faktor ketidakhadiran pelajar tingkatan empat … · 2007. 4. 25. · set soal selidik yang...
TRANSCRIPT
FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI,
JOHOR BAHRU, JOHOR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM
FARIZAL BINTI YUSOFF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR KETIDAKHADIRAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI,
JOHOR BAHRU, JOHOR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM
FARIZAL BINTI YUSOFF
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2007
ii
iii
DEDIKASI
Untuk Almarhum Ayah Yang Dikenangi
Semuga RahmatNya Sentiasa Bersamamu
Untuk Ibu, Yang Tiada Galang Gantinya Di Dunia Ini.
Buat Suami Tercinta
Doronganmu Sentiasa Meniup Semangatku.
Buat Kekanda Dan Adinda-Adindaku
Pengorbanan Kalian Kusemat Kukuh Di Hati.
Buat Penyelia Yang Disanjungi
Bimbingan, Tunjuk Ajar Dan Jasamu Tidak Akan Dilupai.
Buat Teman-Teman Seperjuangan
Kejujuran Dan Keikhlasan Dalam Persahabatan Akan
Kukenangi Selamanya.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat
jua saya menyiapkan Projek Sarjana Muda seperti mana yang diharapkan.
Setinggi penghargaan ikhlas dan sekalung budi dirakamkan kepada Dr. Yeo
Kee Jiar selaku pensyarah penyelia bagi Projek Sarjana Muda ini yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, bimbingan dan kerjasama di sepanjang tempoh menyiapkan
kajian ini. Dengan teguran dan tunjuk ajar dari beliau dapat meningkatkan lagi
penyelidikan saya.
Ikhlas terima kasih ditujukan khas kepada rakan seperjuangan yang telah
banyak membantu dan memberi idea serta tidak jemu memberi sokongan dan
dorongan kepada saya selama ini.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
memberi bantuan dan kerjasama sepanjang tempoh saya menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini. Segala jasa dan kerjasama yang diberikan tidak akan saya lupakan.
Sekian.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor ketidakhadiran pelajar
dalam aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar tingkatan empat Sekolah
Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor Bahru, Johor. Sampel kajian ini ialah
seramai seratus lima puluh dua orang. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu
set soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. Data daripada soal selidik
telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package For The
Social Science (SPSS) For Window Versa 11.5. Analisis data akan menggunakan
kekerapan, peratusan dan min. Nilai alpha alat kajian ialah .82. Hasil kajian
menunjukkan bahawa sikap dan minat, keluarga, rakan dan sekolah berada pada
tahap sederhana dengan nilai min masing-masing 3.34, 2.57, 3.45 dan 3.08.
Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar
dalam aktiviti kokurikulum ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to identify factors of absenteeism in co-
curricular activities, among form four students at Sekolah Menengah Kebangsaan
Kangkar Pulai, Johor Bahru, Johor. These factors include attitude and interest,
family, peers and school. The sample consists of one hundred and two students
where a set of questionnaire with five likert scale was used. Data collected through
questionnaires was analyzed by using Statistical Package For The Social Science
(SPSS) For Window Versa 11.5. The data was analyzed by descriptive method to
find out the frequencies, percentage and mean of the above factors. The coefficient
alpha of reliability of the questionnaire was .82. The results showed that attitude
and interest, family, peers and school are at average level with their mean value are
3.34, 2.57, 3.45 and 3.08 respectively. Based on the research findings, several
suggestions have been made to overcome the problem and further research on the
topic.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 11
1.9.1 Kokurikulum 11
viii
1.9.2 Ketidakhadiran 12
1.9.3 Dorongan 12
1.9.4 Faktor-Faktor 13
1.9.5 Penglibatan 13
1.10 Penutup 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Komponen Kokurikulum Dalam Pendidikan
Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia 16
2.3 Bidang Kokurikulum Yang Ditawarkan
Di Sekolah 18
2.3.1 Badan Beruniform 18
2.3.2 Kelab dan Persatuan 19
2.3.3 Sukan dan Permainan 19
2.4 Kajian Lepas Dalam Negeri 20
2.4.1 Faktor Minat dan Sikap 21
2.4.2 Faktor Keluarga 22
2.4.3 Faktor Rakan 24
2.4.4 Faktor Sekolah 25
2.5 Kajian Lepas Di Luar Negara 30
2.5.1 Faktor Pelajar 30
2.5.2 Faktor Keluarga 32
2.5.3 Faktor Rakan 33
2.5.4 Faktor Sekolah 34
2.6 Penutup 35
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Rekabentuk Kajian 37
3.3 Lokasi Kajian 38
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 40
