elm assignment

Upload: ang-xiao-yean

Post on 13-Jan-2016

322 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PengenalanManusia adalah makhluk yang saling perlu dan memerlukan antara satu sama lain. Sejak dilahirkan sehingga akhir hayat, memberi dan menerima pertolongan merupakan dua amalan yang biasa bagi seorang manusia yang normal. Semasa masih bayi lagi, seseorang memerlukan pertolongan daripada orang sekeliling untuk menerus dan memenuhi kehendak-kehendak asas seperti makan, minum dan sebagainya. Manusia dan persekitaran adalah dua elemen yang tidak boleh dipisahkan dalam memastikan kesempurnaan dan kelangsungan kehidupan. Oleh itu, menolong dan ditolong merupakan fitrah semula jadi yang ada dalam diri setiap manusia. Budaya ikram atau budaya saling tolong menolong juga merupakan amalan yang boleh mewujudkan keharmonian dalam sesebuah masyarakat.1.Perbezaan antara konsep moral, etika dan akhlakMoral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin "mores" yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Perkataan "mores" ialah jamak dari kata mos yang bererti adat kebiasaan. Di dalam kamus umum bahasa Indonesia dikatakan bahawa moral adalah penentuan baik atau buruk terhadap perbuatan dan kelakuan seseorang. Selanjutnya moral dalam erti istilah adalah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan yang secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik atau buruk. Jika dalam kehidupan sehari-hari dikatakan bahawa seseorang itu bermoral, maka yang dimaksudkan orang itu mempunyai tingkah laku yang baik.Moral dalam istilah juga difahami sebagai prinsip hidup yang berkenaan dengan benar dan salah, baik dan buruk; kemampuan untuk memahami perbezaan benar dan salah serta ajaran atau gambaran tentang tingkah laku yang baik. Moral ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk. Moral dapat dibahagikan kepada 2 iaitu baik dan buruk. Baik ialah segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik manakala buruk ialah tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika adalah buruk. Menurut Purwadarminto, 1956: 957, moral diertikan sebagai ajaran baik dan buruk dari segi perbuatan dan kelakuan, akhlak, kewajipan dan sebagainya. Moral diatur segala perbuatan yang dinilai baik dan perlu dielakkan. Moral berkaitan denga kemampuan untuk membezakan antara perbuatan yang betul dan yang salah. Oleh itu, moral merupakan kawalan dalam bertingkah laku. Terdapat 2 jenis moral yang dikenali sebagai moral keagamaan dan moral sekular. Moral keagamaan merupakan moral yang selalu berdasarkan pada ajaran agama Islam. Moral sekular pula merupakan moral yang tidak berdasarkan pada ajaran agama dan hanya bersifat duniawi semata-mata.Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu. Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama untuk membantu menilai tingkahlaku seseorang. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana disebabkan kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi. Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh. (Mohd. Janib Johari,1994).Antara contoh lain yang berkaitan ialah sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.Sebagai kesimpulannya, moral atau moralitas bererti cara, perwatakan dan tingkah laku yang diterima. Konsep moral membawa pengertian kesedaran tentang ajaran atau pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, konsep moral ini merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandasan standard-standard yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang individu. Seseorang yang dikatakan memiliki tingkah laku yang bermoral jika tingkah laku tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan yang diterima. Definisi etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris "Ethic" dan bahasa Greek "Ethos" yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Pengertian etika dari segi etimologi, yang bermaksud watak kesusilaan atau adat. Dalam kamus umum bahasa Indonesia, etika diertikan ilmu pengetahuan tentang asas-asas akhlak. Etika dari segi istilah telah dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan masing-masing. Menurut Frankena (1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin (1983) pula, beliau mengertikan etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan di dalam perbuatan mereka. Begitu juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu, menurut Encyclopedia Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran sitematik mengenai sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah, dan sebagainya.Berdasarkan definisi-definisi etika berikut, dapat dinyatakan bahawa etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatan baik atau buruk. Ringkasnya, etika adalah suatu ilmu yang mengkaji tentang persoalan baik dan buruk berdasarkan akal fikiran manusia (Daud Ali, 2008). Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak.Etika memiliki peranan atau fungsi diantaranya ialah: Pertama, dengan etika seseorang atau kelompok dapat mengemukakan penilaian tentang perilaku manusia. Kedua, menjadi alat kontrol atau menjadi rambu-rambu bagi seseorang atau kelompok dalam melakukan suatu tindakan atau aktivitinya sebagai mahasiswa. Ketiga, etika dapat memberikan prospek untuk mengatasi kesulitan moral yang kita hadapi sekarang. Keempat, etika dapat menjadi prinsip yang mendasar bagi mahasiswa dalam menjalankan aktiviti kemahasiswaannya. Akhirnya, etika menjadi penuntun agar bersikap sopan, santun, dan dengan etika kita boleh dicap sebagai orang baik di dalam masyarakat.Konsep etika biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya. Contohnya, Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.Contoh lain, mencuri dan merosakkan harta kerajaan merupakan perbuatan vandalisme dan telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Kedua-dua kelakuan tersebut sememangnya salah dan melanggar etika kemasyarakatan sehingga menghalang hak dan mengganggu keselesaan orang lain untuk menggunakannya. Fungsi etika mengkelaskan perlakuan tersebut adalah salah dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab bagi menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.Sebagai rumusan bagi konsep etika, etika atau ethica merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Etika merujuk kepada maksud kebiasaan atau cara. Oleh itu, etika boleh ditakrifkan sebagai suatu kajian sains tentang kelakuan manusia dalam masyarakat yang juga merupakan satu set peraturan tingkah laku atau undang-undang yang digubal bersama oleh ahli masyarakat tersebut. Tujuan kod-kod etika yang digubal bersama ini adalah bertujuan sebagai garis panduan kepada tingkah laku sesuatu kumpulan untuk mengawal, menjamin dan melindungi tingkah laku yang bermoral dalam kumpulan tersebut, misalnya etika keguruan, etika guaman dan sebagainya. Dalam membincangkan etika sebagai ilmu yang menyiasat tentang tanggapan kesusilaan atau beretika itu adalah sama tentang moral. Manusia disebut beretika kerana manusia secara utuh dan menyeluruh mampu memenuhi hajat hidupnya dalam rangka asas keseimbangan antara kepentingan peribadi dengan pihak yang lain, antara rohani dengan jasmaninya, dan antara sebagai makhluk dengan penciptanya. Termasuk di dalamnya membincangkan nilai-nilai atau norma-norma yang dikaitkan dengan etika, terdapat dua jenis etika iaitu etika deskriptif, etika normatif dan satu lagi ialah sebuah cabang dari etika normatif iaitu etika metaetika.Etika Deskriptif merupakan etika yang menelaah secara kritis dan rasional tentang sikap dan tingkah laku manusia, serta apa yang dikejar oleh setiap orang dalam hidupnya sebagai sesuatu yang bernilai. Etika deskriptif tersebut berbicara mengenai fakta secara apa adanya, yakni mengenai nilai dan tingkah laku manusia sebagai suatu fakta yang berkaitan dengan situasi dan realiti yang membudaya. Dapat disimpulkan bahawa tentang kenyataan dalam penghayatan nilai atau tanpa nilai dalam suatu masyarakat yang dikaitkan dengan keadaan tertentu yang membolehkan manusia boleh bertindak secara beretika.Etika Normatif ialah etika yang menetapkan pelbagai sikap dan tingkah laku yang sesuai dan seharusnya dimiliki oleh manusia atau apa yang seharusnya dijalankan oleh manusia dan tindakan apa yang bernilai dalam hidup ini. Jadi etika normatif merupakan norma-norma yang dapat menuntun agar manusia bertindak secara baik dan menghindarkan hal-hal yang buruk sesuai dengan kaidah atau norma yang dipersetujui dan berlaku di masyarakat.Etika metaetika merupakan sebuah cabang dari etika yang membahas dan menyiasat serta menetapkan erti dan makna istilah-istilah normatif yang diungkapkan melalui soalan-soalan beretika yang membenarkan atau menyalahkan suatu tindakan. Istilah-istilah normatif yang sering mendapat perhatian khusus, antara lain kemestian, baik, buruk, benar, salah, yang terpuji, tercela, yang adil, yang semestinya.Kesimpulannya, etika berhubungan