formulasi strategi

11
FORMULASI STRATEGI Misi boleh didefinisikan sebagai suatu objektif yang ingin dicapai dalam pengertian yang lebih luas atau yang menjelaskan tujuan asas organisasi diwujudkan.misi juga didefinasikan sebagai satu deklarasi sesebuah organisasi yang berkaitan dengan tujuan bagi mencapai apa – apa yang diinginkan.Ia perlu menjawab persoalan – persoalan berikut : Apakah yang hendak dicapai ? Untuk siapa ia hendak dicapai ? Bagaimana untuk mencapainya ? Oleh itu,misi sesebuah organisasi itu adalah tujuan ataupun sebab sebab sesebuah organisasi itu perlu wujud.Untuk ini kita perlu menjawab soalan – soalan berikut : Dalam perkhidmatan apakah kita berda ? Mengapakah kita berada dalam perkhidmatan itu ? Sesuatu pernyataan misi yang baik perlu meliputi perkara-perkara berikut: Tujuan atau sebab penubuhan sesebuah organisasi? (What is our basic purpose or Why do we exist?) Ianya menjawab soalan tentang apakah urusan/tugas utama (core business) yang dipertanggungjawabkan ke atas organisasi anda. Kepada siapa perkhidmatan diberikan? (Who we serve?, as our customers: geography, segments, names) Ianya menjawab siapakah pelanggan utama organisasi?

Upload: nur-asrar

Post on 18-Jul-2016

30 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

formulasi strategi mnagemt

TRANSCRIPT

Page 1: Formulasi Strategi

FORMULASI STRATEGI

Misi boleh didefinisikan sebagai suatu objektif yang ingin dicapai dalam pengertian yang

lebih luas atau yang menjelaskan tujuan asas organisasi diwujudkan.misi juga

didefinasikan sebagai satu deklarasi sesebuah organisasi yang berkaitan dengan tujuan

bagi mencapai apa – apa yang diinginkan.Ia perlu menjawab persoalan – persoalan

berikut :

Apakah yang hendak dicapai ?

Untuk siapa ia hendak dicapai ?

Bagaimana untuk mencapainya ?

Oleh itu,misi sesebuah organisasi itu adalah tujuan ataupun sebab sebab sesebuah

organisasi itu perlu wujud.Untuk ini kita perlu menjawab soalan – soalan berikut :

Dalam perkhidmatan apakah kita berda ?

Mengapakah kita berada dalam perkhidmatan itu ?

Sesuatu pernyataan misi yang baik perlu meliputi perkara-perkara berikut:

Tujuan atau sebab penubuhan sesebuah organisasi? (What is our basic purpose

or Why do we exist?) Ianya menjawab soalan tentang apakah urusan/tugas

utama (core business) yang dipertanggungjawabkan ke atas organisasi anda.

Kepada siapa perkhidmatan diberikan? (Who we serve?, as our customers:

geography, segments, names) Ianya menjawab siapakah pelanggan utama

organisasi?

Apakah yang hasil akhir yang diingini? (What we produce- outcome benefits:

products, services, uses) atau Keperluan pelanggan apakah yang dapat

organisasi penuhi.

Apakah nilai organisasi kepada pelanggan? ( Our distinctive competence. (How

we do it "differently", "better", "more effectively" than others)

Mencerminkan ciri-ciri keunikan/nilai-nilai/prinsip pegangan utama organisasi

dalam memenuhi tujuan kewujudannya.

Page 2: Formulasi Strategi

Pernyataannya ringkas dan mudah diingati/difahami (Tiada pengunaan bahasa

yang sukar difahami (bombastik)

Visi

Visi ialah perkara yang menjelaskan arah tuju dan matlamat jangka panjang yang ingin

dicapai.Lazimnya ia dinukilkan dalam satu ayat sahaja.Visi terbahagi kepada dua iaitu

umum dan spesifik.

