faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran … · terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN FIZIK DI
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TELUK INTAN, PERAK
NG SOOK YEE
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
March, 2004
iii
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek sarjana
muda iaitu En. Lokman bin Mohd Tahir atas segala bimbingan, perbincangan, tunjuk
ajar dan panduan yang diberikan sehingga saya menyiapkan kajian ini.
Penghargaan juga dirakamkan kepada para pengetua, guru dan pelajar dari
sekolah-sekolah di Teluk Intan, Perak kerana telah memberikan kerjasama secara
langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli panel penilai yang memberi
komen dan cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan penulisan ini.
Segala sumbangan akan tetap saya sanjungi dan hargai sehingga akhir hayat.
iv
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran Fizik pelajar tingkatan empat dijalankan di Teluk Intan, Perak. Kajian
ini bertujuan untuk mengenalpasti minat pelajar terhadap pembelajaran Fizik,
kefahaman terhadap konsep Fizik yang dipelajari oleh pelajar, strategi pengajaran guru
berdasarkan penilaian pelajar dan faktor galakan ibu bapa yang mempengaruhi minat
pembelajaran Fizik pelajar. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan
empat di enam buah sekolah menengah kebangsaan seramai 234 orang. Dalam kajian
rintis, nilai alpha yang diperoleh adalah 0.8738. Soal selidik yang mengandungi 38
item pernyataan berkaitan dengan objektif kajian digunakan sebagai instrumen kajian.
Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS 11.5 for Windows (Statistical
Package For Social Science) untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Hasil
kajian menunjukkan faktor minat amat mempengaruhi pembelajaran Fizik pelajar
kerana minnya adalah tertinggi iaitu 3.9756 yang juga berada pada tahap tinggi,
manakala faktor kefahaman konsep Fizik oleh pelajar (min = 3.0440), strategi
pengajaran guru (min = 3.3355) dan galakan ibu bapa (min = 3.0406) pada tahap
sederhana didapati kurang mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Fiziknya. Oleh
itu, semua pihak khasnya guru-guru dan ibu bapa perlu bekerjasama agar dapat
membantu pembelajaran pelajar dalam memahami dan menguasai Fizik.
v
ABSTRACT
A descriptive study of the factors that influence the learning of Physics among
the form four students in Teluk Intan, Perak secondary schools was carried out. A few
objectives were build in order to identify factors that influence the learning of Physics.
Contributing factors related to such as students’ interest in Physics, students’
understanding concept of Physics, teachers’ teaching strategies and encouragement
from parents to learn Physics. The sample consists of 234 form four students from six
secondary schools. Reliability of the research instrument had alpha values of 0.8738.
Questionnaire was used as being the instrument and was distributed to respondents to
obtain research data. Data was also gathered and analyzed by using SPSS version
11.5 for Windows (Statistical Package For Social Science) and be presented in forms
of mean, percentage and frequencies. The findings of the study signify that the
students’ interest in Physics is the most influential in learning of Physics based on the
highest mean value i.e. 3.9756. Apart from that, the mean value of the students’
understanding concept of Physics, teachers’ teaching strategies and encouragement
from parents are 3.0440, 3.3355 and 3.0406 also has an effect on students’ Physics
learning. Thus, it is hoped that this study would provides some insights information
for the authorities especially teachers and parents to cooperate in order to give more
helping hands for the students to understand and master the Physics.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
vii
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Penutup 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Minat 15
2.3 Kefahaman Konsep Fizik 19
2.4 Strategi Pengajaran Guru 24
2.5 Faktor Galakan Ibu Bapa 27
2.6 Penutup 30
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Lokasi Kajian 32
