epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/d/d5/pengenalan_bca.docx · web viewpengenalan...
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Ketidakcekapan terhadap sistem kerja penyenggaraan bangunan boleh
menimbulkan kecacatan dan kerosakan pada bangunan. Kecacatan
dan kerosakan merupakan masalah yang sering dihadapi pada mana-
mana bangunan tanpa mengira usia bangunan dan jenis
pembinaannya. Ketidakcekapan dalam menangani masalah kecacatan
atau kerosakan bangunan secara sistematik telah mendatangkan
pelbagai kesan dan impak negatif kepada pengguna dan juga pemilik
bangunan.
Perkara ini perlu dipandang serius kerana ia telah menyebabkan kos
untuk penyenggaraan meningkat secara mendadak di samping
perbelanjaan yang besar telah dilaburkan dalam menyediakan
bangunan yang memenuhi kehendak pengguna. Jika pemantauan,
pembaikan dan langkah pencegahan terhadap isu kecacatan dan
kerosakan ini tidak diberi penekanan serius, secara tidak langsung ia
akan memberi kesan kepada estetik bangunan, kepuasan
penggunaan, keselesaan, kewangan dan keselamatan pengguna.
Sehubungan dengan itu, satu sistem pemeriksaan yang lebih
sistematik adalah perlu bagi menangani masalah ini dan kaedah
pembaikan yang lebih terancang dapat dilaksanakan serta belanjawan
mencukupi dapat disediakan.
PERSOALANNYA
1. Apakah yang akan terjadi jika perkhidmatan yang disediakan gagal berfungsi?
2. Apakah kesan terhadap pengguna?
3. Penyampaian perkhidmatan?
MASALAH-MASALAH KEMEROSOTAN BANGUNAN
1. Sistem kerja penyenggaraan yang tidak terancang dan sistematik
2. Kurang kakitangan yang kompeten / Kakitangan kurang pengetahuan serta kemahiran
3. Kurang penjagaan dan pemantauan
4. Peruntukan penyenggaraan yang tidak mencukupi
IMPAK/KESAN
1. Keselamatan dan keselesaan pengguna terjejas
2. Kemerosotan dan kegagalan fungsi bangunan
3. Peningkatan kepada kos penyenggaraan yang tinggi
4. Kemerosotan jangkahayat aset
5. Imej Kerajaan tercalar
PENILAIAN KEADAAN BANGUNAN
Pemeriksaan teknikal oleh pegawai kompeten untuk menilai keadaan fizikal
elemen dan perkhidmatan bangunan dan mngenalpasti keperluan penyenggaraan dan
fasiliti.
OBJEKTIF
1. Memastikan kefungsian, keselamatan dan keselesaan bangunan.
2. Untuk memastikan keperluan operasi dan penyenggaraan aset dilaksanakan dengan
mudah dan berkesan.
OUTCOME
Keputusan BCA Outcome AplikasiStandard Rating - Keadaan /
kondisi Bangunan
Menghasilkan satu sistem
capaian data dan maklumat
keadaan / kondisi bangunan
dengan mudah dan cepat
1. Perancangan strategik aset
2. Keperluan kepada
peruntukan penyenggaraan
3. Membuat Keputusan
Kerja Penyenggaraan
berjadual Anggaran Kos
Program Kerja Penyenggaraan
(Condition-based maintenance)
1. Perancangan
Penyenggaraan
2. Membuat keputusan
Keperluan penyenggaraan
jangka panjang
Ramalan terhadap keperluan
bajet bagi kerja-kerja
pembaikan, naik taraf pada
masa hadapan
1. Perancangan Strategik
Penyenggaraan
2. Perancangan strategik aset
3. Membuat Keputusan
Anggarann kepada
pembuangan sisa pepejal /
berbahaya
Pematuhan kepada
pengurusan sisa pepejal dan
berbahaya sebagaimana AKTA
672 dan EQA 1974
Perancangan pengurusan sisa
pembuangan pepejal untuk
bangunan sediada
METODOLOGI
1. Kenalpasti Aset
2. Tentukan Kaedah Pemeriksaana) Pemeriksaan ruang bumbung
b) Bilik ke bilik / ruang
c) Pemeriksaan ruang basement, lantai
d) Pemeriksaan persekitaran, luar bangunan dan
e) Lokasi dan pemeriksaan sistem perparitan
3. Tentukan Skala Rating
