gaya pembelajaran

11
PENULISAN ESEI GAYA PEMBELAJARAN Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperolehi pengetahuan, (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Perbezaan individu membawa kepada perbezaan personaliti dan seterusnya perbezaan. Setiap individu mempunyai cara belajar yang agak berbeza. Dalam Dictionary of Physology (1973) dan Santhi Suppiah (2000), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain- lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam suatu kumpulan. Gaya bermaksud cara. Manakala pembelajaran merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, merekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan. Dibawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Menurut Peterson (1979) dan Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang pelajar. Menurut Dunn & Dunn (1981), sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur di mana murid boleh belajar dengan cara yang paling optima. Menurut Honey dan Mumford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif.

Upload: andreaatie

Post on 21-Nov-2015

139 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

PENULISAN ESEIGAYA PEMBELAJARANGaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperolehi pengetahuan, (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Perbezaan individu membawa kepada perbezaan personaliti dan seterusnya perbezaan. Setiap individu mempunyai cara belajar yang agak berbeza. Dalam Dictionary of Physology (1973) dan Santhi Suppiah (2000), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam suatu kumpulan. Gaya bermaksud cara. Manakala pembelajaran merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, merekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan. Dibawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya untuk berinteraksi dengan persekitarannya.Menurut Peterson (1979) dan Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran yang paling digemari oleh seseorang pelajar. Menurut Dunn & Dunn (1981), sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur di mana murid boleh belajar dengan cara yang paling optima. Menurut Honey dan Mumford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif. Steward dan Felicetti (1992), mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai keadaan pendidikan di mana murid-murid boleh diajar. Mengikut Entwistle (1981) pula, gaya pembelajaran merujuk kepada tingkah laku konsisten seorang pelajar dalam cara ia belajar. Oleh itu, jelaslah gaya pembelajaran bermaksud cara seseorang menerima dan memprosees maklumat dalam pelbagai cara yang berbeza-beza. Setiap individu mempunyai strategi belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran adalah tidak sama dengan individu yang lain, walaupun umur mereka adalah sama. Menurut Dunn dan Dunn, semua orang mempunyai kekuatan tetapi kekuatan tersebut berbeza-beza antara seorang individu dengan individu yang lain. Oleh itu peranan guru dalam memilih kaedah dan aktiviti pengajaran yang sesuai merupakan perkara yang penting untuk menjamin keberkesanan pembelajaran. Terdapat banyak model gaya pembelajaran yang diketengahkan oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan. Walaubagaimanapun, model-model pembelajaran yang telah dibentuk adalah berdasarkan konsep gaya pembelajaran yang sama. Antaranya adalah model VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik), Model Honey dan Mumford, Model pelbagai kecerdasan Gardner, Model Kolb dan sebagainya. Secara umumnya terdapat tujuh jenis pembelajaran murid iaitu visual, auditori, kinestetik, aktivis, reflektor, teori, dan pragmatis.Model VAK adalah bertujuan untuk mencari kecenderungan individu dalam cara menerima maklumat baru, iaitu mengenali cara yang paling disukainya semasa menerima, memprosees dan mengorganisasi maklumat. Menurut Zapalska (2001), model ini tidak digunakan untuk mencari kekuatan dan kelemahan individu.Murid yang dikategorikan dalam golongan gaya pembelajaran visual ialah murid yang belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan tulis atau paparan komputer. Murid lebih mudah untuk mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan. Pelajar visual selalunya dapat belajar tanpa memerlukan penerangan lisan. Selain itu, pelajar visual selalunya suka menulis nota jika mereka hendak mengingati sesuatu. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas masalah pendengaran, penggunaan bahan visual sangat penting untuk memudahkan mereka memahami isu pelajaran yang disampaikan oleh guru. Seterusnya, pelajar yang dikategorikan dalam gaya pembelajaran auditori ialah pelajar yang belajar melalui pendengaran. Gaya pembelajaran jenis auditori merupakan jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan. Pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran ini perlu menguatkan ingatan mereka dengan mendengar pita audio dan juga mengajar murid-murid lain serta berbincang dengan guru. Bagi pelajar auditori, cara penyampaian seseorang guru sangat penting bagi mereka memahami makna tersirat apabila mereka mendengar sesuatu. Oleh hal yang demikian, pelajar ini tidak memerlukan bahan-bahan untuk dilihat dan dibaca serta selalunya mereka menggunakan teknik imbas kembali untuk belajar. Gaya pembelajaran kinestetik adalah pembelajaran yang murid dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Selain itu, murid jenis pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada mereka. Menurut Solomon (1998), mereka lebih cenderung kepada aktiviti hands-on dan suka belajar secara penemuan. Para pelajar ini juga suka bergerak dan didapati jarang duduk dengan lama. Hal ini disebabkan keinginan kuat mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti atau meneroka.Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk pemahaman, kesedaran, dan kemahiran. Kecenderungan ini termasuklah kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelajari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi. Selain itu, Honey & Mumford menekankan gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan individu yang mengamalkannya. Oleh itu, sikap dan tingkah laku akan menentukan jenis gaya pembelajaran seseorang murid.Model gaya pembelajaran Honey dan Mumford (1983), membahagikan sikap dan tingkah laku kepada empat kategori iaitu aktivis, reflektif, teori dan pragmatis. Bagi pelajar aktivis, mereka lebih gemar mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis merupakan murid yang mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Selain itu, jenis murid ini mudah membuat sesuatu tanpa berfikir panjang kerana mereka tidak akan mengambil kira kesan pada sesuatu perkara. Biasanya, mereka akan melibatkan diri secara rela dalam proses pembelajaran. Pada keseluruhannya, murid jenis ini merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu pada persekitaran diri sendiri.Di samping itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran. Murid yang reflektif akan sentiasa mengimbas kembali terhadap keputusan yang belum diambil ataupun telah diambil. Sikap mereka tidak terburu-buru untuk membuat keputusan dan mereka suka mencari hakikat yang sebenar. Selain itu, mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan dengan pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut. Biasanya, mereka akan kerja dengan sistematik iaitu langkah demi langkah supaya mengelakkan membuat kesilapan. Persepsi dan pengamatan mereka agak tajam dan sensitif. Dengan itu, mereka sering melibatkan diri dalam mata pelajaran Sains yang membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri dan pemerhatian orang lain.Murid yang mempunyai gaya pembelajaran teoris sentiasa memiliki fikiran yang rasional dan logikal. Pelajar teoris sentiasa mencari bukti supaya dapat membuat generalisasi bagi hukum-hukum dan teori-teori. Selain itu, mereka merupakan golongan yang kurang kreatif dan suka membentuk hipotesis dan mengkaji fenomena yang berlaku di persekitaran mereka. Pada keseluruhannya, mereka akan sentiasa menggunakan teori untuk membuat kesimpulan serta lebih mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti, analisis, kenyataan atau idea yang wujud. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis memiliki fikiran yang rasional dan logikal terhadap pembelajaran mereka. Mereka sentiasa ingin mengetahui bagaimana sesuatu perkara berfungsi walaupun tidak memerlukan bukti. Mereka hanya pentingkan bukti dan hakikat yang dapat dilihat oleh mereka sendiri dan mengangggap pembelajaran sebagi suatu proses membina semula pengalaman. Perbandingan dengan perkara lain juga sering dibuat supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling tepat. Selain itu, mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi yang sebenar. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan otak kanak yang mementingkan logikal. Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana murid-murid belajar dengan cara yang paling optima. Mengikut Dunn (2000), ramai orang mempunyai kaedah unik untuk mempelajari sesuatu. Adalah penting untuk bukan sahaja untuk mengenal pasti tingkah laku individu tetapi juga untuk mengkaji kecenderungan seseorang itu terhadap pembelajaran, (Dunn, Thies dan Honigsfeld, 2001). Menurut Dunn & Dunn, gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Faktor persekitaran langsung seperti bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk semasa pembelajaran amat mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Reka bentuk seseorang individu juga amat berpengaruh gaya pembelajaran individu itu sendiri. Murid yang mempunyai ciri introvert lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih formal dan memerlukan satu tempat khas yang ada meja dan kerusi untuk mereka. Manakala murid yang extrovert lebih suka belajar di tempat yang lebih tidak formal seperti di atas lantai, di taman bunga dan sebagainya. Dengan ini, suasana persekitaran yang berbeza akan melahirkan gaya pembelajaran yang berbeza. Faktor yang kedua adalah emosi sendiri murid tersebut. Motivasi seseorang yang merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi instrinsik. Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang dipaksa atau didesak untuk mendapatkan ganjaran atau markah yang tinggi manakala motivasi instinsik adalah motivasi yang lebih kepada dorongan dalaman seperti keperluan, sikap dan emosi yang semula jadi yang menyebabkan mereka turut serta dalam proses pembelajaran. Di samping itu, struktur adalah suatu peraturan yang spesifik yang digunakan untuk melaksanakan tugasan atau kerja. Arahan guru yang jelas dan berstruktur amat penting kepada pelajar dalam proses pembelajaran tetapi ada murid yang suka gaya pembelajaran yang bebas. Faktor sosiologi dipengaruhi oleh diri sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan dan lain-lain. Terdapat murid yang suka bersendirian dan belajar dengan sendiri tanpa bergaul dengan orang lain. Mereka percaya bahawa lebih mampu belajar tanpa gangguan orang lain. Selain itu, ada juga murid yang suka belajar dengan berpasangan. Hal ini kerana mereka rasa lebih suka belajar dengan kehadiran kawan baiknya yang dapar berinteraksi dua hala. Sementara itu, belajar dalam kumpulan juga