gb 6023 kaedah penyelidikan
DESCRIPTION
Tugasan individu kaedah penyelidikan IITRANSCRIPT
-
i
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KAEDAH PENYELIDIKAN II
GB 6023
TUGASAN INDIVIDU:
ANALISIS DATA
NAMA : ZARAH BINTI AHMAD
NO MATRIKS : P 61937
PENGKHUSUSAN : PENGUKURAN DAN PENILAIAN
PENSYARAH : DR DENISE KOH CHOON LIAN
-
ii
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN Halaman
1.0 Tujuan kajian 1
2.0 Objektif kajian 1
3.0 Hipotesis kajian 2
4.0 Metodologi kajian 3
5.0 Dapatan kajian 3
6.0 Skor Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina
7
7.0 Skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun
1 (sekolah rendah) berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan
tiga
7
8.0 Hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun satu di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa
tingkatan tiga dan gred dalam Bahasa Inggeris semasa tingkatan tiga
10
9.0 Perbezaan Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar berada pada
tahun satu dengan pelajar berada pada tahun lima
11
10.0 Kesimpulan 12
11.0 Rujukan 14
12.0 Lampiran ( disertakan semasa peperiksaan)
-
1
KAEDAH PENYELIDIKAN II
TUGASAN ANALISIS DATA
Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tingkah laku Attention Deficit Disorder (ADD) terhadap
akademik dan kelakuan pelajar semasa di sekolah di sekitar Bangi. Kajian ini juga bertujuan
untuk melihat hubungan skor Attention Deficit Disorder (ADD) dengan pemboleh ubah
akademik. Selain itu, kajian ini adalah bertujuan melihat perbezaan skor Attention Deficit
Disorder (ADD) terhadap responden berlainan kumpulan.
Objektif kajian
1. Mengenal pasti perbezaan Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina.
2. Mengenal pasti perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa
tingkatan tiga
3. Mengenal pasti hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa tingkatan tiga
4. Mengenal pasti hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan gred Bahasa Inggeris semasa
tingkatan tiga
5. Mengenal pasti perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar
berlainan tahun di sekolah rendah
Persoalan kajian
1. Adakah terdapat perbezaan Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina?
2. Adakah terdapat perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa
tingkatan 3?
3. Adakah terdapat hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa tingkatan
tiga?
4. Adakah terdapat hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila
pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan gred dalam Bahasa Inggeris
semasa tingkatan 3?
-
2
5. Adakah terdapat perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar
berada pada tahun 1 dengan pelajar berada pada tahun 5 di sekolah rendah?
Hipotesis kajian
H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan Attention Deficit Disorder (ADD)
berdasarkan jantina
Ha1 : Terdapat perbezaan yang signifikan Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan
jantina
H01 : 1 = 2
Ha1 : 1 2
H02 : Tidak terdapat perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa
tingkatan tiga
Ha2 : Terdapat perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada
pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan
tiga
H02 : 1 = 2 = 3
Ha2 : 1 2 3
H03 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention Deficit Disorder
(ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai PNG
semasa tingkatan tiga
Ha3 : Terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD)
apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa
tingkatan tiga
H04 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention Deficit Disorder
(ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan gred dalam
Bahasa Inggeris
Ha4 : Terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD)
apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan gred dalam Bahasa
Inggeris
-
3
H05 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD)
antara pelajar berada pada tahun satu dengan pelajar berada pada tahun lima di
sekolah rendah
Ha5 : Terdapat perbezaan yang signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD) antara
pelajar berada pada tahun satu dengan pelajar berada pada tahun lima di sekolah
rendah
H05 : 1 - 2 = 0
Ha5 : 1 - 2 0
Metodologi
Sebuah kajian tinjauan dijalankan bagi melihat skor Attention Deficit Disorder (ADD)
melalui tingkah laku yang dipamerkan oleh pelajar. Seramai 359 orang responden terlibat
dalam kajian ini. Responden kajian yang dipilih adalah di kalangan pelajar tahun 1 di semua
sekolah rendah (jenis kebangsaan) dan tingkah laku ADD diukur semula apabila pelajar
berada pada tahun 3 dan tahun 5. Pemboleh ubah akademik serta kelakuan pelajar semasa di
sekolah telah diukur apabila mereka berada pada tingkatan 3 dan akhir tahun apabila mereka
di tingkatan 5. Soal selidik ditadbirkan oleh guru pelajar yang terlibat dengan kajian. Dapatan
kajian di analisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis
deskriptif yang dilibatkan dalam kajian ini seperti kekerapan, peratusan dan min. Manakala
analisis inferensi yang dilibatkan dalam kajian ini ialah menggunakan ujian t sampel bebas
(ujian t tak bersandar/Independentsamples T Test), ujian t sampel bersandar( Paired samples
T Test), ANOVA satu hala, korelasi Pearson dan korelasi Spearman.
