faktor baka dan persekitaran mempengaruhi perkembangan kognitif kanak

6
FAKTOR BAKA DAN PERSEKITARAN MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 1.0 Pengenalan Perbincangan mengenai pengaruh baka dan persekitaran terhadap pertumbuhan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sering menimbulkan kontoversi dan isu hangat dalam kalangan penyelidik untuk melakukan pelbagai kajian. Perdebatan antara dua faktor ini telah menyebabkan wujudnya segelintir pihak yang hanya berpegang kepada satu faktor sahaja yang mendominasi perkembangan dan pertumbuhan manusia. 2.0 Faktor yang Mempenagruhi Perkembangan Kognitif kanak-Kanak Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Aspek-aspek ini berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka (nature) dan faktor persekitaran (nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu. Faktor baka mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai

Upload: marylyn-anne-atot

Post on 13-Dec-2015

320 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Intro : permulaan lagu/musik.Interlude : selingan melodi atau improvisasi didalam lagu/musik.Instrument : dimainkan dengan instrumen (alat) musik.D.C (Da Capo) : tanda kembali lagi ke intro.D.S (Dal Segno) : istilah kembali lagi ke tanda D.SFermata :berhenti dengan waktu yang tidak terikat oleh ketukan.Clef : tanda kunci pada notasi balok (partitur/garis paranada). Tacet : tanda tidak dimainkan lagu/musik tetapi ketukan tetap dihitung.Flam : tanda ornamen (hiasan) berupa not kecil di depan not lagu.Repeat : pengulangan yang sama dengan bunyi birama sebelumnya.Repeat and Fade : penutup lagu/musik yang terus dimainkan tanpa akhir yang terikat.Coda : akhir lagu/musik.Fine : akhir lagu sampai pada tulisan Fine.D.C Al Fine : kembali ke awal dilanjutkan sampai tanda Fine.D.C Al Coda : kembali ke awal dilanjutkan sampai tanda Coda.D.S Al Fine : dari tanda D.S sampai Fine.Count (C) : tanda di depan kunci yang menyatakan hitungan birama 4/4.

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor Baka Dan Persekitaran Mempengaruhi Perkembangan Kognitif Kanak

FAKTOR BAKA DAN PERSEKITARAN MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KOGNITIF

KANAK-KANAK

1.0 Pengenalan

Perbincangan mengenai pengaruh baka dan persekitaran terhadap pertumbuhan dan

perkembangan kognitif kanak-kanak sering menimbulkan kontoversi dan isu hangat dalam

kalangan penyelidik untuk melakukan pelbagai kajian. Perdebatan antara dua faktor ini telah

menyebabkan wujudnya segelintir pihak yang hanya berpegang kepada satu faktor sahaja

yang mendominasi perkembangan dan pertumbuhan manusia.

2.0 Faktor yang Mempenagruhi Perkembangan Kognitif kanak-Kanak

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima

aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Aspek-aspek ini berasaskan

kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran.

Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya

kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka (nature) dan faktor

persekitaran (nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan

seseorang individu.

Faktor baka mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu

yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan

orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan

menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan

melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini

menyebabkan individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya

meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat.

Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran.

Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini

termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir

Page 2: Faktor Baka Dan Persekitaran Mempengaruhi Perkembangan Kognitif Kanak

merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia

dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara

pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah, masyarakat,

tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi

perkembangan seseorang

Pengaruh persekitaran bukan hanya dilihat dari segi kecemerlangan akademik sahaja

tetapi turut mempengaruhi aspek pembentukan sahsiah dan akhlak yang mulia. Individu

yang memiliki kecemerlangan akademik sahaja tidak akan menjamin kecemerlangan

peribadi sekiranya tiada perdedahan terhadap persekitaran yang mendidik jiwa. Tamsilnya,

seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi terjerumus dengan budaya

sosial negatif kerana beliau kurang pendedahan terhadap aplikasi ilmu pengetahuan yang

dimilikinya.

2.0 Peranan Guru Membantu Kanak-Kanak Mencapai Perkembangan Kognitif

Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang (2009), beliau

membahagikan perkembangan kognitif menjadi empat tahap seperti berikut:

1. Tahap Sensori Motor (0-2 tahun)

2. Tahap Praoperasi (2-7 tahun)

3. Tahap Operasi Konkrit (7-11 tahun)

4. Tahap Operasi Formal (11-15 tahun)

Sepeti yang terkandung dalam aspirasi murid dari segi pengetahuan, setiap kanak-

kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi di peringkat paling

asas serta pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif

serta inovatif dari segi kemahiran berfikir. Mereka juga perlu menguasai bahasa Malaysia

sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi

antarabangsa serta digalakkan untuk mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan

seperti yang telah termaktub dalam anjakan ke-2 PPPM 2013-2025..

Page 3: Faktor Baka Dan Persekitaran Mempengaruhi Perkembangan Kognitif Kanak

Sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid agar dapat mencapai

perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang pengajarannya agar

dapat merealisasikan hasrat ini. Guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang

konkrit untuk memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran

menambah dan menolak, guru boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di

sekelilingnya seperti ranting kayu, batu, daun, dan lain-lain. Pendekatan ini sesuai untuk

kanak-kanak pada peringkat Pra operasi, iaitu berumur 2 hingga 7 tahun.

Seterusnya, guru boleh memberikan arahan dengan menggunakan ayat yang mudah

dan disertai dengan contoh difahami oleh murid. Contohnya, arahan untuk murid mengutip

sampah yang berada di sekeliling mereka. Arahan yang pendek serta jelas ini akan

memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru.

Selain itu, guru juga patut memberi peluang kepada murid melakukan `hands-on’

terhadap sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk

perkataan daripada potongan-potongan huruf. Dengan kaedah atau cara ini, murid akan

dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri mereka.

Selain itu, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran guru jika

dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, guru boleh mengaitkan pengalaman

mereka seperti pengalaman bercuti di kampung dengan pengajaran. Pengalaman ini amat

membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks. Ini bertepatan

dengan teori Lev Vygotsky iaitu cuba untuk mengaitkan pengajaran dan kehidupan seharian

kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan kanak-kanak kepada pengalaman mereka

yang sebenar.

Page 4: Faktor Baka Dan Persekitaran Mempengaruhi Perkembangan Kognitif Kanak

3.0 Kesimpulan

Tidak dinafikan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat

diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat

yang awal. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak

biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan

sehingga ke akhir hayat. Maka dengan itu, guru memainkan peranan yang penting kepada

kanak-kanak dalam mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah

merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan.

Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai

perkembangan kognitif ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi guru perlulah

cakna dengan perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan hasrat ini sesuai dengan

hasrat aspirasi murid yang telah termaktub dalam PPPM (2013-2025).

Page 5: Faktor Baka Dan Persekitaran Mempengaruhi Perkembangan Kognitif Kanak