garis panduan siep
DESCRIPTION
pdfTRANSCRIPT
1
FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN
GARIS PANDUAN
STUDENT IN ENTERPRISE PROGRAMME (SIEP)
DISEDIAKAN OLEH:
Aikal Liyani Binti Mohd Rasdi Wan Farha Binti Wan Zulkiffli
Derweanna Bah Simpong Mohd Rushdan Bin Yasoa’ Nurhazwani Binti Abdullah
Norzaliha Binti Jusoh W Fatimatul Akmar Binti Mohamed Hassan
DISUNTING OLEH:
Prof. Dr. Mohd Rosli Mohamad
2
1.0 PENGENALAN
Students in Enterprise Programme (SIEP) merupakan satu program sangkut atau
program peningkatan kemahiran keusahawanan yang ditawarkan kepada pelajar
Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
bagi memberikan input tambahan kepada aktiviti pembelajaran di dalam kelas.
Program ini menggunakan pendekatan gabungan pedagogi seperti pemerhatian,
pertanyaan, belajar melalui pengalaman, kajian kes serta aktiviti simulasi.
Pendekatan pedagogi yang digunakan pula diselaraskan dan disesuaikan dengan
peringkat pembelajaran dan tema yang dikenalpasti dalam tiga tahap SIEP, iaitu
SIEP 1, SIEP 2 dan SIEP 3. Pada setiap tahap SIEP, pelajar ditempatkan di
organisasi perniagaan selama dua minggu atau 10 hari bekerja pada cuti antara
sesi pengajian.
2.0 VISI DAN MISI FKP
2.1 VISI
Menjadi institusi peneraju dalam bidang pendidikan, penyelidikan,
perundingan penerbitan dan pembangunan keusahawanan.
2.2 MISI
Menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat dalam
dan luar kampus dengan matlamat untuk melahirkan masyarakat
berorientasikan keusahawanan yang mampu menyumbang kepada
penjanaan kesejahteraan negara
3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN FKP
FKP sebagai peneraju pendidikan keusahawanan di UMK berpegang kepada
falsafah bahawa:
3.1 Keusahawanan boleh dipupuk (Entrepreneurship can be nurtured)
3.2 Pendidikan Keusahawanan mampu memperkayakan material, spiritual dan
kesejahteraan masyarakat
3.3 Kejayaan diraikan dan kegagalan perlu diterima (tolerable)
3
4.0 OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)
4.1 Tema dan Objektif
Objektif umum bagi program SIEP yang ingin dicapai adalah untuk memupuk
kesedaran dan minat pelajar dalam bidang keusahawanan.
Objektif khusus bagi setiap SIEP adalah mengikut tema seperti dalam Jadual
1.
Jadual 1: Objektif SIEP mengikut tema
SIEP 1 SIEP 2 SIEP 3
Tema Motivasi Sikap Pengetahuan dan Kemahiran
Objektif
Untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang keusahawanan
Untuk memupuk sikap keusahawanan
Untuk menerapkan kemahiran pengurusan perniagaan dan menghasilkan perancangan perniagaan
4
5.0 SYARAT DAN PERATURAN
5.1 PENEMPATAN
5.1.1 Pelajar hendaklah memilih sendiri tempat latihan SIEP yang berdekatan
kerana bayaran insentif tidak disediakan oleh pihak penganjur.
5.1.2 Tempat latihan SIEP adalah:
Organisasi perniagaan (swasta/ GLC)
NGO berorientasi perniagaan/ keusahawanan sosial
5.1.3 Pelajar digalakkan memilih tempat latihan bersesuaian dengan bidang
pengkhususan masing-masing.
5.1.4 Pihak Fakulti perlu mengesahkan penempatan latihan pelajar.
5.2 PENDAFTARAN
5.2.1 Pelajar perlu MENDAFTAR SIEP 1 pada semester ke-2, SIEP 2 pada semester ke-4 dan SIEP 3 pada semester ke-6.
5.2.2 Pelajar perlu MEMAKLUMKAN penempatan mereka kepada Fakulti dengan menghantar Borang Pendaftaran SIEP (umk/fkp/siep_BA).
5.2.3 Pelajar lepasan diploma yang masuk pada Semester ke-2 juga boleh terus menjalani SIEP 1. Pelajar ini boleh menggabungkan latihan SIEP 1 dan SIEP 2 atau SIEP 2 dan SIEP 3 tertakluk kepada kebenaran Fakulti.
5.2.4 Pelajar wajib menyempurnakan SIEP pada tahap yang lebih rendah sebelum menjalani SIEP yang lebih tinggi.
5.3 PENYELIAAN DAN PENTAKSIRAN
5.3.1 Setiap pelajar perlu diselia oleh penyelia Fakulti dan juga penyelia
industri.
5.3.2 Penyelia perlu dilantik oleh Fakulti untuk mentafsir hasil kerja pelajar
5
6.0 TUGAS PENSYARAH PENILAI YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN
Seorang pensyarah penilai yang dilantik bertanggungjawab menyelia
perkembangan pelajar semasa program dijalankan. Peranan yang ditetapkan bagi
pensyarah penilai adalah seperti berikut:
6.1 Bertindak sebagai penghubung antara pelajar dengan majikan
(pemilik/penyelia premis industri/perniagaan yang dipilih. 6.2 Menghubungi premis industri/ perniagaan sepanjang tempoh latihan SIEP
melalui telefon untuk memastikan keberadaan dan prestasi pelajar. 6.3 Menerima dan mengambil tindakan atas sebarang aduan yang dilaporkan.
6.4 Membimbing pelajar dalam penyediaan laporan. 6.5 Membuat penilaian penulisan dan sesi pembentangan.
7.0 TUGAS PELAJAR
Secara umumnya, pelajar dikehendaki untuk menjalankan tugas-tugas berikut:
7.1 Pelajar dikehendaki melaksanakan tugas seperti yang telah ditetapkan oleh tempat latihan dengan baik dan penuh tanggungjawab.
7.2 Pelajar dikehendaki melengkapkan log harian yang disediakan.
7.3 Pelajar dikehendaki mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Fakulti dan pihak Industri.
7.4 Pelajar dikehendaki mengambil kesempatan untuk bertanya dan membantu
pihak Industri dalam apa jua kerja yang berkaitan tanpa perlu disuruh.
7.5 Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan sebaik tamat latihan dan diserahkan kepada pensyarah penilai masing-masing.
6
8.0 CARTA ALIR PELAKSANAAN SIEP IN ENTREPRISE PROGRAMME (SIEP)
Bil. Arahan Kerja Dokumen
Sokongan/Borang
Susur
Masa
Tanggungjawab
SEMESTER 2/4/6
1. Taklimat
ringkas kepada
pelajar
berhubung
Latihan SIEP
-Buku panduan
SIEP
Minggu 8
(2 jam)
Ketua Penyelaras
2. Pemilihan
Penempatan
Borang A Minggu 9
– 10
(2
minggu)
Pelajar
3. Pendaftaran/
Makluman
Borang A Minggu
11
PTPO
4. Jawatankuasa
Saringan
(Penempatan
dan
menentukan
pensyarah
penilai bagi
setiap pelajar)
- Senarai nama
pelajar
- Tempat latihan
- Senarai nama
pensyarah
penilai
Minggu
12
Penyelaras SIEP
5. Jawatankuasa
Pra Siswazah
- Senarai nama
pelajar
- Tempat latihan
- Senarai nama
pensyarah
penilai
JK Pra Siswazah
6. Makluman
kepada Fakulti
- Senarai nama
pelajar
- Tempat latihan
Fakulti
7
- Senarai nama
pensyarah
penilai
7. Makluman
kepada Pelajar
dan pensyarah
penilai
- Senarai nama
pelajar
- Tempat latihan
- Senarai nama
pensyarah
penilai
Minggu
19
Penyelaras SIEP
8. Mengikuti
Latihan
- Laporan
maklumbalas
penyelia industri
- Log harian SIEP
(Cuti Antara
Sesi)
10 hari
Pelajar/ Penyelia
industri
9. Maklumbalas
tentang
keberadaan
dan prestasi
pelajar
Pensyarah
penilai/Penyelia
industri
10. Pembentangan
Cadangan
Inovasi kepada
Organisasi
- Laporan
maklumbalas
penyelia industri
- Log harian SIEP
Hari
terakhir
latihan
Pelajar/ Penyelia
Industri
11. Penyediaan
laporan untuk
setiap aktiviti
latihan yang
dihadiri
Selepas
tamat
latihan
SIEP
Pelajar
SEMESTER 3/5/7
12. Penghantaran
Laporan
- Laporan latihan
- Laporan
maklumbalas
penyelia
industry
- Log harian SIEP
Minggu 2 Pelajar/Pensyarah
penilai
13. Penyemakan
Laporan
- Rubric laporan
- Borang markah
Minggu 3 Pensyarah penilai
8
14. Pembentangan
Rancangan
Perniagaan
(SIEP 3)
sahaja
- Rubric
pembentangan
- Borang markah
Minggu 4
(0.5 jam)
Pelajar/
Pensyarah penilai
15. Penyerahan
Markah
- Borang markah Minggu 5 Pensyarah
penilai/Penyelaras
SIEP
16. Kemasukan
Markah
-Borang markah Penyelaras SIEP
Pengkhususan
17. Pengesahan
Markah
-Perincian
keputusan
JK Pra Siswazah
dan Fakulti
9
9.0 KAEDAH PENILAIAN
9.1 PENENTUAN PRESTASI PELAJAR
Penilaian pelajar dibuat berdasarkan kepada kriteria berikut dengan pemberat:
SIEP
PEMBERAT
1 Maklumbalas daripada pihak industri (5)
Log harian (5)
Laporan Akhir (15)
25
2 Maklumbalas daripada pihak industri (5)
Prestasi Log harian (5)
Laporan Akhir (15)
25
3 Maklumbalas daripada pihak industri (5)
Prestasi Log harian (5)
Rancangan Perniagaan (30)
Pembentangan Rancangan Perniagaan (10)
50
TOTAL 100
9.2 LAPORAN AKHIR SIEP 1 DAN SIEP 2
i. Pelajar perlulah menyediakan laporan akhir SIEP 1 selepas tamat latihan
SIEP 1
ii. Laporan mestilah ditaip dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dan
mengandungi kriteria-kriteria berikut:
1. Latar belakang organisasi/syarikat
2. Produk/perkhidmatan yang ditawarkan
3. Strategi pemasaran
4. Analisis SWOT
5. Skop pendedahan semasa latihan
6. Aktiviti semasa latihan
7. Sumbangan kepada organisasi/syarikat
8. Perbincangan mengenai keseluruhan organisasi/syarikat
9. Cadangan kepada organisasi/syarikat
iii. Kandungan laporan mestilah tidak melebihi 15 mukasurat tidak termasuk
muka hadapan dan lampiran.
10
9.3 LAPORAN AKHIR SIEP 2
i. Pelajar perlulah menyediakan laporan akhir SIEP 2 selepas tamat latihan
SIEP 2
ii. Laporan mestilah ditaip dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dan
mengandungi kriteria-kriteria berikut:
1. Latar belakang organisasi/syarikat
2. Produk/perkhidmatan yang ditawarkan
3. Strategi pemasaran
4. Analisis SWOT
5. Skop pendedahan semasa latihan
6. Kemahiran diperlukan dalam menguruskan organisasi/syarikat
7. Aktiviti semasa latihan
8. Sumbangan kepada organisasi/syarikat
9. Perbincangan mengenai keseluruhan organisasi/syarikat
10. Cadangan kepada organisasi/syarikat
iii. Kandungan laporan mestilah tidak melebihi 15 mukasurat tidak termasuk
muka hadapan dan lampiran.
9.4 LAPORAN RANCANGAN PERNIAGAAN
i. Pelajar perlulah menyediakan laporan rancangan perniagaan selepas tamat
latihan SIEP 3
ii. Laporan rancangan perniagaan mestilah berkaitan dengan
organisasi/syarikat tempat latihan SIEP 3
iii. Laporan rancangan perniagaan mestilah ditaip dalam Bahasa Inggeris
sepenuhnya dan mengandungi kriteria-kriteria berikut:
1. Latar belakang rancangan perniagaan
2. Misi dan visi
3. Rancangan organisasi
4. Rancangan operasi
5. Produk dan perkhidmatan
6. Rancangan pemasaran
7. Rancangan kewangan
8. Dokumen sokongan
iv. Kandungan laporan mestilah tidak melebihi 20 mukasurat tidak termasuk
muka hadapan dan lampiran
11
9.5 PEMBENTANGAN RANCANGAN PERNIAGAAN
i. Sesi pembentangan pelajar akan diadakan pada minggu ketiga selepas
penyerahan laporan rancangan perniagaan kepada pensyarah penilai yang
dipertanggungjawabkan.
ii. Pembentangan akan dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.
iii. Kriteria yang akan diambil kira adalah:
1. Latar belakang rancangan perniagaan
2. Rancangan operasi
3. Produk dan perkhidmatan
4. Rancangan pemasaran
5. Rancangan kewangan
6. Kemahiran komunikasi
iv. Tempoh masa pembentangan adalah antara 10 hingga 15 minit.
12