Dapatan Kajian
Kajian ini melibatkan seramai 359 responden kajian. Profil demografi responden adalah
berkaitan dengan akademik dan kelakuan pelajar semasa di sekolah seperti jantina, data
mengenai mengulangi salah satu tahun semasa di sekolah rendah atau tidak mengulangi tahun
pengajian, tahap Bahasa Inggeris semasa Tingkatan 3 di sekolah menengah, gred dalam
Bahasa Inggeris semasa Tingkatan 3 (diukur apabila pelajar berada di tingkatan 5) dan data
berkaitan tamat tingkatan 5 atau tidak(cicir sekolah). Dapatan kajian di analisis dengan
-
4
menggunakan analisis deskriptif. Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan
peratusan dilakukan bagi menentukan profil demografi responden kajian. Profil responden
kajian dengan terperinci dinyatakan seperti Jadual 1 berikut.
Jadual 1 Profil demografi responden kajian
Demografi Kekerapan Peratusan
Jantina
Lelaki 198 55.2%
Perempuan 161 44.8%
Jumlah 359 100.0%
Ulang mana-mana tahun persekolahan semasa di sekolah
Tidak mengulangi tahun pengajian 324 90.3%
Mengulangi salah satu tahun semasa di sekolah rendah
Tiada maklumat
34
1
9.5%
0.3%
Jumlah 359 100.0%
Tamat tingkatan 5 atau tidak tamat tingkatan 5/cicir sekolah
Tamat tingkatan 5
Cicir sekolah/tidak tamat Tingkatan 5
Tiada maklumat
Jumlah
Tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3
Kelas mahir
Kelas biasa
Kelas pemulihan
Tiada maklumat
Jumlah
Gred Bahasa Inggeris semasa Tingkatan 3 (diukur apabila
mereka berada di Tingkatan 5)
Gred A
Gred B
Gred C
Gred D
Gred F
Tiada maklumat
Jumlah
46
297
16
359
40
254
46
19
359
41
135
122
37
11
13
359
12.8%
82.7%
4.5%
100.0%
11.1%
70.8%
12.8%
5.3%
100.0%
11.4%
37.6%
34.0%
10.3%
3.1%
3.6%
100.0%
Jadual 1 menunjukkan berdasarkan jantina seramai 198 orang iaitu 55.2% pelajar lelaki dan
seramai 161 orang pelajar perempuan (44.8%). Berdasarkan maklumat pelajar mengulang
mana-mana salah satu tahun persekolahan semasa di sekolah rendah menunjukkan seramai
324 orang pelajar (90.3%) adalah di kalangan pelajar yang tidak mengulangi tahun
pengajian/tahun persekolahan dan seramai 34 orang (9.5%) pelajar pernah mengulangi salah
satu tahun semasa di sekolah. Didapati juga hanya 1 orang (0.3%) mencatatkan tiada
-
5
maklumat berkaitan. Bagi menjelaskan lagi profil demografi kajian, Rajah 1 dan Rajah 2
diperhatikan. Dalam kajian ini, maklumat berkaitan pelajar yang tamat tingkatan 5 adalah
seramai 46 orang (12.8 %) manakala seramai 297 orang pelajar yang tidak tamat tingkatan 5
atau cicir sekolah iaitu 82.7 %. Catatan sebanyak 16 orang (4.5%) yang tidak memberikan
maklumat berkaitan tamat atau tidak tingkatan 5 (cicir sekolah).
Berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan tiga menunjukkan seramai 40 orang
(11.1%) pelajar kelas mahir, seramai 254 orang (70.8%) pelajar kelas biasa, seramai 46 orang
(12.8%) pelajar kelas pemulihan dan seramai 19 orang (5.3%) pelajar tiada maklumat.
Seterusnya, bagi gred dalam Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3 telah diukur apabila pelajar
(responden) berada di tingkatan 5 menunjukkan seramai 41 orang iaitu 11.4% mendapat gred
A, seramai 135 orang (37.6%) memperoleh gred B, sebanyak 122 orang pelajar berjaya
mendapat gred C (34.0%), seramai 11 orang (3.1%) memperoleh gred F dan bilangan pelajar
yang tiada maklumat berkaitan gred adalah sebanyak 13 orang iaitu 3.6%, seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.
Rajah 1 Profil Demografi Gender
Rajah 1 menunjukkan bilangan pelajar lelaki yang lebih ramai yang terlibat dalam kajian ini
berbanding dengan bilangan pelajar perempuan.
-
6
Rajah 2 Profil Demografi Mengulangi Tahun Pengajian Pengajian di Sekolah Rendah
Rajah 2 menunjukkan bilangan pelajar yang tidak mengulangi tahun pengajian adalah lebih
ramai terlibat dalam kajian. Kajian ini juga menunjukkan bilangan pelajar yang mengulangi
salah satu tahun semasa di sekolah rendah adalah kurang.
