faktor-faktor pemilihan jodoh di kalangan … · 4.4 bilangan responden mengikut tahap 47 pengajian...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN MAHASISWA
ISLAM UTM. SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR PROGRAM KHAS
PENSISWAZAHAN GURU (PKPG), FAKULTI PENDIDIKAN
MUNYRATUL HIDAYAH BINTI MOHAMED
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN MAHASISWA ISLAM UTM. SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG), FAKULTI PENDIDIKAN
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya MUNYRATUL HIDAYAH BINTI MOHAMED (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan penukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
SULIT
√ TIDAK TERHAD
TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)Alamat Tetap :
16250 WKF BHARU, KELANTAN.
DR SELMAH BIN AHMAD Nama Penyelia
Tarikh : 11 Mac 2004 Tarikh : 11 MAC 2004
CATATAN : * ** ♦
Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
LOT 3033 TMN NADIRA, JLN DUSUN LANGGAR,
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : DR. SELMAH BINTI AHMAD
Tarikh : 11 MAC 2004
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN MAHASISWA
ISLAM UTM. SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR PROGRAM KHAS
PENSISWAZAHAN GURU (PKPG), FAKULTI PENDIDIKAN
MUNYRATUL HIDAYAH BINTI MOHAMED
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
ii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : Munyratul Hidayah Binti Mohamed
Tarikh : 11 Mac 20
iii
Dedikasi
Teristimewa Untuk bondaku Latifah Binti Ismail,
Selautan kasih dan sayang kutitipkan untukmu ..
Berkat doa dan doronganmu ku berada ditahap ini..
Segala pengorbanan dan curahan kasihmu takkan terbalas olehku..
Untuk Ayahandaku Mohamed Bin Abdul Samat, moga rohmu tenang bersemadi di sana dan
ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh
Untuk kekanda-kekandaku yang dikasihi:
Jawahir Bt. Mohamed, Allahyarham Ahmad Zuki B. Mohamed (semoga rohmu dicucuri
rahmat), Bunyamin B. Mohamed, Syukriah Bt. Mohamed, Mohd Suhaimi B. Mohamed,
Kamsah Mohamed, Mohd Saifudin B. Mohamed, Khuzaimah Bt. Mohamed, Ahmad Kamalu
Arridzuan B. Mohamed, Norhayati Bt. Mohamed, Mohd Asri B. Mohamed, Mohd Khairul
Azman B. Mohamed dan Mohd Nasrudin B. Mohamed.
Sekalung penghargaan atas jasa & bantuan kalian serta perhatian yang diberikan untuk
adindamu ini sepanjang pengajianku..
Untuk anak-anak saudaraku…
Teruskan perjuangan kalian untuk megejar cita-citamu..
Buat pensyarah-pensyarah..
Sekalung penghargaan di atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah dicurahkan untukku..
Istimewa buat sahabat-sahabatku yang disayangi,
Terima kasih atas segala bantuan dan dorongan kalian, semoga kita terus tabah meneruskan
perjuangan ini..
iv
PENGHARGAAN
لرحيمبسم اهللا الرحمن ا
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia
dan inayah daripadaNya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
ini dengan jayanya.
Penghargaan yang tidak terhingga ditujukan khas buat Dr. Selmah binti
Ahmad selaku penyelia projek ini yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan dalam proses menyiapkan projek ini. Penghargaan ini juga saya tujukan
kepada pelajar-pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Fakulti
Pendidikan yang memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan projek ini.
Tidak lupa juga kepada keluarga yang sentiasa memberikan sokongan agar
saya terus bersemangat dan tabah untuk meneruskan perjuangan saya di UTM ini.
Ucapan terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang turut menghulurkan
bantuan dan kerjasama sepanjang proses menyiapkan projek ini.
Buat akhirnya ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek saya
ini. Semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran yang setimpal di atas segala jasa baik
kalian. Semoga projek ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor pemilihan jodoh di
kalangan pelajar Islam UTM. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah
seramai 80 orang pelajar daripada Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen bagi kajian ini adalah
menggunakan set soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A
bertujuan untuk mengetahui mengenai latar belakang responden yang merangkumi
jantina, status dan umur. Bahagian B pula merangkumi pendapat pelajar tentang
faktor-faktor pemilihan jodoh, cara pemilihan pasangan dan pendapat pelajar tentang
cinta sebelum atau selepas kahwin. Data yang diperolehi telah dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk mencari
kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian ini, penyelidik mendapati
keseluruhan responden masih memilih pasangan berdasarkan kepada syariat Islam.
