esei sejarah.docx
TRANSCRIPT
PENGENALAN SEJARAH
Kata Sejarah (History) yang kita gunakan pada sekarang bersumber daripada perkataan
Arab yaitu Syajaratun yang berarti Pohon. Dari sisi lain, istilah history merupakan
terjemahan dari kata dalam bahasa Yunani yakni Histories yang memberikan arti atau
bermakna suatu penyelidikan ataupun pengkajian.(Muhd. Yusof Ibrahim, 1986.)
Menurut “Bapak Sejarah” Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk
menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban(R. Suntralingam, 1985)
Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu
sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk kronologi.
Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa
lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang konkrit.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang
hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Shefer juga berpendapat
bahwa Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar berterjadi. Sementara
itu, Drs. Sidi Gazalba (1966), cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lalu manusia
dan seputarnya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa
tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman
tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah.
Sejarah dalam artian lain digunakan untuk mengetahui masa lampau
berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih yang berguna bagi manusia dalam
memperkaya pengetahuan agar kehidupan sekarang dan yang akan datang menjadi
lebih cerah. Dengan demikian akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua
kelompok masyarakat karena telah mempelajari Sejarah, hal ini dapat membentuk sikap
tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku
pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah bisa
dilihat dari tiga dimensi yaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu
sejarah itu dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara
teliti untuk menentukan apakah ia benar atau tidak. (R. G. Collingwood,1966).
Saya sangat setuju bahawa pengajaran mikro lebih mudah dilaksanakan
berbanding dengan pengajaran Makro.
Pengajaran mikro merupakan satu kaedah untuk memantapkan pengajaran dan
boleh di latih. Kaedah pengajaran ini telah diasaskan di University Stanford. Kemudian
kaedah pengajaran ini telah dimantapkan dan dijadikan satu teknik latihan dalam
pengajaran oleh Allen dan Ryan pada tahun 1969. Kaedah pengajaran mikro ialah satu
bentuk latihan pengajaran secara praktikal yang dipermudahkan pengurusannya seperti
skop pengajaran dan organisasi yang lebih kecil.
Dari sudut bahasa, istilah ‘mikro’ membawa maksud sesuatu yang lebih
kecil seperti microscope dan microwave. Jadi dapat difahami kaedah pengajaran ini
merujuk kepada cara mengajar yang lebih difokuskan kepada perkara yang lebih kecil.
Oleh itu, seseorang guru boleh memantapkan pengajaran dengan cara memperbaiki
kelemahan dalam pengajaran menggunakan kaedah pengajaran mikro. Selain itu, guru
juga dapat memajukan gaya pengajaran dengan menggabungkan semua kaedah
pengajaran mikro yang telah dibaiki kelemahannya dalam sub topik pelajaran.
Terdapat tiga jenis aspek utama dalam pengajaran mikro iaitu saiz kelas,
masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Tiga aspek tersebut dikecilkan skopnya
dalam kaedah ini. Hal ini bertentangan dengan kaedah pengajaran makro yang tiga
skop utama yang dinyatakan tadi adalah bersaiz besar. Seseorang guru disyorkan
menguasai kaedah pengajaran mikro kerana akan memudahkan proses kaedah
pengajaran makro yang sememangnya digunakan dalam kelas.
Proses mengajar adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan
seseorang penyampai iaitu guru dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan
kemahiran – kemahiran yang mantap untuk berdepan dengan situasi realiti kehidupan di
sekolah. Umumnya, realiti sebenar dalam kelas memerlukan guru mempunyai skil
pengajaran yang luas untuk mengurus situasi yang kompleks di sekolah khususnya
semasa dalam kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk
membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti set
induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan,
penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan
seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan
menentukan keberkesan guru.
Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan
umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi
dan disiplin bilik darjah. Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah
penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu satu
situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan,
mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.
Pengajaran mikro membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada
tugasan mengajar tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah, yang biasa
terdapat dalam praktikum disekolah.Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu
kemahiran mengajar pada satu masa.Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya
dengan cara yang sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera dan
kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan
perlu.Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran
komponennya, pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang
sebenarnya dalam latihan perguruan.Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah
dan boleh digunakan dalam berbagai situasi seperti persediaan untuk praktikum di
sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum, dan kajian keatas proses
pengajaran dan pembelajaran.
Perinsip asas pengendalian pengajaran mikro ialah pelajar mengajar satu
pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja.Mengajar pelajaran itu kepada
satu kumpulan murid atau rakannya antara 4 hingga 6 orang sahaja.Apabila pelajaran
itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia membincangkan pengajarannya itu dengan
penyelianya.Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas
pendekatannya yang lalu, ia mengajar pelajaran itu kepada satu set murid atau
rakannya yang lain.
Pelajar akan menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan
pengajarannya.Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu
mengulangi pengajarn mikronya. Jika penggunaan perakam video panduan penilaian
dan penaksiran tidak perlu digunakan. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro
tidak boleh dibuat berasingan dengan isi pelajaran. Perakam video mempunyai
kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan. Walaupun panduan
penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video, tetapi ia boleh
digunakan bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari segi
panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar
dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang
digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu,
kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat,
ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro adalah
melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang
boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk
membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang
pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran: –
Set induksi
Tunjuk cara
Variasi rangsangan
Peneguhan
Penyoalan
Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
Penerangan
Aprisiasi
Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
Penutup
Kemahiran set induksi ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau
memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap
episod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan
dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan
mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu muridnya kearah
manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada.
Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik
perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan bantu
mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.Guru juga boleh
menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat
serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru menggerakkan muridnya dengan
merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau
memulakan aktiviti.
Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, Contohnya
Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan
bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru menolong
muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu. Guru boleh
membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu
yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak.
Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.
Set induksi yang berkesan ialah set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari
segi umur, kebolehan dan minat. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan
objektif pelajaran.Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada
murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk
mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat
menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada
pelajaran yang diajarnya.
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian
hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia
dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke
belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk
menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya
pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata
atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan
kepada pelajaran.
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid
terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan
rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga
menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan
pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan
memberikan rasa seronok kepada murid. Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan
melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah
tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian
maklumat kepada muridnya.
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan
menyeronokkan murid semasa mereka belajar. Variasi Rangsangan yang berkesan
ialah seperti berikut. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-
perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.Guru
hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu
perjalanan pelajaran.Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak
menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.Guru perlu mengubah
variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.
Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam
beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk
kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang
lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid
kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan membawa
kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang
positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas.
Bidang utama dalam peneguhan ialah peneguhan lisan Guru boleh menggalakkan
murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘ia’, ‘betul’, ‘itu jawapan
yang tepat’, ‘bijak’, ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah cadangan
yang baik’, dan lain-lain peneguahn yang positif.
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya
seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh
badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat
tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.Guru boleh menunjukkan minat
atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi
muridnya.Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang
muridnya (sama jantina).Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya
kerana murid menghasilkan kerja yang baik.Guru menulis kata pujian atau memberi
markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik.
Bagi murid sekolah rendah guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan
sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding
dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang
sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran
ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari
jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina
aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap
pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan.
Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak.
Guru meminta contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah
difahami atau tidak. Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa
kepada murid. Dengan mengaitkan contoh dan idea atau konsep, guru telah mengajar
daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan
menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan
menimbulkan minat terhadap pelajarannya.