Rajah 3 Profil Demografi Gred dalam Bahasa Inggeris semasa Tingkatan 3
Rajah 3 menunjukkan bilangan pelajar yang mendapat gred B adalah lebih ramai berbanding
gred lain yang dilibatkan dalam kajian. Kajian ini menunjukkan bilangan pelajar yang
mendapat gred F adalah paling sedikit.
-
7
Skor Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina
Analisis ujian t sampel bebas dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan yang signifikan
Attention Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina. Hasil analisis ujian t sampel bebas
seperti Jadual 2
Jadual 2 Ujian t sampel bebas perbezaan yang signifikan Attention Deficit Disorder (ADD)
(ADD) berdasarkan jantina
Jantina N Min Sisihan
Piawai
t Sig.
Lelaki 198 55.95 10.880 5.718 0.000
Perempuan 161 49.61 9.916
Keputusan kajian dalam Jadual 2 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan Attention
Deficit Disorder (ADD) berdasarkan jantina dengan nilai t = 5.718,df = 357 dan sig = 0.000
(p
-
8
Tahap Bahasa Inggeris semasa
tingkatan tiga
Attention Deficit Disorder (ADD)
N Min Sisihan piawai
Kelas mahir 40 43.23 9.973
Kelas biasa 254 53.95 11.323
Kelas pemulihan 46 56.19 11.040
Jumlah 340 52.99 11.689
Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan bahawa tahap kelas pemulihan (min =56.19 dan sp =
11.040) mempunyai skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun
1 di sekolah rendah lebih tinggi dari kelas biasa (min = 53.95 dan sp = 11.323) dan kelas
mahir (min= 43.23 dan sp = 9.973). Bagi melihat perbezaan tersebut dengan ialah signifikan,
maka perhatikan Jadual 4 berikut.
Jadual 4. ANOVA satu hala perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun satu di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris
semasa tingkatan tiga
Attention Deficit
Disorder (ADD)
Jumlah kuasa
dua
Df Min kuasa
dua
F Sig
Antara kumpulan 4522.341 2 2261.171 18.228 0.000
Dalam kumpulan 41803.647 337 124.046
Jumlah 46325.988 339
Berdasarkan Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan skor
Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah
berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3 dengan nilai F = 18.228 dan sig =
0.000 (p < 0.05). Hal ini menunjukkan hipotesis nol (Ho1) bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di
sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan 3 adalah ditolak. Oleh
itu, terdapat perbezaan yang signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar
berikut dalam kelas mahir, kelas biasa dan kelas pemulihan. Bagi melihat perbezaan tersebut
lebih terperinci lagi, ujian Post Hoc Scheffe dijalankan. Analisis ujian ini berdasarkan Jadual
5 berikut.
-
9
Jadual 5. Pos Hoc Scheffe perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun satu di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris
semasa tingkatan tiga
(I)Tahap Bahasa
Inggeris semasa
tingkatan tiga
(J) Tahap Bahasa
Inggeris semasa
tingkatan tiga
Perbezaan min
(I-J)
Ralat
Piawai
Sig
Kelas mahir Kelas biasa -10.7278* 1.8946 0.000
Kelas pemulihan -12.9707* 2.4079 0.000
Kelas biasa Kelas mahir 10.7278* 1.8946 0.000
Kelas pemulihan -2.2429 1.7847 0.455
Kelas pemulihan Kelas mahir 12.9707* 2.4079 0.000
Kelas biasa 2.2429 1.7847 0.455
Keputusan Post Hoc berdasarkan jadual 5 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di
sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa tingkatan tiga antara kelas mahir
dengan kelas biasa dengan catatan perbezaan min = -10.7278 dan sig = 0.000 (p< 0.05). Min
pelajar kelas biasa mempunyai skor Attention Deficit Disorder (ADD) lebih tinggi dari
pelajar kelas mahir.
Terdapat perbezaan yang signifikan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar
berada pada tahun satu di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa Inggeris semasa
tingkatan tiga antara pelajar kelas mahir dengan pelajar kelas pemulihan dengan catatan
perbezaan min= -12.9707 dan sig = 0.000 (p0.05). Min pelajar kelas pemulihan mempunyai skor
Attention Deficit Disorder (ADD) lebih tinggi dari pelajar kelas biasa.
-
10
Hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada
tahun satu di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa tingkatan tiga dan gred dalam
Bahasa Inggeris semasa tingkatan tiga
Analisis korelasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara skor Attention
Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai
PNG semasa tingkatan 3. Hasil analisis korelasi seperti Jadual 6 berikut.
