang kepada saya, dia kata kami berikan bangunan, buat
MRSM TNB, di mana MRSM ini 80% diberi kepada anak pekerja-pekerja TNB dan 20%
terbuka dan MRSM, MARA bayar semuanya. Saya kata, tidak boleh, bila dikata tidak
boleh, itu rujuk Besut dengan Dungun boleh. Jadi, ini yang menjadi masalah kepada
saya.
Soalnya di sini, ini soal prinsip. Negeri lain pun datang. Negeri Selangor datang
minta kepada saya, kami ada bangunan. Negeri Selangor kaya, dia ada tanah, ada
bangunan, dia kata buat sama macam MRSM Terengganu di Besut dan di Dungun, jadi
ini masalah saya. Selagi ada perkara ini, selagi itu orang akan berjumpa dengan saya
untuk mendirikan MRSM yang sedemikian. Tidak boleh 80%, sebab tidak adil. Kita
kena adil bag! sama semua,
Tuan Muhyidin bin Abdul Rashld: [Bangun]
Dato' Serf Mohamed Nazrl bin Abdul Aziz: Yang Berhormat duduk, nanti
saya berijalan. Dont worry, jangan bimbang. Nanti, nanti.
Jadi, sebab itu,
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk dahulu
Hulu Terengganu.
Dato' Serf Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ...sebab itu, soalnya bukan
kerana ini UMNO maka saya kena pertahankan. Saya buat kerja mengikut prinsip.
Walaupun UMNO yang bawa tetapi kalau ianya tidak.., orang kata, bertentangan
dengan apa yang diperlukan pada hari ini, walaupun UMNO bawa, saya tetap akan
menghentikan juga persefahaman ini. Saya tidak ada bias begitu ya. Okey, saya minta
ini Rantau Panjang.
Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Dari jawapan yang begitu panjang lebar dan cara penyampaian tadi, saya nampak jelas
bahawasanya Menteri ini ada sedikit ikhlas tetapi setujukah kalau saya mengatakan
walaupun ikhlas setinggi-tinggi ikhlas, sebaik-baik ikhlas Menteri, dalam menangani
masalah MRSM di Terengganu ini, sedikit sebanyak terpengaruh dengan tekanan-
tekanan politik UMNO Terengganu.
DR.25.3.2003 145
t. Sebab kalau dibandingkan dengan Kelantan umpamanya, Kelantan dalam
keadaan PAS memerintah pun, MRSM Jeli naik juga maknanya itu kalau hendak
dibandingkan,. Mungkin ini oleh kerana pembawaan UMNO Kelantan dengan
Terengganu berbeza. UMNO Terengganu dia suka mendesak menteri-menteri supaya
selari dengan pemikiran mereka itu. UMNO Kelantan tidak demikian. Sebab itu saya
mengatakan cara jawapan tadi, saya nampak Menteri ikhlas tetapi hendak kata takut itu,
lajak sangat tetapi nampak jelas tekanan-tekanan UMNO Terengganu itu kepada pihak
Menteri, bersetujukah?
Dato1 Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertuar kalau Yang
Berhormat kenal saya, saya sukar untuk tunduk kepada mana-mana tekanan ya. Saya
akan tetap buat apa yang saya fikirkan betul dan berprinsip.
Saya tidak langsung berunding dengan UMNO Terengganu, langsung tidak,
demi Allah. Saya tidak langsung sama ada Pemudakah, Puterikah, Wanitakah, ataupun
Ketua Perhubungan sendiri, Timbalan Ketua Perhubungan, Datuk Idris Jusoh, saya
tidak pernah berunding dengan mereka.
Dan apabila mereka menghubungi saya, saya tidak mahu jumpa, saya tidak
mahu jumpa, dia hanya setakat bercakap dengan Setiausaha saya sahaja. Bila
diberitahu iaitu bahawa ada orang UMNO Terengganu hendak jumpa dengan saya,
hendak bincang dengan saya, saya tidak mahu berjumpa. Sehinggakan ada yang marah
pada saya, sebab mereka juga orang Terengganu dan mereka melihat ini yang mereka
bawa ke Terengganu dan saya hendak tutup, dia marah kepada saya, sebab dia kata
mungkin saya orang Perak, tidak ada sentimen Terengganu.
Jadi, saya tidak mahu jumpa langsung, kerana saya sudah buat keputusan, saya
JS bertanggungjawab dan dalam hal ini, tidak ada tekanan daripada UMNO Terengganu
kerana dia pun tahu, kalau dia suruh saya tutup, dia akan hadapi masalah. Sebab itu
4 saya hendak menafikan bahawa tindakan yang saya ambil ini adalah di atas desakan
UMNO Terengganu, itu langsung tidak berlaku. Demi Allah tidak berlaku langsung. Dan
saya tidak pernah jumpa orang dari UMNO Terengganu dalam merundingkan perkara
ini.
Ya, Pokok Sena.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima
kasih rakan saya Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan.
DR.25.3.2003 146
Saya cukup seronok dengan Yang Berhormat, seorang yang terbuka, syabas
dan syabas fasal mempunyai satu pendekatan politik baru untuk berbahas, berdebat
secara terbuka. Ini yang sepatutnya didukung oleh seluoih ahli-ahli politik Malaysia
untuk kita membawa satu pendekatan baru...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya
Yang Berhormat, tidak payahlah.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Inilah yang saya harapkan daripada Ketua
Pemuda UMNO sekarang ini, mencontohi Pemangku ....
Timbalan Yang dl-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Hmmm, tidak
payahlah Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Bekas Pemangku.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: ... soalannya
Yang Berhormat. Ya, soalannya.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ya, terima kasih. Soalannya. Tadi, Yang
Berhormat sebut bahawa soal ini berdasarkan prinsip penutupan ini, hendak kembali
kepada prinsip kerana tidak adil bila diberikan 80%, pertama saya hendak mendapat
penjelasan, adakah ini bermakna bahawa perakuan Yang Berhormat bahawa Menteri
dahulu ini tidak ikut prinsip, sewaktu dia buat ini. Dia menjadi Ahli Parlimen di situ, dia
bawa balik, dia tidak ikut prinsip dan dia tidak berunding pun dengan Perbendaharaan
dan sebagainya. Dia kira mungkin pada waktu itu dia mengambil kira kerana
kepentingan politik, politik dia, maka dia buat.
Yang kedua, Yang Berhormat kata tadi Yang Berhormat tidak bias dalam soal ini.
Saya bersetujulah kalau betul tidak bias tetapi seperti disebut di dalam akhbar, Yang
Berhormat kata, akan dibuka semula kalau BN memang. Hah, itu menggambarkan bias
walaupun Yang Berhormat menjawab tadi bahawa ini adalah untuk persoalan
memudahkan rundingan. Saya percaya bahawa sekarang ini sudah ada kesediaan dari
kerajaan negeri untuk berunding. Tak kanlah tidak boleh untuk kita berunding balik untuk
membuka semula, walaupun tindakan sudah pun dilakukan.
Kalau kita memang betul-betul tidak bias, bersikap terbuka, okey, kita bersedia.
Apabila kerajaan negeri sudah bersedia untuk berunding semula, kita boleh melakukan
perundingan demi untuk kepentingan anak bangsa kita.
DR.25.3.2003 147
Dato" Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Lain kali Yang Berhormat datanglah
awal sedikit, saya sudah jawab. Ini datang lambat, jadi berulang-ulang balik. Terima
kasihlah puji saya berbahas ini. [Ketawa] Sebenarnya Yang Berhormat saya bukan
hendak bahas dengan Salahudin itu. Saya hendak bahas dengan Pokok Sena. [Ketawa]
Saya harapkan dia bela timbalan dia. Maknanya, saya Ahli Parlimen Chenderoh, takkan
hendak bahas dengan timbatan. Harapan saya ialah dia bahas dengan saya. [Ketawa]
Tetapi dia dok cari Ketua Pemuda, saya cari dia, janganlah lari Yang Berhormat. Saya
harap sebagai ketua bela timbalan itu. Ini tak, dia lepas timbalan kepada saya macam
itu sahaja, tak patut betullah, tak patutlah. [Ketawa] Bila kita berdualah, sama standard.
Yang Berhormat Ahli Parlimen, saya Ahli Parlimen,
Tuan Haji Mahfuz bin Hajl Omar: [Bangun]
Dato* Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti saya bagi balik. Sebenarnya
itu yang saya harapkan. Sampai habis dia lepas timbalan dia seorang dengan saya. Dia
tinggal di bawah. Tak boleh macam itu Yang Berhormat, kita kena bela anak buah.
Okay, tak apa, bagi peluang.
Kemudian, waktu Yusof Nor buka, dia ikut prinsip, betul. Ini betul. Kerana apa
pada ketika itu kita panggil MRSM itu dedicated MRSM. Pada ketika itu kita ada tentera,
kita ada polis. Jadi, tentera bagi bangunan di Terendak, maka kita kata okay you bagi
bangunan kita buka MRSM, peratusan yang tinggi budak-budak yang masuk ke MRSM
ini ialah anak-anak tentera, saya ingat 20% atau 30% untuk bukan anak tentera.
Begitu juga polis, polis bagi tanah di Kulim, sebab itu kita panggil MRSM Kulim
sebagai MRSM-PDRM gitulah. Jadi, peratusan tinggi pelajar-pelajar itu adalah anak-
anak polis, yang bakinya adalah anak bukan polis. Jadi, berdasarkan kepada itu Yusof
Nor pun fikir ini prinsip sudah ada, ada ikutan boleh rujukan. Sebab itu dia buat, dia kata
"okay saya bagi bangunan kepada MRSM, kepada MARA buat macam polis, bagi
peratusan tinggi kepada anak jati Terengganu, fea/ancenya kepada yang bukan anak
Terengganu dan MARA kendalikan," dia ikut. Tetapi selepas itu bila diketahui oleh
Perbendaharaan, maka Perbendaharaan tidak setuju, dia cuma beri pengecualian
kepada polis dan juga tentera kerana mereka ini pindah randah - tentera kena pindah ke
Sarawak, polis pindah ke Sabah. Jadi, untuk menjaga pendidikan anak mereka,
diizinkan ini, tetapi tak bolehlah kepada negeri. Sebab itu Perbendaharaan tidak setuju,
DR.25.3.2003 148
kerana negeri kalau kita buka kata kepada Terengganu "apa sumbangan orang
Terengganu seperti sumbangan yang diberi oleh tentera dan juga polis, dia tak sama."
Sebab itu, selepas itu baru keluar iaitu keputusan yang mana Perbendaharaan
tak setuju. Ada sejarah di sebaliknya Yang Berhormat. Maknanya semasa Yusof Nor
buat, itu betul dia ikut polis dan tentera, tetapi setelah berjalan maka Perbendaharaan
tidak bersetuju kerana soalnya tak boleh buat macam ini kerana negeri lain juga akan
minta. Kita ada masalah-masalah lain lagi. Katalah macam polis dengan tentera dia
bukan kerajaan, jadi dia tidak ada pertukaran. Tetapi kalau negeri dia boleh tukar
kerajaan. Jadi, bila kita hendak runding balik, hendak suruh buat bangunan tak boleh
dan macam-macam lagi. Dia ada problem praktikal yang lain lagi dalam hal ini. Jadi, itu
sebagai jawapan kepada Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin HaJI Omar: [Bangun]
Dato' Seri Mohamed Nazrl bin Abdul Aziz: Nanti tak habis lagi - ada yang bias
ini, saya kena jawab. Yang Berhormat bercakap tentang bias. Saya hendak beritahu, ini
saya jawab sebentar tadi iaitu kalau kata ada pilihan raya, kalau negeri yang parti saya
menang sudah tentu saya mesti mengadakan projek ini di negeri yang saya menang.
Tetapi walaupun di negeri saya menang, daripada segi pengambilan pelajar tadi, ia
adalah sama iaitu budak Terengganu kalau dasar kita iaitu di tiap-tiap MRSM kita ambil
10% daripada tiap-tiap negeri, walaupun MRSM ini buat di Baghdad sebagai contoh,
bukan negeri kita, tetap 10% itu Terengganu punya. Jadi daripada segi itu saya tak bias,
maknanya kita akan bina juga.
Apa yang mungkin tak berlaku ialah pembangunan di kawasan Terengganu itu,
itu sahaja. Daripada segi pembangunan pendidikan anak-anak Terengganu tak terjejas
kerana kalau saya buat di mana sekalipun maknanya kuota Terengganu tetap juga ada.
Tuan Hajl Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat Dato'. Tadi
sedikit response pasal debat kata Yang Berhormat sepatutnya berdebat dengan saya.
Tak pernah Yang Berhormat cabar saya. Jadi, Yang Berhormat sudah cabar untuk
berbincang dengan timbalan saya, jadi berdebat dengan timbalan sayalah. Itu pun mujur
dengan timbalan saya, kalau dengan saya terlondeh kain malam itu. [Ketawa] Kita
tengok Yang Berhormat pakai kain. Terlondeh kain berat Yang Berhormat, kalau pakai
seluar dalam tak apa. [Ketawa]
DR.25.3.2003 149
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Terus Yang
Berhormat,
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Cuma saya hendak dapatkan sedikit
kepastian, tadi Yang Berhormat jawab bahawa sewaktu dibuat semasa menteri dahulu,
dia buat kemudian diketahui oleh Perbendaharaan. Saya punya faham bermakna
bahawa sewaktu pembinaan itu tidak dirujuk kepada Perbendaharaan. Dia hanya
mengambil prinsip apa yang berlaku dibuat diperuntukkan kuota kepada anak-anak
tentera dan anak-anak polis. Jadi, saya hendak dapat penjelasan ini adakah bermakna
Yang Berhormat bersetuju bahawa bekas menteri dahulu tidak pernah merujuk kepada
Perbendaharaan hendak lakukan ini sama ada dia memenuhi prinsip yang sebenarnya
ataupun tidak. Itu sahaja keputusan.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sebenarnya apa yang kita buat
sekalipun yang tidak ada kaitan untuk kita merujuk kepada kementerian lain, kita tak
perlu rujuk. Saya kalau sekiranya tidak dimaklumkan oleh MARA kepada saya, saya pun
tidak akan ambil tindakan ini. Tetapi apabila dimaklumkan oleh MARA baru saya ambil
tindakan. Jadi, Itu bezanya. Maknanya kalau waktu saya jadi Menteri, MARA tidak
memaklumkan kepada saya bahawa Perbendaharaan tidak bersetuju hal ini, saya pun
tidak ambil tindakan. Tetapi apabila mereka tidak bersetuju kerana duit ini mereka yang
keluarkan. Jadi, bila dia keluar duit dia hendak menentukan iaitu duit ini mesti diterima
oleh semua.
Jadi, bila dia tengok memorandum of understanding ini, duit ini duit Federal
tetapi cuma keuntungannya dapat kepada Terengganu 80% jadi dia tak setuju. Bila dia
tak setuju, dia beritahu kepada kita. Jadi, selepas itu baru saya ambil tindakan. Tetapi
Yang Berhormat hendak bahas ini sebenarnya tidak ada limit, kita boleh bahas lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukup
Yang Berhormat.
Dato' Serf Mohamed Nazri bin Abdul Aziz; Saya pun dengar Yang Berhormat
pergi ke kawasan saya. Selepas itu dia cabar, saya tak ada masalah, perbahasan pada
bila-bila masa. Okay bag! tahu tajuk apa sahaja kita bahas berdua [Ketawa] no problem,
Itu sahaja. [Disampuk] Yang Berhormat cadanglah apa tajuk sekali...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukup
Yang Berhormat.
DR.25.3.2003 150
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Jangan kepada timbalan saya.
Dato' Seri Mohamed Nazrf bin Abdul Aziz: Itulah saya pun frust juga, pasaf
timbalan. Saya terpaksa cabar timbalan sebab timbalan dia datang ke kawasan saya.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Okay Yang Berhormat, saya cabar Yang
Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak. Saya tak balik kawasan lagi
ini. Saya dari luar negeh, saya sudah dengar berita kata ada cabar. Itu saya hendak
turun.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukup
Yang Berhormat.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya bukan cabar. Saya cuma kata "padan
dengan ketua cawangan Chenderoh sahaja."