merupakan gaya pembelajaran yang amat popular dan digalakkan kerana murid-murid akan lebih bermanfaat dalam memberi idea.Faktor fizikal seperti persepsi pancaindera, makanan dan minuman, waktu atau tempoh belajar dan pergerakan. Seseorang itu akan menggunakan kesemua pancaindera dalam proses mengingati maklumat. Visual pula membolehkan murid belajar melalui pengamatan kepada asosiasi visual yang kuat dan cenderung untuk melihat gambar yang menarik. Taktual adalah melalui sentuhan semasa pembelajaran, dengan menggunakan cara ini murid akan mudah mengingati apa yang dibelajari. Seterusnya adalah kinestetik yang belajar melalui hasil kerja dan pengerakan. Faktor yang seterusnya adalah tempoh belajar seseorang murid. Terdapat murid yang hanya dapat belajar dan memberi fokus pada waktu pagi sahaja dan ada yang dapat memberi perhatian pada waktu perdananya sendiri. Oleh itu, waktu pembelajaran yang agak berbeza bagi setiap murid. Ada murid yang gemar melakukan pergerakan setelah seketika untuk belajar. Oleh itu, waktu rehat menjadi keperluan kepada murid-murid untuk merehat dan melakukan pergerakan supaya fokus dapat diberi kepada pembelajaran yang seterusnya.Faktor yang terakhir adalah faktor psikologi yang menekankan reflektif dan impulsif, global dan analitikal. Bagi menentukan jenis-jenis gaya pembelajaran, kumpulan Dunn dan Dunn telah membina satu inventori soalan untuk membentuk gaya pembelajaran seseorang. Model Dunn dan Dunn membahagikan jenis pembelajaran kepada dua iaitu pelajar global dan pelajar anatikal. Pelajar global lebih suka kepada persekitaran yang fleksibel dan persekitaran yang tidak formal. Manakala pelajar anatikal pula adalah pelajar yang mementingkan persekitaran yang berstruktur dan formal. Pengetahuan terhadap gaya pembelajaran amatlah penting dan guru hendaklah memahami gaya pembelajaran setiap murid dalam kelas. Hal ini dapat membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan. Selain itu, pengetahuan ini juga dapat membantu guru menjadi lebih sensitif terhadap perbezaan setiap murid di sekolah. Selain itu, gaya pembelajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk mencipta pengajaran yang sesuai bagi murid-murid. Selepas guru memahami gaya pembelajaran murid dalam kelas, aktiviti yang dirancang juga sepadan dengan gaya pembelajaran murid. Dengan ini juga dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran. Oleh itu, selepas mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing, guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif. Selain itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid yang hanya mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran. Hal ini kerana, murid yang lebih gaya pembelajaran lebih fleksibel serta boleh ubah dan tidak terikat dengan gaya pembelajaran yang tertentu sahaja. Oleh hal yang demikian guru harus mendedahkan para pelajar dengan gaya pembelajaran yang berbeza agar mereka dapat membiasakan diri dengan gaya pembelajaran yang baharu. Gaya pembelajaran lelaki dan perempuan adalah tidak sama atau berbeza, kerana murid lelaki lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih mencabar seperti gaya pembelajaran gaya global yang sukakan tempat yang suram dan kedudukan yang tidak formal manakala murid perempuan sukakan pembelajaran gaya analitikal yang sukakan persekitaran yang terang dan kedudukan yang formal. Jadi, guru hendaklah mengambil berat terhadap keperluan-keperluan setiap murid dalam kelas.Guru ialah objek penting yang perlu mengetahui dan menangani perbezaan individu. Oleh itu, sebagai seorang guru, strategi yang berkesan adalah diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada empat jenis iaitu strategi pemusatan iaitu pemusatan kepada guru, murid, bahan atau pada tugasan. Pemilihan strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana ia boleh diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid. Strategi pemusatan guru adalah strategi di mana guru mengawal keadaan dan peranan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli sepenuhnya oleh guru. Pendekatan strategi pemusatan guru merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus, (Brophy, 1978). Seterusnya, strategi berpusatkan kepada murid bermaksud murid mengambil ahli sedikit tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Melalui strategi ini pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar, (Orlich et al, 2007). Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembangkan peribadi dalam menggalakan kemahiran sosial kumpulan.Selain itu, strategi berasas bahan atau sumber bermaksud guru-guru menggunakan banyak bahan untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar. Penekanan diberikan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran dan kebolehan pelajar. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.Strategi berpusatkan tugasan atau aktiviti adalah guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari. Guru haruslah menerangkan tujuan-tujuan agar pelajar melibatkan diri dalam aktiviti.Di samping itu, guru boleh melakukan pengajaran bebas atau memberi kebebasan kepada murid dalam masa tertentu untuk belajar secara bersendirian atau berkumpulan. Tugas guru hanyalah sekadar membimbing murid yang ingin mendapatkan bantuan. Kanak kanak adalah bebas untuk menyediakan tugasannya dengan sendiri melalui bantuan guru.Guru sepatutnya mereka satu bentuk bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi, conceptualization, dan uji kaji. Guru boleh mendedahkan murid dengan pelbagai unsur bunyi-bunyian, muzik, visual, pergerakan, malah perbualan dan percakapan.