dengan empat perkara yang berikut. Pertama, dilihat dari segi objek pembahasannya, etika berupaya membahas perbuatanyang dilakukan oleh manusia. Kedua, dilihat dari segi sumbernya, etika bersumber pada akal fikiran atau falsafah. Sebagai hasil pemikiran, maka etika tidak bersifat mutlak, absolute dan tidak pula universal. Ia terbatas, dapat berubah, memiliki kekurangan, kelebihan dan sebagainya. Selain itu, etika juga memanfaatkan pelbagai ilmu yang membahas perilaku manusia seperti ilmu antropologi, psikologi, sosiologi, ilmu politik, ilmu ekonomi dan sebagainya. Ketiga, dilihat dari segi fungsinya, etika berfungsi sebagai penilai, penentu dan penetap terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia, iaitu apakah perbuatan tersebut akan dinilai baik, buruk, mulia, terhormat, hina dan sebagainya. Dengan demikian etika lebih berperan sebagai konseptor terhadap sejumlah perilaku yang dilaksanakan oleh manusia. Etika lebih mengacu kepada pengkajian sistem nilai-nilai yang ada. Keempat, dilihat dari segi sifatnya, etika bersifat relatif yakni dapat berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman. Akhir kata, etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasulkan oleh akal manusia.Akhlak pula berasal dari bahasa Arab "Akhlak" yang merupakan bentuk jamak dari "Khuluq". Akhlak boleh ditakrifkan melalui dua pendekatan iaitu linguistic (kebahasaan) dan pendekatan terminologic (peristilahan). Secara kebahasaan, "akhlak" bererti budi pekerti, tabiat, watak. Dalam kebahasaan akhlak sering disinonimkan dengan moral dan etika. Menurut Iman Al Ghazali, akhlak merupakan gambaran tentang keadaan dalam diri manusia yang telah sebati dan daripadanya terbit tingkah laku secara mudah dan senang tanpa memerlukan pertimbangan atau pemikiran. Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja yang lahir dari manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat yang ada dalam jiwanya. Secara istilah pula, akhlak merujuk kepada tingkah laku, tutur kata, penampilan atau imej diri berlandaskan kepada ajaran Islam. Erti kata lain, akhlak adalah satu bentuk tingkah laku yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang mesti dilakukan oleh setiap individu. Akhlak dari sudut istilah telah ditakrifkan oleh beberapa ahli. Menurut Prof. Sr. Ahmad Amin, akhlak didefinisikan sebagai kehendak yang biasa dilakukan. Artinya, segala sesuatu kehendak yang terbiasa dilakukan disebut akhlak. Sementara itu Ibnu Maskawih mengemukakan bahawa akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan. Al-Ghazali memberikan definisi akhlak adalah segala sifat yang tertanam dalam hati, yang menimbulkan kegiatan-kegiatan dengan ringan dan mudah tanpa memerlukan pemikiran sebagai pertimbangan. Dari definisi-definisi tersebut terdapatnya persamaan iaitu akhlak berpangkal pada hati, jiwa atau kehendak, kemudian diwujudkan dalam perbuatan sebagai kebiasaan (bukan perbuatan yang dibuat-buat, tetapi sewajarnya). Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan dalam hatinya. Kesedaran akhlak adalah keedaran manusia tentang dirinya sendiri, di mana manusia melihat atau merasakan diri sendiri sebagai berhadapan dengan baik dan buruk. Sebagai contoh, analogi berkaitan akhlak ini boleh diumpamakan seperti pokok dengan akarnya yang membawa maksud tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya. Sama seperti pokok apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Jika rosak akar, maka akan rosaklah pokok dan cabangnya.Misalnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh. Definisi-definisi akhlak tersebut secara subtansial tampak saling melengkapi, dan darinya kita dapat melihat lima ciri yang terdapat dalam perbuatan akhlak. Pertama, perbuatan akhlak adalah perbuatan yang telah tertanam kuat dalam jiwa seseorang, sehingga telah menjadi kepribadiaannya. Kedua, perbuatan akhlak adalah perbuatan yang dilakukan dengan mudah dan tanpa pemikiran. Ini tidak bererti bahawa saat melakukan sesuatu perbuatan, yang bersangkutan dalam keadaan tidak sedar, hilang ingatan, tidur atau masalah mental. Ketiga, bahawa perbuatan akhlak adalah perbuatan yang timbul dari dalam diri orang yang mengerjakannya, tanpa ada paksaan atau tekanan dari luar. Perbuatan akhlak adalah perbuatan yang dilakukan atas dasar kehendak, pilihan dan keputusan yang bersangkutan. Keempat, bahawa perbuatan akhlak adalah perbuatan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan main-main atau kerana bersandiwara. Kelima, sejalan dengan ciri yang keempat perbuatan akhlak (khususnya akhlak yang baik) adalah perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas dan bukan ingin dipuji orang atau sebab ingin mendapatkan suatu pujian.Sumber akhlak adalah Al-Quran dan sunah, bukan akal fikiran atau pandangan masyarakat sebagaimana konsep etika dan moral. Dan bukan sebabnya baik dan buruk dengan sendirinya sebagaimana pandangan muktazilah. Hati nurani atau fitrah dalam bahasa Al-Quran memang boleh menjadi ukuran baik dan buruk kerana manusia dicipta oleh Allah swt mempunyai fitrah bertauhid. Hal ini disebabkan fitrah itulah manusia cinta kepada kesucian dan selalu cenderung kepada kebenaran. Namun fitrah manusia tidak selalu terjamin dapat berfungsi dengan baik kerana pengaruh dari luar, misalnya pengaruh pendidikan dan lingkungan. Oleh itu ukuran baik dan buruk tidak dapat diserahkan sepenuhnya kepada hati nurani atau fitrah manusia semata. Fitrah hanyalah potensi dasar yang perlu dipelihara dan dikembangkan.Semua keputusan syara 'tidak akan bertentangan dengan hati nurani manusia. Oleh sebab kedua-duanya berasal dari sumber yang sama iaitu Allah swt. Demikian juga dengan akal fikiran, ia hanyalah salah satu kekuatan yang dimiliki manusia untuk mencari kebaikan atau keburukan. Pandangan masyarakat juga boleh dijadikan salah satu ukuran baik dan buruk. Masyarakat yang hati nuraninya sudah tertututp dan akal fikiran mereka sudah dikotori oleh perilaku tercela tidak boleh dijadikan ukuran. Hanya kebiasaan masyarakat yang baiklah yang boleh dijadikan ukuran. Secara ringkasnya, akhlak merupakan sifat semula jadi yang dimiliki individu dan juga sifat yang dimilikinya menerusi latihan dan rangsangan, iaitu batindan zahir dalam bentuk perlakuan.Persamaan antara etika, moral dan akhlakTerdapat beberapa persamaan antara akhlak, etika, dan moral yang dapat dipaparkan. Pertama, akhlak, etika dan moral merujuk kepada ajaran atau gambaran tentang perbuatan, tingkah laku, sifat dan perangai yang baik.Kedua, akhlak, etika dan moral merupakan prinsip atau peraturan hidup manusia untuk menakar martabat dan harakat kemanusiaannya. Sebaliknya semakin rendah kualiti akhlak, etika dan moral seseorang atau sekumpulan orang, maka semakin rendah pula kualiti kemanusiaannya. Ketiga, akhlak, etika dan moral seseorang atau sekumpulan orang tidak semata-mata merupakan faktor keturunan yang bersifat tetap, stastis, dan berterusan, tetapi merupakan potensi positif yang dimiliki setiap orang. Untuk pembangunan dan tuntutan potensi positif tersebut diperlukan pendidikan, pembiasaan, dan keteladanan, serta sokongan persekitaran, mulai dari lingkungan keluarga, sekolah dan masyarakat secara terus menerus, berkesinambangan dengan tahap keajegan dan konsisten yang tinggi.Perbezaan antara etika, moral dan akhlakMoralEtikaAkhlak

Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat. Tingkah laku manusia yang selain daripada wahyu,iaitu bersumberkan falsafah. Tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak.

merupakan ajaran yang membahas kebaikan dan keburukan berdasarkan ukuran tradisi yang berlaku dan berkembang dalam suatu masyarakat tertentu. merupakan ajaran yang membahas kebaikan dan keburukan berdasarkan ukuran akal merupakan ajaran yang membahas kebaikan dan keburukan berdasarkan ukuran ajaran agama.

moral menilai tindakan zahir manusia sahaja. dikaitkan dengan peraturan dan cara tindakan di satu tempat.Akhlak menilai tindakan zahir dan batin manusia.

Mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. Terdapat pelbagai etika yang mesti diikuti oleh semua para anggota satu-satu tempat atau pertubuhan.Mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain.

Moral ditentukan oleh manusia. Contohnya etika pakaian, etika penjawat awam, etika seorang pegawai polis, tentera dan sebagainya.Akhlak ditentukan oleh Allah melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah.

Moral bersifat relatif, subjektif dan sementara.Akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap.

Contoh: Dari segi pakaian:Seseorang yang mendedahkan aurat tetapi mempunyai perlakuan yang baik dianggap bermoral. Dari segi pergaulan:Berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral.

Contoh: Dari segi pakaian:orang yang tidak menutup aurat dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak. Dari segi pergaulan:Dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.