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak apa, tak ada masalah, itu
pandangan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pindah kepada
yang lain Yang Berhormat.
Dato* Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, walaupun saya
hendak pindah saya hendak beritahu, ada orang dia kata saya kurang adab, pergi ke
majlis yang rasmi pakai kain. Dia hina pakaian Melayu kita. Apa salahnya.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk]
Dato* Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bukan you, bukan dia. Dia punya
kawan, Pemuda PAS. Dia kata Dato' Nazri tak ada adab, pergi ke majlis yang rasmi itu
pakai kain, pakai baju kurung, pakai kopiah. Itu pakaian tok nenek kita, apa salahnya,
hina benarkah.
Seorang Ahli: Tak hina.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tak hina, jadi janganlah kata saya
tak ada adab, tak betui itu. Malu kita, takkan kita malu dengan pakaian nenek moyang
kita, betui Yang Berhormat. Lain kali jangan cakap macam itu ya, sebab ini pakaian
nenek moyang kita. Saya bangga pakai kain, itu tidak ada masalah. Londeh tak londeh
yang dok londeh ini dia punya geng di sana itu. [Ketawa] Saya pasti ikat kejap - pasti.
[Ketawa]
DR.25.3.2003 151
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa
Terengganu sudah dapat dua MRSM-YT di Dungun dan Besut. Dan Yang Berhormat
Menteri kata kita takut nanti negeri lain minta juga. Pada saya, apa yang kita bimbang
yang negeri lain minta, sedangkan ini untuk kepentingan anak Melayu, anak orang
miskin, mana-mana negeri hendak buat asalkan kita kontrol daripada segi mutunya,
daripada segi tidak ada unsur politik dan sebagainya. Begitu juga Yayasan MARA
Terengganu daripada segi gurunya semua MARA yang kontrol. Kalau ada unsur politik,
benci pemimpin dan sebagainya, pihak MARA boleh pecat, boleh tukar serta-merta.
Jadi, yang mustahaknya anak bangsa kita dapat belajar, dapat berjaya. Seperti
yang saya sebut tadi di Terengganu 2,498 pelajar dapat 5A, dan Ketua Pengarah
Pendidikan Negeri menyebut hanya 420 orang sahaja ada tempat masuk ke sekolah
asrama penuh. Yang 2,000 orang lebih lagi ini kita hendak letak di mana? Dalam
keadaan macam itu kementerian tutup dua Maktab Sains MARA yang boleh memuat
300 setiap satu, maknanya 600 pelajar tingkatan satu sepatutnya boleh masuk. Tetapi
kementerian tutup dalam keadaan kita sangat memerlukan dengan alasan kita takut
negeri lain minta juga.
Ini saya rasa pelek. Apa salahnya negeri lain minta kalau dia boleh sediakan apa
yang kementerian sanggup, yang kementerian minta, syarat-syarat daripada
kementerian dia boleh patuh, maka apa salahnya demi kebaikan orang Melayu
bumiputera kita.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang
Berhormat.
Dato' Serl Mohamed Nazrl bin Abdul Aziz: Yang Berhormat tak faham kot, dia
cakap 'germang", saya cakap bahasa Melayu. Memang tak boleh Yang Berhormat,
sebab Perbendaharaan tak boleh terima ini. Jadi, bukan soal saya takut negeri lain
datang saya tak bagi, tak boleh. la tidak boieh buka MRSM dan 80% anak jati negeri itu,
tak boleh, sebab duit Perbendaharaan itu ialah untuk duit semua rakyat. Jadi, tak boleh.
Perbendaharaan sudah kata reservation dia, kita kena ikutlah sebab dia keluarkan
wang. Jadi, dia tentukan kita kena belanja wang macam mana.
Jadi, soalnya bukan saya takut negeri lain. Kalau diboiehkan, saya buka semua
negeri, tak ada masalah. Negeri saya banyak sekali saya hendak buat. Tetapi kerana
DR.25.3.2003 152
tak boleh, Perbendaharaan kata ini bukan kaedah perbelanjaan duit. Kalau tak boleh, *
tak bolehlah walaupun kehendak hati saya hendak buat, tak boleh. Kita kena ikutlah
peraturan. Jangan tak ikut peraturan, bila tak ikut peraturan jadi macam-macam
masalah ini. Agong berucap kita marah semua, tak boleh macam itu. Kita kena ikut
peraturan barulah negara tak kucar-kacir.
Kemudian, Yang Berhormat bagi Besut...
Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Tuan Hassan bin Mohamed: Ada tiga perkara di sink Yang pertama asas
penubuhan seperti Yang Berhormat sebut tadi MRSM polls dengan MRSM tentera.
Pada penubuhannya, asasnya sama, tetapi apabila PAS menang ia sudah berbeza.
Jadi, apa yang kita melihat di sini ketidakadilan berlaku, kalau Terengganu berubah, kita
minta Terendak dan Perlis juga berubah, itu yang pertama.
Yang kedua, asas rundingan. Perkara rundingan ini benda bukan ada limit dan
time frame, Maknanya kita berunding sampai kita puas berunding, dan kita turun sampai
ke 50%. Tetapi oieh sebab kita kata Yang Berhormat keras sikitlah, maka Yang
Berhormat mengambil tindakan membakar kelambu.
Kemudian, keputusan Perbendaharaan, saya pun tak faham keputusan ini,
keputusan mana yang lebih tinggi, keputusan Menteri ataupun keputusan
Perbendaharaan yang lebih tinggi. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazrl bin Abdul Aziz: Saya jawab yang ketiga dahulu.
Bila mari dalam kaedah perbelanjaan, kita kena ikut Perbendaharaan. Itu cara kita buat
kerja. Kita berikan allocation, kemudian bila hendak belanja duit kita kena ikut.
Maknanya apa yang aturan, peraturan yang ditentukan oleh mereka itu kita kena ikut.
Sebab itu dalam soal perbelanjaan duit ialah soal Kementerlan Kewangan.
Kemudian runding, saya fahamlah Yang Berhormat kata tidak ada masa. Kalau
sepuluh tahun macam mana. Tak bolehlah. la mesti ada masa sebab kita tak boleh kata «*
sampai bila-bila, tak boleh, mungkin lima tahun, mungkin enam tahun, lambat. Saya
terpaksa mengambil keputusan dan saya sudah bagi masa lama. Saya pun tak faham,
kalau Kerajaan Terengganu boleh buat keputusan pada bulan Oktober 2002 terima
cadangan saya, mengapa tak boleh buat keputusan itu pada tahun 2000 waktu saya
maklumkan kepada Dungun tentang perkara ini. Banyak masalah kita boleh selesai.
DR.25.3.2003 153
Jadi, jangan salah saya, saya sudah bagi masa dua tahun. Dua tahun itu lama
Yang Berhormat, lama. Kemudian berkenaan dengan kaedah tadi. Saya hendak bagi
tahu di sini sebenarnya daripada segi Perbendaharaan dia profesional. Peraturan ini
bukan datang daripada Menteri atau sesiapa. Ini daripada kaedah mereka fikirkan
kaedah perbelanjaan duit. Mereka tidak bersetuju iaitu bahawa wang Federal
dibelanjakan kepada satu projek Federal tetapi untungnya satu negen sahaja. Jadi, itu
bukan dibuat kerana PAS menang. Malah saya hendak bagi tahu saya cuba runding
supaya hendak menyelamatkan keadaan minta supaya 80% turun ke 40%. Jadi, kalau
hari itu Kerajaan Negeri Terengganu setuju 40% saya boleh jumpa balik dengan mereka
nyatakan itu bahawa 40% okaylah tidak ada masalah kan. Tetapi kerana sudah lambat
hendak buat macam mana. Kalau saya memikirkan iaitu bahawa saya bias saya kata
oleh kerana PAS menang di Terengganu tutup. Saya tidak runding langsung dengan
Dungun. Langsung saya tidak berunding, saya tutup terus. Tetapi saya juga
memikirkan tentang Terengganu juga. Sebab itu saya minta 40%. 40% boleh telanlah
sikit daripada 80%. Budak Terengganu sahaja belaka mana boleh. Jadi, sebab itu
maknanya saya tidak ada bias terhadap Kerajaan Terengganu yang diperintah oleh PAS
sebab saya runding lagi dengan Dungun, tanya dia. Saya minta kepada dia, you
turunlah 40%. Saya boleh bercakap.
Soal Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu tadi iaitu bahawa anak-anak
Terengganu banyak berjaya,
Tuan Mohd. Apandl bin Hajl Mohamad: [Bangun]
Dato* Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jeli jangan risau. Saya bagi jalan
sebab harimau banyak di Jeli itu. Okay, no problem. Duduklah. Macam harimau pun
tengok. [KetawaJ Jadi, Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu saya faham iaitu
bahawa di Terengganu banyak budak lulus tinggi tetapi bukan di Terengganu sahaja.
Tidak cukup tempat ini di Kedah, di Kelantan, Kelantan lagi banyak, di Pahang, semua
negeri macam itu Yang Berhormat. Bukan soal isu Terengganu sahaja. Jadi, sebab itu
kita kena seiesai masalah di seluruh Malaysia bukan satu negeri sahaja.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]
Dato* Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya bagi harimau...minta maaf
Jeli, Jeli.
DR.25.3.2003 154
Tlmbalan Yang dl-Pertua [Dato* Hajt Muhamad bin Abdullah]: Panjang lagi >
Yang Berhormat yang ini.
Dato1 Serl Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau dia orang tanya saya kena <•
jawab Yang Berhormat.
Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato* Hajl Muhamad bin Abdullah]: Kalau tidak
bagi saya boleh kata tidak bagi Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan Yang Berhormat Menteri. Oleh kerana MRSM ini merupakan tempat saya menuntut
dan kebetulan saya merupakan ahli Parlimen yang pertama keluaran MRSM di Malaysia
sekarang ini. [Tepuk] Kebetulan juga ADUN yang pertama daripada MRSM juga.
Tlmbalan Yang dl-Pertua [Dato* Hajl Muhamad bin Abdullah]: Persoalan
Yang Berhormat, tidak payah Yang Berhormat ya. Panjang sangat sudah itu.
Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Saya hendak tanya sedikit Yang
Berhormat Menteri. Sekarang ini keputusan yang diberikan oleh Treasury kepada
kementerian Yang Berhormat itu bila? Katalah tahun 2000 dan MRSM itu dibuka bila,
MRSM Terengganu sama ada di Dungun ataupun di Besut, bila? Jadi, apakah Treasury
mengambil tempoh masa yang begitu lama sampai lebih enam, tujuh tahun. Patutlah
kita selepas ini hendak kena tambah RM22 bilion bajet untuk suku keempat. Saya
hendak tanya kenapa boleh jadi macam itu sampai begitu panjang sampai enam, tujuh
tahun baru sedar tentang kesilapan ini. Kenapa boleh jadi macam itu? Zaman Yang
Berhormat barulah Treasury sedar. Zaman sebelum Yang Berhormat Treasury tidak
sedar. Macam mana boleh jadi begini sampai lima, enam tahun jadi begini. Minta
penjelasan.
Dato' Serl Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Itu jangan tanya saya, kena tanya
Treasurylah sebab saya diberi maklum oleh MARA waktu saya menjawat jawatan ini
sebagai menteri, saya dimaklumkan oleh MARA iaitu bahawa sistem di mana kita "
mengguna bangunan orang lain dan kita bagi ini tidak dipersetujui oleh
Perbendaharaan. Saya pun tidak tahulah jangan tanya saya. Saya bukan Menteri
Kewangan. Mungkin daripada segi apabila MOU ini tahun 1995, jadi mungkin bila 1995
bangunan baru bila sudah lima tahun bangunan sudah mula usang. Jadi, bila bangunan
usang maka duduk bincang dengan Yayasan Terengganu. MARA minta supaya baik
pulih bangunan, baik pulih itu buat ini, bila sudah nampak bocorkah apa. Jadi, apabila
DR.25.3.2003 155
t mungkin ada perundingan ini Yayasan Terengganu tidak mampu hendak buat. Mungkin
itulah munculnya masalah baru tahu bahawa ada masalah tain dalam soal MOU ini
# kerana tidak boleh bina bangunan baru duit tidak ada. Kemudian mungkin Yayasan
Terengganu kata iaitu bahawa minta MARA bayarlah. Jadi, bila MARA rujuk kepada
Perbendaharaan cara perbelanjaan duit ialah peruntukan yang diberikan kepada MARA
tidak boleh dibelanjakan kepada bangunan yang tidak dimiliki oleh MARA. Itu cara
perbelanjaan.
Jadi, inilah munculnya masalah-masalah lima tahun kemudian setelah MOU ini
ada. Mungkin saya pun tidak tahu. Kalau tidak sebelum ini mungkin Perbendaharaan
tidak tahu bahawa ada masalah seperti ini. Hendak beianja duit MARA tidak boleh. Ini
bukan bangunan milik MARA. Duit MARA hanya boleh dibelanjakan di atas hartanah
MARA. Sebab itu saya juga cuba hendak selamatkan masalah, saya minta hendak beli
bangunan dan tanah MRSM Yayasan Terengganu di Dungun dan Besut untuk hendak
menyelamat. Tetapi apabila saya bagi cadangan itu MARA kata saya hendak berniaga.
Jadi, nampak tidak seriuslah kita hendak selamatkan suasana. Kita serius benda ini.
Kalau tidak boleh kata jual, cakap tidak boleh jual. Tetapi sebenarnya Yang Berhormat
kalau kita memikirkan tentang pendidikan anak Terengganu tidak kisahlah siapa yang
memiliki bangunan itu asalkan yang dapat manfaat ialah anak Terengganu. Jadi, soal
siapa miliki ini tidak patut berbangkit. Tetapi bagi kami MARA berbangkit kerana kami
tidak boleh beianja duit MARA kalau tanah itu dipunyai oleh bukan MARA. Jadi, saya
buat kerja tidak ada main-main, saya buat kerja betul. Saya cuba selamat tetapi kalau
Kerajaan Terengganu tidak setuju hendak jual saya boleh buat apa.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: [Bangun)
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aztz: Okay, habis ini. Banyak Yang
» Berhormat, saya jawab dah.
Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato1 Maji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak
hendak bagi.
Dato' Seri Mohamed Nazrl bin Abdul Aziz: Okaylah, Hulu Terengganu banyak
maklumat dia bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Selepas ini
cukup Yang Berhormat.
DR.25.3.2003 156
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ha, last ya.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Last pasal MRSM yang last ini.
Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pindah yang
lainlah.
Dato* Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Okay, okay.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Selepas
Pokok Sena pindah ke lain.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tadi kalau apa yang saya dengar Yang
Berhormat menyebut bahawa Treasury mengatakan peraturan, peraturan tidak boieh
beri 80% hanya kepada kerana duit Kerajaan Persekutuan hanya dimanfaatkan 80%
untuk anak-anak Terengganu. Kemudian Yang Berhormat sebut tadi bahawa kalau
kerajaan negeri bersetuju dengan perundingan turun kepada 40% maknanya bolehlah
pergi berunding balik. Maknanya bolehlah kalau tidak ikut peraturan pun kalau 40%.
40% pun turun 40% bermakna bahawa masih lagi majoritinya ialah untuk anak
Terengganu. Maknanya masih lagi tidak mengikut peraturan tetapi Yang Berhormat
kata bolehlah Yang Berhormat pergi berunding. Berunding itu maknanya Yang
Berhormat yakin bahawa Treasury akan bersetuju dan Treasury juga boleh untuk
mengetepikan sedikit peraturan tersebut.