Di samping itu, faktor-faktor lain seperti usia, kematangan, pendidikan, pekerjaan
dan bangsa turut mempengaruhi dalam soal pemilihan jodoh mereka. Berkenaan
dengan cara pemilihan jodoh, hampir keseluruhan responden lebih suka memilih
sendiri pasangan hidup mereka. Mereka juga berpendapat bahawa cinta selepas
kahwin itu lebih baik daripada cinta sebelum kahwin dan lebih menjamin
kebahagiaan rumahtangga. Dalam kajian ini juga, penyelidik telah mengemukakan
beberapa cadangan berkaitan dengan soal pemilihan jodoh dan cadangan untuk
kajian lanjutan.
vi
ABSTRACT
This research is a research survey on the factors that influence in choosing
partner among the muslim’s student at Universiti of Technology Malaysia. Data were
obtained from 80 respondents that were randomly picked from ‘Program Khas
Pensiswazahan Guru (PKPG)’, Faculty of Education, Universiti Of Technology
Malaysia students. One set of questionnaire was distributed to collect data for this
research which divided into two section, section A and section B. Section A was
used to identify the respondents background like age, gender, status of marriage, and
course. While the section B was used to measure the respondent’s perception about
the factors in choosing partner and method in choosing partner. In addition, this
section also was used to identify the respondent’s perception about love before and
after married. The data was analyzed by using the ‘Statistical Package for Social
Science’ (SPSS). The finding’s of this research shows the factors in choosing partner
are based on Islamic Syariah, while the other factors are based on age (83.75%),
maturity (97.5%), level of education (90.0%) , occupation (70%) and race (61.25%).
The findings also show that the majority of the respondents will choose their partner
by themselves as the best method in choosing partner, while most of the respondents
agree with love after married is better than love before married. Finally, researcher
has included the suggestion about the choosing partner and for future research.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
viii
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Pemilihan 10
1.8.2 Jodoh 10
1.8.3 PKPG 10
1.9 Kesimpulan 11
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Definisi Perkahwinan 12
2.3 Hukum Berkahwin 13
2.3.1 Wajib 13
2.3.2 Sunat 14
2.3.3 Makruh 14
2.3.4 Haram 14
2.3.5 Harus 15
2.4 Tujuan Dan Matlamat Perkahwinan 15
2.4.1 Mendapatkan Zuriat 16
2.4.2 Menegak Dan Menjunjung Tinggi 17
Syariat Islam
2.4.3 Menjaga Firtah Dan Nilai 17
Kemanusiaan
2.4.4 Mencapai Ketenteraman Hidup 19
2.4.5 Memelihara Keamanan 20
2.4.6 Mengeratkan Hubungan 20
ix
Persaudaraan
2.4.7 Memelihara Keturunan 21
2.4.8 Memberi Perlindungan 22
2.4.9 Memelihara Kedudukan 23
Harta Pusaka
2.5 Memilih Pasangan 24
2.5.1 Calon Isteri 25
2.5.1.1 Agama 26
2.5.1.2 Berakhlak Mulia 27
2.5.1.3 Cantik 28
2.5.1.4 Subur 29
2.5.1.5 Gadis 30
2.5.1.6 Berketurunan Baik 31
2.5.1.7 Bukan Kerabat 31
2.5.1.8 Mahar Yang Murah 32
2.5.2 Calon Suami 33
2.5.2.1 Beragama Dan Berakhlak 34
Mulia
2.5.2.2 Tidak Fasik 34
2.5.2.3 Tenang Dan Sabar 35
2.6 Sorotan Kajian Lepas 36
2.7 Kesimpulan 37
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Rekabentuk Kajian 38
3.3 Tempat Kajian 39
x
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 39
3.5 Instrumen Kajian 40
3.5.1 Kajian Rintis 41
3.6 Prosedur Kajian 42
3.7 Analisis Data 43
3.8 Kesimpulan 44
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 45
4.2 Bahagian A ( Latar Belakang Responden) 46
4.3 Bahagian B 48
4.3.1 Faktor-Faktor Pemilihan Jodoh 49
Berdasarkan Syariat Islam
4.3.2 Faktor-Faktor Lain Yang 58
Mempengaruhi Dalam Soal
Pemilihan Jodoh
4.3.3 Cara Pemilihan Jodoh 64
4.3.4 Pendapat Pelajar Tentang Cinta 68
Sebelum/Selepas Kahwin
4.4 Kesimpulan 70
BAHAGIAN LIMA
xi
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 71
5.2 Perbincangan 71
5.2.1 Bahagian A 72
5.2.2 Bahagian B 73
5.2.2.1 Bahagian Satu: Faktor-Faktor 73
Pemilihan Jodoh Berdasarkan
Syariat Islam