Gred Skala Pemeriksaan Huraian1 Sangat Baik Tiada Kecacatan, keadaan aset sangat baik
dan boleh berfungsi dengan baik
2 Baik Terdapat kecacatan / kerosakan minor,
keadaan aset baik dan boleh berfungsi dengan
baik
3 Sederhana Terdapat kecacatan / kerosakan major,
keadaan aset sederhana dan masih lagi boleh
berfungsi tetapi perlu dipantau
4 Kritikal Keadaan aset kritikal, aset tidak dapat
berfungsi mengikut tahap perkhidmatan
dipersetujui
5 Sangat Kritikal Keadaan aset sangat kritikal, elemen tidak
berfungsi atau risiko yang boleh menyebabkan
kecelakaan dan /atau kecederaan
Keutamaan Skala Penilaian
Huraian
Normal 1 Tiada tanda kecacatan; komponen / elemen
disenggara dengan baik
Rutin 2 Kerosakan/kecacatan perlu dipantau, dibaiki dan
diganti untuk mengelakkan kecacatan / kerosakan
yang lebih serius
Pembaikan 3 Kerosakan / kecacatan memerlukan pembaikan
major, perlu dibaiki dan diganti
Pemulihan 4 Kerosakan / kecacatan serius, keperluan pembaikan
yang mendesak, perlu segera dan serta merta
Peggantian 5 Elemen/struktur tidak berfungsi/ memerlukan
pemeriksaan terperinci pakar
4. Borang Catatan Penemuan
Dokumen Borang pemeriksaan keadaan aset adalah untuk :-
a) Mengetahui status output operasi dan
b) penyenggaraan aset;
c) Input kepada operasi dan
d) penyenggaraan aset;
e) Penyediaan laporan awalan
f) pemeriksaan keadaan aset; dan
g) Membuat saranan/pengesyoran
h) kepada pakar untuk tindakan susulan
Borang ini adalah dokumen sokongan kepada tatacara / prosedur pemeriksaan yang
dibangunkan.
Objektifa) Memastikan kefungsian, keselamatan &keselesaan bangunan;
b) Memastikan tahap perkhidmatan dan prestasi bangunan dicapai sebagaimana yang
ditetapkan; dan
c) Memberikan keyakinan kepada pelanggan terhadap bangunan yang dinilai/periksa.
Penggunaan Borang
a) Untuk digunakan semasa kerja-kerja pemeriksaan keadaan bangunan;
b) Untuk memastikan pengumpulan data pemeriksaan yang lebih konsisten; dan
c) Untuk membantu dalam analisis dan penyediaan laporan yang lebih komprehensif.
5. Pengisian BARIS dan Penarafan
MATRIK ANALISIS
SKALA Keutamaan Kerosakan / Kecacatan5 4 3 2 1
Taha
p K
eada
an
Ban
guna
nn
5 25 20 15 10 54 20 16 12 8 43 15 12 9 6 32 10 8 6 4 21 5 4 3 2 1
PENARAFAN / RATING BANGUNAN
Rating Keadaan / kondisi Matrik Tindakan SkorA Sangat Baik Penyenggaraan berjadual 1 hingga 5
B Baik Penyenggaraan Condition Based 6 hingga 10
C Sederhana Pembaikan 11 hingga 15
D Kritikal Pemulihan 16 hingga 20
E Sangat Kritikal Penggantian 21 hingga 25
6. Helaian Kecacatan / Kerosakan
7. Pelan Indikasi Kecacatan
8. Penyediaan Laporana) Bahagian A :- Penyediaan Laporan Eksekutif Pemeriksaan
b) Bahagian B :- Penyediaan Laporan Penuh Pemeriksaan
Bangunan
c) Bahagian C :- Lampiran
d) Laporan Terperinci Jurutera – Jika ada/berkaitan
PILOT PROJEK
PENILAIAN KEADAAN BANGUNANPROTOKAL 1 Pemeriksaan secara visual
PROTOKAL 2 Pemeriksaan dengan Ujian Tanpa Pemusnahan (NDT)
PROTOKAL 3 Kajian dan Analisis Terperinci / Ujian dengan Pemusnahan (DT)
PELAKSANAAN PENILAIAN AWALAN KEADAAN BANGUNAN(BUILDING CONDITION ASSESSTMENT)
CONTOH ANALISIS
CD
1 100
2
4
6
8
10
12
UMBAI 11.03SELANDAR 7.83Linear (SELANDAR 7.83)PERINGGIT 11.72DURIAN TUNGGAL 7.25MASJID TANAH 9.68
SERVICE LIFE
PEN
ARAF
AN B
ANGU
NAN
KESIMPULAN
Segala maklumat pemeriksaan dapat disimpan dan dipaparkan dalam satu perisian.
Contoh :- Gambar kerosakan, Rating keseluruhan bangunan, Penilaian keutamaan
kerosakan, Penilaian keadaan fizikal bangunan, cadangan pembaikan dan kos yang perlu
dilaksanakan.