Perbezaan antara akhlak dengan moral dan etika boleh dilihat dari dasar penentuan atau standard ukuran baik dan buruk yang digunakannya. Standard baik dan buruk akhlak berdasarkan Al Qur'an dan Sunnah Rasul, sedangkan moral dan etika berdasarkan adat istiadat atau kesepakatan yang dibuat oleh suatu masyarakat jika masyarakat menganggap suatu perbuatan itu baik maka baik pulalah nilai perbuatan itu. Dengan demikian standard nilai moral dan etika bersifat tempatan dan duniawi, sedangkan standard akhlak bersifat universal dan abadi. Dalam pandangan Islam, akhlak merupakan cermin dari apa yang ada dalam jiwa seseorang. Sebab itu akhlak yang baik merupakan dorongan dari keimanan seseorang, sebab keimanan harus dipaparkan dalam prilaku nyata sehari-hari. Inilah yang menjadi misi diutusnya Rasul sebagaimana disabdakannya: "Aku hanya diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia." (Hadis riwayat Ahmad). Akhlak secara umumnya ialah sistem atau tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak. Sementara itu, etika ialah sistem tingkah laku manusia bersumberkan selain daripada wahyu iaitu bersumberkan falsafah. Tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat pula dinamakan moral.Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia, manakala moral ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja. Akhlak juga mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Pencipta, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain. Moral pula hanya mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. Nilai-nilai yang terdapat dalam akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat relatif, subjektif dan sementara. Contoh bagi membezakan akhlak dan moral mengikut perspektif Islam ialah dari segi pemakaian, pemakaian bagi seseorang muslim mengikut Islam mestilah menutup aurat dan jika individu muslim tersebut tidak menutup aurat, mereka dikatakan tidak berakhlak kerana telah melanggar ajaran yang ditetapkan tetapi mengikut pandangan moral jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, mereka masih dianggap bermoral.Moral merupakan sebahagian daripada etika. Masalah etika adalah berkaitan dengan sesuatu yang membuahkan hasil yang salah atau sesuatu yang tidak adil. Ruang lingkup perbincangan etika adalah lebih luas berbanding dengan moral. Fokus etika lebih luas mencakupi estetika, etika profesional, tingkah laku dan logik. Etika mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia bagi menyediakan prinsip tanggungjawab dan menilai tindakan yang berkaitan dengan kemanusiaan. Moral pula merujuk kepada cara berfikir, bertindak dan bagaimana mereka harus bertindak, manakala etika adalah falsafah moral berkaitan dengan masalah betul atau salah. Contohnya adalah seperti penggodaman atau hack. Permasalahan ini bukan masalah berkaitan etika tetapi adalah kesalahan moral untuk mendapatkan pencapaian yang tidak mendapat kebenaran. Secara umum boleh dikatakan bahawa akhlak yang baik pada dasarnya adalah terkumpul dari aqidah dan syari'at yang bersatu secara utuh dalam diri seseorang. Apabila aqidah telah mendorong pelaksanaan syari'at akan lahir akhlak yang baik, atau dengan kata lain akhlak merupakan perilaku yang tampak apabila syari'at Islam telah dilaksanakan berdasarkan aqidah.Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan perbuatan-perbuatan dengan gampang dan mudah tanpa memerlukan pertimbangan dan pemikiran. Sedangkan etika adalah ilmu yang mempelajari soal kebaikan dan keburukan di dalam hidup manusia semuanya, terutama yang mengenai gerak geri fikiran dan rasa yang merupakan pertimbangan dan perasaan sampai mengenai tujuannya yang merupakan perbuatan. Dan jika moral adalah suatu tindakan yang sesuai dengan saiz tindakan yang umum diterima oleh kesatuan sosial atau persekitaran tertentu.Yang menjadi sumber akhlak adalah yang menjadi ukuran baik dan buruk atau mulia dan tercela.Secara rumusan, akhirnya dilihat dari fungsi dan peranannya boleh dikatakan bahawa etika, moral dan akhlak mempunyai persamaan, iaitu menentukan hukum atau nilai dari suatu perbuatan yang dilakukan manusia untuk ditentukan baik-buruknya. Kesemua istilah tersebut sama-sama menghendaki terciptanya keadaan masyarakat yang baik, teratur, aman, damai dan tenteram sehingga sejahtera batiniah dan lahiriyah. Perbezaan antara etika, moral dan akhlak adalah terletak pada sumber yang dijadikan penanda aras untuk menentukan baik dan buruk. Jika dalam etika penilaian baik buruk berdasarkan pendapat akal fikiran, dan pada moral berdasarkan kebiasaan yang berlaku umum di masyarakat, maka pada akhlak ukuran yang digunakan untuk menentukan baik buruk itu adalah al-Qur'an dan al-hadis. Perbezaan lain antara etika dan moral terlihat pula pada sifat dan kawasan pembahasannya. Jika etika lebih banyak bersifat teori, maka pada moral lebih banyak bersifat praktikal. Etika memandang tingkah laku manusia secara umum, sedangkan moral bersifat local dan individu. Etika menjelaskan ukuran baik-buruk, sedangkan moral menyatakan ukuran tersebut dalam bentuk perbuatan. Namun demikian etika, moral dan akhlak tetap saling berkaitan dan memerlukan. Huraian tersebut di atas menunjukkan dengan jelas bahawa etika dan moral berasal dari produk nisbah dan budaya masyarakat yang secara selektif diiktiraf sebagai yang bermanfaat dan baik bagi kelangsungan hidup manusia. Sementara akhlak berasal dari wahyu, yakni ketentuan yang berdasarkan petunjuk Al-Qur'an dan Hadis. Dengan kata lain jika etika dan moral berasal dari manusia sedangkan akhlak berasal dari Tuhan.2.Menganalisis teori-teori etikaEtika adalah salah satu unsur penting dalam kehidupan manusia. Etika adalah acuan manusia dalam berperilaku, yang seolah menjadi batas pembeza manusia dengan makhluk lainnya dalam berperilaku. Etika juga merupakan ukuran yang bersifat umum yang berlaku pada semua manusia dan tidak hanya berlaku bagi sebagian manusia. Sebaiknya, etika digunakan sebagai landasan dalam pelbagai aspek kehidupan. Keperluan EtikaEtika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul. Ahli falsafah mendapati ia adalah subjek yang rumit. Teori etika diasaskan kepada andaian bahawa manusia adalah rasional dan bebas membuat pilihan. Teori etika sebenarnya cuba meningkatkan maruah, keamanan, kegembiraan dan kesejahteraan manusia. Peraturan etika melibatkan semua orang. Ia bertujuan untuk mencapai keputusan yang baik untuk manusia sejagat. Perilaku yang tidak beretika, walaupun tidak melanggar undang-undang boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.Prinsip-prinsip EtikaDalam peradaban sejarah manusia sejak abad keempat sebelum Masihi, para pemikir telah mencuba menghuraikan pelbagai corak landasan etika sebagai pedoman hidup bermasyarakat. Para pemikir itu telah mengenalpasti sekurang-kurangnya terdapat beratus-ratus macam idea agung (great ideas). Seluruh gagasan atau idea agung tersebut boleh diringkaskan menjadi enam prinsip yang merupakan landasan penting etika, iaitu keindahan, persamaan, kebaikan, keadilan, kebebasan dan kebenaran. Prinsip KeindahanPrinsip ini mendasari segala sesuatu yang termasuk penikmatan rasa senang terhadap keindahan. Berdasarkan prinsip ini, manusia memperhatikan nilai-nilai keindahan dan ingin menampakkan sesuatu yang indah dalam perilakunya. Misalnya dalam berpakaian, penataan ruang, dan sebagainya sehingga membuatnya lebih bersemangat untuk bekerja.Prinsip PersamaanSetiap manusia pada hakikatnya mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama, sehingga muncul tuntutan terhadap persamaan hak antara laki-laki dan perempuan, persamaan bangsa, serta persamaan dalam pelbagai bidang lain. Prinsip ini melandasi perilaku yang tidak diskrminatif atas dasar apapun.Prinsip KebaikanPrinsip ini mendasari tingkah laku individu untuk selalu berupaya berbuat kebaikan dalam berinteraksi dengan persekitarannya. Prinsip ini biasanya berkenaan dengan nilai-nilai kemanusiaan seperti hormat- menghormati, kasih sayang, membantu orang lain dan sebagainya. Manusia pada hakikatnya selalu ingin berbuat baik, sebab dengan perbuatan baik dia akan dapat diterima oleh persekitarannya. Penyelenggaraan pemerintahan dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat sesungguhnya bertujuan untuk mewujudkan kebaikan bagi masyarakat.Prinsip KeadilanPengertian keadilan adalah kemahuan yang tetap dan kekal untuk memberikan kepada setiap orang apa yang semestinya mereka diperolehi. Oleh sebab itu, prinsip ini mendasari seseorang untuk bertindak adil dan seimbang serta tidak mengambil sesuatu yang menjadi hak orang lain.Prinsip KebebasanKebebasan boleh ditafsirkan sebagai keleluasaan individu untuk bertindak atau tidak bertindak sesuai dengan pilihannya sendiri. Dalam prinsip kehidupan dan hak asasi manusia, setiap manusia mempunyai hak untuk melakukan sesuatu yang sesuai dengan kehendaknya sendiri sepanjang tidak merugikan atau mengganggu hak-hak orang lain. Oleh itu, setiap kebebasan harus diikuti dengan tanggungjawab sehingga manusia tidak melakukan tindakan yang semana-mana kepada orang lain. Untuk itu, kebebasan individu di sini ditafsirkan sebagai kemampuan untuk berbuat sesuatu atau menentukan pilihan. Kedua, kemampuan yang membolehkan manusia untuk melaksanakan pilihannya tersebut dan akhirnya ialah kemampuan untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya.Prinsip KebenaranKebenaran biasanya digunakan dalam logik keilmuan yang muncul dari hasil pemikiran yang logik atau rasional. Kebenaran harus dapat dibuktikan dan ditunjukkan supaya kebenaran itu boleh dipercayai oleh individu dan masyarakat. Bukannya setiap kebenaran boleh diterima sebagai suatu kebenaran apabila belum dapat dibuktikan. Semua prinsip yang telah diterangkan itu merupakan prasyarat asas dalam pembangunan nilai-nilai etika atau kod etika dalam hubungan antara individu, individu dengan masyarakat, individu dengan kerajaan dan sebagainya. Etika yang disusun sebagai peraturan dan undang-undang yang akan menetapkan kehidupan