3.6 Kajian Rintis 42
3.7 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 43
3.8 Analisis Data 44
3.8.1 Tahap skala Min 45
3.9 Penutup 45
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Bahagian A: Latar Belakang
Responden 47
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 48
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Aktiviti
Kokurikulum Yang Disertai 48
4.2.3.1 Taburan Responden Mengikut
Aktiviti Unit Beruniform 49
4.2.3.2 Taburan Responden Mengikut
Aktiviti Kelab dan Persatuan 50
4.2.3.3 Taburan Responden Mengikut
Aktiviti Sukan dan Permainan 51
4.2.4 Taburan Responden Mengikut
Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga 52
4.2.5 Taburan Responden Mengikut
Jarak Rumah Dari Sekolah 53
x
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan Bapa atau Penjaga 54
4.3 Analisis Bahagian B: Item Soal Selidik 55
4.3.1 Analisis Faktor Minat Dan Sikap Pelajar
Terhadap Aktiviti Kokurikulum 55
4.3.2 Analisis Faktor Keluarga Terhadap
Ketidakhadiran Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum 59
4.3.3 Analisis Faktor RakanTerhadap
Ketidakhadiran Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum 63
4.3.4 Analisis Faktor Sekolah Terhadap
Ketidakhadiran Pelajar Dalam Aktiviti
Kokurikulum 67
4.4 Kesimpulan Analisis Data 71
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan 72
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 73
5.2.2 Faktor Sikap dan Minat Responden Terhadap
Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah 73
5.2.3 Faktor Keluarga Terhadap Ketidakhadiran
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Di Sekolah 76
5.2.4 Faktor Rakan Terhadap Ketidakhadiran
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Di Sekolah 78
5.2.5 Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran
Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum
Di Sekolah 79
xi
5.3 Rumusan 81
5.4 Kesimpulan 83
5.5 Cadangan 84
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 87
5.7 Penutup 88
SENARAI RUJUKAN 89
LAMPIRAN 94
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Sebab Mengapa Pelajar Turut Serta Dalam
Kegiatan Kokurikulum Oleh Buser dan Long
(1974) 31
2.2 Sebab Mengapa Pelajar Tidak Turut Serta
Dalam Kegiatan Kokurikulum Oleh Buser
dan Long (1974) 32
3.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 41
3.2 Bahagian B: Item-item Soalan Berdasarkan
Empat Faktor 41
3.3 Markat Skala Likert Lima Mata 41
3.4 Taburan Tahap Skala Min 45
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 47
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa 48
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Aktiviti Unit Beruniform 49
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden
Mengikut Aktiviti Kelab dan Persatuan 50
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan
Responden Mengikut Aktiviti Sukan dan
Permainan 51
xiii
4.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan
Ibu Bapa atau Penjaga 52
4.7 Taburan Responden Mengikut Jarak Rumah Dari 53
Sekolah
4.8 Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan Bapa atau Penjaga 54
4.9 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Minat dan Sikap Pelajar Terhadap
Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah 56
4.10 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Keluarga Terhadap Ketidakhadiran
Pelajar DalamAktiviti Kokurikulum Di Sekolah 59
4.11 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Rakan Terhadap Ketidakhadiran
Pelajar DalamAktiviti Kokurikulum Di Sekolah 63
4.12 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Sekolah Terhadap Ketidakhadiran
Pelajar DalamAktiviti Kokurikulum Di Sekolah 67
4.13 Taburan Purata Keseluruhan Bagi Empat
Persoalan Kajian Mengikut Min 71
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 95
B Jadual Penentuan Saiz Sampel
Berdasarkan Populasi Krejcie, R.V.
dan Morgan, D.W 101
C Surat Pengesahan Pelajar Dari Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknoligi Malaysia 102
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Dari Jabatan Pelajaran Johor 103
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia 104
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara (Falsafah Pendidikan Negara).
Sistem pendidikan yang berorientasikan kejayaan dalam peperiksaan semata-
mata haruslah dikurangkan dengan mengambil kira perkembangan keseluruhan
setiap pelajar. Tanggapan bahawa kecemerlangan akademik akan menjadikan
seseorang pelajar itu lebih mantap jasmaninya, utuh rohaninya dan sejahtera
emosinya adalah naif dan bertentangan dengan realiti sebenar. Malah
kecemerlangan akademik semata-mata bukanlah jaminan kejayaan masa hadapan.