Jadi, oleh sebab itu saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat kalau
boleh Yang Berhormat masuk datam Kabinet supaya membolehkan mana-mana kalau
yang kata takut negeh-negeri lain minta kalau semua negeri minta buat macam mana
model yang ada di Yayasan Terengganu tidak timbul anak Kedah hendak datang
mengaji masukkan kuota ke anak Terengganu kerana di Kedah sudah ada. Tidak timbul
masalah takut nanti negeri lain tidak dapat manfaat sebab kesemua negeri ada satu
ataupun dua seperti mana model MRSM di Dungun dan juga di Besut. Sekian.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Dua perkara saya hendak sebut ini
Yang Berhormat. Kalau saya ikut cara 10% saya tidak payah runding lagi dengan
Kerajaan Terengganu bermakna itu memang 10% memang dasar yang diberikan.
Tetapi antara 40% dengan 80% itu banyak beza dia kerana 80% itu orang kata apa full
majority, more than 50%. 40% ini saya bolehlah berjumpa dengan dia orang.
Bermakna kalau 40% ini sudah tentu below 50% bukan majoritilah.
DR.25.3.2003 157
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Da pat tidak
dapat belum tentu tak?
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ah..belum tentu lagj. Saya akan
cuba runding. Saya pun hendak jaga juga Yayasan Terengganu. Sebab kalau saya
bersetuju dengan 10% tidak payah rundinglah, tidak payah jumpa dengan Dungun pun.
Tetapi hendak sedapkan hati Dungun saya rasa bolehlah kalau you try 40% kerana 40%
ini less than 50%. Kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain mungkin dia lebih
tetapi kalau dikirakan di antara Terengganu dengan non-Terengganu dia minoriti, JadiF
bukanlah majoriti macam Yang Berhormat sebut, apabila dibanding antara Terengganu
dengan non-Terengganu. Itu lebih penting sebab kalau ikut negeri memang negeri lain
sikitlah tetapt kalau kita kira Terengganu dengan non-Terengganu then Terengganu is
already a minority daripada pandangan itu.
Sebab itu 40% itu saya rasa boleh, dan tujuan saya apabila saya kata 40% ini
boleh kerana bila saya bagi 40% kepada Terengganu di Yayasan Terengganu kita boleh
adjust balik overall di negeri lain. Kita kurangkan di Terengganu sana. Jadi, dari segi
mikro, di Dungun dan juga di Besut, nampaknya dari segi negeri, dia majoriti tetapi dari
segi makronya, saya akan kurangkan kuota di negeri lain. Akhirnya, dia sama balik.
Jadi, kita boleh runding ikut itu Yang Berhormat. Sebab itu saya rasa 40% saya
boleh jumpa dengan mereka, minta - kerana hendak selamat ini - dan kalau mereka
tidak bersetuju juga, saya boleh bagi alasan. Di negeri lain kita overall, kita ambil
average sama balik. Kita boleh buat. Tetapt kalau 80%, terlalu tinggi sangat. Hendak
adjust balik, susah. Sampaikan mungkin di sesetengah MRSM, langsung tidak ada
orang Terengganu. Itu pun tidak adil juga.
Jadi, sebab itu 40% ini saya rasa satu jumlah yang saya boleh bawa balik dan
berunding dengan mereka dengan alasan yang saya beri sebentar tadi.
Pada penghujung bulan Disember2002....
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: [Bangun]
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang
Berhormat.
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Ada, last, last
DR.25.3.2003 158
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya hendak bagi adillah, Tuan Yang di-
Pertua.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: MARA telah menerima....
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti dulu.
Dato7 Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: MARA telah menerima surat
daripada Yayasan Terengganu. Surat ini ada di sini saya bawa merata-rata sebab
orang tuduh saya yang tutup ini. Haji Yusof bin Tahir yang sign, pengarah. Dia yang
mengarahkan MARA mengosongkan MRSM Yayasan Terengganu, Dungun selewat-
lewatnya pada 5 Januari 2003. Belum masuk, sudah kena keluar. Kalau sudah masuk,
keluar tidak boleh juga Yang Berhormat. Ini belum masuk, sebab sekolah buka 5
Januari. Belum masuk, sudah suruh keluar. Surat dihantar pada 19 haribulan, 20
haribulan MARA terima. 5 haribulan, dia kata, tidak boleh pakai. Macam mana dalam
masa 14 hari kita hendak adjust? Dia tidak bagi kita masuk.
Jadi, saya prihatin. Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa khas iaitu
Jawatankuasa Operasi Pemindahan MRSM Yayasan Terengganu telah ditubuhkan
untuk melaksanakan arahan pemindahan pelajar, guru dan harta benda MRSM yang
berada di bangunan Yayasan Terengganu. Setelah bermesyuarat, jawatankuasa
tersebut telah membuat beberapa keputusan berkenaan pemindahan pelajar, guru dan
peralatan yang disediakan oleh MARA.
Semua pelajar MRSM Yayasan Terengganu, Besut dan Dungun telah diberikan
cuti mulai 28 Januari 2003 sehingga 14 Februari 2003. Seramai 648 orang pelajar telah
dipindahkan ke MRSM Kuala Terengganu, Muadzam Shah, Kuala Lipis, Pasir Tumbuh
dan Kuala Krai pada 15 Februari 2003.
Yang ini pun saya jaga juga. Saya beritahu kepada pengurusan MARAr "You
hendak hantar mereka, hantar ke Kelantan" sebab nanti dia kata saya main politik pula.
Tetapi kita Kelantan hanya boleh di tiga tempat sahaja, cuba tetapi tidak boleh. Jadi,
Muadzam Shah dan Kuala Lipis terpaksa juga terima. Sebab saya hendak jaga. Nanti
saya pindahkan ke negeri lain, dia kata, Tengok, menteri main politik. Ha, tidak hantar
ke Kelantan. Hantar ke negeri lain. Hendak bagi susah ibu bapa."
Saya kata bagi mudah ibu bapa. Sebab itu saya ingat macam di Muadzam Shah
kita ambii juga kerana bagi ibu bapa di Kemaman, dia dekat sedikit. Sebab itu kita
DR.25.3.2003 159
ambil, di Kuala Lipis pun kira dekat juga. Itu saya cuba jaga. Sebab jadi macam inilah.
Dia mempolitikkan perkara ink
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Sri
Gading berdiri Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Nanti saya habiskan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia hendak
habiskan dulu Yang Berhormat. Sila duduk.
Dato' Serf Mohamed Nazrl bin Abdul Aziz: Operasi pemindahan harta benda
dan peralatan telah dibuat dalam tempoh dua minggu selepas pel ajar mula bercuti pada
28 Januari 2003. Bangunan Yayasan Terengganu yang menempatkan MRSM Yayasan
Terengganu, Besut dan MRSM Yayasan Terengganu, Dungun diserahkan kepada
Yayasan Terengganu secara rasmi pada 1 Mac 2003.
Saya harap supaya bila bangunan ini kosong, seperti yang dikehendaki Kerajaan
Terengganu, dia hendak buat Sekolah Menengah Sains Al-Quran, saya doa supaya ini
dapat dilaksanakan. Kalau tidak dilaksanakan di bangunan-bangunan ini, aniaya sahaja
kepada anak-anak Terengganu yang belajar di situ terpaksa keluar sebelum tarikh dan
tempoh mereka keluar. Jadi, saya harap supaya cepatlah buat sekolah ini untuk
kepentingan hendak menjaga ramai anak Terengganu yang tidak dapat tempat ini.
Walaupun terdapat desakan dari pihak-pihak tertentu supaya kedua-dua MRSM
Yayasan Terengganu ini dibuka semula, namun pihak kerajaan telah mengambil
keputusan untuk tidak membuka kembali kedua-dua MRSM Yayasan Terengganu
tersebut. Saya tidak buka balik sebab surat ini datang dari Yayasan Terengganu. Dia
suruh kita keluar. Saya ikut cakap dia, kita keluar.
Tetapi bila saya buat keputusan untuk keluar, kemudian Kerajaan Terengganu
lantik Yang Berhormat bagi Dungun untuk mewakili satu rombongan jumpa saya balik.
Ini keputusan tidak boleh main-main sebab -budak-budak ini, Yang Berhormat kalau dia
sudah masuk, kita halau dia keluar, ini akan menjejaskan pelajaran dia. Mereka ada
yang hendak ambil PMR dan SPM. Sebab itu saya terpaksa ambil keputusan.
Walaupun ada rombongan hendak jumpa dengan saya, saya kata tidak boleh, sudah
buat keputusan. Sebab budak-budak ini kita kena jaga.
DR.25.3.2003 160
Buat satu keputusan muktamad, pindah, kita pindah supaya dia boleh *
memusatkan perhatian dia kepada pendidikan dia sepanjang tahun ini. Walaupun Yang
Berhormat bagi Dungun marah kepada saya sebab dia kata: "Apa? Menteri ini besar B
sangatkah? Kalau tidakjumpa Menteri, jumpa Perdana Menteri!" Jumpalah. Tetapi kita
semua tahu keputusan itu adalah tetap.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Sri
Gading.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Penjelasan Yang Berhormat Menteri bagi saya sudah dua kali cukup terang dan jelas.
Urutan peristiwa penutupan MRSM di Terengganu ini sebenarnya sudah selesai dan
Menteri betul. [Menyampuk] Yang salah ini Kerajaan PAS, dan seluruh rakyat faham.
Jadi, saya berharap Kerajaan PAS Terengganu ambil ini sebagai iktibar. Lain
kali, kena berhati-hati: Pelajaran, pendidikan, bukan perkara main-main. Jadi, saya
rasa Yang Berhormat Menteri tidak payahlah hendak layan kerenah PAS ini kerana dia
sudah merasa bersalah. Dia tidak mahu perbetulkan kesiiapan dia. Jadi, tidak payah
hendak jawab, beralih kepada cerita lain. [Ketawa]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih Yang Berhormat.
Tetapi sebenarnya Yang Berhormat - terima kasih - memang saya hendak teruskan ini,
tetapi saya kena jawab sebab di Terengganu dia cakap lain. Jadi, di sini ada
kesempatan, dia tanya, bagus juga, saya boleh jawab, pemberita boleh tulis apa
jawapan saya. Kalau saya tipu, saya tipu dalam Dewan ini. Kita semua Ahli Yang
Berhormat. Saya tidak tipu dalam hal ini.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat bagi
Bagan berkenaan penggunaan teksi berkupon. Ha, terima kasih Yang Berhormat, *•
nampak tidur lena tadi. Sistem teksi berkupon yang dilaksanakan di Sunway Piramid
telah diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan, Kementerian
Pembangunan Usahawan pada 30 Oktober 2002.
Tujuan sistem kupon ini ialah untuk mengatasi masalah pemandu teksi yang
sering tidak rnenggunakan meter di tempat popular yang menjadi tumpuan pelancong
asing seperti Sunway Piramid dan Sunway Lagoon. Kadar tambang kupon yang
diluluskan oleh LPKP adalah mengikut lingkungan zon. Jarak antara satu zon ke zon
yang lain ialah dua kilometer.
DR.25.3.2003 161
Bagi lingkungan zon pertama, iaitu dua kilometer, tambangnya ialah RM4 bagi
teksi budget, RM6 bagi teksi premier. Kadar tambang bagi lingkungan zon-zon
seterusnya ialah RM1 bagi teksi budget dan RM2 bagi teksi premier.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Setiu ingin tahu apakah sikap
kerajaan ....
Tuan Lim Hock Seng: Bagan, Bagan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Bagan
berdiri Yang Berhormat ya.
Tuan Lim Hock Seng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih
Menteri. Saya ada sebut dari Sunway Piramid ke USJ14, kalau ikut meter hanya
RM4.60 tetapi beli kupon, RM11. Jadi, bukankah ini satu sistem yang boleh
membebankan penumpang-penumpang?
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, mungkin itu
meter yang budget Sebab itu Yang Berhormat tengok yang itu mungkin yang premier
kut. Tetapi kalau Yang Berhormat ada betul, beritahu pada saya. Memang dia tidak
boleh berlaku macam itu kerana meter mengikut zon dan kita buat kira-kira pun,
maknanya kalau guna kupon, kalau dia ada lari pun, lari sedikit sahajalah. Dia tidak
akan lari sampai Yang Berhormat sebut itu, RM5 ya?
Tuan Lim Hock Seng: Terima kasih. Benar-benar itu teksi budget Teksi
yang Proton Saga itu. Jadi, meter RM4.60 tetapi beli kupon, RM11. Itu benar.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya harap Yang Berhormat
tolong beritahu makiumat kepada saya. Memang kita boleh izin perkara ini berlaku.
Kalau guna kupon, dia tidak boleh lari jauh daripada kalau ia menggunakan meter.
Saya minta Yang Berhormat bagi makiumat kepada saya.
[Timbalan Yang di-Pertua Datuk Lim Si Cheng mempengerusikan Mesyuarat]
Yang Berhormat bagi Setiu ingin tahu apakah sikap kerajaan terhadap mentor
menthe, vendor dan francais. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan akan terus
memberi penekanan kepada program pembangunan francais kerana ia merupakan
salah satu strategi untuk mempercepatkan pencapaian matlamat MPPB dengan
meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera di dalam perniagaan francais.
Komitmen kerajaan terhadap program ini dapat dilihat menerusi peruntukan RM100 juta
DR.25.3.2003 162
yang disediakan untuk pelaksanaan program ini di bawah Rancangan Malaysia *
Kelapan.
Sehingga Mac 2003, seramai 638 orang usahawan francais telah dibangunkan «
melibatkan 89 franchiser. Menerusi program ini usahawan bumiputera telah berjaya
melibatkan diri dalam pemiagaan francais iaitu khususnya dalam bidang makanan,
kosmetik, keperluan rumah, service kereta, farmasi dan kedai cermin mata. Daripada
jumlah tersebut adalah dianggarkan 70% masih aktif dalam perniagaan francais.
Antara punca utama kegagalan franchisee yang selainnya adalah kesan kegawatan
ekonomi yang meianda negara pada tahun 1997 dan kurang keupayaan pengurusan
syarikat.
Kementerian Pembangunan Usahawan juga akan terus mempergiatkan
pelaksanaan program pembangunan vendor dengan mengatur strategi-strategi serta
program-program tertentu mengikut keperluan IKS vendor semasa. Sehingga akhir
tahun 2002 sejumlah 317 buah syarikat usahawan vendor telah berjaya dilantik dan
dibangunkan. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 84% iaitu 266 buah syarikat masih
beroperasi, manakala 9 buah syarikat telah ditutup dan 42 buah syarikat lagi telah tidak
dapat dikesan. Permintaan pasaran yang merosot ekoran kegawatan ekonomi yang
berterusan adalah di antara sebab utama syarikat IKS vendor tidak dapat terus
bertahan.
Untuk tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, kementerian telah mensasarkan
untuk melantik sebanyak 175 buah syarikat vendor. Bagi tempoh dua tahun pertama
RMK8 sejumlah 61 buah syarikat vendor telah pun dilantik dan dibangunkan dalam
pelbagai sektor iaitu 40 buah pada tahun 2001 dan 21 pada tahun 2002. Pencapaian ini
adalah merupakan 35% daripada jumlah yang telah disasarkan dalam RMK8. *
Dalam tahun 2003 ini, usaha-usaha ini terus dipergiatkan bagi meningkatkan
bilangan usahawan vendor terutama dalam sektor motosikal, pembuatan dan *
pembaikan kapal dan sektor makanan. Latihan-latihan teknikal termasuk ISO 9000
dengan kerjasama agensi teknikal kerajaan seperti SIRIM, MTIB, TPM dan MTDC juga
turut dilaksanakan oleh kementerian. Ini bertujuan bagi meningkatkan daya saing
syarikat-syarikat IKS vendor hingga ke peringkat antarabangsa. Program pembangunan
vendor perlu diteruskan dengan cara yang lebih agresif selaras dengan matlamat
pewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.
DR.25.3.2003 163
Sekian sahaja jawapan daripada saya berkenaan dengan isu-isu yang telah
dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekiranya ada isu dan perkara yang tidak
sempat saya jawab, kementerian saya akan mengambil maklum dan akan menyediakan
jawapan dengan lebih terperinci. Saya juga menghargai pandangan dan cadangan
daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain dan pihak kementerian akan mengambil
tindakan yang sewajarnya terhadap perkara-perkara tersebut.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya mempersilakan Yang
Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar.