manusia, masyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan pegawai harus benar-benar dapat menjamin terciptanya keindahan, persamaan, kebaikan, keadilan, kebebasan, dan kebenaran bagi setiap orang.Etika sebagai disiplin ilmu berhubungan dengan kajian secara kritis tentang adat kebiasaan, nilai-nilai, dan norma perilaku manusia yang dianggap baik atau tidak baik. Dalam etika masih dijumpai banyak teori yang cuba untuk menjelaskan suatu tindakan, sifat, atau objek perilaku yang sama dari sudut pandang atau perspektif yang berlainan. Menurut French Granrose (1995), teori etika merupakan satu set panduan atau peraturan bertingkahlaku untuk menyelesaikan konflik terhadap keinginan. Bagi Buchnolz (1989) pula, ia merupakan satu sistem sebagai panduan tingkahlaku. Manakala Shea (1988) berpendapat bahawa teori etika ialah prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkahlaku. Teori-toeri etika yang akan diterokai termasuklah teori Teleologikal, teori Deontologikal, teori Kemoralan Sosial dan teori Keperibadian Mulia. Teori TeleologikalTeleologi berasal dari akar kata Yunani telos, yang bermakna akhir, tujuan, maksud, dan logos, perkataan. Teleologi adalah ajaran yang menerangkan segala sesuatu dan segala kejadian menuju pada tujuan tertentu. Istilah teleologi dikemukakan oleh Christian Wolff, seorang ahli falsafah Jerman abad ke-18. Teleologi merupakan sebuah kajian mengenai gejala-gejala yang memperlihatkan kekerapan, rancangan, tujuan, akhir, maksud, kecenderungan, sasaran, arah, dan bagaimana hal-hal ini dicapai dalam suatu proses perkembangan. Dalam arti umum, teleologi merupakan sebuah kajian falsafah mengenai bukti perancangan, fungsi, atau tujuan di alam maupun dalam sejarah. Dalam bidang lain, teleologi merupakan ajaran falsafah-agama tentang kewujudan tujuan dan "kebijaksanaan" objektif di luar manusia.Teori teleologi menegaskan bahawa kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (misalnya tindakan atau peraturan) yang benar, baik, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Oleh itu, teori teleologi kadang-kadang dipanggil sebagai consequentialism. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan (atau mungkin yang hendak dihasilkan) melebihi kejahatan. Bagaimanapun, ahli teleologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini menyebabkan wujud beberapa jenis teori teleologi yang berbeza.Dalam dunia etika, teleologi boleh ditafsirkan sebagai pertimbangan moral akan baik buruknya suatu tindakan dilakukan, teleologi mengerti benar mana yang benar, dan mana yang salah, tetapi itu bukan ukuran yang terakhir. Yang lebih penting adalah tujuan dan akibat. Betapapun salahnya sebuah tindakan mengikut undang-undang , tetapi jika itu bertujuan dan mengakibatkan baik, maka tindakan itu dinilai baik. Ajaran teleologikal boleh menimbulkan bahaya menghalalkan segala cara. Dengan demikian tujuan yang baik harus diikuti dengan tindakan yang benar menurut hukum. Perbincangan "baik" dan "jahat" perlu diimbangi dengan "benar" dan "salah". Lebih mendalam lagi, ajaran teleologikal ini boleh mencipta hedonisme, ketika "yang baik" itu mengecil menjadi "yang baik bagi diri sendiri. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. Terdapat dua aliran atau dua perspektif yang dapat dilihat dalam etika teleologi iaitu utilitarianisme dan egoisme.Utilitarianisme berasal dari bahasa latin utilis yang bererti "bermanfaat". Menurut teori ini suatu perbuatan adalah baik jika membawa manfaat, tetapi manfaat itu perlu melibatkan bukan saja satu dua orang melainkan masyarakat sebagai keseluruhan. Dalam rangka pemikiran utilitarianisme, kriteria untuk menentukan baik buruknya suatu perbuatan adalah "the greatest happiness of the greatest number", kebahagiaan terbesar dari jumlah orang yang terbesar.Teori ini berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum. Kebaikan ini termasuklah kegembiraan atau keseronokan kepada semua pihak. Tindakan dikatakan sebagai bermoral jika ia menghasilkan kegembiraan yang maksimum.Quinton (1973), misalnya menganggap individu yang mendokong utilitarianisme sebagai mereka yang bersetuju bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentu nilai berkenaan ialah keseronokan dan kesakitan yang wujud bersamanya. Warnock (1979) pula berpendapat bahawa perkataan utilitarian dicipta oleh Jeremy Bentham (1748 - 1832). Oleh itu, Bentham telah dianggap sebagai pengasas prinsip utiliti dalam perbahasan moral. Sesungguhnya, Bentham (1970) mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi keseonokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu keseronokan.Seorang lagi pengikut utilitarianisme yang terkemuka ialah John Stuart Mill (1806 - 1873). Mill (1964) memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Konsep utiliti atau prinsip kebahagiaan terbanyak menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Yang dimaksudkan dengan kebahagiaan ialah keseronokan yang dihajati dan tiadanya kesakitan, manakala kedukaan ialah kesakitan dan tiadanya keseronokan. Keseronokan (bebas daripada kesakitan) sahajalah natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan.Memandang kepada penerangan Bentham dan Mill di atas, bolehlah dianggap pengalaman keseronokan mestilah dimaksimumkan dan kesakitan diminimumkan. Jika inilah prinsip utiliti, dalam meminimumkan kesakitan, akan membenarkan kita dalam situasi tertentu untuk melakukan perkara tidak baik atas alasan perlu bagi menyekat berlakunya sesuatu yang lebih buruk. Atas prinsip memaksimumkan kebahagiaan, dalam mengagihkan wang atau barang kepada sekumpulan manusia, orang yang paling iri hati atau tamak sepatutnya mendapat lebih. Hal ini kerana orang biasa mudah bersyukur, tetapi orang yang iri hati atau tamak mesti mahu lebih daripada orang lain, barulah mereka berpuas hati, seronok dan bahagia.Tetapi semua contoh meminimumkan kesakitan dan memaksimumkan keseronokan, sebenarnya tidak adil dan berat sebelah. Oleh itu, mestilah diakui bahawa konsep utiliti dengan mudah boleh berfonflik dengan prinsip keadilan. Kerumitan mendamaikan utilitidengan keadilan bukan sahaja boleh menjadikan prinsip utiliti itu kurang menarik, malah menyebabkan sukar bagi kita untuk menggunakan prinsip utiliti itu sebagai asas moral atau etika yang memuaskan. Tiga prinsip bagi utilitarianisme ialah: yang pertama, suatu kebijaksanaan atau tindakan adalah baik dan tepat secara moral jika dan hanya jika kebijaksanaan atau tindakan tersebut mendatangkan manfaat atau keuntungan. Kedua, di antara kebijaksanaan atau tindakan yang sama baiknya, kebijaksanaan atau tindakan yang mempunyai manfaat terbesar adalah tindakan yang paling baik. Ketiga ialah di antara kebijaksanaan atau tindakan yang sama-sama mendatangkan manfaat terbesar, kebijaksanaan atau tindakan yang mempunyai manfaat bagi orang banyak. Nietzsche (1968) menentang idea bahawa manusia menjauhkan diri daripada kesakitan, iaitu membenci kesakitan. Beliau mengatakan bahawa untuk berusaha mendapatkan kuasa, manusia mesti mengatasi rintangan dan menempuh halangan. Ini ditafsirkan oleh Nietzsche sabagai mengejar atau memburu kuasa melalui kesakitan. Dengan kata lain, kesakitan dialami apabila berhadapan rintangan ketika bertekad untuk berkuasa. Oleh itu, kesakitan ialah sesuatu yang wujud dalam alam ini sebagai sifat atau bahagian yang tetap dan semula jadi. Kesakitan tidak perlu dielakkan tetapi mesti diatasi untuk mencapai kuasa. Nietzsche juga menggambarkan kesakitan sebagai 'bapa' kepada keseronokan, juga pendahuluan kepada keseronokan kerana kesakitan ialah pengalaman mengatasi sesuatu rintangan atau halangan. Dalam pernyataan prinsip utiliti ini, terdapat dua istilah lain yang perlu juga diteliti. Pertama ialah istilah kebaikan. Menurut prinsip utiliti, pengalaman keseronokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitkan dengan kejahatan. Kita sepatutnya menentang pengenalpastian kebaikan dengan keseronokan kerana ada nilai lain yang berkait dengan kebaikan yang lebih patut dianggap sebagai matlamat hidup. Contohnya, kebebasan, kesihatan, ilmu pengetahuan dan kualiti lain yang menjadikan kehidupan itu berharga. Kesemuanya ini boleh kita akui sebagai lebih penting berbanding dengan keseronokan dan sesuatu yang benar-benar baik dari segi moral.Kedua ialah istilah kebahagiaan. Prinsip utiliti turut menyamakan keseronokan dengan kebahagiaan. Ini juga sukar diterima kerana sebenarnya kedua-dua istilah itu patut dibezakan. Menurut Frankena (1973), 'keseronokan' membayangkan perasaan yang agak khusus sedangkan 'kebahagiaan' tidak demikian. Berbeza dengan 'kebahagiaan', 'keseronokan' membayangkan sensasi rendah atau sensasi fizikal, iaitu sesuatu yang tidak mendalam atau berpanjangan berbanding dengan kepuasan jangka panjang dan lebih mendalam yang terdapat pada 'kebahagiaan'. Selain itu, ungkapan seperti 'kehidupan yang menyeronokan' menggambarkan sesuatu yang agak berbeza daripada rangkai kata 'kehidupan yang membahagiakan'. Oleh itu, jika kita bersetuju dengan ciri-ciri keseronokan di atas, dengan menegaskan bahawa keseronokan ialah kebahagiaan, keraguan ialah kita akan bertambah tentang sama ada kebahagiaan mesti dilihat sebagai tujuan utama kehidupan manusia atau tidak. Akhir sekali, utilitarianisme membayangkan bahawa tidak kira maksud tindakan itu baik atau jahat, kedua-duanya boleh disukat. Dari sega kuantiti pula, yang baik dan jahat mestilah boleh diimbangi. Bentham mengenalpasti tujuh elemen yang perlu dipertimbangkan untuk mengukur keseronokan. Contohnya, mencipta kalkulus Hedonistik Bentham yang memberi skala antara 10 hingga +10. Elemen yang dimaksudkan oleh Bentham ialah intensiti, jangka masa, kepastian, kesegeraan, kesedaran, keberkesanan dan had atau batasan.Intensiti bermaksud kedalaman. Sejauh manakah dalamnya kesan pengalaman terhadap seseorang. Jangka masa bermaksud berapa lamakah keseronokan atau kesengsaraan akan berakhir. Kepastian pula ialah adakah anda pasti sama ada mengalami keseronokan atau kesengsaraan akibat sesuatu yang berlaku. Kesegeraan merupakan kepantasan anda mengalami rasa seronok atau sebaliknya. Kesedaran pula membawa makna kemungkinan anda mengalami rasa seronok pada masa akan dating. Keberkesanan adakah kemungkinan anda mengalami rasa sengsara pada masa hadapan. Mangsa tragedi selalunya sentiasa berasa takut dan risau. Akhir sekali, had atau batasan. Ia bermaksud berapa kerapkah kesengsaraan dan keseronokan dicetuskan dalam kehidupan orang lain. Jika jumlah skor kesengsaraan melebihi keseronokan maka sesuatu perbuatan tersebut adalah sememangnya salah dan tidak beretika.Utilitarianisme pada peringkat paling rendah dipanggil 'act utilitarinisme'. Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul. Act utilitarianism merupakan ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikanHedonistic utilitarianism pula merupakan ciri yang kedua pula ialah mengambilkira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambilkira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.Daripada keseluruhan tentang prinsip utiliti, kesimpulannya ialah kita mesti berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat utiliti sebagai suatu prinsip etika. Secara rumusan, teori utilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan majoriti.Inti pandangan egoisme adalah bahawa tindakan dari setiap orang pada dasarnya bertujuan untuk mengejar peribadi dan memajukan dirinya sendiri. Satu-satunya tujuan tindakan moral setiap orang adalah mengejar kepentingan peribadi dan memajukan dirinya. Egoisme ini baru menjadi persoalan serius ketika ia cenderung menjadihedonistis, iaitu ketika kebahagiaan dan kepentingan peribadi diterjemahkan semata-mata sebagai kenikmatan fizikal yg bersifat kesat. Rachels (2004) memperkenalkan dua konsep yang berkaitan dengan egoisme, iaitu egoisme psikologi dan egoisme beretika. Egoisme psikologi adalah suatu teori yang menjelaskan bahawa semua tindakan manusia didorong oleh kepentingan berkutat diri. Egoisme beretika adalah tindakan yang dilandasi oleh kepentingan diri sendiri. Yang membezakan tindakan berkutat diri (egoisme psikologi) dengan tindakan untuk kepentingan diri (egoisme beretika) adalah pada akibatnya terhadap orang lain. Tindakan berkutat diri ditandai dengan ciri mengabaikan atau merugikan kepentingan orang lain, sedangkan tindakan mementingkan diri tidak selalu merugikan kepentingan orang lain.Egoisme merupakan motivasi untuk mengekalkan dan meningkatkan pandangan yang hanya menguntungkan diri sendiri. Egoisme bermakna meletakkan diri di tengah satu tujuan serta tidak peduli dengan penderitaan orang lain, termasuk yang dicintainya atau yang dianggap sebagai teman dekat. Istilah lain adalah "mementingkan diri sendiri". Egoisme adalah cara untuk mengekalkan dan meningkatkan pandangan yang menguntungkan bagi dirinya sendiri, dan umumnya mempunyai pendapat untuk meningkatkan imej peribadi seseorang dan pentingnya dari segi intelektual, fizikal, sosial dan lain-lain. Egoisme ini tidak memandang kepedulian terhadap orang lain mahupun orang ramai pada umumnya dan hanya memikirkan diri sendiri.Egois ini mempunyai rasa yang luar biasa daripada keutamaan dari 'Aku adalah'. Kualiti peribadi mereka egotisme bermakna meletakkan diri pada teras dunia seseorang tanpa kepedulian terhadap orang lain, termasuk yang dicintai atau dianggap sebagai "dekat," dalam lain hal kecuali yang ditetapkan oleh egois itu. Teori eogisme atau egotisme diungkapkan oleh Friedrich Wilhelm Nietche yang merupakan pengkritik keras utilitarianisme dan juga kuat menentang teori Kemoralan Sosial. Teori egoisme berprinsip bahawa setiap orang harus bersifat keakuan, iaitu melakukan sesuatu yang bertujuan memberi manfaat kepada diri sendiri. Selain itu, setiap perbuatan yang memberikan keuntungan merupakan perbuatan yang baik dan satu perbuatan yang buruk jika merugikan diri sendiri. Kata "egoisme" merupakan istilah yang berasal dari bahasa latin iaitu ego, yang berasal dari kata Yunani kuno - yang masih digunakan dalam bahasa Yunani moden - ego () yang bermaksud "diri" atau "Saya", dan -isme, digunakan untuk menunjukkan sistem kepercayaannya. Dengan demikian, istilah ini secara etimologis berkaitan sangat erat dengan egoisme falsafah.Menurut Frankena (1973), etika egoisme mengandungi sekurang-kurangnya dua prinsip. Pertama, sebagai agen moral, tanggungjawab asas dan tunggal individu ialah memajukan seberapa banyak kebaikan untuk diri sendiri. Kedua, sebagai penasihat moral (selaku orang kedua atau ketiga) dalam membuat pertimbangan moral, individu mestilah juga mengutamakan keuntungan bagi diri sendiri.Prinsip pertama di atas bermaksud kebijaksanaan atau hemat mengutamakan diri sendiri ialah sesuatu yang betul, benar dan mulia. Ini kerana individu mempunyai kewajipan moral bagi mempertimbang dan mengutamakan kebajikan serta kepentingan sendiri. Tetapi jika mengutamakan fahaman bahawa menghormati dan mengendahkan orang lain sebagai penting dalam kemoralan, tentu sekali kita akan berhujah bahawa mengutamakan diri sendiri bertentangan sama sekali dengan kemoralan atau sekurang-kurangnya egoisme dianggap sebagai sesuatu yang bukan moral. Tentang prinsip kedua di atas, kita meragui juga sama ada egoisme dapat menyediakan satu asas yang boleh diterima dalam urusan menasihati orang lain berhubung dengan sesuatu isu, perkara atau masalah moral. Dalam kemoralan, kita tidak dapat menerima jika pertimbangan dan nasihat yang diberi oleh seseorang kepada orang lain menguntungkan diri pemberi nasihat sendiri.Satu lagi kritikan terhadap prinsip egoisme ialah hal yang berkait dengan kesejagatan prinsip atau peraturan moral. Terdapat ahli falsafah seperti Immanuel Kant dan Richard Hare mengatakan bahawa sesuatu peraturan atau prinsip moral mesti diambil tindakan oleh setiap individu, iaitu peraturan atau prinsip itu mestilah disejagatkan. Bagaimanapun, etika egoisme mencadangkan supaya setiap individu bertanggungjawab untuk bertindak dan menghakimi sesuatu dengan ukuran atau piawai yang memajukan kebajikannya sendiri, iaitu menguntungkan dirinya dari segi perkara yang benar dan salah. Mungkin individu itu beruntung walaupun seua orang lain bersungguh-sungguh juga mengejar apa yang menguntungkan diri mereka. Tetapi dari segi logik, anggapan ini boleh diragui kerana tidak selalunya perkara yang menguntungkan seseorang juga menguntungkan orang lain. Jika ini benar, tidaklah boleh egoisme dijadikan satu peraturan sejagat.Daripada ulasan dan kritikan terhadap egoisme, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan pengajaran Nietzsche dan egoisme. Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan kemoralan sosial serta etika keperibadian mulia, sebaliknya menyokong etika individualisme, kita percaya di kalangan mereka ramai juga yang mendapati sukar atau enggan mengaitkan diri mereka dengan etika egoisme yang mempunyai banyak kelemahan itu. Sebagai kesimpulannya, teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah "betul" jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu "buruk" jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri.Teori DeontologikalDeontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud diharuskan atau diwajibkan (Davis dalam Singer, 1991). Teori ini menafikan konsep Teori Teleologikal kerana golongan deontologist ini ialah golongan yang tidak percaya dengan akibat. Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Mengikut teori ini, nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya iaitu hasil atau kebaikan yang akan didapati kerana kesudahan sesuatu tindakan adalah tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan tersebut dibuat tetapi bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan. Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia merupakan seorang ahli falsafah yang sering dikaitkan dengan Teori Deontologikal ini. Hal ini kerana, beliau percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita tetapi motif atau niat tindakan kita adalah di bawah kawalan kita. Oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.Teori Deontologikal ini terbahagi kepada dua aspek iaitu tindakan deontologikal (eksistensialisme) dan peraturan deontologikal peraturan (prinsip kewajipan). Eksistensialisme menetapkan bahawa semua pertimbangan dan keputusan moral hendaklah bersifat khusus. Ini dapat digambarkan seperti 'Dalam situasi ini, aku patut buat ini' tanpa merujuk mana-mana peraturan. Manakala prinsip kewajipan berpendapat piawai tentang benar dan salah terdiri daripada satu peraturan atau lebih. Peraturan itu asas, bukan diperoleh atau berpunca daripada kes atau situasi tertentu. Sebaliknya pertimbangan moral seseorang itu tentang apa yang patut dilakukan dalam kes tertentu hendaklah ditentukan dengan merujuk peraturan berkenaan. Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan bermoral. Oleh itu, relativisme individu dianggap sebagai mutlak. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, peperangan dan konflik antara bangsa adalah tanggungjawab manusia yang menimbulkan masalah-masalah tersebut. Maka, manusia yang juga menyelesaikan masalah tersebut. Ini adalah kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.Eksistensialisme bermaksud kebebasan moral bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan iaitu merangkumi aspek kebebasan; kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral. Eksistensialisme berasal daripada perkataan existent yang bermaksud wujud atau ada. Deontologikal tindakan ini dipelopori oleh Jean Paul Satre yang menekankan kebebasan iaitu manusia bebas memilih tindakannya. Individu bebas buat pilihan atau keputusan moral dan tidak membenarkan pilihan atau keputusannya dipengaruhi orang lain. Sesungguhnya, eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian atau premis 'kebebasan'. Menurut Sartre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara membuta tuli, dia mempunyai pandangan 'mitologi' terhadap kemoralan yang akan menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan. Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.Aspek ini sama dengan pandangan seorang lain yang berfahaman eksistensialisme, iaitu Heideggar. Beliau memperkenalkan konsep 'kewujudan sah'. Kewujudan ini merujuk individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dengan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirinya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah. Bagaimanapun, berbanding dengan pelopor egoisme, pendokong eksistensialisme tidak mengutarakan kepentingan diri sendiri sebagai sesuatu yang bermoral.Eksistensialisme juga dikaitkan dengan pilihan moral (First Hand Choice) iaitu membuat pilihan terus dari akal rasional berdasarkan kepada sesuatu keputusan moral yang sentiasa berubah, tidak universal, bersifat subjektif, tidak mutlak, tidak kekal dan individualistik. Individu yang berpegang kepada fahaman eksistensialisme mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapatkan fakta yang betul berhubung dengan situasi moral yang dihadapinya, iaitu menilai secara teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Contohnya, seseorang individu tidak dilahirkan terus untuk menjadi guru, tetapi merupakan pilihan individu tersebut untuk menjadi guru atau pekerjaan lain. Begitu juga dengan pelaksaan tindakan lain oleh seseorang yang dirasakan yakin dan betul untuk dilaksanakan. Aspek ini mementingkan kebebasan individu untuk memilih tanpa dipengaruhi oleh faktor lain tetapi masih dalam konteks rasional membuat pemilihan.Murdoch (1974) tidak setuju dengan keputusan terus daripada sumber asal (First Hand Choice) sebagai proses tunggal yang menjadi asas dalam pertimbangan dan tingkah laku moral. Beliau berpendapat bahawa kebebasan individu dan kualiti moralnya memang bergantung pada keputusan dan pilihannya sendiri, tetapi pelopor eksistensialisme tidak memberitahu cara individu itu membuat pilihan. Eksistensialisme tidak memberi panduan dalam hal ini. Frankena (1973) turut mengupas soal keputusan dan pertimbangan moral ini. Menurut beliau, eksistensialisme membiarkan pertimbangan moral individu terapung begitu sahaja kerana selepas mengambil kira situasi yang individu itu berada sebagai panduan dalam membuat keputusan moral, dia tidak akan mendapat bimbingan selanjutnya. Individu itu mesti terus membuat pilihan atau keputusan tentang apa yang mesti dilakukannya dan atas pilihannya sahaja tindakan individu itu pada hakikatnya dianggap benar atau betul.Weldhen (1972) sendiri yang nampaknya bersimpati dengan eksistensialisme berpendapat bahawa adalah salah jika individu (sebelum dan selepas meneliti situasi moral yang dihadapinya) mengetepikan keseluruhan peraturan dan prinsip moral. Apa yang perlu ialah setiap individu bebas memilih beberapa peraturan dan prinsip etika tertentu dengan menolak yang lain. Peraturan dan prinsip etika yang dipilih itu dipatuhi atas sebab yang rasional, iaitu dapat memastikan bahawa kehidupan manusia menjadi lebih baik. Individu yang berpegang kepada prinsip Eksistensialisme hanya berpegang kepada prinsip sesuatu nilai yang baik atau buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas. Kadang-kala nilai pilihan individu ini tidak mengambil kira prinsip moral keluarga dan masyarakat setempat, malah mempunyai standard moral yang jauh berbeza. Kesimpulannya, teori Eksistensialisme adalah antara teori yang diguna pakai dalam menentukan sesuatu perbuatan itu baik ataupun tidak. Akan tetapi, ia tidak juga terlepas daripada beberapa kelemahan yang perlu kita amati.Prinsip Kewajipan dikemukan oleh Immanuel Kant (1724-1804) yang menegaskan pelaksanaan tanggungjawab semata-mata kerana pelaksanaan itu merupakan satu tanggungjawab. Tanggungjawab merupakan satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu bermoral atau tidak.Ramai ahli kemoralan merumuskan tanggungjawab kemoralan berdasarkan keagamaan, tetapi terdapat tanggungjawab yang tidak berubah mengikut agama atau adat resam, misalnya tidak membunuh, tidak berzina atau tidak menipu dalam apa jua keadaan merupakan peraturan universal. Menurut Kant, sesuatu tindakan yang betul perlu selari dengan kemoralan universal. Maka, kita tidak perlu membuat pertimbangan tentang kesan tindakan (Teori Teleologikal) sebelum kita membuat keputusan.Prinsip kewajipan pula membawa maksud sesuatu tindakan dianggap bermoral jika dilakukan dengan kerelaan hati atau tanggungjawab yang diiktiraf. Erti kata lain, prinsip ini menegaskan tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan kewajipan. Sebagi contoh, menunaikan janji yang telah dikotakan. Seorang ayah yang telah berjanji akan memberi hadiah atau ganjaran kepada anaknya sekiranya berjaya di dalam peperiksaan, perlu menunaikan janjinya. Jika tidak si anak akan hilang kepercayaan terhadap ayahnya dan berputus asa untuk meneruskan kejayaannya kerana janji yang dikotakan tidak dilaksanakan. Bagi mengambil sesuatu tindakan bermoral, kita perlu mempraktikkan formula berikut:Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanaan + Pilihan (rujukan Maxim) =Tindakan Bermoral.Tekad baik dapat diterangkan lebih jelas dengan tindakan manusia dalam melakukan tugas dan tanggungjawabnya semata-mata kerana desakan nilai dalaman yang dipanggil 'good will' atau tekad baik dan bukan disebabkan oleh motif-motif lain seperti ganjaran, hukuman atau tekanan. Jika seseorang melakukan tugas dan tanggungjawabnya disebabkan keseronokan, simpati atau kasihan tetapi bukan disebabkan 'good will', maka tindakannya dikatakan tidak mempunyai nilai moral walaupun mendapat sanjungan dan pujian. Prinsip kewajipan terbahagi kepada dua kategori iaitu categorikal imperative (perintah mutlak) dan practical imperative. Categorical imperative atau perintah mutlak menerangkan perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualian atau syarat-syarat. Terdapat tiga prinsip utama dalam perintah mutlak ini iaitu prinsip tersebut mestilah diterima secara umum, boleh menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya. Practical imperative (Praktikal Imperatif) menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu. Malah, kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia. Contoh yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang boleh dikaitkan dengan categorical imperative atau perintah mutlak ialah situasi semasa peperiksaan. Ramai yang mengetahui meniru atau menipu di dalam peperiksaan merupakan satu tindakan yang salah, namun atas sifat mementingkan diri dan ingin mencapai kejayaan dengan mudah masih ramai yang berani meniru atau menipu di dalam peperiksaan. Perlakuan ini akan sentiasa dihina kerana ia merupakan satu perbuatan yang tidak adil bagi individu yang jujur dan berusaha untuk mencapai kejayaan.Walaupun telah ditegaskan dari awal bahawa tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu ialah tanggungjawab tetapi apabila timbul keadaan di mana dua kewajipan berkonflik, sukar untuk memilih mana yang perlu diutamakan. Ini merupakan satu kelemahan dalam Prinsip Kewajipan.Kesimpulannya, prinsip kewajipan menegaskan bahawa tanggungjawab yang kita dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Manakala Eksistensialisme menyatakan pilihan seseorang individu adalah penting dan untuk menentukan sama ada nilai tersebut adalah baik atau buruk. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam membuat keputusan atau pilihan dalam kehidupan seharian.Teori Kemoralan SosialTeori ini mengaitkan bahawa manusia hidup berkelompok, maka soal kemoralan sosial menjadi terasdalam kehidupan. Moral sekular menekankan perlunya kemoralan sosial untuk memastikan manusia terus hidup dalam keadaan harmoni dan selamat. Manusia terpaksa hidup bermasyarakat untuk memenuhi keperluan, kehendak dan keinginannya bagi memastikan kelangsungan hidup (survival). Kemoralan sosial berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat.Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang. Kesemua ini menjaga kerukunan sosial. Setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi memastikan keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Ahli-ahli sosiologi moral berpendapat, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral. Berdasarkan maklumat di atas, teori kemoralan sosial melihat moral itu adalah sesuatu yang adalah berdasarkan apa yang telah dihukumkan oleh masyarakat. Oleh itu, kemoralan atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat.Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada dalam memastikan manusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Teori ini merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji secara keseluruhan. Oleh itu, teori ini sangat berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang berbilang jenis dan kaum. Teori ini banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang negara dan amalan sejagat dengan konsep etika kerana ia banyak melibatkan amalan masyarakat. Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan individu dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan peraturan moral yang dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan supaya wajib diketahui. Kemoralan sosial biasanya mendapat sokongan kuat daripada ahli-ahli sosiologi moral, termasuklah Hobbers yang memajukan gagasan bahawa menjadi tanggungjawab setiap orang mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral. Dalam menilai teori kemoralan sosial, bolehlah dikatakan bahawa jenis etika yang keterlaluan berlandaskan peraturan masyarakat ini adalah dogmatik dan autoritarian. Peraturan ini mementingkan masyarakat, bukan individu sebagai matlamat etika. Oleh itu, mudahlah peraturan masyarakat ditentang sebagai melemahkan autonomi serta pertimbangan bebas dan pilihan sikarela. Peraturan itu juga tidak membenarkan individu menilai dan mengkritik nilai serta peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya. Dalam bahasa Freud, ego dilemahkan dan tingkah laku seseorang itu dikuasai super-egonya. Beberapa ciri-ciri teori kemoralan sosial seperti peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajip dipatuhi. Kedua peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika. Ketiga, peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.Wujudnya beberapa kelemahan bagi teori kemoralan sosial seperti menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat. Kedua, mungkin akan berlaku salah faham, konflik dan ketegangan kerana setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza. Ketiga ialah kesukaran masyarakat menyesuaikan diri dengan sistem moral yang ada. Selain itu, mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan kehendak hati mereka. Seterusnya, terdapat peraturan yang dibuat oleh masyarakat itu tidak baik dan membawa keburukan.Terdapat aspek negatif lain dalam teori kemoralan sosial ini. Semua masyarakat mempunyai peraturan moral masing-masing. Jika dibandingkan pula, memang nyata sesebuah masyarakat dan kebudayaan mempunyai nilai, tradisi, undang-undang, kebiasaan atau adat serta kepercayaan yang berbeza dan berlawanan dengan masyarakat lain. Oleh itu, beberapa tatatertib dan peraturan moral sesebuah masyarakat boleh bertentang dengan peraturan moral masyarakat lain. Hasilnya, relativisme kebudayaan mungkin membawa kepada ketegangan dan konflik di seluruh dunia jika penyokong-penyokong kebudayaan, tradisi dan sistem sosial yang bertentangan mendakwa secara agresif bahawa nilai dan peraturan moral masyarakat masing-masing adalah betul.Teori kemoralan sosial mempunyai kelemahan lain. Bull (1969) berpendapat bahawa sekatan atau isbat yang digunakan oleh jenis kemoralan ini, yang berasaskan apa yang diizinkan dan ditegah oleh autoriti dalam masyarakat, boleh hilang kuasanya jika seseorang itu dapat menyembunyikan perbuatannya (misalnya, mencuri dan rasuah) yang melanggar peraturan masyarakat. Demikian juga, jika individu yang acuh tidak acuh terhadap peraturan masyarakat itu terkeluar daripada lingkungan pengaruh peraturan masyarakatnya. Di negara kita misalnya, berzina itu satu kesalahan, tetapi terdapat orang bersekedudukan yang tidak segan silu apabila berada di luar negara yang permisif, iaitu longgar dari segi peraturannya.Walaubagaimanapun, terdapat juga kelebihan bagi teori kemoralan sosial iaitu sangat berkesan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dapat dilihat dari aspek keagamaan. Selain itu, teori ini juga membantu dalam melaksanakan hidup bermasyarakat. Sebagai kesimpulannya, Teori Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengankonsep etika. Ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai yang mementingkan masyarakat. Individu bukan sebagai matlamat kemoralan. Nilai atau peraturan ini adalah ukuran dan persetujuan masyarakat. Oleh itu individu bertanggungjawab untuk mematuhi standard moral ini demi menjaga kerukunan sosial yang sedia ada.Teori Keperibadian Mulia (Virtue)Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat, perangai dan ciri watak yang mulia. Teori ini mula-mula sekali dikemukakan oleh Aristotle. Keperibadian mulia (Virtue) ialah sekumpulan konsep mencakupi keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan. Keperidian mulia ialah kecederungan untuk sesuatu tujuan bukan perasaan atau kebolehan dan tidak dihasilkan dalam diri seseorang individu oleh alam semula jadi. Menurut beliau bahawa keperibadian yang mulia ini boleh dimiliki dan diperoleh oleh individu melalui latihan dan mengamalkannya selalu sehingga menjadi satu tabiat atau kebiasaan yang menyeronokkan dan menyenangkan. Teori ini menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia merupakan "jalan tengah", iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak juga terlalu kurang. Contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai berani hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan semua bahaya. Teori ini menekankan cara-cara yang sesuai untuk individu menjadi seorang insan yang mulia.Keperibadian mulia telah ditakrifkan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan bermoral. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui permerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini adalah disebabkan perbuatan "sederhana" berbeza antara individu dengan individu yang lain. Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan. Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan seperti contoh keadilan, mengumpat, bercakap benar.Teori Keperibadian Mulia bermatlamat untuk mengetahui kualiti dan taraf kehidupan yang diingini. Kedua, menjadi satu piawai untuk menentukan kita hendak menjadi insan yang macam mana. Ketiga, sebelum berbincang mengenai peraturan, soal keperibadian mulia perlu dibentuk terlebih dahulu. Seterusnya, peraturan dihuraikan dan dibuktikan berdasarkan konsep mengenai keperibadian mulia.Terdapat beberapa ciri-ciri keperibadian Mulia iaitu diperoleh melalui pengajaran dan pembelajaran atau latihan. Kedua ialah tabiat dan apabila stabil dipanggil "sifat". Ketiga ialah boleh diguna pakai. Akhirnya ialah baik, sempurna, membenarkan kita bertindak dalam cara yang terbaik.Terdapat kelemahan atau kritikan dalam Teori Keperibadian Mulia ini iaitu amalan 'jalan tengah' dikatakan tidak dapat memberi bimbingan dan nasihat yang praktikal kerana apa yang dianggap 'patut' dan 'sederhana' adalah tidak jelas. Kerumitan ini meruncing apabila seseorang melakukan sesuatu yang melibatkan orang lain. Al-Ghazali berkata keadilan bukan jalan tengah sebab keadilan tiada dua keterlaluan, tetapi hanya ada pertentangan iaitu ketidakadilan dan kezaliman. Tetapi Aristotle mengatakan tingkah laku yang adil terletak di tengah-tengah. Selain itu oleh sebab Aristotle menganggap keperibadian mulia bukan semula jadi maka teori ini ditentang oleh golongan yang percayakan kepada Tuhan. 3.Membezakan teori-teori perkembangan moralPengertian perkembangan secara luas menunjuk pada keseluruhan proses perubahan dari potensi yang dimiliki individu dan tampil dalam kualiti kemampuan, sifat dan ciri-ciri yang baru (Reni Akbar Hawadi: 2001). Helden (1977) dan Richards (1971) berpendapat moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan berbanding dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan. Kita telah mengetahui arti dari kedua suku kata iaitu perkembangan dan moral maka selanjutnya iaitu kita mula memahami erti dari gabungan dua kata tersebut "Perkembangan Moral". Secara etimologis, kata moral berasal dari kata 'mos' dalam bahasa latin, yang bentuk jamaknya 'mores', yang ertinya adalah tatacara atau adat istiadat. Kamus Besar Bahasa Indonesia (1989: 592), "moral diertikan sebagai aklak, budi pekerti, atau susila". Secara terminologis, terdapat pelbagai pendapat tentang pengertian moral yang dilihat dari segi subtansi materilnya memang tidak nampak perbezaan, namun dalam bentuk formalnya berbeza. Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan orang di persekitaran. Pemikiran, tingkahlaku, perasaan dan personaliti seseorang saling berkait dalam penilaian moral seseorang individu.Menurut Santrock (1995), perkembangan moral adalah perkembangan yang berkaitan dengan peraturan dan konvensyen mengenai apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam interaksinya dengan orang lain. Anak-anak ketika dilahirkan tidak mempunyai moral yang disebut dengan immoral. Tetapi dalam dirinya terdapat potensi moral yang bersedia untuk dibangunkan. Kerana itu, melalui pengalamannya berinteraksi dengan orang lain misalnya dengan orang tua, saudara, rakan sebaya dan guru, anak belajar memahami tentang perilaku mana yang baik, yang boleh dikerjakan dan tingkah laku mana yang buruk, yang tidak boleh dikerjakan tentang baik buruk perbuatan dan kelakuan, akhlak, kewajiban, dan sebagainya. Moral berkaitan dengan kemampuan untuk membezakan antara perbuatan yang benar dan yang salah. Dengan demikian, moral merupakan kawalan dalam bertingkah laku. Oleh sebab itu mereka akan melakukan sesuatu tindakan, di mana tindakan tersebut akan ternilai sebagai tindakan moral yang ternilai baik atau sebaliknya. Di samping adanya perkembangan sosial, anak-anak usia pra sekolah juga mengalami perkembangan moral. Adapun yang dimaksudkan dengan perkembangan moral adalah perkembangan yang berkaitan dengan peraturan dan konvensyen mengenai apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam interaksinya dengan orang lain. Masa anak-anak dilahirkan tidak mempunyai immoral, namun mereka mempunyai potensi moral yang siap dibangunkan. Melalui pengalaman berinteraksi dengan orang lain, mereka akan belajar memahami tentang perilaku mana yang baik dan yang buruk. Terdapat beberapa pendekatan dalam teori perkembangan moral kanak-kanak iaitu Teori perkembangan moral kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget dan Lawrence Kolhberg, Teori perkembangan sosial (Bandura dan Durkheim) dan satu lagi ialah teori perkembangan moral humanistik, Carl Rogers.Teori Perkembangan Moral KognitifPakar-pakar perkembangan kognitif seperti Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg mendakwa bahawa perkembangan moral bersifat universal dalam dua perkara. Yang pertama ialah setiap individu dalam semua kebudayaan melalui peringkat-peringkat perkembangan moral yang sama. Kedua ialah perkara yang mendasari setiap peringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep moral yang sama seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab.Teori Perkembangan Moral SosialIdea tentang pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard ada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalamkan kajian ini. Teori perkembangan sosial ini menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan dan mengikut (tiru) orang lain melakukan sesuatu. Ini dilakukan dengan cara memerhatikan tingkah laku, gerak balas, bahasa dan sifat-sifat personaliti yang ditonjolkan oleh orang lain. Kanak-kanak suka mendengar cerita, berlakon, simulasikan dirinya dengan idolnya dan mengikut gerak geri ibu bapanya. Dalam proses pembelajaran ini, kanak-kanak dapat membentuk personaliti dan pemikiran kemoralannya dalam perkembangan moral ini.