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Kajian Rintis 39
3.7 Prosedur Kajian 40
3.8 Analisis Data 41
3.9 Penutup 44
viii
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis Frekuensi Dan Gred Fizik Pelajar 46
4.3 Analisis Data Bahagian B 48
4.2.1 Mengenalpasti Minat Pelajar
Terhadap Pembelajaran Fizik 49
4.2.2 Mengenalpasti Kefahaman Konsep
Fizik Yang Dipelajari Oleh Pelajar 52
4.2.3 Mengenalpasti Strategi Pengajaran
Guru Fizik Berdasarkan Penilaian
Pelajar 56
4.2.4 Mengenalpasti Faktor Galakan Ibu
Bapa Yang Mempengaruhi Minat
Pembelajaran Fizik Pelajar 60
4.3 Analisis Keseluruhan Dan Kesimpulan 63
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan
5.2.1 Bahagian A 66
5.2.2 Bahagian B 67
5.2.2.1 Mengenalpasti Minat
Pelajar Terhadap
Pembelajaran Fizik 67
5.2.2.2 Mengenalpasti Kefahaman
Konsep Fizik Yang
Dipelajari Oleh Pelajar 68
ix
5.2.2.3 Mengenalpasti Strategi
Pengajaran Guru Fizik
Berdasarkan Penilaian
Pelajar 69
5.2.2.4 Mengenalpasti Faktor
Galakan Ibu Bapa Yang
Mempengaruhi Minat
Pembelajaran Fizik Pelajar 70
5.3 Rumusan 72
5.4 Cadangan 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.6 Penutup 76
RUJUKAN 78
LAMPIRAN A – E 86
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan sampel kajian mengikut sekolah 34
3.2 Pembahagian soalan mengikut empat objektif yang
mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Fizik 36
3.3 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah
menengah kebangsaan A 36
3.4 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah
menengah kebangsaan B 37
3.5 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah
menengah kebangsaan C 37
3.6 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah
menengah kebangsaan D 38
3.7 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah
menengah kebangsaan E 38
3.8 Penggredan markah peperiksaan dalaman sekolah
menengah kebangsaan F 39
3.9 Markat skala 3 mata 42
3.10 Perubahan markat dan skala 42
3.11 Penggabungan skala Likert 5 skor kepada 3 skor 43
4.1 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut
sekolah berdasarkan mata pelajaran Fizik 46
xi
4.2 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut gred
berdasarkan mata pelajaran Fizik 47
4.3 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor minat 49
4.4 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor kefahaman
konsep Fizik 52
4.5 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor strategi
pengajaran guru 56
4.6 Taburan frekuensi, peratusan dan min bagi faktor galakan
ibu bapa 60
4.7 Taburan purata keseluruhan bagi empat objektif kajian
mengikut min 63
xii
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Semantic web 23
xiii
SENARAI SINGKATAN
BPPP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PSN - Pusat Sains Negara
PT - Principle of Technology
SIRIM - Standard Industrial Research Institute of Malaysia
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 86
B Surat kebenaran daripada Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia 92
C Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia 93
D Surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak 95
E Jadual penentuan jumlah sampel Krejcie dan Morgan 96
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata
pelajaran elektif. Mata pelajaran teras adalah Sains untuk sekolah rendah dan Sains
untuk sekolah menengah. Mata pelajaran elektif cuma ditawarkan di sekolah
menengah atas. Mata pelajaran-mata pelajaran ini adalah Biologi, Fizik, Kimia dan
Sains Tambahan. Mata pelajaran Fizik merupakan satu program yang dilaksanakan
dalam tempoh dua tahun untuk murid tingkatan empat dan lima. Kandungan sukatan
pelajaran Fizik KBSM merangkumi daya, sifat jirim, haba, cahaya, gelombang,
elektrik dan keelektromagnetan, keradioaktifan dan elektronik.
Kurikulum Fizik bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fizik dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Justeru,
murid mempunyai landasan Fizik untuk melanjutkan pelajaran di samping
mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat
2
ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi
penciptaan alam (Sukatan Pelajaran Fizik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM), 2000).