5.34 ptg.
Menteri Pembangunan Luar Bandar [Dato* Haji Azmi bin Khalid]: Tuan Yang
di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-
ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-
perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar semasa
perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, kerajaan terus komited dalam
memperhebatkan pelaksanaan-pelaksanaan program-program dan projek
pembangunan luar bandar. Contohnya di bawah KPLB pada tahun 2003, sebanyak
RM2.341 bilion telah disediakan berbanding dengan tahun 2001 yang diperuntukkan
sebanyak RM1.718 bilion, manakala tahun 2002 sebanyak RM2.235 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-
ahli Yang Berhormat secara kelompok oleh kerana kebanyakan isu yang dibangkitkan
itu hampir sama antara satu dengan yang lain yang boleh dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu:-
(i) kategori prasarana asas utiliti, eminiti sosial dan pemodenan
kampung;
(ii) isu kemiskinan dan skim pembangunan rakyat termiskin; dan
(iii) perancangan program-program pembangunan luar bandar.
Di bawah tajuk prasarana asas, eminiti sosial dan pemodenan kampung
seramai 12 Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkannya. Yang Berhormat bagi
DR.25.3.2003 164
Kluang telah meminta pembinaan Jalan Desa Paloh yang mana telah diluluskan .,
peruntukan RM2.5 juta dilaksanakan dalam tahun 2003.
Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan Jalan Desa Paloh merupakan »
satu daripada komponen di bawah projek jalan Sentral Paloh ke Chemek, Jalan Chemek
ke GSA Chamek dan Jambatan Sungai Yah Kluang yang diluluskan peruntukan di
bawah Rancangan Malaysia Kelapan dengan anggaran kos RM12 juta.
Untuk melaksanakan projek tersebut, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor telah
dilantik sebagai agensi pelaksana. Projek ini dijangka akan mula dibina sebaik sahaja
reka bentuk terperinci disiapkan oleh perunding pada pertengahan tahun 2004.
Yang Berhormat bagi Sandakan menyentuh mengenai kepesatan dalam bidang
pertanian khasnya industri sawit di Sandakan tidak diiringi dengan pembangunan
infrastruktur yang baik seperti jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik dan
memohon agar permohonan infrastruktur ini diseimbangkan dengan kepesatan industri
di Sandakan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini tidak pernah mengabaikan
Sandakan dalam melaksanakan program-program infrastruktur luar bandar.
Umpamanya pada tahun 2002, kementerian telah memperuntukkan RM2.94 juta bagi
pelaksanaan projek bekalan air luar bandar, menaik taraf projek jalan kampung dan
lampu jalan kampung dan sebagainya. Di samping itu bagi tempoh Rancangan Malaysia
Kelapan, kementerian telah dan akan melaksanakan lima projek jalan luar bandar yang
bemilai RM6.5juta.
Yang Berhormat bagi Permatang Pauh menyentuh mengenai penyediaan
prasarana di kawasan Permatang Pauh masih lagi berkurang. Untuk makluman Yang
Berhormat, kerajaan tidak pernah membezakan pembangunan kemudahan asas di t
kawasan Permatang Pauh berbanding kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang. Misalnya
pada tahun 2002, sebanyak RM15.21 juta telah dibelanjakan untuk melaksanakan 41 =•
projek di kawasan-kawasan tersebut.
Yang Berhormat bagi Sri Aman telah memohon supaya bekalan elektrik di
sepanjang Jalan Pan Borneo yang merentas Kawasan Parlimen Serian dan Parlimen
Sri Aman dan mencadangkan supaya Gerakan Desa Wawasan atau GDW dikaji
semula agar ia memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada kampung-
kampung GDW.
DR.25.3.2003 165
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Luar Bandar sedang
mempertimbangkan 94 projek yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak, bagi
melaksanakan bekalan elektrik luar bandar yang bemilai RM122.8 juta untuk
dilaksanakan pada tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, tiga projek terletak di Sri
Aman yang bernilai RM1.566 juta dan lapan projek lagidi Serian bemilai RM10.704 juta.
Mengenai cadangan supaya kerajaan mengkaji semula Gerakan Desa
Wawasan. Sebenarnya kementerian sedang dalam proses membuat demikian supaya
ianya selaras dengan cabaran-cabaran semasa khususnya dari segi pengupayaan diri,
daya diri, peningkatan daya saing dan peningkatan daya pengeluaran masyarakat luar
bandar.
Yang Berhormat bagi Batang Lupar telah menyentuh mengenai program
infrastruktur di luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak yang masih kurang
terutamanya mengenai bekalan air luar bandar.
Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan sentiasa member! perhatian dan
komitmen yang tinggi di dalam usaha untuk meningkatkan taraf kemudahan infrastruktur
di kawasan luar bandar khususnya di negeri Sabah dan Sarawak. Sebanyak RM172 juta
atau 28.32% daripada jumlah peruntukan bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan
telah diluluskan bagi meningkatkan liputan bekalan air di negeri Sabah manakala
sebanyak RM170.6 juta atau 28.09% pula bagi negeri Sarawak.
Menyedari negeri Sabah dan Sarawak banyak kawasan pedalaman yang tidak
kesampaian dan ekonomik untuk dibekalkan melalui sistem ratikulasi, pelaksanaan
sistem alternatif seperti graviti dan telaga terbuka telah diguna pakai.
Yang Berhormat bagi Baram telah menyentuh mengenai cadangan supaya
pembangunan program infrastruktur dapat dicapai 100% dalam masa yang terdekat.
Untuk makluman Yang Berhormat, usaha untuk mencapai kemudahan infrastruktur ke
tahap...
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri,
Batang Lupar.
Dato' Haji Azmi bin Khalid: Sila.
Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya memang mengucapkan terima kasih, the present, dengan izin, Kementerian
DR.25.3.2003 166
Pembangunan Luar Bandar memang dilihat dan dirasai oleh masyarakat di luar bandar. *
Kita tidak boleh menafikan perkara ini. Tetapi biasanya apabila kita beri, tangan kiri,
expectation orang itu, tangan kanan pun kena beri juga. Jadi maknanya expectation 9
akan meningkat dan lebih-lebih lagi dari segi kemudahan asas. Apabila orang selalu ke
bandar, dia akan buat pertimbangan di antara orang bandar dengan orang luar bandar
dan dalam masa yang sama 79% dari wakil rakyat terutama sekali dari parti dari
Sarawak memang orang daripada luar bandar.
Jadi dalam keadaan sedemikian Dato' banyak perkara. Saya sudah tanya, satu
daripada segi rasanya. Penyelidikan pembinaan, kemudahan ataupun prasarana air di
Sarawak. Bagaimanakah kementerian menyalurkan sumber kewangan dan
bagaimanakah pelaksanaan ini? Adakah pemantauan yang dibuat oleh pihak
kementerian? Oleh kerana kita lihat dalam kawasan saya, Kampung Beladin, 10 ribu
penduduk, kampung Melayu yang terbesar di Sarawak, mempunyai bekalan air yang
didapati dari Sungai Beladin. Tetapi malangnya dalam masa beberapa tahun ini banyak
sekali air yang masuk ke dalam paip itu adalah air masin. Kata orang di Beladin, air
"taba" bercampur air masin dengan air tawar. Jadi ini menunjukkan bahawa
penyelidikan dibuat tidak menentu dan mungkin tersalah masa penyelidikan dibuat, itu
yang pertama.
Yang kedua, di Kampung Pusat, tidak berapa jauh dari Beladin, penyaluran air.
Pada satu ketika masa pilihan raya, Dato', minta maaf, Yang Berhormat bagi Sri Gading
ada melihat sendiri. Air yang masuk dalam paip itu adalah air yang kurang tapisan
walaupun diberi banyak klorin dan treatment, tetapi air yang dimasukkan ke dalam itu
kurang memuaskan kebersihannya. Jadi apakah pemantauan kementerian supaya
reflection ini tidak datang sampai ke kementerian bahawa pelaksanaan kita hanya *
banyak duit sahaja tetapi mana tahu pelaksanaannya kurang cermat dan kurang baik.
Terima kasih. 3
Dato' HaJI Azmi bin Khalld: Terima kasih Yang Berhormat. Soal yang pertama
mengenai selection ataupun pemilih projek. Pertamanya kementerian diperuntukkan
sejumlah wang dan jumlah wang ini diperuntukkan di peringkat dasar dan datangnya
daripada Kementerian Kewangan. Selepas itu ditentukan negeri mana yang mengikut
peratusan dan keperluan. Sememangnya Sarawak dan Sabah mendapat peruntukan
yang terbesar. Kemudian setelah ditentukan jumlah, kementerian meminta peringkat
DR.25.3.2003 167
negeri menentukan keutamaan. Maka itulah proses yang dijalankan dari segi
menentukan di mana yang mendapat projek dahulu dan kemudian.
Soal yang kedua ialah kualiti dari segi pembinaan, kualiti dari segi pelaksanaan.
Ini sebenarnya adalah tanggungjawab beberapa pihak, antara lain ialah konsultan yang
dipilih untuk menyediakan projek. Yang keduanya ialah bahagian teknikal. Kalau
bekalan airnya di peringkat negeri ialah JKR ataupun pihak berkuasa air negeri. Jadi
kalau ada masalah secara spestfik saya rasa Yang Berhormat boleh membawa perkara
ini kepada kementerian supaya kita dapat bekerjasama dengan pihak negeri bagi
mengatasinya.
Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Baram, untuk
makluman Yang Berhormat, usaha untuk mencapai kemudahan infrastruktur ke tahap
100 peratus memerlukan peruntukan yang tinggi. Kerajaan tiada keberatan untuk
menyelesaikan pembangunan infrastruktur luar bandar hingga ke tahap 100 peratus
dengan syarat kerajaan mempunyai keupayaan kewangan yang tidak terhad. Namun,
seperti Yang Berhormat sedia maklum, oleh kerana keupayaan kewangan adalah terhad
maka adalah wajar usaha pembangunan dibuat secara berperingkat-peringkat.
Yang Berhormat bagi Kapit mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan
Luar Bandar memperbanyakkan projek jalan luar bandar di Sarawak supaya usaha-
usaha menjana ekonomi negara dapat dipertingkatkan. Jawapan kepada Yang
Berhormat bagi Kapit juga adalah sama seperti jawapan saya kepada Yang Berhormat
bagi Baram tadi. Semuanya bergantung kepada keupayaan kewangan negara.
Selain itu, Yang Berhormat bagi Kapit juga meminta penjelasan mengenai
peruntukan bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar bagi negeri Sarawak
dan peratus perbelanjaan yang telah dicapai dan apakah masalah-masalah yang
menyebabkan perbelanjaan tidak dicapai sepenuhnya.
Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan keseluruhan bekalan elektrik dan
bekalan air bagi negeri Sarawak tahun 2001 adalah RM116.11 juta dan kesemuanya
telah dibelanjakan. Manakala bagi tahun 2002, jumlah peruntukan bekalan elektrik dan
bekalan air di luar bandar diperuntukkan sejumlah RM98.57 juta dengan pencapaian
perbelanjaan sebanyak RM83.02%. Memang saya akui terdapat shortfall, dengan izin,
program bekalan elektrik luar bandar tahun 2002 sebanyak RM17 juta berbanding
DR.25.3.2003 168
peruntukan RM55.970 juta. Kementerian telah pun mengenal pasti sebab-sebab short
fall ini dan kini sedang membuat perubahan-perubahan tertentu untuk mengatasinya.
Yang Berhormat bagi Tuaran juga rnenyentuh mengenai pemilihan kampung-
kampung menyertai Program Gerak Desa Wawasan tidak dihadkan kepada kampung-
kampung yang telah sedia ada prasarana luar bandar. Untuk makluman Yang
Berhormat, kerajaan akan mengambil kira pandangan tersebut dalam penyediaan
strategi baru Gerakan Desa Wawasan seperti yang saya sebutkan pada awal tadi.
Yang Berhormat bagi Kuala Lipis rnenyentuh mengenai isu lampu jalan kampung
yang rosak oleh kerana ia dibekalkan oleh satu kontraktor sahaja dan tidak diberi
peluang kepada kontraktor-kontraktor lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
pelaksanaan lampu jalan kampung dibuat oleh 13 kontraktor induk dan berpuluh-puluh
kontraktor pelaksana. Bermakna anggapan bahawa satu kontraktor sahaja yang dilantik
adafah tidak benar.
Namun demikian, kementerian tni sedar bahawa terdapat kerosakan yang tinggi
setelah dipasang iaitu puratanya 10 peratus dari jumlah yang dipasang. Untuk
mengatasi masalah ini, kementerian telah melantik Tenaga Nasional Berhad sebagai
agensi pelaksana mulai tahun 2003 ini. Pihak Tenaga Nasional juga sedang menyiasat
sebab-sebab kerosakan ini dan akan memberi laporan pada akhir bulan Mac 2003 ini.
Namun demikian, adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk memperbaiki segala
kerosakan dalam kos tanggungan ....
Datuk Hajl Mohamad bin Hajl Aziz: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Urn Si Cheng]: Yang Berhormat, Sri Gading.
Dato' Hajl Azmi bin Khalld: kecacatan satu tahun seperti yang termaktub di
dalam kontrak. Ya, sila.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Menteri. Projek lampu jalan ini suatu projek yang amat
menggembirakan rakyat luar bandar. Masalahnya sepuluh batang lampu atau sepuluh
mentol lampu satu kampung ini tidak memadai. Boleh atau tidak dengan apa jua cara,
dengan kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri, kalau peruntukan untuk tahun 2003 ini
kurang, tolong cari supaya jumlah lampu bagi kampung-kampung ini dapat ditambah
pasal timbul iri hati. Kadang-kadang satu kampung itu lima, enam kampung
rangkaiannya, menjadi masalah ketua kampung hendak memasangnya dekat mana.
DR.25.3.2003 169
• Betuliah pilihan dekat masjid, dekat surau, dekat persimpangan tetapi banyak sangat
kampung rangkaian ini hingga menimbulkan satu perselisihan antara JKKK kerana
• masing-masing hendak tank ke kampung dia tetapi apakan daya sepuluh batang,
sepuluh mentol sahaja yang ada.
Jadi .bolehkah atau tidak atau macam mana pendapat Yang Berhormat, macam
mana tambah lagi peruntukan. Tambah peruntukan, terang lampu kampung-kampung
kita, PAS bulan dia memang gelap tahun 2004. [Ketawa] Sekian, terima kasih.
Dato' Hajl Azml bin Khalid: Terima kasih, Yang Berhormat. Satu cara untuk
kita memperbanyakkan lampu jalan kampung, perkecilkan kampung. Maknanya, kalau
kampung itu banyak sangat rangkaiannya, pecahkan satu kampung kepada dua atau
tiga, satu cara.
Yang keduanya, oleh kerana peruntukan adalah terhad, kerajaan perlu
menentukan perbelanjaan bagi sektor-sektor yang strategik dan tidak strategik maka
apa sahaja yang diperuntukkan kepada kementerian, itulah sahaja yang dapat kita
gunakan dan Kabinet telah setuju memutuskan supaya kampung pada ketika ini, 10
lampu sahaja.
Sebenarnya beberapa Menteri Besar telah pun membuat permohonan untuk
tambahan tetapi setakat ini jawapannya belum lagi diizinkan. Insya-Allah selepas selesai
kita memperkenalkan lampu sebanyak 10 buah bagi setiap kampung, selesainya fasa
satu, kemungkinan dalam fasa dua kita akan memohon tambahan dan jika diizinkan, kita
akan menunaikan permintaan Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat bagi Lipis juga membangkitkan mengenai bilangan lampu yang
dipasang tidak sampai 10 unit bagi sesebuah kampung. Ini juga menjadi masalah. Untuk
». makluman Yang Berhormat bagi Lipis, bilangan tersebut sebenarnya ditetapkan oleh
kerajaan negeri yang bertujuan supaya dengan peruntukan RM3.679 juta pada tahun c 2002 akan membolehkan semua kampung di negeri Pahang dapat menikmati
kemudahan tersebut. Projek lampu jatan ini akan diteruskan pada tahun 2003 dengan
peruntukan sejumlah RM43 juta bagi seluruh negara iaitu kampung-kampung yang
belum lagi dapat. Bagi tahun 2003, kementerian sedang menunggu perakuan projek
dari negeri Pahang.