2
Menurut Mohd Sofian (2002), dalam sistem pendidikan, kurikulum dan
kokurikulum merupakan dua komponen yang mempunyai hubungan yang rapat dan
saling memberi peneguhan antara satu sama lain. Sumbangan kokurikulum bukan
setakat mengisi kepentingan perseorangan semata-mata tetapi yang nyata
kecemerlangan tersebut jika digemblengkan akan memberi suatu sumbangan yang
bererti dalam pembinaan masyarakat seimbang dan negara yang makmur.
Menurut Kerr 1985 (dalam Faridah Karim ,1991, hlm. 1), kokurikulum pada
umumnya adalah segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang dirancang dan
dibimbing oleh sesuatu institusi pendidikan agar sesuatu tujuan tertentu dapat
dicapai. Aktiviti-aktiviti serta pengalaman pembelajaran ini boleh dilakukan secara
perseorangan atau kelompok sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Aktiviti-
aktiviti yang dilakukan di bilik darjah, disebut kurikulum dan aktiviti yang
dilaksanakan di luar bilik darjah disebut kokurikulum.
Menurut Ramlan Abd Wahab (Dewan Masyarakat, Mei, 2002, hlm. 26),
kokurikulum menjadi wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan
menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan selaras
dengan konsep pendidikan dan pembangunan kemanusiaan yang bersepadu dan
menyeluruh. Bidang ini jugalah yang menawarkan peluang dan kesempatan
mengapliksikan teori-teori terbaru mengenai proses pembangunan kemanusiaan
seperti Teori Kepelbagaian Keintelektualan (Theory Of Multiple Intelligences) dan
Teori Keintelektualan Emosi (Theory Of Emotional Intelligence).
Lim Yen Yen (1991) pula menegaskan bahawa kokurikulum adalah penting
dan perlu diberi perhatian kerana kokurikulm dapat meningkatkan kesihatan fizikal,
mental, emosi dan rohani yang baik. Selain itu kokurikulum juga dapat memupuk
semangat kekitaan dan sikap toleransi antara satu sama lain.
3
Pendapat Lim Yen Yen disokong oleh Zulzila Dzulkifli (1998) yang
berpendapat bahawa aktiviti kokurikulum dapat melahirkan insan yang seimbang
dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani.
Di Malaysia, aktiviti kokurikulum telah lama dijalankan. Menurut Ab.
Halim (1995), aktiviti kokurikulum telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan
dalam sistem pendidikan di negara ini. Aktiviti kokurikulum dilaksanakan di
sekolah bermula zaman penjajahan British. Contohnya Pasukan Pengakap yang
pertama di sekolah pada tahun 1909 di Singapura. Aktiviti kokurikulum terus diberi
penekanan oleh pihak Kementerian Pelajaran seperti yang terkandung di dalam surat
arahan ‘School Course Of Studies Regulations 1956’ dan pindaan tahun 1961 (Akta
Pendidikan 1961).
Dr Khasnor (dalam Rejab Arbee, Dewan Masyarakat, 2005) memperincikan
bagaimana pelajar lepasan Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 1950-an hingga
1970-an berjaya mendominasi pelbagai jawatan tinggi baik dalam bidang politik
mahupun pentadbiran kerajaan, pasukan beruniform seperti tentera dan polis,
kehakiman dan peguam, ahli akademik, kedoktoran dan jurusan professional
lainnya seperti jurutera, arkitek dan ahli sains. Antara faktor yang membawa
kepada keadaan demikian ialah pembelajaran yang menyeluruh yang disediakan di
sekolah itu. Selain menekankan pencapaian akademik, muridnya dididik dalam
suasana penuh disiplin, berdaya saing dengan semua mereka dikehendaki
menceburkan diri dalam pelbagai kegiatan sukan dan kokurikulum lain. Penceburan
dalam pelbagai kegiatan inilah yang berjaya memupuk dan mendidik muridnya
menjadi insan berkeperibadian tinggi, penuh dengan rasa tanggungjawab dan
bersahsiah cemerlang.