Bidang Fizik, elektronik dan elektrikal merupakan asas kepada perkembangan
dunia sains dan teknologi masa kini, inovasi dan usaha penambahbaikan
membolehkan penemuan dalam bidang tersebut ditransformasikan untuk kegunaan
dan aplikasi seharian manusia seperti radio, televisyen dan telefon. Sumbangan dan
pencapaian tokoh seperti Isaac Newton dan Albert Einstein dalam bidang Fizik
merupakan subjek teras sains membuktikan pentingnya penguasaan dalam subjek
sains asas iaitu Fizik, Biologi dan Kimia. Penguasaan serta kefahaman para pelajar
dalam bidang sains teras amat dititikberatkan oleh kerajaan dalam menyediakan
sumber tenaga manusia dengan kemahiran sains dan teknologi yang mencukupi
sebagai aset utama dalam membantu negara menuju ke arah kecemerlangan.
Malaysia merupakan pengeksport terbesar dan pembuat ketiga terbesar peranti
semikonduktor di dunia pada masa ini. Namun demikian, penglibatan Malaysia dalam
aktiviti-aktiviti pengujian dan pemasangan sahaja. Ini kerana Malaysia kekurangan
tenaga profesional dalam bidang-bidang seperti reka bentuk, analisis dan pembuatan
litar-litar bersepadu serta pengendalian sistem fabrikasi wafer yang berkaitan dan juga
dalam bidang kejuruteraan elektronik dan komputer. Bagi menampung keperluan
tersebut, institusi pengajian tinggi awam dan swasta menawarkan kursus-kursus dalam
bidang pengajian Fizik dan kejuruteraan (Estidotmy, 2003).
Graduan dalam bidang tersebut akan bekerja di mana-mana syarikat dan fasiliti
elektronik termasuk fasiliti fabrikasi wafer dan litar bersepadu. Para graduan kursus
ini secara amnya boleh mendapat pekerjaan sebagai jurutera di industri-industri
antaranya seperti firma-firma pembuatan dan pemasangan kenderaan, pembuatan
peralatan rumah seperti mesin basuh, televisyen, radio dan periuk elektrik, pembuatan
barangan elektronik seperti kamera dan mesin pendua, pembuatan robot dan sistem
3
automasi, teknologi tinggi, perunding, kejuruteraan dan pembangunan produk, badan-
badan penyelidikan dan pembangunan seperti institusi pengajian tinggi dan SIRIM.
Kerjaya sebagai jurutera bukan sahaja menawarkan ganjaran lumayan, malahan
berpeluang mendapat status Jurutera Profesional (Professional Engineer).
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkataan Fizik membawa makna satu jurusan pengetahuan atau ilmu yang
tidak mempunyai kaitan langsung dengan unsur-unsur kejiwaan atau afektif manusia.
Ilmu ini dikatakan tidak mengambil tentang nilai-nilai jiwa, emosi, perasaan dan
pelbagai sentimen lain sebagaimana dengan ilmu-ilmu kemanusiaan lain seperti
psikologi, sejarah, bahasa dan sebagainya. Justeru itu, Fizik tidak mendapat tempat di
kalangan masyarakat ramai.
Terdapat tiga sebab mengapa Fizik jauh daripada masyarakat biasa. Dengan
kata lain, faktor-faktor ini juga adalah punca Fizik dikatakan tidak mempunyai unsur-
unsur kejiwaan iaitu:
i. Fizik melihat sesuatu perkara atau fenomena itu daripada sudut yang berbeza
dengan pandangan masyarakat kebanyakan.
ii. Ilmu Fizik adalah bersifat kuantitatif dan memerlukan pengetahuan matematik
untuk memahaminya.
iii. Konsep-konsep asas Fizik dikatakan bersifat abstrak.
Setiap disiplin ilmu mempunyai pandangan masing-masing terhadap sesuatu
perkara. Ini adalah teras untuk menerangkan faktor yang pertama. Bagi ahli Fizik,
mereka melihat sesuatu itu dari sudut pandangan yang berlainan. Hal ini tidak berbeza
4
dengan disiplin yang lain. Namun begitu, dimensi pandangan orang Fizik kelihatan
tidak normal pada pandangan masyarakat yang tidak mendalami Fizik. Mereka boleh
menerima para pelukis dengan lukisan abstraknya atas nama seni, ahli kimia dengan
campuran bahan-bahan kimianya atau para akauntan dengan kira-kiranya tetapi tidak
bagi ahli Fizik dengan segala elektron, quark, kuantum, termodinamik dan sebagainya.
