edisi 2011.pub
TRANSCRIPT
YANG DI-PERTUA Persatuan Pandu
Puteri Cawangan Negeri Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja
Tunku Soraya binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah, D.K.A. II, S.H.M.S, S.S.D.K, telah
berkenan berangkat menyertai lawatan ke Hospital Kulim pada
30 Oktober 2011 bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia
2011.
Lagi berita di muka surat 6
FARMASI PANDU LALU telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan
Negeri Kedah, Dato’ Dr. Hj. Marzukhi B. Md Isa pada 24 Januari 2011.
Farmasi Pandu Lalu ini diwujudkan bertujuan mengurangkan
kesesakan di Kaunter Farmasi serta memudahkan pesakit mengambil
ubat ulangan tanpa perlu menunggu lama dan seterusnya dapat
mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital Kulim.
Lagi berita di muka surat 11
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnianya, Hospital Kulim telah berjaya menerbitkan
buletin SINARAN untuk tahun 2011 ini. Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua Ahli Jawatankuasa Penerbitan Buletin SINARAN
Hospital Kulim kerana usaha gigih mereka maka kita sekali
lagi dapat menatap Buletin SINARAN untuk kali yang ke
lapan ini.
Tahun 2011 merupakan tahun bersejarah bagi
Hospital Kulim kerana kita telah berjaya mendapat dua
pengiktirafan iaitu Pensijilan Akreditasi dan ISO 9001 : 2008
untuk tempoh selama 3 tahun. Terima kasih saya ucapkan
kepada semua warga kerja Hospital Kulim kerana tanpa
komitmen dan kerjasama anda semua Hospital Kulim tidak
mugkin dapat meraih pengiktirafan ini.
Saya berharap segala usaha kita dalam menjaga
kebajikan pesakit dan warga kerja hospital sentiasa
diamalkan dan diteruskan dan seterusnya menjadi budaya
kerja kepada setiap warga kerja Hospital Kulim dengan
mengamalkan Budaya Korporat dan menyahut slogan
“KAMI SEDIA MEMBANTU” Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Tidak lama lagi tahun 2011 akan melabuh diri dan
tahun 2012 akan menyusuli. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru
kepada semua warga kerja Hospital Kulim dan marilah kita
bersama-sama memastikan agar segala kejayaan dan
kecemerlangan yang telah dicapai pada tahun-tahun
sebelum ini dan tahun 2011 diteruskan pada tahun yang
akan datang. Insha Allah.
Sekian, terima kasih.
Dr. Hjh. Asmayani bt Khalib
Pengarah Hospital Kulim
Kedah Darul Aman
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai pembuka bicara, saya ingin memanjatkan
kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan
keizinannya kita telah berjaya menghasilkan Buletin SINARAN bagi
edisi 2011 untuk tatapan semua. Saya berasa sungguh terharu
kerana sekali lagi diberi kepercayaan untuk menguruskan sidang
editor dalam menerbitkan Buleti SINARAN bagi Hospital Kulim.
Dengan bantuan pegawai dari Unit Teknologi Maklumat kita
telah dapat sedikit sebanyak memperbaiki penampilan Buletin
SINARAN dan memantapkan lagi persembahan artikel-artikel dan
juga grafik gambar yang dimuatkan dalam buletin ini. Syabas dan
tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam
penghasilan Buletin SINARAN ini samada secara langsung atau tidak
langsung.
Saya berharap Buletin SINARAN kali ini dapat memenuhi cita
rasa warga kerja Hospital Kulim melalui paparan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di Hospital Kulim sepanjang tahun 2011 dan perkongsian
ilmu pengetahuan melalui artikel-artikel yang disumbangkan oleh
warga kerja Hospital Kulim.
Kerjasama dan sumbangan dari semua warga kerja Hospital
Kulim adalah amat dialu-alukan bagi membantu ahli Jawatankuasa
Penerbitan Buletin SINARAN menerbitkan buletin yang akan datang.
Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2012 dan semoga anda
semua dimurahkan rezeki serta mendapat keberkatan dalam segala
yang anda ceburi.
Sekian, terima kasih.
