drama hadiah

3
DRAMA: HADIAH SIPNOSIS Fauziah ibu tunggal yang kematian suami tiga bulan lepas membaca kembali surat yang dikirim oleh anaknya, Hayati. Hayati menyatakan bahawa dia telah berhutang dengan pihak sekolah sebanyak RM40. Jadi, untuk tidak menimbulkan banyak masalah, Hayati membuat keputusan untuk pulang dahulu ke rumah. Keluarga ini sedang berdepan dengan masalah kewangan setelah suaminya meninggal. Ketika Fauziah dan ayahnya, Pak Mail, sedang berbual-bual tentang nasib hidup mereka, Hayati pun sampai. Hayati masuk ke dalam rumah dan menyalami datuk dan ibunya. Dia bertanyakan pada datuknya jika dia dapat kembali belajar di sekolah lamanya itu. Datuknya hanya berkata dia akan ikhtiarkan. Selepas itu, Hayati masuk ke dalam biliknya. Tidak lama kemudian, Datuk Penghulu datang bersama dengan Encik Musa dari Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Encik Musa mengatakan bahawa kedatangannya adalah untuk menyampaikan penghargaan kepada keluarga Sarjan Akhbar. Encik Musa turut menyampaikan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit kepada Fauziah bagi menyara persekolahan anaknakanya. Kemudian, sebelum Encik Musa dan Datuk Penghulu keluar, Hayati keluar dari biliknya. Pak Mail menyuruh Hayati menyiapkan barangnya untuk menghantar Hayati ke asrama semula esok. Encik Musa menasihati Hayati supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.

Upload: xin-li

Post on 05-Sep-2015

281 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

n g bx

TRANSCRIPT

DRAMA: HADIAH

SIPNOSIS

Fauziah ibu tunggal yang kematian suami tiga bulan lepas membaca kembali surat yang dikirim oleh anaknya, Hayati. Hayati menyatakan bahawa dia telah berhutang dengan pihak sekolah sebanyak RM40. Jadi, untuk tidak menimbulkan banyak masalah, Hayati membuat keputusan untuk pulang dahulu ke rumah. Keluarga ini sedang berdepan dengan masalah kewangan setelah suaminya meninggal.

Ketika Fauziah dan ayahnya, Pak Mail, sedang berbual-bual tentang nasib hidup mereka, Hayati pun sampai. Hayati masuk ke dalam rumah dan menyalami datuk dan ibunya. Dia bertanyakan pada datuknya jika dia dapat kembali belajar di sekolah lamanya itu. Datuknya hanya berkata dia akan ikhtiarkan. Selepas itu, Hayati masuk ke dalam biliknya. Tidak lama kemudian, Datuk Penghulu datang bersama dengan Encik Musa dari Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. Encik Musa mengatakan bahawa kedatangannya adalah untuk menyampaikan penghargaan kepada keluarga Sarjan Akhbar. Encik Musa turut menyampaikan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit kepada Fauziah bagi menyara persekolahan anaknakanya.

Kemudian, sebelum Encik Musa dan Datuk Penghulu keluar, Hayati keluar dari biliknya. Pak Mail menyuruh Hayati menyiapkan barangnya untuk menghantar Hayati ke asrama semula esok. Encik Musa menasihati Hayati supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.

TEMA

Tema drama ini ialah kesempitan hidup setelah kehilangan ketua keluarga.

PERSOALAN

1) Keprihatinan seorang anak terhadap masalah yang dihadapi oleh keluarganya.

2) Ketabahan menghadapi dugaan dalam hidup.

NILAI

Nilai

Contoh

Fauziah dan keluarganya tabah menghadapi cabaran hidup walaupun suaminya telah meninggal dunia.

Datuk Penghulu berjanji akan berikhtiar untuk membantu keluarga Pak Mail yang menghadapi kesusahan hidup.

Pihak Kementerian Pertahanan telah mewakilkan Encik Musa untuk menyampaikan bantuan kepada waris kakitangan awam yang meninggal dunia sewaktu bertugas.

PENGAJARAN

1) Kita haruslah _____________________ menghadapi cabaran hidup.

2) Kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

3) Kita mestilah prihatin akan nasib orang di bawah tanggungjawab kita agar mereka berasa terbela.