5.2.2.2 Bahagian Dua: Faktor-Faktor 76
Lain Yang Mempengaruhi
Dalam Pemilihan Jodoh
5.2.2.3 Bahagian Tiga: Cara Pemilihan 79
Jodoh
5.2.2.4 Bahagian Empat: Pendapat 80
Pelajar Tentang Cinta
Sebelum/Selepas Kahwin
5.3 Rumusan 81
5.3.1 Faktor Pemilihan Jodoh 81
Berdasarkan Syariat Islam
5.3.2 Faktor-Faktor Lain Yang 82
Mempengaruhi Dalam Pemilihan Jodoh
5.3.3 Cara Pemilihan Jodoh 83
5.3.4 Pendapat Pelajar Tentang Cinta Sebelum 84
atau Selepas Kahwin
5.4 Cadangan 84
5.4.1 Pelajar 85
5.4.2 Ibu Bapa 85
5.4.3 Jabatan Agama Islam 86
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 87
BAHAGIAN ENAM
xii
SENARAI RUJUKAN
SENARAI RUJUKAN 88
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN 91
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 41
3.2 Tahap Skor Min 43
3.3 Skala 3 Mata 44
4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 46
4.2 Bilangan Responden Mengikut Umur 46
4.3 Bilangan Responden Mengikut Status 47
4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47
Pengajian
4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48
Pengajian
4.6 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 49
Pasangan Berdasarkan Syariat Islam
4.7 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 50
Pasangan Yang Kuat Agama
4.8 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 50
Pasangan Yang Menunaikan Solat Lima
Waktu
4.9 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 51
Pasangan Yang Melakukan Amalan Sunat
4.10 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 52
Pasangan Daripada Keturunan Yang Baik
4.11 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 52
Pasangan Daripada Anak Keturunan Ahli
Agama
4.12 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 53
Pasangan Yang Cantik/Tampan
4.13 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 54
xiv
Pasangan Yang Sempurna Anggota
4.14 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 54
Pasangan Yang Berakhlak
4.15 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 55
Pasangan Yang Beragama dan Berakhlak
4.16 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 56
Pasangan Yang Berakhlak serta Cantik/Tampan
4.17 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 56
Pasangan Yang Berharta
4.18 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 57
Pasangan Yang Berakhlak dan Beragama
Walaupun Tidak Berharta
4.19 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 58
Pasangan Berdasarkan Faktor Usia
4.20 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 59
Pasangan Berdasarkan Faktor Kematangan
4.21 Taburan Dapatan Sampel Yang 59
Mengutamakan Pasangan Yang Matang
4.22 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 60
Pasangan Berdasarkan Faktor Kenegerian
4.22 Taburan Dapatan Sampel Yang 61
Mengutamakan Pasangan Senegeri
4.24 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 61
Pasangan Berdasarkan Faktor Bangsa
4.25 Taburan Dapatan Sampel Yang 62
Mengutamakan Pasangan Yang Sebangsa
4.26 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 63
Pasangan Berdasarkan Faktor Pendidikan
4.27 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 63
Pasangan Berdasarkan Faktor Pekerjaan
4.28 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 64
Sendiri Pasangan Hidup
4.29 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 65
xv
Pasangan Melalui Media Cetak dan Elektronik
4.30 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 66
Jodoh Melalui Orang Yang Dipercayai
4.31 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 66
Jodoh Melalui Ibu Bapa atau Keluarga
4.32 Taburan Dapatan Sampel Yang 67
Mengutamakan Pilihan Keluarga Daripada
Pilihan Sendiri
4.33 Taburan Dapatan Pendapat Pelajar Tentang 68
Cinta Perlu Dipupuk Sebelum Kahwin
4.33 Taburan Dapatan Pendapat Pelajar Cinta 69
Sebelum Kahwin Tidak Semestinya
Menjamin Kebahagiaan
4.35 Taburan Dapatan Bagi Pendapat Pelajar 70
Cinta Selepas Kahwin Adalah Lebih Baik
Daripada Cinta Sebelum Kahwin
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
5.1 Faktor Pemilihan Jodoh Berdasarkan Syariat 81
5.2 Faktor-Faktor Lain Yang Mempengaruhi 82
dalam Pemilihan Jodoh
5.3 Cara Pemilihan Jodoh 83
5.4 Pendapat Pelajar Tentang Cinta Sebelum 84
atau Selepas Kahwin
xvii
SENARAI SINGKATAN
a.s alaihis salam
PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru
R.A Radhiallahu anhu
s.a.w sollallahu alaihi wasallam
SPH Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPJ Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Jentera)
SPSS Statistical Package For Sosial Science
S.W.T Subhanahu Wa Taala
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 91
B Surat Perakuan Fakulti untuk Menjalankan Kajian 96
C Surat Kebenaran PSZ Untuk Membuat Rujukan 97
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Setiap makhluk di dunia ini telah dijadikan oleh Allah S.W.T secara
berpasang-pasangan. Firman Allah S.W.T dalam Surah Yasin ayat 36:
Maksudnya: "Maha Suci Allah yang telah menjadikan berpasang-pasangan
semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan di bumi dan dari diri mereka mahupun
dari apa yang tidak mereka ketahui."
Dalam firman Allah yang lain, surah al-Dzariyat ayat 49:
Maksudnya: "Dan dari segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya
kamu mengingati kebesaran Allah."
Malah hasil penelitian ilmiah juga menunjukkan kehidupan yang berpasangan
itu umpama dalam kaedah elektrik iaitu terhasil cahaya adalah disebabkan oleh
pertemuan di antara dua unsur iaitu unsur positif dan negatif. Begitu juga hujan yang
2
terjadi kerana pertemuan antara awan panas dan awan sejuk. Demikianlah Allah
menciptakan manusia dan makhluk-makhluk yang lain di dunia ini.
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menjadikan manusia sebagai makhluk yang
paling sempurna dan mulia. Seperti mana dalam firman Allah dalam surah at-Tin
ayat 4:
Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik
penciptaan."
Melalui ayat ini kita dapat mengetahui bahawa manusia adalah makhluk yang paling
sempurna dan paling baik berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain. Allah juga
telah ciptakan manusia yang terdiri daripada lelaki dan juga perempuan. Firman
Allah di dalam Surah al-Hujurat ayat 13:
Maksudnya: "Wahai umat manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku
kaum supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain".
Sejarah telah membuktikan bahawa setiap makhluk di muka bumi ini tidak
dapat menjalani kehidupan dengan sempurna tanpa adanya pasangan mereka.
Sebagaimana kisah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai
khalifah di muka bumi ini, iaitu Nabi Adam a.s. Firman Allah di dalam surah al-
Baqarah ayat 30:
Maksudnya,:" Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya
Aku akan menjadikan khalifah di atas bumi (Adam)."
3
Oleh kerana fitrah semulajadi manusia menginginkan teman dalam hidupnya, Nabi
Adam merasa kesepian tanpa teman di dalam syurga. Maka Allah menjadikan Hawa
yang dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam untuk menemaninya. Bermula dari
sinilah bilangan umat manusia di dunia ini terus bertambah dan berkembang biak
memenuhi seluruh pelosok dunia. Ini kerana setelah Allah jadikan setiap makhluk itu
mempunyai pasangan masing-masing, Allah bekalkan pula mereka dengan nafsu
syahwat yang merangsang ke arah memainkan peranan tersebut. Sehubungan dengan
itu, bagi memenuhi tuntutan batin dan naluri itu maka Allah telah memerintahkan
manusia supaya berkahwin.
Perkahwinan membezakan manusia dan haiwan dan makhluk-makhluk yang
lain dari segi memperbanyakkan dan mengekalkan keturunan. Bagi haiwan, tugas
pembiakan sudah menjadi naluri semulajadi yang tidak perlu kepada perasaan cinta
dan syarat-syarat tertentu untuk menyatukan jantina jantan dan betina. Oleh itu,
Allah S.W.T telah mensyariatkan satu peraturan yang serasi dengan ketinggian dan
kemuliaan manusia dan seterusnya peraturan tersebut akan menjaga peradaban
manusia. Perkahwinan adalah perintah Allah S.W.T yang ditujukan kepada kaum
lelaki dan wanita selama mereka itu jasmaninya mampu melakukan perkahwinan.
Perkahwinan juga merupakan perkongsian hidup di antara dua jiwa ke arah
kepentingan dan kebahagiaan bersama dan merupakan ikatan perjanjian yang kuat
dan mesra untuk sama-sama tolong-menolong, berkasih sayang dan bahagia
membahagiakan di antara satu sama lain. Sebagaimana firman Allah dalam Surah ar-
Rum ayat 21:
Maksudnya: " Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang
berfikir."
4
Perkahwinan dalam Islam adalah satu ikatan yang didasarkan atas suatu
kerelaan, bukan kerana paksaan. Allah mengadakan suatu peraturan iaitu
perkahwinan agar kehidupan manusia dan keturunannya teratur. Walaupun
pelaksanaannya adalah berbeza dan mengikut adat istiadat, agama dan kepercayaan
masing-masing, tetapi menurut pendapat ahli ekonomi dan sosiologi, perkahwinan
adalah keperluan manusia dan kejadian yang perlu untuk mengembangkan
keturunan. Firman Allah S.W.T dalam Surah an-Nisa' ayat 3:
Maksudnya:“Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada
wanita dua atau tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak
dapat berlaku adil, maka cukuplah seorang sahaja”
Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai,
sekali ombak melanda, istana roboh berderai. Jadikanlah binaannya kukuh, sekukuh
tugu pasir, biar dilanda ombak dan taufan tetapi terus mengutip puing-puing pasir
untuk meneguhkan binaannya. Setiap ahli dalam rumah tangga tidak kira siapa pun
dia sama ada suami, isteri atau anak semuanya berperanan dalam menentukan
kebahagian rumah tangga. Namun begitu dalam banyak hal Islam memberikan
panduan-panduan dan tunjuk ajar untuk menentukan kebahagiaan rumah tangga
bermula daripada awal seseorang itu berfikir untuk mendirikan rumah tangga hingga
seterusnya.
Islam juga tidak mengabaikan cara untuk mengendalikan sesuatu rumah
tangga. Antaranya soal penentuan atau pemilihan pasangan yang perlu diberikan
perhatian yang besar kerana ia akan menentukan seluruh perjalanan hidup sesebuah
rumah tangga, pengabaian terhadap perkara-perkara yang melibatkan calon atau
pasangan kemungkinan akan menatijahkan suatu suasana yang tidak harmoni dalam
rumah tangga.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkahwinan di dalam Islam merupakan kaedah bagi pembentukan keluarga
dan melahirkan generasi muslim yang bertaqwa. Seterusnya akan berkembanglah
sebuah masyarakat. Perkahwinan juga merupakan satu lumrah kehidupan yang sesuai
dengan fitrah kejadian manusia kerana manusia kadang-kadang tidak dapat
menangani sesuatu persoalan hidup yang timbul secara bersendirian, sebaliknya
perlu kepada gandingan tenaga dan fikiran. Kesemua ini dapat diperolehi melalui
perkahwinan.
Apabila disebut tentang perkahwinan ramai yang mengatakan ianya penuh
dengan keindahan dan keseronokan. Bagaimanapun tidak kurang yang merungut dan
menceritakan bahawa perkahwinan yang mereka tempuhi penuh dengan seribu
masalah dan cabaran. Oleh itu, tidak hairanlah sekarang ini kita dapati ramai di
antara gadis-gadis terutama yang berkerjaya mengambil keputusan untuk hidup
membujang daripada menanggung derita selepas berkahwin dan berlakunya kes-kes
penceraian serta keruntuhan rumah tangga yang semakin meningkat. Mungkin timbul
persoalan pada fikiran kita apakah punca kepada masalah ini?
Jika kita perhatikan rumah tangga yang bahagia mempunyai sepasang suami
isteri yang baik dan mengetahui hak-hak dan tanggungjawab masing-masing.
Sebelum sesebuah ikatan perkahwinan itu dibentuk, perkara pokok yang perlu
dititikberatkan ialah dalam soal pemilihan calon isteri atau suami. Ini adalah satu
perkara penting yang merupakan asas kepada pembentukan sebuah keluarga yang
bahagia. Agama Islam amat menekankan kepada umatnya supaya mencari dan
memilih pasangan hidup yang sesuai dan secocok dengan mereka kerana kejayaan di
peringkat ini akan menentukan kejayaan seluruh perkahwinan.
Namun begitu persoalan yang timbul sekarang apakah masyarakat Islam hari
ini betul-betul faham dengan konsep tujuan perkahwinan itu sendiri dan apakah
dasar-dasar perkahwinan yang mereka amalkan sekarang ini bertepatan dengan
tuntutan agama? Segolongan besar masyarakat Islam hari ini khususnya dalam soal
6
mencari jodoh, isteri atau suami hanya semata-mata berdasarkan kedudukan pangkat
dan kemewahan material seseorang. Ini berlaku di kalangan wanita-wanita kini sama
ada yang berpelajaran tinggi atau sebaliknya. Alasannya kekayaan harta dapat
menjamin masa depan mereka. Manakala golongan lelaki pula mereka lebih
mementingkan kecantikan rupa paras seseorang perempuan tanpa mengira latar
belakang dan pendidikan agama.
1.3 Pernyataan Masalah
Pemilihan jodoh merupakan satu langkah awal atau tapak yang menjadi asas
yang paling penting dalam pembinaan sesebuah rumah tangga. Ia umpama ingin
membina sebuah rumah atau bangunan, yang mana tapak yang sesuai dan kuat harus
dipastikan terlebih dahulu agar binaan selamat digunakan dan tidak mudah roboh.
Begitu juga dengan sebuah perkahwinan, jika asasnya kuat dan kukuh maka
perkahwinan itu lebih selamat dan tidak mudah berlaku keruntuhan rumah tangga. Oleh
sebab itu, di dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah memberikan
bimbingan kepada umat Islam agar memilih pasangan kerana empat prinsip, iaitu
kekayaan, keturunan, kecantikan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan
agar agama menjadi keutamaan. Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis yang
diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a yang bermaksud: " Wanita itu dinikahi kerana
empat perkara iaitu kerana harta kekayaannya, kerana keturunannya, kerana
kecantikannya dan kerana agamanya. Ambillah yang beragama, supaya kamu
berbahagia".
Namun begitu, dalam perkembangan dan ledakan arus teknologi dunia hari ini
yang semakin pesat dengan pembangunan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan, kehendak dan kemahuan manusia juga semakin bertambah. Begitu juga dalam
hal pemilihan jodoh, bukan sahaja empat prinsip itu yang menjadi faktor dalam
pemilihan jodoh bagi pasangan-pasangan masa kini, malah masih terdapat lagi faktor
faktor lain yang menjadi keutamaan dalam menentukan pasangan hidup, antaranya
7
faktor taraf pendidikan, kenegerian dan lain-lain yang dianggap faktor penting bagi
kebahagian hidup dalam suasana masyarakat hari ini.
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan mengenal pasti faktor-faktor
yang dipilih oleh mahasiswa muslim UTM dalam menentukan pasangan hidup
mereka sama ada masih berdasarkan empat prinsip yang disarankan oleh syariat atau
terdapat faktor-faktor lain yang turut menjadi faktor utama dalam pemilihan jodoh.
1.4 Objektif Kajian
Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian
memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan
kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu penyelidik telah menetapkan
beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:
a) Mengetahui pendapat pelajar mengenai faktor-faktor pemilihan jodoh
berdasarkan syariat Islam.
b) Mengenal pasti faktor-faktor selain yang dianjurkan oleh syariat dalam
pemilihan jodoh di kalangan pelajar
c) Mengetahui cara yang digunakan oleh para pelajar dalam pemilihan jodoh.
d) Meninjau pendapat pelajar tentang cinta sebelum kahwin atau cinta selepas
kahwin.
8
1.5 Persoalan Kajian
Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik telah menggariskan beberapa
persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian. Antara persoalan kajian tersebut
ialah :
a) Apakah faktor pemilihan jodoh yang dianjurkan oleh syariat masih
dijadikan panduan dalam pemilihan jodoh dikalangan pelajar?
b) Apakah terdapat faktor-faktor lain selain yang dianjurkan oleh syariat
dalam pemilihan jodoh di kalangan pelajar?
c) Bagaimanakah cara yang digunakan oleh pelajar dalam pemilihan jodoh?
d) Apakah pendapat pelajar tentang cinta sebelum kahwin dan cinta selepas
kahwin?