Dr. Azrinah bt Azuar
Tim. Pengarah Hospital Kulim
Ketua Editor Buletin SINARAN
2
3
Hari Diet Sihat 2011 telah diadakan pada 13 Jun 2011 bertempat di
Foyer Hospital Kulim yang dibuka kepada orang ramai. Dengan bertemakan
Healthy Children, Healthy Nation - Start Young, program ini telah dirasmikan
oleh Pengarah Hospital, Dr. Asmayani Binti Khalib.
Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya adalah
pemeriksaan Body Fat Analyzer, kuiz diet sihat dan penjualan buku resepi
sihat dari booth Jabatan Dietetik dan Sajian, pemeriksaan kesihatan (tekanan
darah dan glukos) serta penjualan buah-buahan dari FAMA. Pertandingan
mewarna untuk kanak-kanak di wad 1 dan 2 turut diadakan bagi
memeriahkan program. Demonstrasi masakan yang bertemakan menu
sarapan dan makan tengahari untuk kanak-kanak berusia lebih 6 tahun yang
enggan mengambil sayuran dan menu sesuai untuk ibu bekerja telah
diberikan oleh Pegawai Sains (Zat) Makanan dari Klinik Kesihatan Padang
Serai.
Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Dietetik dan Sajian dengan
kerjasama oleh Unit Fisioterapi, Unit Terapi Carakerja dan Kumpulan
Sokongan Susu Ibu Hospital Kulim.
Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerja Hospital Kulim
telah mengadakan Latihan kebakaran pada 31 Mac 2011. Seramai 9
orang ahli Bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim Hi-Tech Park
telah memberikan sepenuh kerjasama bagi menjayakan latihan
kebakaran ini. Dengan menjadikan wad 4 Lelaki sebagai lokasi kebakaran,
latihan ini telah berjaya diadakan dengan kerjasama erat daripada ahli
Bomba, Pasukan ERT, pesakit dan staf hospital yang terlibat.
Latihan Kebakaran ini diadakan bertujuan untuk memberikan
kesedaran kepada kakitangan hospital kulim tentang kepentingan
Pasukan ERT Hospital (Emergency Respond Team) dan memahami tugas
masing-maisng dan tindakan wajar yang perlu diambil ketika berlakunya
kebakaran demi menjaga keselamatan diri dan pesakit.
Latihan ini bermula sekitar jam 10.15 pagi dan berakhir pada pukul
12.45 tengahari. Latihan ini akan terus diadakan pada tahun-tahun yang
akan datang bagi memastikan pasukan ERT dan warga hospital sentiasa
bersedia dalam menghadapi tragedi kebakaran..
4
Hari Promosi Farmasi merupakan program tahunan Jabatan Farmasi yang
diadakan untuk mendekatkan Jabatan Farmasi kepada orang awam terutama
pelanggan yang datang ke Hospital Kulim. Tujuan utama program ini diadakan
adalah untuk mendidik pesakit menghargai dan mengenali ubat-ubatan yang
diambil supaya matlamat terapeutik dapat dioptimakan sepenuhnya.
Bagi tahun 2011, Jabatan Farmasi telah mengadakan Hari Promosi
Farmasi pada 7 - 8 Mac 2011 bertempat di Foyer Hospital Kulim.
Antara aktiviti yang telah diadakan adalah ujian klinikal yang bertujuan
untuk membantu pelanggan menjalankan ujian saringan kesihatan bagi
mengenalpasti tahap kesihatan mereka, kuiz, games serta kaunseling ubat-
ubatan. Terdapat juga pameran jemputan daripada syarikat luar seperti Vico,
Anlene, Sebamed, Zulian, BSN serta pameran daripada Unit Penguatkuasa
Farmasi. Sekitar 600 orang pengunjung yang terdiri daripada kakitangan
hospital dan orang awam telah hadir untuk menjayakan program ini.
Kursus Surgikal Updates 2011 telah diadakan pada 12 Jun 2011 bertempat di Asrama Jururawat, Hospital
Kulim. Kursus yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang itu telah dirasmikan oleh Pengarah
Hospital, Dr. Asmayani binti Khalib.
Beberapa orang penceramah dari jabatan lain dan agensi luar telah dijemput untuk memberikan taklimat
kepada seramai kira-kira 76 orang peserta kursus.