Memandangkan pentingnya aktiviti kokurikulum ini yang turut memudahkan
proses sosiolisasi dikalangan pelajar, kementerian menetapkan bahawa pihak
sekolah yang gagal menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah masing-masing
4
boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya (Akta Pendidikan, 1996).
Berdasarkan surat pekeliling ikhtisas Bil7/1998, Kementerian Pelajaran
menjelaskan bahawa pihak sekolah perlu meningkatkan perhatian yang sewajarnya
bagi mengimbangi antara kepentingan gerak kerja kokurikulum dengan akademik.
Pihak sekolah perlu melibatkan penyertaan yang menyeluruh aktiviti kokurikulum
kepada semua pelajar.
Selain itu penstrukturan semula di peringkat kementerian juga giat
dijalankan. Menurut Syuhada Choo Abdullah (Berita Harian, 28 Julai 2005),
peningkatan pelaksanaan kokurikulum dengan penekanan kearah aktiviti bertaraf
global akan menjadi salah satu aspek tumpuan dalam penstrukturan semula
Bahagian Sekolah yang bakal dilakukan oleh Kementerian Pelajaran.
Menjelang sesi pengajian 2006 pula, Kementerian Pelajaran
memperkenalkan langkah baru. Menurut Syuhada Choo Abdullah (Berita Harian,7
Julai 2006), Kementerian Pelajaran memperuntukkan 10 peratus markah merit
kepada pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dalam pemilihan ke institusi
pengajian tinggi awam (IPTA). Syarat baru ini melambangkan pentingnya pelajar
menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing.
Masih terdapat sesetengah sekolah yang penyertaan pelajar dan pelaksanaan
dalam aktiviti kokurikulumnya tidak memberansangkan. Ini sudah pasti akan
menggagalkan usaha murni Kementerian Pelajaran untuk mengembangkan bakat
dan minat pelajar melalui aktiviti kokurikulum.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Di sekolah terdapat tiga kategori aktiviti kokurikulum yang wajib disertai
oleh pelajar-pelajar bermula dari tingkatan peralihan sehinggalah tingkatan enam.
Tiga kategori tersebut ialah badan uniform, kelab dan persatuan, dan sukan dan
permainan. Semua pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu unit
beruniform, satu kelab dan persatuan dan satu unit sukan atau permainan.
Penyertaan aktiviti kokurikulum oleh pelajar dapat mengembangkan kognitif pelajar,
psikomotor, bakat dan kebolehan, dan boleh mengasah sahsiah diri yang baik seperti
ciri-ciri kepimpinan serta memupuk kemahiran bersosial di kalangan pelajar.
Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan banyak yang menunjukkan
bahawa aktiviti kokurikulum banyak memberi faedah kepada pelajar terutama
hubung kaitnya dengan prestasi akademik, disiplin dan pembentukan sahsiah pelajar.
Saban hari terpampan di dada akhbar tentang kejayaan pelajar yang seimbang antara
aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Kejayaan ini lebih bermakna apabila turut
diiktiraf oleh syarikat-syarikat berprestij yang sudi menawarkan biaya bagi mereka
melanjutkan pelajaran. Nestle turut menawarkan biasiswa kepada 10 pelajar untuk
mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi
awam dan swasta sebagai penghargaan syarikat kepada pelajar yang cemerlang
akademik dan kokurikulum. (Berita Harian, 2006).
Laporan tersebut adalah bersesuaian dengan hasil kajian yang telah
dilakukan oleh Yusof Man (1983) tentang penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum di tiga buah sekolah di Slim river, Perak. Kajian menunjukkan bahawa
penglibatan mereka dalam kokurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik
mereka malahan mendapat keputusan yang lebih baik selagi bijak mengimbangi
masa antara akademik dan gerak kerja luar.
6
Kenyataan-kenyataan di atas jelas menunjukkan peri pentingnya
kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah. Namun
begitu masih terdapat kecelaruan fahaman di kalangan sesetengah pelajar dan ibu
bapa tentang pentingnya kokurikulum. Ibu bapa menganggap aktiviti kokurikulum
yang dijalankan oleh pihak sekolah tidak mempunyai kaitan langsung dengan
proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Menurut Rejal
Arbee ( Berita Harian 2005), satu kelemahan yang ada di kebanyakan sekolah
sekarang ialah penekanan terhadap pencapaian A dalam semua mata pelajaran.