Yang Berhormat bagi Saratok menyentuh bahawa masih ada kampung-kampung
di hulu kawasan Saratok belum dibekalkan elektrik dan meminta supaya KPLB
DR.25.3.2003 170
menyegerakan pembekalan elektrik di kampung-kampung tersebut. Untuk makluman
Yang Berhormat, kementerian memang sedar bahawa masih terdapat beberapa
kampung di Saratok yang belum mendapat bekalan elektrik. Walau bagaimanapun,
pelaksanaan projek perlu dibuat secara berperingkat-peringkat atas sebab yang saya
sebut tadi iaitu keupayaan kewangan negara.
Yang Berhormat bagi Kuala Pilah telah menyentuh mengenai bekalan air iuar
bandar dan lampu jalan kampung di beberapa kampung di Kuala Pilah tidak berfungsi
dengan baik...
Tuan Wilfred Mandius Tangau: [Bangun]
Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ahli Yang
Berhormat bagi Tuaran bangun.
Dato' Haji Azmi bin Khalid: Ya, ya. Okey.
Tuan Wilfred Mandius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasih Yang Berhormat Menteri. Ini soal kampung yang belum mendapat bekalan
elektrik, bekalan air dan yang masih belum lagi boleh dihubungi dengan jalan raya.
Saya telah bertanya secara bertulis pada Yang Berhormat dalam sesi yang lepas dan
sesi Parlimen kali ini. Jawapan yang telah diberikan mengatakan kementerian tidak
mempunyai maklumat.
Jadi Yang Berhormat sebentar tadi menyatakan bahawa dalam kes Saratok,
kementerian Yang Berhormat sedar bahawa ada kampung yang masih lagi yang tidak
mempunyai bekalan elektrik tetapi bagaimana dengan seluruh negara. Adakah
kementerian ini mempunyai pangkalan data yang mana kita dapat mengenai pasti di
mana lagi kampung yang belum lagi mendapat bekalan elektrik, belum mendapat
bekalan air bersih dan belum boleh dihubungi melalui jalan raya.
Saya mengambil iktibar daripada apa Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa
peruntukan kementerian memang terhad supaya dengan adanya pangkalan data ini kita
dapat memberi keutamaan. Pada pemikiran saya, kampung yang masih lagi belum
mendapat bekalan elektrik dan air bersih, belum boleh dihubungi dengan jalan raya, ini
patut diberi keutamaan yang lebih. Minta penjelasan. Terima kasih.
Dato1 Haji Azmi bin Khalid: Terima kasih. Mengenai pangkalan data Yang
Berhormat, ada jawapan di sini, nanti saya baca, ya? Daripada segi keupayaan
kewangan, memang yang saya sebut tadi itu adalah suatu kenyataan, tidak dapat kita
DR.25.3.2003 171
* buat 100% cuma di peringkat negeri. Kalau Yang Berhormat mahukan kawasan Yang
Berhormat mendapat liputan yang lebih meluas, kenalah Yang Berhormat berbincang di
* peringkat negeri supaya pihak negeri dapat membuat perancangan dan memberi
keutamaan sedikit kepada kawasan Yang Berhormat kerana kita hanya menentukan di
mana tempat yang hendak dilaksanakan sesuatu projek mengikut keutamaan yang
ditentukan oleh kerajaan negeri.
Yang Berhormat bagi Kuala Pilah telah menyentuh mengenai bekalan air luar
bandar dan lampu jalan kampung di beberapa kampung di Kuala Pilah yang tidak
berfungsi dengan baik. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian akan meneliti
segala masalah bekalan air di beberapa kampung di Kuala Pilah yang dikatakan hanya
berfungsi 15 hari. Mengenai lampu-iampu jalan yang hanya berfungsi satu minggu
sahaja, ini juga telah pun dijawab dan akan diberi laporan terpennci oleh Tenaga
Nasional kepada kementerian.
Tuan Wilfred Mandius Tangau: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ahli Yang
Berhormat bagi Tuaran bangun lagi.
Dato' Haji Azmi bin Khalid: Ada lagi.
Tuan Wilfred Mandius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasih Yang Berhormat Menteri. Ini soal keutamaan oleh kerajaan negeri. Saya
mempunyai sedikit masalah dalam soal ini sebab apabila kita menyatakan keutamaan
kerajaan negeri, yang mengambil peranan ialah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan
peruntukannya sama dan dan" kita Ahli-ahli Parlimen pun peruntukannya juga sama.
Jadi bagi tempat yang sudah maju, kadang-kadang jalan raya itu \i peruntukan
* pada tiap-tiap tahun ada. Sudah berlubang, dibuat lagi. Sudah berlubang dibuat lagi
tetapi dalam tempat yang memang langsung belum ada jalan raya, ia tidak akan sampai
* giliran mendapat peruntukan yang diberi kepada tiap-tiap kawasan ini sama. Jadi dalam
soal ini bila kita mengatakan keutamaan, bagaimana kita memastikan supaya
keutamaan peruntukan itu dilebihkan kepada tempat-tempat yang belum lagi
mempunyai apa-apa kemudahan. Sebab jika tidak buat dan kalau kita mempunyai
perangkaan ke seluruh negara dan kita mengatakan, baru-baru ini, Yang Amat
Berhormat Pemangku Perdana Menteri mengatakan, Malaysia ini mempunyai first world
facilities dan mempunyai kemudahan first world....
DR.25.3.2003 172
Dato' Haji Azmi bin Khalid: Okey. >
Tuan Wilfred Mandius Tangau: ...tetapi third world mentaliti. Saya tidak
menyatakan demikian katau kawasan saya masih lagi third worid punya kemudahan. a
Dato' Haji Azmi bin Khalid: Okey. Saya ingat saya faham. Yang Berhormat
saya faham sudah. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat sebagai ahli politik dan
sebagai Wakil Rakyat, kita ada daya usaha sendiri dalam segi dikatakan networking
hubungan kita di peringkat negeri haruslah sampai ke jabatan-jabatan untuk membantu
kita. Jadi di peringkat negeri pun manusia juga. Wakil-wakil Rakyat pun masing-masing
cuba menarik projek ke kawasan masing-masing. Jadi kalaulah Yang Berhormat dapat
bekerjasama dengan lebih rapat dengan erat, saya percaya ini dapat diatasi tetapi saya
tahu negeri Sarawak adalah besar dan luas kawasannya. Untuk hendak menyelesaikan,
hendak memuaskan hati semua Wakil Rakyat adalah suatu perkara yang mustahil.
Cuma kalau kita sanggup bersabar dan sanggup menjolok-jolok dan meminta seperti
yang mana Yang Berhormat sebut-sebut tadi, paling kurang kementerian saya akan
mencari jalan juga. Cuma hendak menyelesaikan 100% tidak dapat juga diselesaikan
datam tempoh masa yang terdekat.
Tuan Yang di-Pertua, seramai 5 Ahli Yang Berhormat telah menyentuh tajuk
pengurangan kemiskinan atau Skim Pembangunan Rakyat Termiskin. Yang Berhormat
bagi Permatang Pauh telah menyentuh mengenai masalah kemiskinan di Pantai Timur
Sabah dan Sarawak semakin meluas dalam konteks menangani kemiskinan di kawasan
ini wajar disediakan kemudahan micro credit
Untuk makluman Yang Berhormat, peratus kemiskinan di seluruh negara telah
menurun dengan ketara antara tahun 1990 hingga 1999. Saya baca statistik seperti
berikut.
Negeri
Kelantan Terengganu Pahang Sabah Sarawak Purata bagi Malaysia
Tahun 1990 (peratus)
29.59 31.26 10.00 29.69 21.03 16.46
Tahun 1999 (peratus)
18.68 14.26 5.52 20.09 6.7 7.5
DR.25.3.2003 173
Buat masa kini, kerajaan sedang* dalam proses mengkaji angka-angka terkini,
yang berlandaskan kepada data yang diperolehi dalam tahun 2002. Ini bermakna
kerajaan amat prihatin tentang kemiskinan dan usaha berterusan dijalankan untuk
memerangi kemiskinan di seluruh negara.
Berkaitan dengan kemudahan mikro kredit di kawasan-kawasan Yang Berhormat
sebutkan bagi membolehkan golongan miskin berusaha meningkatkan pendapatan
mereka, kerajaan sebenarnya ada menyediakan kemudahan-kemudahan mikro kredit
yang disaiurkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai sumber modal bagi golongan
ini menjalankan aktiviti ekonomi untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Yang Berhormat bagi Sri Aman memohon supaya peruntukan yang lebih besar
bagi memberi pertolongan kepada golongan miskin khasnya orang tua dan ibu tunggal.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2003 kerajaan telah menyediakan
peruntukan sejumlah RM250 juta bagi melaksanakan pelbagai program pembasmian
kemiskinan termasuk program orang tua dan ibu tunggal berbanding dengan tahun 2002
peruntukannya berjumlah RM136.510 juta.
Jumlah ini tidak termasuk peruntukan yang disaiurkan melalui kementerian-
kementerian lain seperti Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat, Kementerian Pertanian dan Kementerian Pendidikan yang dikhususkan
kepada golongan miskin.
Yang Berhormat bagi Rantau Panjang telah menyentuh mengenai laporan
penyiasatan penyelewengan ke atas Projek Ternakan Ikan di Bukit Sireh dan Projek
Ternakan Ayam Telur di Gading Galoh. Untuk makluman Yang Berhormat, isu
penyelewengan Projek Ternakan Ikan di Bukit Sireh, Kuala Krai telah dilaporkan kepada
pihak polis dan ianya masih di dalam siasatan.
Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang
Berhormat bagi Tuaran bangun.
Dato' Haji Azmi bin Khalid: Ada lagi? Kalau yang tadi, hal selesai sudah.
Yang lain pula Yang Berhormat. Yang tadi habis infrastruktur sekarang kemiskinan
pula. Okey.
Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya
mengucapkan terima kasih atas beberapa penjelasan dalam hal kemiskinan ini. Dalam
DR.25.3.2003 174
ucapan perbahasan saya telah menyatakan bahawa sasaran bagi negara kita Malaysia
dalam Rancangan Malaysia Ketapan ialah pada tahun 2005, kadar kemiskinan bagi
negara kita ialah 0.5%, hampir sifar.
Dan, bagi negeri-negeri yang kurang maju, purata kadar kemiskinan dalam tahun
1999 ialah 13%, bagi negeri Sabah yang tertinggi 20% dalam tahun 1999. Jadi, dalam
masa dua tahun ini, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, kalau kita tidak
berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tersebut di paras 0.5%, itu bererti bahawa kita
akan gagal untuk mencapai sasaran tersebut.
Persoalan saya di sini ialah sebentar tadi Yang Berhormat menyatakan beberapa
kementerian yang terlibat dalam pembasmian kemiskinan. Persoalan saya di sini ialah
mana satukah agensi yang bertindak sebagai lead agency dalam memerangi gejala
kemiskinan ini? Mana satu lead agency? Adakah Yang Berhormat punya kementerian
atau adakah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat atau
adakah Jabatan Perdana Menteri, atau siapa?
Yang saya tahu, kementerian Yang Berhormat selama ini telah melaksanakan
banyak program dalam soal kemiskinan dan baru-baru ini bagi negeri Sabah kita
berterima kasih, Setiausaha Parlimen kementerian Yang Berhormat telah
mengumumkan supaya Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan di peringkat negeri
akan dihidupkan kembali setelah selama ini, lebih kurang 4 tahun sudah tidak bergerak
iagi.
Persoalan saya di sini ialah, who is the lead agency? dengan izin. Dan, jika
sekiranya lead agency itu ialah kementerian Yang Berhormat, saya ingin bertanya,
apakah sebenarnya, selain dari Amanah tkhtiar, apakah program-program yang telah
disediakan akan dilaksanakan untuk memastikan supaya sasaran Rancangan Malaysia
Kelapan ini tercapai? Kalau tidak kita merasa bimbang sikitlah. Kalau tidak kerajaan
lebih baik dia review sasaran itu sebab kalau tidak susah juga tahun 2005, 0.5%.
Selain daripada itu, saya ingin bertanya dalam peruntukan kepada Amanah
Ikhtiar Malaysia.
Timbafan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.
Tuan Wilfred Madius Tangau: Satu, ini yang terakhirlah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak payah berucap.
DR.25.3.2003 175
Tuan Wilfred Madius Tangau: Peruntukan kepada Amanah Ikhtiar Malaysia.
Saya ada bertanya adakah kementerian mempertimbangkan untuk menambah sedikit
peruntukan untuk pengurusan? Sebab Amanah Ikhtiar ini 60% untuk pengurusan, 40%
untuk pinjaman. Jadi, kalau ada pengurusan tambahan ini, bolehlah diperluaskan
terutama sekali di Sabahlah sebab di Sabah ini 20%, tinggi sangatlah. Terima kasih.
Minta mohon penjelasan Yang Berhormat.
Dato' Hajl Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, lead agency bagi
pembasmian kemiskinan sebahagian besarnya diletak di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar, tetapi tidak bermakna kementerian lain tidak ada
tanggungjawab. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, ia
perlu menjaga kepentingan orang-orang yang tertentu seperti orang-orang tua yang daif
dan sebagainya. Itu juga adalah kumpulan orang-orang miskin.
Kementerian Pertanian, mereka adalah kementerian yang mempunyai
kepakaran dalam bidang pertanian, ternakan dan sebagainya, mereka juga
bertanggungjawab, oleh kerana kumpulan sasar mereka adalah juga besar di bawah
pertanian. Begitu juga dengan Kementerian Pendidikan, pembasmian kemiskinan perlu
diserangi dari pelbagai sudut, dia kena secara holistic, tidak dapat ditentukan cara yang
khusus.
Dan, untuk menentukan, kita kerajaan menentukan tempoh 2005, itu sebagai
target. Kita melihat untuk membasmikan kemiskinan bukan suatu perkara yang mudah
kerana memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang rapi. Memang kalau kita
bandingkan dengan negara-negara membangun yang lain, pencapaian kita amat baik
kalau kita bandingkan dengan semua negara membangun di seluruh dunia.
Memang kita menjadi contoh bagi negara-negara membangun yang lain, cuma
kita masih tidak puas hati sama ada kita tercapai atau tidak bagi tempoh 2005. Perlulah
kita lihat dan tunggu. Cuma dalam tempoh itu kita kena laksanakan bersungguh-
sungguh. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat, perlu kita kaji dari segi cara dan
sistem pelaksana dan juga agensi, menyampaikan projek-projek ini, di mana yang
lemah kita akan perbaiki. Urusan memperbaiki, mempertingkatkan pencapaian adalah
satu urusan yang berterusan dan tidak sekadar dibuat sekali gus dan sekati sahaja,
bahkan berterusan. Inilah sahaja jawapan yang dapat saya beri pada hari ini.
Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]
DR.25.3.2003 176
Tlmbalan Yang dl-Pertua [Datuk Urn Si Cheng]: Yang Berhormat bagi
Kepong, bangun.
Dato' Hajl Azml bin Khalid: Saya tidak sempat jawab lagi, bagi saya habiskan,
baca ini dahulu, Yang Berhormat. Okey, terima kasih.
Bagi projek pemeliharaan ayam telur Gading Galoh di Bukit China, projek ini
telah diswastakan kepada Syarikat Glowing Hill Sdn. Bhd. Keputusan kerajaan itu
adalah untuk menyelamatkan projek yang telah mengalami kerugian dan memastikan
supaya peserta PPRT terus mendapat faedah kewangan.