Antara objektif kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada para peserta
dalam pengurusan pembedahan am yang cekap, profesional dan berintegriti. Selain itu, kursus ini juga bertujuan
untuk mendedahkan kepada peserta mengenai perkhidmatan yang diberikan dalam bidang pembedahan am
khususnya Jabatan Pembedahan, memberi pengetahuan tentang perkembangan rawatan terkini yang lebih
memberikan penekanan terhadap tanda vital kelima iaitu kesakitan. Dengan terlaksananya kursus ini diharap para
peserta dapat mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan agar dapat meningkatkan lagi imej Jabatan
Pembedahan, Hospital Kulim.
5
Bersempena Hari Kanak-kanak
Sedunia yang disambut pada bulan
Oktober setiap tahun, Yang diPertua
Persatuan Pandu Puteri Cawangan Kedah,
Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja
Tunku Soraya binti Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah D.K.A. II, S.H.M.S, S.S.D.K,
telah berkenan berangkat menyertai
lawatan ke Hospital Kulim pada 30
Oktober 2011. Turut serta dalam lawatan
berkenaan adalah seramai 35 orang wakil
Pandu Puteri dari Persatuan Pandu Puteri
Cawangan Kedah.
Y.M. Tunku turut berkenan melawat
dan menyampaikan cenderamata kepada
pesakit kanak-kanak di Wad Pediatrik.
1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011, Y. Bhg. Dato’ Dr. Mohd.
Azhar bin Hj. Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian
Kesihatan Malaysia telah berbesar hati bertandang ke Hospital Kulim untuk
meraikan Aidilfitri bersama-sama warga kerja hospital yang bertugas pada
hari raya pertama Aidilfitri.
Kehadiran Y. Bhg. Dato’ telah disambut mesra oleh Dr. Asmayani binti
Khalib, Pengarah Hospital Kulim bersama-sama warga Hospital Kulim yang
bertugas pada hari berkenaan.
Y. Bhg. Dato’ beserta isteri dan anak telah melawat para pesakit yang
ditempatkan di wad-wad hospital dan seterusnya menyampaikan
cenderamata berupa kuih-muih kepada staf hospital yang bertugas pada hari
pertama Aidilfitri. Perasaan terharu jelas tergambar diwajah staf Hospital
Kulim kerana kesudian Y. Bhg. Dato’ beraya bersama mereka.
6
Kafein Legakan Otot
Penyelidik dari Universiti Georgia mendapati kandungan kafein dalam 2 cawan
kopi mampu melegakan sakit otot akibat aktiviti fizikal yang dilakukan. Ini kerana
ia bertindak dengan menyekat rembesan bahan kimia yang bertanggungjawab
menyebabkan keradangan.
2 Juta Bakteria
Tahukah anda, selain strawberi dan anggur, salad merupakan antara sayuran dan buah yang ‘kaya’ dengan
bakteria dan kulat. Dianggarkan terdapat sejumlah 2 juta bakteria dan 75 ribu kulat pada salad yang baru
dikeluarkan daripada plastic pembungkus.
Rumpai Laut Buang Lemak
Berdasarkan kajian penyelidik British, rumpai laut yang digunakan untuk membuat sushi mengandungi serat
semulajadi yang tinggi. Pengambilan rumpai laut dalam diet harian mampu menurunkan
lemak dalam badan sehingga 75%. Oleh itu, tambahkan rumpai laut dalam
menu atau salad diet anda.
Masukkan gel silica ke
dalam vial yang telah
dibersihkan.
Pasangkan tangkai
dawai dengan
menggunakan gam.
Lilit riben pada
tudung vial dengan
menggunakan gam.
Akhir sekali lekatkan
bunga hiasan dengan
menggunakan gam.
Vial Ubat Berhias
bersedia menghiasi
ruangan meja anda.
Bahan-bahan:
• Vial Ubat
• Gel silica
• Riben
• Gam
• Dawai
• Bunga Hiasan
7
Mr. Bean tiba-tiba menangis selepas menerima satu panggilan telefon. Pelanggan yang berada dibelakangnya hairan,
lantas bertanya, " Kenapa awak menangis?". Jawab Mr. Bean, "Doktor telefon saya, emak saya baru meninggal.
Waaaaaaaaaa...!"
