elm3043e elemen mencabar nilai

Upload: uul-wanie

Post on 09-Oct-2015

148 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ELM3043E

TRANSCRIPT

Elm3043E

IPG KAMPUS RAJANG

DORENCE ANAK JULIUS TUNGKIONGNURUL SYAZWANI BINTI AWANG NOORDIN

PISMP BM1 AMBILAN JANUARI 2012Elm3043E

PENSYARAH: USTAZAH SITI FATIMAH AHMAD

1PENGENALAN Pendidikan Moral adalah proses di mana sesuatu masyarakat mengajar ahli-ahlinya standard-standard tingkah laku yang betul. Ia memberi peluang kepada pelajar menghayati nilai-nilai moral supaya dapat mengenal, menerima, mengamal dan membuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai berbagai situasi dalam kehidupan serta tidak melanggar elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti mementingkan kebendaan, berketerlaluan, tamakkan kuasa, tidak bertanggungjawab, jurang generasi dan perbezaan kelas dan status.

ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI DI SEKOLAH Para pelajar datang dari pelbagai latar belakang. Cara mereka dididik di rumah mungkin tidak sama dengan peraturan yang sedia ada di sekolah. Contohnya anak-anak yang datang daripada kalangan keluarga yang tiada peraturan atau disiplin amat susah untuk dididik dengan nilai-nilai murni di sekolah kerana nilai-nilai tersebut tidak diamalkan di rumah mereka.BUDAYA RUMAH DAN SEKOLAH YANG BERBEZA CARA MELAKSANAKAN PERATURAN YANG KETERLALUAN Terdapat di kalangan guru-guru disiplin atau pihak pentadbir di sekolah yang keterlaluan dalam mendenda para pelajar sebagai salah satu menjaga disiplin. Mungkin para pelajar ini tidak biasa dengan cara kekerasan begini. Ini menyebabkan mereka tertekan dan mengambil jalan untuk bertindak melawan kehendak peraturan sekolah.GURU SENDIRI TIDAK DAPAT MENJADI CONTOH TERBAIK KEPADA PARA PELAJAR Penerapan nilai-nilai murni ini biasanya dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Moral. Oleh sebab itu jika hanya cikgu-cikgu Pendidikan Moral sahaja yang meminta murid-murid melaksanakan nilai-nilai murni maka peghayatan sepenuhnya tidak dapat dilakukan. Contohnya terdapat guru-guru yang memarahi murid-murid dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kasar. Ini secara tidak langsung akan menjadi ikutan kepada murid-murid tanpa disedari.

SESETENGAH PERATURAN YANG DITETAPKAN BERBEZA DI ANTARA SEORANG GURU DENGAN GURU YANG LAIN Setiap guru mempunyai cara yang tersendiri dalam mengajar dan melaksanakan peraturan bagi mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh guru Bahasa Melayu tidak mengenakan sebarang denda kepada para pelajar yang tidak membuat kerja rumah mereka tetapi guru Matematik langsung tidak memberi peluang kepada pelajarnya yang tidak membuat kerja rumah yang disuruh. Ini menyebabkan para pelajar keliru untuk melaksanakan kerja rumah kerana ada guru yang tidak mendenda dan ada pula guru yang mendenda walau apa alasan yang diberikan sekalipun. Didikan agama dan bangsa yang diamalkan di kalangan keluarga berlainan dengan yang diamalkan di sekolah. Terdapat guru yang langsung tidak mahu menerima alasan agama bagi sesuatu masalah yang berlaku. Contohnya pelajar tidak dibenarkan memakai gelang tangan ke sekolah tetapi bagi masyarakat Punjabi yang beragama Sikh mereka dikehendaki memakai gelang tangan logam sebagai tanda menjalankan kewajipan agama mereka. Ini menimbulkan antara kekangan daripada menerapkan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar.Terdapat beberapa kekangan untuk mengamalkan nilai-nilai murni di sekolah di sebabkan masalah kekurangan kemudahan awam di sekolah. Contohnya guru meminta murid-murid duduk ketika makan dan minum sewaktu rehat sedangkan tempat duduk tidak mencukupi di kantin menyebabkan murid-murid terpaksa berdiri atau makan sambil berjalan kerana hendak mengejar masa bagi memulakan sesi kelas yang seterusnya. PERBEZAAN AGAMA, BANGSA, DAN BUDAYAKEKURANGAN KEMUDAHAN AWAM DI SEKOLAH KESIMPULAN Oleh itu sepatutnya setiap guru sentiasa menjadi model terbaik kepada murid-murid dan ini bukan hanya terletak di bahu guru Pendidikan Moral sahaja. Kerjasama di antara semua guru akan meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar.