falsafah dan pendidikan di malaysia

17
EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENGHARGAAN Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin kurnianya, saya dapat menyempurnakan tugasan bagi subjek EDUP 3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. terutamanya kepada tenaga pensyarah iaitu Puan Noor Fitriyati bt. Abdul Samad kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung

Upload: marylyn-anne-atot

Post on 13-Dec-2015

329 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu “philos”, yang membawa maksud mencintai, dan “sophia” yang bermaksud kebijaksanaan. Daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Menurut Sharifah Alawiah Alsagoff (1984), falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memepersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Matlamat pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Selain itu, pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan bagi mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan akademik serta mempunyai kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya saing di peringkat global. Ianya juga selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin kurnianya, saya dapat

menyempurnakan tugasan bagi subjek EDUP 3013 Falsafah dan Pendidikan di

Malaysia ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh

pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan

ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. terutamanya kepada

tenaga pensyarah iaitu Puan Noor Fitriyati bt. Abdul Samad kerana beliau telah

banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang

menjalankan kerja kursus ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha

menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya

yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi

menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama

bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam

menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala

bantuan yang telah anda hulurkan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan

sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

OBJEKTIF

Dalam kerja kursus ini, saya dapat mempelajari kemahiran berikut:

1. Menghuraikan kosnep-konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah

perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.

2. Membincangkan pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, faktor-

faktor yang mempengaruhi dan kepentingan kepada sistem pendidikan

negara.

3. Membincangkan implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

Pendidikan Guru kepada siswa guru.

Page 3: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berahklak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.”

Page 4: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENULISAN ESEI

1.0 Pengenalan

Pendidikan

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini sudah pastinya akan menjalani proses

pendidikan, sama ada secara formal atau tidak formal. Secara umumnya, pendidikan

juga termasuklah proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus,

pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Menurut Alfred North

Whitehead (1929), pendidikan merupakan satu proses persediaan untuk berjuang

dengan pengalaman kehidupan secara langsung, persediaan yang digunakan untuk

menempuhi alam kehidupan, dan tindakan yang sewajarnya.

Pendidikan adalah salah satu agenda besar yang boleh mempengaruhi kualiti dan

ketamadunan sesebuah bangsa di dunia. Manusia akan dianggap mundur dan kuno

sekiranya tiada pendidikan. Individu dan keluarga yang berilmu dan meletakkan ilmu

sebagai cara hidup akan lebih mudah membuat satu keputusan yang tepat (Wan

Hassan, 2007). Ikatan silaturahim dalam keluarga dan masyarakat juga akan

menjadi lebih kukuh.

Pendidikan Abad ke-21

Persoalan tentang pendidikan yang berbunyi, “Pendidikan adalah apa yang

tertinggal, setelah seseorang lupa apa yang dipelajari di sekolah?” Kenyataan ini

mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan sahaja setakat mengisi ilmu ke dalam

otak murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi, bahkan ia adalah sebaliknya,

lebih-lebih lagi pada abad ke-21 ini, pendidikan seharusnya menupayakan

seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu (ASK - Attitude, Skill and Knowledge)

untuk melakukan sesuatu perkara yang perlu dilakukan dalam konteks persekitaran

yang sentiasa berubah dan semakin menjadi rata (Thomas L. Friedman, 1999).

Seorang ahli falsafah dunia yang terkenal, iaitu Aristotle, pernah menyatakan

bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala

Page 5: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan

jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu “philos”, yang

membawa maksud mencintai, dan “sophia” yang bermaksud kebijaksanaan.

Daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal

mencintai kebijaksanaan. Menurut Sharifah Alawiah Alsagoff (1984), falsafah adalah

pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang

penting. Baginya juga, falsafah memepersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.

Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan

atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Konsep

pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan

sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Matlamat pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi

meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari

segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Selain itu, pendidikan merupakan

suatu proses yang berterusan bagi mengembangkan potensi individu ke arah

kecemerlangan akademik serta mempunyai kepelbagaian kemahiran secara

menyeluruh dan bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan

generasi yang berketerampilan dan berdaya saing di peringkat global. Ianya juga

selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan generasi yang cemerlang,

gemilang dan terbilang di mata dunia.

Page 6: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.0 Cabaran Pendidikan Abad ke-21 : Masih Relevankah Falsafah

Pendidikan Kebangsaan Dalam Memenuhi Hasrat Tersebut?

Pendidikan abad ke-21 merupakan transformasi yang dilakukan dalam

memperbaharui taraf dan sistem pendidikan yang sedia ada di mana sistem

pendidikan abad ke-21 adalah lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks.

Dalam menangani dunia yang semakin pesat membangun, pendidikan harus

diperbaharui serta menyusun atur semula struktur pendidikan untuk memenuhi

keperluan pelajar dalam dunia abad ke-21. Tamsilnya, setiap sekolah di negara

Malaysia perlu didedahkan dengan kurikulum berasaskan projek berkaitan

kehidupan bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam menangani masalah dunia

sebenar dan isu-isu semasa. Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu

bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa “up-to-date”, atau pun berubah mengikut

keperluan masa dan persekitarannya.