Pelanggan tadi menenangkan Mr. Bean. Seminit kemudian, Mr. Bean menerima satu lagi panggilan telefon. Kali
ini dia meraung lebih kuat lagi sampai semua orang yang berada di situ tercengang-cengang.
"Kenapa anda menangis lagi?" tanya pelanggan yang berada di belakangnya tadi. Jawab Mr. Bean, " Adik saya telefon,
emak dia pun meninggal dunia juga........baru sekejap tadi. Waaaaaaaaaaaa....!
………………………………………………………..
Kacang : "Apa yang engkau bawa tu?"
Mr. Bean : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalau tekaanmu tepat.. kesemua dua ekor ayam yang aku bawa
ini akan aku beri kepada engkau!"
Kacang : "Emmmm.. tiga kot..?"
Tarikh Lahir : 27 Jan 1950
Jawatan : Pakar Perunding Perubatan Kanan (Jusa C)
Tempat Lahir : Sungai Bernam, Selangor
Pendidikan Rendah : Sek. Ren. Keb. Khir Johari, Sungai
Simun, Perak
Pendidikan Tinggi : Sek. Men. Keb. Khir Johari, Sungai
Simun, Perak
Universiti
• 1972 : B.Sc dari RLS Institute, Belgaum, Karnataka
University, India
• 1976 : M.B.B.S di Jawarlal Nehru Medical College,
Belgaum, India
• 1987 : M.R.C.P dari Royal College Of UK
Pengalaman Kerja
• 1976-1978 : HO di Royalpatal Hospital, Chenai
• 1978-1979 : HO di Hospital Ipoh
• 1979-1980 : MO di Hospital Kuala Terengganu
• 1980-1981 : Ketua Unit Mobile di Hospital Dungun
• 1981-1987 : MO di Hospital Pulau Pinang
• 1988-1989 : Pakar Klinikal di Hospital Pulau Pinang
• 1989-2005 : Ketua Jabatan Perubatan di Hospital
Sungai Petani
• 2006-Kini : Pakar Perunding Perubatan Kanan di
Hospital Kulim
Anugerah
• Academy Of Medicine (AM)
• Bintang Cemerlang Kedah (BCK)
• Ahli Mahkota Kedah (AMK)
Falsafah Hidup
Kejayaan Boleh Dicapai Sekiranya Kita Sentiasa Berusaha
Pada suatu hari Mr. Bean pergi ke farmasi untuk
membeli vitamin kepada cucunya yang berusia 4 tahun.
Ahli farmasi bertanya, “Banyak jenis pil vitamin
encik. Encik nak yang mana satu. Vitamin A, B atau C?
Mr. Bean pun menjawab, “Alaaaa...tak kisah la
manapun. Cucu saya belum kenal huruf pun lagi”....
…………………………………………………………………….
Sewaktu menunggu giliran untuk membuat bayaran,
8
Unit Transfusi Hospital Kulim atau lebih dikenali sebagai Tabung Darah berfungsi sebagai salah satu cawangan
Pusat Darah Wilayah Utara (PDWU) dan berperanan mengutip, menyimpan , dan membekalkan darah yang sudah
disaring untuk kegunaan wad-wad di Hospital Kulim.
Dianggotai kakitangan seramai 11 orang dan disokong oleh staf dari klinik pakar dan wad-wad yang lain
untuk program derma darah mobile , inside dan outside. Cabaran yang dihadapi untuk memastikan bekalan darah
mencukupi untuk kegunaan hospital bukanlah mudah terutama sekali apabila menjelang cuti perayaan. Setiap
tahun, kutipan darah bulanan pasti akan menjunam turun sehingga 50% - 60% berbanding bulan-bulan biasa.
Justeru, kempen menjelang cuti perayaan digiatkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) kepada penderma tetap
tentang kempen yang sedang atau akan dijalankan, juga hebahan melalui laman sesawang dan corong pembesar
suara Hospital Kulim.