Lebih buruk lagi, apabila Fizik hanya dikaitkan dengan ledakan bom atom yang
pernah memusnahkan peradaban manusia.
Ramai pelajar yang takut kepada matematik walaupun dalam bentuk yang
paling ringkas. Kelemahan dalam menguasai matematik adalah sebahagian daripada
faktor yang menyebabkan kita sukar untuk memahami fenomena sekeliling melalui
Fizik. Sebagai contoh, ramai yang keliru di antara berat dan jisim. Kekeliruan yang
merupakan satu kesalahan ini diterima umum sebagai betul. Dengan menggunakan
matematik yang mudah, seseorang pelajar tentu dapat menerangkan peranan graviti
dalam memberikan perbezaan di antara berat dan jisim. Di sinilah, letaknya kesukaran
kepada para pengajar Fizik berbanding dengan bidang sastera atau kemanusiaan lain.
Pengajar dalam bidang sastera boleh berbicara tentang emosi dan jiwa dengan
pelajarnya secara terus kerana mereka menggunakan bahasa yang sama. Keadaan ini
tidak seperti dalam bidang Fizik. Pengajar tersebut perlu mengajar bahasa Fizik iaitu
matematik terlebih dahulu. Hanya setelah bahasa ini dikuasai barulah kita dapat
menikmati jagat maya ini daripada pandangan Fizik (Syed Yusainee, 1997b).
Sains dianggap adalah sukar untuk dipelajari kerana sains adalah asing dalam
budaya masyarakat kita sedangkan faktor sosial dan budaya ada pengaruhnya ke atas
kebolehan kita untuk berfikiran sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, kita tidak
boleh meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada masyarakat kerana ia juga berkait
rapat dengan sejarah Malaysia iaitu zaman penjajahan dan kurikulum yang diwarisi
daripada penjajah mempengaruhi tanggapan kita terhadap sains dan teknologi yang
lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan seperti pengeboman,
peperangan bersenjata dan sebagainya (Halimah, 1995).
5
Kajian yang dilakukan oleh Wan Zah (2000) mendapati subjeknya tidak
berusaha bersungguh-sungguh untuk berfikir dan memahami apa sebenarnya
dibincangkan dalam sesuatu tajuk pelajaran. Malahan, mereka menolak pelajaran
yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Misalnya, kebanyakan subjek tidak
menggemari mata pelajaran Fizik kerana konsep-konsepnya didapati amat abstrak dan
sukar untuk difahami walaupun pada hakikatnya, kewujudan konsep itu amat jelas
dilihat. Sebaliknya, pelajaran Matematik dan Biologi dikira mudah kerana hanya
memerlukan pengiraan dan hafalan sahaja. Subjek juga didapati keberatan untuk
berhempas pulas berfikir dan menjangkau jauh ke dalam ilmu yang dipelajari.
Keinginan untuk mencuba berfikir secara imaginatif juga amat tipis. Pemikiran
mereka didapati terbatas setakat apa yang dilihat dengan mata kasarnya sahaja. Ini
disebabkan mereka tidak memberi tumpuan, tidak berminat, tidak berupaya dan
sebagainya.
Sesetengah guru Fizik tidak mesra dan sukar didampingi oleh pelajar. Justeru
itu, pelajar lebih rela mendiamkan diri dengan masalah dan miskonsepsi Fizik
daripada bertanya kepada guru. Terdapat guru yang tidak mengendahkan pertanyaan
pelajar dan ini akan menyebabkan pelajar hilang kesungguhan untuk mempelajari
Fizik (Akatugba dan Wallace, 1999).