Memandangkan ianya berkait rapat dengan perkembangan individu, keperluan

masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka usaha penambahbaikan

dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi keperluan

semasa. Ini membolehkan pelajar sentiasa didedahkan dengan perkara-perkara

yang berada di sekeliling mereka.

Walau bagaimanapun, persoalan demi persoalan timbul dalam fikiran lapisan

masyarakat mengenai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Bagaimanakah FPK dapat membantu mecapai hasrat cabaran pendidikan abad ke-

21?

Page 7: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Maklumat, media dan literasi teknologi

Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu pada zaman ini, penggunaan dan

penguasaan teknologi maklumat, media dan literasi komputer akan lebih

menyemarakkan pengetahuan pelajar untuk menyusun maklumat dan pada masa

yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. Oleh itu, semua

sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain menerusi jaringan

Internet. Dengan adanya teknologi pendidikan abad ke-21, ini membolehkan pelajar-

pelajar mengikuti pembelajaran secara ‘global classroom'. Di sini mereka berpeluang

bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di

sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia.

Penguasaan terhadap teknologi maklumat ini amat penting agar masyarakat serta

negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain seperti Amerika

dan Jepun. Seperti yang kita ketahui, dengan perkembangan zaman maklumat ini, ia

telah memberi ruang kepada kita untuk memperolehi pengetahuan secara mudah

dan cepat. Selain itu juga, ia turut memberi peluang kepada kita mengembangkan

bakat yang sedia ada serta potensi melalui kemahiran teknologi ini serta memberi

mereka peluang dalam mengikuti pendidikan sepanjang hayat. Segalanya hanya

terletak di hujung jari sahaja.

Melihat kepada dimensi ini, maka jelaslah bahawa FPK masih relevan dalam

membantu mencapai dan memenuhi keperluan negara mencapai hasrat negara

maju kerana sememangnya telah tercatat dalam matlamat FPK, bahawa ingin

melahirkan serta menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna,

demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.

Pembentukan insan yang seimbang, dari sudut sains dan teknologi juga dapat dilihat

melalui perkaitan matlamat FPK dan cabaran pendidikan abad ke-21 ini. Melalui

penguasaan teknologi, murid tidak akan ketinggalan dengan perubahan negara yang

semakin maju.

Page 8: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pemikiran berdaya cipta

Persaingan pada abad ke-21 amat memerlukan para pelajar yang berani dari

segi menampilkan diri dengan pendapat, kreativiti, dan inovasi. Kemahiran “soft-

skills” amat perlu dikuasai oleh setiap pelajar supaya lebih berkeyakinan tinggi untuk

bercakap, mempertahankan pendirian dan memasarkan diri ke pasaran kerja

semasa tempatan ataupun antarabangsa. Bagi menerapkan kemahiran ini agar

menjadi kebiasaan dalam diri pelajar, KPM dan pihak sekolah serta institusi-institusi

pendidikan perlu menggembleng tenaga dan usaha bersama-sama serta mula

menyusun program bercorak pengaplikasian kemahiran yang membolehkan pelajar

mempamerkan kelebihan masing-masing agar dapat diaplikasikan ke dalam bidang-

bidang tertentu yang boleh melonjakkan nama institusi pendidikan kita dan

menyumbang ke arah keberhasilan negara.

Pencapaian tahap kemahiran bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh

setiap warga. Setiapa pelaksana yang kompeten dan mempunyai kemahuan untuk

menyumbang atas dasar kepentingan dan manfaat bersama kepada negara perlulah

hadir secara berterusan. Semangat dan iltizam serta keterbukaan setiap pelaksana

untuk menilai secara berterusan daripada tindakan-tindakan yang dilaksanakan

perlulah seiring dengan perkembangan pada abad ke-21. Langkah ini seterusnya

akan dapat menambahbaik sistem pendidikan di Malaysia.

Menerusi sudut ini, kita dapat mengetahui bahawa FPK masih relevan dalam

mencapai hasrat ini. Perkaitan matlamat FPK dan cabaran pendidikan abad ke-21 ini

jelas dilihat melalui bentuk kurikulum transformasi. Perkara ini memberi penekanan

kepada murid dengan nilai-nilai kreativiti yang mana melalui pendedahan dengan

kemahiran inovasi dan kreativiti, murid dapat memperkembangkan potensi diri

mereka untuk mencuba sesuatu yang baru. Perkara ini sememangnya memberikan

impak yang besar kepada negara suatu hari nanti sekiranya murid-murid terus

mengamalkan kemahiran ini sehingga menjejak ke alam dewasa, selaras dengan

matlamat FPK yang ingin membentuk rakyat Malaysia yang mampu memberikan

sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Page 9: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Komunikasi dan kolaboratif

Seterusnya, kemahiran komunikasi dan kolaboratif juga merupakan

perkara penting dalam kemahiran abad ke-21. Kemahiran berkomunikasi terdiri

daripada beberapa elemen iaitu kemahiran berkomunikasi yang melibatkan

komunikasi yang berkesan, iaitu dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,

berkebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh

keyakinan, secara lisan dan bertulis. Seterusnya, kebolehan mengamalkan

kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas. Kebolehan ini juga

menguji para pelajar melalui tahap kerjasama mereka dalam aktiviti berkumpulan

mahupun berpasukan, dalam membuat pembentangan, atau apa sahaja aktiviti

secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.