Tarikh : 23 Ogos 2011
Lokasi : Politeknik
Sultanah Bahiyah
Penderma : 70 orang
Anjuran : Politeknik
Sultanah Bahiyah
Tarikh : 12 Nov 2011
Lokasi : Kuarters TNB
Penderma: 45 orang
Anjuran : Kelab Kilat
Kuarters TNB
Tarikh : 7 Ogos 2011
Lokasi : Hosp. Kulim
Penderma : 55 orang
Penganjur : Persatuan
Friendship Group
Tarikh : 27 Sept 2011
Lokasi : Hosp. Kulim
Penderma : 20 orang
Anjuran : Kolej
Komuniti
Tarikh : 25 Sept. 2011
Lokasi : Hosp. Kulim
Penderma : 36 orang
Anjuran : PER-
9
Pada 28 April 2011, Unit Pemulihan
Cara Kerja telah mengadakan Sesi Terapi
Pemulihan Carakerja Untuk Kelas
Pendidikan Khas Program Integrasi (PPK)
dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan
Dato’ Hj. Zainuddin, Serdang, Kedah.
Seramai 26 orang pelajar keperluan
khas dari sekolah berkenaan telah
mengikuti sesi terapi ini bersama 7 orang
guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan
Murid.
Sepanjang sesi ini, para peserta telah
didedahkan kepada peranan anggota
Jurupulih Perubatan Carakerja. Turut diajar
kepada peserta adalah terapi sensory
integration, cognitive stimulation, brain
gym dan bean bag. Program ini telah
mendapat maklum balas positif daripada
guru-guru dan murid.
Program Hari Jantung Sedunia Hospital
Kulim telah disambut pada 12 Oktober 2011
bertempat di Foyer Hospital dan Pusat
Promosi Pendidikan Pesakit. Bertemakan One
World, One Home & One Heart, program ini
telah dianjurkan oleh Jabatan Perubatan dan
dirasmikan oleh Pengarah hospital,
Dr. Asmayani Binti Khalib.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan
disepanjang program seperti aktiviti
senamrobik, ceramah kesihatan, pemeriksaan
kesihatan dan pertandingan Jantung
Explorace. Selain daripada itu, gerai jualan
daripada pelbagai agensi seperti FAMA,
Sebamed dan syarikat-syarikat penjual buku
turut disediakan.
Program Hari Jantung Sedunia ini telah
diadakan dengan jayanya dan telah
mendapat sepenuh sokongan daripada Ahli
Lembaga Pelawat Hospital Kulim, Jabatan
Dietetik Dan sajian, Unit Fisioterapi,
perkhidmatan sokongan hospital iaitu Faber
Medi Serve, Pusat Promosi Pendidikan dan
pihak kantin hospital.
10
11
Cara membuat kuah
1. Goreng kacang tanah, cili kering, bawang merah,
bawang putih, cekor dan belacan bersama 4 sudu
makan minyak sehingga naik baunya.
2. Kisar semua bahan-bahan yang digoreng.
3. Bancuh bahan-bahan yang dikisar dengan air suam.
4. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan kacau
sehingga sebati.
Bahan-bahan untuk sayuran
• 200g (16 batang) kangkung
• 150g (8 batang) kacang panjang
• 150g (1 biji) timun
• 150g (1 biji) sengkuang
• 100g (1 mangkuk kecil) taugeh
• 200g (2 keping) tauhu
• 150g (2 keping) tempe
Kandungan nutrien setiap hidangan
Kalori : 592 kcal Protein : 24.0g Kolesterol : 9mg
Lemak : 38.0g Kalsium : 238mg Zat Besi : 5.9mg
Bahan-bahan
• 3 biji telur
• 250g (1 cawan) isi ayam- dimasak dan dicincang
• 125ml (1/2 cawan) keju Mozarella – diparut
• 30g (1/2 biji) lada benggala merah – dihiris nipis
• 30g (1/2 cawan) bawang besar – dicincang
• 30ml (2sudu makan) minyak sayuran
• 30g (1/2 cawan) bayam – dicincang
• Garam dan lada sulah secukup rasa
Kandungan nutrien setiap hidangan
Kalori : 180 kcal Karbohidrat : 1.4g Protein : 16.2g Lemak : 12.2g
Cara memasak
1. Tumiskan lada benggala dan bawang besar di
dalam kuali sehingga lembut.
2. Di dalam mangkuk, pukul telur dan susu.
Masukkan ayam, bayam, keju Mozarella serta
garam dan lada sulah.
3. Tuangkan campuran ke dalam kuali. Tutup dan
biarkan masak dengan api sederhana selama 7-10
minit atau sehingga masak sepenuhnya. Potong
kepada beberapa bahagian dan hidangkan
bersama roti bakar.