Setakat ini pihak Syarikat Glowing Hill Sdn. Bhd. telah mengeluarkan
pembayaran pertama kepada 253 orang peserta pada 23 Disember 2000 berjumlah
RM25 ribu dan pembayaran kedua kepada 176 orang pada 26 November 2001
berjumlah RM17.600.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan? Kita mesti terus-
menerus mengadakan dasar dan pelaksanaan untuk menghapuskan kemiskinan dan
tidak boleh diabaikan, saya setuju. Saya hendak bertanya Yang Berhormat, apakah
penilaian dari segi garis kemiskinan kerana ini berubah dart masa ke semasa? Apakah
formula yang digunakan oleh kementeriannya untuk memastikan garis kemiskinan ini?
Itu penting Tuan Yang di-Pertua, kerana kalau kita ubah sedikit pun bilangannya yang
bertambah ataupun kurang.
Saya sering kali ada tanya juga sebelum Yang Berhormat menjadi Menteri dari
masa ke semasa kita mestilah mengkaji semula garis kemiskinan untuk menentukan
siapa yang benar-benar miskin ataupun kemiskinan mutlak dan relative.
Dato' Haji Azmi bin Khalid: Terima kasih Yang Berhormat, dari segi garis,
dikatakan panduan, kalau diambil takrif yang digunakan oleh bank dunia, world bank,
dalam takrif bank dunia yang miskin itu ialah mereka yang berpendapatan USD1 sehari.
Maknanya untuk 30 hari USD30. Banyak negara membangun menggunakan garis ini
sebagai panduan.
Bagi Malaysia, kita tidak pakai garis panduan ini kerana terlalu rend ah, maka
Kerajaan Malaysia menggunakan angka lebih kurang USD4 per day, lebih kurang
USD120 sebulan. Dan, kalaulah ambil secara tepat lagi dalam Semenanjung RM510
sebulan adalah dikatakan paras kemiskinan, di bawah RM510 adalah miskin, purata. Di
Sarawak dan di Sabah lebih sedikit kerana kos hidupnya lebih tinggi.
DR.25.3.2003 177
* Untuk makluman Yang Berhormat juga, satu jawatankuasa khas dibentuk, yang
dipimpin, yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri sedang juga mengkaji dan juga
• ditugaskan untuk membasmikan kemiskinan dalam bandar. Dalam bandar ini,
jawatankuasa ini sedang mengadakan mesyuarat beberapa kali setahun, paling kurang
dua kali setahun untuk memantau dan cadangan telah dibuat untuk menilai apakah garis
panduan yang boleh digunakan di peringkat bandar
Cuma apakah garis RM510 di Semenanjung itu cara mana digunakan, saya
rasa perlu satu penjelasan yang lebih panjang yang diguna pakai oleh negara kita.
Izinkan saya menceritakan caranya kepada Yang Berhormat di luar Dewan oleh
kerana ia bergantung kepada the basket of goods yang perlu dan juga perbelanjaan-
perbelanjaan harian yang diperlukan oleh semua keluarga dalam negara termasuk
perbelanjaan pendidikan anak, uniform, pengangkutan dan sebagainya. Ini adalah satu
garis panduan yang tidak dipakai oleh negara membangun lain. Jadi oleh kerana itu,
negara Malaysia lebih ke depan daripada Bank Dunia dalam hal ini.
Yang Berhormat bagi Tuaran telah menyarankan beberapa cadangan untuk
mencapat matlamat menurunkan kadar kemiskinan ke paras 0.5%. Pada akhir
Rancangan Malaysia Kelapan. Program-program perlu ditumpukan di tujuh negeri yang
mempunyai kadar kemiskinan tertinggi dengan menggunakan agensi-agensi yang lebih
efektif.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan amat serius dalam usaha-usaha
membasmi kemiskinan dalam negara ini. Kerajaan mengucapkan terima kasih atas
cadangan-cadangan positif yang dibuat oleh Yang Berhormat dan pihak kementerian
saya akan memberi perhatian serius kepada pandangan-pandangan dan cadangan-
cadangan Yang Berhormat. We have taken note.
Menyentuh cadangan Ahli Yang Berhormat bagi Tuaran untuk memperhebatkan
program kemiskinan Orang Asli berdasarkan kajian pendapatan isi rumah kaum minoriti
bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak. Perkara ini akan dirujuk kepada Unit
Perancang Ekonomi. Kita kena buat perancangan yang lebih teratur.
Ahli Yang Berhormat bagi Lubok Antu telah menyentuh mengenai kaedah
penyaluran bantuan kepada petani-petani miskin perlu dikaji semula untuk mengatasi
kemiskinan mereka serta mencadangkan penyaluran melalui JKKK dan tidak terus
kepada petani.
DR.25.3.2003 178
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kaedah penyaluran peruntukan bagi
program-program pembasmian kemiskinan kepada penduduk luar bandar adalah dibuat
selaras dengan Arahan-arahan Kementerian Kewangan No. 1 tahun 2001. Arahan No.
1 yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara.
Peruntukan bagi bantuan kepada golongan miskin disalurkan melalui Pejabat
Pembangunan Negeri di mana projek itu dilaksanakan. Seterusnya Pejabat
Pembangunan Negeri akan menyalurkan kepada agensi-agensi pelaksana di peringkat
negeri dan daerah. Kaedah ini telah pun dipraktikkan dan berfungsi dengan baik serta
berkesan terutama daripada segi kawalan dan pemantauan pelaksanaan projek.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Baram menanyakan bagaimana
Program Satu Kampung Satu Industri atau 1K1I dapat dilaksanakan secepat mungkin di
seluruh negara dan beliau percaya program ini boleh meningkatkan pendapatan
penduduk luar bandar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memantapkan
pelaksanaan program 1K1P kepada 1D1I iaitu daripada satu kampung satu produk
kepada satu daerah satu industri. Kerajaan juga telah memutuskan supaya tiga
kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan
Luar Bandar dan Kementerian Pertanian untuk menyelaraskan Program 1D1I di
kementerian masing-masing. Insya Allah dalam tempoh yang terdekat ini, kita akan
dapat melihat kemunculan produk-produk luar bandar di pasaran-pasaran dalam dan
luar negara.
Ahli Yang Berhormat bagi Beluran menyentuh mengenai industri sawit di negeri
Sabah dan menyarankan agensi-agensi seperti FELDA dan FELCRA sewajarnya turut
terlibat dalam industri hiliran, downstream.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini, pembabitan FELCRA
Berhad dalam bidang industri sawit di Sabah adalah di peringkat pembangunan ladang
Seluas 7,464 hektar telah dibangunkan meltbatkan 1,844 peserta di 29 buah ladang.
FELCRA Berhad belum bercadang untuk terlibat di dalam aktiviti pemprosesan kerana
telah terdapat kilang-kilang lain di sekitamya. Walau bagaimanapun, FELCRA Berhad
akan mempertimbangkan dari masa ke semasa khasnya di masa hadapan apabila
keadaan bersesuaian.
DR.25.3.2003 179
„ Ahli Yang Berhormat bagi Kuala Selangor membangkitkan isu kenapa borang
permohonan bagi bantuan sara hidup pekebun kecil tidak melalui pengesahan wakil
» rakyat. Beliau juga memohon penjelasan dari kementerian mengenai kedudukan
bantuan sara hidup pekebun-pekebun kecil bagi tanaman kelapa sawit, getah dan
kelapa yang telah pun dimonitor oleh Jabatan Pertanian di setiap kawasan Parlimen.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ada dua kementerian yang terlibat dalam
ekonomi pertanian luar iaitu Kementerian Pertanian dan Kementerian Pembangunan
Luar Bandar. Kementerian Pertanian memberi bantuan yang dilaksanakan oleh Jabatan
Pertanian iaitu bantuan aktiviti mempelbagaikan ekonomi pertanian luar bandar,
manakala bantuan sara hidup bagi pekebun kecil getah daif dilaksanakan oleh
Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Bagi bantuan sara hidup di bawah KPLB,
setiap borang permohonan perlu disahkan oleh wakil rakyat. Ini telah dilaksanakan di
mana pengesahan daripada pemimpin-pemimpin tempatan serta sokongan Ahli Dewan
Undangan Negeri dikehendaki di dalam setiap borang permohonan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar dan Kapit
menyarankan supaya pangkalan maklumat yang lengkap, sempurna serta kemaskini
diwujudkan bagi memudahkan proses membuat perancangan dan pemantauan projek
bagi setiap kampung seluruh negara.
Bagi menjawabnya Yang Berhormat, saya bersetuju dengan cadangan Yang
Berhormat. Walau bagaimanapun, pada tahun 1995, 1996 dan 1998, kementerian telah
memulakan usaha bagi mengadakan pangkalan data maklumat kampung tetapi usaha-
usaha tersebut masih belum menyeluruh dan hanya meliputi kawasan-kawasan di
Semenanjung sahaja. Mulai tahun 2003, kementerian merancang untuk melengkapkan
t pangkalan data bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan bagi seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, sekianlah sahaja jawapan saya terhadap usul-usul yang
telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh mengenai
pembangunan luar bandar. Bagi perkara-perkara lain yang disentuh oleh Ahli-ahli Yang
Berhormat tetapi tidak sempat dijawab di sini, kementerian saya akan mengambil
perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Terima kasih.
Sekarang saya jemput Kementerian Belia dan Sukan.
DR.25.3.2003 180
6.18 ptg.
Tlmbafan Menterl Bella dan Sukan [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di-
Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima
kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam
perbahasan Usui Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Dtraja yang menyentuh perkara-
perkara yang berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan.
Yang Berhormat bagi Larut menyentuh tentang tindakan Majlis Sukan Negara
atau MSN yang dikatakan tidak akan menumpukan perhatian kepada temasya Sukan
SEA yang ke-22 di Vietnam dengan memberikan alasan bahawa MSN akan hanya
memfokuskan tumpuan persediaan atlet ke kejohanan atau temasya pertandingan yang
lebih besar.
Beliau seterusnya menyarankan supaya MSN tidak meminggirkan temasya
sukan tersebut kerana melalui penyertaan di Sukan SEA inilah yang akan melahirkan
bakat-bakat baru di samping negara kita akan dapat mempertahankan kejuaraan
sebagaimana yang dicapai dalam temasya Sukan SEA ke-21 di Kuala Lumpur.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa di
bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga atau RRJP3 yang merangkumi
Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan, program
membangunkan sukan akan ditumpukan untuk melahirkan atlet-atlet sukan berprestasi
tinggi yang bertaraf dunia.
Berpandukan objektif ini, rancangan latihan atlet untuk jangka masa terdekat
telah dirangka khusus untuk menghadapi Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2006 dan
rancangan ini sedang mendapat pertimbangan dari kerajaan. Di samping itu, satu
program jangka panjang untuk menghadapi tahun 2010 juga sedang dikemaskinikan
untuk diangkat bagi pertimbangan kerajaan.
RRJP3 dan objektifnya memerlukan kita membuat anjakan paradigma daripada
segi strategi dan pelan tindakan dalam usaha untuk melahirkan atlet yang bertaraf
dunia. Kementerian Belia dan Sukan dalam melaksanakan rancangan ini perlu
melibatkan semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin sukan dan juga atlet-atlet bagi
meletakkan sasaran yang lebih tinggi dari yang biasa dilakukan selama ini.
DR.25.3.2003 181
* Sebagaimana yang kita sedia maktum, atlet-atlet negara kita telah menyertai
Sukan SEA atau dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP sejak tahun 1959. Oleh
° kerana sukan ini diadakan setiap dua tahun sekali...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang
berdiri Yang Berhormat, Kepong berdiri.
Datuk Ong Tee Keat: Nanti dahulu, ayat masih tergantung.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ayat belum
habis lagi, Yang Berhormat.
Datuk Ong Tee Keat: Kebanyakan para pemimpin sukan dan para atlet
dibelenggu pemikiran mereka dengan temasya sukan ini dan ia menyebabkan segala
perancangan dibuat di sekitar Sukan SEA sahaja, sehinggakan perancangan untuk
menyertai atlet hanya dibuat untuk tempoh dua tahun sahaja. Pada temasya Sukan SEA
2001 yang lalu kontinjen negara telah berjaya buat kali yang pertama menjadi juara di
kalangan negara-negara Sukan SEA. Ini bermakna bahawa selepas kira-kira 40 tahun
lebih barulah atlet-atlet kita berjaya memenangi pingat emas melebihi dari atlet-atlet
negara lain khususnya dari negara Indonesia dan Thailand.
Seperti yang ditunjukkan oleh pencapaian atlet-atlet kita di Sukan Asia 2002 di
Busan, Korea Selatanr kejayaan di Sukan SEA tidaklah menjamin kecemerlangan yang
kita kehendaki di peringkat Asia. Sekiranya kita berterusan mementingkan Sukan SEA
sahaja, maka hasrat yang disarankan oleh RRJP3 tidak akan berjaya dicapai, tambahan
lagi saingan kepada peringkat Asia dan dunia jauh melebihi saingan pada peringkat
Sukan SEA. Oleh yang demikian, Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil
keputusan bahawa pendekatan...
• Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]
Datuk Ong Tee Keat: Nanti dahulu Yang Berhormat bagt Kepong.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Tunggu
sekejap.
Datuk Ong Tee Keat: Pendekatan yang berbeza perlu dilaksanakan untuk
melahirkan atlet-atlet negara kita yang berjaya di peringkat Asia dan dunia. Sebagai titik
tolaknya, perancangan menyediakan atlet adalah untuk tempoh empat tahun, dan bukan
lagi dua tahun seperti sebelum ini dan perancangan ini akan menjadikan Sukan Asia
dan Sukan Komanwel sebagai sasaran utama. Oleh kerana atlet-atlet dan sukan-sukan
DR.25.3.2003 182
yang mampu bersaing dan berjaya di penngkat Asia dan Komanwel serta di taraf dunia
adalah terhad, maka perancangan keseluruhannya Kementerian Belia dan Sukan untuk
sukan prestasi tinggi periu dipinda. Sukan-sukan yang telah terbukti tidak mampu
bersaing di peringkat Sukan SEA perlulah terlebih dahulu membuktikan bahawa sukan
yang berkenaan juga mampu bersaing di peringkat berkenaan.
Secara lojiknya...
Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Hajl Omar: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada berdiri
dua orang, Yang Berhormat. Kepong sila.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Sukan-sukan yang telah
Yang Berhormat sebutkan tadi, Sukan SEA, Sukan Asia dan sebagainya saya nampak
ada baik juga kerana beberapa acara kita ada menang sedikit. Tetapi ada yang
menonjolkan ataupun menyakitkan hati kita lalah atlet itu. Prestasi atlet itu sangatlah
mengecewakan. Ini termasuklah sepak takraw. Dahulu kita jaguh, sekarang tak nampak
sangat, Myanmar pun boleh kalah kita. ftu masalahnya. Sepak bola pun kalau ada
kemajuan sedikit tetapi nampaknya kecundang juga.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Hmm, bola
sepak.
Dr. Tan Seng Giaw: Larut macam mana? Bila dia jadi Naib Presiden...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Yang
Berhormat, jangan yang lainlah, tak kena mengena dengan Larut, teruskan.
Dr. Tan Seng Giaw: Tak, sepak bola saya sebut, kebetulan sahajalah itu, bukan
kerana desakan daripada belakang saya itu. Saya sebutkan dan Larut pun dia ada
respons tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang
Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Apakah tnsentif sekarang ada. Saya nampak sekarang ada
urusan baik sedikit, misalnya Hafiz Hashim itu dan juga bowling kita mencapai tahap
yang tinggi. Hafiz Hashim walaupun lahir di Kelantan, bapanya Sabak Bernam,
Selangor.
DR.25.3.2003 183
i, Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak mengapa,
dia rakyat Malaysia.