Thornberry (1997),Visi atau Wawasan adalah satu gambaran atau pandangan tentang

masa depan. Sesuatu yang bukan “real”, tetapi yang diimaginasikan. Manakala Cowley

& Domb (97) dalam buku “Beyond Strategic Vision” menyatakan: visi adalah gambaran

pemikiran yang jelas tentang hasrat masa depan yang diinginkan. Seterusnya mereka

berpendapat. “A vision is a statement (or a picture) of an ideal state of being or

existence in the future that is inspiring and empowering for the stakeholders of the

organization”

Burt Nanus (1994) dalam bukunya “Visionary Leadership”, telah mengariskan kriteria

visi yang baik:

Berorientasikan masa depan

Memandu kearah masa depan yang jelas

Sesuai untuk organisasi, budaya dan nilai

Page 3: Formulasi Strategi

Satu “set” piawaian kecemerlangan dan berkualit

Jelas tujuan (purpose

Membangkitkan semangat dan mengguatkan komitmen/kepercayaan

Mengambarkan keunikannya organisasi

Cukup “ambitious”?( mempunyai cita-cita yang tinggi)

Page 4: Formulasi Strategi

Objektif

Objektif bertujuan untuk merealisasikan visi dan misi.ia adalah matlamat dan

epncapaian yang boleh dinilai berdasarkan kepada tempoh masa yang ditetapkan.Ia

boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

- Objektif jangka panjang (lebih dari 3 bulan)

- Objektif sederhana (satu hingga tiga bulan)

- Pendek (kurang dari satu bulan)

Objektif yang baik perlu mempunyai ciri – ciri seperti

specific,measurable,achievable,realistic dan timely (SMART).Komitmen individu dan

kumpulan banyak memainkan peranan dalam menentukan kejayaan sesuatu

objektif.Oleh itu,objektif perlulah jelas supaya mampu memperyingkatkan tahap

kebertanggungjawaban individu terhadap tugasnya.Ia mampu meningkatkan tahap

motivasi pekerja,menjadi panduan arah tuju di samping berfungsi sebagai alat pengukur

prestasi.

-

Page 5: Formulasi Strategi

Piagam sekolah

Piagam pelanggan boleh disediakan bagi menjelaskan hak hak pelanggan di samping

memberikan panduan tahap kualiti perkhidmatan yang akan disampaikan kepada

pelanggan.Tiga aspek utama dalam konsep piagam pelanggan adalah seperti berikut :

Definisi : Komitmen bertulis,dipamerkan,jaminan penyampaian perkhidmatan mengikut

standard dan memberitahu hak hak pelanggan

Focus : pelanggan, standard dan sikap

Ciri – ciri : jelas , senang disebarkan,kebolehpercayaan,praktikal,khusus dan boleh

ditambah baik.

Suatu piagam pelanggan sebaik baiknya ditulis berdasarkan kacamata

pelanggan.Selain itu,piagam pelanggan perlu ditetapkan standardnya dengan

meletakkan satu ukuran kuantitatif seperti minit,jam atau hari.piagam pelanggan ini

perlu dihebah dan dihayati oleh semua staf atau warga organisasi.dengan cara

ini,mereka faham akan komitmen mereka dan organisasi terhadap semua pihak

berkepentingan.

Page 6: Formulasi Strategi

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan System Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi

Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Visi sekolah

Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa

Cemerlang 2014

Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi sekolah

Berusaha melahirkan murid murid yang mempunyai ciri ciri

Page 7: Formulasi Strategi

- Berilmu pengetahuan

- Berkemahiran

- Berwawasan

- Beradab

Page 8: Formulasi Strategi
Page 9: Formulasi Strategi

Sejarah ringkas

Sekolah ini pada asalnya dikenali sebagai sekolah melayu perempuan kerana

pelajar-pelajarnya terdiri daripada perempuan sahaja, manakala lelaki bersekolah di

Paloh.Tetapi pada tahun 1968 pelajar-pelajar sekolah ini telah dicampur

sebagaimana yang wujud sekarang. 

Sk Pulau Rusa pada awalnya telah diasaskan Ustaz yang berbangsa Yaman

iaitu Sheikh Ali pada tahun 1941.Beliau adalah seorang guru agama dan

bertepatanlah dengan isi pengajarannya hanya melibatkan perbincangan aqidah,

syariah, akhlak, sirah Nabawiyah, Ulum Al-Quran dan hadis. Beliau menyampaikan

pengajarannya di sebuah pondok.Seterusnya tugas tersebut telah disambung oleh

Ustaz Ngah pada tahun 1944- 1948. Beliau juga mengajar ilmu-ilmu keagamaan

sahaja yang berpandukan kepada kitab lama (tradisional) melalui proses pendidikan

tidak formal 

Pada tahun 1948-1950, Cikgu Yong Muhammad telah dilantik seb.agai guru

besar yang pertama. Pada masa ini proses pembelajaran dan pengajaran adalah

bercorak formal dan mula dikenali sebagai sekolah umum. Matapelajaran yang

diajar ialah Bahasa Melayu, Jawi, Ilmu Kira-kira dan ilmu Kejadian (Sains), Namun

begitu penekanan adalah dari segi membaca, menulis dan mengira.Tulisan jawi

adalah amat penting pada masa tersebut dan menjadi kewajipan kepada pelajar-

pelajar mempelajari dan mempraktikkan dengan cara yang betul.Tambahan pula

buku-buku teks ditulis dengan tulisan jawi.Pada masa ini bangunan sekolah yang

pertama telah didirikan bagi menampung pelajar-pelajaryang berjumlah kira-kira

empat puluh orang bagi tahun 1-3 sahaja.

Sekolah ini telah ditadbirkan oleh enam orang Guru Besar perempuan sejak

tahun 1950-1979. Ini tidak menjejaskan usaha untuk terus membangunkan sekolah

ini. Seterusnya pada tahun 1950-1953, Puan Rafeah Ali telah menyandang jawatan

Guru Besar dan diikuti oleh Puan Khatijah Abdullah (1954) dan Puan Hawa (1955 –

1961). Pada tahun 1961-1968 Puan Rafeah telah sekali lagi dilantik sebagai Guru

Besar. 

Page 10: Formulasi Strategi

Perubahan dan perkembangan pendidikan negara turut membawa perubahan

kepada sekolah ini. Pada tahun 1968, pelajar-pelajar sekolah ini telah dicampur dan

proses pendidikan mengikut sistem kurikulum biasa dan berbentuk formal. Sekolah

ini juga telah dikenali dengan Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa.  

Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa mendapat tambahan bangunan pada tahun

1992, apabila siapnya bangunan tiga tingkat. Kemudahan yang disediakan seperti

pejabat, bilik guru, pusat sumber, koperasi dan bilik-bilik darjah. Dua buah bangunan

lama telah dirobohkan dan diganti tempat letak basikal murid serta padang bola

jaring. Pada tahun 2008, dengan sokongan kuat dari PIBG, sebuah dewan sekolah

telah dibina bagi kemudahan aktivitisekolah. Bilik Sains, surau sekolah telah di naik

taraf disamping pendidikan Pra Sekolah telah dimulakan pada tahun 2005.

Walaubagaimana pun, sekolah masih lagi berkongsi padang dengan Persatuan

Belia Kg Pulau Rusa untuk aktiviti sukan dan Pendidikan jasmani.Kebanyakan

pelajar-pelajar Sk Pulau Rusa terdiri daripada pelbagai lapisan sosio-ekonomi. Ini

tidak menghalang kemajuan sekolah dalam lapangan akademik dan ko-kurikulum

terutamanya kejayaan dalam peperikasaan UPSR 1993, 2004 dan 2007. Ini adalah

hasil usaha guru yang bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawab

mereka serta perhatian dan kerjasama daripada pelajar-pelajar sendiri serta

sokongan moral daripada PIBG. 

Segala kemajuan dan kejayaan yang dicapai pada masa kini adalah bermula

daripada zaman pengasasnya dan telah melalui pelbagai cabaran dan pengalaman

pahit dan manis. Segalanya dihadapi dengan tabah demi untuk kemajuan dan

kesenangan generasi kemudian yang akan mewarisi perjuangan ini.