folio kerjaya kot

17
NAMA: MUHAMMAD SOLIHIN BIN KADIR NO.MAK: 29028

Upload: muhammad-solihin

Post on 01-Dec-2015

483 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Kerjaya Kot

NAMA: MUHAMMAD SOLIHIN BIN KADIR

NO.MAK: 29028

Page 2: Folio Kerjaya Kot

PENGENALAN MNGENAI KERJAYA PILIHAN

Aeronautik

Pesawat terbang menjadi pengangkutan yang semakin popular pada masa kini.  Perjalanan

jauh yang memakan masa berbulan-bulan suatu masa dulu kini hanya mengambil masa

beberapa jam sahaja dengan pengangkutan udara. Sudah pasti ramai di kalangan kita sudah

biasa melihat ataupun menaiki kapal terbang. Namun, pernahkah kita terfikir bagaimana

sesebuah kapal terbang yang begitu besar dan berat boleh terbang dengan selamat di udara?

Persoalan ini boleh dijawab apabila kita memahami cabang ilmu sains yang dikenali sebagai

aeronautik.

 

Secara umumnya, aeronautik merupakan bidang kejuruteraan yang mengkaji tentang prinsip-

prinsip penerbangan. Ilmu ini mengkaji sifat-sifat sesuatu jasad apabila berinteraksi dengan

bendalir terutamanya udara. Disebabkan wujudnya udara, maka sesebuah pesawat terbang itu

boleh terbang. Hasil kajian ini menghasilkan beberapa pesawat atau mesin terbang yang

terdapat pada hari ini seperti kapal terbang, jet pejuang, helikopter, belon udara, roket dan

peluru berpandu.

Page 3: Folio Kerjaya Kot

BIDANG TUGAS KERJAYA PILIHAN

bidang – bidang yang terdapat dalam Kejuruteraan Aeronautik. Ia boleh dibahagikan kepada:

a) Aerodinamik.

Airflow_trailing edge

Aerodinamik ialah perhubungan di antara udara (angin) dan bahan (pepejal) yang bergerak di dalamnya. Di bidang ini segala asas Mekanik Bendalir diterapkan ke masalah penerbangan. Sebagai contoh, kajian aerodinamik akan menentukan bentuk yang sesuai bagi sesuatu pesawat terbang, peluru berpandu dan sebagainya.

Page 4: Folio Kerjaya Kot

b) Struktur.

structure_wing

structure_all

Page 5: Folio Kerjaya Kot

Stuktur utama pesawat terbang ialah sayap, fiuslaj, enjin, ekor dan gear pendaratan. Bidang ini menentukan keutuhan (kekuatan) sesuatu badan yang akan terbang seperti pesawat terbang, peluru berpandu dan lain-lain. Dengan menggunakan dimensi dan kelegaan, kekuatan bahan, pengaliran ricih dan teori plat nipis, struktur sesuatu pesawat terbang dapat ditentukan.

c) Rejangan Pendorongan.

Propulsion_system

Rejangan ialah kajian mengenai loji kuasa sesebuah pesawat terbang.  Kajian ini meliputi rekabentuk dan pilihan lojikuasa yang sesuai bagi sesuatu pesawat terbang.  Bidang ini berkembang begitu pesat setelah kenaikan harga minyak di masa ini. Jurutera berlumba-lumba mencipta loji kuasa yang lebih ekonomik dan ringan. 

Page 6: Folio Kerjaya Kot

d) Avionik. 

avionic_system

Avionik ialah ringkasan perkataan 'Aviation Electronic'.  Penerbangan telah dipermudahkan dengan menggunakan berbagai alat elektronik.  Alat elektronik yang membantu juruterbang seperti radar, ILS (Instrument Landing System), ADF (Automatic Direction Finder) dan sebagainya, dicipta khas oleh Jurutera Avionik.  Jurutera Avionik juga mempastikan radar yang dipasang di  dalam sesebuah pesawat terbang berfungsi dengan baik. 

Page 7: Folio Kerjaya Kot

e) Pengurusan.

Industri penerbangan telah berkembang begitu pesat di dalam dekad ini.  Ia memerlukan tenaga mahir untuk mentadbir dan mengurus supaya perjalanannya sentiasa licin.  Undang-undang mengenai pembinaan dan operasi pesawat terbang dibuat begitu teliti untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan kecuaian yang mungkin mengorbankan banyak nyawa. Di Malaysia operasi, pengurusan, pembangunan dan penyelenggaraan sesebuah lapangan terbang diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

f) Pengangkutan.

mas_cargo

beluga-supertransporter

Page 8: Folio Kerjaya Kot

Di samping membawa penumpang-penumpang, pesawat terbang juga digunakan sebagai pembawa kargo, ambulan dan sebagainya.  Kajian di bidang ini melahirkan pakar pengangkutan yang dapat mengolah jadual penerbangan dan beban supaya pesawat terbang digunakan dengan penuh ekonomik. 

g) Undang-Undang Penerbangan.Untuk mengelakkan daripada kemalangan, masyarakat antarabangsa merumuskan undang-undang khas untuk penerbangan. Undang-undang dibahagi kepada 2 iaitu undang-undang ketenteraan dan undang-undang penerbangan awam. Bagi Malaysia undang – undang ini dikawalselia oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. Organisasi lain yang terlibat ialah Federal aviation Administration (FAA), International Air Transport Association (IATA)  dan International Civil Aviation Organisation (ICAO)

h) Bahan Untuk Pesawat Terbang Bidang ini memusatkan pengajiannya kepada memilih dan menentukan logam, komposit plastik dan sebagainya yang sesuai digunakan untuk membina sesebuah pesawat terbang, roket dan sebagainya. 

Malaysia melalui syarikat Composite Technology Research Malaysia (CTRM) patut berbangga kerana telah menjadi pembekal terbesar bahan komposit untuk Airbus A320. Hampir 50% pesawat Airbus di seluruh dunia mempunyai komponen sayap yang dibuat oleh anak tempatan di CTRM

Page 9: Folio Kerjaya Kot

PENEMPATAN DAN LOKASI BERTUGAS

Seorang jurutera penerbangan biasanya bekerja di pejabat-pejabat di lapangan terbang dan melawat bengkel pesawat atau hangar untuk memeriksa pesawat yang memerlukan pengubahsuaian atau pembaikan. Mereka juga bekerja juga akan dijalankan di pejabat reka bentuk atau, lapangan terbang atau makmal penerbangan. Syarikat-syarikat industri dan lain-lain menubuhan eksperimen bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul semasa proses reka bentuk, pembangunan dan ujian. Mereka juga melawat ke luar negara untuk memeriksa pesawat dan menghadiri kursus dan persidangan dalam bidang kejuruteraan aeronautik. Terdapat keadaan bahaya bagi keselamatan seorang jurutera aeronautik dan pekerja lain apabila bekerja di bengkel atau hangar tetapi mereka semua telah mengetahui dan melakukan keperluan keselamatan ketika di sana. Jadi, jika terdapat mana-mana kemalangan berlaku, ia adalah di luar kawalan manusia.

Antara syarikat yang menawar pekerjaan bagi bidang ini ialah:

http://www.atsc.com.my/index.htmSyarikat usahasama dengan Rusia dan terletak di TUDM Kuantan ini terlibat dalam penyelenggaraan dan naiktaraf pesawat pejuang MiG-29. Layari laman web tersebut untuk maklumat lanjut.

http://www.sepangaircraft.com/Terletak di Sepang, syarikat ini terlibat dalam penyelenggaran siri pesawat Boeing 737,Boeing 747,Boeing 777,Airbus A320 dan Airbus A330.

http://www.eurocopter.com.myEurocopter Malaysia (ECM) ditubuhkan pada 2002 adalah syarikat milik penuhEuropean Aeronautic Defence and Space Company (EADS). Selain terlibat dalam  penyelenggaraan helikopter , syarikat ini juga banyak membangunkan teknologi baru untuk kegunaan semasa dan masa depan. Bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertahanan, TUDM, Tentera Darat, TLDM , PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Berpusat di Subang, operasi ECM juga terletak di Miri, Kuching dan Kerteh.

http://www.airod.com.my/index.jsp   Syarikat yang tidak asing lagi di Malaysia, menempa nama dan anugerah dalam dan luar negara. Mula beroperasi pada 1976 dan diswastakan pada 1985. Maklumat lanjut pada web berkenaan.

ANGGARAN GAJI DAN FAEDAH LAIN

Page 10: Folio Kerjaya Kot

Anggaraan gaji jurutera aeronautik yang baru ialah RM 6000.Bagi yang berkelulusan Master dan keatas mungkin ditawarkan dengan gaji yang lebih tinggi lagi. Apa yang penting dalam bidang ini ialah pengalaman. Bagi yang berpengalaman 5 tahun dan keatas gaji yang ditawarkan melebihi RM 10000. Kelebihan bagi yang mengambil bidang ini, jika tidak mendapat kerja sebagai jurutera aeronautik mereka masih boleh bekerja dalam bidang reka bentuk, penyelenggaraan, kawalan, bahan, mekanik bendalir, aerodinamik dan lain-lain yang berguna dalam bidang-bidang lain seperti struktur, sivil, utiliti dan mungkin juga Formula 1.

KELAYAKAN AKEDEMI YANG DIPERLUKAN SEBELUM BEKERJA

Sekurang-kurang mendapat Degree atau Diploma dalam bidang berkenaan.

INSITUSI PENDIDIKAN YANG MENAWARKAN BIDANG PENGAJIAN YANG MENJURUS KE ARAH KERJAYA PILIHAN

Page 11: Folio Kerjaya Kot

Antara IPTA yang menawarkan kursus ini ialah UTM, USM dan UPM. Di USM dan UPM kursus ini dikenali sebagai Kejuruteraan Aeroangkasa. Kursus ini ditawarkan di bawah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Sila rujuk rajah dibawah:

Malaysian Aerospace Engineering Schools and UniversitiesUndergraduate BS BE, Graduate MS and PhD Programs in Aerospace Engineering in MalaysiaAerospace Engineering Universities in Malaysia offering Aerospace Engineering degree programs at bachelors (under-graduate), masters (graduate) and PhD levels. Aerospace Engineering information on diplomas, certification and degree options in aerospace in Malaysia.

 Aerospace Engineering University in Skudai, Johor, MalaysiaTechnology University of Malaysia (UTM)The Technology University of Malaysia or Universiti Teknologi Malaysia (UTM) offers undergraduate and graduate programs in Aeronautics and Aerospace Engineering. The faculty of Mechanical engineering at UTM is involving in the programs in aeronautics. The following programs are offered at UTM,

Bachelor of Engineering (Mechanical - Aeronautics) M.Eng in Mechanical - Advance manufacturing  technology

 Aerospace Engineering University in Penang, MalaysiaUniversity of Science, Malaysia (USM)The University of Science or Universiti Sains Malaysia (USM) located in Penang, Malaysia school of Aerospace Engineering offers undergraduate and graduate programs in the field of Aerospace Engineering. Aerospace Engineering University in Serdang, Selangor MalaysiaPutra University Malaysia (UPM)The Putra University Malaysia or Universiti Putra Malaysia (UPM) located in Serdang, Selangor, Malaysia Faculty of Engineering offers engineering programs in aeronautical and aerospace engineering. Aerospace Engineering University in Kuala Lumpur MalaysiaInternational Islamic University Malaysia (IIUM)The International Islamic University of Malaysia (IIUM) located in Kuala Lumpur, Malaysia Khulliyyah of Engineering offers engineering programs at undergraduate and graduate level in the field of Aerospace Engineering. University of Kuala Lumpur, Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT)The Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) part of University of Kuala Lumpur located in Kuala Lumpur Malaysia offers engineering courses and programs at undergraduate and graduate level in Aviation Technology. Malaysian institute of aviation technology offers,

Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Avionics) Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Composite)

Page 12: Folio Kerjaya Kot

Diploma in Aircraft Maintenance Technology (Manufacturing)

MARA University of Technology - Aerospace EngineeringMara University of Technology offers the following engineering courses,

Aerospace and Materials (Flight Mechanics) Aerospace and Materials (Advanced Materials)

Global Aerospace Academy of MalaysiaCAE Global Academy HM Aerospace offers the following courses,

Private Pilot License Course (PPL) Assistant Flight Instructor Course (AFI) Airline Transport Pilot License Course (ATPL) Commercial Pilot Licence/Instrument Rating (Aeroplane) with Frozen Airline

Transport Pilot Licence Course (CPL/IR (A) with Frozen ATPL)The courses offered are in accordance with the Department of Civil Aviation and Malaysian Civil Air Regulations (MCAR).

MASALAH DALAM KERJAYA

Seorang jurutera aeronautik kebiasaannya bekerja melebihi jurutera lain.Mahupun begitu,kadangkala mereka perlu bekerja lebih masa untuk mengejar deadline.Kebiasaannya

Page 13: Folio Kerjaya Kot

mereka bekerja on-call untuk membaiki dan menyelenggara kapal terbang yang mempunyai masalah. Oleh itu, kadang-kala mereka perlu mengorbankan masa cuti mereka dan melakukan kerja dengan penuh dedikasi. Bidang ini memerlukan pengajian yang berterusan kerana pembangunan teknologi yang pesat pada zaman kini.Jurutera aeronautik juga terdedah kepada bahaya ketika bekerja di makmal dan bengkel. Disebabkan masalah ekonomi pada masa kini, tidak banyak pekerjaan yang ditawarkan kerana ekonomi merundum. Di Amerika Syarikat juga pekerjaan seperti ini dikurangkan dan banyak kajian yang diberhentikan. Namun begitu, 70% pada pekerjaan didapati melalui pesaraan pekerja. Tetapi tahap persaraan sekarang sudah dinaikkan. Tidak tahu nasib bakal-bakal jurutera ini.