• Dr. Tan Seng Giaw: Dia rakyat Malaysia. Ada orang tak faham juga itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan,
Yang Berhormat
Seorang Anil: [Ketawa]
Dr. Tan Seng Giaw: Dia ketawa. Sabak Bern am. Jadi, bantu daripada Selangor
juga itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak kiralah
Jawakah, Cinakah, tak kiralah.
Dr. Tan Seng Giaw: Tak kiralah. [Ketawa] Dan apakah kriteria sekarang yang
digunakan untuk memberi hadiah rangsangan kepada pemain-pemain kita yang
mencapai prestasi yang lebih baik dan juga apakah sebenarnya masalah atlet olahraga
kita. Sebab saya nampak masalah itu berterusan, tak habis-habis.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup, Yang
Berhormat. Sudah panjang itu.
Dr. Tan Seng Giaw: Sudah panjang, kerana ini masalah panjang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. [Ketawa]
Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat bagi Kepong bukan sesuatu yang baru. Seperti mana yang pernah
saya bercakap dalam Dewan yang mulia ini, air pun ada pasang surutnya. Begitu juga
sesuatu acara sukan itu kadangkala ada juga prestasi yang cemerlang dan ada kalanya
tak begitu cemerlang ataupun merosot. Walaupun demikian, apa yang penting itu adalah
t setakat mana kita sanggup berdepan dengan masalah yang dihadapi ataupun kekangan
yang dihadapi.
* Yang Berhormat biasanya hanya pandang pada acara sukan yang mungkin
merosot, tetapi Yang Berhormat patutlah ambil satu gambaran yang lebih menyeluruh di
mana terdapat juga
Tuan Mohamad bin Sabu: [Bangun]
Datuk Ong Tee Keat: Nanti dahulu Yang Berhormat, biar saya habiskan ayat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Tuan Mohamad bin Sabu: Di belakang ini.
DR.25.3.2003 184
Datuk Ong Tee Keat: Satu gambaran yang menyeluruh. Beralih kepada apa •*
Yang Berhormat bangkitkan iaitu athletic itu, sebenarnya saya sebelum ini apa yang
pernah saya jawab di Dewan yang mulia ini, itu tetap merupakan faktor-faktor yang telah ft
kita pastikan. Sebab baru-baru ini pun Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat dalam
soalan Yang Berhormat pun tidak sentuh tentang apa yang dimaksudkan tidak
memuaskan, mungkin Yang Berhormat hanya secara sepintas lalu sahaja menegur
tentang prestasi athletic.
Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Larut pun
berdiri Yang Berhormat, hendak bagi jalan?
Datuk Ong Tee Keat: Larut.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, Larut pula.
Raja Dato1 Ahmad Zalnuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih. Saya faham
tentang perancangan Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan sasaran kepada
sukan yang lebih besar kerana keupayaan kita dalam Sukan SEA telah pun terbukti.
Tetapi masalahnya kita masih belum teruji dengan kemenangan kita di Kuala Lumpur
kerana sebelum ini gergasi Sukan SEA adalah terdiri daripada Thailand dan Indonesia.
Kebetulan kita menang di Kuala Lumpur adalah kerana Indonesia menghadapi masalah
dalaman ekoran dengan ketidakstabilan negara.
Dan sudah tentu kita ingin melihat prestasi yang telah kita capai di Kuata Lumpur
dapat kita buktikan di gelanggang lawan. Umpamanya tahun ini di Vietnam barulah teruji
kemampuan kita tidak selamanya menjadi jaguh kampung. Selain daripada itu kita tahu
ramai atlet kita yang telah menjulang nama di peringkat Asia seperti Rabuan Pit bermula
daripada Sukan SEA, Dato' M. Jegatasen, dia satu-satunya atlet yang berjaya mencipta
sejarah di Sukan Olimpik di peringkat separuh akhir, M. Rajamani, ramailah kalau *
hendak sebut, M. Dataya - ini para atlet.
Jadi, agak menjadi tanda tanya, kenapa tiba-tiba. selepas kita menjadi juara 5
pertama kali di Kuala Lumpur kita tidak menganggapkan Sukan SEA di Vietnam tahun
ini tidak lagi begitu penting sedangkan persediaan sedang dibuat oleh persatuan-
persatuan untuk mendapatkan sumbangan bantuan di bawah skim latihan para atlet
mereka untuk membuat persediaan bagi menghadapi Sukan SEA. Saya minta sedikit
penjelasan.
DR.25.3.2003 185
Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada
Yang Berhormat bagi Larut atas keprihatinan beliau terhadap perkara ini. Sebenarnya
jawapan saya ini belum habis, ada lagi yang hendak dihuraikan.
Walaupun demikian sukalah saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa
sebenarnya bila kita memberi tumpuan yang lebih ataupun tumpuan yang lebih
berwawasan iaitu tidak lagi terkongkong ataupun terbelenggu pada temasya Sukan SEA
sahaja, tidak bemnaksud bahawa kita tidak akan membert penekanan yang sewajarnya
kepada penyertaan kita di temasya Sukan SEA yang akan berlangsung di Vietnam
tetapi dalam perspektif ini perlu juga kita mengkaji beberapa faktor yang lain yang saya
akan sampai di situ sebab ada sebab-sebab tertentu. Jangan salah anggap Yang
Berhormat sebab bila kita hendak tumpukan kepada Sukan Asia dan juga Sukan
Komanwel tidak bermakna bahawa kita tidak akan memberi tumpuan yang sewajarnya
kepada Sukan SEA.
Saya setuju dengan apa Yang Berhormat sarankan tadi,..
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Hulu
Terengganu berdiri Yang Berhormat.
Datuk Ong Tee Keat: Saya sambung, nanti dulu, sebab yang ini..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia hendak
sambung Yang Berhormat.
Datuk Ong Tee Keat: Sebenarnya ada lagi yang belum saya huraikan. Saya
huraikan seiepas itu saya bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia hendak
huraikan dahulu Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat dia hendak huraikan
dahulu.
Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, nanti dulu. Secara logiknya
sekiranya sudah diberi peluang khususnya dari segi bantuan kewangan, sukan-sukan ini
masih lagi tidak berjaya memenangi pingat emas mahupun sebarang pingat di sukan
yang paling rendah hierarkinya dalam sukan-sukan antarabangsa maka di manakah
kedudukan mereka untuk bersaing di peringkat Asia, Komanwel dan Olimpik.
Pendekatan ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara yang menyarankan bahawa
DR.253.2003 186
tumpuan hendaklah diberikan kepada sukan-sukan yang telah terbukti mampu bersaing
dan yang sesuai dengan bentuk fizikal rakyat negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita tidak mempunyai rakyat yang begitu ramai jika
dibandingkan dengan negara-negara lain. Daripada jumlah rakyat yang tidak begitu
ramai ini, jumlah rakyat negara kita yang berkecimpung dalam sukan masih lagi di tahap
yang agak rendah sekiranya hanya dianggarkan 30% sahaja rakyat negara kita yang
menjadikan sukan sebagai riadah maka jumlah mereka yang terlibat dalam sukan
prestasi tinggi pastinya lebih kecil lagi. Berdasarkan fakta ini kita perlu bersikap selektif
bukan sahaja daripada segi kos tetapi juga daripada segi bekalan atlet cemertang yang
agak kurang jumlahnya pada masa ini.
Saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk mempelawa
Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memahami pendekatan ini kerana ianya memerlukan
anjakan daripada segi minda, strategi, perancangan dan pelaksanaan. Kita perlu
meletakkan sasaran yang lebih tinggi dengan andaian bahawa sekiranya atlet kita
berjaya di peringkat yang lebih tinggi, Sukan SEA sepatutnya merupakan batu loncatan
sahaja bagi atlet-atlet muda. Itu saya setuju dengan Yang Berhormat bagi Larut tadi.
Ingin saya menegaskan di sini bahawa Sukan SEA masih lagi penting dan tidak akan
diketepikan begitu sahaja tetapi hanya merupakan salah satu daripada pertandingan
dalam menuju ke sasaran yang lebih tinggi.
Apa yang berlaku sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, hanya beberapa sukan
sahaja yang tidak mendapat bantuan sepenuhnya daripada Majlis Sukan Negara untuk
menghadapi Sukan SEA sehinggalah mereka berjaya membuktikan dan meyakinkan
jawatankuasa pemilihan Majlis Olimpik Malaysia pada buian Ogos tahun 2003 ini
bahawa mereka juga mampu melayakkan did, diterima bertanding di Vietnam nanti.
Sekiranya mereka berjaya berbuat demikian maka barulah bantuan akan
dipanjangkan kepada sukan-sukan yang berkenaan...
Datuk Hajl Mohd. All bin Haji Hassan: [Bangun]
Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Tebrau berdiri
Yang Berhormat.
Datuk Ong Tee Keat: Nanti, biar saya habiskan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia tidak
bagi lagi Yang Berhormat.
DR.25.3.2003 187
Datuk Ong Tee Keat: Sukan yang dimaksudkan itu adalah bola sepak wanita,
tenis, bola tampar, kenu, catur, bola baling, judo, petong, pingpong, berbasikal berjenis
mountain bike dengan izin, mendayung dan polo air. Sukan-sukan ini sekiranya kita
melihat kepada rekod pencapaian mereka tidak menunjukkan prestasi yang
membanggakan yang mana antara kriterianya ialah memenangi pingat emas di
peringkat Sukan SEA.
Secara logiknya sekiranya atlet-atlet negara kita berjaya di peringkat yang lebih
tinggi daripada Sukan SEA maka pencapaian di Sukan SEA bukan lagi merupakan satu
masalah yang besar. Selain daripada itu, kedudukan pertandingan di peringkat Sukan
SEA termasuk sukan-sukan yang dipertandingkan kelak adalah lebih mengikut cita rasa
tuan rumah. Dalam temasya Sukan SEA yang akan berlangsung di Vietnam tahun ini
banyak acara-acara sukan yang memberikan kelebihan kepada atiet-atlet negara kita
tidak akan dipertandingkan yang antara lain termasuk boling, hoki, skuasy, equestrian
dan lawn balls. Inilah salah satu faktor yang perlu saya huraikan kepada Yang
Berhormat. Ini merupakan satu kekurangan bagi negara kita kerana acara sukan yang
dipertandingkan di Vietnam ini tidak begitu memihak kepada negara kita jika
dibandingkan dengan sukan-sukan yang dipertandingkan di peringkat Asia, Komanwel
dan Olimpik di mana jenis sukan yang dipertandingkan itu adalah lebih tetap dan
konsisten.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya...
Tuan Hajl Muhyldln bin Haji Abd. Rashid: [Bangun]
Datuk Haji Mohd. AM bin Hajl Hassan: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang
berdiri Yang Berhormat ya. Mana hendak bagi dulu Yang Berhormat. Tebrau dengan ...
Datuk Ong Tee Keat: Tebrau dulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Tebrau.
Datuk Haji Mohd. Ali bin Hajl Hassan: Itu biasalah dia mesti beri geng dulu.
Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik hati tadi ada Yang Berhormat Timbalan Menteri
menjawab pasal sukan, yang kata dia memanglah macam air pasang - menang, kadang
dia surut begitulah kadang kalah. tetapi saya hendak tanya sedikitlah, apa tindakan
FAM ini. Berkenaan bola sepak ini, kalah sahaja. Ini surut sahaja, tidak ada air pasang.
Jadi, saya tidak tahu kerana bola sepak ini agaknya pemain dia elaun tidak bayar, tidak
DR.25.3.2003 188
tinggi bayaran dia kah atau pemimpin kah, jurulatih kah. Jadi, tidak boleh buat satu post
mortem kah, macam mana?
Dato' Shazlman bin Abu Mansor: Ataupun yang belakang ini tidak bagus.
Datuk Haji Mohd. AM bin Haji Hassan: Yang belakang siapa?
Seorang Anil: Larut, Larut.
Datuk Haji Mohd. All bin Haji Hassan: Larut? Dia apa? [Disampuk] Jadi,
tidak tahulah Yang Berhormat agaknya macam mana mutu bola sepak tahun depan ini
agak maju kah atau macam manalah. Mahu kementenan beri bantuan kah atau macam
mana. Terima kasih.
Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Tebrau
sebenarnya dia tahu jawapan itu sebab sebelum ini pun pernah saya jawab kepada
Yang Berhormat bahawa antara faktor-faktor yang telah pun dikenal pasti dalam soal
kemerosotan prestasi bola sepak itu memang saya pernah huraikan. Itu pun bukan kita
hendak tuding jari, tidak! Jauh sekali. Yang penting itu kita kena nampak juga apa yang
kita tengah buat khususnya untuk skuad remaja kita. Itu saya mohon Yang Berhormat
bagilah sokongan dan juga galakan yang sewajarnya kepada mereka ini. Air memang
ada pasang surutnya. Kadangkala kemarau itu kemungkinan panjang sedikit tetapi tidak
bermaksud bahawa kemarau itu buat selama-lamanya. Yang itu saya hendak jawab
kepada Yang Berhormat bagi Tebrau.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dua orang
berdiri Yang Berhormat. Hendak bagi yang mana? Ya, Larut.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Omar: Saya hendak alih sedikit.
Tahniah di atas kejayaan Formula One yang telah mencecah angka lebih 100,000
penonton tetapi kita jangan lupa Shanghai dan Bahrain akan menjadi tuan rumah yang
baru untuk peringkat Asia tahun hadapan. Kita berbangga sebab untuk menganjurkan
sukan Formula One bukan senang.
Banyak orang yang tidak faham itu terutama pembangkang. Kita memang
serius kecuali mereka yang benar-benar tahu dan saya angkat topi kepada Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri yang terlintas untuk membawa Formula One ke Malaysia
kerana untuk kita menembusi kelompok yang memonopoli sukan antarabangsa ini
DR.25.3.2003 189
bukan mudah, sama ada bola sepak kah, apa juga jenis tetapi kita berjaya akhirnya dan
ada peningkatan tentang sambutan yang telah dibuat walaupun dunia sedang
berkocak, bergolak ekoran daripada perang Amerika Syarikat dan Iraq.
Cuma tadi, saya hendak sambung kepada program jangka panjang
Kementerian Belia dan Sukan. Ini tentang penyertaan Malaysia. Kita menganjurkan
dengan hebat, bagus tetapi kita sendiri tengok sahaja. Kita ada pelumba yang kita
lahirkan baru-baru ini, Alex Yoong, kemudian akhirnya dia tidak dapat bertahan kerana
tidak ada sponsor, dengan izin. Sedangkan kereta Petronas dibawa oleh pelumba dari
luar negara.
Kita ada pelumba seperti Rizal Tan Sri Ramli, anak kepada Timbalan Menteri
Pengangkutan [Disampuk] Saya ingat Yang Berhormat tahu ya, anak kepada Timbalan
Menteri Pengangkutan....
Datuk Haji Mohd. AN bin Haji Hassan: Siapa?
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Omar: Rizal. Yang sekarang ini
terpaksa mencuba nasib di luar negara, di Jerman sebagai seorang pelumba
profesional tetapi bukan lag! sampai ke tahap Formula One. Dia mungkin boleh pergi,
bahkan saya difahamkan lebih hebat daripada pelumba yang ada di negara kita tetapi
tidak dibeh peluang kerana tidak ada penajaan.
Jadi tidak adakah, sama ada pihak Majlis Sukan Negara ingin melihat perkara
ini? Kalau tidak, bakat yang ada kepada pelumba yang ada potensi seperti yang telah
saya sebut tadi untuk bersaing sekurang-kurangnya akan terjejas kerana dia terpaksa
menghabiskan masanya....
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya
Yang Berhormat.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Omar: Soalannya, sebagai seorang
pelumba untuk mencapai cita-cita sebagaimana Yang Berhormat telah sebut tadi, ke
tahap yang lebih tinggi, sebagai seorang atlet. Minta sedikit pandang daripada Yang
Berhormat.
Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya masih lagi
menyentuh tentang SEA Games, Sukan SEA tetapi nampaknya Yang Berhormat sudah
beralih kepada Formula One tetapi tidak apalah, saya jawab juga.