Maka, ibu bapa pun berlumba-lumba untuk menyediakan tuisyen kepada anak
supaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Inilah yang menjadi ukuran
kejayaan seseorang murid sekarang ini.
Lebih malang lagi, ada kalangan pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum sekadar penyertaan sahaja dan tidak bersungguh-sungguh. Ini
disebabkan mereka tidak mendapat penjelasan tentang objektif kokurikulum serta
faedah yang boleh diperolehi daripada kegiatan tersebut.
Sekiranya kokurikulum dapat dilaksanakan dengan baik, aktiviti ini boleh
menjadi pelengkap kepada kurikulum dan seterusnya merealisasikan matlamat dan
objektif pembelajaran. Oleh itu kajian ini diharap dapat mengungkap permasalahan
sebenar yang menyebabkan kurangnya sambutan daripada pelajar terhadap aktiviti
kokurikulum dari sudut faktor pelajar itu sendiri, keluarga, rakan dan sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Kokurikulum diwajibkan kepada semua pelajar dan tidak terkecuali pelajar-
pelajar daripada kelas-kelas peperiksaan. Aktiviti kokurikulum boleh diandaikan
sebagai landasan untuk mereka membina kehidupan pada masa hadapan. Aktiviti
7
kokurikulum menawarkan kemahiran-kemahiran yang membolehkan para pelajar
menceburi bidang-bidang kerjaya yang diminati. Pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang mengandungi unsur-unsur disiplin pasukan seragam,
keusahawanan, kepimpinan, rekreasi, kreativiti serta inovasi dan pengetahuan
alam semula jadi sekurang-kurangnya akan membantu pelajar menentukan hala tuju
kehidupan masa depannya dan memilih bidang-bidang untuk mengembangkan
potensi dirinya.
Tanggapan sebilangan masyarakat dan pelajar bahawa kegiatan kokurikulum
hanyalah sampingan kepada kurikulum semata-mata merupakan antara sebab
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah tidak segiat aktiviti kurikulum di dalam
bilik darjah. Sesetengah ibu bapa juga beranggapan, anak-anak mereka hanya perlu
belajar dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik.
Malahan hasrat ibu bapa tersebut sangat dituntut oleh pihak jabatan pelajaran
mahupun sekolah itu sendiri. Lantaran itu, penglibatan pelajar dalam kokurikulum
didapati tidak memuaskan dan ada beberapa kes mereka hanya mendaftarkan diri
sebagai ahli tanpa menghadirkan diri.
Pelajar juga tidak diberikan pendedahan sepenuhnya tentang manafaat yang
bakal diterima hasil daripada penyertaan yang aktif dalam kokurikulum. Kegagalan
pihak sekolah menyediakan prasarana yang mencukupi bagi menjalani latihan amali
aktiviti kokurikulum dan memberikan kefahaman mendalam juga menyumbang
kepada ketidakhadiran pelajar.
Penglibatan dan kehadiran pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah
Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor dalam aktiviti kokurikulum juga didapati amat
mengecewakan. Mengikut laporan kehadiran tahunan kokurikulum, ada segelintir
pelajar yang hanya mendaftarkan diri sebagai ahli tanpa pernah menghadirkan diri.
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang
ketidakhadiran pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar
Pulai, Johor Bahru dalam kegiatan kokurikulum. Secara ringkas kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti:
1. Pengaruh minat dan sikap pelajar terhadap ketidakhadiran dalam
aktiviti kokurikulum.
2. Pengaruh keluarga terhadap ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti
kokurikulum.
3. Pengaruh rakan terhadap ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti
kokurikulum.
4. Pengaruh sekolah terhadap ketidakhadiran pelajar dalam aktiviti
kokurikulum.
1.5 Persoalan Kajian
Bagi kajian ini, beberapa persoalan telah ditimbulkan seperti berikut:
1. Apakah minat dan sikap pelajar merupakan faktor ketidakhadiran
pelajar tingkatan empat SMK Kangkar Pulai dalam aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di sekolah.
9
2. Apakah keluarga merupakan faktor ketidakhadiran pelajar tingkatan
empat SMK Kangkar Pulai dalam aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah.
3. Apakah rakan merupakan faktor ketidakhadiran pelajar tingkatan
empat SMK Kangkar Pulai dalam aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah.
4. Apakah sekolah merupakan faktor ketidakhadiran pelajar tingkatan
empat SMK Kangkar Pulai dalam aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah.