ensemble kenyah

15

Upload: yvonne-hew

Post on 16-Nov-2015

124 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

MASYARAKAT KENYAHMasyarakat Kenyah adalah suatu kaum bumiputera yang kebanyakannya bertapak di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia. Masyarakat Kenyah mempunyai tarian dan muzik tradisional mereka yang tersendiri.Sebelum kita bincangkan muzik tradisional masyarakat Kenyah dengan lebih mendalam, kita akan membincangkan tarian masyarakat Kenyah dahulu.

TARIAN TRADISIONAL KENYAH (DATUN JULUD)Antara pelbagai jenis tarian suku kaum Kenyah di Sarawak, salah satu yang popular ialah datun julud.Tarian ini ditarikan untuk meraikan kedatangan para pengunjung yang bertandang ke rumah panjang.Secara keseluruhannya, tarian ini dipersembahkan oleh lapan orang penari wanita diiringi oleh alunan alat muzik sape.

DATUN JULUDTarian ini diasaskan oleh seorang putera Kenyah, Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran.Tarian ini biasanya ditarikan pada waktu dahulu semasa perayaan kemasyarakatan bagi upacara menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau semasa perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai.Tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita, diiringi bunyi alat muzik sapePenari wanita akan menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang sebagai lambing sayap burung suci tersebut.

Dalam tarian ini, seorang ketua biasanya lelaki akan berada di hadapan sekumpulan penari wanita dan penari-penari wanita tersebut akan mengikuti pergerakannya.Pergerakan yang dicipta agak spontan dan pergerakan kaki dan tangan boleh diubah pada bila-bila masa sahaja.Bagi persembahan yang dibuat di rumah panjang, kebiasaannya mereka menari mengelilingi ruai Ketua kampung dan kadang-kadang seluruh rumah panjang.Penonton yang ada pada masa tersebut akan mengambil bahagian dan mengikut tarian tersebut dari belakang. Suasana persembahan ini adalah meriah dan tidak formal.

Tiadapakaian khas digunakan sebab tarian Datun Julud inimerupakan tarian untuk berhibur di rumah panjang.Walaubagaimanapun, jika ada tetamu kenamaanataupun sambutan hari-hari perayaan, terdapat beberapa corak pakaian tradisional yang digunakan. Antaranya ialah penutup kepala yang dihiasi manik dan bulu kambing.Baju dan sarung (taah) yang dipakai akan dihiasi dengan ukiran tradisi yang diperbuat daripada manik dan labuci.Baju yang dipakai oleh penari wanita berlengan pendek dan kainnya bermotif tradisi.

Penari lelaki pula kebiasaannya membawa perisai Terabai dan parang panjang Ilang semasa menari.Topi yang dilekatkan dengan bulu burung Kenyalang juga menghiasi kepala penari lelaki.Baju penari lelaki diperbuat daripada kulit kayu Kemedu atau kulit kambing sunong

ENSEMBEL INSTRUMENTAL KAUM KENYAHEnsembel Kenyah biasanya mengandungi sape, satu atau dua buah jatung utang dan beberapa alat lain seperti harmonika, lutong, suling dan gitar. Alat-alat lain yang kadang-kadang digunakan merupakan botol berisi air, maracas dan sape bio (sejenis sape besar dengan satu tali sahaja).Jenis alat yang digunakan dalam ensembel tidak tetap dan berbeza bagi setiap kampong.

TEKSTUR ENSEMBELTekstur ensemble Kenyah adalah secara polifoni.Sebuah sape dan sebuah jatung utang akan memainkan melodi secara unison sementara sape kedua atau jatung utang kedua memainkan ostinato bermelodi ataupun counter melodi.Skel pentatonik digunakan oleh ketiga-tiga alat. Permainan ensemble ini dapat dipelajari dan dimainkan dalam gabungan harmoni yang mudah walaupun pemain tidak mempunyai pengetahuan teori yang mendalam. Alat-alat ensembel ini dapat dipelajari di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah rendah.

SAPESape adalah alat muzik tradisional yang diukir daripada kayu aro (ataupun kayu lain seperti meranti).Sape mempunyai badan yang memanjang dengan bahagian belakang badan dibiarkan terbuka serta berleher yang pendek dan kelihatan seperti gitar, Setiap alat muzik sape mempunyai ukuran lebih kurang 130 cm panjang X 20 cm lebar.Sape tergolong dalam kategori keluarga kordofon dan merupakan sejenis alat muzik lut yang dimainkan dengan petikan.Sebuah sape dihiasi dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna-warni.

Alat muzik sape ini selalunya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja. Sape pada zaman dahulu hanya menggunakan dua utas tali rotan.Namun begitu, sape pada zaman kini dipasangkan dengan tiga hingga empat tali logam atau nilon. (fius, tali nilon, tali brek basikal atau tali gitar)Dalam tarian Ngajat atau Datun Julud, sape dimainkan dalam tema yang berbeza bagi mengiringinya.

JATUNG UTANGJatung utang adalah alat muzik gambang kayu yang berasal daripada suku kaum Orang Ulu.Alat muzik ini mengandungi antara tujuh hingga sepuluh keping kayu yang berlainan dari segi ketebalan serta saiz.Kepingan-kepingan kayu tersebut digantung dengan sepasang tali di atas kotak dengungan.Jatung utang ini merupakan alat yang tergolong di dalam kategori zailofonKayu digunakan untuk memainkan alat ini untuk menghasilkan muzik instrumental.Alat muzik ini juga boleh digabungkan dengan sape untuk menghasilkan muzik iringan bagi tarian.