Cara menghidang
• Susun sayur-sayuran, tauhu dan tempe ke dalam pinggan.
• Hidangkan bersama kuah pecal yang disediakan tadi.
Bahan-bahan untuk kuah
• 250g (1 ½ cawan) kacang tanah
• 50g (7 ulas) bawang merah
• 13g (3 ulas) bawang putih
• 10g (7 biji) cili kering
• 13g (sebesar ibu jari) belacan
• 10g (2.5cm) cekor
• 5g (1 sudu teh) garam
• 30g (2 sudu makan) gula
• 25g (sebesar ibu jari) asam jawa – dibancuh bersama ¼ cawan air
untuk mendapatkan jusnya
• 250ml (1 cawan) air suam
• 90ml (9 sudu makan) minyak sayuran
Cara menyediakan sayur-sayuran
1. Timun dan sengkuang diracik halus.
2. Kangkung dan kacang panjang dipotong dalam
ukuran 2.5cm.
3. Didihkan air. Celur sebentar kacang panjang, taugeh
dan kangkung secara berasingan. Angkat dan toskan
airnya.
Kursus Emergency Respon Team (ERT) bagi tahun 2011 telah diadakan
sebanyak dua kali iaitu pada 25 - 27 Julai dan 12 - 14 September 2011.
Bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim Hi-Tech Park, kursus ini
telah dihadiri oleh seramai 60 orang warga Hospital Kulim dan kesemua
peserta seterusnya dilantik sebagai ahli Pasukan ERT Hospital.
Kursus ini diadakan bagi memberi pengetahuan tentang aspek
keselamatan kebakaran di banggunan disamping meningkatkan kemahiran
peserta dalam menggunakan peralatan kebombaan dan system menentang
kebakaran. Selain itu, kursus ini juga diadakan bagi meningkatkan ilmu pen-
getahuan kebombaan dan penyelamatan dengan lebih mendalam serta
dapat dirialisasikan setelah peserta kembali ketempat bertugas masing-
masing.
Sebagai salah satu usaha untuk memastikan bahawa semua warga
kerja Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menjalankan tugas
dengan cekap, selamat dan berkesan, beberapa strategi telah diatur.
Salah satunya adalah dengan
mengadakan kursus pembelajaran
berterusan seperti kursus Budaya
Korporat Dan Soft Skill.
Didalam kursus ini, semua
anggota Kementerian Kesihatan
Malaysia telah diberi pendedahan
dan pengetahuan tentang 3 elemen
utama iaitu Budaya Kerja Penyayang,
Kerja Berpasukan dan Profesional-
isme.
Kursus Budaya Korporat dan
Soft Skill Hospital Kulim diadakan 2
kali setahun dengan penyertaan
seramai 40 orang bagi setiap sesi.
Kursus selama 3 hari ini telah diada-
kan di Asrama Jururawat dengan
penekanan diberikan kepada aspek
nilai-nilai murni, budaya korporat
dan soft skill.
Kesemua elemen yang diserap-
kan sepanjang kursus diharap dapat
dimanfaatkan oleh kesemua peserta
dalam menjalankan tugasan mereka.
12
Masukkan gel silica ke
dalam cup ubat
Bahan-bahan:
• Bunga straw
• Cup ubat minum
• Batu akuarium
• Plastesin
• Dawai
• Gel silica
Letakkan plastesin di
lapisan atas dan ratakan
sehingga padat
Hiaskan dengan batu
akuarium
Pasangkan tangkai cup
menggunakan dawai
Masukkan straw hijau
yang dipotong runcing
sebagai daun
Akhir sekali, cucuk bunga
straw ke dalam cup
Bakul Bunga Straw Mini
bersedia menghi-
asi ruangan
12 Mei merupakan tarikh keramat bagi semua jururawat kerana pada
tarikh itu, jasa dan pengorbanan mereka dikenang dan diraikan di seluruh
dunia. Begitu juga halnya yang berlaku di Hospital Kulim, Kedah.