Seterusnya, berkomunikasi juga harus berlaku dengan dengan peserta komunikasi

yang mempunyai budaya berlainan. Ini kerana ia menguji peserta komunikasi

tersebut dalam memahami dan memudahkan proses silang budaya,

mengembangkan kemahiran komunikasi dan kemahiran bukan lisan.

Kemahiran-kemahiran ini penting bagi membentuk perhubungan dalam kalangan

pelajar. Melalui kemahiran komunikasi ini, pertukaran pemikiran dan idea menerusi

lisan dan tulisan akan berlaku sebelum perkongsian idea berlaku untuk kepentingan

bersama.

Justeru, perkaitan matlamat FPK dengan cabaran ini jelas menunjukkan bahawa

FPK amat relevan dalam membantu mencapai hasrat ini. Selaras dengan matlamat

FPK yang ingin melahirkan masyarakat dan membentuk insan yang seimbang, yang

mana boleh ditunjukkan dari penggabungan kemahiran bahasa secara lisan dan

bukan lisan khususnya semasa berinteraksi. Seterusnya, ia memberi penekanan

kepada penghayatan kepercayaan, sikap dan nilai serta penguasaan ilmu tentang

masyarakat dan budaya persekitaran, negara dan seantero dunia.

Page 10: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Produktiviti dan keputusan

Pada abad ke-21, proses pengajaran dan pembelajarannya tetap

berpusatkan pelajar, bahkan perlu ditingkatkan lagi daripada apa yang diamalkan

sekarang ini. Pelajar yang produktif dan mahir dalam membuat keputusan

adalah pelajar yang ingin kita bentuk pada zaman globalisasi ini. Guru memainkan

peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara

aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih

lagi berperanan sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran dan juga berperanan

sebagai pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu

dirancang oleh guru dengan sebaik mungkin bagi membina dan mengukuhkan minat

murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya bersedia menerima

pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pada ketika

itulah pelajar akan dipupuk dengan keinginan untuk berdikari, yakin pada diri sendiri

dan meningkatkan rasa tanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila ingin membuat

keputusan untuk diri mereka apabila belajar.

Dari sudut aspek kokurikulum pula, kegiatan kokurikulum dapat memupuk sifat

kepimpinan dalam diri mereka. Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila

seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. Daya

kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa.

Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti

pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi

pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Oleh itu ,daya kepemimpinan ini

haruslah dipupuk sejak di sekolah lagi, iaitu melalui kegiatan kokurikulum.

Di sini jelaslah bahawa FPK masih relevan dalam membantu mencapai hasrat ini. Ini

kerana ketrampilan diri amat ditekankan dalam aspek ini. Hal ini menjamin

pembentukan insan yang seimbang dari aspek pembelajaran mahupun aktiviti

kokurikulum, di mana pemupukan sahsiah dan kepimpinan pelajar amat

dititikberatkan seterusnya dapat mengembangkan potensi diri pelajar.

Page 11: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3.0 Rumusan

Kesimpulannya, adalah perlu untuk ditegaskan lagi bahawa apa sahaja

bentuk kurikulum yang dianjurkan tidak akan mendapat hasil yang diharapkan dan

diimpikan sekiranya tidak diikuti dan teliti. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) juga masih relevan dalam membantu mencapai tahap kemahiran tinggi dalam

membantu memajukan negara Malaysia sesuai dengan matlamatnya. Pihak institusi

pendidikan haruslah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam

kegiatan kokurikulum dan cerdas dalam pembelajaran di bilik darjah. Selain itu,

kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya

segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Pepatah Melayu ada

mengatakan, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”. Oleh itu, semua

pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar

yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

Page 12: Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia

EDUP 3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Bibliografi

11 Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Berganjak atau Berundur?

(2013, September 8). Retrieved Ogos 20, 2015, from the flower selling boy:

http://theflowersellingboy.blogspot.com/2013/09/11-anjakan-pelan-

pembangunan-pendidikan_8.html

Azizi Awang Jaafar, A. R. (2015). Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:

Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kecintaanku, C. (2014, Januari 16). Pengenalan Pendidikan Di Malaysia. Retrieved

Ogos 25, 2015, from Academia:

https://www.academia.edu/6831211/PENGENALAN_PENDIDIKAN_DI_MALA

YSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala

Lumpur: Pusat Pengembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan.

Keow, C. L. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Meng, E. A. (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.

Meng, E. A. (2002). Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Shahril Marzuki, H. M. (1999). Pendidikan di Malaysia : Isu dan cabaran. Kuala

Lumpur: Utusan.

UNESCO. (2008). Pelan Hala TujuProgram Transformasi Kerajaan.

Mempertingkatkan pencapaian pelajar, 166-177.

Zainal, A. M. (2007). Falsafah Pendidikan. Retrieved Ogos 20, 2015, from Teknologi

dan Inovasi dalam Pendidikan:

http://edutecnovasipdd.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html