Corak pendidikan sains yang wujud hari ini seolah-olah menganggap pelajar
sebagai “kotak kosong” yang perlu segera dipenuhkan dengan sebanyak mungkin
teori, hukum dan formula yang merangkumi pelbagai cabang sains. Sukatan yang
perlu diikuti amat banyak berdasarkan anggapan mereka perlu bersedia untuk bersaing
dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Para pelajar diajar tentang
terlalu banyak perkara tetapi di penghujung jalan sebahagian besar mereka sebenarnya
tidak mempelajari apa-apa melainkan beranggapan bahawa bidang sains dikatakan
sebagai sukar dan amat berat untuk diikuti serta sering membosankan mereka (Syed
Yusainee, 1996).
6
Terdapat juga pelajar yang menganggap bahawa pelajaran sains iaitu Fizik,
Kimia, Biologi dan Matematik hanya dipelajari bagi tujuan menjadi ahli sains atau
sebarang kerjaya yang bersifat teknikal. Anggapan ini hanya akan membataskan
minat pelajar terhadap bidang sains. Pelajar seharusnya diberi kesedaran bahawa
pelajaran sains berupaya meningkatkan kemampuan kognitif, imaginasi, keprihatinan
terhadap persekitaran dan sebagainya. Seandainya pelajar telah mempunyai persepsi
yang positif terhadap sains maka tidak akan timbul masalah untuk menguruskan
pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh mereka. Pelajar dengan mudah boleh
menggunakannya dan memindahkan pengetahuan sains mereka dalam usaha
menyelesaikan masalah teknikal dengan pantas (Syed Yusainee, 1997a).
Dalam tempoh seminggu lebih kurang 130 jam pelajar berada di rumah
berbanding dengan 38 jam mengikuti kegiatan di sekolah. Tempoh pelajar berada di
rumah ialah 77.3 peratus daripada 168 jam: satu tempoh yang lebih tiga kali daripada
pelajar hadir di sekolah. Ibu bapa perlu mengambil perhatian tentang tempoh masa
pelajar berada di rumah adalah lebih baik jika tempoh itu digunakan oleh pelajar
secermat-cermatnya untuk kegiatan pembelajaran (Kamarudin, 1989).
Berdasarkan kajian-kajian yang lalu, adalah jelas menunjukkan kebanyakan
pelajar tidak mempunyai asas yang kukuh dan minat dalam Fizik di samping strategi
pengajaran guru Fizik yang kurang sesuai. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar
bersikap negatif terhadap Fizik.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Ketidakfahaman konsep Fizik akan membatas minat pelajar untuk mempelajari
Fizik. Selain itu, strategi pengajaran guru Fizik yang membosankan serta pengabaian
galakan daripada ibu bapa juga mempengaruhi pembelajaran Fizik pelajar. Justeru itu,
pengkaji mengambil langkah proaktif untuk mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran Fizik pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji
faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran Fizik dari segi minat dan
kefahaman konsep Fizik oleh pelajar, strategi pengajaran guru Fizik dan faktor
galakan ibu bapa yang mempengaruhi minat pembelajaran Fizik pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini mempunyai empat objektif yang hendak dicapai
seperti berikut:
i. Mengenalpasti minat pelajar terhadap pembelajaran Fizik.
ii. Mengenalpasti kefahaman terhadap konsep Fizik yang dipelajari oleh pelajar.
iii. Mengenalpasti strategi pengajaran guru Fizik berdasarkan penilaian pelajar.
iv. Mengenalpasti faktor galakan ibu bapa yang mempengaruhi minat
pembelajaran Fizik pelajar.
8
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan supaya pengkaji dapat menghuraikan beberapa persoalan
yang timbul. Antara persoalan yang ingin dikemukakan dalam kajian ini ialah:
i. Adakah faktor minat mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran Fizik?
ii. Adakah faktor kefahaman konsep Fizik mempengaruhi pelajar dalam
pembelajaran Fizik?
iii. Adakah strategi pengajaran guru Fizik mempengaruhi pembelajaran Fizik
pelajar?
iv. Adakah faktor galakan ibu bapa mempengaruhi minat pembelajaran Fizik
pelajar?