Teori Perkembangan Moral HumanisTeori pembelajaran humanis memberi tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara pemikiran, pengamatan dan interpretasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkah laku moral. Ahli-ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu sedar dan bertanggungjawab terhadap segala tingkah lakunya dan unsur atau kuasa yang menggerakkan tingkah laku itu adalah kecenderungan untuk berkembang dan mencapai hasrat, niat dan motif diri. Teori perkembangan moral dari segi humanis ini melihatkan kecenderungan semula jadi bagi mencapai hasrat diri dan potensi individu. Ahli-ahli psikologi seperti Carl Rogers menggunakan pendekatan tanpa arah (kaunseling) untuk mendorong kliennya meluah perasaan dan interpretasi terhadap sesuatu perkara atau isu yang dihadapinya. Proses ini dapat melihatkan reaksi dan pemikiran individu terhadap sesuatu isu dan tingkah lakunya terhadap isu tersebut. 4.Menghubungankan teori perkembangan moral dengan pembentukan insan bermoralKonsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi moral. Seseorang insan yang berakhlak mulia yang seharusnya mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral. Komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan, emosi dan tingkah laku moral. Ketiga-tiga dimensi ini melibatkan potensi daripada segi pemikiran, penghayatan, dan amalan moral. Hal Ini penting kepada setiap individu untuk menampilkan ciri-ciri insan bermoral yang berpegang kepada prinsip-prinsip insan moral iaitu altruisme, keadilan, dan autonomi atau kebebasan.Penaakulan moral juga dikenali sebagai pemikiran moral atau pertimbangan moral yang dibuat secara rasional dan bebas. Ini bermaksud seserong individu yang mempunyai pemikiran moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan. Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. Sebagai contoh, guru disiplin merotan tangan seorang pelajar yang mencuri barang pelajar lain walaupun pelajar itu merupakan anak saudara beliau. Keputusan yang dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.Dimensi perasaan moral merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi esntimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yangbermoral.Perasaan ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri. Contohnya, seseorang itu boleh merasa sedih apabila mendengar berita tentang orang lain telah kehilangan ibu bapa disebabkan oleh sesuatu kemalangan. Sebaliknya, seseorang itu akan berasa gembira dengan rakan-rakan yang memenangi dalam pertandingan bola keranjang.Dimensi moral yang ketiga ialah perlakuan moral disebut juga tindakan moral atau amalan moral merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya. Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang bertindak secara bermoral. Contohnya, seseorang itu telah mendapat RM 10.00 di padang sekolah, dia akan menghantar duit yang dijumpai itu kepada guru disiplin dengan hati yang ikhlas dan tidak akan memilikinya. Contoh lain, seseorang itu akan membantu orang tua mengambil barang dan menolongnya menyeberang jalan. Ketiga-tiga dimensi moral ini adalah saling berkaitan dan sama-sama digunakan pada masa itu apabila seseorang individu membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan.Sifat-sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaannya. Namun begitu kadangkala seseorang itu bertindak kerana terpaksa. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran. Terdapat pelbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masing-masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Terdapat teori-teori yang meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai sifat moral. Ada yang mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya, yang mempunyai kelemahan dan menerima pelbagai kritikan. Ada yang menganggap peraturan masyarakat sebagai asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza dan banyak bercanggah di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, tiga prinsip utama telah dikemukakan sebagai panduan menentukan insan bermoral, iaitu prinsip keadilan, prinsip alturisme dan prinsip autonomi.Prinsip keadilan boleh dikatakan sebagai maksud saksama, seimbang, samarata dan samarasa. Namun begitu sama rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang bekerja lebih masa tetapi masih mendapat bayaran yang sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka, bukan hanya sama dengan orang lain. Agama Islam pula mendefinisikan keadilan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya. Menurut pandangan Aristotle yang banyak menulis tentang konsep keadilan telah menyatakan bahawa adil itu sebagai fair-minded, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable way). Di antara prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip Keadilan Umum iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan distributive ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban juga menunaikan perjanjian antara manusia. Ianya juga merangkumi kemahuan kepada peraturan, kejujuran, equity, integrity dan lawfulness. Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. Dari segi prinsip alturisme, Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri. (Koo K. P: 1988).Alturisme adalah perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan. Alturisme melahirkan perasaan kasih sayang, simpati dan empati yang seterusnya menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak. Sebagai contoh, seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan negara-negara lain yang terlibat. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yang kehilangan ibu bapa.Manakala prinsip autonomi pula menerangkan konsep pertimbangan bebas. Andaian bahawa pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara rasional dan adil. Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah dari kuasa luar (Koo K. P: 1990). Sebagai contoh, Mizan memilih tidak menghisap dadah kerana dia sedar bahawa dadah membahayakan kesihatan badan dan akan menjejaskan seumur hidup seseorang. Dia tidak menghisap dadah bukan sebab dia takut dimarahi ibu bapa atau guru tetapi disebabkan oleh dia memahami dan mempunyai kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa sahaja. Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos bererti diri sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Ini boleh diertikan sebagai penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri. Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan untuk memilih sesuatu. Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan hasil tekanan kuasa atasan contohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar atas arahan pihak atasan.Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen autonomi untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Sepatutnya prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi, syarikat, keluarga dan sebagainya. Sebagai rumusan, individu yang bermoral perlu mengikuti prinsip-prinsip moral iaitu keadilan, alturisme dan autonomi. Individu moral seharusnya peka dan memahami terhadap keperluan peraturan dalam masyarakat, mempunyai sifat-sifat peribadi mulia, mendokong etika seperti kemurahan hati, kemanusiaan, kerasionalan dan kesejagatan.Terdapat beberapa ciri-ciri bagi insan bermoral antaranya ialah menghormati autoriti (ibu bapa, guru, pemimpin negara dan agama) yang menunjukkan contoh teladan serta amalan yang bermoral. Menghormati agama dan kepercayaan orang lain serta menghargai nyawa sendiri dan orang lain. Orang yang bermoral juga akan membuat keputusan moral secara autonomous setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesannya. Ciri kedua ialah melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi mestilah berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional. Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat. Ketiga, insan yang bermoral mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain haruslah dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral. Selain daripada ciri ini, insan yang bermoral juga mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Seseorang akan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya. Selain itu, mereka juga mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara berterusan berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan yang asas.Peranan guru-guru di sekolah memang terlalu banyak dan semakin hari semakin mencabar. Tugas mereka bukan sahaja meliputi tugas-tugas rutin bilik darjah tetapi bertindak sebagai kerani, kaunselor, pengadil, penasihat, penilai, jurulatih, guru disiplin dan sebagainya. Tugas mendidik insan bermoral bukanlah sesuatu yang mudah. Sahsiah meliputi segala pelakuan, perwatakan, sifat peribadi, penampilan diri seseorang dan lain-lain lagi. Seorang guru adalah model yang menjadi tontonan pelajar dan bakal diikuti tunjuk ajarnya. Jadi, sahsiah guru perlulah sesuai dengan sifatnya sebagai guru yang perlu memiliki sifat-sifat mulia dan terpuji supaya tidak berlaku seperti pepatah melayu "bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul". Guru yang mempunyai akhlak yang baik dan keperibadian yang mulia akan disanjungi tinggi oleh pelajar-pelajar. Guru-guru pendidikan moral seharusnya menjadi rol model kepada pelaja kerana guru dianggap sebagai orang yang lebih berwibawa dalam hal ini sudah tentu lebih diperhatikan sahsiah mereka. Beberapa pendekatan dalam teori perkembangan moral kanak-kanak boleh diaplikasikan semasa guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk insan bermoral iaitu Teori perkembangan moral kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget dan Lawrence Kolhberg, Teori perkembangan sosial, dikemukakan oleh Bandura dan Durkheim dan satu lagi ialah teori perkembangan moral humanistik, Carl Rogers.Jean PiagetPertama sekali ialah Teori Perkembangan moral kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget. Piaget merupakan seorang ahli biologi yg berasal dari Switzerland & telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat menyesuaikan masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget (1965) telah memberi tumpuan kepada Perkembangan Kognitif kanak-kanak iaitu dengan memberi penekanan mengenai bagaimana manusia berfikir dan memahami. Dengan melihat kepada anak-anaknya sendiri beliau cuba memahami bukan sahaja apa yang mereka fahami tetapi juga bagaimana mereka memberi makna kepada dunia. Pemerhatian secara teliti menunjukkan kanak-kanak menjadi matang secara biologi dan juga melalui pengalaman sosial. Beberapa konsep asas kognitif yang diperkenalkan oleh Piaget iaitu skemata, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Skemata ialah struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru. Asimilasi ialah penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada. Akomodasi pula ialah pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru. Akhir sekali, konsep keseimbangan ialah gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman. Teori perkembangan Moral yang diperkenalkan oleh Jean Piaget adalah berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu tahap heteronomous dan tahap autonomous. Menurut beliau, tahap pertama iaitu moraliti heteronomous berlaku daripada kira-kira tahun 6 hingga tahun 9. Manakala tahap kedua, moraliti autonomous berlaku pada kanak-kanak yang berumur 10 hingga 11 ke atas.Tahap pertama yang mana kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain. Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan pada tahap ini kanak-kanak hanya dapat melihat sesuatu peraturan dengan satu pandangan sahaja. Pada peringka