DR.25.3.2003 190
Apa yang penting itu saya rasa adalah kita kena pastikan bahawa bakat-bakat
yang telah pun dicungkil itu dan telah pun dikenal pasti itu akan mendapat asuhan dan
sokongan yang sewajarnya. Itu yang penting.
Saya berbalik kepada apa yang saya jawab tadi...
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rash id: [Bangun]
Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Hulu
Terengganu, Yang Berhormat.
Datuk Ong Tee Keat: Oh ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada kaitan
dengan jawapan Yang Berhomnat? Ya, silakan.
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan apa Yang
Berhormat sebut tentang penumpuan kepada atlet-atlet atau bidang-bidang sukan yang
kita ada potensi dan kita hendak pupuk, kita hendak bidang ini menjadi maju dan
berjaya.
Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Kepong, yang saya memang
hendak sebut khusus perkara ini berkenaan dengan kejayaan kita dalam Kejohanan
Badminton All-England yang kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mohd. Mafiz
Hashim yang memecahkan 37 tahun penantian, malah memecahkan rekod juga sebagai
pemain termuda sejak 104 tahun tidak dipecahkan tetapi dipecahkan oleh Mohd. Hafiz
Hashim ini.
Tetapi yang kita sedih iaitu apabila sudah berjaya, sudah dijulang oleh rakyat
dan semua lapisan masyarakat, tiba-tiba Perdana Menteri buat kenyataan yang
melemahkan semangat ahli sukan kita ini dengan mengatakan tidak perlu ada ganjaran
yang besar, tidak perlu diberikan ganjaran yang nanti dimanja-manjakan akan
merosakkan dia dan sebagainya. Ini menimbulkan reaksi yang berbeza.
Namun sehingga kini, saya dapati tidak ada satu pendirian yang tegas dan jelas
dan" pad a pihak kementerian sebab sudah ada banyak pandangan sekarang ini. Ada
yang kata, kita boleh bagi penajaan, peralatan ataupun kita bagi insurans jangka
panjang kepada beliau atau kita bagi bermacam-macam ganjaran berbentuk yang
mungkin tidak merosakkan atlet kita tetapi tidak ada satu pun dasar atau pendirian
DR.25.3.2003 191
tegas daripada menteri sendiri. Kalau hendak banding dengan Menteri Pembangunan
Usahawan, kita boleh tabik, boleh hormat....
Timbalan Yang df-Pertua [Dato' Haj! Muhamad bin Abdullah]: Ya, apa
soalannya Yang Berhormat?
Tuan Hajl Muhyidin bin Haji Abd. Rash id: Tanpa Perdana Menteri kata
ataupun kita perlu rujuk kepada Perdana Menteri, tidak. "Tidak! Saya lebih power
daripada Perdana Menteri" tetapi dalam hal ini, yang rakyat menjulang orang yang
berjaya ini tetapi kementerian berdiam diri, sehingga sekarang tidak ada satu dasar
yang jelas bentuk macam mana yang kita hendak bagi. Dan atlet ternanti-nanti
sekarang ini, kalau kita kuat, kita cergas macam mana pun, tidak ada satu benda yang
meyakinkan daripada kementerian...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukuplah.
Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd, Rashid: Jadi, kita minta pada kementerian
kalau boleh, ada satu dasar yang standard macam mana kita boleh bagi supaya ia
menjadi motivasi dan insentif kepada orang lain. Terima kasih.
Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kenyataan yang
dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu tidak salah sebab apa yang
beliau maksudkan itu adalah ganjaran ataupun insentif yang berlebihan dan bukannya
ganjaran atau insentif yang berpatutan, itu bezanya.
Sedangkan apa Yang Berhormat sarankan tadi, seolah-olah Kementerian Belia
dan Sukan, khususnya Yang Berhormat Menteri tiada pandangan, itu pun tidak tepat.
Itu kurang tepat sama sekali. Apa yang sebenarnya ialah Yang Berhormat kurang
faham tentang adanya skim insentif yang telah pun disediakan untuk atiet-atlet kita.
Yang Berhormat mungkin tidak baca Hansard ataupun tidak pernah dengar apa yang
saya jawab dalam Dewan yang mulia ini sebab selama ini kita tahu bahawa untuk
seseorang atlet yang berjaya dapat pingat emas ataupun kecemerlangan yang setaraf
dengannya di peringkat Oiimpik, seseorang itu akan dapat sebanyak RM160.000.
Sedemikian juga untuk seseorang yang berjaya di peringkat Asia akan diberi
RM80,000. Itu bukan skim yang telah pun ditetapkan. Cuma Yang Berhormat tidak
tahu sahaja. Itu yang saya hendak huraikan dan jelaskan di sini.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Omar: [Bangun]
DR.25.3.2003 192
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, hendak
bagi Larut lagi. Ya, Larut. Ya, sila.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Omar: Terima kasih. Saya pun tidak
setuju dengan pendapat Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu. Dia pun tidak faham
dengan fakta. Saya pun tidak tahu mana dia dapat fakta yang mengatakan Hafiz
adalah antara yang termuda, saya tidak pasti tentang Budi Hartono yang telah
menjuarai All-England sebanyak lapan kali. Itu pun kira satu kebanggaan anak Melayu
pertama selepas Razif dan Jailani.
Saya pun tidak setuju mengatakan bahawa Menteri Belia dan Sukan tidak
terlibat. Memang dia ada buat pengumuman, Cuma saya hendak kepastian daripada
Yang Berhormat, boleh atau tidak, selain daripada insentif yang dibuat pada masa ini,
settap kali kita menang pingat emas dapat berapa dan sekiannya, para atlet ini
biasanya waktu dia sudah bersara, barulah dia hendak menentukan masa depan.
Kalau boleh pihak kementerian menimbang bantuan skim sewaktu atlet bersara. Kalau
tidak diberi dari sekarang. Saya setuju dengan pendapat Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, ini akan merosakkan masa depan atlet kerana ada yang jatuh
bankrap sebab dia gelap mata bila dapat tanah, pelbagai sumbangan, anugerah dan
sebagainya.
Yang ini memang hendak menyalahkan orang yang bagi pun tidak boleh sebab
orang terlalu suka dengan kemenangan. Sebagaimana Mohd. Hafiz Hashim, anak dari
Kebun Sireh, Kota Bharu, Kelantan - memang Kelantan tetapi dia dapat kemudahan
dan berjaya di Selangor, Yang Berhormat. Kalau di Kelantan, wallahualam, saya tidak
tahu.
Jadi, boleh atau tidak, Yang Berhormat supaya kementerian menimbang
sebagaimana kata Menteri Bella dan Sukan baru-baru ini, Skim Amanah Saham
Nasional ataupun skim insurans tetapi kalau boleh ditetapkan supaya bila mereka
sudah pencen, bersara, sudah adalah di depan mata. Maknanya tidak adalah para
atlet kita melarat. Saya bagi contoh, setengahnya kasihan, bila sudah bersara, tidak
tentu sebab bidang ini tidak tahu berapa lama boleh bertahan. Jadi, minta sedikit
penjelasan daripada Yang Berhormat tentang perkara ini.
DR.25.3.2003 193
Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik apa yang
disarankan tadi oleh Yang Berhormat bagi Larut sebab ini adalah merupakan satu-
satunya aspek yang penting bagi seseorang atlet yang akan bersara. Sebab kita juga
bertanggungjawab untuk memberi jaminan kepada seseorang atlet yang telah pun
menyumbangkan tenaga dan masanya kepada pembangunan sukan negara dan
merekalah yang juga patut diberi sokongan ataupun jaminan yang sewajarnya dari segi
sara hidup tetapi setakat ini masih lagi di peringkat perbincangan ya Yang Berhormat.,.
Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]
Timbalan Yang dl-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.
Datuk Ong Tee Keat: Tidak ada masa. Saya hendak habiskan. Nanti dahulu
Yang Berhormat..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti dahulu
ya.
Datuk Ong Tee Keat:.. sebab yang ini Sukan SEA belum saya jawab habis
lagi. Nanti dahulu berbaiik ke isu ganjaran tadi nanti, kalau ada masa.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia tidak
beri Yang Berhormat.
Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya..
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk dahulu
Yang Berhormat dia tidak beri.
Datuk Ong Tee Keat: .. perancangan Kementerian Belia dan Sukan dalam
tempoh sepuluh tahun yang akan datang adalah selaras dengan objektif yang telah
ditetapkan dalam RRJP3 yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini. Untuk
mencapai hasrat berkenaan, pendekatan baru yang memerlukan perubahan minda,
perancangan strategi dan tindakan pelaksanaan daripada semua pihak yang terlibat
dalam memajukan sukan tanah air sangat diperlukan.
Sekiranya kita tidak mampu merubah cara pendekatan dan pemikiran kita ke
arah pencapaian yang lebih tinggi dan masih lagi terbelenggu dengan Sukan SEA,
selagi itulah atlet-atlet kita yang bakal berjaya di peringkat yang lebih tinggi tidak akan
dapat dihasilkan.
Bagi mencapai objektif ini sudah tentu memerlukan satu jangka masa yang
panjang, peruntukan yang mencukupi dan yang lebih penting adalah kesediaan
DR.25.3.2003 194
pemimpin-pemimpin persatuan sukan untuk turut sama melaksanakan hala tuju yang
baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menarik perhatian Dewan yang mulia ini
berhubung dengan isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Larut iaitu berkaitan
dengan keadaan dan mutu padang bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil yang
begitu teruk, yang berlaku ketika Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa
Malaysia yang melibatkan empat negara iaitu Malaysia, Portugal, Brazil dan Korea
Selatan yang berlangsung di stadium tersebut baru-baru ini.
Yang Berhormat bagi Larut mengatakan bahawa keadaan ini tentunya telah
menjejaskan imej negara sebagai tuan rumah kejohanan berkenaan dan beliau
seterusnya meminta pihak yang berkenaan supaya dapat memperbaiki kerosakan
padang tersebut dan juga memastikan kualiti padang di stadium tersebut dapat
dipelihara memandangkan stadium berkenaan akan digunakan bagi menghadapi
kejohanan Liga Perdana Asia pada bulan Julai ini.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya nyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa
kerajaan sentiasa memberikan perhatian yang amat serius berhubung dengan amalan
budaya penyelenggaraan cemerlang di kalangan agensi-agensinya. Ini tidak terkecuali
juga dengan kemudahan sukan yang diletakkan secara langsung di bawah
pengawasan. la jelas apabila kerajaan telah menyediakan satu peruntukan yang besar
bagi maksud ini, di mana sebagai contoh, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil dan
Kompleks Sukan Bukit Kiara memerlukan perbelanjaan hampir RM1 juta sebulan bagi
tujuan penyelenggaraan ini.
Segala-galanya haruslah bertitik tolak daripada kesedaran tentang satu faktor
bahawa Perbadanan Stadium Merdeka selaku badan atau agensi yang
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Kompleks Sukan Negara, tidak dibantu
sepenuhnya oleh kerajaan. lanya beroperasi secara self finance dengan Izin, dan
mereka perlu mengopttmumkan penggunaan semua kemudahan yang ada bagi
mendapatkan hasil. Penggunaan kemudahan yang optimum ini adalah begitu penting
dalam usaha untuk memastikan ia terus mampu membiayai kos pengurusannya.
Justeru itu adalah mustahil bagi pihak perbadanan untuk mengehadkan
penggunaan stadium tersebut bagi acara sukan bola sepak sahaja kerana berdasarkan
statistik bagi satu tahun penuh perlawanan berskala besar yang dianjurkan oleh
DR.25.3.2003 195
Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM atau pihak swasta adalah tidak lebih
daripada tiga kali. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya Iain-
lain acara sukan maka sedikit sebanyak ia telah dapat memberikan hasil kepada
Perbadanan Stadium Merdeka di samping mereka juga tidak lupa untuk menjalankan
tanggungjawab sosialnya terutamanya apabila terdapatnya tempahan daripada acara
olahraga peringkat sekolah-sekolah.
Perkara sedemikian walaupun tidak mendatangkan keuntungan kepada pihak
Perbadanan Stadium Merdeka tetapi ia tetap juga dilakukan demi untuk menyuburkan
budaya bersukan dari peringkat sekolah lagi...
Raja Dato' Ahmad Zalnuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang
Berhormat bagi Larut berdiri lagi, hendak beri jalan? Ya sila.
Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasth Yang
Berhormat. Boleh tidak saya mencadangkan di sini, padang Stadium Bukit Jalil itu, kita
bukan hendak meminta tukar semua hanya rumputnya sebab rumput jenis Bermuda ini
memang mahal. Kalau main bola pun bila jatuh, luka Yang Berhormat. Jadi, saya
hendak mencadangkan, kita gunakan dengan izin, cow grass yang boleh didapati di
merata-rata tempat, yang jenis makanan lembu itu. Ini sesuai dengan cuaca kita. Jadi,
kalau cow grass, dia punya maintenance dengan izin, tidak tinggi. Minta itu sahaja,
kalau boleh daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri..
Datuk Ong Tee Keat: Tender..
Raja Dato1 Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: .. Ya, tender tidak tahulah.
Ini memang..., kerana dia punya perancangan mudah sebab kita tidak perlu
menggunakan technician untuk menjaga padang jenis yang ditanam sekarang, pasir
banyak digunakan. Minta kalau boleh diganti dengan padang jenis cow grass. Saya
tidak tahu hendak menyebut dalam bahasa Melayu, padang lembu kah, tidak tahulah,
Jadi kalau boleh minta rumput jenis cow grass ini menggantikan yang ada, itu sahaja
Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, rumput
lembu.
Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya cadangan seperti
mana yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat bagi Larut telah pun dibincangkan
DR.25.3.2003 196
dalam kementenan dan ianya disambut baik, cuma bila agaknya akan dilaksanakan
saya belum ada jawapan lagi.
Seorang Ahli: Selepas pilihan ray a.
Datuk Ong Tee Keat: Tak kan sampai pilihan raya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks mutu dan keadaan padang yang
dipertikaikan sewaktu Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Malaysia melibatkan
pasukan Brazil, Portugal, Korea Selatan dan Malaysia yang diadakan di Stadium
Nasional baru-baru ini adalah merupakan rentetan daripada beberapa peristiwa yang
berlaku baru-baru ini. Sesungguhnya kuaiiti padang tempoh hari agak terjejas
disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut:-
(i) pelapik padang yang dipasang untuk perhimpunan AMAN pada
19 hingga 25 Februari;
(ii) beberapa acara bola sepak persahabatan dan juga Piala Presiden
sepanjang hujung bulan Februari dan bulan Mac;
(iii) up-dressing dengan izin, yang dilaksanakan tidak begitu
membantu, berikutan banyak tempahan penganjuran acara-acara
yang telah pun diterima.
Walau bagaimanapun bagi menghadapi kejohanan bola sepak pada bulan Julai
ini, beberapa tindakan drastik telah pun diambil. Antara lain termasuk:
(i) pihak perbadanan tidak lagi menerima sebarang tempahan untuk
perlawanan bola sepak kecuali tempahan dari Sekolah Sukan
Bukit Jalil untuk kejohanan Piala Presiden;
(ii) menyelaras penggunaan pelapik padang untuk dua acara
kerajaan pada bulan Mei dan Julai serta satu acara konsert pada
bulan Mei; dan
(iii) melakukan kerja-kerja penyelenggaraan intensif terhadap padang
yang teruk pada masa ini dan dijangka akan selesai dalam masa
dua bulan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya sekali lagi, saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah
pun memberikan cadangan, pandangan dan teguran kepada Kementerian Belia dan
DR.25.3.2003 197
Sukan. Segala cadangan yang diberikan itu akan diberikan perhatian oleh kementerian
saya bagi memantapkan lagi program-program pembangunan belia dan sukan negara.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Ahli-ahli
Yang Berhormat, masa bersidang kita telah selesai hari ini. Jadi, saya tangguhkan
Dewan kita pada besok hari jam pukul 10.00 pagi.
Dewan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.