Jadual 6. Hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada
pada tahun satu di sekolah rendah dengan nilai PNG semasa tingkatan tiga
Hubungan PNG
R Sig. Interpretasi
Attention Deficit
Disorder (ADD)
-0.402 0.000 Sederhana
Jadual 6 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara skor Attention
Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah dengan nilai
PNG semasa tingkatan 3 dengan nilai r = -0.402 dan sig = 0.000 (p
-
11
Hubungan Gred dalam Bahasa Inggeris
R Sig. Interpretasi
Attention Deficit
Disorder (ADD)
-0.346 0.000 Sederhana
Berdasarkan Jadual 7 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara skor
Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah
dengan gred Bahasa Inggeris dengan nilai r = -0.346 dan sig = 0.000 (p 0.05). Dari segi min menunjukkan pelajar pada
masa tahun 1 (min = 53.464 dan sp = 11.967) mempunyai Attention Deficit Disorder (ADD)
yang lebih tinggi berbanding pelajar tahun 5 (min = 53.270 dan sp = 13.363). Namun,
perbezaan skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 dengan
-
12
pelajar berada pada tahun 5 di sekolah rendah tersebut tidak signifikan. Ini menunjukkan
hipotesis nol (Ho5) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan Attention Deficit
Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 dengan pelajar berada pada tahun 5 di
sekolah rendah adalah gagal ditolak.
Kesimpulan
Kajian tinjauan dijalankan dengan melibatkan 359 orang pelajar di kalangan pelajar tahun 1
di semua sekolah rendah (jenis kebangsaan) di sekitar Bangi. Kajian tinjauan bertujuan untuk
mengumpul maklumat mengenai pemboleh ubah-pemboleh ubah yang berkait dengan sesuatu
fenomena (Mohd Majid 2000).Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang
berkaitan dengan tingkah laku berhubung dengan Attention Deficit Disorder (ADD). Data
yang diperoleh seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package
for the Social Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian di analisis dengan menggunakan
analisis deskriptif dan analisis inferensi.
Dapatan kajian menunjukkan dari aspek profil demografi bilangan pelajar lelaki yang terlibat
dalam kajian ini adalah lebih ramai dengan catatan 55.2% berbanding dengan bilangan
pelajar perempuan (44.8%). Selain itu, aspek kelakuan iaitu ulang mana-mana tahun
persekolahan didapati seramai 324 orang( 90.3%) tidak ulangi tahun pengajian dan seramai
297 orang (82.7%) adalah pelajar yang cicir sekolah/tidak tamat sekolah. Dari aspek
akademik semasa tingkatan 3 di sekolah menengah didapati tahap Bahasa Inggeris adalah
tinggi di dalam kelas biasa iaitu 70.8%, ( 254 orang) manakala gred Bahasa Inggeris yang
diukur semasa pelajar berada di tingkatan 5 adalah Gred B yang tinggi iaitu seramai 135
orang (37.6%).
Secara umumnya, dengan menggunakan ujian statistik yang sesuai maka persoalan kajian
dapat dijawab dengan jelas. Analisis inferensi pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap Attention Deficit Disorder (ADD) antara pelajar lelaki dan
perempuan menggunakan ujian t sampel bebas. Selain itu, skor Attention Deficit Disorder
(ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah berdasarkan tahap Bahasa
Inggeris semasa tingkatan tiga menunjukkan perbezaan yang signifikan menerusi analisis
-
13
ANOVA satu hala. Ujian Pos Hoc Scheffe dijalankan dan menunjukkan bahawa kelas mahir
adalah berbeza secara signifikan berbanding kelas biasa dan kelas pemulihan.
Hubungan antara skor Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1
di sekolah rendah dengan nilai PNG di analisis menggunakan Korelasi Pearson menyatakan
kekuatan berada di tahap sederhana berdasarkan kategori yang dicadangkan Cohen (1988).
Seterusnya analisis Korelasi Spearman dijalankan bagi mengenal pasti hubungan skor
Attention Deficit Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 di sekolah rendah
dengan gred dalam Bahasa Inggeris semasa tingkatan menunjukkan dapatan kekuatan yang
sama. Analisis ujian t sampel bersandar bagi mengenal pasti perbezaan skor Attention Deficit
Disorder (ADD) apabila pelajar berada pada tahun 1 dengan tahun 5 di sekolah rendah
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan.
-
14
RUJUKAN
Bahaman Abu Samah & Mohd Majid Konting. 2000. Modul Statistik Pendidikan EDU
5950.Serdang : Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh Universiti Putra Malaysia
Chua, Yan Piaw.2012. Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 2: Asas Statistik
Penyelidikan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
Gravetter, F.J & Wallnau, L.B.2005. Essentials of Statistics for the Behavioral Sciences. Fifth
Edition. United Satates of America: Wadsworth
Jackson, S.L.2006. Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach. Second
Edition. United States of America: Wadsworth
Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan.Kuala Lumpur: Mc Graw Hill