Seramai 415 orang jururawat yang berkhidmat di hospital ini telah
diraikan dalam satu majlis meriah yang telah diadakan seawal pagi
bertempat di Pusat Promosi Pendidikan Pesakit, Hospital Kulim. Pengarah
Hospital, Dr. Asmayani Binti Khalib telah merasmikan majlis dengan upacara
pemotongan kek serta diikuti oleh persembahan koir oleh pelajar-pelajar
dari Kolej Kejururawatan Kulim.
Pada sebelah malamnya pula, kesemua jururawat diraikan dalam satu
majlis makan malam gilang gemilang yang telah diadakan di Kulim Golf &
Country Resort, Kulim Hi-Tech Park.
13
Hospital Kulim telah menerima lawatan kerja dari National Uni-
versity Of Ireland, Galway (NUIG) dan University College Cork (UCC)
pada 7 September 2011. Turut serta dalam lawatan ini ialah 3 orang
wakil dari Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS).
Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk meninjau fasiliti
perubatan yang terdapat di Hospital Kulim bagi menempatkan pelajar-
pelajar perubatan kedua-dua universiti untuk melengkapkan Clinical
Studies selama dua setangah tahun. Pelajar dijangka memulakan
Clinical Studies di Hospital Kulim bermula pada tahun 2015.
Ekosistem yang tidak stabil, cuaca yang tidak menentu, bencana alam,
pencemaran air dan udara serta ancaman persekitaran yang membahaya-
kan kesihatan manusia merupakan faktor dorongan kepada Pusat Promosi
Pendidikan Pesakit Hospital untuk menganjurkan program Care for Earth :
Towards Green Hospital pada 13 Julai 2011.
Objektif program ini adalah untuk meminimumkan serta mengurang-
kan pengggunaan sumber di hospital, mengurangkan bahan buangan serta
mengurangkan pencemaran udara yang seterusnya diharapkan mampu
meningkatkan kualiti udara dipersekitaran hospital serta dapat mengurang-
kan kos pelupusan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan disepanjang program ini seperti
taklimat, pameran, cabutan bertuah, pertandingan kitar semula dan jualan
amal barangan kitar semula. Perasmian telah dijayakan oleh Timbalan
Pengarah Hospital Kulim, Dr. Azrinah binti Azuar dengan menaman sebatang
pokok sebagai simbolik.
14
Farmasi Pandu Lalu Hospital Kulim dibina atas saranan Kementrian Kesihatan Malaysia
bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di Kaunter Farmasi. Pada setiap
hari dianggarkan seramai 500 hingga 600 pesakit akan hadir ke kaunter farmasi bagi mendapatkan
ubat. Keadaan ini mengakibatkan kesesakan di kaunter farmasi dan juga kesesakan di tempat letak
kereta awam.
Farmasi Pandu Lalu dibuka pada setiap hari tertakluk kepada permintaan pesakit yang perlu
mengambil ubat ulangan. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pesakit perlu terlebih dahulu
mendaftar di Kaunter Farmasi untuk diberi penerangan mengenai kaedah operasi Farmasi Pandu
Lalu. Bagi memudahkan pesakit, selain temujanji melalui telefon, sistem sms juga digunakan
dimana pesakit hanya perlu menyertakan nombor kad pengenalan dan nama. Seterusnya, Pegawai
Farmasi yang bertugas akan menyediakan ubat susulan pesakit berkenaan. Setakat ini, sekitar 260
pesakit telah menggunakan kemudahan ini.
* Gambar sekitar majlis perasmia Farmasi Pandu Lalu Hospital Kulim
15
Hospital Kulim telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi semenjak 17 Disember 1996.
Kursus Pengurusan Laktasi 20 Jam telah diadakan pada 30 Mei - 2 Jun 2011 dengan
kerjasama Hospital Kulim, PKD Kulim dan PKD Bandar Bharu bagi persediaan untuk
Pensijilan Semula pada 13hb November 2011. Seramai 54 peserta telah hadir yang terdiri
daripada 16 peserta dari Hospital Kulim, 20 PKD Kulim dan 20 PKD Bandar Bharu. Peserta
telah menjalani ujian pre dan post kursus dan hasilnya amat memberangsangkan dimana
kesemua peserta telah lulus dalam ujian tersebut. Majlis penutupan dan penyampaian sijil
serta hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital Kulim, Dr. Asmayani Bt Khalib.
16
Bahan-bahan
• 250g (4 senduk) ais krim perisa vanilla
• 300g (2 potong) tembikai susu – dipotong dadu
• 500ml (2 cawan) susu penuh krim sejuk
• 125ml (1/2 cawan) sirap coklat
• Tembikai susu yang dihiris halus sebagai hiasan tambahan
Cara memasak
1. Masukkan ais krim, sirap coklat dan tembikai susu ke dalam pengisar.
2. Kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Hiaskan dengan hirisan buah tembikai susu.
Cadangan
Buah tembikai susu boleh juga digantikan dengan buah pisang atau strawberi.
Kandungan nutrien setiap hidangan
Kalori : 214 kcal Karbohidrat : 37.8g Protein : 5.0g Lemak : 4.8g
Program perjumpaan pesakit kanser payudara bersama
MAKNA dilaksanakan oleh Klinik Pembedahan, Pakar II pada setiap
hari Isnin minggu ke-2 setiap bulan. Wakil MAKNA Wilayah Utara
akan hadir bertemu secara berperingkat seramai kira-kira 135 orang
pesakit kanser payudara yang mendapat rawatan di Hospital Kulim.
Bagi setiap sesi dihadkan hanya kepada kira-kira 20 orang pesakit.
Pada pertemuan ini, Pn. Azlina Abdullah wakil MAKNA Wilayah
Utara bersama JT Hamidah akan mengajarkan teknik senaman yang
betul dan mengadakan sesi kaunseling bersama pesakit. Mereka
dengan tenang mendengar luahan pesakit dan memberikan nasihat
serta dorongan bagi mengurangkan beban emosi yang ditanggung
oleh pesakit kanser payudara.
Pada pertemuaan ini juga, prosthesis bagi pesakit kanser payu-
dara akan dibekalkan kepada pesakit bertujuan untuk mengurangkan
bebanan pesakit yang tidak mampu mendapatkan prosthesis di
pasaran kerana harganya yang tinggi.
17
Unit Kecemasan & Trauma Hospital Kulim telah mengadakan Pertandingan Bowling Tertutup A&E pada 3
Disember 2011 bertempat di Giant Superstore, Kulim. Serama 32 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja
Hospital Kulim telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Peserta telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Kumpulan 4 yang terdiri daripada En. Abd. Talib, En. Mohd.
Fazli, En. Halim dan Pn. Roslina Syawal telah muncul sebagai juara keseluruhan diikuti kumpulan 5 yang terdiri
daripada En. Mohd. Firdaus, En. Abd. Khalid, Cik Anis Fariza dan Pn. Siti Fatimah ditempat ke-2 dan kumpulan 1
iaitu Dr. Hazwan, Dr. Ikram, Pn. Rasyidah dan En. Adam ditempat ke-3.
Bagi kategori individu lelaki, Em. Mohd. Firdaus dari Jabatan Kecemasan & Trauma telah muncul sebagai
juara dangan kutipan jatuhan pin sebanyak 462 manakala En. Mohd. Fazli muncul sebagai naib juara dan
Dr. Hazwan ditempat yang ke-3. Bagi kategori wanita individu pula, Pn. Rasyidah telah muncul sebagai juara
diikuti oleh Pn. Norlela ditempat ke-2 dan Pn. Roslina Syawal ditempat yang ketiga. Hadiah kepada semua
pemenang telah disampaikan oleh Dr. Fadzilah, Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma.
Program lawatan pelancongan sukan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2
(HRPZ2), Kota Bharu, Kelantan telah berjaya diadakan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Kulim pada 18-20 oktober 2011. Seramai 47 orang peserta dari
Hospital Kulim telah disambut mesra oleh ahli Kelab Rekreasi dan Kebajikan Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Pada lawatan tersebut, perlawanan persahabatan bola jaring dan
bolan sepak telah diadakan. Perlawanan bola jaring diadakan di Kompleks
Belia dan Sukan, Panji manakala perlawanan bola sepak diadakan di
Padang Perdana. Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada pasukan
dari Hospital Kulim dalam kedua-dua perlawanan, namun ia memberi
pengalaman dan gambaran tentang tahap prestasi sukan pasukan Hospital
Kulim sekarang. Diharap semua ahli kelab dapat meningkatkan teknik dan
stamina untuk perlawanan dimasa akan datang.
18